Melayu yang
bermaruah( Malays with honour) mesti menolak penceritaan najislembu/bullshit
yang disampaikan oleh pihak kerajaan keatas isiu 1MDB. Orang Melayu yang
bermaruah do not need to take the crap!
The 1MDB issue
is not only about making good what was stolen, it’s about punishing those who have committed
the heinous crimes. Saya terjemahkan apa yang saya nyatakan- isiu 1MDB bukanlah
hanya isiu mengembalikan apa yang sudah dirompak, ianya ialah mencari dan menghukum
mereka yang melakukan dan bertanggung jawab keatas jinayah yang terjadi.
Kerana kita mesti selamatkan Malaysia daripada orang2 jahat seperti mereka yang melakukan angkara 1MDB.
Najib Razak, Jho
Low, Tarek Obaid, Patrick Mahony, Casey Tang, Jasmine Loo, Lin Li Seet, Tiffany
Heah – semua mereka ini mesti disiasat. Kenapa
kena bayar Tarek Obaid, Patrick Mahony, Prince Turki dan sesiapa sahaja? Apa yang
mereka telah lakukan yang meningkatkan kesejahteraan rakyat Malaysia?
Orang Melayu
mesti menolak semua pemimpin UMNO yang telah mengambil dan menerima wang yang
tercemar- Ahmad maslan RM2 juta, Shahrir Samad RM1 juta, Mas Ermiyatie RM500,000
dan lain2 yang dibayar supaya jangan melompat menyokong usaha undi tidak
percaya kepada Najib. Mereka ini semua pemakan najis.
Najib secara
sedar atau alpa dan cuai kerana menandatangani dokumen secara menutup mata,
telah menyebabkan Malaysia, melalui suatu mahkluk yang bernama 1MDB, terdedah
kepada hutang dan pembelian asset secara bohong. Najib menyebabkan musibah ekonomi
dan bencana kewangan kepada negara ini.
Najiblah yang
menyebabkan kita semua ditipu oleh seorang budak Cina bernama Jho Low dan
kunco2 nya.
Jika pun kesemua
wang dan hutang dilunaskan, salah laku yang dilakukan tetap kekal sebagai salah
laku. Rasuah tetap rasuah walaupun wang dikembalikan. Songlap wang tetap
songlap wang walaupun wang digantikan.
Nilai asset yang
dikatakan 1MDB ada itu mananya? Edra Energy sudah dijual. Tanah Sungai besi
dijual sebahagian nya. Tanah di Pulau Pinang nilai nya tinggikan. Asset diluar
negara kita tidak tahu sama ada nilai nya seperti diatas kertas. Jika penilaian
keatas asset2 petrosaudi- telaga minyak dan sebagainya, boleh dicurigai, apa
nilai kita hendak letak kepada asset2 yang 1MDB bongkakkan? Kapal gerudi berapa
harga nya?
Jika pembelian
sesuatu asset dijalankan dengan harga
yang dipalsukan dan ada orang2 yang telah ambil wang tersebut, penglunasan
pembelian bohong tersebut tidak membersihkan mereka yang mencuri wang daripada
jinayah mencuri.
Saya rasa orang
Melayu boleh faham perkara ini. Rasuah, songlap wang, pencucian wang haram,
samun wang tetap kekal sebagai jinayah dan kesalahan walaupun kesemua pembelian
yang dilakukan oleh 1MDB di lunaskan.
Siapa dia menteri
luar Arab untuk menasihatkan kita rakyat Malaysia bahawa isiu derma RM2.6
billion atau lebih sudah selesai? Siapa yang mahu dengar kata2 arab lidah
bercabang yang tidak konsisten dengan pencerahan nya? Dahulu kata pelaburan oleh individu , sekarang
kata derma ikhlas. Ini cukup untuk membuktikan bahawa menteri luar arab Saudi
seorang yang tidak ada kredibiliti. Penuturan orang yang berkuasa bukan seperti
pertuturan ajk JKKK.
Orang Melayu
yang bermaruah mesti memberhentikan pembohongan dan dusta kerajaan pimpinan
Najib.
Kenapa Melayu
yang ada maruah mesti menolak semua cerita najislembu ini? Sebab orang Melayu
yang ada conscience tahu ini semua bohong; bahawa sejak bermula lagi, setelah
TIA bertukar menjadi 1MDB, entity ini adalah suatu skim untuk merompak duit
negara ini. Dan sejak bermula lagi, Najib sebagai final otoriti keluar masuk
wang dari dan kedalam 1MDB, me-mandori setiap transaksi.
Melayu yang bermaruah itu siapa?
Mereka adalah
golongan yang sedar bahawa masa depan mereka adalah tanggung jawab peribadi dan
enggan menerima bahawa UMNO bertanggung jawab keatas masa depan mereka.
Semasa Kennedy
angkat sumpah sebagai president Amerika yang ke 35, dia berkata, jangan tanya
apa yang kerajaan boleh lakukan kepada kamu, tanya apa yang kamu boleh lakukan
kepada kerajaan.
Maksud yang
terkandung dalam ucapan kennedy serupa dengan maksud yang UMNO bawak hari ini-
hanya UMNO sahaja yang boleh menyelamatkan bangsa Melayu. Maka samalah seperti
sebutan jangan tanya apa UMNO buat untuk kamu, tanya apa yang kamu boleh buat
untuk UMNO.
Seruan ini
menyalahi piagam orang Melayu yang bermaruah iaitu golongan yang sedar bahawa
apa yang terjadi kepada diri mereka ialah tanggung jawab peribadi masing2. Jika tidak
mengobah apa yang ada pada dan dalam diri kita, maka kita tidak akan berubah.
Pertama orang
Melayu diajar UMNO itu tuan dan kita hamba; orang Melayu diajar bahawa UMNO
penjaga kita dan kita mereka yang dipelihara. Kedua, UMNO itu seperti makhluk yang
kita sembah dan muliakan dan diletakkan diatas kita. UMNO diatas, kita dibawah.
Melayu yang
bermaruah tahu bahawa UMNO hanya sebuah parti yang menghimpun mereka yang se-pemikiran
dan melalui parti, mencapai matlamat yang dipentingkan bersama. Ianya tidak
lebih daripada itu. Objektif nya sama seperti parti politik lain- mencapai
kemerdekaan fisikal dan minda, keadilan dan kemakmuran .
Kita mengadili
parti dan kerajaan atas criteria ini. Adakah UMNO berjaya mencetuskan
kemerdekaan orang Melayu daripada berjiwa hamba?
Melihat kepada ketergantungan
kepada UMNO dan pemimin2 UMNO, jelas kepada kita umno gagal memcetuskan Melayu
merdeka minda. Ertinya, sebahagian besar orang Melayu, dibelengu minda mereka.
Adakah UMNO komited
kepada keadilan? Saya kata kimited kerana tidak dapat disangkal, UMNO pada awalnya
menjadikan keadilan social sebagai teriakan perang nya. Tapi hari ini bangsa
Melayu berpecah kepada 3 kumpulan kerana tidak ada keadilan ekonomi. Kumpulan
t20, kumpuan M40 dan B40. Kesenjangan pendapatan dalam kalangan Melayu menunjukkan
UMNO tidak lagi komited kepada keadilan social.
Adakah negara kita
makmur? Akibat dari tata-urus yang jahat, ekonomi kita dilanda musibah. Hutang
isi rumah tinggi, hutang awam/kerajaan tinggi, hutang luar negara tinggi, dan
negara kita hilang nama untuk di yakini sebagai peminjam. Apabila sumber
kewangan negara kita menguncup, dan kredibuiti kita sebagai peminjam buruk,
tidak ada sipa yang akan mahu memberi hutang kepada kita.
Melayu yang
bermaruah berpegang kepada prinsip bahawa masa depan mereka bukan diharapkan
kepada UMNO dan pemimpin nya. Melayu yang bermaruah berkeyakinan bahawa mereka
bertanggung jawab keatas masa depan mereka sendiri.
UMNO menghambakan pemikiran Melayu.
Apabila UMNO
kata melayu mesti setia dan sokong kepada nya- maksudnya sama dengan jangan tanya apa umno boleh buat, tanya apa
kamu boleh buat kepda UMNO. Ertinya, UMNO itu penjaga dan rakyat, yang dipelihara,
atau umno itu dewata/dewa yang mulia, rakyat ialah penyembah dewa. UMNO itu pemberi
dan rakyat penerima.
Melayu yang bermaruah
tidak boleh menerima susunan seperti ini- UMNO bukanlah sesuatu yang diatas mereka
yang menentukan masa depan mereka. Melayu yang bermaruah yakin bahawa masa
depan mereka bergantung kepada usaha mereka sendiri, bagaimana mereka
menggayakan kehidupan mereka.
Melayu yang
bermaruah tidak akan merima masa depan ditentukan oleh UMNO yang hanya sebuah
parti yang menguasai kerajaan. Melayu yang bermaruah akan tanya, apa yang mereka
boleh melakukan melalui kerajaan yang merupakan satu alat untuk mencapai cita2
masyarakat keseluruhan. Mereka tidak akan membiarkan umno menentukan masa depan
mereka.
Tentulah Melayu yang bermaruah tidak akan membiarkan UMNO menzalimi dan
pemimpin2 nya belot kepada bangsa.
Saya sangat setuju dengan hujah2 Datuk. Orang melayu dan rakyat dari bangsa bukan melayu patut sedar bahwa kita semua ini di buli dan di tipu disiang hari oleh UMNO, bukan once in the blue moon but on daily basis. Kita di sajikan dengan najis lembu siang dan malam, dan orang2 berkuasa UMNO ini melahap apa saja harta Negara dan rakyat tanpa mengira dosa, undang2 buang pi tepi dan di ubah2 untuk melindungi salah laku mereka. Ternyata UMNO ini bukan parti keramat tetapi ia adalah parti khianat..khianat kepada bangsa yang menyembahnya seperti yang Datuk katakan diatas. Yang miskin adalah orang melayu amnya disebabkan oleh tindak tanduk serta salah laku penipuan demi penipuan, pembohongan oleh UMNO. Saya kira tak ada lagi yang boleh saya katakan disini..orang patut bangkit dan sedar bahwa mereka di tipu oleh parti UMNO yang mereka harapkan dapat mengubah nasib dan kehidupan mereka. Parti politik adalah kerjanya berpolitik..ingat itu.
ReplyDeleteKennedy quote-"My fellow Americans, ask not what your country can do for you, ask what you can do for your country." John F. Kennedy
ReplyDeleteRead more at: http://www.brainyquote.com/quotes/quotes/j/johnfkenn109213.html
"Semasa Kennedy angkat sumpah sebagai president Amerika yang ke 35, dia berkata, jangan tanya apa yang kerajaan boleh lakukan kepada kamu, tanya apa yang kamu boleh lakukan kepada kerajaan."
Just my 2 cents worth, if it is "kerajaan" then BN would be real proud. I think what Kennedy meant was "country" not kerajaan. "Kerajaan" can change, but USA or Malaysia remain.
Tak Perlu maruah...Hanya Perlu Sedar mengapa gologan elite melayu UMNO-BN-Sultan-Agong-Govenor yang hanya 1% (satu peratus ramai) Boleh dapat EKUTI 99% (99 Peratus) Harta SELURUH orang Melayu. Bermakna 1% melayu dapat milik harta 99% orang melayu. Ini Ekuti melayu.... Bermakna hak harta melayu diTANGAN 1% melayu. Kalau ini boleh di terima kesemua orang melayu maka terimalah Segala Kesusahan hidup yang akan berterusan 200 tahun lagi!!
ReplyDelete....itu lah bangsa melayu kita...megah serta tenggelam dlm kebodohan ketuanan melayu...sayang raja dan sultan serta megah bodoh dgn keturunan anak2 orang besar serta ternama yg menipu untuk mentekedarah titik peluh sebangsa serta setuhan...betapa bodoh bangsa Bani Melayu ku....
DeleteSelagi golongan orang-orang melayu kampungan yang tidak tahu bermain dengan angka ribu juta, org melayu berpangkat tinggi dan orang melayu pertengahan hidup selesa dengan gaji + berniaga suami/isteri tidak ambil peduli dan takut, kemewahan mereka dicabut, selagi itulah..perubahan 100% org melayu masih belum dirasai.
ReplyDeleteApa pun....sebagai seorang pejuang, kita harus lawan tetap lawan!
Dato'
ReplyDeleteKerajaan dah tidak ada kredibility untuk meminjam. Tetapi Petronas masih ada kredibiliti. Jadi nanti bolih lah kerajaan rembat dari Petronas.
The PM/FM has created a precedence, you just signed off any government documents and will not be held responsible. Hehehe...
ReplyDeleteKepada dato'
ReplyDeleteHuraian kali ini penuh dengan emosi. 95% penjelasan menghentam UMNO disertakan bukti-bukti yang tidak dapat disangkal lagi. Ini bermakna saya bersetuju dengan apa yang Dato' jelaskan. UMNO adalah punca kepada kerosakan yang berlaku pada hari ini. Jiwa UMNO tidak lagi dizahirkan sebagai ikhlas 100% untuk memartabatkan Melayu. Hari ini kita sering melihat pemimpin UMNO mejoritinya mengejar kekayaan peribadi apabila bergelar YB.
Kenapa saya berkata huraian yang dibelengu emosi? Dato' sekiranya kita ingin menyenaraikan kesalahan2 yang dilakukan UMNO, terlalu banyak. Tetapi apakah resolusinya dari sudut pandangan politk untuk menangani kepincangan UMNO yang Dato' jelaskan?
Adakah Dato' mengharapkan PAS.....PKR
atau
adakah Dato' percaya dengan manisnya bicara parti DAP
Kalau tak celaka bukan UMNO!
ReplyDeleteHadi awang pun masih sokong najib walau pun dia mungkin faham,manusia mcm ni nak buat mcmana?
ReplyDeletesejarah merakamkan majoriti melayu menganut islam hanya apabila raja mereka memeluk islam. sifat bertaklik buta ini amat menebal dalam bangsa melayu.sehinggalah kehari ini melayu masih selese hanya sekadar mengikuti apa saja yg disajikan oleh pemimpln mereka. wallahualam
ReplyDelete