Today's Parliament session ended at around 9.15pm. The Opposition, excluding PAS voted against the budget because the budget contains
so many inconsistencies, misinformation and silly policies. It ought to be
rejected.
The silliest
idea is the invective that if the budget is voted down, there will be no
financial outlay to run the country in 2016. If the budget was voted out, this
government falls. The incoming government will put up a budget for 2016. If the
Najib government can prepare the budget, the new government CAN prepare a new
budget.Havent I said it before, if Najib can become PM, anyone else can too.
Today the 2nd
Finance Minister answered on behalf of the First Finance Minister. Husni Hanazliah is
a mild mannered person. I believe he is also a likeable person. But in answering
on behalf of the finance minister, I am afraid Husni Hanazliah has been reduced
to a night soil carrier by Najib. The rogue himself does not answer.
I will put
an article on the minister’s answer maybe tomorrow. For now, I have to post the
following Malay article.
Talian Bebas Tol dan Akaun di UMNOBank.
Talian Bebas Tol dan Akaun di UMNOBank.
Perhatikan
angka ini. Najib 233105 bebas TOL. Atau 310523 akaun politik Najib di UMBank.
Najib dapat
sokongan 23% rakyat Malaysia, 31% orang Melayu dan 5% orang Cina. Jika Najib
dan UMNO dapat tahap demikian dari orang Melayu, umno dan Najib tidak ada masa
depan. Terutama jika semua rakyat
Malaysia, mengekalkan sentimen marahkan Najib.
Tapi kita
tahu- hasil kajian bersifat sementara. Sokongan orang Melayu boleh berubah
bila2 masa sahaja. Kawan kampong saya dari Pekan dan Raub kata- kalau orang
Melayu dapat sekampit beras, kopi dan susu serta wang tunai RM50, semua
selesai.
Saya harap
orang Melayu lebih sofistikated dalam fikiran mereka. Jangan kita gadaikan masa
depan anak bangsa dengan rasuah murahan seperti ini. Saya harap harga maruah
orang Melayu tidaklah sebegitu rendah.
Najib akan
kata, kita tidak ikut exit polls untuk mentadbir negara ini. Kata2 ini betul,
tapi adakah Najib dan kerajaan nya, boleh menampilkan keadaan sebaliknya untuk
menafikan kajiansosial tersebut? Jika Najib ada kepimpinan, dia akan berjaya.
Tapi Najib
tidak ada kepimpinan. Daya pemikiran dan wawasan kurang. Perlaksanaan dasar
yang cekap dan menyampai matlamat, tidak ada. Dia tidak dapat memberi keyakinan kepada rakyat dan paling penting,
rakyat tidak memberi amanah dan kepercayaan kepada nya. Rakyat sudah sedar,
bila Najib buka mulut, yang keluar hanya penuturan dan penceritaan yang
menakjubkan, tapi kepentingan yang diperjuangkan oleh Naijib ialah kepentingan
peribadi dan kumpulan terpilih dalam negara.
UMNO dan Najib
hanya pandai mencuci gambaran untuk tatapan orang ramai sahaja. Sesiapa yang lalu
lebuhraya Karak-kl hari semalam, akan
tabik kepada usaha pencucian yang dilakukan oleh pihak berwajib. Hampir tidak
ada kesan telah berlaku musibah lansung keatas laluan yang terbabit. Seolah olah
tidak ada kejadian tanah runtuh.
Itu
gambaran luar. Mereka yang lebih sensitif tahu, aktiviti menggondol bukit
dibelakang kawasan hutan lipur Lentang tetap tidak terkawal. Malah mahu terus
dilindungi dan sembunyikan kepada rakyat sehinggalah, mungkin satu hari
kejadian serupa berlaku dan meragut nyawa.
Dasar
kerajaan mengeskploitasi sumber pengkayaan untuk kepentingan suatu kumpulan
elit terus dijalankan sementara janji kosong dan kerak2 nasi ekonomi diberikan
kepada orang Melayu khususunya.
Tapi, apa
kita boleh kata, jika tahap sokongan Melayu kepada kerajaan Najib benar2 jatuh?
Sokongan
dari Melayu jika tahap demikian tidak mengherankan; sebab ia menandakan kematangan
politik dan tahap kesedaran social yang tinggi. Mereka tidak mahu dibodohkan
lagi dan tidak senang tertipu dengan gambaran muluk kerajaan- bahawa
pertumbuhan ekonomi bagus, keadaan fundamentals ekonomi bagus, korapsi
terkawal, nilai matawang bagus,- bahkan kerajaan ada banyak wang dalam
perbendaharaan.
Mata wang
kita jatuh; kerajaan beritahu tidak mengapa kerana matawang negara lain juga
jatuh. Tapi kerajaan tidak beritahu, nilai matawang Malaysia yang paling teruk
jatuh kerana keyakinan keatas Ringgit jatuh teruk sekali.
Kerajaan kata
fundamentals ekonomi kita bagus. Jika bagus bagaimana kita reconcile kenyataan ekonomi
bagus tapi nilai matawang jatuh? Ertinya, kejatuhan matawang Malaysia tidak ada
kaitan dengan economic fundamentals. Ia lebih banyak kaitan dengan keyakinan
politik keatas Malaysia dan keyakinan orang yang mengurus ekonomi Malaysia. Orang
tidak percaya lagi kepada kebolehan Najib dan kerajaan nya mengurus Malaysia.
7.4 juta
rakyat ( isi rumah dan individu belum kahwin) dibantu dengan BR1M. ertinya kita
mengesahkan bahawa ada 7.4 juta orang miskin dalam negara ini yang dihitung. Mungkin
jumlah nya lebih besar. ertinya ada 25% rakyat Malaysia berada dalam kelompok income earners dibawah RM3000 sebulan.
Untuk tahun 2016, 7.4 juta ini yang mempunyai
pendapatan dari RM1000- hingga RM4 ribu, kerajaan beri BR1M berjumlah RM5,900,000,000.
Ertinya,
secara purata, setiap penerima BR1M menerima RM797.30/setahun atau RM2.18
sehari. Tapi setiap mereka membayar GST sebanyak RM3.56/sehari secara purata.
Secara
purata.setiap rakyat di Malaysia, penerima dan bukan penerima BR1M mengalami potongan
pendapatan sebanyak RM1.38/sehari atau RM41 sebulan. Yang mendapat pendapatan
RM500 sebulan, membawa pulang RM459
sebulan.
Penarafan
Fitch, Standard and Poor atau Moody’s tidak
releven kepada orang Melayu. Ia mengingatkan saya suatu ketika dalam foram ekonomi di Pekan,
ahli UMNO yang hendak tunjuk pandai, menanyakan penceramah, apakah kesan Hang
Seng Index kepada ekonomi oang Melayu?
Kesan nya
paling minima dan jauh sekali.
Itu juga
kesan lapuran2 ekonomi badan2 ini kepada orang Melayu. Ukuran kesihatan ekonomi
yang paling releven ialah bagaimana suatu
isi rumah Melayu rasa terjadi kepada mereka sebenarnya? Itu measure yang
penting.
Satu isi
rumah Melayu yang tipikal mahu menumbuk kepala dan balun si Wahid Omar yang
menyatakan pendapatan purata suatu isi rumah ialah RM5900 sebulan.
Peneroka
Felda melayu yang membeli 1000 unit saham FGV, mendapat dividen 4 sen tahun
2014 melihat pulangan dividend keatas saham tersebut hanya RM40 setahun
sedangkan hutang yang perlu dibayar ialah RM600 setahun. Harga sawit tidak akan
melepasi harga RM450/tan.
Orang
Melayu yang berkerja sendiri- kerja kampong, pasar tani, agrobazar dan
sebagainya, bawa pulang pedapatanRM1000-1500 sebulan tercekik cekik menampung
kehidupan mereka. Dan mereka tetap membayar GST secara kolektif.
Orang
Melayu kini sedar bahawa keadaan ekonomi mereka bukan hanya bergantung kepada
mainan bebas kuasa ekonomi pasaran- tapi kuasa ekonomi tersebut dibentuk oleh
dasar2 yang kerajaan jalankan.
Dan dasar2
yang kerajaan Najib lakukan tidak baik kepada orang Melayu. Itulah fakta disebalik
tahap sokongan 31%.
Orang
Melayu tidak mahu menerima penceritaan yang manis2 dari pemimpin kerajaan.
Mereka mengukur apa yang sebenarnya terjadi keatas mereka sebagai isi rumah
sebagai barometer keadaan sebenarnya. Mereka mengukur apa jadi kepada poket
mereka.
Keadaan sebenarnya
ialah kos kehidupan terus meningkat sementara pendapatan tetap pada tahap yang
sama atau lebih menurun.harga barang makanan, pakaian, rumah, dan kesenangan
mencari kerja kian memeritkan.
Satu isi
rumah di Raub yang berniaga di pasar2 tani dan minggu yang bawa pulang RM500-600
menyalahkan dasar yang kerajaan UMNO jalankan. Janji kepada orang miskin,
gologan b40 atau M20, tapi menyampaikan nikmat kepada golongan t20.
Kerajaan
Najib dapat sokongan dari golongan marhein tapi dia pula sokong golongan elit
negara ini.
Inilah
perbuatan berlari bersama arnab dan memburu bersama anjing. Ia juga disebut
sebagai triangulation- janji kepada simiskin, beri kepada seikaya.
Apa lagi
Najib mahu? Nanti sampai Malaysia muflis seperti 1MDB- 1 Malaysia Dah Bengkrap
baru mahu berhenti?
Datok,
ReplyDeleteSaya ni bagaimana tiada siapa yang ambil kira.
1: VSS 2011, masa tu umur 50 tahun.
2: Masih mncari kerja.
3: Tahun depan dapat duit KWSP.
4: Tiada kepandaian berniaga atau kerja tanagn yang mendatangkan wang.
5: Habiskan masa membaca buku ugama (pinjam).
6: Anak sorang baru kerja.
Barang terus naik. Harap bini kerja kerani saja.
Bistari Jaya, K Selangor
artikel bahasa melayu tuan lebih mesra ,lebih lunak, lebih dekat ,lebih erat, lebih menjamah, lebih meresap dihati sanubari saya. jika target tuan adalah melayu saya sarankan sealulah berkarya dalam bahasa ibunda ini. tahniah dari saya.
ReplyDeleteAssalammualaikum w.b.t. Saya sangat bersetuju dengan telahan yang tuan buat. Rata-rata pada masa ini, rakyat menderita menanggung kos sara hidup yang makin meningkat. Hakikatnya, Perdana Menteri kita tidak ambil pusing akan penderitaan ini. Malah pada pendapat saya, beliau sebenarnya menghukum rakyat kerana tidak menyokong pentadbiran beliau. Lihatlah sahaja kenaikan kadar tol, kenaikan harga minyak dari RM1.95 ke RM2.05 serta kenaikan harga rokok dari RM13.50 ke RM 17.00. Mustahil seorang PM tidak mengetahui kesan kenaikan ini ke atas perbelanjaan harian rakyat. To me, we're are suffering because we are showing and voicing our hatred towards the government for all the corruption and hanky panky that has been occurring through the years. To top it all of, at this moment, there is nothing we, the citizens, can do except to persevere. Thank you.
ReplyDeleteApa lagi Najib mahu? Duit! They don't call him the Billion Dollar man for nothing!!!
ReplyDeleteBersabarlah menghadapi bala yg di panggil "najibe". Bila sampai PRU yg seterusnya nanti jangan lupa utk vote parti selain dari BN. Itu saja yg dapat kita rakyat marheim lakukan sekarang. Bapak2 MP kita dari BN lagi suka tadah duit dr najibe daripada cakna mengenai nasib rakyat. Sepatutnya mereka ada kuasa di Parlimen utk bersama dgn MP2 parti pembangkang untuk melondehkan si najibe.
ReplyDeleteMungkin ada hikmat disebalik bala yg menimpa sekarang ni supaya rakyat Mesia lebih berfikiran panjang ke hadapan dan ubah cara kerja kita sekarang yg lebih bersifat jangka pendek dari segi hasil kerja.
Bersusah2 kita sekarang, harap2 dimasa depan kehidupan kita akan bertambah baik. Tapi kena bagi peluang utk parti pembangkang lah tunjuk apa yg mereka boleh perbaikkan. Dengan ini taklah malaun2 dari bee_end mendabik dada yg depa saja boleh tadbir Mesia. Sekarang kita semua tahu yg mangkuk2 bee-end tak tau apa pun. Perhabih duit rakyat jer.
31% orang Melayu yang menyokong Najib/UMNO adalah angka yang terlalu tinggi memandangkan mereka telah menjatuhkan maruah orang Melayu dengan berbagai skandalsehingga orang orang bukan Melayu tidak lagi menghormati orang Melayu/orang Islam.Kita dapat merasai persepsi ini bila membaca komen komen mereka dalam pelbagai blog dan media internet.Apakah guna slogan slogan seperti untuk bangsa,negara dan agama bila hampir kesemua orang orang bukan Melayu memandang rendah dan menghina pemimpim pemimpin Melayu/Islam yang tak tahu malu lagi.Saya berharap orang Melayu cepat sedar supaya dapat menebus kembali maruah mereka.
ReplyDeleteOrang Melayu mesti bersuara Dan bersuara lebih kuat menentang isu perkauman yang sengaja dibangkitkan oleh puak puak umno haramjadah. Kalau kita Terus menentang maka kita akan jadi ONE TEAM dengam bangsa bangsa lain jadi kita akan kukuh mendepani puak puak UMNO dan Najib akan kencing dalam seluar.
ReplyDelete"Ia juga disebut sebagai triangulation- janji kepada simiskin, beri kepada seikaya."
ReplyDeleteTriangulation dengan isteri orang lain, tetap binasanya sesuatu. Di Jawa tempoh hari, lepas dibunuh, yang anu dikerat, digoreng dan dimakan oleh si suami yang diperkosa.
Triangulation dalam hal kewangan, si miskin yang syiok se minit, sengsara kemudian, sikaya dapat merantau ke sini ke sana sepanjang tahun ikhlas daripada perantaraan yang kuat— manusia pivot— dalam narrative triangulation harapan, keperluan dan kemahuan.
Hebat betul Malaysia kita sekarang.