Saya menulis artikel ini sebab saya orang Melayu. Semua orang Melayu mesti menilai apa sebenarnya yang dilakukan oleh mana2 kumpulan yang mendakwa mereka menjuarai kepentingan bangsa. UMNO tidak terkecuali.
Semakin hari UMNO hilang kepercayaan bangsa Melayu. Semasa 1MDB beli janakuasa swasta dengan harga berbilion Ringgit dahulu, tidak sedikit puak pelampau Melayu menjerit dan melolong bahawa tindakan tersebut ialah hendak meletakkan assets tersebut dalam tangan Melayu. Bahkan kita ada undang2 yang menghadkan pegangan ekwiti asing dalam syarikat milik kerajaan pada tahap 49%.
Hari ini apa jadi? Assets tersebut dijual pada syarikat negara Cina. Sekali gus, alasan pembelian janakuasa oleh 1MDB dahulu, hancur lebur. Tunjukkan duit, maka pemimpin UMNO jual segala nya. Maruah bangsa hilang sekelip mata. Situkang jerit dan lolong, senyap sepi membisu seribu bahasa.
Bangsa kita berjuang dan menumpahkan darah mempertahankan martabat dan ketuanan bangsa. Tok Janggut di Kelantan, Dol Said di Negeri Sembilan, Tok Gajah, Bahaman, Mat Kilau dan kumpulan mereka di Pahang, pemimpin2 Melayu lain mempetaruhkan nyawa untuk menjaga maruah dan nilai bangsa. Pemimpin UMNO hari ini buang itu semua.
Nyatalah perjuangan ketuanan bangsa ialah melalui perbuatan dan perlaksanaan bukan dengan slogan dan omongan kosong. Perjuangan ketuanan bangsa didukong oleh usaha menegakkan kebenaran dan keadilan.
Apa yang pemimpin UMNO hari ini lakukan?
Pemimpin UMNO mengajar bangsa Melayu, bahawa mengekalkan kemerdekaan bukan nilai yang penting. Menyelamatkan diri sendiri, mendahulukan kepentingan peribadi adalah nilai baru orang Melayu.UMNO mengajar bangsa Melayu, menjadi penegak kebenaran dan keadilan tidak penting.
Apa sudah
jadi kepada UMNO? Ianya tidak lagi mewakili nilai2 terbaik bangsa Melayu. Ianya
parti yang tidak tahu menghargai pemimpin yang benar2 berjasa. Sebaliknya, ia
menjadi pekakas untuk menjaga pemimpin yang buruk.
Saya berharap. Nilai2 yang
dibawa dan didukung oleh UMNO hari ini tidak mewakili nilai bangsa Melayu keseluruhan nya.
·
Melayu tidak boleh dipecayai
·
Melayu tidak cekap
·
Melayu tidak kenang budi orang yang berjasa
·
Melayu gadai maruah untuk duit
·
Wang, duit dan pangkat mengatasi baik dan buruk, benar dan salah, hitam
dan putih.
·
Melayu tidak berprinsip.
Mari kita
lihat nilai mengenang budi.
Ini suatu
yang saya tidak faham dengan 22,000
ketua cawangan UMNO. Adakah jasa Dr Mahathir yang jadi president UMNO selama 22
tahun, jadi PM selama 22 tahun dan membangunkan minda orang Melayu boleh
dilupakan dan diketepikan? Mana dia wira2 UMNO yang dibentuk oleh DR Mahathir?
Saya tidak
fikir Dr Mahathir ada kepentingan apa2 selain mahu melihat Malaysia
diselamatkan dari kepimpinan yang memusnahkan. Dr Mahathir hanya tidak mahu
melihat negara yang dibangunkan selama 22 tahun, dimusnahkan. Selepas Mahathir,
Malaysia menjadi teruk.
Ini bukan
isiu Dr Mahathir ada stail dia, Najib ada stial dia.isiu nya, Malaysia mesti
diselamatkan. Yang menyebabkan Malaysia mesti diselamatkan ialah kepimpinan
Najib yang memusnahkan. Maka Dr Mahathir menyeru Najib diganti.
Pergantian tersebut
dilakukan dengan cara yang dibenarkan oleh perlembagaan. Adalah tidak masuk
akal untuk menuduh Melayu yang paling berjasa pada bangsa dan negara ini
sebagai orang yang mahu menggulingkan kerajaan.
Umno hari ini.
UMNO dikuasai
oleh pemimpin yang angkuh. Keangkuhan mereka bukan disebabkan kebolehan serta
bakat. Bahkan keangkuhan mereka disebabkan mereka ada kedudukan dan jawatan dan
mereka kaya raya. Dan kekayaan mereka bukan sebab mereka peniaga yang handal. Bahkan
kekayaan mereka ialah kerana mereka ini kebanyakan nya rent seekers dan kaki
balun duit rakyat.
3.4 juta
ahli UMNO dikuasai oleh 22,000 ketua cawangan, 191 ketua bahagian dan 48 orang
anggota Majlis tertinggi. Jadilah UMNO sebuah parti kumpulan 1%, oleh 1% dan
untuk 1%. Ketua kumpulan 1% terpilih ini , pada waktu ini ialah Najib Tun
Razak.
Siapa kumpulan
terpilih 1% ini? Mereka terdiri dari yang kurang bakat dan kebolehan, yang
tidak kerja kuat semasa sekolah dan kolej atau university, mereka yang rasuah
dan yang menyokong system rasuah. Nilai2 mereka ini dicerminkan dalam dasar2 yang dijalankan.
Maka BR1M jadi Beri Rasuah 1 Malaysia. Kesetiaan boleh dibeli dengan RM1000 setahun. Harga kesetiaan dan sokongan hanya RM2.74 sehari. Najib
hanya perlu mempedulikan kepentingan 191 ketua bahagian dan tidak perlu pun menghiraukan
22,000 ketua cawangan.
Kepada Najib,
tunai itu raja. Tunjukkan duit kepada nya, semua beres.
Apabila ditanya
mengenai butiran 1MDB diparlimen menteri kewangan ke2 memulakan jawapan dengan berkata-
objektif kita ialah menyelesaikan tanggungan dan hutang 1MDB bukan?
Benar- tapi
isiu yang lebih besar adakah kita menjadi penjualan asset untuk mengurangan
hutang dan bebanan sebagai alasan menutup salah laku? Salah laku dan
penipuanlah yang menyebabkan masaalah 1MDB.Menyelesaikan masaalah dengan wang, tidak kensel salahlaku.
Soalan paling
mudah- dari hari pertama kerajaan kata 1MDB bukan syarikat kerajaan. Penglibatan
kerajaan hanya modal bermula sebanyak RM1 juta. Jika bukan syarikat kerajaan,
mengapa kerajaan hari ini melindungi 1MDB? Apa yang spesial nya mengenai 1MDB sehingga kerajaan beri surat jaminan kepada 1MDB? Biarkan sahaja 1MDB bengkrap dan
bersama sama kehancuran nya, mendedahkan semua yang terlibat dalam skendel
1MDB.
Clearing debts
by seling whatever assets 1MDB has does not excuse and exonerate wrongdoings
and wrongdoers.
UMNO bukan
UMNO dahulu lagi. Ia jaga kepentingan presiden dan penyokong presiden. Tempat mesyuarat
MKT UMNO seperti yang dinyatakan dalam buku perlembagaan UMNO ialah Menara Dato
Onn, PWTC.
Tapi kali
ini, ianya diadakan di bangunan parlimen. Ini amat menakjubkan dan ianya
menunjukkan keangkuhan parti UMNO. Ianya hanya sebuah parti yang mempunyai 3.4
juta ahli, 191 ketua bahagian, 21,800 ketua cawangan dan 48 ahli majlis
tertinggi. Melayu UMNO hanya 20% dari jumlah bangsa Melayu.
Didalam parti
UMNO dikuasai oleh kumpulan 1% teratas. Ia sebuah organisai kumpulan 1%, oleh
1% dan untuk 1%. Ertinya, ia jaga kepentingan 1%, dikuasai oleh 1% dan melakukan
semua dasar untuk 1%.
Untuk negara,
dia bukan jaga kepentingan semua orang. Dasar dan kepentingan UMNO ialah dasar
kumpulan 20%, oleh 20% dan untuk 20%. Ianya tidak sama dengan kepentingan baki 80% bangsa
Melayu lain.Malah ahli UMNO hanya 17% dari jumlah Melayu seramai 18juta.
Oleh kerana
UMNO sudah memulakan precedent, maka parti politk lain agaknya akan juga boleh
mengadakan mesyuarat jawatankuasa eksekutif mereka di parliament. UMNO memulakan
precedent yang tidak bagus ini. Mereka tidak boleh pusing balik dan kata, hanya
UMNO sahaja boleh melakukan demikian. Parliament bukan milik UMNO.
Mengenai apa
sebab UMNO melakukan demikian sebetulnya tidak penting. Sama ada ianya untuk
mengasingkan penyokong Muhyidin dan Shafie atau kerana mahu menghimpunkan ahli
parlimen UMNO hampir dengan dewan- tidak penting.
Yang nyata
ialah UMNO sebuah parti yang berada dalam keadaan yang mencemaskan. Ia jadi
cemas, sebab ia sudah hilang keyakinan bangsa Melayu. Ahli2 nya sendiri sedang
memberontak mahukan president disingkir supaya jangan mencederakan masa depan
UMNO dan seterusnya menghakis kepercayaan bangsa Melayu keatas UMNO.
Nilai Melayu
UMNO tidak sama dengan nilai bangsa Melayu rupanya.
Semasa membentang Bajet 2016, Dato Najib membaca suatu ayat dari Al Quran yang menyebut supaya memberikan amanah kepada mereka yang berhak menerima nya.
Muhammad Rasul Allah menyebut bahawa apabila amanah disia2kan, maka kiamat dan kemusnahan akan tiba. Bila ditanya, bagaimana amanah disia2kan- baginda jawab, ianya disia2kan bila urusan diberi kepada mereka yang bukan ahlinya.
Bangsa Melayu mesti menilai- adakah amanah kepada pemimpin UMNO hari ini diberi kepada mereka yang berhak menerimanya?