Wednesday, 30 September 2015

Keadaan Negara Kita- Siri 3.



Seperti yang saya nyatakan, artikel dalam Bahasa Melayu yang bersiri ini penutup tirai posting dalam blog ini. Saya mengambil cuti untuk suatu tempoh yang tidak ditetapkan. 


Jangan jadikan negara Malaysia menjadi negara gagal.

Apakah pengalaman hidup masyarakat Malaysia, tua  muda, kecik besar, Melayu dan bukan Melayu sejak tahun 2009?
Tahun itu Najib jadi PM dan melancarkan dasar2 yang dikarang olehnya. 1MDB, 1Malaysia, GTP, ETP, dan lain2 abreviasi. 
Orang Malaysia sudah lupa itu semua. Kerana semua tidak mengangkat taraf hidup rakyat.


Malaysia dibawah langit yang kian mendung.
Sejak itu pengalaman seluruh rakyat malaysia- kecil besar, melayu bukan Melayu, jantan betina, kaya miskin semua sama- Malaysia berada dibawah langit yang muram lagi  mendung.


Ada Najib terangkan semua ini kepada rakyat? Najib always keep everyone else in the dark- kecuali Jho Low, Rosmah dan segelintir sepemikiran lain.
Tidak ada- bahkan dia menyembunyikan keadaan yang sebenar nya dan mengarang cerita muluk menghayalkan.

Bagaimana negara menjadi menjadi demikian? Kerana seorang yang bernama Najib Tun Razak yang ternyata jauh terlalu kerdil untuk jawatan pemimpin nombor satu. 
1MDB mula tahun 2009. 

Pertama, belaku skendel 1MDB. Ianya ditubuhkan pada tahun 2009 bila 1MDB ambil alih Terengganu Incvestment Authority. Langkah pertama Najib buat ialah meluluskan yuran RM500 juta kepada Jho low kerana memikirkan dan mengonsepkan TIA.

Dan sejak 1MDB dalam tangan Najib, kita ada apa yang berlaku sekarang. Pertama menerbitkan bon dengan bayaran yuran yang terlalu tinggi kepada Goldman Sachs. Bon2 dijamin oleh kerajaan. Jika 1MDB tidak mampu menebusnya nya, kerajaan guna duit rakyat untuk berbuat demikian. 
Namun sejak mula, PM dan konco2 nya menegaskan 1MDB tidak melibatkan duit rakyat.

Pelaburan yang dibuat dengan Petrosaudi ternyata bohong bila assets yang dijanji untuk disumbang oleh petrosaudi tidak ada, malah kosong. Najib membeli suatu syarikat kosong dan meluluskan bayaran hutang syarikat kosong ini kepada syarikat induk sebanyak USD700 million.  Kemungkinan besar, 'hutang' itu tidak ujud sebetulnya.
Kemudian bayar USD300 juta lagi kedalam akaun yang sama yang dimiliki oleh Jho Low.

6 bulan kemudian, 2010, JV dibatalkan dan Najib kata kesemua duit yang dikeluarkan USD2 billion lebih,  telah dikembalikan kedalam akaun di Cayman Islands. Duit tersebut diletakkan dalam akaun segregated.  
Orang Kampong, terutama ahli UMNO tidak faham apa segregated funds. Saya sendiri pun tak tahu. 

Najib kata kepentingan dalam JV sudah diperolehi kembali, tapi tidak boleh bawa balik.

Bila didesak kenapa duit itu tidak dikembalikan ke Malaysia, Najib kata, setengah diguna untuk bayar hutang faedah dan setengah diletak dalam akaun di Singapura dalam bentuk tunai. Saya telah bertanya soalan ini dalam Parlimen dan najib jawab ianya dalam bentuk tunai di Singapura.

Beberapa bulan kemudian, Najib kata, bukan dalam tunai tapi dalam bentuk units. Kita tidak tahu apa units ini , tapi ianya bukanlah tunai. Najib berbohong kepada parlimen  dalam kes 1MDB.

1MDB terus melakukan urusniaga yang mencurigakan. Pembelian 1PP dengan harga yang ditambah, pembelian tanah milik kerajaan dengan harga yang murah. Najib tidak memberitahu atau menyembunyikan kemana sebetulnya wang dalam 1MDB pergi.

Sehingga sekarang sebagai contoh, RM4billion yang dkatakan dipinjam dari KWAP membeli lombong arang batu belum dipertanggungawabkan.

Hari ini hutang dan beban tanggungan 1MDB sudah pasti melebihi RM50 billion.

Dan Najib yang bertanggng jawab keatas semua nya.


Katalah, Najib jual asets 1MDB dan perintah GLC membeli assets 1MDB pada harga paksaan, segala hutang dan tanggungan dapat di luputkan- adakah ianya menghapuskan kesalahan jenayah yang telah berlaku? 
Jawap nya tidak.



Malaysia untuk Melayu, Malaysia untuk Cina dan Malaysia untuk India. 
Semenjak 2009 ketika jadi PM, Najib telah melakukan apa yang bertentangan dengan slogan 1Malaysia. Konsep itu ialah agenda menyatukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan berlainan agama dan budaya. Konsep itu cadangnya, ialah mamasukkan semua rakyat dalam satu agenda.

Yang dilakukan ialah sebaliknya. PM yang lupa dia dipilih untuk menjaga satu Malaysa, bersikap dia menjaga suatu golongan sahaja. Dia pula yang menjadi kepala meruncingkan lagi hubungan kaum dengan menggariskan amaran kepada bangsa lain.

Berlawanan dengan agenda menyatukan, kita ada PM yang meyebabkan lagi pepecahan.


Kerajaan siberhutang.
Hutang negara terus meningkat. Setiap tahun, lebih banyak perkara yang mahu dibalanjakan. Dalam sebuah negara demokratik dan berparlimen, setiap perbelanjaan dari bajet mesti diluluskan oleh parlimen. Banyak kali bajet dibentangkan adalah bajet untuk tayangan awam untuk menunjukkan perbelanjaan amat terurus dan terkawal. Deficit bagus.

Tapi, setiap kali ada bajet kontinjensi. Dalam bajet ini, kerajaan meminta tambahan dana untuk belanja. Ketika bajet induk dibuat, ada atau tidak ada, penelitian dan ketertiban? Bajet kontijensi sudah menjadi kebiasaan.

Dan paling merisaukan, banyak ejensi diluar bajet diujudkan untuk menyalurkan perbelanjaan. Banyak ejensi ini diluar pertanggung-jawapan kepada parlimen.

Bererti kerajaan secara sembunyi sembunyi boleh berbelanja keatas projek yang bukan2 melalui ejensi2 seperti ini.

Apa yang diperlakukan keatas wang petronas misalnya, diluar pemantauan parlimen. Apa khazanah buat misalnya, diluar pengawasan parlimen. Kerana tabiat off budget mentaliti ini, dimana keperluan mempertangung-jawabkan amat kurang, maka itulah yang terjadi keatas 1MDB.

PM memperlakukan 1MDB sebagai suatu yang tidak perlu dipertanggungjawabkan. Bila ada pemimpin yang tidak amanah, tidak jujur dan tak bertanggung jawab menjaga suatu sumber masuk keluar wang, maka terjadilah kerosakan yang kita hadapi hari ini.

No comments:

Post a Comment