Dunia berlegar dikeliling matahari UMNO.
Saya sedih
tengok pemimpin parti UMNO bersikap macam dunia ini berlegar di kelilling
mereka. Anggapan mereka, dunia ini bergantung keberadaan/existence kepada
mereka.
Kalau Umno tidak
ada, maka dunia berhenti berputar.
UMNO tidak ada moral compass.
UMNO dibawah
pimpinan Najib tidak ada lagi moral compass. Tidak tahu membezakan dosa pahala,
halal dan haram. Ini terjadi kerana Najib sendiri tidak ada moral compass.
dunia berputar keliling UMNO.
Tidak ada dusta
yang lebih dahsyat dari ini. Bahkan ada pemimpin UMNO kata berdosa kalau kita
tidak sokong Najib.
Najib sudah didewakan sebagai nabi?
Sehingga mengkritik
Najib kerana korapsi nya, kerana salah guna kuasa, membohongi rakyat, masuk
dalam bab dosa dan pahala? Kalau begitu, sokong Najib dapat pahala?Ini dari kitab kuning yang mana?
Betullah kata
Nabi Muhammad saw(bukan Muhammad subhanahu wataala ya) - kita akan tiba pada satu
zaman dimana pencuri kita jadikan pemimpin.
Kita sekarang
sokong Najib keturunan lanun jadi pemimpin bangsa Malaysia.
yang lebih berdosa.
Lebih berdosa
kalau kita beri sokongan kepada seorang yang pecah amanah ambil USD700 juta
masuk kedalam akaun kroni cina nya. Berdosa kita kalau merelakan pemimpin yang
sama, balun lagi USD330 juta masuk dalam akaun cina yang sama. berdosa kita memuliakan pemimpin yang beli hartabenda 1MDB dengan harga palsu. Berdosa kita memuliakan perbuatan mencedok hasil pembelian syarikat.
Seruan saya
ialah kalau orang UMNO, bangsanya Melayu, agamanya Islam merelakan dan mensucikan
perbuatan ini, maka kita biarkan lah mereka berselaput dengan nilai keji.
Orang Melayu
yang lain- tolak 3 juta ahli UMNO , kita jangan membodohkan diri, mengabdikan
minda kita mengikut apa orang Melayu UMO buat.
Dengan merelakan
dan menyetujui dan menyangupi apa Najib lakukan atas nama bangsa Melayu, orang
UMNO memuliakan nilai2 keji.
Pendukung nilai
keji, kita tidak boleh benarkan memimpin kita.
Berdosa kita.
pemerintah dari bangsa kita yang menganiayai kita.
Yang selama ini
memerintah negara ini ialah orang Melayu dari UMNO. Cina dan India yang ada
dalam perikatan dan kemudian BN- hanya budak suruhan dan hiasan tingkap.
Jika yang
perintah selama ini ialah Melayu- macam mana bila malapetaka dan musibah melanda
bangsa Melayu selama ini, dipersalahkan kepada bangsa lain?
Kepimpinan orang
Melayu lah yang salah. Orang Melayu mempusakai perangai buruk yang ditempa dari
zaman dahulu lagi. Penempaan ini dilakukan oleh pemerintah dari bangsa mereka
sendiri.
Orang Melayu gagal
belajar dari sejarah. kegagalan ini menghukum kita. Yang menempa minda anak2
Melayu ialah pemerintahan bangsa sendiri.
Seperti kata
Zaaba dalam tahun 1927- orang Melayu jadi pewaris kepada tabiat yang keji dari
zaman nenek motang dahulu kala lagi- yakni orang Melayu beratus tahun kena
perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas di tangan pemerintah pemerintah nya
yang pada zaman dahulu itu- iaitu pemerintah2
daripada bangsa mereka sendiri.
Tidak ada
perubahan yang berlaku. Yang memerintah kia orang Melayu. Yang memusnahkan kita
ialah pemerintah bangsa kita.
Selagi Najib
tidak dapat terangkan darimana datangnya RM2.6 billion yang masuk pula dalam
akaun nya, tidak ada perbuatan yang sah dan bersih boleh terbit dari wang
tersebut.
RM2.6 billion
itu besar kemungkinan datang dari pengonglapan wang 1MDB. Jika wang itu
diperolehi secara haram, sanggupkah orang Melayu dalam UMNO membiayai kehidupan
parti yang mahu membela nasib bangsa Melayu dengan wang haram?
Najib tak tahu jawab.
Cara Najib jawab
asal usul duit puaka RM2.6 billion ini menampakkan itu wang hasul pencurian. Ini
derma. lebih elok kata sedekah.
Derma dari pak arab. Kerana memperakui Najiblah pembela ahli Sunnah wal
jamaah. Derma dari pak arab untuk melawan ISIS sedangkan bila wang itu masuk
dalam akaun Najib, ISIS belum ujud lagi.
Kemudian wang itu derma dari pak
arab untuk menentang permuafakatan Yahudi dunia dengan DAP. Derma itu digunakan untuk kebajikan ahli
UMNO, duit itu semua digunakan untuk UMNO.
Pengalaman dan sejarah mengajar kita- jika punca nya penipuan, maka kita akan terus menipu untuk menghalalkan dosa.
Kepada ahli
UMNO, sila mohon pemeriksa kira2 parti dari cawangan, bahagian dan induk, sayap
pemuda, wanita dan puteri- bentangkan penyata kewangan masing2.
Ada sumbangan
dari persiden parti yang luar biasa?
Mana yang
berdosa? - berdiam diri membiarkan perkara mungkar dilakukan atau berdosa kita
merelakan dan memuliakan nilai2 mungkar dan keji?
Taib - Govenor Sarawak dan Keluarga dia macam mana pulak?? Bekas MB Sarawak...Macam Mana nak Bungkus dia pulak?? Berbillion lebih dari Najib di kebas!!..seorang saja!!
ReplyDeleteOrang Sarawak Sep 16 Hari Bagi Baju Merah Ajaran baik....semua sila ke Kuala Lumpur....2 hari sebelum 16 september!!...
Apa orang UMNO sendiri kata :
ReplyDeletehttps://www.youtube.com/watch?v=2zgsqIS6GxA
Ramai sangat yang murah harga diri. Diberi duit sedikit, yang pemberi boleh kaut sebanyak yang dia suka.
ReplyDelete
ReplyDeleteLim Jr. not being too smart, eh?
He still wants DAP to be part of Selangor govt, just so he can ensure the Chinese in Selangor can still "yam seng"? How utterly silly.
The immaturity of the Opposition is frustrating.
Blame Anwar; his far-fetched notion that Azizah would be able to keep the whole quarrelsome zoo together has been the undoing of Pakatan.
Yes, you do need PAS.
Better wrap your heads around that one.
Some egos need to be parked, but mainly on the DAP side (sorry.)
Orang jahil sungguh tak berdosa.
ReplyDeleteorang pura2 jahi 2 kali berdosa mungkin 3 kali,
pertama dia tau tapi dia buat - berdosa,
kedua dia berpura- pura jahil keran ada masyuuk, ambil dan tipu, 2 dosa,
> dp 2 dosa.
Kemudian orang lain ikut lagi dosa.
Tetapi saya percaya benar mereka tidak percaya ada dosa atau pahala. Tak percaya agama?
Kurangvdaripada itu pun mereka munafik kerana nafsu pak. Uwang pak. Mereka percaya kuasa wang.
Saya pasti ini yng paling ramai di kalangan penyokong Tokey ini.
Malah tukang fatwa pun mencari asas atau alasan untuk sokong tokei ni nampaknya krrana benda. Itulah tahap iman mereka.
Teruskan kata2 benar YB.