Tuesday, 25 August 2015

Memperjuangkan kepentingan rakyat lebih mulia dari memperjuangkan kepentingan Najib.



Bahagian ke-2, saya tulis dalam Bahasa Melayu. Mudah2an ia nya dibaca oleh orang Melayu. Melayu yang diharamjadahkan, Melayu yang dipapa kedanakan, Melayu yang dibangsat.

Inilah istilah dari orang yang sakit jiwa.

Masih ada harapan golongan progresif dalam UMNO masih ada.

Saya berasa gembira melihat tahap kesedaran Melayu UMNO meningkat. Mereka tidak sokong pemimpin secara buta tuli. Pasir gudang, Langkawi, tampin, merbok dan banyak tempat lagi, orang UMNO yang sedar dan sensitif dan peka terhadap rintihan rakyat menyuruh Najib berhenti.

Tapi Najib dikelilingi oleh jentera yang membutakan mata nya dan memekakkan telinga nya. Namun jangan salahkan penasihat nya sahaja. Orang Pahang kata- Najib itu kepala dang nya. 
Najib pun demikian juga. Najib pun mempunyai personaliti mempersetankan rintihan rakyat. Jangan kita terpedaya dengan lakonan nya.

Najib suami isteri berlagak macam king Louis dan Marie Antoinette – rakyat menderita manakala mereka bergembira dan bertemasya.Nama negara tercemar.

Dikalangan Raja Melayu pun ada terdapat kesedaran pro rakyat. Mereka tidak sanggup melihat bangsa Melayu dipersenda akal dan dikudakan oleh segelintir pemimpin yang gila kuasa dan tamak haloba.

Bila Zahid Hamidi buka mulut.

Apa yang dia pekik sana dan sini? Apa yang TPM Zahid bising dan jerit sana sini ialah rasa cemas peribadi nya. Jika kerajaan bertukar dan pemimpin UMNO lain berkuasa, mungkin tidak ada tempat untuk orang macam Zahid. Cakap sana sini macam pak santoloyo.

Zahid Hamidi menanam rasa cemas bukan sahaja dikalangan orang Melayu am nya; lebih penting dia hendak tanam rasa cemas dikalangan MP UMNO.

Dia tahu, jika MP UMNO enggan dicemaskan oleh Zahid, mereka menyeberangi menyokong pihak pembangkang, UMNO Najib akan jatuh.

Tapi MP UMNO bukan semua pak santoloyo macam dia. Mereka ada conscience dan tidak sanggup menutup bangkai yang mahu disembunyikan oleh Najib.

Jangan miskin pada nilai dan perangai tinggi.

Pemimpin UMNO yang lain mestilah berani beroperasi atas prinsip benar itu benar, salah itu tetap salah. Jika prinsip ini hilang, maka Melayu memang akan jadi bangsa yang bangsat nilai2 kebenaran.

Seperti yang pernah disebut oleh pendita zaaba, perihal miskin harta benda tidaklah terkata lagi- akan tetapi miskin pada hmpunan nilai2 dan kehalusan budi dan perangai2 yang tinggi itu lebih menerukkan bangsa Melayu.

Saya sudah menulis perkara ini banyak kali tapi tidak jemu mengulangi nya kerana saya fikir pendita Zaaba benar2 seorang pemikir yang mendalam lagi  tajam.

Dia menulis: …..miskin pada hemat dan cita2, miskin pada pelajaran dan latihan pengetahuan, miskin pada alat2 kelengkapan otak dan pada beberapa sifat2 keperangaian yang tinggi dan mulia- jadilah mereka tak dapat tiada daripada tersangkut dan ketinggalan dalam perjalanan bangsa2.

Kehilangan nilai2 inilah yang menyebabkan bangsa Melayu memilih pak santoloyo dan golongan tak semenggah jadi pemimpjn bangsa Melayu.

Orang Melayu mesti sedar bahawa jika UMNO dan pemimpin nya berlagak angkuh seperti yang mereka lakukan sekarang, kita mesti menyalahkan diri kita sendiri. Kita yang pilih mereka. Kita yang serahkan kuasa kepada mereka dan mereka menguasai kita.

Oleh  kerana kuasa yang ada pada mereka kita yang beri, kita ada hak untuk tarik balik. Dalam versi moden, hak seperti ini terkandung dalam right of recall, yakni kita mengkoreksi kesalahan kita dengan menurunkan pemimpin yang berkuasa. Kita yang silap, kitalah yang membetulkan nya.

Dr Jekyll and Mr Hyde.

Hari ini perkara yang hendak dibetulkan ialah kesilapan memilih umno dan Najib untuk berkuasa. Dia lah penyebab Melayu jadi bangsat.

Menggunakan bahawa kesat dan bermutu rendah sudah menjadi keperangaian kedua kepada najib atau dalam bahas Inggeris second nature. Orang Felda dia kata haramjadah. Penentang nya di Pekan dalam suatu pihanraya dikatakan papa kedana, hendak urus diri sendiri pun tak mampu.  Sekarang bangsat.

Ini cakap orang yang kurang otak tapi  banyak wang dan ada kuasa. Ini rasmi Najib yang public tidak tahu.

Kita akan mula dengan dusta dan pembohongan dan lakonan dari pelakon nombor wahid bila tiba bab kelentong rakyat. Dengan muka selamba, dia memperagakan personality cukup siuman didepan khalayak. Dibelakang, dia jadi Dr Hyde yang bernafsu sebagai haiwan. Didepan dia berperwatakan DrJekyll.

Agaknya, bila seorang ketua wanita Langkawi menasihatkan Najib jumpa doctor , dia melihat personality Najib yang sebenar.

Sudah ramai suara UMNO sendiri yang menyuruh Najib letak jawatan. Percayalah, Najib akan pekakkan telinga dan berkulit tebal. Dia tidak akan segan berkata bukan ahli UMNO yang pilih dia, dia akan kata rakyat yang pilih dia.

Paling akhir, pemuda tampin, UMNO bahagian Shaziman Abu Mansor yang baru dilantik sebagai penasihat kepada Najib  buat usul supaya Najib undur dan letak jawatan. Adakah ini bererti Shaziman tidak dapat mempertahankan Najib?

Bangkai gajah mana boleh di tutup dengan nyiru?  Najib sudah tidak terbela. Bohong dan mungkar nya tersangat besar. Jika 3 juta Melayu sokong Najib dan UMNO, 13 juta Melayu lagi enggan berbuat demikian.

Kepentingan 13 juta orang Melayu dan 14 juta rakyat Malaysia bangsa lain, adalah lebih penting dan mulia dari kepentingan Najib. Hanya orang yang bergantung hidup dan bisnes dengan Najib yang mempertahankan nya. Kepada golongan terpencil ini, perjuangan untuk Najib itu mulia kepada mereka.
Maka jawapan kita ialah tidak ada perjuangan yang lebih mulia dari memperjuangkan nasib 27 juta rakyat Malaysia.

24 comments:

  1. That idiot from Kepong UMNO said Najib has saved Malaysia from the Jews and he is prepared to die for Najib.
    This man's life is so so so cheap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cheap still can consider have price to pay....say 20cent...10cent or event 5 or 1cent. But this stupid idiot kepong umno man is NO price at all...no integrity. So stupid to die with najib.....Pergh! Please someone tell him....bulls**t bangsat!

      Delete
  2. Looks like our friend RPK is Amsterdam smoking POT. He believes that if Najib dissolve the Parliament, UMNO will win 110 seats!

    RPK.... betul kerr ni...

    Dah mabuk kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan dah mabok tetapi sudah masuk dalam 'payroll" Najib.Tanya Salleh Keruak hal ini.

      Delete
  3. Najib dah hilang "sensor " terhadap rakyat yang dia tak akan letak jawatan kerana dia tahu kesalahan yang dilakukan tempatnya diSungai Buloh.Sekarang ni kita mahu lihat pendirian ahli parlimen UMNO semaada dia bersama rakyat atau bersama Najib. Rakyat perlu sedar bahawa Malaysia Dan Najib adalah dua makhluk berasingan .
    Najib dalam kelemasan jadi ada betulnya dia buat pemereksaan doktor samaada Ada gangguan atau memang dah kondem .

    ReplyDelete
  4. Anon 17:02, can put RPK's claims to the test, why not hold snap elections now if Najib believes what this blogger says? Way to go, man.

    Singapore also holding snap elections, can compare mah?

    ReplyDelete

  5. Dato'

    http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/08/26/pua-why-have-all-probes-into-1mdb-been-scrapped/

    Does this mean that everything found so far, goes under the carpet?

    It cannot be allowed to happen.

    An RCI must be called.

    I see HRH Sultan of Johor has spoken with wisdom recently.

    One hopes the Conference of Rulers will at least prevent this crime to the rakyat from being covered up.

    ReplyDelete
  6. In Spin King's column, Sir Wenger posted:
    In this climate of extreme global uncertainty, people are asking "Where to put my money?"

    The answer. Buy ZAHID counter.

    Spinning his story, he listed this man's plus and minus points.
    Missed out this one as the rakyat is asking, "isn't turncoat a negative" given that he is seen as jumping from one support to the other like his current boss? That definitely invalidates many of his plus points into minus territory.
    And having some wrong people under him so that he gets smeared with the same shallow and vindictive image?
    That also means his backdoor team has not briefed him well on matters concerning the constitution, on how to project a good positive. Fingers pointing, threats being uttered, the "I am ZH" bullying big boss, all these do not bode him well. Better ask Tun's advice.

    ReplyDelete

  7. Dato,

    http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/cops-remand-17-students-over-occupyparliament-under-anti-terrorist-law

    This disgusting abuse of s124 cannot continue.

    It has become the "catch-all" to silent dissent.

    How long can we endure?

    I really hope the efforts to form a transitional govt are progressing. THEY MUST CONTINUE!

    If anyone has a conscience, stop the madness now.

    ReplyDelete
  8. Atan manyak sedih26 August 2015 at 17:26

    Harga IPO FGV pada tahun 2012: Rm 4.55
    Harga tutup FGV pada 25 Ogos Selasa: Rm 1.210

    Inilah "Melayu yang diharamjadahkan, Melayu yang dipapa kedanakan, Melayu yang dibangsat."

    "Inilah istilah dari orang yang sakit jiwa".

    ReplyDelete
  9. Dalam Quran, setiap pemimpin adalah amanah rakyat tidak kira apa jenis pangkat. Kalau pemimpin amanah kita sokong penuh. Kalau pemimpin tidak amanah kita mesti perbetulkan keadaan.

    Untuk lebih mudah memahami perjuangan untuk rakyat sila lihat khazanah filem dunia Melayu kita sendiri :

    1. https://www.youtube.com/watch?v=eCgCIpPNOZo

    2. https://www.youtube.com/watch?v=X8yMYJ7CO9c

    3. https://www.youtube.com/watch?v=BddCXJwHswA

    4. https://www.youtube.com/watch?v=lIyl0ToTNUQ

    Mata pena, skrip, filem dsb boleh menyedrkan rakyat.

    ReplyDelete
  10. Doa Buat Si Darah Biru

    Pagi 31 Ogos ini, tanah ini Merdeka lagi
    Diteraju pahlawan dan hulubalang
    Bugis, Minang, Jawa, Keling dan Turki
    Disekelilingnya para dermawan
    Melimpahkan dana ke akaun peribadi.

    Rakyat dicukai kanan dan kiri
    Katanya untuk kebaikan saudara saudari
    Agar tidak melarat di kemudian hari
    Kata-katamu adalah wahyu
    Timbalanmu dipilih gusti prabu
    Kamulah kebenaran
    Dahulu, kini dan pasti selalu
    Tuhan merahmatimu, si darah biru.

    Orang tuamu mendepani zaman
    Si miskin diberi sebidang tanah
    Titisan keringatnya jadi bermaruah
    Tapi buatmu anak FELDA haram jadah
    Pabila menolak anugerah FGV
    Yang IPOnya kini menjunam ke bumi.
    Jadilah kamu hulubalang ekonomi
    Ditendangmu rusuk para petani
    Agar dibangsatkan di tanah sendiri
    Mudah-mudahan Tuhan merahmatimu lagi.

    Negara ini
    Pasti akan Merdeka lagi
    Dengan rakyatnya berpendapatan tinggi
    GST ke saku teman-temanmu, BR1M ke sakuku
    Negara makmur tiada inflasi
    1MDB mercu ekonomi rakyat
    Hutangnya patuh pada syariah
    Tabung Haji, Qatar, AmBank berpusu membeli
    Kalau ada yang cuba bertanya, mereka tak lain pengancam demokrasi
    Dihumban ke dunia pensiunan, atau 20 tahun di jaring besi
    Untuk itu, sekali lagi Tuhan merahmatimu
    Di hening malam Doa Untuk Malaysia.

    Di pasar, para ibu dan isteri mengeluh
    Wangnya makin pudar, kuasa belinya semakin longgar
    Bibirnya bergetar, lalu berkata
    Oh Tuhan rahmati perdana menteriku
    Di atas keterhimpitan hidupku ini
    Anugerahi keluarganya harta dan permata
    Untuk jet peribadi, Hublot BB dan tas Birkin.

    Oh Tuhan, hiburkanlah jiwa yang tertenung sihir kuasa
    Tapi, hinakanlah mereka selama-lamanya
    Di atas bumimu yang fana.

    ReplyDelete
  11. Memang benar suatu ketika dahulu UMNO memperjuangkan nasib orang Melayu.Kini keadaan sudah berubah di mana ada golongan tertentu yang masuk UMNO untuk memperkayakan diri mereka.

    ReplyDelete
  12. Atan manyak menangis27 August 2015 at 09:12

    Sebetulnya harga FGV dibuka pada RM5.39, ia itu lebihan 84 sen dari Rm4.55 yang disyorkan oleh FGV sebelum Bursa berbuka pada 28 Jun 2012. Ini lebihan 20%.

    Dengan harga tutup Rm1.20 (semalam 26 Ogos), bermaksud harga FGV sudah merudum sebanyak 380% dari harga pokok Rm4.55.

    Sedih, seribu kali sedih.

    ReplyDelete

  13. Formula 5K Umno yg sebenar:

    Kelentong
    Kencing
    Kerek
    Komisen
    Kantoi

    ReplyDelete
  14. Menghapus kan pemimpin yang ganas mencuri harta rakyat adalah satu jihad

    ReplyDelete

  15. 2008 lagi ramai melayu berharap UMNO berubah. Nampaknya tak boleh berubah.

    ReplyDelete
  16. Methinks Najib and the Putrajaya team had better stop the armed forces chief from further speaking out on the "state of emergency" and intervention in Bersih4.
    Najib should know that if ever the armed forces take over policing the country from the PDRM, his position as PM will be extremely vulnerable because there will be a new king on the hill.

    ReplyDelete
  17. Split personality Dr Jekyll and Mr Hyde dlm novel karangan Robert Louis Stevenson itu adalah 2 watak dlm 1 badan. Tapi dlm kes najib dia Dr Jekyll tetapi di rumah dia jadi Mrs Hyde.

    ReplyDelete

  18. "The MPs from DAP, PKR and GHB are prepared to discuss the proposals by MPs from BN to form a new majority to replace the government of Najib with political reforms as the core agenda of the new government."

    "The release of Anwar and all other prisoners of conscience should be one of the first tasks to be performed by the new majority. All political persecutions should also be rescinded," they said."

    Dato,

    This is exceedingly foolish.

    "Release of Anwar" is not a policy or political decision.

    It can only be done by royal pardon.

    I feel that yet again, the Opposition is disappointing voters.

    We are far less Anwar-obsessed than you think. Nor do we think it is "one of the first tasks" at all. Anwar fatigue is almost universal among PR voters. There are far, far more important issues than getting him released.

    By making this a pre-condition (that BN cannot promise to deliver, anyway) any transitional govt plan is going to be doomed.

    Ku Li is the only viable candidate, it would seem.

    Please keep your eye on the ball.

    Time is running out.

    The clouds are gathering.

    Do not make absurd pre-conditions, please.


    ReplyDelete

  19. If a no-confidence vote is to be taken, then contrary to the bluster of those who claim that Umno can take 110 seats in snap polls, Umno will be knocked out.

    (The Agong does not HAVE to call a new election, by the way. He just needs to appoint someone who has more than 112 votes.)

    HOWEVER, the well-known self-destruction of PR parties may make this a case of (yet again) snatching defeat from the jaws of victory.

    As an MP, please ensure:

    a) The PAS-GHB conflict does not result in 3-cornered fights

    b) The PKR tunnel vision about Anwar (they cannot shake it off) does not derail everything.

    If the 4 parties sacrifice their egos and join hands with UMNO Team B (if Pak Din is kicked out on 9th Sept) & East Malaysian MPs, then the Umno curse can be lifted, barring any dirty tricks by the desperate Bugis outlaw.

    Please think it through with great care, Dato.

    This is not the time for slip-ups.

    Malaysia may have one chance left.

    Only one.

    ReplyDelete
  20. Yang "Bangsat" dan yang "Haramjadah" ialah ahli2 yang buta tuli dalam UMNO BARU.

    ReplyDelete
  21. Yb Sak, need to ask you if you
    u ever thought that ' PUAKA ROSMAH' played an important role in this national fasco. why not u dig deeper. Cuba tanya ulama seperti Ustaz Harun Din.Saya pasti banyak perkara yang tidak masuk akal dan dasyat akan timbul. Nothing to loose.

    ReplyDelete
  22. Semua ini berlaku gara-gara minyak donia melambung tinggi harganya. Para pemimpin mula goyah melihat wang bertimbun. Rakyat menderita minyak mahal gila. satu saja yang aku rasa kerajaan harus berhenti dari mengganggu ekonomi rakyat. Biar rakyat paham apa itu ekonomi barulah dia dapat membuat pilihan pemimpin yang benar-benar bagus. Tetapi satu perkara yang aku nak cakap terutama buat pemimpin UMNO yang bahlol ekonomi spt, ahmad maslan (seorang 3 pointer? katanya) ahlul politik tetap ahlul politik. bila mereka selesa di tempat mereka sekarang mereka lupa dimana mereka dahulu. perjuangan UMNO sudah hancur kerana mempertahan seorang Najib yang bukan saja menghancurkan UMNO malah kini sedang cuba menghancurkan rakyat, meniup bibit permusuhan diantara kaum. sedangkan rakyat berbilang kaum hidup harmoni sejak sebelum merdeka lagi. diulangi sebelum merdeka lagi. maka apa yang ku fikir adalah benar kita melayu hanya dijadikan kambing hitam oleh elitis melayu. sebab itulah aku tak pernah menyokong demokrasi dan tak akan menyokong demokrasi sampai bila-bila kerna ternyata demokrasi adalah hanya satu alat untuk memastikan kezaliman berleluasa. kezaliman apakah yang paling teruk? bila keadilan tidak ditegakkan dan bila keadilan (undang-undang) hanya untuk golongan elitis. undang-undang boleh dibeli. siapakah undang-undang itu. semua ahli MP kecuali satu dua yang percaya kepada tuhan. hari ini ketua setempat tidak kenal anak buah sendiri malah pada tahap yang terteruk ibubapa tidak mengenal anak sendiri lantaran demokrasi dan tindak tanduk kerajaan mengganggu ekonomi seperti DEB yang ternyata menghancurkan MELAYU.

    terima kasih.
    Thanks YBerkhidmat.

    ReplyDelete