Tuesday, 4 August 2015

Dari Ranjau Sepanjang Jalan kepada Dusta Sepanjang Jalan. Sahnon Ahmad kepada Najib Razak



Dari Ranjau sepanjang Jalan kepada Dusta Sepanjang Jalan.
Semasa saya dalam tingkatan 6 dahulu, kita membaca buku Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Lain hulu lain parang, lain dahulu lain sekarang. Mungkin penuntut tingkatan 6 hari ini membaca buku karya Najib Razak- Dusta Sepanjang Jalan.
Dalam karya Shahnon, yang menderita sepanjang masa ialah Lahuma dan Jeha serta 7 orang anak. Lahuma mati, Jeha jadi gila, tujuh anak terpaksa menggalas pejuangan menentang elemen alam dan social.

Semenjak jadi PM dalam tahun 2009, rakyat Malaysia hanya kenal dusta sepanjang Jalan karya Najib Razak. Dalam karya Najib Dusta Sepanjang Jalan, yang menderita ialah seluruh bangsa Malaysia. Yang menderita ialah 28 juta rakyat Malaysia kerana keadilan dan amanah sudah dimatikan oleh Najib. Najib belum mati politiknya sedang kawan2 keliling nya gila kuasa.
Kerana itulah yang sebenarnya berlaku hari ini- sebaik sahaja celik mata, Najib dan klik nya memikir bagaimana mahu auta rakyat.
Kemasukan derma asing tidak perlu kelulusan BNM?
Najib ini talibarut siapa? Ejen siapa? Ejen penderma RM2.6 biliun?
Wang USD 681 ialah sumbangan. Kerana ianya sumbangan, tidak perlu lapur kepada BNM. Wang yang disimpan dalam akaun Brazen Sky Ltd dalam BSI Singapura tidak boleh memasuki Malaysia kerana mesti beritau BNM.
Kenapa kemasukan USD681 tidak perlu mendapat kelulusan BNM? Mungkinkah kerana ianya masuk kedalam akaun peribadi Najib Razak?
Jika demikian, kita ada suatu set undang2 yang apply keatas kita rakyat jelata, hamba sahaya yang setia dan satu set undang2 untuk Najib, tuan keatas kita.
SRC derma juga kepada najib?
Bagaimana pula penjenisan penyaluran wang dari SRC melalui Gandingan mentari dan Ihsan Perdana kedalam akaun Najib? Adakah itu pun derma dari SRC sebuah syarikat milik kerajaan dan wang yang ada dalam SRC adalah wang pembayar cukai?

Jika derma apa guna drama mengujudkan pasukan penyiasat khas yang dianggotai 4 Tan Sri? jika derma mengapa pecat peguam negara? kenapa Muhyidin di pecat dari jawatan. jika derma, mengapa tangkap pegawai2? jika derma megapa Nik Faisal dan Dato Subuh melarikan diri? Jika derma, mengapa tidak Najib sebut awal2? 
Dan jika ianya derma, mengapa baru sekarang SPRM mahu declare? SPRM pun kena tekan atau mungkin diupah untuk tukar cerita? 
Jangan lupa rajah diatas.
Semua bangsa Malaysia mesti hafal dan ingat rajah diatas. Ketahuilah- semua wang yang disalurkan kedalam akaun Najib Razak itu ialah subangan dan sedekah. Sumbangan dan sedekah bukan rasuah atau suapan, atau bakshish, atau tumbuk rusuk atau duit kopi atau duit bawah meja. Ianya halal lagi suci apatah lagi ianya derma dari tanah arab kepada Najib Tun Razak. Ianya rasuah hanya bila Najib menyetujui ianya rasuah.
Antara bodoh dan di perbodohkan.
Ada perbezaan besar antara bodoh dan di perbodohkan. Kalau kita bodoh, keadaan demikian mungkin akibat kita malas atau kita semula jadi bengap. Kita bengap mungkin sebab pemakanan kita, genetic kita atau kita suka makan lempeng kelapa atau nyior setiap hari.
Sebaliknya, kalau kita diperbodohkan, ertinya, yang cerdik pun termasuk dalam golongan bodoh.
Jika semua Melayu terima penceritaan yang sangat terkemudian oleh Najib dan juak nya, maka malang sungguh bangsa Melayu- semua mereka termasuk dalam golongan diperbodohkan. Termasuk raja2 Melayu. Semua diperbodohkan oleh Najib dan kunco dan klik nya.
Jika derma, megapa tidak istihar dari mula?
Semua orang segera sedar inilah pembohongan dan dusta dari kumpulan Najib yang paling durjana. Jika ia derma dan sumbangan, cerita ini mestilah timbul sebaik sahaja WSJ atau SR atau sesiapa sahaja mendedahkan isiu tersebut. Kenapa pengklasian wang tersebut sebegai sumbangan  hanya dibuat setelah berbulan isiu itu didedahkan? Tidakkah ini menimbulkan syak bahawa geng Najib mengambil masa berbulan untuk memunculkan cerita sumbangan dari dermawan? Najib dikelilingi oleh orang yang terencat akal kah?
Bangsa Malaysia species bodoh.
Tak mengapalah jika Najib dan kunco2 nya menyangka orang Melayu ini bodoh belaka. Bangsa Malaysia? Mungkin kepada Najib yang boleh diperbodohkan ialah 3.2 juta ahli UMNO. Najib lupa , jika 3.2 juta ahli UMNO menyokongnya, 3.2 juta juga menyokong Muhyidin.
Mungkin ini lah golongan yang dimaksudkan oleh Najib yang akan terima bulat2 bahawa RM2.6 biliun itu sebetulnya sumbangan dari Pak Arab yang amat murah hati. Orang Abu Dhabi baik hati. Mereka menderma RM2.6 biliun. Apatah lagi jika sumbangan tersebut diawali dengan bismillah dan selawat serta salam, diakhiri pula dengan doa.
Bangga lah bangsa Malaysia. Bangsa Pahang khususnya. Dari Pelangai ke Pantai Chendor. Dari Ulu Tembeling ke Kampung Merchong. Kerana mengikut Najib, orang Pahang anggap dia sebagai saudara. Agaknya Najib minum daun ketum berlebihan malam tadi sebelum masuk kamar.Hanya orang Pahang yang tidak ada perasaan malu dan rendah maruah sahaja mahu mengaku bersaudara dengan Najib.
Ada dermawan yang tertarik kepada ketokohan Najib, kebangsawanan nya dan bibir merah nya. Suatu masa dahulu saya ingat hanya wanita UMNO sahaja yang di ransang oleh kemerahan bibir Najib. Rupa2 nya ada pak arab yang turut teransang. Mungkin juga mereka tertarik dengan kegedikan Rosmah Mansor sehingga ada yang tergerak untuk sumbang RM2.6 biliun.
Kita tahu penderma ialah Abu Dhabi Commercial Bank.  Tapi mengapa wang itu disalurkan melalui Tanore Finance dan Falcon bank? Adakah wang ini sebetulnya duit haram yang mesti dibersihkan terlebih dahulu melalui pemerosesan rangkaian bank? Dan derma itu masuk kedalam akaun peribadi mengapa? Kenapa tidak masuk dalam akaun UMNO?
Pembodohan Melayu pun ada sempadan nya.
Melayu yang enggan diperbodohkan mesti dapat jawapan, jika derma itu datang dari luar, mengapa tidak perlu mendapat kelulusan dari BNM? Inikah punca nya Zeti Akhatar Aziz mendapat tekanan yakni supaya backdate bahawa penyaluran tersebut dilapurkan kepada BNM dan BNM memberi kelulusan?
Dan kita ada dengar, Zeti enggan berbuat demikian kerana jika melakukan demikian, bererti dia bersubahat dengan Najib membalun duit derma.

37 comments:

  1. Hampir terlompat saya apabila mendengar berita, RTM TV1 yang mengatakan wang berjumlah RM2.6 billion masuk ke akauan peribadi PM adalah derma.........secara otomatis minda saya tidak dapat mempercayainya........

    ReplyDelete
  2. penipu tetap menipu dan akan terus menipu. sudahlah najib. engkau ingat rakyat bodoh?

    ReplyDelete
  3. The sangat delayed declaration negates legitimacy of the usd700 million "donation"
    The rounding up of Tan Sris to the despatch boys showcases guilt driven heavy handed tactics
    The muzzling of news agencies confirms fearful parties
    The contradictory actions of the blue boys suggests kelam kabut but overpaid PR thinking machines
    The unceremonious shoving out of vocal party critiques spells impending party burning.

    The scorned Shafie cold shouldering A jib Kor for upcoming Sabah assembly meet. TSMY hardcore henchmen working up grassroots. It's shakedown time. The global audience is tuned in. Let the games begin!

    ReplyDelete
  4. once you create one lie, then you need to create two lies to cover the first lie. and the number of lies continues

    ReplyDelete
  5. Maka ramailah penjawat awam akan kumpul derma kedalam akaun masing2...nak buat hari keluarga..

    ReplyDelete
  6. Tuan, title tetap tidak berubah ... RANJAU dalam loghat utara juga bermakna Dusta/tipu muslihat ... perlu kekalkan title.

    ReplyDelete
  7. RANJAU juga bermakna dlm loghat utara DUSTA

    ReplyDelete
  8. Peguam Negara yg baru dan sprm sekarang adalah lulusan University TANJUNG RAMBUTAN. Agak2 berapakah GPA mereka dapat

    ReplyDelete
  9. Semasa tsunami di Acheh, pak Arab pun buat tak tau miskipun yang mangsa semua Muslim. Buat apa pak Arab nak sumbang 2.6 billion ringgit bagi Nacheat yang dah kaya raya?

    ReplyDelete
  10. Najib telah gunakan kedudukan kuasa PM unutk menghalalkan cara becira apa saja asal dia boleh berkuasa.Tapi ingat pelanduk sentiasa lupa jerat tapi jeraat tidak pernah lupa mangsa.

    ReplyDelete
  11. KENAPA DATO MAHU BISING2 LAGI. WANG TU TELAH DIHALAKAN. ISNYA TELAH MASUK ISLAM AM BANK.
    TIADA PILIHAN HANYA ADA SATU SAHAJA JALAN UNTUK MENGHAPUSKAN HARDENED SERIAL CRIMINAL SAPERTI INI.

    ReplyDelete
  12. SATELAH PATAIL, SPECIAL BRANCH DIRECTOR, DEPUTY COMM.SPRM, ETC DI TENDANG WHAT CHOICE HAVE THE SPRM OFFICERS HAVE TERIMA SAHAJALAH HABUAN. AFTER ALL RM 2.6 billion TAKKAN HABIS MAKAN. PLACE IT IN OVERNIGHT MARKET PUN BOLEH DAPAT RM 20 MILLION UNTUK MERASUAH SPRM YANG BOLEH DIRASUAHKAN UNTUK MENUKAR CERITA. WALAUPUN CERITA ITU DONGEN BUGIS.

    ReplyDelete
  13. We all know it is another one of his spins to hook wink us. I actually though he was a good Muslim and now I find it that he is a disgrace to his religion. I still wonder whether he still prays five times a day. I pity his siblings who have to bear the shame as well.

    I have always taught my children to live within their means as GOD is a good provider for all humanity HE created.

    May GOD have mercy upon him.

    ReplyDelete
  14. Apakah Najib menyangkakan yang kita rakyat Malaysia ni semuanya BANGSAT dan HAPRAQ (kecuali penjilat tegar Najib sememangnya diketahui BANGSAT dan HAPRAQ). Menggunakan "masa" untuk cuba memperbodohkan rakyat demi untuk mengubah segala bentuk penyelewengan supaya kelihatan seolah olah sesuatu yang suci dan murni.
    Saya sesungguhnya didalam situasi sebegini benar benar mengharapkan undang undang jenayah kita sama macam di China - lepas jatuh hukum terus bawa tembak kasi mampus daripada menghabiskan beras negara jika disumbat lama didalam penjara and Najib deserved that and only that !

    ReplyDelete
  15. ada sorang ahli majlis tertinggi umno kata,jangan kritik najid,umno dan barisan nasianol seolah2 kita mengkritik umat islam seluruh negara ni.adakah umat islam kt m'sia terasa? betoi ka macam tu?bodek jgn tak bodek,ampu jgn tak ampu,cucuk jgn tak cucuk mana tau kut dapat "habuan' kerusi MB.jilat selagi boleh!

    ReplyDelete
  16. Dato,

    This can happen only in Malaysia. and the gullible will swallow this hook, line and sinker. and this will continue to happen with the UMNO government.

    ReplyDelete
  17. Betoi!...rakyat Malaysia diperbodohkan oleh najib dan cabinet pak angguknya. Kerana 1MDB dan duit 2.6 billion itu byk keributan dan kezaliman berlaku spt...
    1.penyingkiran TSMY & DSSA
    2.penyingkiran peguam Negara
    3.drama penubuhan task-force
    4.kegelisahan dan tanda Tanya rakyat

    Jika awal2 lagi najib yg terkenal dgn slogan yg muluk2 didengar tapi hampehhh!,mengakui menerima wang 2.6 bil itu maka tidak perlu menempuh jalan yg panjang dan liku2nya...cuma mengakulah saja.

    Sebagai pemjmpin no1 Negara,najib sepatutnya amanah dan berkata benar...usah berdolak-dalih dan memperbodohkan rakyat.

    ReplyDelete
  18. Dear Dato,

    I must disagree when you say Bangsa Malaysia is Bodoh. I think this title is reserved for only Melayu UMNO. Also Melayu PAS is also Bodoh.

    They get confused between religion and culture. I would advise you to read book by Henry Kissinger, The world order and understand the doctrines of the muslim ( I am not sure if it is authentic) but after reading it is was very clear why PAS decided to go against PKR.

    In the Doctrine Henry Kissinger relates that Muslims cannot get into long term agreements with non Muslims, and if they have to, it can only be for a certain time period, during which the muslims are suppose to gather strength and conquer the non muslims. This is the philosophy of PAS, cooperate first, gather strength then conquer.

    Bodoh lah Melayu PAS, so close to the finish line, but decided to run backwards away from the finish line.

    Bodohlah Melayu UMNO, Stolen Money is magically stated as donation and the Melayu telan Bulat Bulat, Royalty pun telan bulat bulat. Apa macam ? Gua Curi, gua cakap derma, lu curi, saya potong tangan.

    Malaysian should be on the street already by now.

    ReplyDelete
  19. Sprm hanya cakap duit RM2.5 bill bukan dari 1MDB tetapi dari 'dermawan'. Mengikut sek.3 Akta mereka, suapan ertinya wang, derma, hadiah, pinjaman dll. Walaupun diklasifikasi sebagai derma, ia tetap satu suapan rasuah kepada seorang penjawat awam. Ini macai dan menteri 1MDB dok spin sebab SPRM tak tumpu siasatan kat situ.

    Sprm kini tumpu siasatan kpd Najib terima RM42 juta dan Rm27 dari SCR sebagai suapan untuk mengarahkan Pension Fund meminjam RM4billion kepada SCR. Itu yg mereka dapat sekarang yg membuat Najib mengelupur siang malam. Saksi dan syarikat orang2 tempatan....4 Dato dn 1 dispatch rider sudah ditahan dan mengaku akan perbuatan rasuah Najib. Yg malangnya pasukan petugas, ada 'tikus' bernama Khalid yg membocorkan akan tindakan susulan untk menangkap dan mendakwa najib.

    Sekarang Zahid menggunakan 'tikus' ni untuk mengagalkan pendakwaan terhadap Najib. Semua sudah beres...draft charge telah dibuat dan deraf waran tangkap telah disiapkan olih IO. Untuk tuggun greenlight AG..yg kemudian disingkirkan.

    Mengikut sek.72 Akta Sprm, semua pegawai yg terlibat dlm siasatan tu adalah kebal dari sebarang tindakan, guaman, pendakwaan atau apa jua prosiding lain terrmasuk penyingkiran atau lain2. Siasatan Khalid 'tikus' tidak akan kemana2. Tapi dia tah kisah sebab nk please Boss( tangan ghaib kata sprm) guna siasatan untuk mengsabotag, frustrate siasatan & pendakwaan rasuah terhadap Najib.

    kalau najib didakwa, saya rasa baru SPRM concentrate on US 681billion derma tu.

    ReplyDelete
  20. Telah terlompat saya juga bila tahu masih lagi ada yang menonton berita di tv1.....gurau je bang....:-D

    ReplyDelete
  21. Dimana semua Ulamak/Mufti yang sentiasa bercakap berbuih mulut dan sentiasa sedia untuk menangkap rakyaaat jelata dihotelhotel murah.Mengapa diam sahaja kecuali Mufti Perlis.Undang undang ISLAM hanya untuk rakyaat biasa dan pemimpin dikecualikan seperti diBrunei.

    ReplyDelete

  22. Jadi sekarang ni sudah okay lah bagi saya untuk membawa masuk wang saya dari Singapura yang diperolehi melalui untung yang saya dapat dari berniaga (trading) batubara (coal) yang saya beli dari Kalimantan dan jual kepada pelanggan di China? Selama ini pendapatan ini hanya dikenakan cukai 5% kerana syarikat kami didaftarkan dibawah undang-undang antarabangsa British Virgin Island.... sekarang kami katakana ia DERMA atau SUMBANGAN hehehe...

    ReplyDelete
  23. Dulu Dato Harun Idris dikatakan membalun 30% RM (abb. Rosmah Mansor) 5mil. sedekah HSBC kapada UMNO Selangor sudah di Botak Chinkan di Pudu.

    Sekarang IMalaysia Di Perbodohkan (abb IMDB) oleh Lanun Bugis dengan rompakan RM 27 billion yang di kawal oleh Raden Jawa Bagan Datuk dan the Hounds of Peacehill.

    ReplyDelete
  24. Saya berulang kali meneilti Carta yang Datuk paparkan. MACC jelah bercakap benar. Dalam carta itu jelas US$700 million itu tidak ada talian kapada IMDB.

    Pada hemat saya doa Nik Aziz (Arwah) merayu agar Najib dan Zahid di laknatkan kiranya mereka terus rakus menzalimi rakyat tidak akan harapan untuk menerima hidayah dan doa Arwah Ustz Fadil Nor agar Mahatir dipanangkan umurnr nya agar dapat menyaksi kemusnahan yang dilakukanya kapada sistem Negara napaknya dimakbulkan.

    ReplyDelete
  25. Tan Sri Ramon Navaratanam

    Chairman Asli Center of Public Policy Studies

    Full article: http://www.malaysia-chronicle.com/index.php?option=com_k2&view=item&id=566072:mission-impossible?-how-najib-can-restore-the-peoples-confidence-in-the-govt-ramon-navaratnam&Itemid=2#ixzz3hqT4k8YT
    Follow us: @MsiaChronicle on Twitter

    SAYA ADA TERBACA MUMBOJUMBO CARIMAKAN ARTICLE BY THIS FELLA. HE SHOULD JUST SHUT UP.

    "CONFIDENCE DEFICIT" KERANA PUTRA JAYA DIKUASI OLEH LANUN DAN PENIPU. HANYA DENGAN MENGHALAUKAN LANUN INI MALAYSIA BOLEH SELAMAT.

    ReplyDelete
  26. Melayu mendapat pemimpin yg zalim dan tak amanah kerana bangsa melayu bangsa yg jahat.
    Bangsa melayu suka rasuah, menipu dan gagal menjalankan amanah Allah iaitu berdakwah.
    Malah keburukan akhlak bangsa melayu dikaitkan dengan agama Islam.
    Najib adalah jelmaan akhlak dan perilaku bangsa yg dia pimpin.

    ReplyDelete
  27. Kadang pikir yg jahat haram tu adalah rosmahBI tapi bila 1 DAN 1 HAL DAN HAL..
    SEGALANYA semestinya by NajibBI sendiri...
    Dan paling2 x boley terima penyokong2 terutamanya yg Bertitle menteri trmsoklah timbalan2nya yg sdia ada skrg ni adalh yang terjahat haram ..
    Sebab musabatnya dahlar jahat haram
    Lpas tu nak menjahat haramkan rakyat..
    DenGAN NAK membodoh2kn rkyat smua yg jahat haram tu adalah kebenarn..
    Hakikatnya kberkatn rezeki kita menjdik pagar agar dngn mudah hmm membezakan prbuatan2 jahat haram iTu..

    ReplyDelete
  28. Salam Dato,

    Pada tahun 2012 apa kata najib ?

    Rujuk : https://www.youtube.com/watch?v=HrwIjjwmWNo

    Kah kah ....

    ReplyDelete
  29. Apa nak heran? Kalau duit 1MDB yang dikatakan dibawa balik dari Cayman Island boleh bertukar jadi "Units" -apa salah duit RM 2.6 Billion tu bertukar jadi derma plak.....hehehe

    ReplyDelete
  30. YB Dato' ....... Najib BUKAN orang Pahang. Dia BUGIS Maliiiiii ....

    ReplyDelete
  31. Semoga ALLAH selamatkan malaysia sebelum musnah. YDP Agong perlu tegas dan bertindak kerana hanya baginda yang rasanya boleh merungkai segala masalah ini. Rehatkan najib dan konco2nya dan biarkan siasatan di Raja dijalankan. Masukkan sekali Tun Dr. M dlm siasatan di Raja.

    ReplyDelete
  32. Sesungguhnya apa yg berlaku merupakan mala petaka Dan musibah kepada bangsa Malaysia. Sudalah hidup dihimpit dengan bebanan kewangan.Apa nak jadi wahai bangsaku Dan negaraku yg disayangi.pemimpin pergi Dan datang adalah lumrah. tetapi kemana halatuju kita Dan negaraku kita, adalah cukup dengan menyesalinya Dan terus berdoa moga2 ALLAH melindungi kita semua?

    ReplyDelete
  33. lucukan...duit meniaga dr pulau tak dpt masuk kerana peraturan bank negara lalu dilencongkan ke pulau singa dan akhirnya jadi 'unit just units'. itu pun tak dpt masuk jugak. geli hati betul...

    ReplyDelete
  34. Kerajaan Arab pun tidak pernah menyalurkan satu par sepuluh wang itu sebagai derma untuk membantu negara2 yang mengalami bencana, termasuk negara2 Islam. Jadi pengumuman MACC itu TAK MUNASABAH!
    Kalau wang itu betul2 wang derma, persoalan yang menyusul ia lah: 1) "Kenapa wang sebanyak itu di dermakan kepada Najib?"
    2) "Apa kah tujuan dan kehendak penderma?"
    3) "Siapa kah penderma itu?"
    Najib tidak boleh hanya berdiam diri sahaja dan menganggap persoalan2 rakyat telah terhenti dengan hanya kenyataan yang tak berasas dari MACC itu.
    Najib perlu jelaskan punca wang itu!
    Najib juga perlu sedar yang rakyat Malaysia tidak semuanya sebodoh ahli UMNO BARU.
    Merujuk pula kepada kegunaan wang tersebut semasa GE13; "apa telah jadi atau kemana perginya baki wang itu selepas GE13?"
    Najib juga memberi penjelasan agar tidak di sangka sebagai agen negara luar!

    ReplyDelete
  35. I am surprised that some commenter are still naive and asking questions of how come? Don't they realise that the institutions of this country has long been compromised by UMNO? To suit their own agenda?It is only now when it affects them that this is becoming an issue? Najib memang tak. payah jawab. Hanya perlu diam je . Cukup makan. Semua institution kerajaan boleh kautim. Lain yang diperlukan ialah masa. Lepas tu buat selamba je and everything will be alright.

    ReplyDelete
  36. Kesian bangsa melayu. Dapat ketua polis bangsa mamak. Kemudian jadi tikus. Bangunan yg terbakar hanya kertas surat khabar lama dan kebakaran berpunca dari api. Sedih..

    ReplyDelete