sudahkah melihat dan membaca dokumen asal?
Saya hendak
tanya satu soalan dan para pembaca pun boleh nilaikan. Semua orang yang keluar
kenyataan bahawa Sarawak Report guna dokumen yang telah diubah, palsu dan
sebagainya- adakah mereka semua sudah melihat dokumen asal?
Sudahkah Zahid
Hamidi sebagai contoh, melihat dan membaca dokumen asal? Dan membandingkan
dengan dokumen yang dikatakan diguna
oleh Sarawak Report dan menghukum bahawa ianya sudah dicemari dan dipalsukan?
ugutan ekstradisi.
Bukan senang
hendak extradisi seseorang kecuali kenyataan Zahid itu dikeluarkan hanya untuk
tujuan menunjukkan kepada rakyat, bahawa Zahid melakukan sesuatu untuk
melindungi Najib.
Kenapa hadkan
kepada Claire Ruecastle Brown? Jika Brown di ekstradisi, Zahid mesti
consistent- WSJ pun kena ekstradisi. Dan ekstradisi juga semua warga asing yang
menulis mengenai 1MDB . Asia Sentinel, The Economist Magazine dan sebagai nya. Punggah
semua mereka ini.
hal ini satu dunia dah tahu.
Bagaiman nak
lindung, jika satu dunia sudah tahu apa Pm Najib lakukan? Adakah selepas ini,
Zahid mencadangkan perkara ini dibangkitkan di PBB? Bahawa press luar negara
serta pertubuhan menggugat kestabilan dan keamanan negara anggota? Mungkinkah Anifah
Aman bercakap mengenai perkara ini di PBB?
jika isiu ini dibangkitkan oleh warga
negara malaysia, bagaimana?
Jika Sarawak
Report tidak menerbitkan pencerahan dan pendedahan mengenai 1MDB, Jho Low,
Peter Mahoney, Tarek Obaid, dan lain, skendel kewangan ini masih tetap
didedahkan oleh parti pembangkang.
Soalan nya:
bolehkah pembangkang pula dikatakan mencampuri urusan dalam negara kerana
bercakap dan mengkritk perkara yang serupa yang dibangkitkan oleh Sarawak
Report?
Yang mereka
bangkitkan ialah salah gunakuasa, penyongglapan wang, rasuah, dan kemungkinan
jenayah sudah dilakukan oleh pemimpin negara ini terutama PM. Yang mereka
bangkitkan adalah kebarangkalian suatu jenayah telah dilakukan oleh Jho Low,
Nik Faisal Ariff Nik Kamil, Shahrol Helmi, Tarek Obaid, Peter Mahoney, dan
rakan2 Jho Low yang lain dalam dan luar Malaysia.
tidak ada sesiapa pun melihat dokunen asal.
Saya percaya,
semua yang membuka mulut mengenai dokumen dipalsukan dan diubah tidak melihat
dokumen asal. Jadi bagaimana terus
bohong kepada rakyat Malaysia bahawa dokumen yang digunakan adalah dokumen
palsu atau sudah diubah?
kenyataan pgi.
Adakah mereka bersandarkan
kenyataan yang dibuat oleh firma penyiasat PGI yang kenyataan mereka belum
dapat disahihkan dalam forum yang sesuai seperti dalam mahkamah terbuka? PGI diupah
oleh Petrosaudi- dia tentu cakap perkara yang menyokong Petrosaudi. Sandaran yang
tidak kukuh.
Rahman Dahalan
tidak pernah tengok, Shabery Chik tidak pernah tengok, polis pun tak pernah tengok.
Tunjukkan kepada rakyat Malaysia, supaya tidak timbul dakwa dan dakwi, bahawa
dokumen sudah dipalsukan dan diubah.
apa sebetulnya kesalahan xavier justo dan
kaitan nya dengan malaysia.
Apa kesalahan
yang Xavier Justo lakukan sebenarnya? Zahid Hamidi kata mungkin bawak Justo ke
Malaysia untuk dibicarakan di mahkamah Malaysia. Kesalahan Justo dilakukan
dimana?
Tuduhan menyatakan
Justo melakukan peras ugut berlaku di Thailand. Yang ada kuasa keatas Justo
ialah Thailand bukan Malaysia. Namun kalau Justo dibawa ke Malaysia, baik juga
kerana lawyer boleh tanya Justo dl mahkamah terbuka.
Justo dituduh
melakukan peras ugut keatas majkan nya, Petrosaudi. Petrosaudi pula dilapurkan
telah membayar sejumlah wang kepada Justo untuk tutup mulut. Boleh jadi tak
cukup maka Justo ugut Petrosaudi.
Itu antara dia
dengan syarikat petrosaudi. Tidak membatalkan lapuran keatas 1MDB.
jangan dikelirukan dengan pertunjukan
tepian.
Rakyat Malaysia
mesti membaca langkah2 dan persembahan sampingan yang di adakan pihak penyokong
Najib sebagai bertujuan memesongkan pandangan rakyat terhadap kesalahan dia.
Isu pokok ialah menjawab
mana perginya baki wang 1MDB? Dan meyakinkan bahawa 1MDB ada cukup aliran tunai
untuk membayar hutang dan menebus bon. Rakyat berhak beranggapan bahawa 1MDB
tidak sihat kerana beberapa kali gagal membayar faedah pinjaman.
Jika tak mampu
maka rakyat akan menanggung beban hutang. Peminjam tidak akan percaya apa yang
disentuh oleh Najib. Najib pun tak boleh jadi jurujual pelaburan di Malaysia.
Sebenarnya,
kalau Najib tidak dapat tidur malam, itu bukan masaalah kita. Masaalah kita
ialah kalau kita yang tak dapat tidur disebabkan angkara durjana Najib dan
konco2 nya.
Pertunjukan sampingan
tak boleh batalkan isiu pegaliran duit kedalam akaun peribadi nya. USD700J ke
dalam akaun nya datang dari Pak Arab dan RM42M kedalam akaun nya dari SRC. Duit
SRC adalah duit rakyat. Masuk kedalam akaun peribadi sudah pecah amanah.
Ini dan banyak
lagi dilakukan oleh Najib tapi rakyat Malaysia tidak tahu dan tidak akan tahu
jika tidak didedahkan oleh Sarawak Report, The Edge dan parti pembangkang. Janganlah terpedaya
dengan air muka Najib dan mulut merah nya.
senarai pertunjukan tepian.
Setakat ini, apa
dia pertunjukan sampingan? Antara nya ialah penangkapan Justo, pengakuan orang
sakit mental dari Sarawak yang membuat tuduhan liar yang segera di nobatkan
sebagai bukti untuk menyelamatkan Najib, rusuhan di Lowyat dan pembunuhan
Najdi.
Semua ini pertunjukan2
tepian yang memesong pandangan rakyat dari kesalahan yang lebih besar.
Jangan kita terpedaya.