Dalam ucapan
saya mengenai RMK11, saya memberitahu mengenai kecenderungan RMK11 ini mengukuhkan kepentingan T20 atau top 20%.
Kita
bercakap mengenai perancangan kita untuk golongan B40, untuk penduduk luar
bandar dan pemerkasaan ekonomi Bumiputera- tapi tidak bersuara tentang golongan
T20.
Bagaimana meraka
menjadi T20? Apa yang mereka buat? Dalam bidang apa mereka berkecimpong? Adakah
mereka berkerja lebih kuat dari golongan B40? Bagaimana dasar kerajaan keatas
golonngan tersebut? Rejim cukai keatas mereka?
Saya rasa, kalau
kita hendak re-set atau reboot ekonomi kita,
kita mesti lakukan perkara2 berikut antara nya. Pertama, kepimpinan negara
mesti memuliakan prinsip pertanggungjawaban kepada rakyat. Kedua, mereka mesti
get rid mentality trickledown economics. Ketiga, mereka mesti memusnahkan
segala bentuk rent seeking.Kita akan huraikan perkara ini satu persatu.
Penyebab utama
kesenjangan kekayaan ialah rent seeking. Yakni setengah orang menjadi kaya kerana
mempunyai hak milik keatas sesuatu
kelebihan. Pemilik tanah misalnya, mendapat pulangan kerana mempunyai hak milik keatas tanah tersebut. Tanpa melakukan
apa2 usaha atau proses produksi, kerana hak
milik tersebut mereka jadi kaya.
Sebagai contoh;
pemilik tanah ditepi projek awam seperti LRT, MRT dan jalan2 raya. Ini semua
projek yang dilaksanakan oleh kerajaan. Apakah pemilik tanah lakukan untuk
menaikkan nilai tanah mereka dan kemudan membina perumahan dan bagunan berjuta
Ringgit? Mereka tidak lakukan apa2 tapi kerana mereka pemlik tanah berhampiran,
mengambil kesempatan dan jadi kaya.
Kalua kerajaan
serius misalnya untuk membekalkan perumahan mampu milik, kerajaan mesti dengan
segara men-zonkan tanah2 ditepi projek awam. Hadkan harga rumah tidak lebih
dari RM1 juta. Yang benar2 kaya boleh duduk jauh sedikit. Yang kurang kaya yang
perlu duduk berhampiran jalan, laluan keretapi, laluan MRT, LRT bukan orang
kaya. Jika rumah tidak lebih dari RM1 juta sebuah, lebih ramai golongan menengah
dapat tinggal berhampiran bandar.
Kalau kita
membiarkan kuasa pasaran beroperasi sepenuhnya, maka tuan tanah akan bina rumah
RM3-4 juta sebuah. Bukan sahaja rakyat
terbanyak tidak mampu, golongan Bumiputrea bolehlah memberi ciuman berpisah
untuk tinggal dalam bandar.
Ini membuktikan
bahawa walaupun kuasa pasaran menentukan outcome economy, tapi kuasa pasaran
itu sendiri dtentukan oleh dasar politik. Politik yang pro T20 akan membiarkan
keadaan sikaya jadi lebih kaya berlaku.
Para pegawai
yang menulis buku RMK11 kecewa apabila mendapati tulisan mereka telah ditukar
kepada apa yang kita lihat sekarang. Maklumat yang saya dapat, ianya ditukar
oleh PEMANDU. RMK11 kita lebih berbentuk majallah Tattler.Ianya akan hanya jadi bahan bualan untuk the chattering class atau the smoked-salmon crowd.
Para penyelidik
di EPU mesti bersedia untuk reject Najib dalam PRU14 nanti. Kalau dia tidak
menghargai penat lelah EPU, kenapa perlu EPU tertunduk tunduk macam tambi kepada
Najib?
Memang benar,
outcome ekonomi ditentukan oleh kuasa pasaran dalam system ekonomi pasaran,
tapi kuasa pasaran itu pula ditentukan oleh kepentingan politik. Politk dkuasai
oleh orang seperti Najib dan geng nya.
Mungkin pembaca tidak menyukai cara saya
describe Najib, tapi realiti nya, kerajaan yang ada sekarang ialah kerajaan
gerombolan pencuri. Selagi ada kuasa, harta negara dibalun habis. Bawah meja,
atas meja dengan meja meja sekali.
Politik ialah
seni mendapat dan mengekalkan kuasa. Hari ini kuasa berada dalam tangan
kumpulan pro T20. Ia diketuai oleh pahlawan bugis yang bersembunyi dibelakang
orang ramai yang disewa tapi tidak berani masuk gelanggang. Ini pimpinan yang
pro feudal dan golongan bangsawan politik dan
ekonomi. Mana mungkin kepentingan B40 diberi keutamaan dalam merangka
dasar ekonomi negara?
Jika pimpinan
UMNO benar2 membela rakyat terutama orang Melayu, mereka sudah ada 60 tahun
berbuat demikian semenjak 1955. Atau paling tidak 45 tahun sejak tahun 1970
bila bermula nya affirmative action. Kita telah Berjaya mengujudkan golongan
bangsawan politik dan bisness. Golongan BUmiputera dimana putera elit dan
bangsawan berada didepan, bumi ketinggalan dibelakang. Dan yang tertinggal
dibelakang diseru bersabar dan besyukur dan menanti lelehan dari kekayaan yang
dikecapi terlebih dahulu oleh kumpulan Putera.
Kenapa kedaaan
jadi begini? Kerana pendekatan kita ialah menjana kekayaan melalui system orang
tengah. System ini pula mengujudkan rentier class- yakni golongan yang
dikayakan melalui penggubalan undang2 oleh yang ada kuasa politik.
Dua perkara ini
yang melambatkan transformasi ekonomi orang Melayu- pertama keengganan
meletakkan sumber pengkayaan secara lansung dalam tangan orang Melayu dan kedua, mencipta golongan rentier class yang
menjadi akya kerana mempunai hak milik keatas lessen, monopoli, quota, konsesi
itu dan ini.
Dua perkara ini disusahkan lagi dengan minda trickle down economics
yang mewarnai pemikiran pemimpin fudal- yakni kemewahan atau nikmat untuk orang
bawahan hanya menjadi akibat dari ehsan dan kesian belas menghulurkan lebihan
kepada orang bawahan.
Yang diterima oleh orang bawahan ialah lelehan.Lelehan tidak mampu mengeluarkan rakyat dan orang Melayu dari jerat kemunduran.
I like to share how Thailand manages the market for housing. Foreigners are only allowed to buy Condo and nothing else. No landed property whatsoever. That is why in Thailand buying a bungalow house if you are a local is cheaper than buying a condo. In Malaysia we do not have such a rule, that is why all old bungalows are demolished and expensive condos come to be constructed. If this continues, Malaysian will not be able to afford any property in Kland Valley, Kuala Lumpur will be an enclave for expats or foreigners. Developers linked to politicians will be rich. This is how it goes.
ReplyDeleteIn 1990s, a double story house (20 X 70) in Subang Jaya was going for RM100,000, salary for engineer (fresh graduate) was 2500. Today similar houses in Subang Jaya is at least RM500,000 , salary for an engineer (fresh graduate) RM2,500 if he can find a job. There are so many engineering graduates that are working in call centres. I have family friends whose children end up working in call centres as there are no jobs for them.
You can see from the above, it is a process whereby locals(Malaysian) are bing slowly driven out from Klang Valley to the fringes whiles the Rich chinese, singaporeans, Arabs, Russians are picking up property in Kuala Lumpur. Give it another 10 years, you will find Kuala Lumpur is enclave of foreigners. Property Developers will get rich, but Malaysians will find it hard.
Something needs to be done to undo what all wrings has been done.
Wake up fellow Malaysian.
saya sebagai org bawahan lega bila baca tulisan dato'. terima kasih.
ReplyDelete