Monday, 27 April 2015

Tua Kui Park Niaw Kui- Hantu Besar lawan Hantu Kecil.



Saya mendengar rakaman  ucapan Dr Mahathir di K Club Melawati. Saya harap rakaman tersebut adalah benar. Saya tidak ada disitu, kerana pihak penganjur seperti Ibrahim Ali tidak anggap saya sebagai Melayu. Pada dia Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu. Sebab itu saya kata, Ibrahim Ali hanya proxy UMNO. Dan kepada Ibrahim Ali, Redhuan Tee itu Melayu dan saya bukan Melayu.
Dr Mahathir- kalau dia hendak selamatkan Malaysia, janganlah endorse yang terbaik dari yang terburuk- iaitu Muhyidin Yassin. Rekod Muhyidin Yassin semasa jadi MB Johore dahulu apa kurang nya. Dia belum jadi PM, jadi dia berbau wangi. Isteri dia belum isteri PM, juga berbau wangi macam mawar.
Habis segala tanah dikatakan dijual oleh Muhydin kepada cukong2 dan pemaju Cina. Isteri dia pun suka Birkin Hermes.
Berapa kali saya sudah sebut hipokrasi pemimpin UMNO- suruh orang Melayu biasa bermusuh dengan orang Cina biasa, tapi semua pemimpin UMNO bersekatil dengan mereka melakukan bisness. Disebalik semua kejayaan pemimpin UMNO dalam bisness- tentu sekali ada apek cina.
Ini pun orang Melayu UMNO tak nampak.
Sepatutnya, Dr Mahathir kalau dia hendak selamatkan Malaysia elok mencadangkan seorang pemimpin yang dihormati oleh ramai pihak dan ada integrity. Sayang sekali yang ada integrity ialah orang UMNO sendiri yang Dr Mahathir semacam ada kebencian mendalam. Kalau betul nak selamatkan Malaysia, baik sahaja dr Mahathir endorse Tengku Razaleigh Hamzah.
Walaupun bukan dalam hairaki UMNO tapi keadaan luar biasa memerlukan tindakan yang luar biasa.
Saya rasa Tengku Razaleigh boleh menstruktur semula pemerintahan Malaysia ini dengan politik yang inklusif termasuk mendapat komitment dari parti pembangkang.
Tidak ada acara BN boleh memerintah Malaysia. Semua parti BN sudah hilang kredibiliti. UMNO tidak mendapat kepercayaan orang melayu- Cina menolak MCA dan sokongan kepada pemimpin India DAP lebih banyak dari sokongan kepada India MIC.
Ini adalah kenyataan. Suka atau tidak suka, belajarlah menerima nya.
Kita hendak yang jujur dan amanah dan cekap bukan yang buta sebelah mata dilakangan yang buta kedua belah mata. Saya kata, kita lupakan sahaja Muhyidin Yassin. Maaf- maksud saya, orang Melayu yang bukan UMNO lupakan Muhyidin Yassin. Dan orang Melayu yang bukan sokong UMNO lebih ramai dari Melayu yang sokong UMNO.
Dr Mahathir bukanlah ceritakan perkara baru kepada kita. Skendel penyonglapan wang dari 1MDB dibangkit dengan sengit oleh pemimpin parti pembangkang seperti Tony Pua dan Rafizi Ramli.
Orang UMNO bua tak faham skendel kewangan ini, kerana ia melibatkan ketua mereka. Tangggung jawab pemimpin umno bukan keatas negara, tapi keatas pemimpin mereka. Tidak mengapa dia buat salah- dia orang melayu.
Dari jalan2 dan lorong segenap kampong dan bandar serta kota, desas desus mengenai pembunuhan Altantuya sudah lama kendengaran dan semua lorong dan jalan tersebut nampaknya menghala kepada PM Najib, Rosmah, Razak Baginda dan orang2 yang berkerja dengan mereka.
Siapa yang dalam hairaki UMNO yang hendak Dr Mahathir munculkan sebagai pengganti? Dr Mahathir mestilah jujur dalam perkara ini. Dia tidak ada sesiapa dikalangan hairaki pimpinan UMN yang ada sekarang. Yang ada dalam UMNO ialah orang yang berada diluar hairaki tradisional.
Tentu bukan Muhyidin yang ada skendel kewangan dia sendiri. Saya harap tidak. Tentu juga bukan cucu Onn Jaafar yang lebih suka main computer games dan datang pejabat waktu tengah hari sahaja. Kejayaan kecil dia handle kehilangan MH370 tidak boleh menutup kegagalan nya menangani pencerobohan lasykar suluk di Sabah.
KJ? Kj dah gone case. Dia akan dipancung oleh veteran UMNO sebelum boleh bercakap apa2. Dia gagal menjawab soalan Kit Siang dalam parlimen bagaimana dia jadi penganggur yang terkaya di Malaysia dan sehingga hari ini, belum dapat meyakinkan LHDN mengenai pendapatan nya. KJ hanya terkenal sebagai menteri yang berulang kali menanam rumput padang untuk stadium Bukit Jalil. Pun masih gagal.
Reality nya, UMNO sudah bengkrap pimpinan.  Dari UMNO, Malaysia tidak ada masa depan. Yakni UMNO dalam bentuk sekarang dan barisan pemimpin terdapan yang ada sekarang. Shafie Apdal?  he is a non-starter.
Apabila Dr Mahathir kata dia boleh excuse Najib kerana tidak mahu meneruskan jambatan bengkok, saya rasa gembira kerana tidak perlu menerangkan rasional pembinaan jambatan bengkok tersebut.
Walaupun ianya mempunyai obkejktif jangka panjang untuk menghentikan monopoli Singapura keatas penyinggahan kapal di Singapura, aspek negatif pembinaan jambatan bengkok itu ialah ianya diasaskan atas pinsip beggar thy neighbour  atau memiskinkan jiran.
Walaupun begitu, saya bersedia mempertahankan pembinaan jambatan bengkok, atas asas prinsip bahawa Singapura mestilah bersedia berkongsi kemakmuran disamping menyelesaikan pencemaran laut di Johore straits dengan membuka causeway lama.
Singapura ada cukup talent pool untuk mengatasi rintangan fisikal. Let us share the prosperity dan jangan beri Singapura menikmati monopoly seorang diri.
Dr Mahathir tanya dimana baki RM27 billion? dimana hilang nya RM27 billion tersebut? Tak hilang Doc- tapi ada silap mata. Silap mata yang diperstujui oleh anak bekas PM yang Doc idolise.
Ia tidak hilang. Mesti ada dalam balance sheet. Atau dalam bentuk cash. Mungkin apa yang sebetulnya terjadi, Najib dan geng penyamun sudah sedar, nilai RM27 billion bukan lagi RM27 billion, tapi sudah susuat nilai. Pelaburan yang bernilai RM27 billion asalnya sudah jatuh harga.
Mengapa jatuh harga? Mungkin kerana ianya dilaburkan dalam portfolio yang sucks. Yang kita nak tanya ialah siapa arahkan dan luluskan pelaburan RM27 billion ini? Keatas pelaburan apa? Apa nilai pasaran semasa pelaburan RM27 billion ini?
Cakaplah, jangan membisu seribu Bahasa Encik PM.
Kalau dilunaskan kedalam bentuk wang cecair, berapa kita dapat? Tak cukup nak cover, jual assets. MP UMNO dalam parlimen jawablah sama- selalu buat bising mengenai assets dan pelaburan- kalau kita cash out berapa dapat?
Kalau kita hilang RM27 billion, tentulah kita tidak boleh dapat balance sheet yang balance. Kita tak boleh close akaun.  Adakah akauntan buat silap mata kepada kita? Adakah akauntan bertauliah telah memalsukan lapuran akaun tahunan?
Mana2 akauntan boleh memberitahu bahawa kemungkinan besar, wang RM27 billion itu dalam pelaburan yang tidak boleh cash out sekarang disebabkan oleh ikatan kontrak dan obligasi kontrak
atau yang lebih munasabah, nilai semasa pelaburan tersebut telah menurun terlalu rendah  dan jika kita cash out, akan mengujudkan lubang yang lagi besar dari empangan Bakun atau Task kenyir dalam akaun tahunan 1MDB. .
Soalan lagi satu ialah mengapakah 1MDB berhutang lebih dari keperluan? mengapa pinjam RM100 bilion sebagai contoh sedangkan wang yang diperlukan ialah RM40 billion?
ini soalan yang Najib kena jawab. Dan mengenai nilai pelaburan yang menurun dan tidak membenarkan kita cash out, saya rasa siang malam Najib berdoa, dan berbomoh dari siam,  Indon dan India suaya pelaburan RM27 billion itu akan naik. Mungkin Kenneth Eswaran kena cari bomoh India yang kuat mandrem nya.
Mengenai mengapa pinjaman lebih dari keperluan, ianya mungkin hanya hendak ujudkan lebihan supaya dapat dikongsi bersama antara penyamun. Antara penyamun ada prinsip- wa haramun kalau makan sorang, wa halallun kalau kongsi sama.
Kita sudah letih bercakap halus dan sopan. Cakap halus pun, rompakan kasar berlaku didepan mata.
saya rasa kita kena tanya apek Cina Jho Low. Mengapa dia tidak disoal? Kenapa PM melindungi dia?
Saya diberitahu oleh pegawai 1MDB bahawa waalupun Jho Low bukan director syarikat, penglibatan nya dibelakang segala urusniaga 1MDB amat dominen seolah olah dia director of operations.
Mungkin kerana dia rasa dia disokong oleh Najib dan Rosmah sebab itu si apek cina ini berani buat apa2 termasuk menggunakan nama Najib untuk kelentong Shahrol Helmi melepaskan pelaburan USD 1 billion dan kemudian meluluskan bayaran USD700 million kepada Good Star Limited.
Atau Najib telah mendapat  nasihat dari geng Mamak di JPM – yakni si pelesap berbillion wang di bank Negara dan bekas pengarah syarikat Mun Loong yang terkenal sedikit masa dahulu. Atau Najib mendapat nasihat professional dari India yang masuk Islam yang telah mencipta pembiayaan kreatif RM30 billion kepada PPFI yang membuayai membiayai 800 lebih syarikat tapi satu pun tidak ahli Persatuan kontraktor Melayu Malaysia. Hidup PKMM.
Apa yang boleh Najib lakukan sekarang?
Berdoa supaya nilai pelaburan naik lebih dari RM27 billion. Doa kepada Allah, pakai bomoh siam, Indonesia dan India. Ada bomoh Vietnam, china dan lain2. Doa juga supaya pelaburan dalam syarikat Gobi Coal naik. Jika tak tidak, Najib kena nyahkeluar write off RM4 billion kerana pelaburan di Mongolia.
Apa hal dengan Mongolia ini? apa2 yang bersangkutan dengan Mongolia hancur lebur nampaknya.  
Najib kena jawab dan beritau Malaysia bahawa aliran tunai dari IPP yang dibeli dengan harga yang tinggi tidak dapat mengatasi faedah dari hutang sebanyak RM46billion. Ya- RM46 billion sebab ada lebih kurang RM4 billion derivative debts.
Dan kita jangan lupa bahawa 1MDB ada berhutang dari pemiutang sebanyak RM3 billion lagi dengan trade creditors. Ini kena bayar semua. Jumlah hutang 1MDB sebetulya  ialah RM49 billion.
Macam mana nak bayar hutang RM49 billion ini. Bab ini Dr Mahathir tanya betul- macam mana nak bayar.? Bayar faedah sahaja jika pada 4% setahun hampir RM2 billion setahun.
Rakyat boleh balun Najib kerana mendedahkan negara ini kepada kemungkinan terpaksa menggunakan duit rakyat untuk membayar hutang yang sebabkan oleh kebodohan, ketidakacekapan, tamak haloba dan kesemula-jadian watak crook yang ada dalam diri mereka yang bertanggung jawab keatas 1MDB.
Kita jangan terpedaya dengan Najib dan jangan terpukau dengan Dr Mahathir. Dr Mahathir tidak memberi kita jalan keluar jika endorse Muhyidin.
Jika Dr Mahathir benar2 mahu menyelamatakan Malaysia dan Melayu seperti yang dikata di dewan K Club, dia mesti endorse Tengku Razaleigh.
Marilah kita lihat apa sebenarnya 1MDB itu. Ianya satu lagi skim menghimpun wang dan membalun wang. Ada bau pencurian dan songlap wang, samun dan pemalsuan yang Najib ingat dia boleh tutup dengan mengapungkan bisness2 1MDB seperti IPP pada harga IPO yang tinggi.
Dan bila senator Wahid Omar kata- pengapungan 1MDB energy sangat penting, itu sudah menghantar isyarat yan merunsingkan.
Tidak syak nanti, pelabur cornerstone seperi  EPF, Socso, KWAP, PNB bahkan Khazanah akan ikat tangan dibelakang, untuk mendukung peranan sebagai cornerstone investor . Dan jangan lupa penyemat tetap- Petronas.
ini seperti meliwat kita semua sebab entiti2 ini bukan ada duit pun selain duit rakyat yang mereka telah pinjam daripada kita. Kerajaan tidak ada duit selain hasil cukai keatas rakyat. Duit yang mereka guna itu duit rakyat.
Kita tahu ada berlaku saukan wang dan cukai dalam bentuk komisyen keatas hutang RM46 billion dalam bentuk bond dan hutang derivatives dan belian dari pemiutang.
Ada CBT bila ada orang guna duit 1MDB untuk membiayai bisness orang lain seperti bisnes Jho Low membeli bank dari bekas KM Sarawak, Bank Negara Malaysia tidak tahu menahu mengenai perkara ini supaya duit boleh didobi tanpa membayar cukai.
Mesti ada orang yang telah mengutip komisyen ini- tangkap semua dari Tan Sri Lodin wok Kamarudin, Shahrol helmi, dan CEO2 lain –pakaikan helmet keatas kepala mereka dan ketuk helmet tersebut selama beberapa jam. Teknik ini diberitahu saya oleh pegawai polis untuk mendapat confession.  Cuba kita try keatas Lodin dam Shahrol helmi, Arul Kanda dan Jho Lo atau Sit Li Lin. Tentu segala rahsia terburai.
Mesti ada pihak yang sudah sapu komisyen dan kemudian mengarah atau meng-induced orang2 tamak dan haloba yang ada kelayakan tinggi untuk park duit kita dalam pelaburan yang sangat mencuri-gakan. Mungkin ada serigala di Wall Street yang juga menimati wang 1MDB dan mendapat cukup pulangan untuk beli kondominium yan bernilai RM100 juta.
Padan muka orang Melayu kena tipu oleh puak2 UMNO. Awak semua duduklah di rumah teres dan rumah kayu sedangkan elit Melayu duduk dalam kondominium berharga RM100 juta. Apa pengorbanan yang matlaon ini buat sehingga boleh beli kondominum RM100 juta?
DR Mahathir benar bila suruh Najib berhenti tapi dia juga mesti mendesak supaya suatu Suruhan Jaya diRaja untuk selidik samunan wang yang dlakukan oleh 1MDB dan bawa kemuka keadilan semua yang terlibat. Dari yang atas sampai yang bawah.
Dato Najib mesti jawab ini semua. Siapa yang membenarkan si apek Jho Low buat keputusan keatas wang dari 1MDB? Siapa yang membenarkan pelaburan disastrous ini?  Kepala mereka kena guillotine.
Najib akan terus membisu seperti biasa. JHo low tidak akan tampil kedepan untuk mengaku. Ketua Odit negara tidak akan menghasilkan apa2 penemuan dan akan ambil masa yang lama. Seperti kata dr Mahathir, odit foresnik yang diperlukan bukan pengoditan konvensional.
Kita dah dapat membaca- ketua odit negara dan sahabat saya dari PAC akan membuat ketetapan bahawa semua procedure di ikuti dengan penuh dan tidak ada bukti yang menunjukkan salahlaku. Kes tutup tapi kita hilang duit.
Sementara itu perompak dan penyamun semua ketawa pergi ke bank.
Kita mesti sekat 1MDB dari menjual tanah di Tun razak exchange dan Tanah di Sungai Besi pada harga yang tinggi. Tanah2 ini dijual pada 1MDB dengan harga yang rendah. Apa yang mereka telah lakukan untuk menaikkan nilai tanah2 ini?
Berniaga macam ini, beri pada Mat Tompel di Pekan pun dia boleh lakukan.
1MDB mest pulangkan tanah2 ini kepada kerajaan pada harga asal dan biar 1MDB menanggung kerugian operasi RM3-5 billion yang ditutupi oleh penilaian semula tanah yang asalnya dibeli murah.
Megapa tanah tersebut asalnya tidak dibeli secara tender terbuka? Jika tender terbuka dilakukan, kerajaan tentu akan mendapat harga yang lebih tinggi. Dan lebihan antara harga tender tertutup atau tender runding dengan tender terbuka itu sepetutnya dipulangkan kepada rakyat.
Apa yang 1MDB lakukan untuk bolot semua tambahan nilai?
Kita beri amaarn kepada CEO yang lalu dan CEO sekarang- Arul Kanda- rahsia sudah terbongkar. Seorang CEO yang melindungi salah laku dan pencurian yang melalui jabatan nya dan tidak melakukan apa2 untuk membetulkan nya, akan di jel kerana bersubahat. Bukan sahaja di jel- kerana umur mereka mash muda, kena sebat dengan rotan.
Ini perkara tidak boleh diselesaikan dengan meletak jawatan. Kamu semua owe a duty yang tidak dihapuskan dengan perletakan jawatan. Kerajaan baru akan memburu kamu sehingga lubang cacing.
Jangan buat kenyataan bodoh seperti “saya tidak melihat apa apa fail” Jangan jadi bloody fools. Kamu semua dispensable. Arul Kanda, Shahrol Helmi- you are worth nothing kepada orang yang desperate.

20 comments:

  1. Salam Bro,

    1. Melalui laporan NYT, kondo di NY dan Banglo di LA masing-masing dibeli sebelum serigala bermaharajalela di Wall Street.

    2. Ade terbaca juga suatu laporan di dlm sebuah akhbar luar negara yg sebuah syarikat di Cina melaporkan bahawa mereka adalah pemegang saham terbesar (17%) di lombong arang batu yg SRC melabur di Mongolia disebalik SRC melaporkan bahawa mereka juga pemegang saham bersama (50:50) di situ. Siapa yg bercakap benar ni? Walaubagaimanapun, SRC skrg telah diletakkan dibawah MOF; maknanya rakyat lar yg akan bayar kerugian operasi SRC kelak atau pampasan bila SRC bungkus!

    3. Setuju yg Ku Li harus diberi kepercayaan utk menerajui kerajaan secara 'interim PM' selama 2-3 tahun (sehingga PRU14) agar beliau dpt membersihkan ekonomi negara. Buat sementara waktu, UMNO dan BN boleh menggunakan 'void' tersebut utk menyusun kepimpinan baru (yg diharap berkelayakan universiti dan berpengalaman didlm sektor swasta agar mereka2 ni lebih matang didlm menangani sebarang masaalah; baik dalaman maupun kenegaraan) dan bknnya 'raced-based.' Malaysia perlu kehadapan di atas tiket perjuangan negara kerana sesungguhnya kita sbg anak2 Malaysia perlu mengenepikan sentimen bangsa dan fokus kpd sistem pembelajaran dan ekonomi utk kesejahteraan bersama.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaykum Dato

    Suka dengan peringatan berulang Dato. Jika abang kakak makcik pakcik di kampung dan pendalaman memilih mempercayai 'kaki kencing' dan 'si putar alam' dengan sering memetik 'kebenaran' dari sumber-sumber 'tepat lagi benar' Regim kita tidaklah berasa terhina, tidak juga memandang rendah malah boleh memaafkan kejelojohan mereka. Namun adalah sungguh menghampakan melihat bakal pemimpin negara - majoriti adik-adik di UiTM, sebahagian penuntut universiti kerajaan dan kakitangan awam (saya memilih 'awam' dari 'kerajaan' untuk mengingatkan mereka dibayar menguruskan keperluan rakyat bukan kerajaan) berbangsa Melayu beribu bapa Melayu Bumiputera mudah sekali ditalkin untuk bercuriga dan bermusuh dengan kaum lain ketika pemimpin Melayu UMNO yang mereka julang puja selalu sekatil sebatal dengan tauke Cina dan India.

    Lebih menghampakan, anak-anak Melayu yang menjunjung julang Mohd Najib Abd Razak menjadi 'promoter' anak Cina si Jho Low dan geng Mamak (baca bukan Melayu tidak beribu bapa Melayu Bumiputera) menentukan hala tuju negara. Mereka yang berlebih-lebih mengulang-ulang pembohongan si lanun harta negara bahawa percayakan UMNO negara akan aman dan selamat.

    Aduhai malangnya Malaysia ada satu bangsa yang dari dahulu mereka mudah sekali ditipu dan diperdaya. Lebih menyedihkan mereka tidak mahu belajar dari peristiwa yang berlaku ke atas nenek moyang serta tanahair mereka sebaliknya memilih meletakkan masa depan harta, nyawa dan agama mereka ke tangan si hipokrit 'yang berpura-pura Melayu demi manfaat uwang ringgit dan darjat' yang sanggup melakukan apa sahaja tipu daya sekalipon atas nama bangsa dan agama.

    Sampai bila Melayu mahu terus diperdaya? Tidakkah mereka kasihan nasib anak-anak mereka sekarang? Nasib cucu-cucu mereka kemudian?

    ReplyDelete
  3. Arul nasi kandar has made a very bad decision (but i believe the decision is money) by jining 1MDB. Fro hero to zero. He is nothing now Die and sink with 1MDB. No one would ever employs is again shud he kick-out from 1MDB..anyway he has a lot of money..But he will be remembered as a liar for the rest of his life..

    ReplyDelete
  4. Najib's days as PM are numbered.Unless he can come out in defense of the 1 MDB fiasco.Keeping dumd is not the best option for Najib's survival.He has to go for broke,as he has nothing much to lose anyway.If he still wants to play dumd,give or take 3 months max before he becomes and ordinary man on the streets.

    ReplyDelete
  5. A translation from dontplaypuks

    ReplyDelete
  6. Salam dato,

    Sebagai rakyat biasa di jalanan, kami fahiam akan skandal terbesar kurun ini. Puncanya dari Mahathir sendiri, akibat kekejaman yang dia lakukan terhadap Anwar. Tuhan sedang membalas perbuatannya itu di saat akhir hayatnya supaya bertaubat. Tiada jalan keluar selagi dia tiada bersemuka dengan Anwar untuk memohon maaf. Selagi itulah Malaysia tiada jalan keluar selagi dia belum berbuat begitu.Apakah dengan lantikan KuLi juga dapat menyelesaikan masalah besar negara?Tidak sama sekali selagi orang yang duduk di Sungai Buloh masih lagi belum dibebaskan dan dia memohon maaf. Sekiranya pendapat ini adalah dari segi rohaninya, tetapi ia mengatasi semua hujah duniawi yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa pun.

    ReplyDelete
  7. 1.0 UMNO/BN has nobody can be trusted.TR has himself a bad history handling the state coffers.

    2.0 What is bugging is what did those Mamaks (ALI Hamsa, That Treasury KSU),Bank Negara, Ahmad Maslan, Hanzalah,Idris Jala, PLow, PAC ,AG,Bankers etc.etc, do? No questions asked before Letters of Gurantee,Letters of Comfort and Loans were approved? Looks all these scums should be flushed out from the Government and sent to Sungai Buloh or Kajang.

    ReplyDelete
  8. Salam.
    Selagi UMNO memerentah kita kena lah mengikut hereki memileh pemimpin.
    UMNO ketandusan pemimpin yang baik sebab pemimpin di pileh mengikut undi popular dan bukan cara cadre system saperti yang di amalkan oleh PAP singapore.

    Susah bagi Ku Li untok menjadi PM melalui UMNO,kechuali ia berjaya membawa undi tak percaya dalam Parliment dan dapat sokongan Pas,PKf dan DAP dan parti dari Serawak.

    Goos luck.

    ReplyDelete
  9. How to pick kuli?

    Mamak want a puppet that he is able to control and hope his son will take over one day.

    A devil will be a devil.

    He is more interested on his cronies rather than the poor Rakyat.

    ReplyDelete
  10. Get rid of current government already! Too much back & forth at expense of rakyat. New government should make 'ketuanan melayu' extinct. Pure BS that one! Appoint to office people based on merit, qualification NOT connections nor race. Other countries benefitting from our local talents who have migrated. In the end, majority Malaysians end up as cheap labour.

    ReplyDelete
  11. Yes, it's time for Tengku Razaleigh to step up to the plate and do national service. There's no one else left who has the stature, experience or confidence of all parties and people to mend our beloved, broken nation.

    We are all of 1 race, the Human Race

    ReplyDelete
  12. Bila Tun Mahathir menyuarakan kerisauannya sekiranyqa UMNO BN tumbang dan PR menguasai Putrajaya, habis kisah kisah lama akan dibongkar, ini membayangkan bahawa banyak perkara yang tidak kena dengan kerajaan UMNO BN baik dulu mahu pun sekarang. Kenapa Tun Mahathir perlu suarakan kebimbangan ini secara terbuka kalau memang tidak ada "kesalahan besar" yang telah dan sedang dilakukan oleh pimpinan UMNO BN?

    Dato Sak jangan mimpi Tun M mahu Ku Li memimpin UMNO menggantikan Najib. Ini hampir mustahil berlaku kerana kita sedia maklum bahawa Tun M adalah seorang pendendam. Tun M tidak mgkn akan endorse calon2 lain sebagai PM sekiranya Tun M yakin calon2 itu tidak boleh dikawal secara autopilot. Bukankah Ku Li pernah melawan Tun M sama seperti Tun Musa mau pun Anwar Ibrahim sendiri? Maka nama2 ini semestinya bukan senarai pilihan Tun M.

    Kebimbangan Tun M bukan sangat kerana rakyat bawahan yang susah dan kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Paling dibimbangkan Tun M ialah kerajaan baru yang bakal mengganti UMNO BN akan menjadi polis dan spy yang mengorek dan membongkar kesalahan silam termasuk di era Tun M sebagai PM dulu. Itu yang sebenarnya. Bukankah kerajaan begini yang kita perlukan? Sebab itu bagi Tun M Najib harus diganti seberapa segera bagi memastikan UMNO dapat terus survive dan kepentingan Tun M sendiri tidak terjejas. Dengan ini Tun M tidak memerlukan seseorang yang terlalu bersih untuk menjadi PM kerana calon yang bersih dan bebas dari rasuah dan penipuan ini sukar untuk dikawal secara autopilot oleh beliau kemudiannya.

    Apa yang dapat kita pelajari dari pertembungqan Tun M dan PM Najib ini ialah "pengakuan secara tidak langsung" bahawa memang pentadbiran Malaysia di bawah UMNO BN baik dulu mahu pun sekarang sememangnya banyak yang tidak kena. Itulah sebabnya kenapa kes kes dan kebocoran mega seperti PERWAJA, BBMB, Klang Gate, NFC, 1MDB dan banyak lagi terus saja berlaku dengan berleluasa dan akhirnya tidak ada satu pun toyol penyamun ditemui selepas siasatan selesai.

    Bila Tun M disoal tentang Lee Kuan Yew dan Singapore yang lebih maju berbanding Malaysia, Tun M menyebut lebih mudah mengurus sebuah negara yang kecil. Apakah Sri Langka itu lebih besar dari Malaysia dan Amerika atau United KIngdom itu lebih kecil dari Malaysia. Bukan soal kecil atau besar negara tetapi integriti kepimpinan yang boleh meletak Malaysia ke hadapan. Malangnya ini tidak ada dalam barisan kepimpinan Malaysia selama ini termasuklah di bawah PM Najib.

    ReplyDelete

  13. 1/5


    Muhyiddin Yasin is also the partner of Syed Mokhtar Albukharey… the link between rising income inequality, who now controls the following companies:

    MMC..DRB Hicom..Proton ..Malakoff..Johor Port..Senai Airport..Port of Tanjong Pelepas..Bank Muamalat..Padiberas Nasional..CSRSugar..Gardenia..MPH Bookstores..Penang Port

    He too is after…..

    RTM..KTM..Bank Islam..

    Does one of the world's richest Malays (Syed Mokhtar Albukhary) got really rich because he worked his ass off or at being a crony of Muhyiddin and former premier Mahathir Mohamad ? Virtually all his assets were handed to him on a silver plate.

    And it all began with Stamford Holdings…

    ReplyDelete
  14. 2/5

    Stamford 4,622% profit

    Stamford Holdings Sdn. Bhd. is a plantation company registered in Malaysia under the Companies Act and 90% of its equities are owned by the Seet family from Singapore, the Gan family and the Wang family from Malaysia.

    In 1994, Stamford applied to the Johor government for permission to develop a light industrial estate on part of its huge land holdings near the state capital of Johor Baru. However nothing happened during the subsequent four years.

    In 1998, two Malaysians approached Stamford, alleging that they were the Johor Menteri Besar’s (Tan Sri Muhyiddin Yassin) business associates and that they were able to get Stamford ’s application approved promptly. The two individuals were Syed Mokhtar Albukhary and Datuk Yahya Taib. The meeting was held in Singapore .

    The one pertinent condition was that Stamford must form a joint venture together with them along with Tan Sri Muhyiddin Yassin whereby Stamford would retain 70% of the shareholdings in this JV company and that the trio would pump in RM1,800,000 (approx RM3,397.50 per acre) into the JV Company to develop 1,766 acres of its 8,310 acres in total land holdings.

    In late 1989, Stamford agreed to the proposal and the four parties formed a JV company, which resubmitted a fresh application to theJohor State government to convert the 1,766 acres of plantation landto industrial use. The new application was promptly approved.
    When the property was later sold in 1994, the Muhyiddin group's initial investment of RM1.8 million had soared to RM83.2 million(4622%).
    Takeover

    Meanwhile in 1992, Syed Mokhtar Albukhary and Datuk Yahya Taib again approached Stamford’s directors, proposing to develop the remaining 6,544 acres of Stamford’s Johor prime land holdings. However the conditions were different this time around. They were willing to pay RM30, 000 per acre to Stamford but demanded 70% equity stake.

    When Stamford insisted on retaining the original JV conditions whereby they hold 70% equity and that the Albukhary - Taib- Yassin group pay RM70,000 per acre for the 30% equity stake, one of Muhyiddin's associates allegedly warned Stamford’s directors that the land acquisition papers were on the MB’s desk and could be “signed at any time”. Stamford refused

    A few days later, Muhyiddin called up Stamford again, and told them,“Look, I have this piece of paper in front of me on my desk. All I have to do is sign it and Stamford Holdings will no longer own the 4,000 acres of land. Now, do you agree or not to develop the land and I take 70%?” Stamford again refused.

    The following week, they received a letter from the Johor State Government signed by Muhyiddin stating that the government has taken over the land.

    ReplyDelete
  15. 3/5

    Conspiracy

    In July 1994, the State Government of Johor officially acquired the land on behalf of the Johor Islamic Economic Development Corporation (Perbadanan Kemajuan Ekonomi Islam Negeri Johor) under the Land Acquisition Act.

    Stamford Holdings, through its director, Gan Tee Kian, filed the suit in the Kuala Lumpur High Court on February 4, 1995 claiming that Muhyiddin, Syed Mokhtar and Yahya contravened the provisions of the Land Acquisition Act in acquiring the piece of land through the Johor Islamic Economic Development Corporation and sued the trio for damages for alleged conspiracy in acquiring land in Johor through the Land Acquisition Act.

    In the suit, Stamford Holdings claimed the three had abused certain provisions of the Act to acquire its 6,600 acres of land through the Johor State Islamic Economic Development Corporation using one of its subsidiaries, Kelana Ventures Sdn. Bhd.

    Stamford Holdings also named the Johor State Government as a defendant in the suit, alleging that Muhyiddin and the two businessmen conspired to use the state government's authority to acquire the land. Stamford Holdings wants the court to declare that the Johor State Islamic Economic Development Corporation was not entitled to invoke provisions of the Land Acquisition Act to acquire a private landed property.

    It also claimed that Syed Mokhtar and Yahya had conspired with Muhyiddin to press for the land acquisition. In the suit, Stamford Holdings sought a declaration that the land acquisition exercise was not done in good faith and was therefore null and void.

    Two weeks later, the case was transferred to the Johor Baru High Court.

    ReplyDelete
  16. 4/5

    Not a single shred of truth

    On February the 24th, 1995, the Johor Baru Land Administrator made an award sum of RM239, 099,583.00 over the said property to Stamford Holdings. This comes to about RM36, 670 per acre.
    On April the 15th, 1995, the Johor Baru High Court struck out with costs Stamford Holding's suit, saying that the company had no reasonable cause of action against the five defendants. Stamford’s solicitors then brought the case to the Court of Appeal.

    On December the 28th, 1995, Kelana Ventures Sdn. Bhd. deposited the award amount with the Johor Baru High Court.

    On March the 14th, 1996, another RM10, 585,894.90 was deposited by Kelana Ventures with the Johor Baru High Court as accrued interest. Subsequently when Stamford Holdings challenged the Land Administrator’s award, the said award sum was revised by the Johor High Court by RM63,565,982.20 making it a total of RM313,251,460.10 (about RM48,000 per acre).

    On November the 12th, 1996, the said differential sum of RM63, 565,982.20 was likewise deposited with the Johor Baru High Court by Kelana Ventures Sdn. Bhd.

    It was during the time when this case appeared in the Court of Appeal that Asiaweek did a comprehensive investigative report on it, quoting ad verbatim Muhyiddin’s phone call to one of Stamford’s directors. The Johor MB then publicly denied all allegations made in an article on Asiaweek stating,

    “There is not a single shred of truth in any of the allegations against me” but failed to instigate legal redress against the magazine. This inaction speaks louder than words as Asiaweek has deterred any legal action from Muhyiddin by also stating on the article that they have in their possession the taped conversation between Muhyiddin and Stamford Holdings.

    ReplyDelete
  17. 5/5

    Out-of-court settlement

    On December the 11th, 1997, the Court of Appeal overruled the Johor Baru High Court’s decision and ordered all proceedings in the civil suit to proceed pending an appeal by the defendants.

    On June the 10th, 1998 the Federal Court granted leave to the defendants to appeal to the Federal Court against the decision of the Court of Appeal and further ordered that there be a stay of proceedings in the Johor Baru High Court civil suit.

    Instead of pursuing the case in the Federal Court, all parties agreed to an out of court settlement and a Consent Order was recorded at the Johor Baru High Court. Judge Zainun Ali recorded the order after lawyers for the company and the defendants agreed to settle the matter in the judge's Chamber and all parties concerned agreed upon a final figure of RM405 million as due compensation for the compulsory acquisition of the said property by the State Government in accordance to the Land Acquisition Act (about RM62, 000 per acre).

    The judge then ordered Kelana Ventures to pay the differential amount of RM92, 115,606.80 directly to Stamford Holdings but allowed them a period of 18 months to complete the payment. The sum was not ordered to be paid as damages but compensation in lieu. He also ordered that the State Government and/or the Land Administrator alienate the land to Kelana Ventures within three months from the day the Consent Order was recorded. The freehold land is in the mukim of Tebrau in Johor Baru.
    No action against Syed Mokhtar, Yahya Taib or Muhyiddin Yassin

    Meanwhile, the judge also ordered Stamford Holdings to hand over the land title to Kelana Ventures within two months from the day the Consent Order was recorded, and pay retrenchment benefits to workers affected by the transfer of the land to Kelana Ventures.

    The judge further ordered that all the civil suits, civil appeals and miscellaneous civil applications by the plaintiff be settled and be disposed of.

    No further action was taken against Syed Mokhtar Albukhary, DatukYahya Taib or Tan Sri Muhyiddin Yassin who is now the Deputy Prime Minister of Malaysia…

    ReplyDelete
  18. Salam datuk sak...

    saya amat respek dgn info2 yg lain dr yg lain dato komentarkan pd blog kali ini...ada nama2 dan nilai2 terbaru yg diluar maklumat biasa....datuk amat tahu menteri itu suka main games dan masuk ofis lewat...info2 lain juga amat menarik dan amat mendalam rahsianya...

    nada datuk juga dapat saya rasai...gerrram...marahhhh...mcm saya juga...cuma..saya rakyat biasa....hanya ada kuasa undi shj....tapi saya hairan...management parti PAS amat kurang bercakap soal2 kepentingan rakyat lately....mrk terlalu sibuk dgn agenda puakmasing2....kenapa ya datuk...harap satu masa nnt datuk boleh komentar isu PAS pula...positif dan negatif....maybe lepas jun nnt dan lepas najib dijatuhkan dan KU LI JADI PM YG BARU...TAHNIAH DATUK....

    p.s....saya baca berulang kali utk memahami isi blog kali ini....I got it...

    ReplyDelete
  19. Terima kasih, Cahaya Qalbu.

    And if the japanese investors will say, they will tell you how many suitcases had to be handed over to him for approving one desaru project. This one used to listen to Placido Domingo while in Singapore.

    This Pagoh cow must never make PM. If he does, this country will be wiped out. It will be kleptocracy incarnate on one hand and 1Malay double standards on the other. Many of our Malays know but they are keeping mums because they are also opportunists. How long can this national rip-off and power game continue before Malaysia is finished?

    Sak: sorry about the previous error. Replace 'leaders' with 'diehards'. You're the finest of our Malay conscience.

    ReplyDelete
  20. SALAM.
    SAYA SEBETULNYA JADI TAKUT TERAMAT SANGAT BILA BACA KOMENTAR DATUK.
    KITA BAKAL MENCIPTA SEJARAH DUNIA ABAD INI..
    KITA BUKAN "HILANG" JUTA-JUTA TAPI BILION. ULANG........BILIONS..RIBURIBUJUTA
    APA NAK JADI DENGAN ...MALAYSIA...

    ReplyDelete