Monday, 13 April 2015

The Brave Master and the Cowardly Disciple.



Pada dasar nya, isiu Dr Mahathir dengan Najib ialah isiu antara tok guru dengan anak murid atau disciple yang tidak ada disiplin. atau lebih tepat, anak murid yang cowardly. 
Kita ada ketua pemerintah yang segala keputusan nya di control oleh orang lain. Dan orang lain ini mungkin orang terdekat atau pun negara lain.  Boleh jadi ketua pemerintah was caught redhanded atau negara lain mempunyai maklumat rahsia tentang nya. 
Kesannya, kita ada pemimpin yang tidak mampu berfikir secara merdeka dan tidak berani membuat keputusan. 
Seorang ketua yang keputusan nya tidak difikir dan dibuat olehnya sendiri, tidak boleh memerintah negara.  Tun Razak mendengar nasihat dari rakan kabinet, tapi berani buat keptusan akhir. Dr Mahathir dalam bab ini, seorang yang legendary. Dalam banyak hal, dia buat keputusan sendiri dengan berani. Churchill kata- of all the characteristics required of a leader, bravery is the most important. lawan kepada bravery ialah cowardly.
Orang dan penyokong UMNO tak tahu macam mana nak handle serangan Dr Mahathir. Contoh: Utusan Malaysia- lidah rasmi UMNO memberi amaran bahawa politik Melayu dalam bahaya, jika seranagan keatas Najib tidak dihentikan.
Tak betul itu. Yang dalam bahaya ialah politik Najib dan politik UMNO sahaja. Majoriti orang Melayu terkesan dengan dasar2 musibah yang dilaksanakan UMNO. Menyingkirkan UMNO dan Najib bererti menyingkirkan punca dan penyebab dasar yang merugikan Melayu.
Yang membela kepentingan yang lebih besar orang Melayu ialah mereka yang bersuara dan mendedahkan kebejatan yang dilakukan oleh UMNO sebagai pemerintah. Dan orang2 ini dan suara2 ini mahu dikekang oleh UMNO dengan undang2 yang zalim seperti akta pencegahan keganasan dan akta hasutan serta undang2 zalim yang ada.
Sebetulnya, undang2 yang ditadbir oleh mahkamah sudah cukup untuk melindungi negara dan lawan keganasan ialah tentera yang kuat. Sebab keganasan ialah perperangan dan yang tukang perang ialah tentara bukan polis.
Jika UMNO kalah, kesan negative dasar2 itu akan hilang. Yang melindugi orang Melayu ialah undang2 yang dijaga oleh penggubal undang2 dengan teguh dan dilaksanakan oleh mahkamah yang adil. Masa depan orang Melayu tidak bergantung pada UMNO.
Bahkan jika UMNO jadi pembangkang- lagi baik untuk orang Melayu. Sebab mereka tahu dimana lubang dan salah yang mesti betulkan. Kerajaan yang ambil alih tempat UMNO hari ini, akan sentiasa diasak oleh UMNO jika menyimpang dari membela oang Melayu.
Seperti satu prinsip dan faedah berpuasa- disiplinkan diri untuk tinggalkan apa yang biasa kita buat supaya kita tambah sihat dan baik- maka serupa juga dengan urusan politk- disiplinkan diri dengan meninggalkan kebiasaan menyokong UMNO supaya kita dapat masa depan yang lebih cerah.
Walaupun UMNO parti terbesar orang Melayu- dia tidak mewakili orang Melayu. Cuba lihat berapa undi yang UMNO dapat dalam PRU13? Ia dapat 3.2 juta undi seluruhnya. Jka semua itu undi orang Melayu( yang mustahil), angka itu bukan majority orang Melayu.
total pengundi Melayu pula ialah 60% dari 11 juta pengundi iaiatu 6.6 juta. Ertinya 3.4 juta orang Melayu tidak mengundi UMNO. Maka jika jumlah pengundi Melayu lebih dari 60%- katalah 65%- wah- ini bermakna, lebih ramai orang Melayu tidak undi UMNO.
 Jadi politik siapa yang musnah? Politik UMNO dan masa depan politik Najib sendiri.
Bila Dr Mahathir beri amaran bahawa dunia akan lingkup jika Najib tidak berundur atau diundurkan- ia nya mengonfirmkan bahawa UMNO selama ini memang haprak. Seperti kata Dr Mahathir UMNO is all about the money. Dibawah Najib ianya paling teruk.
Kita boleh lihat dua broad trends berlaku dibawah Najib. Pertama ialah, melalui akta2 undang2- kerajaan menjenayahkan atau criminalise semua orang. Kedua- melalui akta juga, menubuhkan suruhanjaya, syarikat, dan seumpamanya untuk menyedut duit negara secara sahih.
Semenjak Najib, kita ada POCA, POTA, akta hasutan, CPC dan sebagainya. Dibawah Najib kita ada 1MDB, FGV, SRC dan nanti, CAC- Civil Aviation Commission.
Grup pertama ialah akta2 yang menjenayahkan rakyat. Grup kedua ialah ciptaan yang menyedut dan membelasah duit rakyat.
Kita sakit hati sebenarnya dengan Dr Mahathir. Sebab most of the times, he is correct. Saya harap kita dapat tahu dari Dr Mahathir sendiri, apakah yang dicakapkan antara Dr Mahathir dan Pak Lah dan Dr Mahathir dengan Najib,  yang menyebabkan kemudiannya, Dr Mahathir ada sahaja alasan untuk menyingkirkan mereka.
Could it be, that these unprepared and cowardly leaders are missing the bigger picture and instead were too enmeshed in their own devices? Saya harap dapat bertanya dengan Dr Mahathir nanti.

7 comments:

  1. Assalamuaykum Pak Sak.

    Setuju. Memang dari dulu saya percaya teori Mohd Najib Abd Razak dikawal orang lain. Lebih perit, Perdana Menteri terakhir dari UMNO ini dikawal oleh banyak pihak. Tidak seperti Abdullah Ahmad Badawi yang hanya terikat dengan budak-budak Tingkat 4, anak Abd Razak ini dikawal regim dalam dan luar negara. Buktinya:

    1. Pelaburan luar negara. Semenjak Najib menjadi PM berbillion wang rakyat baik dari hasil cukai mahupon dana simpanan telah dibawa keluar melabur di pasaran antarabangsa. Beliau sedar sejarah merekodkan Malaysia bukanlah pelabur asing yang bijak. Kita telah banyak kali mengalami kerugian dalam banyak projek usahasama. Masih ingat lagi automotif Agusta, pertanian di Indonesia, hartanah di Britain dan banyak lagi. Risiko kerugiannya tinggi dan kesan negatif ke atas nilai Ringgit kekal hingga ke hari ini. Namun Najib terus mengepam keluar wang negara tanpa rasa bersalah.

    2. Membayar untuk sokongan. Bukan lagi rahsia berbillion dana awam diguna mempromosi dirinya sebagai PM. Konsultan Israel dibayar lumayan untuk idea jenama 1 Malaysia. Konsultan asing dibayar lumayan untuk setiap pelaburan dan urusniaga 1MDB. Konsultan asing dibayar lumayan untuk pembelian aset ketenteraan dan mempertingkatkan sistem pertahanan negara. Konsultan asing dibayar lumayan untuk membawa Barack Obama ke Kuala Lumpur. Konsultan asing dibayar lumayan melobi Putrajaya ke kerusi tidak tetap Majlis Keselamatan PBB. Tindakan Najib ini seolah Menteri-Menteri dan Pegawai Tinggi Kerajaan semuanya dungu belaka tidak layak mengurus hal ehwal negara sehingga Malaysia terpaksa mengupah begitu ramai 'bijak pandai' asing.

    3. Hadiah untuk sokongan. Segelintir tuan-tuan saudagar besar di Malaysia terus mendapat habuan projek-projek mega sekalipon pendapatan dan hutang negara berada dalam keadaan sangat tenat. Tuan-tuan saudagar ini menguasai hampir keseluruhan industri di Malaysia, baik kewangan, pengangkutan, perkhidmatan, pertanian, perladangan, perlombongan, kesihatan dan telekomunikasi. Pusing-pusing mereka ini terus merai dan mengaut hasil kantung negara. Manakala penyokong-penyokong bawahan yang terus ditanam agenda perkauman mendapat BR1M dan segala 1M yang kecil jumlahnya.


    Terlalu banyak skandal melekat di batang tubuh amat ditakuti memusnah diri ketika ramai rakan-rakan pimpinan UMNO terus menjarakkan diri darinya, Najib tiada pilihan dari terus berteduh dan meminta perlindungan dari penaung-penaungnya.

    Konsep ufti kekal menjadi alat manfaat bersama. Berbillion untuk selamat, dan balasannya beliau kekal di kerusi PM sekalipon sekadar puppet atau lame duck PM. Sekalipon terpaksa menjual negaranya!

    ReplyDelete
  2. Enemy to my enemy is my friend. Especially now when PR suffers so much sickness for all wrong reasons we really need a Doctor, which is none other Dr Mahathir Mohamad.
    We need all the help, to all Malaysian, PR, Bersih and all NGO need to group behind him we need his leaderships ! # Lawan tetap Lawan

    ReplyDelete
  3. If you have a CCTV footage of the Diamond Exhibition you can use that to blackmail.Why did LKY paid a visit to RM after Najib kicked Badwi out? After that Sigapore was handed the billion ringgit Malayan Railway land.Why was Obama so keen to visit Malaysia? Did he have a copy of that footage too?
    As for Badwi asked him whatever happened to the money Brunei paid for the piece of oil laden real estate handed to Brunei?

    ReplyDelete
  4. "Semenjak Najib, kita ada POCA, POTA, akta hasutan, CPC dan sebagainya. Dibawah Najib kita ada 1MDB, FGV, SRC dan nanti, CAC- Civil Aviation Commission.
    Grup pertama ialah akta2 yang menjenayahkan rakyat. Grup kedua ialah ciptaan yang menyedut dan membelasah duit rakyat."

    Keadaan negara semakin teruk, lepas ni tahun 2018 kita kena tekan reset button dan start balik dari awal.

    ReplyDelete
  5. the mean machine13 April 2015 at 19:56

    First of all,was Najib and Altantuya both present at the same time at the diamond exibition.

    Najib is also well known to the Singaporeans.No? Well,the diamond exibition is not held just for Najib ,Altantuya and their entourage? Is it not open to the public too? If they were both there together,even as part of Najib's entourage photos would have circulated on the internet seconds after they were seen.No?

    Except for Tien Chua's incredible picture,non other has surface so far.Well,go figure.

    ReplyDelete
  6. Dear Sir,
    TDM is the one in his time that destroy everything but he will also be the one that revive everything cos in his life he owes it to the people .
    Let's see how true, I hope the people will support him even the opposition for time being.

    ReplyDelete
  7. Dear tuan sakmongkol...please comment about yayasan pesara kerajaan with basic capital rm5 mil.....najib really need the supportive from all the people around him now....but....why rosmah keeps silence lately.....or she is busy with the new jumbojet....

    ReplyDelete