Tahniah lah kita dengar Ahmad Maslan merancang buat roadshow raksasa mengenai GST di Permatang Pauh. Saya suka Ahmad Maslan. Dia budak cerdik. Ada CGPA 3.8.
Ahmad Maslan +
GST= resipi BN kalah. Gerenti orang lagi marah dan membawa kecundang kepada BN.
Kita pun dah
dengar suara2 kalah dari kem BN- kita akan lawan sampai akhir ini kerusi Permatang
Pauh. Ini cakap sudah pasrah dan redha dengan kekalahan yang akan menimpa.
PRK ini akan
memberi peluang kepada kem PR untuk menerangkan mengenai GST dan keadilan. Bukan
itu sahaja- boleh terangkan FGV, SRC, Pembinaan BLT, MRT, dan skendel2 ekonomi
yang kerajaan Najib lakukan.
Saya lihat ketua
pemuda dan beberapa orang pemimpin UMNO lain kutuk Jho Low. Ada yang
membayangkan- tangkap apek itu. Hai- ini business partner PM- berani kamu
perlakukan demikian kepada si apek itu?
Nampak sangat
Pemuda UMNO ini blur mengenai isiu ini. Itu sebab saya katakan- orang beritahu
saya, Najib adakan penerangan atas dasar on the need to know basis dan Pemuda
UMNO do not need to know much. Mereka hanya tahu menjulang Najib dan kalau
terlepas, jatuh berdebab atas lantai konrit.
Selepas julang
Najib, suruh tangkap dan kutuk Jho Low. Sila Pemuda UMNO dan UMNO lain sedar
perkara ini- hari ini, setakat ini, jam ini, saat ini Jho Low itu Najib dan
Najib itu Jho Low.
Berani awak
semua kutuk Najib? Apa punya strateji ini.
Pemuda UMNO patut sokong Ayahanda Mahathir. Che Det terbaeek.
Bercakap mengenai
Dato Najib- apa saya nak katakan lagi? Macam orang Pekan Pahang kata- dari Kg
Merchong ke kem Batu 9, - padan muka
awok Najib.
Sebab apa? Dalam
perkelahian Najib dengan Mahathir- Najib dapat sokongan dari sebahgian ketua
bahagian, sebahagian pemuda UMNO, sokongan bersyarat dari puteri dan sokongan
mulut dari wanita UMNO. Pendek kata, Najib dapat sokongan dari UMNO diatas kertas.
Tapi, jikapun semua ahli UMNO undi UMNO- UMNO tidak akan
menang. Apa UMNO hendak buat bila bangsa bukan Melayu tak sokong UMNO, orang
Melayu pun meluat pada UMNO dan peneroka Felda sedar mereka telah dianiayai?
Sokongan kepada Dr
Mahathir pula macam mana? Dia kata dia keseorangan. Tapi kalau kita tanya 10
orang, 11 orang kata mereka sokong Dr Mahathir. Rata2 rakyat sokong Dr
Mahathir. Sebab mereka boleh relate dengan apa yang Dr Mahathir tanya.
Dr Mahathir tanya
dimana wang 1MDB itu? Kenapa bayar USD700 juta kepada Jho Low? Kenapa bayar USD
20-25 million kepada pak Arab? Mengapa kerajaan tak simpan duit dari Cayman
Islands di bank Malaysia? Itu duit kerajaan dan Dato Najib kan PM dan menteri
kewangan- jadi apa pasal letak wang tersebut di Singapura?
DR Mahathir
tanya apa pasal tak boleh bayar hutang? Kalau ada cash flow atau aliran tunai
yang positif, kenapa tak boleh bayar? Kenada tak jual sedikit assets kalau
cakap besar kita ada asets. Kenapa kena pinjam dari Ananda Krishnan? Apa pasal menteri kewangan beri hampir RM1 billion
kepada 1MDB. Mula2 kata standby credit, kemudian telah digunakan.
Isiu sekarang-
betulkah apa yang kerajaan cakap ini? Sekarang isiu nya ialah orang percaya ke
kepada Najib dan BN? Jawapan nya orang tak percaya.
Nilai asset 1MDB
ialah RM51 billion. Nilai tanggungan dan hutang ialah RM49 billion. Ini jawapan
yang diberi secara bertulis kepada saya oleh menteri kewangan dalam parlimen.
Dr Mahathir
sebut- nilai asset akan turun tapi nilai hutang dan tanggungan akan naik. Hutang
sebanyak RM46 billion kena bayar. Faedah kena bayar. Bon sudah sampai waktu
matang. Asset tak boleh dicairkan cepat. Kalau buat forced sale akan turun
harga.
Ertinya, negara
akan tanggung. Kerajaan kena guna duit perbendaharaan untuk bail out. Rakyat marah
kalau kita belanja keatas kerajaan yang boros dan berbohong. Orang kata- ini
kerja binawe- pinjam untuk bayar kos operasi. Orang pinjam untuk development
dan pembangunan. 1MDB dah insolvent!
Jadi rakyat semua
sokong Mahathir. Malam tadi saya tanya orang biasa- mereka kata hidup Mahathir dan
….pos Najib. Jika PM Najib dengar rintihan rakyat- Dato Najib akan pengsan.
GST membawa musibah
kepada rakyat. Takde seorang pun yang saya cakap malam tadi ada perkara baik untuk cakap mengenai
GST. Semua orang kena bayar harga yang tinggi. Caj perkhidmatan yang dikenakan
oleh restoren dan pembekal perkhidmatan yang lain terus dikenakan. Sebab caj
ini dikutip oleh perniagaan bukan oleh kerajaan. Kerajaan telah tipu rakyat. Kita
masih terus bayar GST 6% dan caj perkhidmatan 10%.
Dr Mahathir
tanya mengapa kenakan GST sedangkan pemimpin kerajaan hidup mewah? Dr Mahathir
kata zaman dia tak caj GST pun boleh membangunkan Malaysia.
Orang dah bercakap
secara terang berapa Dato Najib dan isteri belanja anak mereka kahwin. Saya tak
hendak komen hal ini. Orang cakap mengapa beli jet satu lagi sedangkan kita dah
ada 6 buah. Kenapa tak beli terus –mengapa sewa dan pajak dari satu suyarikat.
Dr Mahathir
tanya siapa arah bunuh altantuya. Dia tak tanya sama ada Dato Najib buat sumpah
atau tidak. Soalan nya mudah. Siapa beri arahan kepada 2 polis yang bertukar jadi pembunuh upahan ini?
Banyak lagi DR
Mahathir tanya dan rakyat sokong.
Saya pula ingat
Dr Mahathir mahu selamatkan Malaysia dari bencana kepimpinan yang lemah dan
tidak amanah dan jujur. Tapi rakyat akan sokong DR Mahathir lebih jika Dr
Mahathir endorse Tengku Razaleigh jadi PM- interim atau apa. Rakyat ramai yang
anggap the most qualified person to govern Malaysia hari ini ialah Tengku Razaleigh.
Saya banyak kali
sampaikan kepada The Oracle of Syed Putera atau dahulu Jalan Lornie supaya memberitahu
DR Mahathir- biarlah dia bury the hatchet dan berdamai dengan Tengku Razaleigh
untuk selamatkan Malaysia. Ini langkah redemption yang boleh Dr Mahathir buat. Semua
rakyat akan terhutang budi dengan Dr Mahathir jika berbuat demikian.
Catatan mutakhir:
Ada orang
memberitahu saya Jho Low akan kembali ke Malaysia. Dia kata dia tak takut untuk
berdepan dengan rakyat Malaysia. Dia kata dia akan beritahu.Dia kata mustahil lembaga pengarah 1MDB terdiri dari orang tongong.
Apa pemuda UMNO
hendak buat jika JHo Low beritahu dia hanya menerima arahan dan duit USD700
juta dan billion2 lain itu bukan untuk dia seorang. Saya hanya berdoa tidak
adalah orang akan bersumpah Wallahi,
Wabillahi dan Watallahi- sumpah dia tak kenal Jho Low dan Riza Aziz.
Dato'
ReplyDeleteDr M would do the nation a great favor if he endorses Tengku Razaleigh Hamzah as the next PM. Dr M owes it to both the nation and TRH.
Assalamualaykum Pak Sak
ReplyDeleteSaya percaya ramai tidak teruja jika Tengku Razaleigh Hamzah bergandingan dengan Dr Mahathir Mohamad. Malah ramai menjangkakan ia tidak mampu menumbangkan kekuatan Maharaja Naj-Ros. Ku Li tidak ada sokongan dalam UMNO, beliau juga kurang disenangi PR kecuali PAS. Kerana terlalu banyak bercakap tanpa tindakan proaktif membuatkan penyokong kedua-kedua pihak tidak melihat Ku Li seorang PM material.
Ku Li memang bersih, jujur dan berkebolehan. Tapi kebolehannya itu sesuai di zaman sebelum Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri. Kerosakkan total yang melanda negara hari ini hanya boleh didepani 'most charismatic and caliber leader' yang tahu rahsia 'in out' kerajaan BN. Suka atau tidak kita hanya ada satu nama.
Kenyataan keras siasatan segera ke atas 1MDB oleh Najib, Khairy, beberapa Ketua Bahagian UMNO dan bekas KPN tidak lebih hanyalah wayang. Dan drama-drama mereka ini tidak akan berhenti sehinggalah mereka "diberhentikan" oleh Allah s.w.t. Sekalipon Jho Low dipaksa pulang dan disiasat ia tidak akan menyelesaikan keruncingan hutang negara.
Apa sudah jadi dengan skandal-skandal berpuluh billion ringgit sebelum ini? Sudah berapa orang Menteri, Pegawai Kanan Kerajaan dan pemimpin politik yang didakwa, dibicara dan dipenjara sepantas perlakuan ke atas Anwar Ibrahim?
Kita boleh tidak suka Anwar Ibrahim. Kita boleh menelan semua berita negatif mengenainya. Tetapi kita tidak boleh menafikan kehebatannya sebagai pemimpin. Anwar diserang tiga generasi PM. Bila kita bercakap generasi, ia termasuk barisan Kabinetnya, parti-parti komponennya, seluruh Pegawai Kanan dan jentera kerajaan. Namun ia sedikitpon tidak melemahkan semangat dan daya juang Anwar.
Belom ada seorang pon pemimpin di persada politik negara pernah diuji sedemikian rupa dan mampu terus bertahan serangan tanpa henti dari luar dan dalam sepertinya.
Jika Dr Mahathir benar-benar mahu memperbetulkan segala kerosakkan hari ini beliau mesti bermula dari hari bermulanya ia.
Kenyataan keras siasatan segera ke atas 1MDB oleh Najib, Khairy, beberapa kerat Ketua Bahagian, PAC dan bekas KPN hanyalah wayang. Drama-drama mereka ini tidak akan berhenti sehinggalah mereka "diberhentikan" oleh Allah s.w.t.
ReplyDeleteApa sudah jadi dengan skandal-skandal berpuluh billion ringgit sebelum ini? Sudah berapa ramai Menteri, Pegawai Tinggi Kerajaan dan penyamun wang negara yang didakwa, dibicara dan dipenjara sepantas perlakuan ke atas Anwar Ibrahim?
Jangan kita berasa lega jika Jho Low dipaksa pulang dan disiasat. Ia tidak akan menyelesaikan penyelewengan yang menjadi punca keruncingan hutang negara selagi selagi kita tidak membersihkan dahulu kepimpinan Malaysia!
"Sokongan untuk PM Najib, DR Mahathir dan Jho Low"
ReplyDeleteYes indeed.
Also to share this...
Between a Pro UMNO Dato' lawyer, a Geo-strategist? Professor vs a YB (accountant)...
The level of inrelligence exhibited & how the astute YB handled the other panelists ...!
Mar 19, 2015 - Wacana Sinar Siri Ke-35: APA DI SEBALIK 1MDB - https://www.youtube.com/watch?v=xz8GlDEq_cY
You be the judge.
first time i agree dgn u dato'
ReplyDeleteCGPA 3.80 Ahmad Maslan ini salah orang penyamum harta rakyat. Yang saya di bertitahu dia memeras habuan dari kontraktor FELDA.
ReplyDeleteNajib tak akan bena Jambatan Bengkok. Malah dia telah serah tanah KTM di Tanjung Pagar. Kenapa? Sinhapura ada menyimpan rakaman CCTV Diamond Exhibition di Singapura. Menteri2 Sinpur ketawa besar bila Najib menyumpah di Masjid. Sangat memalukan.
When Grossmeldajib swore, he was reported to have said 'I do not know or meet that Mongolian woman'. Why did he not say 'Altantuya' which would have removed all doubt? Including Altantuya, 3 other Mongolian women testified at the Altantuya murder trial.
ReplyDeleteSo, who was Grossmeldajib referring to? Wny play around with semantics if your intention is to be honest?
Also, why isn't BUMNO/SCUMNO/Barang Naik Youth setting a fire under the chairs of the Chairman of 1 MDB, PM Najib, Chairman of the 1MDB Holding Co., Lodin, ex-CEO's and Board of Directors? After all, they are the ones who authorised the transfer of $700 million to Jho Low and disbursement of RM46 billion in derivative and bond debts. Board resolutions will prove this.
How could Jho Low have transferred any money from Malaysia or the Caymans, when the bank accounts signatories were 1MDB Chairman, CEO and other Directors?
It's clear that the scurrilous BUMNO/SCUMNO/Barang Naik Youth is pulling out a red herring to try and distract us from the truth - that all the real crooks, fraudsters, looters and plunderers are here at home in Bolihland and not in Boston or the Caymans!
We are all of 1 Race, the Human Race
This is what's called dissecting to get at the truth of the matter.
ReplyDeleteWhat the Chinaman JLow said is correct - that 1MDB has a board, a chairman and surely any transfer of funds out of Malaysia, and likewise into Malaysia must be endorsed by the board. And he pinned the responsibility when he further asked if the board or CEO simply rubberstamped decisions made by who? Shareholder is Ministry of Finance, and didn't he mention there is a Minister of Finance?
"Sokongan untuk PM Najib, DR Mahathir dan Jho Low"
ReplyDeleteDonplaypuks®,
Good points raised.
Has Jibby or his party ever admitted & apologised for their oversight to the nation & the citizens like the PEEM in UK, Australia, etc...?
Further, the BUMNO youth Leader (with his own political agenda) must be seen to be supporttive of his Master, so the red herring taichi game is played...
Then we have this...
"...He said KPMG’s testimony would help shed much light on how 1MDB plunged headlong into RM42 billion in accumulated debts, more so since The Sarawak Report had alleged that 1MDB had acted to erase all historical data and email communication records from all personal computers and handheld devices belonging to their employees as well as their own email servers..."
http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2015/02/16/aruls-dare-to-public-scrutiny-should-include-kpmg-too/
Let us not forget that Jibby & his coterie (of Jaguh Kampungs) are up against "one of the many" "International Economic Hit Men doing their "Masters" biddings towards the New World Order DEBTs agenda worldwide...
“Let me issue and control a nation’s money and I care not who writes the laws.” Mayer Amschel Rothschild (1744-1812), founder of the House of Rothschild.
“The few who understand the system will either be so interested in its profits or be so dependent upon its favours that there will be no opposition from that class,
while on the other hand, the great body of people, mentally incapable of comprehending the tremendous advantage that capital derives from the system,
will bear its burdens without complaint, and perhaps without even suspecting that the system is inimical to their interests.” - The Rothschild brothers of London writing to associates in New York, 1863.
Finally to share this...
What are the lessons learnt from this scandal for Najib-Jho Low partnership?...
...Nevertheless, one has to admit Jho Low is a genius, single-handedly conned the old fox and seasoned politician former chief minister of Sarawak, Abdul Taib Mahmud of his fortune.
If Taib was just an ordinary tycoon without the political strings, we bet our last penny that Mr Low Taek Jho wouldn’t have much problem cleaning up billionaire Taib Mahmud’s coffer, every single penny of them..."
http://www.financetwitter.com/2015/03/1mdb-scandal-an-ali-baba-scam-partnership-goes-bust.html
Here is the Global overview...
https://www.youtube.com/watch?v=6p5pXqQEGM4
You be the judge.
You be the judge.
ReplyDeletere on endorsement on ku li , so Mahathir better do fast , if najib reshuffle cabinet and appoint ku li as a minister , a senior one , Mahathir will loose strong support, so we see who can get ku li first.............
ku li as finance minister
then deputy PM
then PM and hishamudin as deputy
Biarkan Najibu terus memimpin. Mudah-mudahan, rakyat makin celik siapa pemimpin UMNO/BN sebenarnya. Bukan salah parti, tapi salah pemimpin dan penyokong/pengundi UMNO/BN.
ReplyDeleteKEMANA PERGINYA 42 BILLION HUTANG 1MDB?
ReplyDeleteRM42 bilion yang dipinjam oleh 1MDB tidak hanya hilang begitu sahaja. Inilah yang anda dapat dari wang itu.
1) Membeli dan memiliki 15 loji kuasa dan desalinasi di lima buah negara - dengan kapasiti penjanaan tenaga bersih 5594MW
- Mesir, Bangladesh, UAE, Sri Lanka, Pakistan dan Malaysia.
- IPP terbesar di Mesir dan Bangladesh. Kedua terbesar di Malaysia.
2) Membina 3 lagi Loji kuasa baru
- 2000MW Jimah East Power di Port Dickson (RM11b untuk kos)
- 2000MW Loji Kuasa Gas di Melaka - http://tinyurl.com/pxulqx8
- 50MW (RM1b untuk kos) Loji Solar di Kedah - terbesar di Malaysia - http://tinyurl.com/ljjar4a
- Membeli 310 ekar tanah berharga RM300 juta di Pulau Indah untuk projek-projek yang berkaitan dengan tenaga. http://tinyurl.com/qfw22gh
3) Membantu mengurangkan kos kuasa IPP kepada TNB sehingga separuh pada tahun 2012 setelah berunding untuk kadar yang lebih rendah bagi loji kuasa sedia ada dan baru.
- Ini telah membantu pembekuan peningkatan harga elektrik yang dijadualkan pada bulan Julai 2014, Jan 2015 dan juga membenarkan TNB untuk mengurangkan kadar elektrik pada bulan Mac 2015 (pertama kali dalam sejarah bahawa kadar elektrik dikurangkan dalam Sejarah Malaysia) mungkin dengan satu lagi pengurangan kadar elektrik pada bulan Julai 2015.
4) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan 70 ekar tanah di Tun Razak Exchange (TRX) yang mempunyai Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM40 bilion
- Dijangka menarik lebih 250 syarikat global, mewujudka
n 500,000 pekerjaan secara langsung dan tidak langsung
- Menjadi pusat global bagi kewangan antarabangsa, perdagangan dan perkhidmatan terutamanya bagi Kewangan Islam
- Jualan dan pembangunan Pertama adalah projek RM8b dengan syarikat terbesar di Australia, Lend Lease ditandatangani pada bulan Mac 2015 - http://tinyurl.com/knqebe2
5) Mengkonsepsikan, merancang dan membangunkan 495 ekar projek Bandar Malaysia dengan nilai pembangunan kasar RM155 bilion
- Termasuk hubungan melalui 60-90minute Keretapi Berkelajuan Tinggi ke Singapura dan MRT Kuala Lumpur (satu stesen dari TRX).
- Dijangka mempercepatkan pembangunan koridor selatan Malaysia dengan kawasan pertumbuhan satelit di Seremban, Batu Pahat, Muar, Melaka dan Bandar Nusajaya.
6) Membeli, membina dan melengkapkan lapan kemudahan ketenteraan baru untuk TUDM dan PDRM berharga RM2.7b (http://tinyurl.com/7eduhru)
- Termasuk dua lapangan terbang udara baru – 500 ekar pangkalan TUDM di Sendayan dan flying wing PDRM di Subang.
7) Merancang dan membeli tanah untuk beberapa projek bagi 30.000 rumah kos rendah dan mampu milik di seluruh Malaysia - khususnya di Pulau Pinang (9999 unit rumah mampu milik dengan kos tanah RM1.3b (http://tinyurl.com/ous4pcj) dan Lembah Klang (20,000 unit di Bandar Malaysia).
8) Menjalankan hampir RM400 juta projek CSR yang termasuk menghantar 2,300 orang di antara 2011 dan 2014 untuk menunaikan Haji, subsidi tayar untuk pemandu teksi di bawah TR1MA 1.0 dan 2.0, 15 tempat pemulihan untuk pelajar di Sarawak, projek bekalan elektrik dan air luar bandar dan klinik bergerak 1Malaysia. http://tinyurl.com/q225juq
- Termasuk membaik pulih rumah lama untuk golongan miskin di bawah program Nadi Kasih pada tahun 2011, dengan kos RM90.5 juta.
9) Membina dan mendalami hubungan dengan negara-negara utama di Timur Tengah - termasuk urusan dengan Arab Saudi yang telah membantu Malaysia meningkatkan kuota haji sebanyak 20,000 jemaah haji setiap tahun dan juga membantu pelajar kita keluar dari Mesir.
- Membangkitkan minat dan menarik berpuluh-puluh bilion pelaburan dari negara-negara asing - terutamanya daripada kerajaan dan syarikat-syarikat dari Timur Tengah ke Malaysia sejak 2009 dalam pelbagai projek 1MDB dan projek bukan 1MDB yang lain.
1MDB is no issue. This is a strategic company of government. They have a risk management policy. If we do not take risk we will not succeed. We will see the benefits perhaps in 10 years time. Last time KLIA also was observed to be a waste but now we see that even KLIA is not enough. 1MDB has quality assets. Time will prove that 1MDB will succeed.
ReplyDelete