Tuesday, 3 March 2015

Antara Bulan dan Bintang- dimana itu Melayu?



Saya belum mahu bercakap dan beri komen mengenai pengistiharan bulan dan bintang Najib lagi. Kerana saya boleh dan mampu melakukan demikian. Saya mengalu-ngalukan orang lain menulis pendapat mereka dalam satu extended article dan berhentilah mendapat kemasyuran 5 minit dengan menghantar surat kepada editor atau membuat laporan polis.
Langkah seperti ini tidak langsung mengurangkan kegigihan menulis untuk menyampaikan pandangan kepada pembaca.
Dan saya jadikan bisnes saya memberi komen dan pandangan untuk memusnahkan omongan Najib. Bukanlah saya rasa saya sahaja yang layak berbuat demikian- ianya kerana saya boleh dan mampu. Tidak ada yang menyekat orang lain dari melakukan perkara yang serupa. 
Saya hairan ada orang menyifatkan Najib diluar boleh dikomen.Berulang kali saya katakan- jika Najib boleh jadi PM, sesiapa sahaja pun boleh.
Memanglah misi pembangkang dan saya ialah menyingkir kerajaan Najib dari kuasa. Sebab kita ada satu kepercayaan- Kita percaya dan yakin kita boleh lakukan lebih baik dari kerajaan UMNO. Semudah ini titik tolak kita.
Misi kerajaan pula ialah memburukkan pembangkang. lakukan dengan gentlemen tanpa menggunakan tektik kotor dan tektik intimidasi dan menggunakan the legitimate forces of coercion.
Tujuan kita ialah overthrow kerajaan Najib. Hanya cara kita lakukan ialah cara demokratik melalui peti undi. Siapa yang dapat yakinkan rakyat, dialah yang menang. Fakta nya, dalam pru13, lebih ramai yang sokong kita dari sokong BN.
Perkara inilah yang tidak dapat diterima oleh UMNO. Sebab itu mereka naik sasau dan bertindak balas dengan melakukan segala bentuk kezaliman dan penganiayaan keatas pembangkang. Mereka pihak yang takut dengan kebangkitan rakyat yang enggan diperbodohkan.
Berapa kali sudah saya nyatakan- saya sendiri tahu dan sedar bukan semua pandangan dan pendapat saya mantap dan benar; tapi saya menulis dengan penhujjahan. Orang yang tidak setuju dengan saya tidak pun mengukuhkan cause mereka jika hanya membantah dengan respons sebaris/oneliner responses. Apatah lagi jika buat serangan peribadi. 
Jika ada penghujjahan dari mereka yang membantah- akhirnya, it comes to the point where pembaca menimbang mana satu pandangan yang mempunyai higher  level of believability.
Saya akan resev satu masa lain untuk beri komen keatas goga dan gegak gempita Najib berkata mengenai darah Melayu yang mengalir dari tubuh nya. Cukup dengan saya mengatakan awal ini, cukup lah kelentongkan rakyat. 

Antara bulan dan bintang, bagaimana kedudukan bangsa Melayu? 

Setiap kali saya round kampung2 Melayu dalam daerah Raub, saya akan menemui cerita sedih. Dari Ulu Semantan, Gesing, Cheroh, Ulu Lepar, Batu Malim, Ulu Sungai, Ulu dong, Pamah Rawas, Pamah Kulat, Tanjung Putus, Ulu Lepar, Gali, Sega, Ulu Atok, Kuala Atok, Chenua, masaalah nya sama- janji kerajaan dan nikmat sorga loka hasil pemerintahan kerajaan Melayu tidak kesampaian.
Ini bukan kerajaan bukan Melayu- ini kerajaan Melayu, kulit sawo matang, beragama Islam. Pengalaman saya satu penggal bersama kerajaan menyedarkan saya bahawa segala peruntukan yang diterjemahkan dalam bentuk projek dan program- semua nya 100% akan dicukai sebahagian nya oleh pembuat polisi dan pelaksana projek dan program. Itulah punca asas sekali mengapa polisi memajukan Melayu gagal.
Lihatlah apa yang berlaku. Penghuni di dua buah pusat serenti dadah di Raub semua nya Melayu. PPRT semua oang Melayu. Apa yang berlaku di Raub belaku serupa dalam daerah dan negeri lain. Rumah PPRT semua penghuni dan pemohon nya Melayu. Setiap tahun , pejabat daerah mampu buat 200 unit, pemohon nya- semua Melayu ada 10,000.
Yang bangsat dan papa kedana dan haram jadah- ini istilah2 yang sering kali Najib guna( petanda darah Melayu mengalir dalam tubh nya) ialah orang Melayu.
Yang memerintah selama ini, siapa kalau bukan bangsa Melayu? Jawablah dengan jujur.
Sudah lah Melayu- UMNO pula- parti dulu, kini dan selama nya berjuang untuk PUTERA dari istilah keramat BUMIputera itu. Putera didahulukan, bumi dikemudiankan!
Orang Melayu kena sedar bahawa kepentingan yang UMNO perjuangkan ialah kumpulan Melayu yang terpilih. Itu sebabnya, semenjak tahun 1955 bila UMNO mula memerintah, kepentingan Melayu biasa sentiasa terkebelakang.
Pendapatan kasar purata isi rumah per bulan kumpulan 40% terbawah Melayu , mengikut angka rasmi kerajaan ialah RM1686 sebulan. Kos selia rambut Rosmah Mansor sekali buat ialah RM1200. Tentu bukan sekali. Kalau seminggu sekali , jumlah nya 4 kali. Jadi kos nya RM4800 sebulan.
Pendapatan golongan Melayu kumpulan B40? RM 1686. Ertinya, pendapatan purata bulanan isi rumah dalam kumpulan B40, lebih rendah dari kos nilai selia rambut Rosmah Mansor per bulan!
Silalah datang dan tanya, peniaga pasar minggu bandar Raub- adakah yang pendapatan mereka RM4800 sebulan. Dan Rosmah Mansor kata dia suri rumah tangga. Yang dia lupa kata ialah dia suri rumah tangga kumpulan 1% teratas.
Tidak berapa lama dahulu, kapal terbang rasmi kerajaan hilang sekejap sehingga Najib terpaksa pulang melawat orang banjir dengan kapal terbang lain. Kapal terbang kerajaan itu telah di guna pakai oleh isteri PM yang tidak ada peranan rasmi dalam system berkerajaan.
Tapi oleh sebab Rosmah itu Melayu dan Najib itu Melayu- dan UMNO pulak- kesalahan2 ini ditutup sebelah mata. Tak mengapa- mereka Melayu. Ertnya, oleh kerana pesalah itu melayu, UMNO lagi, kesalahan itu bisa dimaafkan. Ekstensi dari ini- tidak lama lagi, jika gerombolan UMNO masuk dalam rumah kita, meniduri isteri, isteri2 dan anak perempuan kita- orang pro UMNO akan kata- tak mengapa-mereka itu melayu dan UMNO lagi.
Inilah realiti nya.
Yang memohon tapak buat rumah dan memohon tanah tak dapat2 sejak 40 tahun, dalam daerah Raub ialah Melayu. Tak kiralah jika Melayu itu datang dari Terenganu atau Kelantan atau negeri lain- mereka tetap Melayu. Orang Cina yang asalnya datang dari negeri China mudah pulak kita berikan tanah. Yang memberi itu DO nya, SO nya, pegawainya Melayu.
Apalah kita nak herankan sangat mengenai himpunan Melayu yang bersorak dan gegak gempita berteriak bila Najib dengan air liur meleleh bercakap mengenai bangsa Melayu. Mereka didatangkan dengan bas dan segala macam kenderaaan, dibayar dan diupah. Yang datang pun entahkan pegawai2 kerajaan yang diberi amaran kalau tak datang diambil tindakan disiplin, penuntut IPTA dan KOlej kerajaan, dan seterusnya.
Kita jangan lupa, UMNO dan BN hanya dapat 47% undi popular. Kita jangan lupa pula lebih ramai orang Melayu sokong Pakatan dari sokong BN dan UMNO. Jadi biarlah mereka nak jerit, nak hunus keris atau apa- fakta nya, mereka hanya dapat 47% undi popular.
Kita perlu ingat, UMNO dapat 3.2 juta undi dalam PRU13. Dan bukan semua undi ini orang Melayu. Kalau semua Melayupun, ianya sama dengan jumlah ahli UMNO. Itu pun jika semua ahli UMNO memilih calun UMNO yang semestinya Melayu.
Jumlah orang Melayu yang keluar mengundi daripada 11 juta itu dianggar 60%. Ini sama dengan 6.6 juta. Kalaulah jumlah orang Melayu yang undi UMNO itu 3.2 juta, ini bereti 3.4 juta Melayu tak undi UMNO dan BN.
Maka kalau kita tidak tergolong dalam 3.2 juta itu, jangan resah dan gelisah.
Yang bersorak gegak gempita, dalam himpunan itu mewakili bahagian bukan majority orang Melayu.
Majoriti orang Melayu ialah yang berada dalam dalam kumpulan B40 yang mempunyai pendapatan purta isi rumah bulanan sebanyak RM1686.
Ada 16-17 juta orang Melayu di Malaysia ini. Ertinya yang berada dalam B40 ialah 6-7 juta Melayu. 6-7 juta Melayu berada dibawah garis kemiskinan. Tahun ini yang layak terima BR1M ialah 7.2 juta. 90% dari nya orang Melayu. 6.3 juta. Hampir sama dengan kumpulan B40.
Yelah- kita jerit pasal Melayu itu dan ini-seperti saya kata tadi
1.   Hampir 100% pemohon dan penginap PPRT ialah Melayu
2.   90% penerima BR1M ialah Melayu
3.   90% penerima bantuan JKM ialah Melayu
4.   Pemohon tanah tapak rumah- majority nya Melayu.
5.   Peniaga dibawah canopy atau teduhan zinc –majority nya melayu.
Siapa yang memerintah negara ini sejak 1955? UMNO dari perikatan sehingga BN.
PM semua Melayu. Menteri majoriti Melayu. KPN semua Melayu. Ketua tentera Malaysia semua Melayu. Raja- semua Melayu. KSN semua Melayu ( sekarang je mamak). KSU kementerian -99% Melayu. Pengarah jabatan kerajaan- 99% Melayu. SUK negeri- semua Melayu. MB- semua Melayu. Exco- ramai Melayu. DO? Semua Melayu. Ketua2 kerajaan tempatan? Semua Melayu.
Semua level pembuat keputusan ialah Melayu tapi, bangsa Melayu masih terkebelakang.
Dari 10 billionaire di Malaysia- 8 orang Cina, 1 India dan 1 Arab.
Mana Melayu?  Masih terperangkap antara bulan dan bintang.Kalau ada 6-7 bangsa Melayu yang miskin dan ketinggalan- itu petanda hina nya bangsa Melayu. Dan kita tahu siapa yang menyebabkan Melayu jadi begini.

14 comments:

  1. PPRT, adakah ia nya telus? Saya rasa tidak kerana di banyak tempat, mereka yang rapat dengan sang penguasa sahaja yang dapat. Ada di kalangan mereka itu pula bukan boleh di ketogori sebagai penerima. Tinjau lah di jalan Sekakap menuju ke kem Mahkota, kebanyakan penghuni nya memiliki kereta. Piring ASTRO berada di setiap bucu atap, BEYOND lagi.
    Bagaimana dengan pemilihan peserta untuk rencanggan tanah FELCRA. Suku sakat mereka juga di utamakan. Saya sendiri pernah ketemua mereka yang daif yang cuba memohon untuk menyertai rancanggan tersebut melalui Tok Penghulu juga gagal kerana di kira bukan kroni dengan anggapan bahawa darah mereka tidak berwarna biru.

    Bila di sebut DO, SO dan sebagai nya memang benar mereka semua Melayu. Di sebabkan keMelayuan mereka maka kalau ada orang orang Melayu yang datang untuk menagih bantuan pasti tidak akan di layan. Tetapi lain pula dengan mereka yang berdarah biru. Sebagai contoh, sudah bertahun tahun rencanggan laluan kedua di daerah Mersing sudah pun di war war kan. Malang nya sehingga kini belum lagi di mulai tetapi tanah tanah di kiri kanan laluan tersebut sudah pun di agih agih kan.Malang nya sehingga kini saya perhatikan belum menyeluruh lot lot tanah yang di "HADIAH" belum di usahakan sepenuh nya. Siapa yang yang dapat boleh lah di fikirkan sendiri.

    Dengan itu saya beranggapan SENI KATA "SELAGI ADA BULAN DAN BINTANG" bukan di maksud kan untuk keseluruhan orang Melayu tetapi orang orang ME_layu yang tertentu.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Datok.
    Saya amat terharu membaca tulisan Datok kali ini. Terasa betapa hidup ini lebih indah semasa di awal era 60an dulu. Walaupun waktu itu kita masih dipengaruhi dengan cara pentadbiran penjajah, tapi hidup tidak sesempit dan segelisah hari ini.
    Kita merasa selamat, kita merasa selesa pada waktu itu, tak kira siapa dan ugama apa kita, namun persaudaraan antara kaum dan agama bak sekeluarga. Apakan hari ini masih ada suasana demikian.
    Mari kita fikir2kan kenapa kehidupan begitu gawat kini.
    Adakah salah ibu yang mengandung atau kita menuai apa yang disemai.
    Tun Mahathir mula memerintah awal 80an. Selama 22 tahun di bawah era Tun M inilah mulanya benih kehancuran disemai.
    Memang tak dapat kita nafikan, Tun memang membawa perubahan pada landscape Malaysia. Banyak dasar digubal dan dikenalkan, Salah satu yang amat signifikan ialah dasar pengswastaan.
    Kita akui, Dasar pengswastaan membawa kebaikan kepada kerajaan yang memerintah. Tapi malangnya dasar yang sepatutnya membawa banyak kebaikan ini sebaliknya merobek kehidupan rakyat terbanyak. Ini berlaku disebabkan ianya dilaksanakan tanpa kawalan dan etika yang sempurna.
    Kita lihat saja hari ini, apa terjadi dengan Jabatan2 yang dulunya di bawah kerajaan. Jabatan Air, Jabatan Elektrik, Jabatan Kerjaraya,Jabatan Pos, Talikom, Keretapi Tanah Melayu dan lain2 nya.
    Apakah kebaikan yang dibawa olih Syarikat2 yang telah mengganti Jabatan2 ini, tak lain hanya mencari jalan bagaimana untuk mengaut keuntungan semaksimanya bagi kantung tuan2 punyanya.
    Kita lihat pulak produk yang diberikan olih Syarikat2 ini, bukan semakin bertambah baik tetapi bagaimana menjimatkan kos, yang sudah tentu akan mengurangkan kualiti barangan dan perkhidmatan yang diberi.
    Kedatangan Pendatang yang berizin dan tanpa izin, menambahkan lagi penderitaan terhadap rakyat tempatan, Mari kita tanya dimana peluang pekerjaan yang masih ada untuk anak2 kita masa kini.
    Di kilang2? dikedai2 makan? disepanjang lebuhraya? di ladang Sawit, getah dan padi? pembinaan? Dibot2 nelayan, peniaga runcit dan bahkan sebagai pemandu keenderaan awam?
    Maka kini kita mendabik dada sistem pendidikan kita setaraf dengan yang terbaik dinegara maju. Pernah kita bertanya kenapa banyaknya jenayah, ragut, rempit, dadah, pelacuran, perniagaan manusia, penipuan dan berapa ramai lepasan universiti kita yang menganggur? Jangan lah kita menipu diri kita sendiri.
    Datok YB.
    Terlalu penat dan letih untuk memikirkan semua ini.
    Kini Tun M dapat melihat sendiri akan hasil semian yang telah dia mulakan. m
    Maka benarlah apa yang pernah diucapkan olih Almarhum Datok Fathil Nor semasa hayatnya, beliau pada satu ceramah di Taman Melewar, pernah mendoakan supaya Tun M dipanjangkan usianya untuk melihat hasil yang disemai selama pemerintahanya 22 tahun.
    Kepada semua YB sekiranya terbaca keluhan saya ini, sudilah kiranya fikir2kan apakah tanggungjawab YB semua setelah dipilih menduduki kerusi Dewan Parlimen yang mulia itu.
    Wassalam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bang, numbers don't lie. Check balik statistic share kekayaan orang Melayu tahun 60'an dengan tahun 90'an

      Delete
  3. salam dato'

    ...teringat datuk ds najib, ts noh, 'melayu-pahang' buat perjanjian pajakan tanah genting highland/casino dgn cina-lim goh tong, syarat jangkamasa pajakan, SELAGI ADA BULAN DAN MATAHARI...org melayu-pahang nak dapat tanah 'sekangkang kera-rosmah' pun perit !!!

    ReplyDelete
  4. It is always the intention of the powerful that the majority of the Malays (and the rest of the so called bumiputra) are poor and miserable so that the powerful to continue to be powerful selagi ada bulan, bintang dan matahari! With such Malays whose votes could be bought at minimal price and little difficulty,the powerful can be rest assured that their power stay put to bring all that their heart desires dulu,kini dan selamanya. It is really that easy to understand the state of play of you know who vis a vis the Malay majority. Really, there is no need for bewilderment on our part...

    ReplyDelete
  5. Selain DO dan SO Melayu yang tuan katakan ada lagi Melayu yang boleh keluarkan 'surat kuning'....

    ReplyDelete
  6. Salam. Blog ini dipautkan ke spotthebloggers.blogspot.com .Mohon email kepada spotthebloggers@gmail.com sekiranya tn membantah. TQVM

    ReplyDelete
  7. Mana Melayu??...Melayu UMNO yang elite, Atasan, Kaya, yang duduk kat Istana, yang hanya suri rumah tangga kononya lebih Pandai serta celik dan cerdik dari orang India dan Cina.... Mereka ni dah simpan Berbillion Kat Swiss Bank, Kat Caymans Island...Jauh dari mata rakyat melayu yang Tak Hairan langsung...macam mana tak perlu Kerja, macam Rosmah boleh hidup dan beli barangan begitu Mewah sampai Tak ada Competition Langsung dari Raja dan Permaisuri....Padan muka Akaun Bank kat bank Swiss kena bongkar dan Bocor.......Tapi Melayu Kampung hanya terima segala DERITA HIDUP sebagai Takdir Tuhan....Yang Korrupsi curi Hak Rakyat tu Pun Rahmat Tuhan....... Hanya bila Derita Tak cukup Makan..Harap Allah buka mata Melayu 60% yang berani Berontak macam Mat Kilau, Tok Gajah, Panglima Gantang terhadap UMNO-BN yang setelah 60 tahun, tipu dan seksa Kaum Melayu sendiri....dengan ideologu Agama, Bangsa dan Kesultanan...Kini Lepas Banjir Berapa Juta UMNO-BN dan golongan elite datang tolong??

    ReplyDelete
  8. PM pertama sehingga PM sekarang Melayu masih miskin nak bulan dan bintang!
    Nak salah siapa .57 tahun !!! Malu lah .......

    ReplyDelete
  9. Semua ini benar tapi apa yang lagi penting adalah nombor..Mereka target 20,000, hanya 5,000 datang. Pada Mac 8, bukan cakap-cakap yang penting. Kita nak lihat berapa orang akan kata mereka akan BUAT i.e, what will they do for UMNO/BN or Najib..

    ReplyDelete
  10. Sad but true...well written article Dato...

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Datok,saya amat bersetuju dngn komen Hamka4712,saya adalh salah saorang mangsa dari hasil pengswastaan yng diperknalkan olh Dr mahathir ptngahan 80an,yng mana sya sorang pekerja LLN dan diswastakan ke TNB pada 1990.pada awalnya dijanjikan gaji lumayan,bonos tahunan,dan ofsion Saham.sekarang saya sudah bersara dri perkhidmatan,apa yng saya dapat?.klau anggota kerajaan apabila bersar ia di bayar pencen yng mencukupi untuk sara hidup dan perbelanjaan pengajian anak2 yng masih belajar diIPTA/IPTS.tetapi sya tidak sedemikian,kehidupan saya kais pagi makn pagi,kais ptng mkn petang.anak masih ada 2orang di IPT,pencen hanya di bayar RM 266.00 sebulan,inilah akibat dasar pengswastaan.

    ReplyDelete
  12. Tanggal 8 Maret juga ialah tanggal Pakatan Rakyat tumbangkan kerajaan negri di Penang, Perak, Kedah, Selangor, Kelantan dalam tahun 2008.... deja vu?

    ReplyDelete
  13. Salam Dato,'

    Ikrar PM hanya menampakkan "kepandaian" membuat janji yang tidak mungkin di tepati hanya mampu di capati jer.
    "Selagi ada Bulan dan Bintang".. selama itulah bangsa Melayu akan terus di bodokan, di perbodohkan, memperbodohkan dan segala jenis bodoh yang akan terus dijanjikan oleh kerajaan bernama BN dan UMNO.
    Kenapa PM tak janji matahari sekali dalam ikrarnya? Sebab bila ada matahari (siang), segalanya akan terbongkar. Bulan dan Bintang hanya muncul pada malam hari, gelap dan tak terang, maka segala jenis penipuan akan berlaku.
    Tunggulah bila ada PM yang janji matahari dalam ikrarnya... masa tu PM tu akan terbakar kerana cahaya matahari yang panas..

    Benci Penipu.

    ReplyDelete