Thursday, 22 January 2015

Ianya Hanya Persoalan Strateji



Ramai kawan2 bertanya saya tidak hendak jawab kah teguran oleh Cikgu Bard terhadap saya. Artikel saya sebelum ini bertanyakan kebijaksanaan strateji Anwar. Pada saya strateji tersebut tidak baik. Cikgu Bard kata strateji itu baik dan memberikan sebab2 nya.

Perbezaan pemikiran mengenai strateji bukan masaalah pokok kepada saya.

Saya rasa tidak perlu jawab, sebab yang membezakan saya dengan cikgu bard ialah perbezaan menilai strateji Anwar. Dia kata baik, saya kata lain. Itu sahaja.its a matter of opinion. Lagi pun saya ini incorrigible doubter- saya akan challenge semua assumption. Saya tidak akan berhenti walaupun yang beri buah fikiran itu namanya Anwar Ibrahim.

Sebab saya faham Najib itulah saya merasakan biarkan ‘kuasa pasaran’ menentukan masa depan Najib. Karakter Najib ialah bila dia lemah dia akan menggunakan sesiapa sahaja. Bila dia kuat dia akan menggasak semua orang. Jika Najib menjadi kuat, apa yang akan menyekat dia menzalimi Anwar dan Pakatan? Dia ada kuasa.

Kepada saya lebih mudah untuk deal dengan orang yang tidak berkuasa daripada yang ada kuasa. Najib lemah buat sementara ini sahaja. Dia tidak boleh do battle dengan tentera Mahathir dan Daim kerana dia banyak sangat tengkorak peribadi dalam almari. Sebaik sahaja ancaman terhadap nya diketepikan, dia akan membaham orang lain.

Saya hanya khuatir, menolong Najib sekarang seperti kita menunggang harimau- kita tidak berani hendak dismount.

Pada saya, adalah lebih baik focus kepada suatu medan perang. Bila Najib dikeluarkan dari PuteraJaya, dan Anwar ada kuasa, ketika itu Pakatan akan deal dengan Mahathir ke, Daim ke, atau sesiapa yang lain. Ianya semua persoalan mendapatkan kuasa. Itu objektif permainan politik.

Lagi pun, saya masih ingat pesanan Tun Hussein Onn yang pernah jadi tentera dan pemikir strateji ketenteraan lain akan bersetuju- you open up too many fronts, you will weaken yourself.

8 comments:

  1. masa terbaik untuk melingkupkan mahathir/daim dan konco2 semua sekaligus. peluang didepan mata jangan disia siakan. demi negara malaysia tercinta hapuskan MAHADAIM.

    ReplyDelete
  2. "Seven Deadly Sins" dari fikiran Mahatma Gandhi:

    Satu "Deadly Sin" ia lah
    "Politics Without Principles"
    ia itu, berpolitik tanpa
    prinsip.

    http://www.deadlysins.com/features/gandhi.htm

    Phua Kai Lit

    ReplyDelete
  3. attack on anarrow front and maintainence of the aim.....

    ReplyDelete
  4. Dato'
    Najib has never been known to keep his words.

    ReplyDelete
  5. Perhaps Kuli will better explain how trustworthy Najib is. Remeber Team A and B.
    Never trust Najib.

    ReplyDelete

  6. hati hati dengan orang yang bertopengkan agama..boleh membelit dirimu tanpa disedari...sekadar peringatan..bimbang kelak karam tanpa ketahuan...melainkan dirimu juga menipu dengan menggunakan agama..pasti serasi bersama...tapi aku percaya dirimu tidak begitu.

    ReplyDelete
  7. I fully agree with your opinion, Dato... Focus on getting to Putrajaya and when you are there, you can then take care of Mahathir and Daim in any way you like. That way you owe nobody nothing....

    I doubt Najib would dare to put Anwar in the slammer now - that is assuming he has influence over the judiciary.... he can't even protect himself now with everything around him falling apart....

    Anwar should focus on putting PR back in one piece again after the bad outing in Selangor and that fella in Trengganu leading PAS astray...

    ReplyDelete
  8. salam dato. Saya setuju dgn pendapat awak

    ReplyDelete