Ketua kampong dan JKKK.
Seorang ketua kampong, di
Negeri Sembilan menghalau sekumpulan perkerja parti politik daripada menyampaikan
bantuan kepada mangsa banjir. Apo kono ekau eh jang?
Kenapa dia buat demikian? Akibat
perbuatan angkuh itu, mangsa banjir yang boleh dapat sumbangan dinafikan. Ini
kerja bodoh sombong yang hanya diasosiasikan dengan tali barut UMNO. Orang kampong
berhak memilih untuk menerima atau menolak bantuan dan pilihan tersebut bukan
ditentukan oleh seorang ketua kampong samseng. Inilah gara2 ketua kampong dapat
kuasa yang diperturunkan, bukan diundi masyrakat- jadi mabuk kuasa dan berlagak kuku
besi.
Inilah juga tindak tanduk orang
kerdil yang mendapat kuasa- jadi gila kuasa macam UMNO. Perhatikan lagak UMNO. Walaupun
UMNO menang 88 kerusi parlimen, tapi jumlah undian yang mereka dapat bukanlah
majority. BN hanya mendapat 47% dari undi popular tapi lagak nya macam menang
semua. Ini sifat orang tak sedar diri yang sepatutnya kadarkan diri dan
menghitung zaman hilang kuasa. Janganlah sombong nanti semua kena bongkar dan
akhirnya masuk jel.
Hari ini saya memberi
sedikit pandangan mengenai ketua kampong dan JKKK. Saya ada pengalaman langsung
dengan JKKK semasa saya ADUN UMNO dahulu. Kalau saya ada kuasa, saya akan susun
semula semua JKKK dalam negara kita untuk menjadkan JKKK benar2 pemangkin
kemajuan kampong2.
Hanya saya mahu nyatakan disini- bagaimana kita benar2 mahu memajukan kampong jika barisan pimpinan JKKK berkualiti rendah? Ketua kampong adalah jawatan yang penting dan kita tidak boleh benarkan ‘kuasa pasaran’ menentukan siapa jadi ketua kampong. ‘kuasa pasaran’ yang saya makusdkan ialah pemilihan yang sudah diaturkan oleh orang yang hendak jadi ketua kampong. Apatah lagi sekarang ketua kamong dapat elaun RM800 sebulan dan elaun mesyuarat RM20-30 sekali mesyuarat.
Hanya saya mahu nyatakan disini- bagaimana kita benar2 mahu memajukan kampong jika barisan pimpinan JKKK berkualiti rendah? Ketua kampong adalah jawatan yang penting dan kita tidak boleh benarkan ‘kuasa pasaran’ menentukan siapa jadi ketua kampong. ‘kuasa pasaran’ yang saya makusdkan ialah pemilihan yang sudah diaturkan oleh orang yang hendak jadi ketua kampong. Apatah lagi sekarang ketua kamong dapat elaun RM800 sebulan dan elaun mesyuarat RM20-30 sekali mesyuarat.
Saya ada bertanya kepada
menteri yang berkenaan mengenai perkara ini dan sah lah JKKK bukan pertubuhan
yang berdaftar dengan ROS. Saya ingin tahu jika sebuah pertubuhan sukarela
untuk keselamatan di Pulau Pinang dianggap haram kerana antara nya tidak
berdaftar dengan ROS, bagaimana kedudukan JKKK? Ia pun bukan organisasi yang
berdaftar dengan ROS. Haram atau tidak?
Sebagai organisasi yang
tidak berdafar, JKKK tidak perlu mengemukakan penyata kewangan dan lain2
dokumen.Ini menyebabkan orang kampong ingat JKKK super kuasa.
Izinkan saya memberi sedikit
pandangan kepada institusi yang bernama JKKK ini. Kita tahu ianya front kepada
UMNO. Bahkan untuk subvert JKKK dalam negeri2 yang diperintah oleh Pakatan
Rakyat, kerajaan persekutuan yang dikuasai oleh UMNO menubuhkan JKKKP- jawawatan
kuasa kemajuan dan keselamatan persekutuan. Maka dalam kampung2 dibawah perintah
PR ada dua JKKK satu milik UMNO satu milik kerajaan negeri. Ini satu perbuatan yang
tidak gentleman dan angkuh.
Ketika saya mebahaskan
perkara ini suatu ketika dahulu, Noh Omar kemudian nya menjawab bahawa kerana
kerajaan persekutuan mahu memastikan setiap sen bantuan sampai kepada rakyat,
maka JKKP ditubuhkan. Jika begitu lagak UMNO, maka kenakan cukai hanya keatas
orang UMNO sahaja dan belanjakan hasil kutipan tersebut atau puak gerabak UMNO.
Barulah adil.
Ertinya, secara implisit
nya, Noh Omar memperakui bahawa banyak wang dan peruntukan disapu dan disonglap
oleh JKKK UMNO. Atau, Noh Omar angkuh menyangkakan bahawa jujur, ikhlas dan
amanah itu sifat2 yang hanya dimonopli JKKK UMNO.
Izinkan saya menyatakan awal2
lagi- tanggapan demikian amat meleset sekali. Ramai ketua kampong yang menyapu
agihan tanah untuk keluarga dan kenalan terdekat dan caj duit untuk khidmat
yang diberi; ramai ketua kampong menyapu peruntukan bantuan yang diberikan oleh
kerajaan, sapu saham Felcara, ramai ketua kampong yang menjual tanah milik orang Melayu dan ramai
ketua kampung tidak amanah, jujur dan ikhlas bahkan mengambil kesempatan untuk
eksploitasi orang kampong yang sedang dalam keadaan memerlukan bantuan.
Jenis ketua kampung macam
inilah yang saya mahu ganti dengan mereka yang berkualiti tinggi. Tujuan saya
ialah jika kita mahu membangunkan kampung yang penghuni nya rata2 Melayu,
pimpinan peringkat kampong mestilah yang jujur, amanah disiplin dan berkelayakan
.
.
Ketua kampong kebanyakan
terdiri dari ahli dan ketua cawangan UMNO. JKKK mempunyai sub pengerusi
bahagian2 tertentu- agama, sosial, belia, wanita dan sebagainya mengikut kehendak
setempat.Pada prinsip nya, ini suatu
orgnisma pentadbiran yang baik. Melalui JKKK, kerajaan yang memerintah dapat
menyalurkan dasar, maklumat dan juga menerima input dan pandangan masyarakat
kampung.JKKK boleh melakukan kebaikan kepada kampong dan kerajaan yang memerintah.
Reformasi JKKK.
Sebagai sebuah mekanisme
pentadbiran yang berpotensi, JKKK harus dimodenkan. Maksud saya begini. Sebagai
sebuah mekanisme pemajuan barisan hadapan yang penting untuk masyarakat kampong
yang rata2 nya Melayu, JKKK dan ketua nya mesti terdiri dari mereka yang
terbaik dan paling berbakat dalam kampong tersebut. Ertinya, setiap pimpinan
nya mesti berkualiti tinggi. Dan antara patanda terbaik ialah tahap
pendididkan, pengalaman, keperibadian serta komitment. Bagaimana kita
membangunkan bangsa Melayu, jika pimpinan diperingkat kampung terdiri dari
samseng, dan si koro? Bukan saya hendak merendahkan ketua kampong- tapi apa
pemikiran besar yang boleh kita cungkil dari minda lulusan SRP atau kurang dari
nya? Jangan kita emosional dengan kenyataan seperti ini. Jika kita mempunyai
kelulusan demikian, buatlah tugas yang setara dengan kelayakan bukan memimpin
kampong. Menjahanamkan kampong lagi ada.
Pengalaman saya dengan JKKK
ini sejak saya dalam UMNO lagi. Apakah kedudukan JKKK dari sudut undang2? Ia bukan
pertubuhan yang berdaftar dengan ROS. Ia bukan parti politik. JKKK tidak ada
kuasa executive atau membuat dasar. JKKK hanya sebuah pertubuhan yang diujudkan
secara sampingan oleh pejabat daerah untuk mambantu pejabat daerah menyampaikan
kemajuan kepada rakyat. Ia merupakan saluran menerima dan menyampai maklumat. Itu
sahaja. Ia tidak ada kuasa undang2.
Tahukah kita, pengerusi JKKK
atau ketua kampong kebanyakan terdiri dari ketua cawangan UMNO? Dan latar
belakang mereka adalah biasa sahaja. Dari tukang kebun sekolah, bekas jaga
bank, pencen penjawat awam dan ramai juga terdiri dari orang gagah kampong atau
kaki buli. Mundar mandir dengan geng2 menakutkan orang ramai.
Semasa saya dalam UMNO
dahulu saya mencadangkan kerajaan membubarkan kumpulan yang bernama JKKK ini. Setiap
2 atau 3 tahun sekali, apabila mahu menukar ketua kampong, akan berlaku
kekecohan. Tidak ada ketua kampong yang mahu undur diri. Bukan sahaja sekarang
ada elaun RM800 sebulan, tapi setiap mesyuarat dapat elaun mesyuarat. Puak2
dalam kampng akan bertelagah berebut jawatan ketua kampong. Dibeberapa daerah
dan kampong dalam negeri Pahang, kadang2 sampai setahun dua tahun ketua kampong
tidak dapat dipilih.
Saya cadangkan untuk megambil
alih jawatan ketua kampong, kita ujudkan pegawai pembangunan kampong dan desa. Pegagai
ini adalah penjawat awam yang mempunyai kelayakan minima diploma yang di
tempatkan dalam sebuah lokasi dan menjaga 2-3 kampung. Mereka ini pula akan
melapur diri kepada seorang penghulu yang menjaga sebuah mukim. Penghulu pula
mestiah mempunyai kelayakan minima ijazah.
Kenapa saya buat cadangan
demikian?
Sebab saya merasakan bahawa
kalu kita serius mahu membanungkan masyarakat desa dan kampong, pimpinan diperingkat
asas mestilah yang terbaik dari segi bakat, dedikasi dan komitment. Dan dia
mesti bebas dari ancaman politik dan percaturan politik picisan peringkat kampong.
Setiap pegawai pembangunan kampong
boleh menubuhkan jawatankasa terdiri dari warga kampong untuk menerima input
operational kepada pegawai pembangunan kampong.
Sudah sampai masa nya
masyarakat Melayu menyusun diri mereka secara moden dan membebaskan diri mereka
dari sisa2 instusi yang fiudal seperti ketua kampong dan penghulu.
Ini cara kita mahu kedahadapan.
Hari ini kita dengar seorang
ketua kampong melarang satu kumpulan ahli PKR dari memasuki kampong nya. Kumpulan
dari PKR sepatutnya melapurkan kepada polis mengenai halangan tersebut. Seorang
ketua kampong tidak ada otoriti- JKKK tidak berdaftar dengan ROS dan ianya
suatu pertubuhan sampingan untuk membantu pejabat daerah mentadbir kampong. Melarang
orang bergeral sana sini bererti melanggar hak asasi warga negara.
Inilah saya katakan- kita
semua mahu membangunkan bangsa Melayu tapi pimpinan peringkat paling asas iaitu
JKKK diketuai oleh samseng, jaga bank, tukang kebun sekolah dan seumpanya. Bagaimana
kita mahu membangunkan bangsa Melayu jika kita biarkan pimpinan bangsa Melayu
dibarisi oleh mereka yang paling kurang bakat?
Saya bukan hendak
merendahkan JKKK- tapi mereka mesti sedar bahawa JKKK tdak ada keujudan dari
segi Undang2 kerana mereka bukan pertubuan berdaftar. JKKK tidak ada kuasa
untuk mengagihkan tanah, menentukan siapa dapat bantuan atau tidak. JKK hanya
memudahkan kerja2 pejabat daerah dan yang bertanggung jawab pada kampong dan mukim
ialah penghulu, pegawai2 berkenaan dan akhir sekali pegawai daerah. Dan pegawai
daerah berkerjasama dengan ADUN dari phak kerajaan. Perkara ini kita boleh
terima, tapi untuk JKKK bertindak diluar bidang kuasa mereka, ini suatu
kesalahan undang2.