Wednesday, 17 December 2014

Ketua Kampong, JKKK dan Politik Perpecahan UMNO




Ketua kampong dan JKKK.
Seorang ketua kampong, di Negeri Sembilan menghalau sekumpulan perkerja parti politik daripada menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir. Apo kono ekau eh jang?
Kenapa dia buat demikian? Akibat perbuatan angkuh itu, mangsa banjir yang boleh dapat sumbangan dinafikan. Ini kerja bodoh sombong yang hanya diasosiasikan dengan tali barut UMNO. Orang kampong berhak memilih untuk menerima atau menolak bantuan dan pilihan tersebut bukan ditentukan oleh seorang ketua kampong samseng. Inilah gara2 ketua kampong dapat kuasa yang diperturunkan, bukan diundi masyrakat- jadi mabuk kuasa dan berlagak kuku besi.
Inilah juga tindak tanduk orang kerdil yang mendapat kuasa- jadi gila kuasa macam UMNO. Perhatikan lagak UMNO. Walaupun UMNO menang 88 kerusi parlimen, tapi jumlah undian yang mereka dapat bukanlah majority. BN hanya mendapat 47% dari undi popular tapi lagak nya macam menang semua. Ini sifat orang tak sedar diri yang sepatutnya kadarkan diri dan menghitung zaman hilang kuasa. Janganlah sombong nanti semua kena bongkar dan akhirnya masuk jel.
Hari ini saya memberi sedikit pandangan mengenai ketua kampong dan JKKK. Saya ada pengalaman langsung dengan JKKK semasa saya ADUN UMNO dahulu. Kalau saya ada kuasa, saya akan susun semula semua JKKK dalam negara kita untuk menjadkan JKKK benar2 pemangkin kemajuan kampong2. 
Hanya saya mahu nyatakan disini- bagaimana kita benar2 mahu memajukan kampong jika barisan pimpinan JKKK berkualiti rendah? Ketua kampong adalah jawatan yang penting dan kita tidak boleh benarkan ‘kuasa pasaran’ menentukan siapa jadi ketua kampong. ‘kuasa pasaran’ yang saya makusdkan ialah pemilihan yang sudah diaturkan oleh orang yang hendak jadi ketua kampong. Apatah lagi sekarang ketua kamong dapat elaun RM800 sebulan dan elaun mesyuarat RM20-30 sekali mesyuarat.
Saya ada bertanya kepada menteri yang berkenaan mengenai perkara ini dan sah lah JKKK bukan pertubuhan yang berdaftar dengan ROS. Saya ingin tahu jika sebuah pertubuhan sukarela untuk keselamatan di Pulau Pinang dianggap haram kerana antara nya tidak berdaftar dengan ROS, bagaimana kedudukan JKKK? Ia pun bukan organisasi yang berdaftar dengan ROS. Haram atau tidak?
Sebagai organisasi yang tidak berdafar, JKKK tidak perlu mengemukakan penyata kewangan dan lain2 dokumen.Ini menyebabkan orang kampong ingat JKKK super kuasa.
Izinkan saya memberi sedikit pandangan kepada institusi yang bernama JKKK ini. Kita tahu ianya front kepada UMNO. Bahkan untuk subvert JKKK dalam negeri2 yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, kerajaan persekutuan yang dikuasai oleh UMNO menubuhkan JKKKP- jawawatan kuasa kemajuan dan keselamatan persekutuan. Maka dalam kampung2 dibawah perintah PR ada dua JKKK satu milik UMNO satu milik kerajaan negeri. Ini satu perbuatan yang tidak gentleman dan angkuh.
Ketika saya mebahaskan perkara ini suatu ketika dahulu, Noh Omar kemudian nya menjawab bahawa kerana kerajaan persekutuan mahu memastikan setiap sen bantuan sampai kepada rakyat, maka JKKP ditubuhkan. Jika begitu lagak UMNO, maka kenakan cukai hanya keatas orang UMNO sahaja dan belanjakan hasil kutipan tersebut atau puak gerabak UMNO. Barulah adil.
Ertinya, secara implisit nya, Noh Omar memperakui bahawa banyak wang dan peruntukan disapu dan disonglap oleh JKKK UMNO. Atau, Noh Omar angkuh menyangkakan bahawa jujur, ikhlas dan amanah itu sifat2 yang hanya dimonopli JKKK UMNO.
Izinkan saya menyatakan awal2 lagi- tanggapan demikian amat meleset sekali. Ramai ketua kampong yang menyapu agihan tanah untuk keluarga dan kenalan terdekat dan caj duit untuk khidmat yang diberi; ramai ketua kampong menyapu peruntukan bantuan yang diberikan oleh kerajaan, sapu saham Felcara, ramai ketua kampong yang menjual tanah milik orang Melayu dan ramai ketua kampung tidak amanah, jujur dan ikhlas bahkan mengambil kesempatan untuk eksploitasi orang kampong yang sedang dalam keadaan memerlukan bantuan.
Jenis ketua kampung macam inilah yang saya mahu ganti dengan mereka yang berkualiti tinggi. Tujuan saya ialah jika kita mahu membangunkan kampung yang penghuni nya rata2 Melayu, pimpinan peringkat kampong mestilah yang jujur, amanah disiplin dan berkelayakan
.
Ketua kampong kebanyakan terdiri dari ahli dan ketua cawangan UMNO. JKKK mempunyai sub pengerusi bahagian2 tertentu- agama, sosial, belia, wanita dan sebagainya mengikut kehendak setempat.Pada prinsip nya, ini suatu orgnisma pentadbiran yang baik. Melalui JKKK, kerajaan yang memerintah dapat menyalurkan dasar, maklumat dan juga menerima input dan pandangan masyarakat kampung.JKKK boleh melakukan kebaikan kepada kampong dan kerajaan yang memerintah.
Reformasi JKKK.
Sebagai sebuah mekanisme pentadbiran yang berpotensi, JKKK harus dimodenkan. Maksud saya begini. Sebagai sebuah mekanisme pemajuan barisan hadapan yang penting untuk masyarakat kampong yang rata2 nya Melayu, JKKK dan ketua nya mesti terdiri dari mereka yang terbaik dan paling berbakat dalam kampong tersebut. Ertinya, setiap pimpinan nya mesti berkualiti tinggi. Dan antara patanda terbaik ialah tahap pendididkan, pengalaman, keperibadian serta komitment. Bagaimana kita membangunkan bangsa Melayu, jika pimpinan diperingkat kampung terdiri dari samseng, dan si koro? Bukan saya hendak merendahkan ketua kampong- tapi apa pemikiran besar yang boleh kita cungkil dari minda lulusan SRP atau kurang dari nya? Jangan kita emosional dengan kenyataan seperti ini. Jika kita mempunyai kelulusan demikian, buatlah tugas yang setara dengan kelayakan bukan memimpin kampong. Menjahanamkan kampong lagi ada.
Pengalaman saya dengan JKKK ini sejak saya dalam UMNO lagi. Apakah kedudukan JKKK dari sudut undang2? Ia bukan pertubuhan yang berdaftar dengan ROS. Ia bukan parti politik. JKKK tidak ada kuasa executive atau membuat dasar. JKKK hanya sebuah pertubuhan yang diujudkan secara sampingan oleh pejabat daerah untuk mambantu pejabat daerah menyampaikan kemajuan kepada rakyat. Ia merupakan saluran menerima dan menyampai maklumat. Itu sahaja. Ia tidak ada kuasa undang2.
Tahukah kita, pengerusi JKKK atau ketua kampong kebanyakan terdiri dari ketua cawangan UMNO? Dan latar belakang mereka adalah biasa sahaja. Dari tukang kebun sekolah, bekas jaga bank, pencen penjawat awam dan ramai juga terdiri dari orang gagah kampong atau kaki buli. Mundar mandir dengan geng2 menakutkan orang ramai.
Semasa saya dalam UMNO dahulu saya mencadangkan kerajaan membubarkan kumpulan yang bernama JKKK ini. Setiap 2 atau 3 tahun sekali, apabila mahu menukar ketua kampong, akan berlaku kekecohan. Tidak ada ketua kampong yang mahu undur diri. Bukan sahaja sekarang ada elaun RM800 sebulan, tapi setiap mesyuarat dapat elaun mesyuarat. Puak2 dalam kampng akan bertelagah berebut jawatan ketua kampong. Dibeberapa daerah dan kampong dalam negeri Pahang, kadang2 sampai setahun dua tahun ketua kampong tidak dapat dipilih.
Saya cadangkan untuk megambil alih jawatan ketua kampong, kita ujudkan pegawai pembangunan kampong dan desa. Pegagai ini adalah penjawat awam yang mempunyai kelayakan minima diploma yang di tempatkan dalam sebuah lokasi dan menjaga 2-3 kampung. Mereka ini pula akan melapur diri kepada seorang penghulu yang menjaga sebuah mukim. Penghulu pula mestiah mempunyai kelayakan minima ijazah.
Kenapa saya buat cadangan demikian?
Sebab saya merasakan bahawa kalu kita serius mahu membanungkan masyarakat desa dan kampong, pimpinan diperingkat asas mestilah yang terbaik dari segi bakat, dedikasi dan komitment. Dan dia mesti bebas dari ancaman politik dan percaturan politik picisan peringkat kampong.
Setiap pegawai pembangunan kampong boleh menubuhkan jawatankasa terdiri dari warga kampong untuk menerima input operational kepada pegawai pembangunan kampong.
Sudah sampai masa nya masyarakat Melayu menyusun diri mereka secara moden dan membebaskan diri mereka dari sisa2 instusi yang fiudal seperti ketua kampong dan penghulu.
Ini cara kita mahu kedahadapan.
Hari ini kita dengar seorang ketua kampong melarang satu kumpulan ahli PKR dari memasuki kampong nya. Kumpulan dari PKR sepatutnya melapurkan kepada polis mengenai halangan tersebut. Seorang ketua kampong tidak ada otoriti- JKKK tidak berdaftar dengan ROS dan ianya suatu pertubuhan sampingan untuk membantu pejabat daerah mentadbir kampong. Melarang orang bergeral sana sini bererti melanggar hak asasi warga negara.
Inilah saya katakan- kita semua mahu membangunkan bangsa Melayu tapi pimpinan peringkat paling asas iaitu JKKK diketuai oleh samseng, jaga bank, tukang kebun sekolah dan seumpanya. Bagaimana kita mahu membangunkan bangsa Melayu jika kita biarkan pimpinan bangsa Melayu dibarisi oleh mereka yang paling kurang bakat?
Saya bukan hendak merendahkan JKKK- tapi mereka mesti sedar bahawa JKKK tdak ada keujudan dari segi Undang2 kerana mereka bukan pertubuan berdaftar. JKKK tidak ada kuasa untuk mengagihkan tanah, menentukan siapa dapat bantuan atau tidak. JKK hanya memudahkan kerja2 pejabat daerah dan yang bertanggung jawab pada kampong dan mukim ialah penghulu, pegawai2 berkenaan dan akhir sekali pegawai daerah. Dan pegawai daerah berkerjasama dengan ADUN dari phak kerajaan. Perkara ini kita boleh terima, tapi untuk JKKK bertindak diluar bidang kuasa mereka, ini suatu kesalahan undang2.

16 comments:

  1. Aku tak ada masa nak baca semua.
    Yang penting kita perlu tau bahahawa setiap rumah ada ketuanya, setiap kampung ada ketuanya, setiap negeri ada yang di pertuannya. setiap negara ada rajanya.
    Bagi org luar belajarlah bersopan dg ketua2 tersebut.
    bukannya pergi terjah sana terjah sini.
    itu namanya kurang adab.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yg penting beradab dgn tuan rumah.Apa kena dgn Jkkk lps tu kena lapor dgn DO dan polis kah nak masuk kampong.Gunala kepala otakla bangang.

      Delete
    2. Anon 14:49
      Apalah kaitan seseorang itu jika dia membantu kawannya yang tinggal di kampung, drngan ketua kampung? Ketua itu pun bukan ketua pilihan rakyat? Ini semacam zaman feudalisme dimana ketua kampung ada hak ke atas penduduk kampung etc.

      Sekarang bayangkan seseorang membantu kawanya yang tinggal di taman perumahan. Mana wujudnya ketua kampung? Tak perlu? Kan sama ada penempatan? Dabel standard lah intensi kamu itu...
      Secara hipotesis la jika membantu pun perlu melalui ketua kampung apa yang ketua kampung boleh cakap? Dia boleh cakap "ok" saja. Paksa bantu rumah lain jugak? Kalau orang mau tolong rumah1 tapi tak tolong rumah2 atau rumah ketua kampung itu hak mereka uhtuk buat pilihan. Secara kesimpulan ketua kampung bukan raja atupun bukan ketua . Ianya cuma wakil.

      Delete
  2. Saban hari kuasa digunakan untuk menguatkan cengkaman kerana hokap jawatan. Penduduk menjadi mangsa collateral damage. UMNO akan tersungkam dengan sendirinya kerana politik kotoran akarumbinya seperti perlantikan JKKK yang disebutkan.

    Jawatankuasa masjid pun telah lama dipolitikan. Ketua Cawangan/Bahagian meletakan kuncu2 mereka sebagai pengerusi dan ahli JK. Oleh itu JK masjid tidak mengadakan mesyuarat dan perlantikan. Akaun tidak ketentuan. Qariah berpecah belah.

    ReplyDelete
  3. Datok Sak,

    Ade note yang tertinggal..ade JKKK jadi peniaga minit menteri...bekas YB pn ramai...tp nape datok sak x sebut pasal ni? ke takut mengguris perasaan sahabat dalam umno.. Come on bro...grow up...golongan ni la sebenar nya menjadi dalang utama merendahkan martabat golongan ilmuan..tipu sana..tipu sini...ade yg lebih teruk..pakai topeng agama utk rembat duit org..hrp keluarkan artikel khas pasal peniaga dan pelobi minit menteri..tu pn kalau ade keberanian yg ckup la..sesuai nama dgn nama sakmongkol tu..

    ReplyDelete
  4. Kontraktor ubahsuai rumah kawasan kajang, bangi, cheras, serdang dan kawasan sekitarnnya. Membuat kerja-kerja memasang tile, plumbing, tabletop/meja dapur, mengecat DLL 》 BLOGFACEBOOK Hubungi: 0182233854 KHAIDIR

    ReplyDelete
    Replies
    1. "home renovation" mungkin seorg JKKK. Dia x fokus apa org kata. Dia buat kerja dia je. Apa org lain nak kata. Kata la. Yg penting kerja sy jalan. Yg dia dgr/takut org atasan dia je

      Delete
  5. Imam masjid kariah mesti sekurang-kurangnya ada master. Imam masjid daerah atau negeri mesti ada sekurang-kurangnya ada PhD. Sebaik-baiknya ada post-doc sekali.

    ReplyDelete
  6. Kalau dah kena batang hidung, mmg tak ada masa nak baca semua. Contoh mentaliti kebanyakan ahli JKKK, ibarat raja dalam kampung. Apa perlunya nak btahu ketua kampung kalau rumah kita dikunjungi orang cukuplah dengan keizinan ketua keluarga.

    Bagaimana pila kalau rumah Ketua Kampung di datangi orang luar atau rombongan UMNO, perlukah dia minta iziz dengan penghulu kampung!

    Sedarlah wahai penyokong UMNO dalam sesebuah kawasan pilihanraya, hanya sebahagian sahaja yang menyokong kamu dan sebahagian lagi telah lari meninggalkan kamu. Itu pun tak boleh fikir....

    ReplyDelete
  7. 1449 Kau pikir org ada masa dengan komen takde otak kau? Mesti pedas baca perenggan demi perenggan sedas2 kena kan? Yang JKKK takat lulus SRP atau tak lepas SPM apa lagi? Takkan nak menokak harta je kerja kauorang nih? Tak tau undang2 ke? Buat kerja bukan makan duit haram...

    ReplyDelete
  8. Ya betul, setiap isi rumah ada ketuanya dan tak ada sesiapa dari luar boleh mencerobohi ketenteraman yang sedia ada pada keluarga itu — hal kekeluargaan banyak bersifat peribadi. Keluar dari halaman sesebuah rumah kita terus di tengah-tengah masyarakat umum, biar pun dinamakan pekan maupun bandaraya. Masyarakat umum (bersama segala-gala binaan fisikal) inilah selayang pandang mencerminkan taraf pencapaian sesuatu bangsa, yakni maju-mundurnya bangsa itu adalah hasil usaha daripada setiap insan masyarakat tersebut, dan tersirat dalam perkataan masyarakat ialah permuafakatan mesti diiringi dengan teguran dan perbahasan yang membina. Jika setiap ketua, kampung, maktab, jabatan kerajaan dan pejawat lain-lain menganggap jawatan yang dipegang dirinya membawa hak dan kuasa mutlak, apa sebab tidak ada notis dipaparkan di depan pejabat berbunyi, umpamanya “Saya Ketua di sini; Jangan buat Kacau – t.t. malaikat yang baru mendarat di bumi”

    Takde “masa nak baca semua”, O.K. Dato’ Sak tentu tak marah. Kita semua jangan marah sebaliknya kita mesti biarkan wacana terus berkembang mudah-mudahan negara kita tidak ketinggalan zaman.

    ReplyDelete
  9. Datok Sak,

    Bagi saya JKKK lebih baik dihapuskan sama sekali kerana fungsinya bertindih dgn Ketua Kampung dan Penghulu Mukim. Tujuan penubuhan JKKK melalui KPLB zaman Tun Razak adalah input atau akses kepada jabatan kerajaan.Hanya pengerusi JKKK yg ada mesin taip untuk memohon apa jua permohonan. Sekarang kewujudannya tidak relevan lg kerana semua urusan blh dilakukan di hujung jari dari rumah sahaja. Bahkan pengerusi JKKK pun ramai yg buta ICT. Kalau mahu negara maju langkah paling praktikal ialah menghapuskan JKKK kerana ia banyak mengepung pemikiran rakyat hingga blh menukar mana-mana pegewai kerajaan yg tidak disukai.Mahu tak mahu kita kena hapuskan JKKK kerana proses urbanisasi yg berterusan berlaku hingga Kampung Baru di KL cuma tinggal nama sahaja sedang ciri-ciri desa atau kampung mengikut geografi petempatan dan perbandaran sudah tiada langsung. Mengapa tiada pengerusi JKKK di Kampung Baru KL?
    England yg menjadi kiblat demokrasi dan pentadiran tidak pernah menubuhkan JKKK walaupun di sana wujud kawasan luar bandar yg dipanggil Hamlet atau Dukuh. Yang pasti JKKK adalah neofeudalisme yg mengekalkan peranan warlord sebagai utusan penguasa. Lihatlah hierarki pentadbiran negara maju jika ingin turut maju sama.

    ReplyDelete
  10. Saya pernah bawa pelajar saya bertujuan untuk mengagihkan bantuan untuk golongan fakir miskin. Tapi disebabkan kami tidak mengenali Ketua Kampung, maka bantuan tidak dapat diserahkan.
    Dari situ kami belajar bhw adab dengan pemimpin terutamanya Ketua Kampung adalah mutlak, beliau perlu dipuji, diangkat sebaiknya dan selepas semuanya mudah.
    Tentang kelayakan, setahu saya Penghulu di Selangor rata-rata memiliki Ijazah w/p jawatan Penghulu hanya digajikan Diploma.
    Untuk Ketua Kampung, ada yg lantikan Raja. Yg ni..wp terketar kakinya, usah diusik....sabar sahaja.

    ReplyDelete
  11. Kita minta pihak2 yg disekat dari memberian bantuan ini membuat lapuran polis kerana menghalang. Kalau setakat cakap kat orang saja tak guna dan boleh dituduh fitnah. Kita minta jasa baik Dato' Sak, untuk memberitahu keperluan ini kepada semua parti2 politik dan NGO yg terbabit. Bila dah ada lapuran boleh cakap dan kumpulkan untuk tindakan seterusnya.

    ReplyDelete
  12. Jkkk kampung saya terdiri semua dari geng geng ketua kampung....apa di buat semua orang kampung tak tahu....

    ReplyDelete
  13. Banyak khabar dan cerita kedai kopi tentang penyelewengan yang dilalukan kk, misalnya
    -bila ada peruntukan, dialah yang jadi kontraktor.
    -penduduk yang tidak digemari kk mungkin tidak dapat bantuan
    -pilih kasih dalam hal pertelingkahan antara penduduk yang dirujuk kepada kk
    -tidak telus. Kerajan bagi rm50 seorang penduduk, kk makan rm10 dan tidak bagi untuk semua orang. Lupa.
    -kerapkali tanah besar dan rumah lebih mewah.

    ReplyDelete