Wednesday, 17 December 2014

Ketua Kampong, JKKK dan Politik Perpecahan UMNO




Ketua kampong dan JKKK.
Seorang ketua kampong, di Negeri Sembilan menghalau sekumpulan perkerja parti politik daripada menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir. Apo kono ekau eh jang?
Kenapa dia buat demikian? Akibat perbuatan angkuh itu, mangsa banjir yang boleh dapat sumbangan dinafikan. Ini kerja bodoh sombong yang hanya diasosiasikan dengan tali barut UMNO. Orang kampong berhak memilih untuk menerima atau menolak bantuan dan pilihan tersebut bukan ditentukan oleh seorang ketua kampong samseng. Inilah gara2 ketua kampong dapat kuasa yang diperturunkan, bukan diundi masyrakat- jadi mabuk kuasa dan berlagak kuku besi.
Inilah juga tindak tanduk orang kerdil yang mendapat kuasa- jadi gila kuasa macam UMNO. Perhatikan lagak UMNO. Walaupun UMNO menang 88 kerusi parlimen, tapi jumlah undian yang mereka dapat bukanlah majority. BN hanya mendapat 47% dari undi popular tapi lagak nya macam menang semua. Ini sifat orang tak sedar diri yang sepatutnya kadarkan diri dan menghitung zaman hilang kuasa. Janganlah sombong nanti semua kena bongkar dan akhirnya masuk jel.
Hari ini saya memberi sedikit pandangan mengenai ketua kampong dan JKKK. Saya ada pengalaman langsung dengan JKKK semasa saya ADUN UMNO dahulu. Kalau saya ada kuasa, saya akan susun semula semua JKKK dalam negara kita untuk menjadkan JKKK benar2 pemangkin kemajuan kampong2. 
Hanya saya mahu nyatakan disini- bagaimana kita benar2 mahu memajukan kampong jika barisan pimpinan JKKK berkualiti rendah? Ketua kampong adalah jawatan yang penting dan kita tidak boleh benarkan ‘kuasa pasaran’ menentukan siapa jadi ketua kampong. ‘kuasa pasaran’ yang saya makusdkan ialah pemilihan yang sudah diaturkan oleh orang yang hendak jadi ketua kampong. Apatah lagi sekarang ketua kamong dapat elaun RM800 sebulan dan elaun mesyuarat RM20-30 sekali mesyuarat.
Saya ada bertanya kepada menteri yang berkenaan mengenai perkara ini dan sah lah JKKK bukan pertubuhan yang berdaftar dengan ROS. Saya ingin tahu jika sebuah pertubuhan sukarela untuk keselamatan di Pulau Pinang dianggap haram kerana antara nya tidak berdaftar dengan ROS, bagaimana kedudukan JKKK? Ia pun bukan organisasi yang berdaftar dengan ROS. Haram atau tidak?
Sebagai organisasi yang tidak berdafar, JKKK tidak perlu mengemukakan penyata kewangan dan lain2 dokumen.Ini menyebabkan orang kampong ingat JKKK super kuasa.
Izinkan saya memberi sedikit pandangan kepada institusi yang bernama JKKK ini. Kita tahu ianya front kepada UMNO. Bahkan untuk subvert JKKK dalam negeri2 yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, kerajaan persekutuan yang dikuasai oleh UMNO menubuhkan JKKKP- jawawatan kuasa kemajuan dan keselamatan persekutuan. Maka dalam kampung2 dibawah perintah PR ada dua JKKK satu milik UMNO satu milik kerajaan negeri. Ini satu perbuatan yang tidak gentleman dan angkuh.
Ketika saya mebahaskan perkara ini suatu ketika dahulu, Noh Omar kemudian nya menjawab bahawa kerana kerajaan persekutuan mahu memastikan setiap sen bantuan sampai kepada rakyat, maka JKKP ditubuhkan. Jika begitu lagak UMNO, maka kenakan cukai hanya keatas orang UMNO sahaja dan belanjakan hasil kutipan tersebut atau puak gerabak UMNO. Barulah adil.
Ertinya, secara implisit nya, Noh Omar memperakui bahawa banyak wang dan peruntukan disapu dan disonglap oleh JKKK UMNO. Atau, Noh Omar angkuh menyangkakan bahawa jujur, ikhlas dan amanah itu sifat2 yang hanya dimonopli JKKK UMNO.
Izinkan saya menyatakan awal2 lagi- tanggapan demikian amat meleset sekali. Ramai ketua kampong yang menyapu agihan tanah untuk keluarga dan kenalan terdekat dan caj duit untuk khidmat yang diberi; ramai ketua kampong menyapu peruntukan bantuan yang diberikan oleh kerajaan, sapu saham Felcara, ramai ketua kampong yang menjual tanah milik orang Melayu dan ramai ketua kampung tidak amanah, jujur dan ikhlas bahkan mengambil kesempatan untuk eksploitasi orang kampong yang sedang dalam keadaan memerlukan bantuan.
Jenis ketua kampung macam inilah yang saya mahu ganti dengan mereka yang berkualiti tinggi. Tujuan saya ialah jika kita mahu membangunkan kampung yang penghuni nya rata2 Melayu, pimpinan peringkat kampong mestilah yang jujur, amanah disiplin dan berkelayakan
.
Ketua kampong kebanyakan terdiri dari ahli dan ketua cawangan UMNO. JKKK mempunyai sub pengerusi bahagian2 tertentu- agama, sosial, belia, wanita dan sebagainya mengikut kehendak setempat.Pada prinsip nya, ini suatu orgnisma pentadbiran yang baik. Melalui JKKK, kerajaan yang memerintah dapat menyalurkan dasar, maklumat dan juga menerima input dan pandangan masyarakat kampung.JKKK boleh melakukan kebaikan kepada kampong dan kerajaan yang memerintah.
Reformasi JKKK.
Sebagai sebuah mekanisme pentadbiran yang berpotensi, JKKK harus dimodenkan. Maksud saya begini. Sebagai sebuah mekanisme pemajuan barisan hadapan yang penting untuk masyarakat kampong yang rata2 nya Melayu, JKKK dan ketua nya mesti terdiri dari mereka yang terbaik dan paling berbakat dalam kampong tersebut. Ertinya, setiap pimpinan nya mesti berkualiti tinggi. Dan antara patanda terbaik ialah tahap pendididkan, pengalaman, keperibadian serta komitment. Bagaimana kita membangunkan bangsa Melayu, jika pimpinan diperingkat kampung terdiri dari samseng, dan si koro? Bukan saya hendak merendahkan ketua kampong- tapi apa pemikiran besar yang boleh kita cungkil dari minda lulusan SRP atau kurang dari nya? Jangan kita emosional dengan kenyataan seperti ini. Jika kita mempunyai kelulusan demikian, buatlah tugas yang setara dengan kelayakan bukan memimpin kampong. Menjahanamkan kampong lagi ada.
Pengalaman saya dengan JKKK ini sejak saya dalam UMNO lagi. Apakah kedudukan JKKK dari sudut undang2? Ia bukan pertubuhan yang berdaftar dengan ROS. Ia bukan parti politik. JKKK tidak ada kuasa executive atau membuat dasar. JKKK hanya sebuah pertubuhan yang diujudkan secara sampingan oleh pejabat daerah untuk mambantu pejabat daerah menyampaikan kemajuan kepada rakyat. Ia merupakan saluran menerima dan menyampai maklumat. Itu sahaja. Ia tidak ada kuasa undang2.
Tahukah kita, pengerusi JKKK atau ketua kampong kebanyakan terdiri dari ketua cawangan UMNO? Dan latar belakang mereka adalah biasa sahaja. Dari tukang kebun sekolah, bekas jaga bank, pencen penjawat awam dan ramai juga terdiri dari orang gagah kampong atau kaki buli. Mundar mandir dengan geng2 menakutkan orang ramai.
Semasa saya dalam UMNO dahulu saya mencadangkan kerajaan membubarkan kumpulan yang bernama JKKK ini. Setiap 2 atau 3 tahun sekali, apabila mahu menukar ketua kampong, akan berlaku kekecohan. Tidak ada ketua kampong yang mahu undur diri. Bukan sahaja sekarang ada elaun RM800 sebulan, tapi setiap mesyuarat dapat elaun mesyuarat. Puak2 dalam kampng akan bertelagah berebut jawatan ketua kampong. Dibeberapa daerah dan kampong dalam negeri Pahang, kadang2 sampai setahun dua tahun ketua kampong tidak dapat dipilih.
Saya cadangkan untuk megambil alih jawatan ketua kampong, kita ujudkan pegawai pembangunan kampong dan desa. Pegagai ini adalah penjawat awam yang mempunyai kelayakan minima diploma yang di tempatkan dalam sebuah lokasi dan menjaga 2-3 kampung. Mereka ini pula akan melapur diri kepada seorang penghulu yang menjaga sebuah mukim. Penghulu pula mestiah mempunyai kelayakan minima ijazah.
Kenapa saya buat cadangan demikian?
Sebab saya merasakan bahawa kalu kita serius mahu membanungkan masyarakat desa dan kampong, pimpinan diperingkat asas mestilah yang terbaik dari segi bakat, dedikasi dan komitment. Dan dia mesti bebas dari ancaman politik dan percaturan politik picisan peringkat kampong.
Setiap pegawai pembangunan kampong boleh menubuhkan jawatankasa terdiri dari warga kampong untuk menerima input operational kepada pegawai pembangunan kampong.
Sudah sampai masa nya masyarakat Melayu menyusun diri mereka secara moden dan membebaskan diri mereka dari sisa2 instusi yang fiudal seperti ketua kampong dan penghulu.
Ini cara kita mahu kedahadapan.
Hari ini kita dengar seorang ketua kampong melarang satu kumpulan ahli PKR dari memasuki kampong nya. Kumpulan dari PKR sepatutnya melapurkan kepada polis mengenai halangan tersebut. Seorang ketua kampong tidak ada otoriti- JKKK tidak berdaftar dengan ROS dan ianya suatu pertubuhan sampingan untuk membantu pejabat daerah mentadbir kampong. Melarang orang bergeral sana sini bererti melanggar hak asasi warga negara.
Inilah saya katakan- kita semua mahu membangunkan bangsa Melayu tapi pimpinan peringkat paling asas iaitu JKKK diketuai oleh samseng, jaga bank, tukang kebun sekolah dan seumpanya. Bagaimana kita mahu membangunkan bangsa Melayu jika kita biarkan pimpinan bangsa Melayu dibarisi oleh mereka yang paling kurang bakat?
Saya bukan hendak merendahkan JKKK- tapi mereka mesti sedar bahawa JKKK tdak ada keujudan dari segi Undang2 kerana mereka bukan pertubuan berdaftar. JKKK tidak ada kuasa untuk mengagihkan tanah, menentukan siapa dapat bantuan atau tidak. JKK hanya memudahkan kerja2 pejabat daerah dan yang bertanggung jawab pada kampong dan mukim ialah penghulu, pegawai2 berkenaan dan akhir sekali pegawai daerah. Dan pegawai daerah berkerjasama dengan ADUN dari phak kerajaan. Perkara ini kita boleh terima, tapi untuk JKKK bertindak diluar bidang kuasa mereka, ini suatu kesalahan undang2.

Tuesday, 16 December 2014

The Rise and Fall of Civilisations.



I have to share this with readers who otherwise do not have the inclination to read the comments that come after my article. It is a piece written by the ever vigilant and insightful Sumpitan Emas. My thanks to Sumpitan Emas.
  “We all have the right to have a government led by the ABLEST Malaysians, DEDIDATED and COMMITTED to SOCIAL JUSTICE” — that this simple and fair demand has to be made at this point of our national political life speaks volumes of the state of affairs we are currently confronting; are we in danger of being underwhelmed by a group made up of the LEAST able?
 Below shows how a statesman confronts the issues of good governance, social justice, national development, personal courage and learning from the past. The man is none other than ex-Malaysian and one-time Singapore’s Deputy Prime Minister, the late S. Rajaratnam. Let him articulate his thoughts to demonstrate the breadth and depth of a thinker and nation-builder extraordinaire. Pity that he chose to walk away from our shores, but he has left behind a niece in Kuala Lumpur who has a mind as sharp as his, thank God.
  “I think I should begin by declaring what vested interest, if any, I have in the Singapore of the year 2000. Regrettably, I have none. The probabilities are that I may not be around to ring in the new century but if, through a genetic windfall, I should be given a reprieve, you can take it from me that even then, for all practical purposes, I will be nearer eternity than the year 2000.
    …So while thinking many steps ahead may not ensure success in every case, it is nevertheless true that those societies which think many steps ahead are more likely to do better in the uncertain decades ahead than other societies which only think one step at a time or which, frightened by the future, takes one step back towards the lost and unrecoverable Golden Age…So this brings me to the next and most crucial question implicit in the topic you have set out for me. And it is this: Granted that Singapore is future-oriented, is that enough to see it through into the 21st century?
    My answer is: NO, it is NOT enough. Something far more important than being able to make INFORMED GUESSES about the future is necessary to see Singapore safely through the turbulent and dangerous decades ahead. Even if you can make correct guesses about future trends and developments and even if you stumble on the correct solutions, the decisive factor is NOT knowledge BUT the determination and courage to ACT upon it. Without this will to action, knowledge and perception about the future are USELESS. There are nations which have perished because they did not know how to save themselves. They should enlist our pity. But it is a tragedy of greater proportions when a people perish NOT out of IGNORANCE but because they LACKED the WILL to respond to the DICTATES of their wisdom.
    The rise and fall of great civilisations can eventually be traced NOT to irresistible, impersonable forces of history, but to a single human factor – FAILURE OF NERVE.
    …(Machiavelli) said all societies were moved by two forces. He distinguished between what he called FORTUNA—the capriciousness of history — and VIRTU the ability of a ruler to show mastery admist the flux of things. Fortuna comprises the objective forces of history stemming from economic, social, cultural, political and technological changes. These are like winds. They are unpredictable, they are impersonal and they can be destructive.
    But a ruler or people who HAVE virtu can harness and tame these winds to serve men’s needs; to build GREAT civilisations. It is the PRESENCE or LOSS of virtu in RULERS and PEOPLE which decides the FATE of societies and civilisations.
 So the question arises: ‘How is virtu acquired and lost?’ This fundamental question has fascinated thinkers since time immemorial. UNABLE to resolve this question, they INVARIABLY PINNED RESPONSIBILITY on the CREATOR. It was PUNISHMENT for men’s WICKEDNESS and this view has wide appeal EVEN today in the face of a contemporary world seemingly near collapse.
    I too have been thinking about this problem since receiving your invitation to address this seminar. I happened at the same time to be also thinking about Ayatollah Khomeini. Since the Ayatollah claims to be spearheading an Islamic Revolution I decided to supplement my meagre knowledge of Islamic civilisation by studying its rise and decline a little more closely. I therefore sought the advice of PROFESSOR (SYED) HUSSEIN ALATAS who promptly loaned me a massive three-volume work entitled MUQUADDIMAH: An Introduction to History.
    I was doubtful whether it would be worth my while ploughing through these massive tomes. For one thing it was written by a man called IBN KHALDOUN whom I have never heard of and who is rarely mentioned by modern historians.
    Moreover, the work was completed in 1377. Of what relevance, I asked myself, could the outpourings of a man from over 600 years ago be to our times let alone the year 2000?
    I was NEVER MORE WRONG my life. This 14th century Berber, a descendant of one of the Prophet’s supporter, is so contemporary that modern historians in comparison appear traditional. The Ayatollah is certainly less an enigma to me now than before I read Ibn Khaldoun, though I doubt whether the Ayatollah will be as relevant as Khaldoun in the year 2000. It is incredible that this 14th century man should have ANTICIPATED ideas about man and society, about jurisprudence, geopolitics, power, religion, war and peace and many of the great themes about the rise and fall of civilisations centuries BEFORE thinkers like VICO, MARX, SPENGLER and TOYNBEE elaborated them with greater wealth of detail.
    …We must remember too that in his time Islamic civilisation was the DOMINANT one in Europe and Africa. The Muslim faith, philosophy and law made up the TOWER from which he points out to his contemporaries and to us new and wider horizons which NO man BEFORE or even AFTER him had discovered until very recently. He nevertheless looks on his environment with a detachment and objectivity that was NOT to be surpassed until CENTURIES later by Western man. He states facts. He observes. He KNOWS the GLORIOUS PAST OF HIS OWN CIVILISATION. He KNOWS the Caliphate represented the BEST, the IDEAL state. But he is AWARE too that it is GONE and he does NOT WANT TO RESTORE IT. He CONCEDES that government based on REVEALED LAW is superior to that based on HUMAN LAW. This may be OBVIOUS, he says, but it is IRRELEVANT for HISTORY moves according to the ways of MEN and NOT of God.
    …He allots to ALL civilisations a FINITE LIFE-SPAN of about 120 years spread over THREE generations of FORTY years each. In the FOURTH generation the END is reached and by the FIFTH, the FINAL DEATH spasms.
    … What sparks off a civilisation in the first place? He attributes it to a special human quality which he calls ASABIYYA. It means GROUP SOLIDARITY but it takes different forms and meanings at DIFFERENT stages of civilisation. It is initially generated only in the desert among BARBARIAN tribes. In fact, it can ONLY be generated in the desert. In the Arab context, it HAD to be the desert…What Khaldoun means is that asabiyya has to be built up through HARDSHIP and GREAT austerity…Though Ibn Khaldoun wrote of the nomads WITH detestation as DESTROYERS of culture and NOT its creators, he ADMIRED their ASABIYYA— their COURAGE, TOUGHNESS, their SELF-RELIANCE and above all their SOLIDARITY and FELLOWSHIP.
 …The men with asabiyya, headed by a great leader or Prophet, then taking over a DYING civilisation and thus begins a sedentary culture — a city culture. Khaldoun makes clear while the desert generates asabiyya, only the city can create civilisation. As long as the spirit of asabiyya PREVAILS, the FIRST GENERATION ruler exercises power JUSTLY and WISELY. The law is fairly applied…The ruler, says Khaldoun, does NOT claim anything exclusively for himself because such an attitude would DESTROY group solidarity. Given this kind of ruler, order PREVAILS and art and learning FLOURISH. OUT of the ashes of the OLD civilisations a GREATER and MORE vibrant culture EMERGES.
    The next FOUR stages are one of PROGRESSIVE DECLINE. The EASY democracy of the first stage VANISHES as the new ruler claims TOTAL authority over his people. Authority is NO LONGER shared. He becomes a TYRANT demanding subjects who MUST manifest servility and unquestioned obedience. The asabiyya is being DRAINED out of them. DISCONTENT and RESENTMENT dissolve group solidarity. The tyrant is SUCCEEDED by VAIN-GLORIOUS rulers also lacking in asabiyya. THEY BUILD MONUMENTS AND PALACES TO TESTIFY TO NOTHING. They HIRE mercenaries to PROTECT themselves from a people they NOW fear and NO longer trust. NEPOTISM and CORRUPTION become the rule of law. The BURDEN of taxation GROWS and the INCENTIVE to CREATE WEALTH consequently DIES. Then COMES the ruler ‘who is content with what his predecessors have built’. Since his civilisation has LOST ITS CAPACITY FOR GROWTH, the ruler TRIES to ARREST its DECLINE by REVIVING and ADHERING strictly to OLD RITUALS and MEANINGLESS TRADITIONS.
    And finally the death pangs of a great civilisation. Here I can do no better than quote Khaldoun himself:
    ‘The FIFTH stage is one of WASTE and SQUANDERING. In this stage, the ruler WASTES on PLEASURES AND AMUSEMENTS (the treasures) accumulated by his ancestors through (excessive) GENEROSITY to his INNER CIRCLE at their parties. Also he acquires BAD, LOW CLASS class followers to whom he ENTRUSTS the most important matters (of state) which they are not qualified to handle by themselves…(In addition) the ruler seeks to DESTROY the GREAT CLIENTS of HIS people and FOLLOWERS of his predecessors. Thus they come to HATE him and to CONSPIRE to refuse support for him. (Furthermore) he LOSES a number of soldiers by SPENDING THEIR ALLOWANCES on HIS PLEASURES and by REFUSING them access to his person and not supervising them properly…Thus he RUINS the foundations his ancestors HAD laid and TEARS down what they HAD built up. In this stage the dynasty is SEIZED by SENILITY and the chronic disease from which it can hardly ever RID itself, for which it can find NO cure, and, eventually, it is DESTROYED.’
    He might well be describing with deadly accuracy the state of many nations in 1979.
    He goes on to add that the END of the dynasty is CLEARLY in sight when the HARD-UP ruler, UNABLE TO SQUEEZE his subjects any further, TAKES PART in trade and commerce and tries to MONOPOLISE it to the DETRIMENT of his trading subjects.
    By then, the ASABIYYA, bred in the desert, has been drained of its LAST drop. The CITY, the soil of true civilisation, has become WASTELAND.
    What happens then? A new lot of desert nomads bursting with asabiyya take over the dying city to once again RESTORE vigour and once again to suffer the same fate.
    In a way, Singapore was built by nomads, though none of us came from the desert. Our forefathers had asabiyya and this has seen us through for a little over the 120 years that Khaldoun allotted a dynasty. On second thoughts, he was NOT all that wrong because it took that many years for the British dynasty to retreat from Singapore.
World civilisation is too pervasive for it to collapse and vanish totally. In the 21st century there may be collapse of individual states which have not woken to the facts of life about the 21st century. But those who are awake to it and do not squander their asabiyya or virtu in the pursuit of wealth and progress can break the circle that Khaldoun said could not be broken, although at times he had wished that it could be.
By telling us in his enthralling Introduction to History how and why civilisations suffer mortality, he has also offered a prescription for its immortality. IF YOU KNOW WHY YOU WENT WRONG YOU COME CLOSER TO DONG THINGS RIGHT.

    …For Singapore the next two decades will be a matter of learning to steer safely through FORTUNA — the capricious play of world forces. To steer successfully we need what MACHIAVELLI called VIRTU, what Khaldoun called asabiyya and, if I may add a widow’s mite, a future-oriented outlook …”
  Note: Fortuna decreed that S Rajaratnam, thinker, historian and writer par excellence, should live beyond 2000.
  Extracted from a speech, pg 231-240, truncated for brevity, made by S Rajaratnam, Senior Minister in the Prime Minister’s Office, Singapore, titled Political Developments Towards the Year 2000 at a seminar organised by the Singapore Association for the Advancement of Science on December 20, 1979, from S Rajaratnam – The Prophetic & the Political, edited by Chan Heng Chee & Obaid Ul Haq (Graham Brash 1987; ISBN 9971-49-041-2: 540pg),

Sunday, 14 December 2014

The Origins of UMNO's Fascism.



What is happening now?
Just a short one before shooting off to the DAP National Congress 14th December at One City Convention Centre, Subang Jaya.
It’s easy to detect the dictatorial tendencies during the 2014 UMNO General Assembly. The UMNO led government is reviving the sedition act- which it will use mostly to silence its critics; the belligerent and bellicose talks that emanated from the assembly will be used as an expression of the will of the people, thereby giving UMNO the reason to apply draconian laws on our citizens.
The recent UMNO general assembly demonstrated once again that UMNO is a party of mobs inciting people to break order and law. There is always one who shouts the loudest above the din- his name is Najib Tun Razak and he is the leader of the mob party. The hallmarks of a mob parry are the twisting of truth, stirring of passions, demonising opponents and relying on propagandistic narrations in place of ideas that move people.
UMNO is no longer believable among the better informed masses, the urban dwellers who read alternative information. Instead UMNO  appeals to the least informed and weakest minded members of the public. Their base consist of akademi fantasia moms, the jom heboh crowd, struggling actresses who join PUTERI UMNO, Utusan Malaysia and Gila2 readers, welfare recipients, and heads-up-their-asses government rich and new rich by way of licenses and APs and gifted projects, ,Bangsar Shopping Complex loafers  and of course the government workers who can never be laid off. It’s easier to round up these people by frightening them about assault on race, religion and regent.
The promise of a smaller government that Najib made was a farce. Instead, Najib hasn’t lost any opportunity to expand the tentacles of government to strangle the lives of the people. The UMNO led government is a menace to individual freedom. By individual freedom we don’t mean the freedom to do anything as we please- that’s a disingenuous way to disarm our arguments offered by UMNO couch potatoes and feeble minded drones. By individual freedom we mean free from the coercion of others. The greatest threat to such freedom is of course a panic stricken government.
A panic stricken government acts on mob impulses. A mob as we know is an irrational, childlike, often violent and martial-spirited organism. It is always looking out for a fight. It derives its energy from the group of regimented minds. The mob is motivated by messianic goals (crush all those who threaten race, religion and Regent), the promise of instant gratification, adrenaline-pumping exhortations. What’s more adrenaline pumping that to put blame of our miseries on others?
The mob creates mayhem, chaos and destruction providing the leaders of the mob an excuse to stay in power. That was what took place during the UMNO General Assembly of 2014. UMNO and Najib want to stay in power to plunder, deceive and bully the nation.
Clearly UMNO is in a state of panic. It will not admit nor can we force UMNO to admit it. It’s no use hiding its insecurities behind swashbuckling shouts and combative words. Maybe the UMNO cannon fodders have forgotten that BN got only 47% of the popular votes which meant they lost the people’s trust. What saved them were technicalities, malrepresented constituencies and massive cheating. Increasingly UMNO can only rely on Malay votes that are fed with fears and tales of threats.
The new voters voting for the first time in the next GE, are not likely to vote UMNO. They no longer find UMNO believable. What took place during the UMNO Assembly of 2014 has fortified voters angst against UMNO. So much so, the DPM is on record saying that if there is a 2% vote swing to the opposition, BN will sent packing off from Puratajya.  Let us make Muhyidin’s fear a reality by vying BN out in the next GE14.
The generation Y( why, why , why) who will vote for the first time in GE14 won’t vote UMNO. This is not only because the young is by nature adventurous and sometimes rebellious, but also because they have acquired a higher level of social consciousness. This is caused in part by the explosion of information via the internet and also the result of personal education.
The higher level of social consciousness has produced one profound realization and revelation; the younger generation is now more conscious that no one community or race in Malaysia can fight for its rights in isolation; because once we subscribe to that concept, we are forever at loggerheads and collision. Instead, there is now a realization that any one community’s fight for rights must be part of a larger universal right belonging to the individual and the citizen of this country.
We all know the inalienable right to live , have freedom and pursue happiness. Politically this is translated as every citizen’s right to be governed by a good government founded on the principles of the rule of law, dispensing policies that are fair, just and democratic. We all have the right to have a government led by the ablest Malaysians, dedicated and committed to social justice.

Wednesday, 10 December 2014

Benih2 Fascism UMNO.




Apa yang sedang berlaku sekarang?
Sekarang yang berlaku ialah UMNO berada dalam panic. UMNO cemas dan berada dalam ketakutan. Bahkan Muhyidin sendiri mengaku, jika berlaku swing sebanyak 2% undian kepada PR, maka terpaksalah UMNO dan BN mengosong Putrajaya.
Marilah kita bersama, sebagai rakyat yang berkuasa, makbulkan permintaan Muhyidin tersebut.
Anak2 muda yang akan mengundi buat pertama kali dalam PRU14 nanti enggan menyokong UMNO. Bukan sahaja anak2 muda melakukan demikian kerana bersifat adventurous, tapi juga kerana mereka mempunyai kesedaran social yang lebih sofistikated. Sama ada melalui ledakan informasi yang berlaku melalui internet atau melalui pendidikan peribadi.
Peningkatan kesedaran social menghasilkan kesan begini. golongan muda mulai sedar bahawa tidak ada bangsa dan kelompok boleh memperjuangkan hak dan kepentingan mereka secara berasingan- melainkan kepentingan dan hak kelompok atau bangsa itu merupakan sebahagan dari hak dan kepentingan yang lebih besar, yakni hak2 sebagai warga Negara Malaysia.
Dan apa hak yang paling asas?
Semua kita tidak kira bangsa – mahukan sebuah negara yang makmur, sebuah negara yang aman damai, rakyat hidup bertoleransi dan tidak bergaduh. Itu sebenarnya hak kita bersama sebagai warga negara Malaysia- tidak kira bangsa kita berhak mendapatkan negara yang makmur, sebuh negara yang aman damai, dan sebuah negara yang hidup dalam harmoni. Dan kita capai hak2 ini melalui kerajaan yang baik.
Kita jangan biarkan kerajaan menjadi kerajaan yang menekan dan menzalimi rakyat. Itu pasal kenapa kita mesti ada institusi kehakiman yang bebas dan berintegriti supaya mejaga supaya rakyat tidak dibuli oleh kerajaan. Itu sebab kita ada NGO2 yang menjaga supaya rakyat jangan dizalimi dan dikasari.
Maka secara bersama sama, tanpa kira kaum kita berhak membangunkan sebuah kerajaan yang mempunyai agenda tersebut. Bukan membiarkan sebuah kerajaan membuli kita, mengadu domba dan melaga lagakan kita, yang membiarkan keadaan huru hara dan membiarkan ujud kerajaan yang tidak cekap. Kita mahukan sebuah kerajaan yang memperjuangkan agenda Malaysia.
Sekali lagi,hak istimewa kita ialah  hak untuk diperintah oleh sebuah kerajaan yang adil dan saksama, yang didirikan atas prinsip perintah mengikut undang2, yang melaksanakan dasar yang adil dan saksama. Juga hak rakyat seluruhnya, untuk diperintah oleh sebuah kerajaan yang cekap dan beroperasi atas prinsip good governance.
Sebab apa? Sebab melalui kerajaan yang sedemikian rupa, semua kaum di Malaysia dapat merealisasikan hak2 semula jadi iaitu hak untuk hidup makmur dan aman damai. Negara tidak aman damai jika rakyat tidak makmur.
UMNO tahu ia gagal mengadakan ini semua. UMNO sudah sampai ke penghujung hayat nya dan UMNO dibawah kepimpinan Najib akan menyegerakan pembacaan talqin untuk dirinya.
golongan muda dan mereka yang mempunyai kesedaran tinggi tahu bahawa sebaik sahaja kita berjuang untuk hak dan kepentingan secara berasingan- kita akan berlaga sesama sendiri;  bergaduh dan berkelahi. 
Hak bumiputera untuk mendapat ekonomi baik, tidak boleh dipisahkan dari hak rakyat menuntut ekonomi diurus dengan baik dan pendapatan diagihkan megikut keperluan. Yang paling miskin tentu memerlukan bantuan lebih dari yang kaya. Secara kebetulan orang Melayu yang paling miskin dan mundur, maka mereka memerlukan bantuan dan sokongan. Keistimewaan yang diberikan kepada mereka bukan kerana mereka Melayu, tapi mereka rakyat terbesar yang terbelakang. Mereka perlukan bantuan dan sokongan.
Perkara2 lain seperti keutamaan bahasa Malaysia , kedudukan raja2 Melayu semua adalah kepentingan incidentals yang digerhanai oleh penyusunan kedudukan ekonomi rakyat. Penyusunan pertalian ekonomik antara rakyat itu adalah hak yang paling fundamental.
Perkara fundamental ini, yakni penghakisan hak untuk hidup makmur dan keadaan ekonomi yang kian memburuk tidak dibincangkan dalam PAU 2014. Ini tidak mengherankan kerana rakyat semua sudah sedar bahawa setiap kali UMNO bersidang agenda nya ialah meningkatkan martial spirit, mengajak orang berkelahi, menyalahkan bangsa lain. Walhal itu semua dilakukan untuk menutup pembohongan terbesar yang diterapkan dalam minda orang Melayu- yakni orang Melayu dan negara ini akan hancur, jika UMNO tidak berkuasa.
Saya telah menyebut perkara ini banyak kali- tapi benarlah seperti yang dikatakan oleh social intellectuals bahawa perang dan perjuangan untuk menegakkan kebenaran itu mesti dilakukan secara berterusan dan di ulang ulang.
Kepada orang Melayu sendiri- jika UMNO tidak ada jadi kerajaan, mereka boleh terus hdup. Yang penting ada kerajaan yang dibangunkan atas beberapa prinsip yang saya sebut awal tadi.
1 dari 6 orang Melayu dalam negara kita ini adalah ahli UMNO. Jika yang 1 itu mati atau hilang lesap, ada 5 lagi orang Melayu boleh terus hidup. Ini contoh yang paling asas sekali. Orang Melayu tidak ada keperluan kepada UMNO, bahkan UMNO itu memerlukan orang Melayu. Jadi mengapa kita biarkan puak UMNO ugut kita, berlagak macam tuan dan berlagak macam mereka yang beri kita rezeki dan sebagai nya?
Saya terbaca perihal ada seorang pemegang ijazah Phd yang mengatakan bahawa beras yang kita makan pun, UMNO yang bertanggung jawab. Dia belajar dari universiti mana ini?
Ancaman yang disebut oleh UMNO adalah cerita dongeng dan seram untuk menakutkan orang Melayu. Cuba kita lihat- setiap pusat dan sumber kuasa pemerintahan berada dalam tangan orang Melayu. Tidak perlu saya besar2kan fakta bahawa- jika semua orang Cina bergabung dibawah satu bendera, mereka hanya 24% dari penduduk negara ini sedangkan orang Melayu kekuatan nya 60-65% dan menjelang 2020, menjadi 70%. 
Demografi ada lah destini. Perkara ini pemikir UMNO tak faham juga?
Saya tidak lihat Raja2 Melayu terdiri dari bangsa lain melainkan Melayu lah juga. Raja2 melayu ini adalah benteng terakhir mempertahankan supremacy orang Melayu kecualilah raja2 Melayu sendiri berkompromi memusnahkan bangsa Melayu sendiri. Mustahil raja2 Melayu kecuali mereka bukan Melayu- menandatangani hukuman mati keatas bangsa Melayu. Dan raja Melayu bukan raja untuk orang UMNO sahaja- mereka Raja untuk semua orang Melayu dan rakyat Malaysia.
PM sejak kita merdeka, tidak ada orang bukan melayu melainkan Melayu lah juga. Dan saya tidak fikir orang Cina akan menjadi PM dimasa hadapan kecuali akan berlaku pertumpahan darah dan amukan dari orang Melayu. Orang Cina ini pragmatic- mereka bukan bangang nak tuntut jadi PM atau TPM. Mereka mahukan negara aman damai didalam nya mereka boleh hidup senang dan buat duit banyak2. Mereka mahu pergi ke restoren2 dan order, I want the best for me and my friends. Orang Melayu, kerana dasar2 bangang UMNO, tak mampu melakukan demikian.
Lihat pula jentera penjawat awam. Semua SS atau SUK negeri adalah orang Melayu. Semua pengarah jabatan adalah orang Melayu. Semua DO adalah orang Melayu. Semua ketua JKKK peringkat kampong adalah orang melayu kecuali dalam kampong CIna. Semua penghulu adalah orang Melayu. Semua imam masjid dan JK surau dan masjid adalah orang Melayu.
Semua RELA orang Melayu. Tidak perlu saya ingatkan lagi ejensi2 kerajaan perigkat melayani orang kampong, semua Melayu. FAMA, Pertubuhan Peladang, semua didominasi oleh Melayu.
Sekarang, jika semua lapisan kuasa berada dalam tangan orang Melayu , mengapa kedudukan orang Melayu tiidak juga menjadi terbaik di Malaysia? Jawab nya kerana UMNO tidak memberi kepimpinan dan UMNO tidak ada dasar yang mantap meletakkan orang Melayu terkehadapan.  Dalam bahasa mudah, UMNO gagal dalam agenda nendahulukan Melayu walaupun semua lapisan kuasa berada dalam tangan orang Melayu.
Ianya persolan kepimpinan, wawasan, komitment dan dedikasi kepimpinan. UMNO tidak ada ini lagi bahkan parti itu sarat dengan kaki bising dan kaki ugut yang mahukan projek besar sahaja. Yang akhir ini bukan sahaja saya yang kata, tapi Dr Mahathir pun berkata demikian. 
Maka orang Melayu mesti sedar- meletakkan kuasa dalam tangan UMNO tidakk menjamin agenda orang Melayu tercapai dan terjamin.