Zahid Hamidi buat
hal lagi.
Zahid Hamidi buat hal lagi. Melayu mesti mempertahankan kepentingan Melayu. Ini menteri cakap macam menteri yang tidak ada
pembudayaan oleh pendidikan sedangkan dia ada digri kedoktoran. Tak ada
kehalusan lansung, tapi cakap uncouth. Menteri Malaysia bercakap mengenai
perpaduan bangsa sendiri- bukan perpaduan rakyat Malaysia.
Bila takda modal
nak jawab- cari kambing hitam.
Inilah akibat bila tidak lagi boleh mempertahankan dasar yang
dilaksanakan, bila rasuah terlalu besar, bila urustadbir incompetent- jalan keluar ialah membangsakan segala masaalah. Ini masa
nya untuk jadi rasis. Sedangkan salama ini yang berkuasa, yang melaksanakan
dasar ialah kerajaan pemimpin UMNO. Apa kesan kepimpian dan dasar UMNO jika Melayu
terus merosot? Ini soalan yang harus
orang Melayu Tanya dan pengundi Pengkalan Kubur kena jawab.
Parti perintah
Malaysia atau JKKK kehormat?
Kita mesti sedar- UMNO ini bukan parti untuk perintah Malaysia.
UMNO ini parti yang hanya layak perintah sebuah kampong yang semua nya Melayu. Dan
jika semua nya Melayu pun, korapsi, salah guna kuasa, buli dan tekan akan
berlaku. Jika semua nya Melayu- siapa yang kita salahkan?
Bukanya kaum yang
menyebabkan rakyat susah- pemerintahan dan kerajaan.
Jalan keluar rakyat Malaysia ialah membenamkan semua parti
yang melihat masaalah dari sudut bangsa mereka. Tidak kira parti termasuklah
parti DAP juga. Segala bentuk perkauman tanpa kira dilakukan oleh sesiapa,
Melayu, Cina, India mesti kita tentang.
Jangan kita tertipu dengan dakyah pemimpin UMNO- bila sesak
salahkan bangsa lain. Jika semua orang melihat masaalah kaum mereka disebabkan oleh
bangsa lain- mana mungkin ada perpaduan dalam negara kita?
Hak individu
anugerah Tuhan- tidak ada siapa boleh rampas.
Jalan keluar ialah- walaupun susah sedikit ialah melihat diri
kita sebagai seorang individu( bukan bangsa) yang mempunyai hak mutlak yang
dianugerahkan oleh Tuhan yang tidak boleh diambil oleh mana2 pihak. Hak itu memberi
kita kuasa mutlak menentukan jenis kerajaan yang kita kehendaki , dan jenis
kepimpinan yang kita kehendaki yang memberi kita ruang untuk bertanggungjawab
atas kebajikan diri sendiri, keluarga dan masyarakat. Kerajaan hanya wadah
untuk kita mencapai matlamat kolektif yang tidak mungkin tercapai kalau kita
buat sendirian. Kerajaan bukan sesuatu diatas kepala kita yang menindas,
membuli dan gila kuasa mahu kita puja dan sembah mereka.
Zahid suruh Melayu
bersatu hendak relakan kemungkaran.
Ini yang Zahid hamidi hendak orang Melayu terus buat. Menghamba
abdikan diri kepada segelintir pemimpin UMNO yang akan merompak negara ini atas
nama bangsa, agama dan tanah air. Ingat-
duit rakyat dalam tangan UMNO tidak akan selamat. Duit orang hendak pergi haji
pun hamper lenyap kerana lembaga pengarah Tabung Haji dah lulus guna RM640 juta
beli hartanah di Detroit Amerika. Pencarum Tabung Haji nak sebut Detroit pun
tak tahu.
Ingatkan saya mendakawa kesemua eksekutif kanan Tabung Haji
nanti ya. Melayu semua itu.
Kepentingan apa
yang Zahid suruh kita pertahankan?
Berbanding dengan orang Cina dan India, orang melayu paling
miskin. Kalau kita guna perangkaan yang kerajaan gunakan dan anggap nya sebagai
betul- orang Cina pendapatan bualan RM6400, India RM5200 dan Melayu?
RM4400. Ini pun kita tahu angka yang
tidak betul.
Muhyidin kata nelayan di Pangkalan Kubur dapat hasil
TM500-600 sebulan- ok lah tu. Pemimpin UMNO
penipu belaka.
2.2 % orang Melayu di Kelantan hidup dengan pendapatan
dibawah garis pendapatan kemiskinan. Berapa nilai garis tersebut kerajaan tak
tahu. Jika diletak rendah, maka sedikit sahaja mereka yang papa kedana. Jika garis
pendapatan nya RM3000 sebulan bagaimana? Hampir 50% rakyat Malaysia miskin dan
90% darinya Melayu.
Kepentngan Melayu mana yang Zahid suruh kita pertahankan? Janganlah
tenggelam dengan rasa diri nya sangat penting dan berkuasa, Zahid ingat dia
booleh cakap sesuka hati dan mahu kelentong orang Melayu.
Kepentingan siapa? Melayu elit dan istimewa yakni yang 20%
teratas pendapatan purata bulanan nya ialah RM11,000 sebulan. Yang paling miskin
yakni 40% terbawah berpendapatan RM1700. Itu angka purata. Sebab angka itu naik
kerana ada 5%yang terkaya.
Zahid suruh kita
mempertahankan semua ini.
Rakyat sudah tahu bahawa mereka berada dalam keadaan demikian
ialah pemimpin UMNO semua nya sapu duit. kerja mereka, dalam keadaan mereka
mungkin kalah dalam PRU14, ialah merompak sekencang kencang nya. Sukalah kita beritahu puak UMNO yang duduk
dalam majlis daerah bahawa kamu semua memerintah diatas 48% undi popular iaitu kurang
dari undi popular 51% yang diperolehi oleh PR. Sokongan moral kamu tidak ada
jadi slow2 sikit cakap itu dan jangan buli rakyat.
Jadi apa kepentingan melayu yang Zahid suruh kita pertahankan
sehingga tetesan darah yang terakhr?
Kepentiingan melayu mana yang diancam? Raja Melayu? Raja mutlak
sudah tidak ujud lagi. Rakyat bangkit jika raja Melayu yang berpelembagaan cuba
melanggar kedudukan yang dibenarkan oleh perlembagaan. Melayu bukan bodoh lagi.
Di Negeri Johor yang bangkit menentang pembangunan persisiran
pantai ialah Melayu. Melayu bangkit jika kepentingan mereka diremehkan. Pemerintah
dan raja tidak ada kuasa mutlak. Apabila kepentingan rakyat diancam, mereka
akan bangkit. Bukan durhaka tapi mempertahankan kepentingan mereka.
Durhaka pun bukan satu jinayah.
Saya hendak beritahu orang Melayu- berhentilah kita dibodohkan
oleh orang UMNO. Pemimpin melayu kita melawat ke Vietnam baru2 ini diiringi
oleh saudagar cina 40 orang. Dalam negeri cakap berdegar degar mempertahankan
kepentingan Melayu. Sebab itu kita ada pemimpin Melayu- nilai jam tangan sahaja
dikatakan RM1.5 juta. Pemimpin UMNO berniaga semua dengan cina. Raja melayu pun
berniaga dengan cina. Tapi mereka suruh kita rakyat baisa berkelahi dengan
cina.
Dato', you would have been a fantastic teacher if you chose to be one (I don't know much about your background). You can just give clarity to issues at hand. Keep it up and 'educate' us, the Rakyat.
ReplyDeleteThank you.
Dato, have a wider audience for this article, pls also have in English text.
ReplyDeleteDear Dato,
ReplyDeleteI would like to Highlight the Following Mat Sabu Style:
Perdana Menteri - Melayu
MB Perlis sampai Kelantan Melayu (except Penang)
Ketua Ketua dalam Jabatan Kerajaan - Melayu
DO - Melayu
Ketua Polis - Melayu
Ketua Kampung Melayu
Guru Matematik - Melayu
Guru Bahasa Ingerris - Melayu
Guru Besar - Melayu...
.......
Everything - Melayu
In bermaksud, Kerajaan yang di pilih memang not kompeten, sebab setelah kontrol Politik negara, Jabatan Kerajaan, masih lagi di ancam oleh Kaum Cina/India dll.
Apa nak jadi ni...
The real problem in 20 years from now:
Indoensians will control all the small business in Malaysia
Go to Chow Kit - everything has been rented out to Indonesian
Go to Bukit Gasing Area: every small provision shop is run by indonesians.
Blue ics are being given just like that.
If we are both alive, 20 years from now, our politicians will be battling the Indons in Malaysia.
Melayus will still loose out.
Dato,
ReplyDeleteTk payah cakap lebih2 dato,kan kita dh 57 tahun (jika orang nk pencen dh),dn umno printah tk putus2 kn?
Sapa yg kianat kpd bangsa melayu dgn melenyap-lupuskn resab tanah utk melayu dri lbih 3 juta hec kurang dari 1.5 hec.
Kan yg kata jaga kpentingan bangsa melayu yg lsngsaikn tanah2 melayu......penang,singapore etc dari sblum merdeka lagi....dn umno kononnya pertahan institusi kianat itu sama dgn curang laku mereka sendiri.
Sedihnya dimata mata hati dn akal orang melayu yg masih dukong mereka....biawak2 hidup!
If the writer of this article is a non-malay.......i perfectly understand. If you are a malay....Please dont call yourself a malay......go abroad, find a new home and country. Malaysis does not need a malay like you. I personally do not like zahidi becos he is weak like najib. But i would be teady to die protecting malaysia if the writer wants to create trouble
ReplyDeleteBegini lah dato perkara ini dah pun berpuluh tahun berlaku dan dah rasa pun,setuju betul tepat akan apa yg.d kata sesungguhnya mereka & keturunan mereka akan berakhir dgn. Kehinaan dah pun berlaku cuma syaitan manusia ini hanya tuhan sahaja yg.adili sampai kiamat pun tetap sama kecuali tiba masa nanti sumbat saja ke penjara rampas harta mereka pulangkan balik kpd.negara. Dulu kini & selamanya d anggap hasil mahsul pak teleki mak depa punya,lebih dari penyagak tak cukup makan lebih fakir dari orang miskin.
ReplyDeleteCakap lah apa pun, Malaysia kami punya rakyat yg. pileh bukan kah itu demokrasi.kami pandai cgpa pun hebat selain kami semuanya bodoh
ReplyDeleteOrang Melayulah yang menjahanamkan kaum Melayu sendiri.
ReplyDeleteDato yang paling best!
ReplyDeletePencerahan dato jelas dan senang di ikut.
Kita harum tumbangkan UMNO secepat mungkin.
Inshaallah!
Orang Cina tidak percaya kepada keistimewaan yang diberi oleh sesiapa.
ReplyDeleteDia orang cuma tahu belajar/bekerja kuat akan mendapat pahala setimbang dengan usahanya. (reward)
Cina tidak hirau apa keistimewaan yang ada sekarang oleh kaum melayu.
Cuma mentari Umno yang suka menyuruh org melayu mempertahankan "keistimewaaan" cronies yang berbangsa malayu/Cina/India/Pakistan.
Sebagai seorang yang waras dan boleh berfikir, apa yang menteri Hamidi cakap ialah mempertahankan Cronies "right" untuk memrompak kekayaan negara dan bukan keistimewaan kepada bumiputera yang 2nd class.
Slogan ini selalu dipakai oleh Perkasa dan menteri untuk mengkayakan cronies mereka.
Hidup cronies melayu.
Saya seorang rakyat Malaysia keturunan Cina... biarlah saya kongsi di sini dengan pembaca-pembaca blog Dato Sak apakah yang kami pentingkan dalam kehidupan kami....
ReplyDelete1. Sejak kami paham cakapan ibu bapa, apa yang kami dengar sejak kecil ialah "pendidikan itu penting" dan anak yang baik ialah anak yang pandai dan bijak disekolah...
2. Bila kami membesar, kami selalu dinasihatkan jangan lawan pemerintah dan hormati polis dan undang-undang... ada juga yang nasihatkan kami Negara ini miliki Melayu, kita kerja kuat dan cari makan saja lah, jauhkan diri dari berpolitik...
3. Bila sudah dewasa dan mempunyai ijazah pun, kami hanya pikirkan "food on the table for the family" and pay for education for the children
Jadi, all along manalah ada orang Cina menjadi ancaman kepada orang Melayu?
kenapa tabung haji byk sgt hartanah kat luar negara tapi satu pun tak dak kat mekah...tak boleh buat untung kat mekah ker...tujuan org mencarum kat tabung haji nak buat pi mekah bukan nak buat p melancong kat perth ker
ReplyDelete