Amaran: Ini bukan artikelpen. Ini artikelpan.
Tidak mahu baca tidak mengapa. Jika dibaca
jangan komplen ianya panjang.
Sekolah hari
ini tidak mengajar bahasa Inggeris seperti zaman dahulu lagi. Dalam artikel
saya sebelum ini, saya mengakhiri artikel itu dengan adverb ‘then’.
Ertinya,
setelah semua cadangan awal ditolak, maka akhirnya, atau kemudian nya, selepas
nya- kita tidak ada pilihan lain selain mengadakan pilihanraya negeri.
Ertinya, PRN
adalah suatu tindakan terakhir setelah semua usaha lain gagal dan digagalkan. Kegagalan
berpunca kerana amalan demokrasi dan konvensyen tidak mahu diikuti.
Bagaimana kita
sampai kepada keadaan demikian?
Kerana penasihat2
Sultan Selangor- mereka siramai yang bijak pandai menyatakan bahawa Sultan
mempunyai kuasa memilih MB. Bagaimana kuasa tersebut digayakan itu yang menjadi
punca kekusutan politik Selangor hari ini. Tambah pula dengan pembacaan PAS mengenai
isiu ini yang sukar difahami.
Penggayaan kuasa
yang ada pada Raja kemudiannya, disokong pula oleh golongan neo-absolutists yang mahu mengembalikan system
raja mutlak memerintah. Ini golongan yang kacau fikiran yang tidak dapat
membezakan teguran terhadap raja berpelembagaan dengan raja mutlak yang sudah tidak
ujud lagi.
Raja berpelembagaan
ertinya, kedudukan raja2 Melayu kita dijamin oleh perlembagaan. Penukaran perlembagaan
tidak boleh dilakukan sewenang wenang nya bahkan ianya suatu kemustahilan. Bererti
kedudukan Raja2 melayu tidak dapat diancam kecualilah Raja2 melayu itu sendiri
menandatangani warrant kematian mereka.
Maka, ancaman
yang konon nya diarahkan kepada raja2 melayu hanyalah ancaman dalam fikiran dan imajinasi golongan Melayu
sahaja. Ianya hanya suatu gerakan untuk
mengekalkan kuasa despotism yang disukai oleh segelintir orang melayu yang suka
pula memerintah rakyat yang diam membisu dan merelakan diri mereka dicucuk hidung.
Dan kenapa
kita menentang golongan ini?
Saya bercakap
disini bukan melebih lebih dari kaum bukan Melayu dalam membahaskan isiu Raja
dan bangsa Melayu nya- saya melihat perkara ini dari sudut seorang melayu yang
enggan melihat pengembalian system pemerintahan despotik dan kezalimaan yang timbul
dari despotism tersebut. Perkara ini sudah dinyatakan oleh pendita Zaaba sejak
tahun 1927 dan pengamatan nya, releven pada zaman nya sehingga lah sekarang. Tidak
ada seorang anak Melayu pun yang sudah dididik dalam demokrasi yang memuliakan
hak individu yang dianugerah Tuhan, yang menginsafi bahawa kita sendirilah yang
bertanggung jawab keatas hidup kita, yang mendahulukan instutusi keluarga dan
kemudian meletakkan kepentingan masyarakat sebagai suatu objektif yang penting-
mahukan sebuah kerajaan yang terdiri dari suatu oligarki yang memerintah secara
despotism. Kerana despotism yang membawa kepada system totalitarian yang
disukai oleh pemerintah yang cenderung kepada himpunan kuasa, akan mengancam
hak inidvidu, hak keluarga dan hak masyarakat. Mereka mahu kita menyerah segala
kuasa kepada mereka untuk mereka memperlakukan sesuka hati.
Jangan kudakan
nama bangsa untuk menghalalkan kezaliman dan penindasan.
Maka, segala
usaha untuk mengembalikan system raja mutlak mesti ditentang oleh individu yang
berjiwa merdeka. Sokongan dari suatu kumpulan Melayu tidak lain dan tidak bukan
ialah suatu usuaha untuk mengekalkan system pemerintahan golongan yang gila
kuasa. Yakni orang yang cakap besar mahu
mentransformasi negara, yang cakap besar bahawa zaman kerajaan tahu lebih dari
rakyat sudah berakhir; orang yang cakap besar bahawa demokrasi Malaysia akan
jadi demokrasi terbaik di dunia. Juga orang yang cakap besar dan mengejek
ngejek bahawa orang lain tidak faham undang2 tubuh negeri Selangor dan cakap besar bahawa Pakatan gagal menjadikan
diri mereka alternative kepada BN.
Kembali kepada
penasihat dan punah-sihat Raja tadi. Mereka tidak menasihat Sultan supaya
menerima amalan konvensyen- bahawa tidak salah jika hanya satu nama
dikemukakan. Mereka memilih untuk memberi maksud yang membawa kepada mischief-
yakni membenarkan Sultan tidak mengikut konvensyen dan mahukan lebih dari 2
nama dikemukakan. Ini nasihat yang memusnahkan- sebab selepas ini sudah ada precedent
baru selepas precedent yang dilakukan di Perak. Bahawa Sultan sekarang sudah
boleh memerintahkan supaya lebih daripada 2 nama mesti dikemukakan.
Nasihat yang
membawa mischief ini , akan berkahir dimana? Akhirnya, UMNO sendiri yang akan
menerima padahnya apabila ada Sultan yang assertive
menuntut supaya lebih dari 2 nama dikemukakan untuk jawatan PM. Ketika itu,
kita mahu lihat sama ada PM Najib berani tak mengatakan bahawa kerajaan nya
tidak faham undang2 tubuh Malaysia.
Maka setelah
Sultan Selangor enggan terima pakai amalan konvensyen yang dipakai sejak merdeka-
yakni hanya satu nama dikemukakan untuk dilantik sebagai MB, maka terjadilah ribut
politik Selangor ini. Mengenai Khalid Ibrahim yang bingung politik itu, saya
tidak mahu ulangi lagi.
Saya kata
dengan sembah takzim, Sultan tidak diberi kuasa melantik MB selain dari apa
yang dibenarkan oleh perlembagaan. Jangan membaca berlebihan apabila perkara
ini dinyatakan. Saya juga menyebut, Raja kita ialah Raja berpelembagaan. Saya
sokong perkara ini. Saya tak sokong system raja mutlak. Itu tidak menyalahi
undang2. Juga, ianya bukan kenyataan menunjuk pandai dari orang lain. Ini semua
fakta. System beraja kita ialah system raja berpelembagaan. Ini bukan zaman
Sultan Mahmud dalam Sulalatus Salatin.
Itu sahaja yang saya cakap.
Mengikut
konvesnyen sejak dari merdeka, untuk jawatan MB atau PM hanya satu nama
dikemukakan. Jika PKR dan DAP berdegil mengemukakan satu nama sahaja walaupun
Sultan perintah demikian, kesalahan mereka ialah berdegil. Bukan durhaka sebab durhaka bukan kesalahan undang2
negara ini. Ianya hanya releven dalam pemerintahan Raja Mutlak. Tidak juga
menghina Raja. Bagaimana kah keputusan mengemukakan satu nama sahaja dibaca
sebagai menghina raja Melayu dan seterusnya menghina melayu?
Dimana UMNO
dalam perkara ini? UMNO enggan menyokong perkara ini sebab ianya belum terjadi
kepada nya. Cuba nanti, jika BN terus menang, Agung meminta lebih dari satu
nama dikemukakan. Apa UMNO akan buat?
Kita tahu apa
mereka akan buat. UMNO akan menjelajah keseluruh negara membantai Raja Melayu. Moral
raja2 Melayu akan didedahkan. Ada yang berani hendak tangkap raja dan ikat
mereka dipokok dan biarkan kerengga gigit. Cerita luar dan dalam raja melayu
semua akan dibongkar. Ketika itu tidak siapapun dari kalangan UMNO akan menjuarai
Raja melayu. Ketika itu baharulah Raja2 Melayu tahu belang sebenar UMNO.
Saya merasakan
isiu Selangor sekarang telah meluas kepada isu perlembagaan. Apa raja boleh
buat dan tak boleh buat. Prinsip asas raja berpelembagaan kepada saya sebagai
pengamal politik, ialah Raja bertindak atas nasihat. Nasihat siapa? nasihat MB
atau nasihat PM. Atau nasihat wakil dari kumpulan majority. Tapi saya juga
merasakan dalam budaya demokrasi, Raja Melayu mesti juga mengarahkan pandangan
mereka kepada memberi sokongan kepada roh tujuan Raja berpelembagaan yakni
kepentingan rakyat didahulukan dari fikiran sabjektif raja.
Itulah sebab
nya, mengapa, mengikut amalan konvensyen sejak bermula lahir Malaya ini- hanya
satu nama dikemukakan. Dalam kes Isa Samad- Yang DiPertuan Negri Sembilan
enggan menerima Isa. Sampai 4 kali Ghafar Baba mengadap Raja Negeri Sembilan
akhirnya, Isa diterima.
Maka atas nama
prinsip demokrasi berpelembagaan, kerajaan yang dipimpin oleh Najib mesti
menyokong usaha mengemukakan satu nama sahaja, sebab itulah cara yang betul.
Maka apabila
ada pihak yang mengemukakan satu nama- itu mengikut amalan konvesnyen. PKR dan
DAP telah pun memhon maaf. Janganlah kita pula hendak membaca tindakan
mengemukakan satu nama sahaja sebagai durhaka. Kita tidak ada undang2 les
mejeste dan durhaka tidak ada signinifikens undang2. Ianya bukan suatu jinayah.
Kita sedih
melihat ada anak Melayu, dalam zaman moden ini, masih mahu berperanan sebagai
Tun Biajid dan Tun Isap. Dalam Sulalatus Salatin- kita membaca cerita bagaimana
Sultan Mahmud ‘bermain’ dan meniduri isteri Tun Biajid. Tun Biajid tahu akan
hal ini, tapi memilih untuk tidak menebus aib, kerana Sultan Mahmud, apakan
daya tuan kepada nya. Tidak mengapa, itu pilihan Tun Biajid.
Tun Isap pula adalah suatu karakter pembodek
dan pengampu yang nombor satu. Apabila diberi sirih junjung oleh Sultan Mahmud-
membaca dan menterjemah itu sebagai suatu perintah melakukan sesuatu yakni
membunuh Tun Sandang yang terlebih dahulu menjamah courtesan Tun Dewi. Courtesan adalah seorang wanita yang meniduri
orang kaya , berkuasa dan mereka yang ternama. Dalam bahasa yang lebih kontemporer
- courtesan itu ialah high class prostitute.
Tidak ada
isteri yang ditiduri, tidak ada sirih junjung yang dikurnai- tapi ramai para
juak yang mahu menjadi Tun Biajid dan Tun Isap.
Salam Dato,
ReplyDeleteApa yang PKR dan DAP buat adalah betul.Hanya hantar satu nama serta dia sudahpun mendapat majoriti.Ini di buktikan di Perak dahulu dan kenyataan bekas PM Mahathir sendiri, hanya satu nama.Melainkan jika pihak tertentu berat sebelah dan tidak mematuhi undang-undang negara.Bila ada pihak lain cuba nak main politik inilah akibatnya,PRN bukan penyelesaian,sebab umno BN takkan boleh menang.Dan perkara yang sama akan menghantui pihak yang berwajib.Jadi,pendek cerita, pihak berwajib harus melantik orang yang sudah mendapat majoriti ke kerusi MB Selangor.Untuk meyakinkan rakyat,jika perlu,undi terhadap MB baru perlu dijalankan dalam dewan Negeri untuk mengesahkan akan sokongan itu.
Betoi. Sokong 1000%
DeleteJgn membazir duif rakyat
Dato, circus coming to town again if PAS head has his way, hahaaa dia nak jadi mentor to his protege...
ReplyDeleteDalam arus kemodenan ini perubahan demi perubahan telah berlaku.Pemikiran masyarakat sekarang bukanlah seperti dizaman Hang Tuah dahulu.Masyarakat Melayu harus cerdik, berpengetahuan dan melihat kembali kepada sejarah Tanah Melayu.Jika masyarakat Melayu berpengetahuan dan dapat berfikir, mereka tidak mudah diPERALATKAN untuk kepentingan pihak-pihak yang akan menindas mereka kemudian hari.
ReplyDeleteThe MB crisis reveals that there are still quarters and politician that treats Malaysian as idiots and livestock. And what's worse they exists even in PAS, a party that supposedly is fighting for justice and equality for all Malaysian. It is disappointing to see that PAS leadership are full of "jumud and bigoted people" filled with racial prejudice. And we thought all PAS leadership are above that. It seems that we have made a mistake or actually, PAS members made the mistake of electing their leaders because of their "serbans" and not on their capabilities.
ReplyDeleteWe have always known that UMNO and Sultan have no reservation about abusing the laws and the constitution but to see PAS leadership allowing and agreeing to the unlawful and unconstitutional acts are disgraceful and unforgivable. Islam has always stood for justice and in upholding of the laws and what PAS did was an insult to Islam as a religion and a betrayal to the Malaysian voters. Pas would rather pander to the wishes of the Palace than upholding the law and what is right? If that's the case, they do not have the right to call themselves as an islamic party.
Please change it to whatever as long as it's not Islam. Their actions are not the action of muslims. Muslims do not betray their coalition partners and do not go back on their promises and agreement. Muslims uphold what is right no matter what, even if the palace wishes against it. Muslims never confuses between what is right and what is wrong even if it means that they will lose their live or wealth or position. There is no compromises in upholding justice and what is right. Orang islam tidak akan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Period!
Amar makruf nahi mungkar. Maybe PAS leaders have forgotten this foremost Islamic principle due to over indulgence in wealth, power and position that comes from holding office. Its time I think that we separates "the Abu Zar" who are only suited for teaching islam and uninvolved in states matter from the "Muaz bin Jabal" who are a pious man but capable of holding office. It would seem that most of the PAS leaders belong to the "Abu Zar" group who the Prophet SAW did not put in the position of power for fear that he will succumb to temptation and be led astray much to the detrimental of himself and the ummah. Hadi Awang maybe a great tok guru but in my opinion he should not become a leader of a political party or a government. Not all pious men can become great leaders and Hadi Awang certainly is proof of that!
Nick.
Terdapat juga golongan ulama yang mahu mengembalikan negeri Selangor kepada sistem raja mutlak dan seterusnya menafsirkan semula perlembagaan. Agaknya golongan ini menganggap raja mutlak lebih Islamik dari raja berpelembagaan. Namun, tajuk " Raja Mutlak vs Raja Berpelembagaan: Manakah Lebih Islamik?" boleh menjadi tajuk forum yang baik dan menjadi fokus penyelidikan di IPTA
ReplyDeleteDatuk,
ReplyDeleteMengapa YBhg Datuk tidak membangkitkan perkara ini semasa YM Raja Perlis menolak DS Shaidan Kassim dan YM Sultan Trengganu menolak DS Ideris Jusoh? Mengapa tindakan YM Sultan Selangor sahaja dipersoalkan dengan panjang lebar?
salam hari malaysia dato',kami rakyat biasa di selangor.di ampang tak ada air dan kat rumah kawan saya di gombak setia(kawasan kpg pdg balang),nyamok besar besar.sampah sarap tak di kutip.rasanya nyamok aedes.
ReplyDeletesaya juga kenal dato saleh hashim.dia ex pkr setiausaha agong tetapi saya kenal dia semasa dia boss trenergy dan turnaround kedah marble langkawi.
kami berbual pasal anak anak(dia berbisan dgn t sri vincent tan),ugama dan kemudian sedikit politik.dia kata semasa dia bantu pkr,kak wan tak pernah buat kerja lansung.kalau mtg,presiden bawa kueh dalam tupperware bagi kat pimpinan.
dia kata yg 'michael jackson' dlm parti ialah anwar sebab dia tiap mlm ceramah dan world class.yg plan adalah azmin.methodical,careful dan deep.
saya rasa,lebih baik azmin dari kak wan.lagi pun kakwan mcm mana nak baca khutbah.kak kajang kata nak pergi join tanglung 3 mlm lepas.check check dia dah tidor.
konvensyen atau undang undang,adat,adap biadab itu hal waji b.tetapi besok kalau tak tau bekerja?
bagaimana dato?
wan azizah dilaporkan akan jadi mb boneka tapi belum dibuktikan kebenarannya. mengapa umno & puak2 yg berkepentingan masih menerima ah jib gor padahal telah terbukti dia tidak layak jadi pm!
ReplyDeleteSalute! There are reasons for following conventions. Those who seek to change them must know the reason. People who give advise must have knowledge and principles. They must tell the truth.
ReplyDeleteNowadays everybody can Google. Only fools think that facts, lies and falsehood can be covered up. And the king must always take heed or he will end up like the one with no clothes!
Sebelum Sultan yg ada sekarang, bapak dia yang menjadi Sultan...betul2 faham dengan konsep Raja berpelembagaan. Sultan itu mempunyai masalah dengan Mat Taib, dia tahu dia tidak dapat buat apa2 kerana dia tahu MB lebih berkuasa dari Sultan. Lantikan2 MB selepas tu seperti Abu Hasan dan Khir Toyo tidak ada masalah walaupun, sokongan majority tidak ketentahuan.
ReplyDeleteMengapa Sultan sekarang bertindak seolah2 seperti Raja Mutlak. He is holding the Sgor people at ransom for his refusal to appoint Wan Azizah who has conclusively proven to have majority support.
Memberi satu nama bukan shj satu convention tetapi juga satu keperluan undang2 seperti terdapat diFasal 53(2)(a) Undang2 Tubuh Kerajaan Sgor. Sultan berpelembagaan bermakna Sultan diujudkan mengikut perlembagaan dan dikehendaki mematohi perlembagaan. Tak bolih nak ikut suka2 hati.
Tindakan PKR/DAP adalah betul kerana tidak mahu mencipta convention baru yg tak selari dng Undang2. Bapak Sultan tak pernah minta lebih dari 1 nama. Sultan sekarang mintak lebeh dari 2 nama. Siapa akan memberi jaminan kelak apabila anak Sultan jadi Sultan Sgor, dia cakap tak perlu beri nama kerana dia bolih pilih MB dari kalangan 56 Adun tu. Nanti cucu Sultan sekarang yang jadi Sultan Sgor akan mintak yang bukan2.
Baik ikut Undang2 Tubuh Kerajaan yang telah menetapkan perundangan bahawa Sultan mesti(shall)melantik seorang Adun yg mempunyai sokongan majority. Dia tak perlu guna subjective judgment kerana secara objectivenya, 30 SD telah dilampirkan dengan nama Wan Azizah.
Jika prn pun PR menang dan hantar nama wan azizah jugak, adakah nama itu akan ditolak lagi? Dan adakah akan diadakan prn sekali lagi? Dan jika PR menang lagi serta hantar nama wan azizah lagi, adakah akan ditolak lagi serta buat prn lagi?
ReplyDeleteJadi sampai bila?
Kalau dipandang tingkahlaku Sultan Selangor seperti mahu mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai menteri besar dan 4 exco dari PAS sehingga bulan Nov.
ReplyDeletePada pandangan saya, Sultan Selangor berani melakukan agenda sendiri tanpa menurut perlembagaan kerana PKR dan DAP tiada kuasa melakukan provokasi terhadap baginda seperti yang biasa dilakukan oleh pemimpin UMNO Baru melalui pelbagai agensi kerajaan.
Tambahan pula pemimpin UMNO Baru membenarkan kelakuan sumbang sultan selangor itu berlarutan walaupun Tun Mahathir menyokong PKR dan DAP menghantar satu nama saja.
Tapi jika PKR dan DAP menguasai kerajaan pusat saya percaya mana-mana sultan tidak akan berani mempermainkan undang-undang seperti yang mereka lakukan sekarang.
Assalam Abg Arif,
ReplyDeleteSetahu saya, permulaannya memang Sultan diberi satu nama sahaja tapi apabila masalah berlarutan, maka Sultan mungkin berfikir, elok dilihat lebih dari 2 nama. jadi baginda bertitah demikian. Maka seeloknya titah itu diikuti namun hanya satu parti sahaja yang menuriti titah itu, kenapa 2 parti lain masih menghantar satu nama sahaja? Itulah yang dirasakan umpama tidak menuruti titah Sultan.
Jika berlaku snap election PAS yang berkerugian besar.
ReplyDeleteUntung rugi PAS bukan ditentukan oleh manusia tapi ianya ketentuan Allah SWT. Jangan kita memandai-mandai mengatakan jika PRN, PAS akan rugi? Siapa yang tentukan demikian? Biar PAS rugi sekalipun asalkan prinsip membela agama tetap dipertahankan. Itu lebih penting.
ReplyDelete