Apa yang sedang berlaku di Selangor ialah pengajaran untuk semua rakyat Malaysia. Kerana yang sedang diadili dan diserang ialah konsep demokrasi berparlimen dan representative democracy. Semua rakyat Malaysia yang cintakan kuasa rakyat dan yakin kepada representative democracy mesti menyibukkan diri mereka dalam isiu ini. Ia nya bukan lagi masaalah rakyat Selangor.
Pertamanya- nyatalah Khalid Ibrahim bukan seorang gentleman. Perlembagaan Malaysia diciptakan untuk gentlemen. orang yang tidak ikut perlembagaan, tidak gentleman. Kalau saya boleh tambah, perlembagaan adalah untuk orang yang bertamaddun. Hanya orang yang tidak bertamanddun sahaja yang engkar kepada perlembagaan.
Pertamanya- nyatalah Khalid Ibrahim bukan seorang gentleman. Perlembagaan Malaysia diciptakan untuk gentlemen. orang yang tidak ikut perlembagaan, tidak gentleman. Kalau saya boleh tambah, perlembagaan adalah untuk orang yang bertamaddun. Hanya orang yang tidak bertamanddun sahaja yang engkar kepada perlembagaan.
Khalid Ibrahim semasa mengadap Tuanku Sultan boleh menolak titah raja sebab dia ada alasan kuat. dia boleh menyatakan- patik bukan orang yang ada sokongan majoriti. wan azizah orang nya. dialah yang patut dititah mengadap selepas ini. patik tidak ada locus standi untuk terus jadi MB.
Tapi Khalid melakukan sidang akhabar dan menyatakan bahawa Sultan mahukan dia kekal lagi sebagai MB. Itu dia yang cakap. Boleh kita percaya cakap Khalid? Siapa yang mahu percaya cakap Khalid lagi? bila nama nya seorang sahaja yang dikemukakan untuk jawatan MB tahun 2013, dia masih lagi boleh lie in the face, dan mengatakan ada nama lain selain dari nama dia yang dikemukakan? Mana boleh kita percaya Khalid.
Tapi Khalid melakukan sidang akhabar dan menyatakan bahawa Sultan mahukan dia kekal lagi sebagai MB. Itu dia yang cakap. Boleh kita percaya cakap Khalid? Siapa yang mahu percaya cakap Khalid lagi? bila nama nya seorang sahaja yang dikemukakan untuk jawatan MB tahun 2013, dia masih lagi boleh lie in the face, dan mengatakan ada nama lain selain dari nama dia yang dikemukakan? Mana boleh kita percaya Khalid.
Tapi kita tahu Khalid. Dialah manusia terpandai dalam Selangor. Tidak ada Khalid Ibrahim, Selangor akan hancur lebur. Kehebatan Khalid mentadbir Selangor dimitoskan. Mitos kehebatan Khalidlah yang didewa dewakan.
Mereka yang berdemontsrasi menyokong Khalid siapa yang mengupah mereka? tidakkah mereka tahu atau penganjur demontrasi tahu bahawa jawatan MB bukan jawatan yang dipilih melalui direct election?
Mereka yang berdemontsrasi menyokong Khalid siapa yang mengupah mereka? tidakkah mereka tahu atau penganjur demontrasi tahu bahawa jawatan MB bukan jawatan yang dipilih melalui direct election?
Kita tinggalkan bicara mengenai Khalid kerana ianya membazir waktu dan kerahan minda.
Dalam bahasa yang semudah
mudah nya- raja berpelembagaan bererti raja tidak memilih pemimpin politik. Dia
tidak mencipta majority dimana majoriiti tidak ada in the first place.
Maka , dengan segala hormat
dan sembah takzim, saya menyatakan bahawa penghantaran surat kepada parti parti
politik supaya mengemukakan lebih dari 2 nama- tidak constitutional. Siapa yang
menasihat Raja kita seperti ini? Ini memberi peluang Raja mencipta majority dimana
majority tidak ada sebermulanya.
Ini akan mengheret nama baik
Tuanku Sultan dan mendedahkan ia kepada teguran yang tidak boleh dikawal.
Adakah ketua majority dalam parlimen akan menyembahkan lebih dari satu nama
untuk jadi PM? Sekarang ini BN mewakili parti majority dalam parlimen. Ketua
nya Dato Najib Razak. Mustahil Dato Najib mengemukakan dua nama kepada YDP
Agung untuk memilih siapa hendak jadi PM.
Prinsip nya sama. Kita jangan
melihat isiu memilih MB Selangor sebagai isiu yang mengikat tangan Tuanku
Sultan. Kita mesti melihat isiu pemiilihan MB ini sebagai isiu mengesahkan
demokrasi berparlimen terus hidup. Kebebasan Tuanku Sultan tertakluk kepada
perlembagaan.Kita mesti menjaga dan melindungi perlembagaan kerana disana hak kita terpelihara.
Jika Raja ada kebebasan
dalam kes memilih PM ianya adalah dalam menentukan bahawa PM itu Melayu dan
beragama Islam. Siapa dia- si-ahmad, najib, razaleigh, anwar- tidak releven.
Soalan yang bebas ditanya ialah adakah anda mewakili majority? Jika jawapan nya
affirmative- maka orang tulah jadi PM.
Menasihatkan Tuanku memilih
pemimpin politik dan memilih ketua eksekutif mendedahkan rakyat kepada
malapetaka politik. Bila kita merdeka , kita berikan kuasa kepada rakyat. Kita
ujudkan raja berpelembagaan kerana kita menolak raja mutlak. Nampaknya hanya
orang UMNO mahu kembali kezaman gelap raja mutlak yang digambarkan oleh Pendita
Zaaba sebagai zaman yang memeras, memicit dan menghamba-abdikan rakyat. UMNO
hendak orang Melayu kembali pada zaman purba kala kah? Sekarang kita rampas
kuasa dari rakyat dan hendak mengembalikan system raja mutlak?
Saya setia kepada raja
Melayu- tapi saya setia kepada raja berperlembagaan. Yakni raja yang tertakluk
kepada perlembagaan dan bukan diberikan kuasa oleh penasihat yang pro fiudal
untuk memilih pemimpin politik dan mencipta majority where there wasn’t any
majority previously. Ia akan jadi political musical chair.
Katalah Tuanku Sulatan
Selagor memilih seorang individu yang dicadangkan oleh PAS tapi bukan Wan
Azizah-individu itu akan berdepan dengan kemungkinan undi tidak percaya bila dewan
bersidang. Jika individu itu hilang kepercayaan dewan disebabkan 30 ADUN tidak
menyokong nya, siapa yang akan mendapat aib? Tuanku Sultan.
Rakyat , tidak kira apa
fahaman politik mesti menjaga hak demokratik kita. Hak demokratik kita ialah
menjamin supaya aturan perlembagaan diikut.
Tidak mengikut nasihat
Sultan boleh dianggap biadap atau kurang ajar. Penolakan nasihat raja tidak
perlulah mengundang kenyataan dari askar tentera atau mana2 pihak bahawa mereka
akan mempertahankan insitusi raja sehingga tetesan darah terakhir. Tidak ada
orang yang mencadangkan insitusi Raja dimansuhkan.
Sekali lagi saya ingatkan,
system raja kita ialah system berpelembagaan. Kita bukan hidup dalam zaman
feudal. Hormatlah tok nenek kita yang berjuang untuk mendapatkan demokrasi
untuk rakyat.
Lagipun, konsep durhaka
tidak ada force of law- durhaka bukan suatu jinayah yang boleh dihukum mengikut
mana2 kanun.
Kita bukan kurang setia kepada
raja, tapi kita lebih setia kepada demokrasi perwakilan. Perkara ini semua kena
faham; orang UMNNO pun janganlah mengkudakan institusi raja untuk kepentingan
politik mereka. Semua parti dalam Malaysia komited kepada demokrasi dan raja
berpelembagaan.
Mengenai raja berpelembagaan
ianya ialah raja itu bertakhta tapi tidak memerintah. Perkara ini amat pentng.
Raja2 kita bukanlah beraja secara mutlak. Mereka tertaklok kepada undang2 tubuh
Malaysia. Sebab itu kita jangan main2 dengan perlembagaan kita. Ianya suatu
dokumen untuk meregulasi hubungan antara rakyat dengan pemerintah, dengan
kerajaan, dan antara kerajaan pusat dengan kerajaan negeri dan merincikan
tanggung jawab kerajaan pusat dan negeri. Juga merincikan tanggungjawab raja2
Melayu.
Kepada yang membaca kuasa
raja berpelembagaan sebagai kuasa mutlak atau memimpikan rejim kuasa yang
demikian, hendaklah kita ingat bahawa selain daripada berperanan sebagai symbol
perpaduan negara, raja2 kita mungkin mempunyai kuasa seperti membubarkan dewan
rakyat atau dewan negeri atau memberi perkenan kepada rang undang2. Perlaksanaan
dan perlakuan kuasa2 demikian secara umum nya ada suatu formality sahaja dan
tidak memberi peluang kepada raja2 untuk memperlakukan atau bereksperimen
dengan keinginan dan kecenderungan politik nya.
Raja kita ialah fountain of
justice untuk semua.
last i checked raub is in pahang. might wanna focus your energy there instead of butting into selangor's affairs.
ReplyDeleteA MP is not just confined to his "jajahan"
DeleteSelagi UMNO masih hidup, mereka akan tetap menbutakan hati ikut perasaan menjahanamkan sistem perlembagaan negara. Kerana itulah hakim perlu berilmu untuk menangani keputusan mengikut perlembagaan bukan atas telunjuk UMNO. Berdosa tidak masuk syurga dibuatnya, peringataan pada hakim hakim islam kita. Dosa tak dapat dihapuskan oleh UMNO. INGAT!!!! ALLAH saja yang dapat tentukan dosa pahala seseorang itu. JIka ada berbuat kesilapan kerana nak menjaga periuk nasi tetapi benda haram yang dilakuakn, jangan harap dapat pahala. Memang ALLAH maha pengampun, andaikata menzalimi orang lain kerana mengikut selara setan dan iblis, jawapannya tetap neraka jahanam tempatnya. Tanyalah ulama ulama UMNO untuk kepastiannya.
ReplyDeleteSalam bro.
ReplyDeleteDalam kemelut ini .salain dari Khalid Ibrahim ,Hj Hadi dan Mustapa Ali merupakan pentumbang krisis MB Selangor.
Very well written and straight to the point. Keep up the good articles, YB...
ReplyDeleteSalam YB,
ReplyDeleteKalau Yb boleh memberi suatu komen artikel berdasarkan persepsi, pandangan dan kepentingan yb, apakah Sultan Selangor tidak boleh. Baginda juga mempunyai persepsi dan pandangan berlainan, lagi-lagi sebagai sultan.
Andainya baginda salah dalam memilih Menteri besar,permasalahan akan timbul dan akhirnya, Sultan juga akan menjadi tempat rujukan..
Sebagai jurutera, root cause dan permanent solution itu perlu dalam menyelesaikan sesuatu troubleshooting..Kami fikir sulatan tidak bersalah dalam hal ini..
dicontohkan andai kita tengah memandu di bulatan 'roundabout'...dan ada kereta masih meneruskan pemanduan, situasi akan berlanggar, apakah kita tidak brek walaupun itu jalan kita dan kita dipihak yang benar...Sense itu adalah suatu kelebihan kepada orang melayu berbanding bangsa lain..sebab itu Melayu masih wujud walaupun setelah 15000 tahun...wassalam..
Sultan patut tubuh sebuah parti politik & bertanding dalam pilihanraya. Jika perlembagaan & undang-undang mahu diikuti & dipatuhi sepenuhnya. Bacalah & banyakkan rujukan, jangan melalut disebabkan terlalu ghairah mahu turut sama komen walaupon ceteknya ilmu
DeleteBullshit komen
DeleteBro..jgn la naif sgt. Klu sultan mcm mp x le org pggl sultan. Sultan kena jd sultan..bukn org kebanyak..tu pun nak kena ajo tp nak komen..
DeleteAnon 16:12; Your argument is as stupid as it gets!
ReplyDeleteSalam Dato', Once again I agree with u 100% but the problem is the hidden hands behind the crisis which I suspect is none other than UMNO's and the inconsistency of the top Pas leaders. Had Pas stick with PR concenses the crisis would've not prolonged.
ReplyDeleteanon 18:15,
ReplyDeletetypical answer from someone like you who will second whatever garbage spews out of sak's grey matter!!
Sokong dato' klu sultan ada kuasa memilih mb ~ ape gunanya pungutan suara atau pilihan raya. . .
ReplyDeleteDalam demokrasi jika majoriti nya adalah beruk maka ketua yang akan di pilih pun mestilah dari kalangan beruk juga... Thats the biggest flaw of democracy.
ReplyDeletePunahsihat2 Sultan Selangor cakap Sultan tak mahu MB yang di 'remote control'.
ReplyDeleteBangang punya punahsihat. Kalau MB tak dicontrol, jadilah macam Khalid. Pi tandatangan 'water deal; yg pemimpin utama PR yg lantik dia jadi MB pun tak tahu dan lain2 lagi perbuatan yang mencurigakan. MB kenalah dicontrol olih parti supaya manifesto party dapat dilaksanakan.
Khalid yang tidak bolih dicontrol "did more damage to PR interest and the state government".
Najib juga dicontrol olih Rosmah. So apa masalahnya. Janji MB itu jujur dan bertindak untuk kepentingan rakyat dan tidak melakukan perbuatan rasuah, pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa.
Sultan Sgor telah diberi banyak nasihat perundangan yang salah. Apabila MB tidak mempunyai kepercayaan majority, Fasal 53(6) cakap, MB mesti 'tender the resignation of the Exco yg termasuk MB'. Tiada peruntukan untuk meneruskan tugas2 MB dan Exco2. Apa yg dibuat sekarang ni mengarut dan unconstitutional.
Saya katakan yg Khalid ni seorang yg tiada maruah dan masih berpegang pd jawatan MB itu secara haram dan salah. Seperti artikel ni, Khalid sepatutnya menasihatkan Sultan bahawa Wan Azizah mempunyai sokongan majority dan mesti dilantik sebagai MB. Sebab apa Kaalid tidak menasihatkan Sultan bagini? Kerana sifat ego dan tamaknya dan sifat tidak mengenang budi parti yg mencalonkannya jadi MB dahulu.
Khalid ni betul2 pariah punya orang.
Ini remote control yg nyata.aku tak der masalah kalau anwar nak jadi mb.tapi Malang dia tak layak.pilih lah adun pkr yg lain jadi mb. Tak kan tak ada yg layak. Dulu kita kata depa amal nepotisme. La nie kita yang buat jadi samalah kita dgn depa.apa Anwar tak percaya adun dia ker. Jangan jadikan emosi marah kita pd umno menyebabkan kita hilang kewarasan.. Fikirlah dgn jiwa yg tenang
Delete
ReplyDeletere, Apa yang belaku adalah satu pengajaran kapada semua rakyat.
Sangat setuju , berhti-hatilah dalam membuat pilihan nanti ,jangan sampai pisang berbuah dua kali.
“Dr Mahathir menjelaskan, Khalid sebenarnya merupakan ahli UMNO tetapi menyertai parti lawan kerana kecewa dan marah kerana tidak mendapat sesuatu … ‘Saya sudah tolong dia berkali-kali umpamanya dia tak bayar hutang Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tangguh…tangguh…tangguh tapi tak dapat bayar juga. Bila PNB take action dia marahlah. Lepas tu masuk parti lawan. Ini bukan jiwa politik ini cuma pasal kecewa saja. Sekarang ni dia akan hadapi masalah,’ katanya.” (dpd m/s 2, “Khalid marah k’jaan? – Dakwa Dr Mahatir (sic)” Bulletin Rakyat Bil 207 – 15 Sep 2014).
ReplyDeletePersoalan: apakah seorang yang tak mampu, lebih-lebih lagi tak ingin melunasi hutang berjuta-juta ringgit juga dicap bukan seorang gentleman dan sekaligus tidak layak memegang apa jua jawatan dalam kerajaan, jangankan jawatan M.B?
Bro,
ReplyDeleteYou are saying the sultan is experimenting with his political biasness by requesting for more names. There is no way the rakyat us going to believe you when the sultan decreed as per the official letter stated that the submission of multiple names have in fact have been practised in previous time.
The only experiment rakyat is seeing here is how the politician are experimenting on slandering the sultan and getting away at that.
Anon 16:12 Awat nya hang ni? Bangap sangat?
ReplyDeleteDato,
ReplyDeleteThe ruler asked for names of people who can command the support of the majority of the state assembly. KI would have briefed the ruler that anyone other than Azizah will not be able to command the support of the majority of the assembly.
PKR and DAP can each submit the same name on the basis that they know of only one person who can command the support of the majority of the members of the state assembly.
The sultan will appoint the Adun who has the support and confidence of the other Aduns as the MB.
DAP and PKR have given their full support and confidence to Wan Azizah. It is only logical for both parties nominate her as the only candidate for MB for there is no other. HRH Sultan can understand this.
Any other process or perceived conventions are ultravires to the constitution. PAS needs to understand the law when it has legislative representatives in the state assembly house.
Saya sanjung tinggi penulisan dato. Saya tahu ada banyak lagi yang disimpan. Sejarah bagaimana kerajaan berparlimen yang berasal di England ada peristiwa yang mana Raja England Charles I telah dijatuh hukum mati oleh parlimen. Bab ini mungkin 95% penulis dan pembaca blog tidak tahu. Mereka yang tahu seperti Dato pilih tidak tinggikan lagi emosi semua pihak. Saya percaya Tuanku Sultan perlu mengambil iktibar dan bertindak seperti yang diturunkan oleh perlembagaan. Sayangnya negara yang aman dan damai di bawa sistem kerajaan demokrasi berpalimen dan raja perlembagaan akan menimpa huru-hara jika ada pihak yang abaikan peranan.
ReplyDelete