Friday, 1 August 2014

Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong Sorong- Bahagian 2



Sekarang perihal Khalid Ibrahim. Ini yang menimbulkan fitnah saya mengatakan Khalid Ibrahim pelacur.
Kenapa  Khalid Ibrahim kesana dan kemari bagaikan seorang pelacur-politik menjual hiba nya untuk mendapat pelanggan dalam bentuk penyokong2 kepada nya? PKR dan Pakatan sudah pun menyatakan isiu ini telah dipersetujui sejak Mac 2014 lagi.
Jawatan MB bukanlah hak Khalid untuk ia simpan berterusan. Bila kena pergi, pergilah dengan besar hati. Dunia tidak akan kiamat jika Khalid tidak jadi MB. Seperti jawatan eksekutif kerajaan yang lain, ianya bukan jawatan yang dipilih secara lansung oleh pengundi. Tempoh masa jawatan tersebut bergantung selagi ada keyakinan dan kepercayaan parti yang dia jadi anggota. Dalam kes ini PKR bukan PAS. Jika kepercayaan sudah tidak ada, dan keujudan kepercayaan itu ditandakan melalui memenangi jawatan parti, maka tindakan bermaruah ialah keluar dari jawatan yang dipegang. Memang benar bahawa jawatan parti tidak menentukan jawatan dalam kerajaan, tapi tidak ada jawatan dalam parti setelah menandingi nya, boleh dibaca sebagai kehilangan kepercayaan.
Kecuali lah  Khalid Ibrahim tiba2 ingat bahawa dia seorang ahli secara lansung sebuah pertubuan politik yang bernama Pakatan Rakyat. jika begitu, baharulah dia ada legitimasi untuk merayau sana sini.
Disinilah saya rasa PAS tersilap langkah. Golongan konsevatif dalam PAS janganlah membesarkan kepentingan dan kerelevenan mereka secara berlebihan. Izinkan saya mengingatkan mereka, bahawa kecuali mereka kekal jadi sebahagian dari entity yang lebih besar yang juga mengandungi mereka yang tidak sealim mereka, golongan konservatif akan jadi golongan yang terasing. Bila ini terjadi, mereka akan hilang relevance.
Memang benar, tanggapan  dan pandangan saya ini boleh diremehkan begitu saja, tapi respon yang  angkuh akan menyebabkan PAS menjadi sebuah parti tok alim kampungan sahaja. Ahli PAS sendiri boleh mengeciskan tanggapan ini dengan berkata- peduli apa tapi cakap yang demikian mendedahkan PAS tidak mempunyai kematangan berpolitik. Dan jika PAS bukan hadir dalam geanggang untuk mendapatkan kuasa politik, elok PAS mengistiharkan dirinya sebuah badan dakwah dan undur dari politik keduniaan.
Penukaran Khalid Ibrahim sepatutnya menjadi kes yang tidak dibesar besarkan. Ia hanya memerlukan tindakan yang bermaruah dan sedar akan  ada harga diri.
Khalid Ibrahim menunjukkan dia tidak ada kedua dua nya.
Sebetulnya( bahagian ini tidak ada dalam versi Inggeris), sejarah berulang kembali. Bila Dr Mahathir mahu menukarkan Khalid Ibrahim dari PNB dahulu, Khalid buat  kecoh dan ribut seperti yang dia lakukan sekarang juga. Dia kesana kesini buat bising, mendakwa dia telah banyak melakukan kebaikan untuk bangsa Melayu dan itu dan ini. Akhirnya, Mahathir memberi Guthrie kepada Khalid dan pemilikan saham dalam Guthrie pada harga yang cukup istimewa. Jadi saya ingat, dalam penukaran jawatan MB ini, mungkin ianya soal golden handshake sahaja. Lakukan keatas khalid apa yang Mahathir lakukan supaya meninggalkan  PNB.
Khalid Ibrahim tewas dalam pemilihan PKR. Walaupun masih ada 2 cabang yang belum selesai bersidang dan mengundi, tanda2 nya ialah Khalid akan tewas. Dia hilang keyakinan ahli partinya. Sepatutnya dia memperlakukan diri nya secara berprinsip, berprotokol dan bermaruah dengan berkata oleh kerana dia tidak mendapat keyakinan ahli parti, dia akan mengundur diri sebagai MB. Sebaliknya dia memilih untuk bikin kecoh, kesana kemari mencari mereka yang hendak bersimpati dengan nya dan menyokong nya. dia menjaja cerita hiba dan pilu nya yang diperlakukan oleh PKR keatas dirinya.
Khalid mungkin ada kepandaian ilmu corporate( yang kita boleh debat) tapi dari segi politik dia ini kosong. Sebagai contoh- resev tunai yang banyak. Pemimpin politik diukur dari sudut kehemahan berbelanja- dia tidak diukur dari sudut kecekapan menghimpun wang. Itu beza kehidpan public service dan corporate service yang paling asas. Khalid tidak faham ini kerena di consume oleh reputasi korporat nya. setelah bertarung dalam parti nya dan kalah, tidak terbuka pilihan untuk Khalid membawa kes nya kepada rakyat. dan partinya tidak patut didedahkan kepada cemuhan rakyat dan membasuh basahan kotor dikhalayak ramai. Khalid jangan overestimate himself excessively. Saya tidak mahu cerita prestasi Khalid semasa jadi guru di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib dahulu.
Khalid punya kes ini bukan suatu kes yang patut dibawa kepada penentuan umum pun; kita tidak mengharapkan peniaga pasar malam, penjual2 pasar untuk faham cerita sebenar Khalid mesti ditukar. Kita tidak perlu beritahu BN pun. Khalid sepatutnya waras dan sensible untuk tidak mendedahkan PKR kepada cemuhan umum dan sepatutnya berhenti daripada memberi peluru kepada musuh politik PR. Anggaplah apa yang Khalid lakukan sekarang sebagai memberi peluru untuk UMNO, dan petubuhan mesra UMNO membedil PR dan Anwar Ibrahim. Apa yang Khalid lakukan ialah berpelukan dengan musuh dan menjahanamkan partinya.  
Ada kita lihat ketika Mat Said, bekas MB yang suka mengajak orang bertumbuk itu mencabar parti nya mengemukakan undi tidak percaya dalam dewan Terenganu? Dalam hal ini, perlakuan Khalid yang amatur berpolitik, ialah condong kepada mencabar ahli2 PR untuk melakukan undi tidak percaya kepada nya. Apa implikasi nya? implikasi nya ialah Khalid tidak menghormati protocol politik atau degil tidak mahu ikut. Jawatan MB itu dia yang punya. Dia hanya mahu menjaga kepentingan nya dan tidak hirau apa yang berlaku kepada partinya. Mengepa harus kita simpan orang macam ini dalam parti?
PKR should expel Khalid in this case and see what he does. He can join UMNO for that matter.
Jadi saya tanya sekali lagi, kenapa Khalid sana sini menjaja cerita hiba nya dan mencuci basahan kotor dikhalayak ramai? Mengapa mahu mendapat sokongan parti lain dan mengujudkan ketegangan? Kenapa PAS masuk campur dan mempertahankan Khalid Ibrahim sedangkan ini keputusan PKR?
Tidak perlu sesiapa pun dari PKR menjawab apa salah dan dosa Khalid Ibrahim. Yang diperlukan ialah semua- dari ahli biasa sehinggalah kepada tokoh seperti Haji Hadi dan Tuan Guru Nik Aziz untuk mempunyai keyakinan dan kepercayaan dalam keputusan yang telah dilakukan oleh PKR. Saling percaya mempercayai ialah asas talian persahabatan.
Dalam hubungan ini, UMNO nampak lebih baik dan mantap. Bila Mat Said kena gugur, ada kita lihat dia pergi mendapatkan sokongan dari parti komponen lain? Kalau dia pergi jumpa pun, parti2 lain faham peraturan tersirat politik gabungan- yakni jika kita sudah tidak dapat kepercayaan dari pari sendiri, parti2 lain tidak akan menyoal keputusan yang dibuat oleh parti yang berkenaan.
Ini bukan masaalah PAS. Ini urusan PKR.  Pemimpin PAS tidak perlu sangsi keatas keputusan yang dibuat oleh PKR. Dan Khalid tidak perlulah menjaja hiba dan pilu nya seperti seorang political prostitute untuk mendapat sokongan dari parti lain. Perbuatan ini sama seperti melaga dan menyuruh orang berkelahi. PAS tak perlu layan Khalid dan sepatutnya menerangkan kepada Khalid bahwa walaupun PAS bersimpati kepada nya, tapi PAS tidak boleh campur.
Saling mempercayai adalah asas persahabatan antara rakan seperjuangan. PAS kena percaya kepada PKR.
Tamat. 
 Tambahan:
Saya membaca artikel dalam Free Malaysia Today yang menceritakan selaran Faekah kepada saya. Itu perkara biasa. Tidak ada masaalah. Bantai lah. Tapi saya ingin betulkan satu kesilapan- saya tidak pernah menyentuh keputusan Anwar Ibrahim mencalunkan isteri nya sebagai MB Selangor. Pemberita FMT dan Faekah ( yang jelas tidak membaca blog saya) cuai dalam perkara ini. Saya tidak pernah sentuh mengenai pencalunan Wan Azizah sebagai MB Selangor. Perkara tersebut saya rasa dibangkitkan oleh Senator Ariffin. Ariffin dan Ariff dua orang yang beberza.  Harap Maklum.

18 comments:

  1. Kami setuju dengan pandangan Tuan SAKMONGKOL . Bernas pandangan tu dan pencerahan yang baik .

    ReplyDelete
  2. satu analisa yang berani dan tegas dengan prisip kepatian

    ReplyDelete
  3. Faekah? Itu memang tugas dia untuk mempertahankan Boss dia yang letakkan dia jadi executive GLC Selangor. Kalau tidak Khalid tuduh dia makan gaji buta shj.

    Faekah bercakap fasal undang2 dan convention dalam pengguguran/lantikan MB. Mengikut convention, sekiranya parti tidak ada lagi confidence terhadap Khalid, by convention dia kena undor diri lahhh. Faekah lebih pada melindungi periuk nasinya seperti juga menantu Hadi dan Raja Petra/Raja Idris dlm beri komen. Tak bolih pakai sangat. Bias.

    ReplyDelete
  4. This is so low....let the MB do his job laaa.....what a nonsense la.

    ReplyDelete
  5. Inilah yang memang mencurigai. Mengapa Khalid Ibrahim nak simpan banyak wang & tak nak gunakan untuk membangunkan Selangor?

    ReplyDelete
  6. poraaah la Khalid Ibrahim.....

    ReplyDelete
  7. Biasalah....sandiwara ini macam kat Trengganu ....bagi duit Kau tim MB kat Trengganu.......PAS DAPAT apa??

    Kat Selangor pulak....bagi sikit maruah macam mana Khalid boleh bersara denga maruah.... nak habiskan masa dengan anak2 dan cucu-cucik.....dan juga MOU jadi Gabenor Penang atau Melaka.....MOU dah jadi kenyataan kat Selangor....BIL AIR NAIK!!...terima kasih Khalid UMNO!!

    Sandiwara tak akan isikan Perut Kosong dan Barang Naik....Kat tol Johor-Singapura naik 500%....mmmmm CIUM UMNO Terrorist kerana buat hidup kita lagi teruk/sengsarra.....!@#$%^&*!

    Boleh tak 5 huruf A L L A H isi perut awak semua dengan sandiwara mainan UMNO-BN??


    Bila Bantah Raksasa akan bermula sekali lagi.... Rakyat tak boleh tahan lagi Terrorist UMNO- Bangkrapkan Negara(BN)-Boko Haram -ISIS - Sulu ni....

    ReplyDelete
  8. Best of the best analysis tuan ak47....biar faekah meroyan sorang2 di luar sana...hidup pr...hidup dap...

    MELAYU MUDA

    ReplyDelete
  9. Hoi,

    Jangan pandah rendah pada kami ahli PAS dan hina Ketua kami Hj Hadi ok!!!! Kamu lah yang jadi penjilat Anwar dan cuci kasut Lim Kit Siang. Kami menegakkan syiar Islam bukan penyokong homoseksual dan komunis!!!

    ReplyDelete
  10. Sak,Khalid telah berjaya.Beliau Berjaya melaga laga kan PKR dan Pas.Pas telah menampak kan belang sebagai sahabat yang tidak mempunyai semangat kesetiakawanan yang kental.Pas Selangor nampak nya mengintai Jawatan MB.Bagi Pas Jawatan MB di Negeri yang kaya ini lebih penting dari peluang untuk menang GE14.Sikap tamak Pas dibawah pimpinan Hadu Awang terserlah sekali lagi....

    ReplyDelete
  11. Setuju dgn pandangan tuan. Ianya mudah :

    1. Khalid Ibrahim perlu akur kehendak parti.Parti yg meletakkn dia di situ.

    2. PAS X perlu campor tangan dalam isu MB Selangor sebaaimana mana PAs alami krisis di Kedah dan Terengganu. Sudah dipersetujui Kedah,Perak, Kelantan dan Terengganu PAS yg uruskan, Penang DAP dan Selangor PKR.Sebagai menghormati rakan sepasokan PKR minta pandangan rakan2.
    PAS rasa dia lebih besar dan lebih islamik so dia sepatutnya jadi big brother atau jd parti utama sepertimana UMNo dlm BN.Malangnya PAS x mmpu, x pro aktif. Jumud.Timbul persaan cemburu dgn kemampuan parti rakan sepasukan.Anwar jd mangsa.PAs x mau muhasabah diri.Ego. Bodoh sombong.

    3. Mesyuarat PKR lantik Presiden PKR untuk menjadi MB Selangor gnti Khalid. Anwar yg sepatutnya ganti Khalid. Anwar kena pangkah dgn Umno.Kalau x dapat rotan akar pun jadi.Kak Wan dekat dgn Anwar mudah Anwar untuk buat perancangan utk Selangor. Untuk tangani sepak terajang UMNO dlm usaha rampas SeLangor..

    ReplyDelete
  12. Cuba kupas sikit...apa hak Anwar jadi ketua umum PKR, tiada pertandingan dan jawatan pun tiada dalam perlembagaan PKR.Apa hak Azizah jadi Presiden kerana menang secara silap mata..Hanya dua calon untuk Presiden..kedua dua laki bini, niat nak sabotaj Azmin supaya Azmin tak masuk bertanding.Bila sah Azmin tak masuk bertanding dengan rela hati,Anwar tarik diri..Bukan ke itu menipu ???

    Masalah bukan kat Khalid tapi pada Anwar...

    ReplyDelete
  13. Ahmad Khatibuldin3 August 2014 at 12:24

    SHABAS Sakmongkol, Khalid MUST GO, period!!!

    ReplyDelete
  14. Setuju dgn pandangan tuan. Ianya mudah :

    1. Khalid Ibrahim perlu akur kehendak parti.Parti yg meletakkn dia di situ.

    2. PAS X perlu campor tangan dalam isu MB Selangor sebaaimana mana PAs alami krisis di Kedah dan Terengganu. Sudah dipersetujui Kedah,Perak, Kelantan dan Terengganu PAS yg uruskan, Penang DAP dan Selangor PKR.Sebagai menghormati rakan sepasokan PKR minta pandangan rakan2.
    PAS rasa dia lebih besar dan lebih islamik so dia sepatutnya jadi big brother atau jd parti utama sepertimana UMNo dlm BN.Malangnya PAS x mmpu, x pro aktif. Jumud.Timbul persaan cemburu dgn kemampuan parti rakan sepasukan.Anwar jd mangsa.PAs x mau muhasabah diri.Ego. Bodoh sombong.

    3. Mesyuarat PKR lantik Presiden PKR untuk menjadi MB Selangor gnti Khalid. Anwar yg sepatutnya ganti Khalid. Anwar kena pangkah dgn Umno.Kalau x dapat rotan akar pun jadi.Kak Wan dekat dgn Anwar mudah Anwar untuk buat perancangan utk Selangor. Untuk tangani sepak terajang UMNO dlm usaha rampas SeLangor..

    ReplyDelete
  15. Saudara,

    Janganlah sedap mengutuk orang sebagai pelacur lah, mengutuk PAS parti kampong lah. Awak lupa ke awak tu pun pelacur politik jugak kepada parti rasis DAP! Awak umpama barua pada Lim Kit Siang dan anak nya. Mengata dulang paku serpih, mengata orang diri awak yang lebih!

    ReplyDelete
  16. Salam dato'

    Pada saya wan azizah pun jenis hidung tak mancung pipi tersorong sorong.

    ReplyDelete
  17. Rasanya PAS perlu campurtangan dalam hal tersebut..dalam DUN Selangor,kerusi PAS melebihi kerusi PKR...selepas PRU13, PAS setuju kerusi MB diberi kepada PKR atas dasar kredibiliti TSKI...
    oleh itu, semua komponen PR perlu campurtangan dan berbincang dengan sebaik-baiknya...

    ReplyDelete
  18. PRU13 yang lalu ada pertindihan kerusi antara PKR dan PAS berlawan BN..

    kawasa tu kawasan PKR, tetapi yang pelik PAS pun letak calon..dan akhirnya BN yang menang.

    sepatutnya PKR boleh menang ..
    jika menang PKR:DAP:PAS masing2 15 kerusi.

    ReplyDelete