wajah2 Raub yang Satu Lagi.
Sejak
beberapa hari yang lalu saya dan rakan2 menjalankan operasi menghantar
sumbangan bulan ramadhan. Matlamat nya ialah untuk menyampaikan sedikit
sedekah. Disamping mendatangkan sedikit keceriaan dan menunjukkan kepedulian
kita kepada anggota masyarakat, kami mengharapkan habuan pahala dari Allah.
Ini
bukan mahu menunjuk nunjuk. Bahkan saya mengalu ngalukan rakan2 dari UMNO yang
mempunyai sumber dan tenaga yang jauh lebih besar, mari kita sama2 menjalankan
khidmat ehsan ini. Yang paling baik kita ziarah rumah ke rumah kerana dengan
itu, kita dapat appreciate bagaimana mereka duduk dan keadaan sebenar mereka. Kalau
kita himpun penerima dalam balairaya, kita tidak tahu keadaan kehidupan mereka
yang sebenar.
Walaupun
saya parti lain, saya tetap Melayu dan tetap beragama Islam. Apa yang rakan2
dalam UMNO rasakan terhadap kes2 orang Melayu, saya pun merasa yang serupa. Tinggal
lagi pendekatan dan jalan penyelesaian kita berbeza. Daripada bergasak dan
bertumbuk dan berkelahi mengenai perkara ini, baik kita satukan usaha untuk
mencapai matlamatnya.
Lihat
sahaja wajah2 mereka dari Raub yang lagi satu ini. Ada yang menerima dengan
linangan air mata menyebabkan kita turut berasa sayu dan tidak sanggup melihat
wajah mereka. Terasa kita mahu bergegas keluar dari rumah mereka untuk
tinggalkan mereka bergelut dengan 1001 emosi.
Thanks for making Malaysia a better place. I will make donation within this week. God bless your good heart and work.
ReplyDeleteWhen the going get tough, the tough get going. Keep up the good fight.
Dato, kesian jugak rakyat Sabah. Rumah2 daif di pendalaman ketiadaan bekalan api air dll. Itu semua rakyat Malaysia bukan pendatang. Kalau masuk di ceruk kampong di Sabah, tak ubah mcm Kemboja. Org kita kerap ke Kemboja bantu rakyat di sana. Tetapi kita lupa rakyat di negara sendiri masih ramai yg perlukan bantuan mkn minum...
ReplyDeleteBetul datuk... sy pun buat cara gitu. Walaupun kemampuan sy terbatas. Tiap tahun sy bawak ketua kampung tlg tunjuk rumah org susah utk sampaikan sumbangan n zakat peribadi.
ReplyDeleteTerasa kepuasan dan keinsafan melihat melihat keadaan sebenar...
Mudah2an Allah memberkati usaha kita.