Ramai
dikalangan kita, terutama bangsa Melayu adalah penyokong system raja
berpelembagaan. Ini bererti kita mahukan raja Melayu kita terus ujud, tapi
mereka tertakluk kepada perlembagaan. Ertinya juga, oleh kerana perlembagaan
itu adalah undang2 tubuh nya negara kita, yang dihasilkan oleh pemikiran
pemimpin rakyat, raja2 Melayu itu tertakluk kepada kehendak rakyat jelata.
Sebagai
orang Melayu, raja Melayu adalah sebahagian dari budaya dan warisan budaya.
Mustahil kita membuang budaya kita. Dalam budaya Melayu, raja2 Melayu itu
bahagian integral dalam budaya kita seperti bahasa dan agama orang orang
Melayu. Buang nya, bererti kita membuang sebahagaian dari diri kita sendiri.
Perkara
ini mesti dnyatakan seawal ini sebelum ada pihak yang menuduh Melayu durhaka.
Kita menolak idea raja mutlak kerana idea konsentrasi kuasa keatas rakyat yang
berada dalam tangan seorang secara mutlak, adalah idea yang bertentangan dengan
piagam seorang manusia yang jasadnya merdeka dan berjiwa merdeka.
Kita
tidak mahu kezaliman raja Melayu menyebabkan anak Melayu menulis seperti yang
pernah ditulis oleh Thomas Jefferson mengenai Raja George 111 dengan
menggelar raja Gerorge sebagai : usurper, plunderer , oppressor. Tapi kalau raja2
Melayu melampauai batas keadilaan- saya yakin suatu hari yang terdekat , ada
anak Melayu yang akan menyebut raja2 Melayu sebagai : penguasa yang tidak sah,
perampas dan penindas.
Nabi
Muhammad sendiri berakata: besar dan muliakan akan kamu Sultan (iaitu
pemerintah) kerana mereka itu kebesaran dan bayangan Allah dimuka bumi- selagi
mereka itu adil.
Apa
ertinya ini? Ini ertinya, ketaatan kita kepada pemerintah ialah ketaatan yang
bersyarat. Syarat nya satu sahaja. Kita taat kepada pemerintah, sultan, raja, selagi mereka itu adil. Dalam budaya Melayu ia
dinyatakan dengan sejelas juga: raja adil raja disembah, raja zalim raja
disangah.
Manusia
yang berjiwa dan berjasad merdeka membangunkan suatu masyarakat yang didirikan
atas prinsip, bahawa masa depan seseorang adalah tanggungjawab peribadi terlebih
dahulu dari segala nya. kepada manusia merdka, pemerintah, sultan, wazir,
gabenor, presiden bukanlah pelindung kepada mereka. Kepada manusia merdeka,
negara sesuatu yang dinukil oleh rakyat untuk tunduk kepada tuntutan mereka,
bukan sesuatu yang menundukkan mereka. Dia melihat kerajaan dan pemerintah
sebagai wadah, alatan, perkakas untuk mencapai sesuatu matlamat bukan nya penjamin
dan pemberi rezeki , bukan tuan atau Tuhan yang disembah secara membabi buta
yang mesti dipuja.
Dalam
buku Capitalism and Freedom, Milton Friedman mengulangi ideal dan cita2
manusia merdeka bila dia menyebut: manusia berjasad dan berjiwa merdeka akan
bertanya; apakah saya dan rakan2 lain buat dan lakukan melalui kerajaan untuk
membantu kita semua melaksanakan tanggung jawab peribadi masing2, mencapai
matlamat2 kemasyarakatan kita dan melindungi kermedekaan kita? Dan seterusnya
mereka akan bertanya: bagaimana kita kekalkan kerajaan dan pemerintah yang kita
ciptakan dari menjadi raksasa dan dajjal yang akan memusnahkan kemerdekaan yang
kita kepada nya kita telah bersumpah, melindungi nya sehingga tetesan darah
yang akhir?
Tq YB. Ini baru boleh mengasah fikiran anak-anak muda melayu. Ada rujukan Sunnah Nabi yang mesti di jadikan paksi untuk mereka menghayati.
ReplyDeleteJuga kepada bukan melayu yang tidak tahu pun sejarah Tanah Melayu. Jika mereka tidak di didik, bagaimana untuk saling menghormati ? Penyakit memang dari kafirun harbi di sokong yang munafik serta murtad.
I agree fully that pakatan will lose selangor if Khalid remains. He is like a 'musuh dalam selimut' - very sad indeed. It looks like money will buy even principled people, if Khalid was one before. Now, he is all out to help BN covertly. I used to like him, but now I hope he steps down asap.
ReplyDelete