Kita nak tanya- bila Jamil Khir Baharum, menteri yang bertanggung jawab mengenai agama Islam mengistiharkan negara ini negara Islam, adakah ini keputusan kabinet? Atau ini kenyataan untuk menyukakan hati kaum Melayu? Jika ianya keputusan kabinet, maka bagaimana reaksi pimpinan MCA, Gerakan dan pimpinan parti komponen BN yang bukan Islam? Kita tahu MCA tidak ada lagi missi perjuangan selain berleter untuk mendapatkan jawatan dalam kabinet. demikian juga parti2 lain.
UMNO dan Hudud.
Kenapa tiba2 UMNO beria-ia memperjuangkan hudud? Parti ini tidak pernah dikenali sebagai parti politik yang memperjuangkan cita2 Islam. Bahagian itu dimiliki oleh PAS. PAS pun bersikap berhati2 apabila mahu melaksanakan hudud. Pembentangan private members bill mengenai perlaksanaan hudud oleh PAS di parlimen suatu ketika baru2 ini ditunda dahulu. Walaupun hudud itu hanya untuk negeri Kelantan.
UMNO dan Hudud.
Kenapa tiba2 UMNO beria-ia memperjuangkan hudud? Parti ini tidak pernah dikenali sebagai parti politik yang memperjuangkan cita2 Islam. Bahagian itu dimiliki oleh PAS. PAS pun bersikap berhati2 apabila mahu melaksanakan hudud. Pembentangan private members bill mengenai perlaksanaan hudud oleh PAS di parlimen suatu ketika baru2 ini ditunda dahulu. Walaupun hudud itu hanya untuk negeri Kelantan.
Kerana
PAS sedar bahawa walaupun ianya dilaksanakan di Kelantan, implikasi nya akan
menyeluruh.
Tapi
UMNO lebih kuah dari camca. Sampai melimpah kesungguhan dan keterujaan nya
untuk membentangkan hudud. Wakil rakyat UMNO yang ek dan gah mahu membentangkan hudud di DUN Selangor pada saat akhir menanrik balik hasrat nya. nyatalah kepada wakil UMNO, DUN hanya seperti pasar malam.
Kepada UMNO, pemikiran disebalik hudud iti bukan seperti pemikiran PAS. Motivasi PAS ialah mendepankan prinsip agama. Kepada UMNO ianya suatu mainan politik dan hudud adalah suatu instrument untuk menyelamatkan dan mengekalkan kedudukan UMNO. Kita semua tahu UMNO didirikan atas semangat nasionalisme Melayu.
Kepada UMNO, pemikiran disebalik hudud iti bukan seperti pemikiran PAS. Motivasi PAS ialah mendepankan prinsip agama. Kepada UMNO ianya suatu mainan politik dan hudud adalah suatu instrument untuk menyelamatkan dan mengekalkan kedudukan UMNO. Kita semua tahu UMNO didirikan atas semangat nasionalisme Melayu.
Dan
dalam bulan2 mutakhhir ini, nasionalisme UMNO ialah nasionalisme puak ekstremis
kanan. Agama dan mempertahankan institsui Raja Melayu adalah dua bidang dimana
puak pelampau kanan UMNO menunjukkan taring mereka. Sedangkan dua perkara ini
tidak lansung berada dalam ancaman.
Maka,
hudud merupakan peluang politik yang terbaik untuk mengembali-kukuhkan(
reassert) imej UMNO sebagai menjuarai bangsa
Melayu. Hudud sebagai sebahagian agama Islam tentulah disokong oleh semua
bangsa Melayu. Jika UMNO boleh menunjukkan dirinya lebih dari PAS dalam memperjuangkan
hudud ini, maka UMNO akan mendakwa dirinya sebagai satu2 nya parti yang
mendahulukan Melayu.
Hudud
pula tidak disetujui oleh hampir semua orang bukan Islam- India dan Cina. Maka hudud
boleh digunakan sebagai senjata oleh UMNO untuk membahagikan Melayu dengan
bukan Melayu. Bukan Melayu akan dilihat sebagai musuh yang menentang segala nya
Melayu. UMNO akan pergi keserata kampung dan beteriak, orang Melayu dan agama
mereka dalam bahaya sebab golongan bukan Melayu menentang bangsa kita.
Sedangkan
penolakan hudud oleh bangsa bukan Melayu bukan disebabkan kerana mereka anti Melayu atau anti raja Melayu. Bahkan penolakan mereka disebabkan oleh kegagalan institusi
Islam di Malaysia menerapkan pemahaman serata menunjukkan bahawa Islam itu adil
dari sudut perlaksanaan nya. KIta lihat 'kezamilan' dan kekerasan Islam dalam kes2 hak penjagaan anak oleh seorang ibu bukan Islam, kes merampas jenazah seorang bukan Islam, dan kes enggan pulangkan bible. Kesemua ini memperlihatkan kepada bukan Islam dan orang Isalm juga, betapa tokoh2 agamawan yang tidakpun dipilih oleh rakyat berlagak macam diktator menjalankan hukum Islam dari sudut pengertian mereka.
Dan tentangan itu tidak ada kena mengena dengan hudud. Ianya di tentang kerana kebimbangan kaum bukan Melayu akan kemungkinan perlaksanaan tersebut dijadikan alasan untuk menindas bukan Melayu dan bukan agama Islam.
Dan tentangan itu tidak ada kena mengena dengan hudud. Ianya di tentang kerana kebimbangan kaum bukan Melayu akan kemungkinan perlaksanaan tersebut dijadikan alasan untuk menindas bukan Melayu dan bukan agama Islam.
Maka
kepada saya, kepentingan UMNO dalam isiu hudud ini tidak ada kena mengena dengan
prinsip agama Islam. Ianya semua sebagai suatu senjata politik yang membolehkan
UMNO bercakap secara terang terangan mengenai pertembungan antara Melayu dan
musuh Melayu. Hudud ialah bentuk rasism terbaru oleh UMNO.
Keadaan
akan judi juru hara, keadaan masyarakat akan menjadi tegang sebab UMNO sekarang
hanya bercakap dari sudut Melayu dan musuh Melayu.
kepentingan
UMNO dalam memperjuangkan hudud ialah politik semata mata. Perlaksanaan prinsip2
Islam tidak ada dalam kamus UMNO. Apatah lagi, bila Najib bercakap mengenai
hudud, maqasid syar’iyyah- kita tahu itu semua hipokrasi Najib. Saya bukanlah
lah mahu memperkecilkan religiosity
Najib, tapi jika Najib bercakap mengenai apa2 pasal Islam ianya seperti Hugh
Heffner( pemilik majallah Playboy) bercakap mengenai agama kristian.
Agenda
UMNO hanya satu- menggunakan hudud sebagai bentuk rasism yang terbaru. Dengan hudud,
UMNO boleh membahagikan rakyat mengikut pecahan kaum. Oleh kerana kaum Cina dan
India akan menentang hudud kerana sememang nya mereka bukan Islam- maka itu
akan membolehkan UMNO bercakap dari sudut melayu dan bukan melayu dan antara
kita dengan mereka. Kita ialah Melayu dan mereka ialah Cina dan bukan Melayu.
Ianya
akan membolehkan UMNO melihat semua penentangan dari gologan bukan Melayu
sebagai serangan kepada kita. Dan ini akan digunakan oleh UMNO untuk
menjustifikasikan tindakan ekstrim dan ganas.
Kenapa orang Melayu bila bercakap soal hudud tidak pula persoal tentang RASUAH, PENYELEWENGAN DANA oleh pemimpin kerajaan. Kalau nak mati matian tegakkan Islam kenalah bangkit dan tentang semua pembaziran hingga hutang negara mencecah paras bahaya dan rakyat pula diperah untuk membayar segala jenis cukai bagi menampung hutang yang dibuat oleh hantu hantu ini.
ReplyDeletePAS kenalah bincang soal pe,baziran itu dan terang dengan jelas akan natijah apabila kerajaan UMNO buat pembaziran dan rasuah. Selama 57 tahun perintah Malaysia, nilai ringgit susut hingga Singapura yang tidak punyai apa apa hasil bumi mengatasi kita dari nilai ringgit banding dollar.
Kalau nilai US kita tidak boleh tanding tapi Singapura, apa lah sangat pergantunggan mereka sehningga dollar mereka naik ke paras 2.60 banding 1RM.
Hasil bumi Malaysia dari dalam perut bumi kita ada EMAS, BIJIH BESI,dll dan atas darat ada SAWIT, GETAH,COCO,dan segala jenis sayur sayuran, bunga dll. Perut siapa hasil semua ini MASUK. Setiap negeri punyai apa yang digelar Perbadanan Negeri. Pahang punyai Perbadanan dan pelbagai anak syarikat dibawah Perbadanan ini terlibat dalam sawit.Kema mana pergi hasil ini. LKPP, LKTP,RISDA,dan macam2 persatuan bawah pekerja yang menjadi ajensi kerajaan negeri. Kemana pergi hasil ini?
PAS kena lah bangkitkan isu ekonomi kepada orang Melayu dan Islam dan tunjukkan kepada mereka betapa rakus kerajaan UMNO ini mengendali hasil bumi Malaysia yang disayangi.Setiap tahun cukai naik atas pelbagai alasan, Terkini RASIONALIASI, entah apa SI lagi.
Adalah menjadi tanggungjawab pembangkang khasnya PAS untuk membuka mata rakyat terhadap kerakjusan UMNO ini.
1MDB, kroni yang terkini mendapat janakuasa letrik RM11 billion. Apa nak jadi Malaysia kita ini?.
Kerajaan dok tekan diesel, petrol kunun dibawa lari demi untuk menjana persetujuan rakyat supaya dihalalkan kenaikkan harga petroleum.
Bila lagi PAS nak BUKAKKAN MATA RAKYAT.
Dato, the following is a contribution by a Magnus to one of Malaysiakini's posts, read this today, and it is as relevant as ever:
ReplyDeleteThe Reid Commission and Malaysians knew/assumed the following in 1957 (at independence):
1. Malaysia's secular federal civil law was supreme for all citizens as all were equal before the constitution which is the highest supreme law of the land.
2. Some citizens were to be protected for some limited time to allow a fairer level playing field for all.
3. Malaysians would look after their religious affairs responsibly and honourably without interfering in the secular political governance of the nation.
4. Malaysians understood federal civil law applied to both non-Muslims and Muslims.
5. Malaysians understood religious rules, like Islamic syariah rules, applied only to Muslims, and that choice was at their own volition.
6. The constitution was a living embodiment of codified structure that was not set in stone but would allow natural evolution for a more and more enlightened and learned good society to emerge.
Such basic rules and understanding, and yet there are headless ngos, ministers, officials, running around trying to subvert and challenge the Federal Constitution and the legal system. Dont they have anything more useful to say or do? How about the GST, eroding education system,increasing crime, security threats such as the neverending incursions, kidnappings in Sabah, extremist threats and the recruitment of our Malaysian youths to become militants/suicide bombers, corruption, transparency, etc etc.. Just pick one.
Spot on, Dato Sak
ReplyDeleteIf only more rural & semi urban Malays out there read this.
There are still many out there who see non Malays as the enemy, no thanks to UMNO
Dato' , sudah tersangat jelas akan pendirian UMNO akan HUDUD. PAS pun baru nak belajar akan HUDUD ni. Cakap boleh lah. Cuma nak tahu dalam PAS pernah kah ada pengalaman menjalankan hukum HUDUD ni. Pernah tak menjalankan hukum sebat atau potong tangan. Jika belum pergi belajar dari ulamak2 yang telah menjalankan hukum hudud ni. Cuma saya nak berpesan disini jangan kita cuba sesekali nak mmperlekah akan HUDUD ni. Musibah nya nanti sungguh dasyat sekali. Tak tertanggung badan nanti. Salam
ReplyDeleteMaybe Umno should appoint Dr.
ReplyDeleteMahathir as the de-facto PM of Malaysia.It can be the saviour and only cure for its cancerous cells.Ignore my well intended advice at their own peril(chuckles and giggling at the background).
Hudud is a game for men with nerves of steel between two players,PAS and Umno.
ReplyDeleteIn round one Umno blinked and PAS landed the knockout punch.And Umno fell flat and landed face down and out for the count.Those hudud champion wannabes better realised that hudud is not a game for chickens.
Hudud will influence the Malay votes in the rural hinterland and therefore will be the game of the season for both PAS and UMNO... but in all honesty, both are not well-versed or know the proper implementation of the Hukum Hudud. Bur for the sake of political expediency and vote-getting, the Hudud will be pushed until hell breaks loose...which is going to be the case soon afterall this is already a failed nation...
ReplyDeleteThe only people who can save this country from the bunch of mad people from both UMNO and PAS and even some from PKR are the educated, liberal-minded and economically-better Malays but they are not too keen to stick their necks out on the chopping blocks just in case things do really get ugly... so they continue to be indifferent and just worry about if the croissants at the clubs are crispy and buttery enough and they worry only about their golf swings... the rest of the country can go down the gutter for all they care...
While still on the subject of Hudud, I am sure the issue of the Bibles confiscated by JAIS and MAIS is related...
ReplyDeletePrime Minister Najib Razak just issued a statement this morning to advise MAIS and JAIS to discuss the issue of the confiscated bibles with the Attorney-General...
Its really pathetic of this PM to be making statements like this... why can't he just tell these two agencies "return the Bibles" rather than what he did, to ask for JAIS / MAIS to discuss?
Is he really that weak? If such is the case, he is not qualified to rule this country as the PM> He should just tender his resignation because it is not going to help this country one bit if he stays on as PM as we need someone firm and yet with a heart and passion to rule this country in a harmonious yet progressive manner.
Najib is such a softie... no wonder I could see him shudder when Sharizat Jalil rolled up her sleeve at PWTC and raised her voice... I could see him turn pale on stage... or maybe it was the lightings at Dewan Tunku...
Nak jelaskan pasal hudud.....mudah....Kalau Penyokong Keras Hudud berani BBBB masuk JAIS - MAIS - Syriah ambil semua alkitab orang Kristian dan kembalikan mereka kepada Bible society atau kepada orang Kristian seluruh Malaysia...... Malaysia akan sokong Hudud...Tak bermakna akan Laksanakan Sistem Hudud....itu semua ideologi Agama... Tapi Bermakna PAS-PKR dapat lebih sokongan dari UMNO ISIS-Boko Haram Terrorist Islam Cult...!!.....senang aje....
ReplyDeleteSekarang Khalid dah buat rancangan Kuburkan Azmin...jumpa Sultan, supaya PAKSA JAIS MAIS kembalikan semua al Kitab Kristian....
Itu sebab kalau Azmin nak dilihat macam Leadership material...cepat...himpun...
pecahkan pintu ambil dan kembalikan Bible kepada BSM....... atau Wan Azizah...atau Anwar..... Malangnya rupanya Khalid sekali lagi dah Check Mate Azmin. Jangan ingat nak Kuburkan Khalid adalah macam tunggu Durian Runtuh...kena buat sesuatu HEBAT!!
Mais and Jais are more powerful than Najib,Khalid and Ghani combined together.Go figure.
ReplyDeleteTiba2 UMNO beria-ia memperjuangkan hudud - blueprint sistematik terbaru Perkasa kut ? tak lah pelik, sememangnya utk terus memperbodohkan & mdpt undi Melayu kita; berselindung melakukan penyelewangan dana, kuasa ... mcm inside trading
ReplyDelete