Esok malam saya akan menyertai ceramah mengenai GST. Turut sama ialah pemimpin2 politik seperti Tian Chua, Tamrin Tun Ghafar dan abang Hj Mat Sabu. Esok 30hb April ambang kepada himpunan bantah GST di dataran merdeka. Dataran merdeka hak rakyat. rakyat yang punya.
Saya
harap ramai akan datang ke dataran merdeka. Jangan takut. Mahkamah telah
menghukum bahawa himpunan aman tidak melanggar undang2. Bahkan melarang
himpunan aman melanggar perlembagaan. Kita sudah buktikan bahawa bila kita berhimpun
kalau tidak ada provokasi dari pihak upahan UMNO, himpunan akan jadi aman.
Pihak
polis tidak boleh ancam rakyat mereka sendiri. Zahid Hamidi tidak boleh ugut
rakyat. pemimpin kerajaan seperti Zahid mesti ingat, mereka ialah kerajaan yang
disokong oleh 47% dari mereka yang benar2 keluar mengundi. Kerajaan BN ialah
kerajaan yang menang atas technicalities. Dari segi moral mereka kalah.
Majority
yang tidak sokong kerajaan berhak membantah suatu dasar yang menyakiti mereka. Orang
Melayu khususnya mesti celik mata dan cerdiklah sedikit. Jika rakyat terutama
orang Melayu sokong juga GST , ini mengesahkan mereka ini lembab. Kita mesti
berhenti dari dilembukan.
Bila
kita cadangkan untuk batal dan masnuhkan AES, golongan UMNO dan kumpulan Melayu
berdemonstrasi dan membantah pembatalan saman AES. Sedangkan hasil AES
dinikamati oleh elit Melayu.
Ingat
ini hai orang Melayu. 20% Melayu teratas ada pendapatan bulanan RM10,666. 40%
yang ditengah ada pendapatan bulanan purata sebanyak RM4123. Yang 40% terbawah
pendapatan mereka RM1686. Jangan lupa ini.
Bila
kita cadang nak beri pendidikan sampai universiti secara percuma, orang Melayu
juga bangkit memprotes, berdemonstrasi dan membantah pembatalan PTTN. Apa-
orang Melayu sudah cukup kaya dan punya pendapatan yang besar? Perkara percuma,
mereka bertegas dan berkeras hendak bayar juga?
Nasi
apa yang orang Melayu makan?
Sekarang
bila GST hendak dikenakan- sekali lagi takyat dan khususnya orang Melayu hendak
sokong. Apa kena mereka ini?
GST
akan menguntungkan kerajaan. Pendapatan kerajaan bertambah. Pendapatan awak
bagaimana? Bandingan nya seperti semasa kita dalam keadaan berdepan dengan kos
kehidupan yang tinggi, kerajaan mengurniakan kepada diri mereka sendiri
kenaikan gaji. Kenaikan pendapatan ini – adakah ianya mendatangkan kebaikaan
kepada rakyat atau kebaikan kepada golongan istimewa dan terpilih?
Saya
tidak perlu menghurai GST dari sudut arithmetic nya. tidak perlu saya
memeningkan kepala pendengar dengan kiraan beza antara input gst dan output
gst. Tidak perlu juga saya menerangkan cukai gst yang dikenakan kepada setiap
fasa dalam rantaian bekalan. Dari pengilang, kepada pemborong kepada peruncit
dan kepada pengguna.
Siapa
kata, GST tidak akan menaikkan harga
barang? Kerajaan kata GST bukan elemen kos kepada pihak pembekal. Setiap fasa
dalam rantaian bekalan bertindak sebagai ejen mengutip dan memperoses cukai
gst. Kerja pemerosesan ini dilakukan percuma kah? Mendahulukan bayaran kepada
pihak kerajaan bukan kos? Menanti refund dari kerajaan bukan kos? Semua ini kos
kepada pembekal. Pembekal dan peniaga akan assign kos kepada perkara2 ini dan
akan mengambil kesempatan menaikkan harga secara umum.
Tidak
dapat tidak harga barang atau inflasi akan berlaku. Pengguna akhir bukan sama
kekayaan mereka. Yang miskin akan memperuntukkan bahagian yang lebih besar dari
pendapatan mereka walhal pendapatan mereka kekal pada tahap sama. Apabila golongan
miskin memperuntukkan bahagian yang lebih besar kepada bayaran cukai, ertinya
cukai itu regressive. Orang kaya memang bayar cukai- tapi peratusan bayaran
cukai dari pendapatan mereka yang lebih besar tidak mencederakan mereka. Bayaran
cukai RM100 dari pendapatan 1500 tidak sama dengan bayaran cukai RM100 dari
pendapatan RM10,000.
Jadi
siapa kata GST membantu golongan pendapatan rendah? Yang menanggung beban cukai
dan kenaikan harga umum ialah golongan miskin.
Lawan Tetap Lawan.Bantah tetap Bantah. Say NO to GST. Live our life without GST !!
ReplyDeleteYes,let the rakyat know that the GST is a blank check for the corrupted in power.It is like signing your bank accounts and giving your house keys to the people who walk along the corridors of power.
ReplyDeleteTapi UMNO-BN dengan izin Sultan -Agong nak rakyat pentingkan saja Islam, Hudud, Syriah, Ubah corak hidup, jangan guna air, terima MH370 hilang, orang mati kat penjara...padan muka...semua yang bantah, tunjuk perasaan adalah jenayah Hard Core terrorist....
ReplyDeleteKalau awak semua ada senapang macam UMNO-Sulu-Abu Sayaf terrorist kat Sabah...UMNO-BN boleh duduk...bincang kat Putrajaya, hotel Hyatt, Shangrila...bagi Karpet merah, dengan bunga mangga, kompang, Lion dance....
Jangan Risau Kalau Barang Naik...ini semua Takdir Allah UMNO....terimalah restu awak!
Atau Kita boleh UBAH Destiny hidup kita dengan BBBB..... Bangun Bantah...Bangkit...Berontak!!
Tak ada salah BBBB kalau pemeritah ZALIM...Kejam... Cilik...Hina Hidup Awak!! Agama yang bodohkan awak adalah agama ZALIM tak guna!!
Askm tok
ReplyDeleteHairan melayu yg kedana yg beryia2 so kong gist
Harap Esok dpt jumpe tok d dataran
Selaku pekerja dan pengguna yang resah dan gelisah akibat kenaikan kos hidup dan ditambah dengan kelulusan perlaksanaan GST oleh parlimen, mereka berhak menyuarakan rasa tidak puas hati mereka secara aman di hari pekerja esok. Jom GST! Gasak Sampai Turun !. See u 2morrow Dato! Speech jangan berapi sangat Tok..bimbang terbakar.
ReplyDeleteGST mmg akan memeritkan lagi hidup rakyat. Yg keje gaji ciput tp masih nk bela kerajaan BN tu sudah-sudahlah. Jangan komplen lah kalu duit tak cukup nak beli brg makanan dll di sebabkan "GST". Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian...lu pikir lah sendiri!!!
ReplyDeleteSesiapa yang menyokong GST & membandingkan dengan negara yang ada perlaksanaannya seperti Singapore adalah orang memang bodoh. Fikirlah dulu purata gaji sebulan antara rakyat Singapore & Malaysia berapa?
ReplyDeleteGST = Grab Steal & Take (from the poor)!
ReplyDeleteUMNO-BN is saying that it is NOT good for us, for our hard-earned money to be in our pockets but should be given over to UMNO-BN for the sake of our own good !!!!!!
ReplyDeleteMelayu jenis ini memang bodoh dan di perbodohkan. Apa kata Deputy Minister Ahmad Maslan? Protest ka tak protest GST tetap dilaksana. Tanya dia berapa million ringgit habuan dari projek2 FELDA baru2 ini yang dia sapu? Orang tahu.
ReplyDeleteDato,on Saturday May 3rd,a Californis bred horse bought for 10k named California Chrome won the Kentucky Derby.He wore the headband DAP logo,belonging to his owners.
ReplyDeleteBut in this case the DAP logo stands for Damn Ass Partners.Just imagine a 10k Cal bred horse beating colts costing their owners millions.
And days before the derby a syndicate offered the owners 6.1 million for a 51% stake in the horse,which the owners who are ordinary working stiffs turned down.Now that the horse has won,it is worth many times more than that.