Sunday, 2 March 2014

Jangan Nasi Jadi Bubur



Mengenai sebab2 langkah kajang diambil saya sudah beri alasan tiori disebaliknya. Itu penghuraian rasional. Ada orang kata itu semua cerita nenek kebayan. Tapi kepada saya, jika sesuatu peristiwa itu tidak ada alasan tiori , ianya tidak bagus. Tidak ada tiori erti tidak ada intisari yang boleh dijadikan model untuk peristiwa2 yang akan datang. Ia tidak mempunyai kuasa penerang. (explanatory power).
Tapi kalau tidak mahu penerangan rasional, kita ada alasan yang bukan rasional. Alasan disebalik langkah ini ialah ianya diperlukan untuk menguasai Selangor dan menjadikan Selangor sebilah pisau yang menghala ke jantung sarang segala perompak yang sekarang ini berkelana di Putrajaya. Itu alasan yang paling mudah. Kerana itu kita mesti menangkan Anwar Ibrahim. Simple. Jika Anwar menggunakan Selangor untuk jalan ke Putrajaya dan menjadi PM, apa salah nya. sesiapa pun boleh memasang cita2 menjadi PM.
Anwar kan tidak bermoral? Morality UMNO bagaimana? Morality puak UMNO adalah morality limbahan. Limbahan belakang rumah tok perempuan saya di Pekan Pahang dahulu lebih banyak morality.
Munasabahkah kita beranggapan bahawa Anwar mahu menggunakan Selangor sebagai bargaining chip memasuki kembali kepangkuan BN dan jadi TPM? Kenapa seorang yang boleh jadi PM mahu kompromi dan jadi nombor dua dibawah pimpinan Najib pulak tu? Saya serahkan para pembaca mengadili tiori yang sedemikian. Nampak sangat sesiapa yang mendepankan tiori ini sudah dibayar Najib supaya memagari Najib.
Ada orang berfikiran bahawa langkah kajang ini suatu tindakan yang salah. Ianya diambil kerana mahu get rid of Khalid Ibrahim. Jika Khalid Ibrahim suatu masaalah, apa salah nya kita get rid of Khalid?  Jika Azmin suatu masaalah, Azmin pun kena replaced.
We are not in the game on UMNO’s terms.
Tiba2 Khalid jadi UMNO’s angel.
Kita patut hairan dan risau bila tiba2 kepada UMNO Khalid is an angel. Selama ini apa yang Khalid tidak kena maki? Dari gagap sehingga ada ramai gundek2. Bermukah dengan Faekah dan Elizabeth Lim.
Fakta bahawa UMNO tiba2 mahukan Khalid terus kekal sudah cukup untuk menaikkan syak kita. Boleh jadi Khalid Trojan horse UMNO yang mahu menguasai Selangor semula?
Khalid dah mencapai banyak yang positif untuk Selangor, seperti reseb tunai yang banyak dan lain2. Semua ini yang tidak pernah releven untuk UMNO, tiba2 jadi sumber penghargaan. Jika ia sudah bagus, ini sudah mencukupi untuk menjadikan Selangor suatu showpiece kualiti kepimpinan PR terutama PKR bukan?
Pandangan yang demikian ada betul tapi tidak functional untuk politik. jika bagus in vacuo tapi tidak functional tidak berguna. Bagus atas nama bagus tapi tidak memfaedahkan reality tidak guna juga. Kita hendakkan pemimpin yang bagus dalam functional sense. Seperti Najib. Dia bagus atas kertas rancangan pakar runding. Dia bagus kepada rakat Pekan yang sudah disintuk-limau. Tapi untuk Malaysia, Najib hampas. Dia tidak functional lansung.
Berpolitik bukan untuk dapat markah bagus tapi untuk serve a purpose. Objek politik ialah mendapat dan mengukuhkan kuasa. Kuasa untuk melakukan kebaikan boleh juga dilakukan untuk melakukan kejahatan. Bila sudah kalah dan hilang kuasa, pencapaian yang bagus si Khalid Ibrahim hanya jadi bualan nostalgic. Itu jam baru padan muka kita.
Jangan kita hilang punca dari sentiasa menganggap bahawa overriding objective kita ialah menjatuhkan serigala BN dan UMNO dari semua punca kewangan. Semua punca kewangan, wang terkumpul, dana, projek, harta benda dalam bahaya juka orang UMNO ada berhampiran. Jauhkan mereka dengan mengenyahkan mereka dari kuasa politik.
Dalam hubungan ini, saya sudah jawab Dr Mahathir punya dakwaan bahawa semua orang dalam bahaya dengan Awwar Ibrahim ada berhampiran. Yang dalam bahaya ialah semua yang merompak dan menyamun dan menggadai harta benda rakyat.
Kita jangka UMNO akan guna segala tipu helah dan tektik yang paling kotor untuk mengalahkan Anwar. Anwar masih diangap sebagai musuh nombor satu negara. Darjat musuhnya lebih tinggi dari penceroboh Sulu yang mendedahkan kelembapan dan kelemahan system pertahanan negara. Tapi itu cerita lain. Biarlah UMNO buat pantomime dan drama untuk melembutkan hati balu2 perwira yang gugur. Ianya tidak akan menyembunyikan kelemahan pertahanan negara kita. Sehinga kini tidak ada closure mengenai episode tersebut dan tidak ada white paper mengenai nya. rasuah berleluasa. Para actor utama dalam eisod serangan beberapa orang yang kekuarangan makanan dan hanya pakai kain dan selipar jepun. menghalalkan pembelian barangan dan asset tentera tanpa tender. Pembekal dipilih ikut selera mereka yang berkuasa.
Orang2 seperti ini yang akan takut bila Anwar naik. Sebab itu Dr Mahathir kata tidak ada orang selamat jika Anwar naik. Perompak dan penyamun, perasuah, yang membantai perbendaharaan negara , mereka semua idak akan selamat.
Yang rasa kurang senang dengan langkah kajang, bayangkan ini: apa jadi jika kesemua ADUN PAS yang seramai 15 orang bergabung dengan BN kerana dijanjikan jawatan MB? BN-PAS Selangor akan ada 27 kerusi DUN. PR tinggal 29.
Atau 7 dari PKR dan 7 PAS keluar parti masing2. Yang bukan PR akan ada 14 campur dengan12(BN) terdapat 26 yang bukan PR. Dalam kedua kes, BN hanya perlu membeli beberapa orang sahaja dari sama ada PAS atau PKR untuk mencukupkan bilangan untuk menunjukkan bahawa PR Selangor tidak ada majority dalam DUN Selangor.
That’s all it takes to singkirkan kerajaan PR Selangor.
Kenapa kita tidak menyekat perkara ini berlaku? Oh sebab kalau kita melakukan seperti Langkah Kajang, kita menodai amanah rakyat. kerana membazirkan wang rakyat. kerana Khalid kan bagus? Kita lupa ini semua standard arguments dari BN. mengenai yang akhir itu- kita sudah jawab diatas.  
Kenapa kita tidak melihat kenyataan didepan mata. Khalid mengalienasi ADUN2 PKR dan PAS. Nak jumpa pun susah. Kami dalam kesesakan nak servis kawasan takde peluru.
BN hanya perlu mengenal pasti adun2 PKR dan PAS yang sesak dan beli mereka. Kalau 5 lagi  berhijrah kerana dapat RM25juta seorang, kerajaan PR Selangor akan jatuh.
Katalah yang keluar dari PKR itu faksi yang diketuai sama ada oleh Khalid atau Azmin. Mereka tidak perlu masuk BN , hanya perlu tidak berada dalam PR. Dari PAS demikian juga. Sebab kalau keluar dan masuk BN, mungkin tuduhan sebagai pengkhianat terlalu berat. Hanya perlu tidak ada berada dalam PR.
Jika PR hanya tinggal 25 kerusi dan yang bukan PR sudah ada 31, ketika sidang dewan Undangan mahu bermula, Tuanku Selangor akan bertitah- Tan Sri, kerajaan Tan Sri nampak nya tidak ada jumlah majoity. Silalah turun. Nyah kamu dari kerusi kamu.
Ketika itu, kerajaan PR akan merusuh dan berkeras mengatakan mereka tetap ada majority. Speaker Hannah Yeoh yang enggan turun akan diperlakukan sebagaimana Sivakumar di DUN Perak diperlakukan. Semua mereka memprotes akan bersidang dibawah pohon angsana diluar dewan. Dalam dewan, yang tinggal sudah memertabatkan MB baru.
Ketika itu mereka yang mengecam dan marah kepada Anwar kerana melakukan langkah Kajang akan menyesal. Mereka akan kata. Bodoh si Anwar dan lain2. Dah tahu perkara ini mungkin berlaku tidak mahu melakukan sesuatu.
Tatkala itu, nasi sudah jadi bubur. PR sudah terkubur di Selangor. Kerana apa? Kerana sensitivity dan sensibilities kita terguris. Kerana Anwar tidak mahu bertindak. Kerana kita yang marah kepada Anwar, menerima hasutan BN bahawa mengadakan PRK adalah membazirkan wang rakyat.
Perkara yang hendak diperjuangkan di Selangor ini bukan nya, idealisme politik seperti demokrasi dan sebagainya. Semua ini boleh dilaksanakan dan dijadikan kenyataan, jika kamu ada kuasa. Dan kuasa bergantung kepada kepandaian bermain politk. Kena kita faham, permainan politik melibatkan semua usaha untuk kekal berkuasa. Jadi, kalau kita mahu kekalkan kuasa di Selangor, mari kita bermain politik.
Jika kita mahu memelihara academic sensitivities kita, baik kita tinggal dalam alam academia. Al akadamiyah al ‘alamiyah.
Orang2 yang sekarang ini cukup anti Anwar bertanding di Kajang akan merasa musibah jika mana2 antara Azmin atau Khalid Ibrahim belot dan join BN. Atau orang PAS tiba2 join BN. masa itu baru putih mata dan menyesal tidak habis2 mengatakan, kenapa Anwar tidak bertindak.
Kepada yang menyokong Khalid dan membenci Azmin, apa kamu hendak buat jika Khalid belot dan menyertai BN? apa kamu hendak kata jika Azmin belot dan menyertai BN? pada hari tersebut, tentu kamu akan kata- jikalah Anwar berbuat sesuatu, perkara ini tidak akan berlaku dan tentu Selangor masih ada dalam tangan PR.
Inilah yang Anwar lakukan. Dia mesti ada dalam gelanggang, mengemudi kapal supaya Selangor jangan jatuh ketangan perompak2 BN. kalau tak buat apa2, nasi akan jadi bubur.

16 comments:

  1. Thank you for the fine explanation Datuk Sak.
    God bless.

    ReplyDelete
  2. Yang lain takpe asalkan bukan Anwar

    ReplyDelete
  3. It is a timely reminder......

    ReplyDelete
  4. Khalid berkerja keras utk selangor; bagi air percuma, selamat Selangor dari rasuah, kumpul simpanan berbilion utk Selangor, bagi berbagai bantuan kpd rakyat Selangor dan akhir tp bukan terakhir sekali berjaya menguasai air Selangor yg diperjuangkannya selama lebih kurang 6tahun. Tak bagus lagi dan mesti ditukar pula??? Berbagai tuduhan akhir-akhir ini ditujukan kpd beliau oleh perosak2 parti. Orang ni lah yg mesti ditolak bukan Tan Sri Khalid. Ahli2 parti tahu siapa mereka, hidup PKR, hidup PR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye.setuju dgn pendapat sedara ni.
      Saya harap tan sri khalid terus berkhidmat dgn ikhlas dan telus..kalau disingkir jugak, ambil positif..mungkin Allah nk selamatkan tan sri khalid drpd musibah..

      Delete
  5. TS Khalid memang paling layak menjadi MB Selangor - the report card shows his diligence, integrity, high competence of management of finance, and his keprihatian utk rakyat Selangor. Yet still plotting to displace him ? How could the democratic rights of the voters who went through such sacrifices and struggles to vote for PK be betrayed, nak apa lagi?

    Disillusioned by the latest manipulations to justify the Kajang Satay by - election !!!

    Come next election, no more voting for PK because of BN's camouflaged provocateurs within. Selangor voters know who they are by their plots and unbelievable justifications.

    The obvious goons within, nothing to do with Anwar, definitely not Khalid or Rafizi ( the latter better shut up to maintain his integrity, not to be played out )

    ReplyDelete
  6. hai, tak kan takut kot arif? anwar kan anugerah tuhan dan lim family is your tokong!!! so chill lah!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Org lain bincang pakai kepala..jgn kita pakai kepala lutut boleh tak?

      Tengs

      Delete
  7. 16:52

    Yang lain takpe asalkan bukan Anwar kerana dialah yang akan terus menghantui lapisan kerabat UMNO atasan atas segala pembelotannya kumpulan munafik dan rasuah ini sekian lama,moga-moga masa mendatang akan lebih cerah, adil dan saksama bagi seluruh rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  8. Dato,the Selangor MB Khalid Ibrahim has been under attack from the man who was supposed to or wanted to be the MB in 2008,since the day he took office.His administration has also been made looking helpless from Umno/BN hired goons and NGO's.The talking bibles,cow heads,the 7/11 beer robbery and many many more,not forgetting the passenger in Khalid's car who was arrested on the way home from a funtion.

    All this happening while he went on with his daily usual business as an MB,serving the people of Selangor and not playing politics.Yet being not such a good politician,the people of Selangor was happy and gave him a bigger mandate of leading Selangor by a bigger PR win in 2013.

    Warthamoorthy,a man who swan the shark infested seas all the way to the UK to escape the ISA,while his comrades including his own brother did a several years of hard labour in Hotel Kamunting.

    Has anyone ask or question why he can walzed all the way across the causeway without the SB boys escorting him to do double time in Hotel Kamunting?How he fooled the so called master politicians in PKR with his so call hunger strikes and negotiations with them?How he helped Umno/BN retained at least half a dozen parliamentary seats?If not for his help will Liow Tiong Lai,Chuah Jr and Palanivel be be MP's today?

    But now many are questioning whether Khalid has turn because of the water deal or is a trojan planted by Umno.Why?Because he refused to use the state's excesses of over two billion ringgit for PKR's warchest or to kowtow to Azmin or Anwar?

    Now even Lim Kit Siang is worried about the Kajang by election.Worried about Anwar losing?No,Kit Siang is very worried about the winning margin of Anwar.Because Kit Siang knows that internal fighting and sabotaging will have an effect on the party's candidate,be it about winning or the majority.And Kit Siang knows that winning by not such a convincing margin by a man of Anwar's stature is a lose face win,in fact can be considered as a moral lost.Very very malu.

    I have said many times that Umno/BN can only retake Selangor if it is handed over to them on a silver platter.Or else they will have to wait for the cows to come home and have great great grand babies.Or maybe with a little help from Khalid's enemies?

    ReplyDelete
  9. Tsk! Tsk!
    Asalkan bukan Anwar. The prodigal who will sell out PR by attempting to rejoin BN. I think BN has other plans for him.
    Now I am getting very disappointed with DAP.

    ReplyDelete
  10. Mahathir & UMNO sesuai dianggap sebagai sampah masyarakat. Hipokrit & langsung tak ada guna.

    ReplyDelete
  11. Anwar, Datuk semua boleh kembali ke UMNO buat perubahan...tpi ada time limit....Jangan Sampai macam Ku Li.....itu Perubahan Songsan dan tak masuk akal dan harap Semua rakyat Malaysia Lupakan saja Agenda ku Li..... 1 Tahun kita nak Kuburkan UMNO-BN...bukan 10 Tahun....itu sebab
    .....Lebih baik kita Hijrah ke Sabah/Sarawak....pecat UMNO-BN kemudian pahatkan ERA Baru......macam Singapura....kita tak payah Nostalgik kepada Kekejaman, kegilaan, racis dan Islam Cult UMNO..... Ubah pun ada banyak corak dan bentuk....tapi jangan terlalu lama....12 bulan adalah masa yang cukup......Jangan harap lagi Ku Li.....lupakan Ku li.... sekarang masa remaja...era 2014.....bukan 1960.....kena cepat, laju dan jangan jadi ROMANTIK kepada alasan2!!

    ReplyDelete
  12. mahater .. azmin..hebat betoii egoistik betoii terpampang papan tanda raksaksa azmin & mama dia zuraidah di pinggiran jln sibuk sedangkan Khalid, MB Selangor sampaikan ucapan Raya melalui banner kecil. Siapa yg pembazir, siapa yg tulus, tak demand pembiayaan utk mempromosi diri ?
    petanda2 korupsi, egoistik, ejen2 perosak, membelakangkan kepentingan rakyat Selangor..
    Setakat tak berhenti- henti mencari pasal !

    Buat apa nak pilih org2 yg hanya pandai berpolitik, berlakun, tanpa kemahiran, tanpa ketulusan, keikhlasan.. dlm pentadbiran.. fast solutions provider.

    Azmin pandai sombong ke sampai tak nak stand in dlm teamwork dgn TS Khalid to back up kerana kepentingan dirinya.

    Kalaulah Khalid jadi MB Kelantan, CM & YDP Sarawak, Menteri Kewangan atau PM, Malaysia dah lama terselamat dari kebangkrapan dan pelbagai masalah !!

    Nak salahkan DAP pulak ?! BShit !Create massive trouble, send out agents to shift blame others - the recalcitrant DNA of UMNO. instead of administering the State collectively, efficiently and create massive jobs and sustainable wellness in Selangor fast.

    DAP minta kajang surrender kpd BN ?!! DAP & PAS tak bertungkus-lumus semata - mata menjamin kemenangan PK asalkan bukan UMNO -BN di Selangor ?

    Salahkan sekumpulan ajen perosak gang siapa.. create troubles, massive confusion, weaken & destroy rakyat Selangor yg telah mengundi PK ( PAS, DAP ) last2 Azmin join balik penyanggak UMNO.

    ReplyDelete
  13. Jelas memperlihatkan‘comradeship’ YB Lim Kit Siang yang betul-betul mahu melihat DS Anwar Ibrahim menang dengan bergaya pada PRK Kajang ini. Akan menghantar satu isyarat juga kepada rakan-rakan yang belum faham tentang erti perjuangan sebenar, erti setiakawan dalam parti yang memperjuangkan sesuatu matlamat dan agenda yang besar. Quote Abuhassanadam.blogspot.com

    Bila org tua2 menasihati secara terbaik ... ok, TS Khalid tetap jadi MB Selangor, DSAI jadi PM. Still highly sceptical and unconvinced how the savvy voters having been betrayed by this power struggle spurned by azmin and goons will vote for PK again.

    ReplyDelete
  14. It is totally out of sanity and integrity, it is absolutely dishonorable when the voters and the democratic rights are held as ransom or gambling chips to become dressing for the kajang satay by election in choosing between a very capable MB of Selangor and Anwar because of biawak 2 !!!!

    ReplyDelete