Gambar diatas ialah mesyuarat raja Melayu yang pertama. Ia diadakan pada bulan Julai 1897. Bertempat di Kuala Kangsar. Tanda2 A= Tok Gajah, B= Bahaman, C= Mat Kilau, D= Mat Lela. Duduk dalam barisan kedua, dari kiri: Hugh Clifford(Resident Pahang); sebelah Clifford seorang resident dan sebelah resident ini seorang lagi resident). Frank Swettenham duduk di tengah dan dia mempengerusi persidangan pertama ini
‘A’ menunjukkan gambar pendekar Pahang yang terkenal- Khatib Rasu bin Tok Shahrum. Dia dikenali juga sebagai Tok Gajah. ‘B’ ialah gambar Bahaman bin Imam Noh Orang Kaya Semantan. Setelah dia di istihar durhaka, gelaran Orang Kaya di buang, maka kembali lah dia kepada nama pusat nya- Si Bahaman. ‘C’ adalah gambar Mat Kilau, anak kepada Khatib Rasu. ‘D’ ialah gambar Mat lela.
Apa
yang tak kena dengan gambar ini? Yang tidak kena ialah gambar ini bukan wajah2
yang diberitahu kepada kita. Kenapa?
Gambar
diatas menjadi kebanggan waris dan anak cucu tokoh2 tadi. Sayang nya, perasaan
bangga mereka tidak kena pada tempat nya. kerana tokoh2 sebenarnya, tidak ada
dalam gambar tersebut.
Tokoh2
yang saya sebut tadi adalah pimpinan pemberontakan Pahang. Tempoh pemberontakan
tersebut ialah 1891-1895. Pada penghujung tahun 1895, Hugh Clifford mengistiharkan
Pahang rebellion tamat. Para pemimpin nya ramai sudah dibunuh. Tok Gajah ,
Bahaman, Mat Kilau dan yang hidup dan tidak ditangkap semua nya melarikan diri.
Bahaman dan Mat Kilau melarikan diri ke Siam. Tok Gajah dengan adik nya, khatib
haji Muhammad Amin melarikan diri ke Terengganu dan Kelantan. Tok Gajah kemudian
mati di Kuala Berang Terengganu. Adiknya, Muhamad Amin mati di Lebir, Kelantan.
Masa
gambar diatas diambil 1897, semua yang kita sebut tadi dalam buruan. Maka soalan
nya, bagaimana mereka ada dalam gambar? Jika ada tentulah Hugh Clifford sudah
pun menangkap mereka dan pasti mereka dihukum mati. Oleh kerana semua tokoh
tadi berada dalam pelarian, maka gambar2
diatas yang dikatakan gambar mereka tidak benar.
Tujuan
saya ialah memberitahu waris kesemua tokoh diatas, jangan mempercayai gambar
diatas. Bahaman, Mat KIlau dan Tok Gajah tidak ada dalam gambar tersebut. Tidak
mungkin berada kerana sudah tentu ditangkap.
Jenerasi
berjenerasi, waris2 Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah hidup dalam naratif palsu
oleh penjajah Inggeris dan para juak penjajah. Setelah saya menjadi ahli
parlimen Raub, saya semakin menyedari peranan yang dimainkan oleh tokoh2 yang
disebut. Ia membuat saya ingin membaca semula naratif sejarah dari buku2 yang
ditulis oleh W LInehan A History of Pahang yang diberikan oleh arwah
bapa saya kepada saya dalam tahun 1970an. Buku tersebut ditulis oleh Dr Linehan
pada tahun 1936. Banyak fakta2 Linehan pula diambil dari sumber sejarah Pahang
iaitu HIkayat Pahang. Sumber2
lain mengenai Pahang pun ada 2 atau 3 yang jika kita baca keseluruhan nya dan
mengaplikasi sedikit penghalusan fikiran, pasti gambaran yang lebih jelas akan
muncul.
Menilai
kembali perananan pemberontakan.
Nilai
peranan pahlawan Melayu seperti Bahaman, mat Kilau dan Tok Gajah, Mat lela, Mat
Kelubi(Khalbi), dan lain2 nya bukan terletak pada kehandalan peribadi dan
ketangkasan kependekaran mereka. Waris Mat Kilau, Bahaman dan Tok Gajah
tentulah bangga jika orang lain kata- hebat kepahlawanan moyang kamu semua-
boleh terbang, boleh menghilangkan diri, boleh menyebabkan musuh melekat pada
tempat duduk, boleh menangkap peluru dan peluru akan membunuh jika penangkap
nya tidak terdaya memegang peluru tersebut dari menepati sasaran yang
diniatkan- semua ini adalah sumber kebanggaan. Tidak syak lagi menjadi sumber
kebanggaan dan patut pula. Tapi kemana kehebatan ini semua berakhir? Ia berakhir dengan
kematian kerana teknoloji yang superior akhir nya mengatasi kehandalan dan keperwiraan.
Nilai
sebenar pemberontak dan pemberontakan kepada kita jenerasi pewaris ialah dalam
pengajaran nya.
Dan
apa pengajaran nya?
Tanpa
mereka sendiri menyedari nya, pemberontakan Bahaman, Mat Kilau dan Tok Gajah
melambangkan pertembungan antara golongan yang mendapat hak kerana kedudukan
yang diwarisi, kerana kekuatan kedudukan dengan golongan yang mendapat hak
kerana memperjuangkan nya, menggunakan kudrat dan menggunakan akal. Itu sebabnya,
golongan feudal dan inggeris senang berkerjasama- kerana kedua golongan
mendapat hak, seperti kita lihat setelah British menempatkan diri mereka dalam
tanah air kita, bersandarkan kuasa dan kedudukan. Mat Kilau, Bahaman dan Tok
Gajah mewakili golongan yang tahu bahawa hak adalah suatu yang dperjuangkan dan
dipertahankan.
Ini
pengajaran yang patut diambil perhati oleh bangsa Melayu kita. Bahawa hak kita
datang kepada kita bukan kerana status kita sebagai Melayu dan kedudukan yang
kita warisi, tapi hasil dari kesediaan memperjuangkan hak tersebut dan
mempertahankan hak tersebut.