Sunday, 23 February 2014

Raub dan Saya.



Saya mulakan artikel kali ini dalam bahasa Melayu untuk merungkai asal usul saya dan hubungan saya dengan Raub. Tujuan nya ialah untuk menerangkan kepada masyarakat Raub bahawa saya bukanlah orang asing yang disemai di Raub. Saya percaya ini semua rencana takdir. Saya kembali ke tempat asal usul moyang saya. Yang demikian, saya ini adalah benih orang Raub dan mempunyai tuntutan hak yang legitimate untuk berada di Raub. Saya harap mereka yang bersaudara dengan saya akan bersama sama saya untuk mengeratkan silaturahim.
Kerana itu saya merasakan amat tidak adil, jika saya mahu melakukan acara meningkat dan mengukuhkan silaturrahim sesama Melayu dan Islam di masjid2 dalam daerah Raub di sekat oleh Melayu UMNO. Amat tidak wajar jika saya mahu mengadakan aktiviti di masjid  dan surau mesti mendapat approval dari kumpulan tertentu. Saya ini tetap berbangsa Melayu dan saya menyembah Allah.
2 tahun yang lalu, tidak terlintas dalam kepala saya bahawa saya akan membina tapak politik di Raub. Maklum sahaja setelah dibuang dari Pekan, saya tidak terfikir akan bertanding di Raub atas tiket DAP pula. Saya mendapat semangat bila berjumpa dengan orang2 tua di Ulu Semantan, di Dong, di Sempalit, di Batu Talam yang meyakinkan saya bahawa sememang sudah dijanjikan bahawa saya akan menyambung usaha untuk membela bangsa di Raub.
Saya adalah keturunan jenerasi ke 6 dari orang Melayu yang berhijrah ke Raub dari Bilah Paning, Pagar Ruyong Sumatera Barat. Cakawari saya iaitu nenek atau datuk kepada moyang saya ialah Tok Shahrum atau Teuku Ali. Dia berasal dari Bilah Paning, Pagar Ruyong Sumatera Barat. Tok Shahrum atau Teuku Ali berhijrah ke Tanah Melayu pada awal kurun ke 19. Kita mesti faham, ini adalah perpindahan dari suatu bahagian dalam Nusantara Melayu ke suatu bahagian lain. Dunia Melayu ketika itu termasuklah kepulauan Indonesia.
Tok Shahrum dengan beberapa adik beradik, pengikut dan tokoh2 ugama mendarat pertama nya di negeri Perak. Kemungkinan besar dalam daerah Bidor Perak. Seorang atau beberapa orang adik nya dan pengikut serta guru agama menetap di Perak. Kerana itu, saya ada waris dan saudara mara dalam negeri Perak. 
Sementara itu, Tok Shahrum dan beberapa pengikut dan saudara maranya meneruskan perjalalanan ke Negeri Pahang. Mungkin tempat pertama ialah Pulau Tawar di Jerantut. Tok Shahrum kemudian nya menghilir lagi sampai ke Raub. Di Raub dia telah berkahwin dengan seorang wanita tempatan- yang kita kenali sebagai Siti Hajar atau Tok Dinar. Asal Tok Dinar ialah kampong Temau Raub. Tok Dinar merupakan cakawari perempuan saya disebelah ibu saya, Almarhum Hajjah Poziah bt Haji Muhammad.
Dengan isteri nya Tok Dinar atau Siti Hajar, Tok Shahrum mempunyai 5 orang anak. 2 anak perempuan bernama Ranting Emas dan Hajjah Maimunah. Ranting Emas, saya diberitahu dikebumikan di Ulu Temau. 3 anak lelaki pula ialah Rasu Abdul Salam atau di kenali sebagai Imam Perang Rasu atau Tok Gajah. Anak lelaki yang lain ialah Haji Mohamad Amin atau khatib Amin atau Imam Amin. Imam Amin ialah buyot saya sebelah ibu saya iaitu bapa kepada moyang saya, Hajjah Aminah binti mohamad amin. Adik lelaki bongsu Tok Gajah ialah Imam Mohamad Arif.
Saya adalah waris lansung Haji Mohamad Amin bin Shahrum. Isteri Haji Mohamad Amin yang pertama ialah Hajjah Banun yang berasal dari Ulu Semantan, Raub. Dengan Hajjah Banun, Imam Amin mempunyai seorang anak iaitu Hajjah Aminah. Hajjah Aminah berkahwin dengan Moyang lelaki saya iaitu Haji Abdullah Serban Hijau yang berasal dari Kelantan. Hasil perkahwinan dengan Hajjah Aminah , ada 2 anak- Haji Mohamad bin Haji Abdullah( iaitu datok sebelah emak saya ) dan Hajjah Jamilah. Hajjah Jamilah binti Haji Abdullah ialah ibu kepada almarhum Dato Shamsiah binti Abdul Hamid yang merupakan bonda kepada Tengku Asmawi bin Tengku Hussin. Tengku Asmawi ialah sepupu kepada DYMM Sultan Pahang sekarang. Saya tidak pasti (setakat ini) dimana tempat kelahiran Hajjah Aminah. Saya percaya di Temau lah juga atau di Ulu Semantan.
Demikian sedikit sebanyak pertalian saya dengan Raub. 
Haji Mohamad Amin juga berkahwin dengan seorang wanita bernama Yang Jeliha berasal dari Burau, Tembeling. Dengan Yang Jeliha anak2 Haji Amin ialah Meriam, Leha, Teh, Kassim, Temah, Hajjah Chik dan Hajjah Busu. Isteri Haji Amin yang ke3 bernama Halimah berasal dari Kuala Kenong. Anak2 dengan Halimah ialah Awang dan Yusuf. Isteri Haji Amin yang ke4 ialah seorang bangsa Arab kerana Haji Amin tinggal di Makkah untuk pengajian agama. Di sana beliau berkahwin dengan seorang bangsa Arab bernama Hajjah Sinnah. Dengan Hajjah Sinnah mereka mempunyai seorang anak bernama Haji Mohamad Akil.
Ini salasilah keluarga saya dari Haji Mohamad Amin. Saya percaya rangkaian saudara mara saya dari Imam Rasu dan Haji Mohamad Arif juga ramai. Saya sedang berusaha menghimpunkan keturunan Tok Shahrum ini yang berada diseluruh Malaysia.
Saya menghuraikan sedikit mengenai latar belakang saya ini untuk memberitahu orang Raub, bahawa saya ini sudah ditakdirkan kembali ke Raub. Haji Mohamad Amin berperanan sebagai perancang dan penyokong Tok Gajah dari sudut membiayai dan mendanai perjuangan Tok Gajah. Saya berharap waris2 Tok Gajah dan Tok Mohamad Arif boleh menghuraikan salasilah mereka pula. Mari kita bina rankaian kekeluargaan yang besar dan bersama sama berjuang menegakkan keadilan. Allah menyatakan keadilan itu paling hampir dengan taqwa.
Sekian Wallahua’lam bissawab.

17 comments:

  1. Memang kejam bangsa UMNO ni...hasad dan dengki, serta suka sabotaj orang yg tak sehaluan daripada mereka walaupun apa yang dibuat jauh lebih murni drp puak UMNO ni.

    sri hartamas

    ReplyDelete
  2. Maha suci Allah; Tuan sabri ini ada titisan Tok Gajah penentang penjajah sezaman dengan Mat Kilau-Teruskan perjuangan suci menghalau penjajahan juak-juak Umno/Yahudi

    ReplyDelete
  3. How sad when the UMNO Malay islam Cults needs legacy & legitimacy to justify their purpose in life.....

    We will Judge each man and human in Malaysia NOT on their colour of their skin/religion/legacy/warisan/royal links BUT By the Character of the person.....

    Perhaps in bahasa... its so hard to translate the depths of those words spoken by Martin Luther King...... like "character"..... sungguh susah nak tinjau dan hitung seseorang dari segi moral, akidah, akhlak,.....macam mana nak bicara secara mendalam "the character of a person"....maaf my malay is lost there..... Definitely the character of so many UMNO-BN leaders, PDRM, JAIS, MAIS, Mufti, Mullah Royalty and some Pakatan leaders are in the Longkang and dust bin level ...... sad!!.. tapi Allah ada mata....

    "Fight against EVIL we must" as Yoda Puts it....kadang kala itu pun cakap Mat Kilau!! Teruskan berjuang menentang keZaliman Islam Sesak UMNO!!

    ReplyDelete
  4. Salam Dato....
    Darah pendekar dan pembela mengalir dalam diri Dato.Itu bukan keistimewaan tetapi satu beban amanah yang amat berat Dato.Saya membesar dengan Marvel dan DC comic Dato tapi pesan Uncle Ben pada Peter Parker(Spiderman)bahasanya"with great power come great responsibility"sentiasa tergiang ditelinga saya walau itu cuma watak kartun.
    Dato terpikul tanggugjawab itu dan sesungguhnya pena Dato lebih berbisa dari Taming Sari dan andai itu tidak mencukupi maka serulah Dato..anak-cucu pengikut Mat Kilau,Tok Bahaman hatta Dato Sagor atau Dato Maharaja Lela sedia menyahut.

    ReplyDelete
  5. Nasib baik datuk cerita asal usul datuk dan mengaku melayu,.. mati mati saya ingat datuk asl keturunan dari selatan China.. iyelah.. dengan duduk bawah payung dap pasti akan hebat hebat orang melayu dan bertambah subur syiar islam,..bergenang airmata saya mengenangkan apek apek dan benggali dap bersusah payah mempertahan, membela dan memperjuang nasib orang melayu.. tak terbilang jasa mereka..apa la yang umno buat untuk orang melayu.. tak gitu datuk?!...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hello Yeop.
      Tak payah nak sinis. Kau masuk dalam hamvan, melancap. Lepas kau dah pancut kau renung apa yg pemimpin umngok kau lakukan untuk membela org melayu dan martabatkan islam . Kaji balik berapa juta ekar tanah rezab melayu babi umno jual pada china sejak merdeka sampai sekarang. Tanya diri sendiri kenapa bila kelantan nak laksana hudud, tok kutty engkau pantas menolak. Fikirkan bslik beratus bilion duit rakyat yg pemimpin engkau sebat dan disembunyikan di luar negeri. Jika engkau masih belum mendapat jawapan elok kau masuk hamban semula dan merancap sekali lagi kerana sememangnya kau bebal dan buta hati

      Delete
  6. berbahagialah mereka empunya keturunan yang amat cantik sekali didunia dan diakhirat.akan tetapi saya hanya berbintikan abdullah diatas kertas dan sekarang pula disenaraikan sebagai "anak....".ternyata amatlah terasa asing serta dizalimi atas sikap manusia yang merasakan mereka adalah manusia yang sangat bertamaddun akidah serta punyai kekayaan ilmu agama islam.tidak dipinta lahir sebegini jelek dan diprasangkakan buruk dari mereka yang suci murni.hanya seorang wanita tua yang berhati mulia berkata kelahiran seseorang tanpa mengira bangsa,agama atau darjat adalah kurnian allah sewangi kasturi seputih bunga mawar.

    ReplyDelete
  7. salam dato cuba cari dekat budu dan pulau tawar tentang jurai tok moyang gajah betul ckp dato kita di takdirkan berada diraub bersebab

    ReplyDelete
  8. Tuntutan anda Melayu, lebih sah daripada orang lain dalam UMNO, Perkasa dan Kimma.

    ReplyDelete
  9. pak sak..saya orang bentong tinggal kat spore saya dapati nak balik ke raub pun sekarang bagai nak gila sebab jam kat bentong..
    terutama bila musim perayaan..

    ReplyDelete
  10. 1/2

    UMNO sebagai sebuah parti politik yang berteraskan "bangsa" telah mula hilang sokongan dari bangsa yang ia mengaku menjadi "asal punca" kewujudannya. Dan ianya berlaku kerana "penipuan dan pengkhianatan" yang diusahakan oleh UMNO sejak berdekad2 dahulu telah mula terbongkar dan orang melayu sendiri dengan sukarela dan dengan saki baki maruah yang ada mula beralih meninggalkan UMNO. Masakan bangkai gajah dapat ditutup dengan daun kelapa dan itulah permasalahan utama bagi UMNO!

    Segala laungan ketuanan melayu dan janji2 membela bangsa yang telah di tabur dan dijaja kepada bangsa melayu selama 50 tahun telah terbukti sebagai palsu dan dusta. Nasib bangsa melayu tetap seperti para pengemis di tepi2 kaki lima (tiada perubahan besar) dari waktu melayu berada dibawah kaki penjajah dahulu, sementara itu pula putera2 UMNO semakin hari semakin kaya dan semakin lupa diri akibat mabuk dengan kuasa dan kekayaan yang diperolehi dengan menyelewengkan amanah yang telah diberikan oleh bangsa mereka sendiri. Maka logiklah bangsa melayu mula bangkit meninggalkan UMNO tanpa rasa sesal atau cuak sedikit pun! NO regret whatsoever!

    Dalam menghadapi situasi kehilangan asas kewujudannyalah, UMNO cuba memperdayakan bangsa melayu agar kembali menyokong UMNO iaitu dengan mencipta pelbagai dongeng tentang "musuh" dan "malapetaka" yang bertalu2 "mengancam dan menyerang" minda dan keimanan bangsa melayu. Semuanya dilakukan agar bangsa melayu kembali duduk dibawah ketiak busuk UMNO dan selama-lamanya bersyukur dengan tempat mereka yang menjijikkan dan jelik itu. Tetapi takdir ALLAH yang MAHA Bijaksana tidak dapat dihalang oleh UMNO dan tanpa diketahui sebabnya, segala usaha2 khianat dan fitnah yang diusahakan oleh UMNO tidak lagi berkesan keatas bangsa melayu keseluruhannya.

    Dongeng2 tentang musuh dan malapetaka yang akan melanda umat melayu jika UMNO hilang kuasa, sudah terang2 ditolak oleh bangsa melayu. Pengakuan UMNO untuk membela dan menyelamat bangsa dan agama sudah dipandang sebagai kata2 munafik yang pepat diluar, rencong didalam. Masakan UMNO hendak membela bangsa melayu sedangkan merekalah yang giat memunggah dan "memfaraidkan" harta negara. Mustahil UMNO menjadi pembela Islam sedangkan merakalah penentang utama hukum2 dan undang2 islam selain merekalah yang memperluaskan kegiatan perjudian dan penjualan arak dengan memperbanyakkan lesen2 untuknya.

    continue to page 2/2

    Nick.

    ReplyDelete
  11. Continued..2/2
    Tiada yang kekal selama-lamanya dan menjadi "Sunatullah" setiap yang baharu akan hancur. UMNO tidak terkecuali walaupun penganut2nya benar2 yakin dengan slogan mereka yang berunsur syirik iaitu" Dulu, kini dan selamanya"! Allah telah menghapuskan sekian banyak kerajaan dan pemerintahan2 didunia ini dan adalah tidak "kafir" dan "berdosa" jika kita yakin bahawa satu masa nanti UMNO juga akan terkubur. Itu adalah hukum dunia dan ketetapan ALLAH. UMNO yang dahulunya mendapat sokongan bangsa melayu akan suatu hari nanti ditendang oleh bangsa melayu itu nanti.

    UMNO hanyalah ciptaan manusia dan ianya sendiri amat lemah dalam menentukan nasibnya sendiri MAKA apakah warasnya bangsa melayu untuk meletakkan UMNO sebagai akar tunjang kewujudan bangsa itu sendiri. Melayu dan Islam telah lama wujud berkurun2 sebelum UMNO ditubuhkan. Maka maju dan mundurnya bangsa Melayu dan Islam bukanlah atas kehendak UMNO mahupun atas kehendak Mahathir (pengasanya). Allah adalah Si maha pemelihara dan sekiranya bangsa melayu ingin menjadi bangsa yang maju dan kuat, ianya dapat dicapai dengan memegang kuat ajaran Islam dan menolak segala kemungkaran dan penindasan yang dibuat atas nama bangsa. Islam telah terbukti sebagai pemangkin kepada kebangkitan bangsa dan tamadun yang maju dan berjaya di dunia dan Islam berupaya melakukanya dalam hanya beberapa tahun yang singkat, wal hal UMNO pula telah terbukti sebagai parti politik yang korup serta tiada upaya dan tenaga walau sedikit pun untuk memajukan bangsa yang seramai 20 juta walaupun telah memegang tampuk pemerintahan selama setengah kurun.

    Oleh itu, masihkah kita mahu mengharapkan UMNO untuk menjana kebangkitan dan kemajuan bangsa dan negara kita ini? Dengan Najib sebagai ketuanya? Dengan Muhyiddin atau Zahid atau Ahmad maslan sebagai pelapisnya? I think that is a recipe for a disaster...oppps.... sorry, we are already staring a disaster in the face. Just wait till we ran out of petroleum and then, we will know the true meaning of disaster!

    Nick.

    ReplyDelete
  12. Rao datang pertama bertapak di Lambor. Berberapa waktu, baru sampai ke Temau.

    ReplyDelete
  13. Subhanallah...kita ni bersaudara. Saudara sebelah arwah bapak saya yang berasal dari Kampung Sg. Jahit, Dong. Bapak moyang saya bernama Tok Sarih antara anaknya bernama Khatib Ismail yang ada 10 orang anak. Salah seorang anak dia, Hamzah atau dikenali juga sebagai Aki Ansah ialah datuk saya. Harap tuan dapat anjurkan 'reunion' kumpulkan balik saudara mara kita dalam masa terdekat ini. Arwah bapak saya pernah bagitau yang saudara dari Pagar Ruyung pernah datang ke Raub satu masa dulu dan arwah sempat berjumpa dengan mereka. Arwah datuk saya rapat dengan datuk kepada Najib. Dia pernah dukung arwah Tun Razak masa dia kecik dulu sewaktu bertandang ke rumah datuk Najib.

    ReplyDelete
  14. Dato'

    Ade juge di tulis Pulau Tawar. Terima kasih...kami dari keturunan Mualim Yunus....Aruah Mat Kilau tu sepupu aruah Aki saya...kita tau siap yang Mat Kilau lawan dulu dan siapa yang mengkhianati serta menikam belakang Dato Bahaman, Tok gajah dan Mat Kilau..teruskan perjuangan Dato'.

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum Yang Berbahagia lagi Berhormat Dato'.. saya difahamkan dato' sebahagian drpd keluarga besar kami yg ramai di Pekan dan Kuantan.. macam mana perkaitannya ya???

    ReplyDelete
  16. muhamad 23.03

    sdra muhammad dari mana? saya ada talian keluaga di Kelantan dan Terengganu. datuk saya Hj Ismai bin Hj Ali datang dari Losong Terengganu. Hj Ismail ayah kepada arwah ayah saya.
    moyang lelaki saya sebelah emak, Hj Wan Abdullah serban Hijau datang dari kelantan.
    klu sdra muhammad boleh beri email atai hanphon nmbr kita boleh berhubung
    ariff sabri

    ReplyDelete