Tuesday, 21 January 2014

UMNO bukan Bangsa Melayu





Genjer2 tumbuh liar di selokan
Ibu datang mencabut genjer
Dapat sekarung lebih tanpa ragu
Genjer sekarang bisa dibawa pulang

Genjer pagi2 dibawa ke pasar
Dijajar dan dibeberkan di lantai
Si Ibu beli genjer ditaruh di tas
Genjer2 sekarang akan diolah

Genjer2 dimasukkan ke panci air panas
Setengah matang ditiriskan untuk lauk
Nasi sepiring sambal di tempat tidur
Genjer2 dimakan dengan nasi

Kenapa kita harus berhenti dari mengangkungkan Najib? Saya baru balik dari kawasan saya, Raub. Rata2 nya rakyat menyatakan bahawa kerajaan menganiayai orang Melayu. Mereka tidak salah. 
Peraih dan pembeli berlesen membeli getah pada harga RM2.80 sekilo. Sipenoreh berkongsi dua dengan pemilik ladang getah iaitu mendapat RM1.40 sekilo. Maka jika Najib mahu tahu, sekilo getah tidak dapat membeli sekilo gula. Penoreh getah merungut dan mereka ada asas untuk mengharamjadahkan Najib. Getah di Thailand RM3.40sekilo dan di Indonesia RM3.70 sekilo. Maka biarlah rakyat mengharamjadahkan Najib.
Pertama nya orang Melayu mesti sedar bahawa Melayu itu lebih besar dari UMNO. Melayu itu suatu bangsa. UMNO itu parti dan wadah perjuangan. UMNO tidak mungkin lebih besar dari bangsa Melayu. UMNO itu lahir dari bangsa Melayu.
Maka menyamakan UMNO dengan bangsa Melayu mengundang malapetaka. Dan ia suatu kerja yang membodohkan kita. Kekurangan dan kebejatan yang ada pada UMNO ditanggung dan dipikul oleh bangsa Melayu. Tiada beban, batu digalas. Kenapa harus bangsa Melayu dibebani dengan perkara2 yang menserabuti UMNO? Rasuah, kerajaan yang incompetent, pimpinan yang lemah dan dangkal, ketidak adilan, pemimpin hipokrit yang boros, pencabulan dan salah guna kuasa. Kenapa mesti bangsa Melayu dbebani dengan penyakit yang menimpa UMNO? Biarkan UMNO mati. Melayu tetap terus hidup.
Baiklah bangsa Melayu bersikap adil kepada diri sendiri.
Maka dengan itu, kita naik hairan, para penyokong UMNO melakukan demonstrasi ganas didepan pusat khidmat seorang adun di pulau pinang. Bahkan ada sepanduk atau poster yang berbunyi- mulut celupar DAP menyebabkan 13 mei, mau lagi kah? Polis sepatutnya menyiasat perkara yang seditious ini dan menjel petualang yang menyebut dan mengungkit perkara ini.
Malang sungguh bangsa Melayu diperkudakan oleh segelintir pemimpin UMNO yang terdesak yang mendalangi tunjuk perasan bersifat ganas tersebut. Dan pihak berkuasa tidak membenteras perbuatan tersebut hanya menimbulkan kesangsian mengenai professionalism pihak polis dan penjaga keamanan.
Mengenai bisu dari parti kerajaan, perkara itu tidak menghairankan. Mungkin sekarang rakyat sudah faham sikap hipokrit Najib yang bercakap menegnai konsep 1Malaysia tapi membisu seribu bahasa, lidah kelu tidak berkata apabila sesuatu untuk menguntungkan dan menyelamatkan nya dilakukan. lets face it, I know Najib is the biggest hypocrite. Mengenai kapasiti pengurusan ekonomi nya dan pentabiran negara, apa yang berlaku sekarang mengesahkan apa yang selama ini saya khabarkan kepada sesiapa yang mahu mendengar- if Najib can become PM, anyone can.
Kenapa ya, kepala dang seperti reezal merican naina merican, musa sheikh fazir membela Najib beria ria? Rupa paras mereka tidak sedikit pun menggambarkan mereka itu Melayu. Kenapa reezal merican , sheikh fazir, sheikh alif ba ta yang lain tidak mahu berjuang atas panji2 KIMMA? Atau partai mamak padukong yang lain? Kenapa harus bangsa Melayu merelakan mereka dikudakan oleh beberapa mamak yang menyibuk mengenai soal bangsa Melayu?
Siapa kata UMNO itu sinonim dengan bangsa Melayu? Bangsa Melayu itu lebih besar dari UMNO. UMNO merupakan salah satu dari wadah politik yang boleh dipilih oleh bangsa Melayu.
Hujjah bahawa UMNO telah menawan kembali undian bangsa Melayu tidak meyakinkan. Dalam PRU13 seperti yang saya sering sebut, calun2 UMNO yang semestinya Melayu itu, hanya mendapat 3.25 juta. 90% dari mereka yang mengundi calun UMNO ialah orang Melayu. Ertinya, calun2 UMNO mendapat 2.93 juta undi Melayu. Jumlah undi yang dimenangi BN ialah 5.24 juta. 2.93 juta daripada 5.24 juta ialah 56%. Jadi kita ada andaian yang kuat bahawa jumlah pengundi Melayu keseluruhan nya ialah 56%. Dan 56%  dari jumlah semua pengundi iaitu seramai 11.23 juta ialah 6.29 juta. Maka jika jumlah Melayu yang mengundi BN adalah 2.93 juta, ini bererti jumlah Melayu yang tidak mengundi BN ialah 6.29 juta-2.93juta= 3.36juta.
apa ertinya? Ertinya 3.36 juta Melayu telah tidak menyokong BN. lebih ramai Melayu tidak sokong BN dari sokong!. Kemana pergi nya mereka? Melayu lain menyokong PAS, PKR dan sedikit menyokong DAP.
Jadi bagaimana puak UMNO tanpa rasa malu dan segan, mengaku bahawa mereka mendapat sokongan Melayu melebihi parti Pakatan? Pakatan yang dapat menguasai pengundi Melayu sebetulnya, bukan UMNO.
Jika 2.93 juta Melayu undi BN, apa jadi kepada 3.4 juta ahli UMNO? Jumlah Melayu yang undi BN lebih kecil dari jumlah ahli UMNO yang membuktkan bahawa ahli UMNO pun turut menolak calun2 UMNO dan BN.
Jadi apa pasal bangsa Melayu hendak paranoid sangat bila Najib dipersendakan? Najib dan UMNO bukan sama dengan bangsa Melayu. Najib dan UMNO hanyalah salah satu pilihan wadah untuk bangsa Melayu. Mari kita jangan main game yang UMNO mainkan. Biarkan mereka tenggelam dengan labu labu mereka.
Walaupun UMNO dinyahkan dan dibenamkan, bangsa Melayu yang lebih besar dari UMNO boleh survive. Tidak ada orang yang mati jika UMNO dikeluarkan dan orang Pekan dan Malaysia tidak mati jika Najib bukan PM.
UMNO Bangsa Melayu.

8 comments:

  1. Setuju Melayu terus hidup biar "Umno" yg mati. Memang Umno telah mati setelah diharamkan awal tahun 80han dulu, parti yg legal sekarang ialh Umno Baru. Kenapa Dato masih menggunakan perkataan "Umno" tidak umno Baru?

    ReplyDelete
  2. Saya orang Pulau Pinang, Pak Sak... dan selama 50 tahun saya bergaul dengan orang Melayu, persepsi saya ialah orang Melayu peramah, sopan, manis mulut dan lebih-lebih lagi tidak suka menunjuk-nunjukan kemarahan dan perbuatan kasar...

    Tetapi kalau kita lihat apa yang terjadi di Pulau Pinang sejak kejatuhan kerajaan negri ke tangan Pakatan Rakyat dibawah pimpinan Saudara Lim Guan Eng, "orang Melayu" sentiasa di atas jalanraya berdemo dan memecahkan cermin kereta-kereta sampaikan cermin kantor pejabat Ketua Menteri pun mahu dipecahkan.

    Mereka kirim kek berbentuk najis, mereka kirimkan keranda dan mereka tumbuk pegawai pegawai kerajaan yang bertugas menghalang mereka dipintu masuk kantor kerjaan negri.

    Orang yang sama juga telah melakukan sembayang secara orang Cina menyembah mayat didepan rumah Ketua Menteri. Mereka telah letak kenderaan2 mereka ditengah-tengah jambatan Pulau Pinang pd 1hb Julai 2012 yang menyebabkan macet kereta sepanjang 18kilometer di atas jambatan!

    Sabenarnya Pak Sak, ini bukan dilakukan orang Melayu yang sebenar. Orang Melayu sopan dan sivil. Ini semua kerja sekelompok "political opportunists" saperti Reezal Mercial Naina Mercian, Abdul Ghani Jiman dan juga Ketua Pemuda UMNO PP.

    Saya hairan, kenapa orang Melayu berdiam diri saja dan benarkan imej dan reputasi mereka di rosakkan begitu saja?

    ReplyDelete
  3. Adakah alternatif lain kepada orang Melayu kerana parti2 lain juga tiada bedanya.Pemimpin2 yang ada telunjuk lurus kelingking berkait!

    ReplyDelete
  4. With the stupid morons Najib has around him,Umno/BN is doom come GE14th.Their moronic antics will be a curse on them causing their downfall which will become a self full filling prophecy.

    ReplyDelete
  5. Barang dah NAIK - itu isu sebenar.....bukan Kalimah Allah, bukan Kangkung, Bukan Islam... kucar kacir itu semua perbuatan Sultan UMNO-BN & terrorist suruhan UMNO.... Terrorist UMNO-Sulu kat Sabah kata orang bersenapang ....Rakyat berdemo, kata bukan budaya....UMNO berdemo itu hak rakyat berjuang maruah Islam dan melayu????? Mentaliti apa ni?? Polis UMNO tak payah siasat/kawal....

    Lama kelamaan....metaliti rakyat ..terutama....melayu akan dibasuh minda dengan slogan...

    Beli Proton - itu Islam dan lahir melayu=islam. Melayu yang tak beli Proton Hina Islam dan Jual Tamadun melayu!!

    Beli kereta lain - hina sultan, adat melayu dan cabar kedudukan melayu...

    Nasib Baik 65% yang tak sokong Mentaliti SESAK Agama sultan UMNO-BN ... Rakyat hanya perlu teriak BBB - Bangun Bangkit BANTAH...... Barang Naik(BN)!!....

    ReplyDelete
  6. We all know that the current UMNO is a zombie, a monster that stole the identity of a long dead party and now running rampant creating ruin and destruction on Malaysia and the Malay. That is a fact and anybody that says otherwise are either too stupid to read history books and newspaper (the old ones) or a "pencacai" the kind that live a parasitic life by mooching of the crumbs, leftover from what UMNO leaders stole from the nation and from the Malays.

    We know for a fact that UMNO B have been conning the Malays and the biggest con of all is the myth of "Melayu hilang kuasa jika UMNO tumbang atau mampus"! In the first place, the power of the Malays doesn't reside with UMNO, in fact it resides in their "majority", the sheer numbers of Malay population. And secondly, UMNO came to power because of the malay votes so in fact, if the Malays voted PAS or PKR into power, it simply means the Malays loaned their power to elect the government to PAS or PKR. The Malays therefore still retain their political power (which now resides with whichever party they elected to government) and ONLY UMNO will lose the power (to indulge in corruption, misappropriation and abuse of power).

    The Malays must realize that as long as they are still the majority in Malaysia no one be it a political party or a monarchy can steal their political power. In fact, it is the Malays who holds the key to power which sadly they (the Malays) are too ignorant to realize it. UMNO B for so long became rich and powerful at the expense of the Malays. It is about time that the Malays woke up to that fact and punish UMNO B for their crime and sins. In a democracy, the government is elected by the people and should the Malays who formed the majority in Malaysia elect another party to become the government other than UMNO, THEN the Malays will truly be more powerful than ever.

    That day will come but for many of us Malays reeling under UMNO B's rule, that day can never come too soon since we are now are truly desperate and in despair under najib and UMNO B. To many Malays, it's a case of a proverb becoming real life situation and that proverb is "sudah terhantuk baru terngadah" or simply that we were warned beforehand of the danger of UMNO B becoming the govt and now we are paying with our future and our children's too, for ignoring that warning! So Melayu! Jangan Mudah Lupa Lagi!!!!!! Better late than never!

    Nick.

    ReplyDelete
  7. Datuk Sak,

    Correction:

    UMNO Baru -- keturunan Dr M.

    UMNO zaman Tunku Abdul Rahman
    dah lama meninggal dunia
    (di kebumikan pada tahun 1987)

    http://en.wikipedia.org/wiki/1988_Malaysian_constitutional_crisis

    Phua Kai Lit

    ReplyDelete
  8. ketua gol mamak berjumlah 750 (?) ribu org dah menuntut status bumiputra, sedangkan Mahathir dah jadi Melayu.... tak lama lagi pengundi2 hantu pun ikut buat tuntutan, nampaknya projek UMNO Baru yg eklusif / elitis / agama + bangsa dah backfire.

    Selepas dilantik sebagai MB Kedah... terus "dapat" gelaran Tan Sri.. next mewakili bapak jadi PM. Semua mamak akan terus menjadi lebih kukuh lagi, kontrol semua projek.. bawa masuk lagi berpuluh ribu tenaga murahan spt yg terdpt di Mydin, Kamdar, restoran mamak dll

    agaknya kolej2, universiti2... jadi apa ye... Kemungkinan besar yg menjadi hamba adalah org Melayu, India, Cina..

    Masalahnya mamak2 yg mempunyai DNA maha penipu, penggadai, bigotry !!!!

    ReplyDelete