Kepada
tok2 khatib yang mengupas mengenai bajet 2014, ana ingin sampaikan kepada antum
beberapa pesan dari pengundi ana di kawasan parlimen Raub. Mereka ini orang
kampong- pemikiran tidaklah se-sofistikated macam tok khatib zaman sains dan
teknocoli ini. Mereka menyuruh ana sampaikan kepada kerajaan untuk dihebahkan
dalam khutbah2 supaya tolong naikkan harga garam tinggi2- barang jangan
diuzurkan. Hendaklah kerajaan berbuat yang demikian itu- sebab bila garam
mahal, shahadan orang akan kurang makan garam dan boleh kurangkan darah tinggi.
Demikian
juga, elok sangat disamakan harga kambing dengan harga lembu wagyu sebab makan daging kambing
berlebihan akan mendatangkan darah tinggi. Kemudian untuk mengurangkan
kematian, tolonglah, jangan tidak dapat tidak, naikkan harga kain kafan supaya lambatkan
kematian. Harga beras pun kalau boleh, naikkan dua kali ganda sebab makan beras
terlalu banyak mendatangkan kencing manis.
Ucapkan ahlan wa sahlan kepada cara penyelesaian mekanisma system pasaran bebas ala UMNO.
Ucapkan ahlan wa sahlan kepada cara penyelesaian mekanisma system pasaran bebas ala UMNO.
Tapi
dalam PRK Sungai LImau- UMNO rupa2 nya mahukan rakyat mendapat kencing manis.
Harga gula yang sepatutnya jadi RM2.84sen sekilo, dijual pada harga RM1.00
sekilo. Bukankah semua pemimpin kerajaan menyatakan penarikan sabdidi 34 sen adalah
kerana mahu menyelamatkan rakyat dari penyakit kencing manis?
Wah-
hebat sungguh. Tok khatib menceritakan mengenai GST! Jee Ess Tee. Tok2 Khatib
yang membaca khutbah mengenai GST ini tahu kah apa yang mereka ucapkan? Kedua,
penyampaian perkara yang terang2 bersifat politik ini tidak mengapa pula jika
dilakukan oleh masjid2 yang dikuasai oleh UMNO. Jika demikian, kalau ada tok
khatib yang menyampaikan penentangan kepada GST dan menyebut bahawa bajet yang
Najib sampaikan menderitakan rakyat bagaimana?
Bila
tok khatib dah bercakap mengenai dasar2 dan langkah kerajaan, ini tandanya,
zaman kerajaan rasa dia tahu segala galanya sudah pun bermula. Jadi Najib
membohongi rakyat bila dalam tahun 2008 dia istihar zaman kerajaan knows best sudah berakhir. Penggubalan
undang2 seperti PCA dan tahanan tanpa bicara serta undang2 membolehkan kerajaan
mengintip perbualan talipon- ini semua menandakan kerajaan sudah jadi Abang
Besar 1984 seperti yang diceritakan oleh George Orwell.
Bila
tok khatib sebarkan kepada makmum, melalui pendakyahan tersebut, kerajaan membentuk fikiran dan persepsi. Bila
persepsi dikawal oleh kerajaan, yang jahat dikatakan baik yang baik boleh
digambarkan sebagai kejahatan.
Bayaran
sabsidi kepada rakyat dalam pelbagai bentuk yang suka sangat diungkit ungkit
oleh para pembesar negara yang berjumlah RM40 billion setahun- diperlihatkan
sebagai pengorbanan yang amat besar. Ianya mesti disyukuri oleh rakyat dan
diucapi terima kasih. Tapi pemberian konsesi minyak, monopoli penyiaran TV,
monopoli bekalan lerik, bekalan air dan pemberian lesen2 kepada kroni,
didiamkan oleh kerajaan. penurunan cukai korporat dan pemberian konsesi pada
harga minima, didiamkan oleh kerajaan.
Pendakyahan
melalui mimbar masjid merupakan satu lagi strateji kumpulan 20% teratas
menguasai minda rakyat. Melalui mimbar2,
golongan 20% teratas menggambarkan bahawa kepentingan golongan bawahan
adalah kepentingan mereka juga. Bahawa mereka melakukan semua nya dan berkorban
jiwa dan raga adalah untuk rakyat jelata. Maka belanja RM40 billion adalah
pengorbanan besar, tapi pemberian lesen, monopoli, penjualan asset negara pada
harga yang minima, bukan pengobanan besar.
Kalau
kita teliti Household Income Survey 2012, kita dapati trend yang sama
semenjak puluhan tahun. Kumpulan 20% teratas menguasai 50% pendapatan. 40% yang
terbawah berkongsian 14% pendapatan. Ini pun saya sangsi. Saya rasa angka yang
lebih realistik ialah 20% teratas menguasai 80% pendapatan. Perkara ini tidak
pula disyiarkan oleh tok2 khatib kita.
Kita
rakyat biasa sebetulnya tidak menyedari jurang antara yang kaya dengan yang
miskin sebab yang miskin takkan bercampur dengan yang kaya. Mustahil cerita dan
aktiviti harian orang di Kampong2 Raub diperihalkan dalam Majalah Malaysia
Tatler! Enggang sama enggang, pipit sama pipit.
Yang
berlaku sekarang , golongan 5% teratas yang memimpin kumpulan 20% teratas lebih
bijak menggunakan teknoloji dan sumber2 pembentukan minda rakyat. Antara nya
gunakan mimbar masjid.
UMNO
bukannya ada monopoli keatas kebenaran. Bagaimana jika mulai sekarang, banyak
masjid menyampaikan penyelewengan yang berlaku seperti yang terkandung dalam
lapuran ketua odit negara? Atau menceritakan bahawa jurang antara kaya dengan
miskin semakin meluas?
Bagaimana
pula hutang kerajaan? ustaz saya cerita, kalau hendak naik haji, hutang tak
bayar tak boleh pergi haji. Jadi kerajaan belum jelaskan hutang, bolehkah nak
buat transformasi? Dari kereta menjadi otobot, menjadi optimus prime?
kesihatan
ekonomi kita macam orang demam panas. Jika suhu badan terlalu tinggi, ianya
boleh membawa maut. Suhu panas kalau sampai kat otak kita, membawa maut. Suhu dan
seterusnya kesihatan ekonomi pula boleh diukur dari nisbah hutang kerajaan
dengan GDP. GDP ialah nilai kesemua barangan dan perkhidmatan yang dihasilkan
oleh negara kita dalam satu tahun. Sebagai contoh, GDP negara kita untuk 2014
dianggarkan sebanyak 1 trillion. 1 trillion bersamaan dengan satu juta juta=
1,000,000,000,000. Ada 12 angka kosong. Hutang kerajaan yang tersurat sekitar
RM546billion= 546,000,000,000. Ada 9 angka kosong. Ini sudah hampir 55% dari
GDP kita.
Mengikut
kajian ekonomi, suhu taraf bahaya ialah 60%. Kerajaan kita, sebab mereka sangat
mendahulukan rakyat telah meletakkan had hutang 55% dari GDP. Hooray! Dan
syabas. Ini bajet terbaik sejak Adam alaihissalam. Maka sebab belum lagi
mencecah 55%, hutang tersurat , dikira ok.
Tapi yang rakyat tidak tahu ialah hutang tersirat. Hutang tersirat ini
termasuklah tanggungan kontinjen dan jaminan2 kerajaan keatas hutang2 yang
dilakukan oleh syarikat milik kerajaan. jumlah hutang yang tersirat ini ialah
RM150,000,000,000. 150 billion.
Campur
yang ini dengan hutang tersurat, hutang kerajaan sudah mencecah hampir 700
billion atau 70% dari GDP kita, ekonomi kita sudah mahu maut. Maut ekonomi
adalah dalam bentuk resessi- pendapatan negara makin berkurang.
Apa
pasal tak cerita pasal prinsip cukai dalam Islam? Atau prinsip bajet yang baik
yakni belanja berhemah dan belanja ikut kemampuan? Jika kita ikut prinsip, kita
akan ujudkan mekanisme penstabilan otomatik. Bila pendapatan kurang, cukai
dikurangkan. Bila ekonomi meguncup, bayaran kepada jaringan keselamatan
sosial dan bentuk2 pindahan
pendapatan/income transfers meningkat sebab ramai rakyat susah.
Prinsip
cukai dalam Islam ialah kita cukai yang kaya. Cukailah pada tempat dimana
kekayaan dan wang pergi. Dalam negara kita, wang dan kekayaan pergi kepada
kumpulan 20% teratas. Cukailah mereka dengan kadar yang lebih tinggi.
Kali
ini, kerajaan Najib yang mendahulukan rakyat telah mengurangkan cukai korporat
dan tahap boleh cukai pendapatan peribadi. Kesan pengurangan cukai keatas dua
kumpulan ini berbeza. Kita kurangkan cukai keatas orang kaya, mereka tidak juga
meningkatkan pelaburan dalam negara.
Kita kurang cukai keatas orang kurang kaya, mereka akan dapat membeli apa yang
mereka tidak dapat beli sebelum ini.
Sebab
itu dalam negara barat , ada progressive tax. Yang tidak cukup syarat kita tak
cukai. Pembayar cukai dalam negara ini hanya 15%. 85% peratus tidak membayar
cukai pendapatan. Tapi mereka tetap bayar cukai2 dalam bentuk2 lain seperti
cukai tanah dan pintu, cukai jualan dan cukai perkhidmatan. Dengan GST, tidak
ada orang akan selamat daripada cengkaman kerajaan yang tamak. Jadi kalau tok
khatib meneliti dengan betul dan belajar maksud bajet, maka mereka tidak akan
berkhutbah menyokong GST.
Demikian
jugak mereka tidak ada menyokong Najib dan memuji nya kerana membentangkan
suatu bajet yang mendahului rakyat. Bab mana yang mendahului rakyat itu?
Kebocoron dan rasuh dan isiu jurang ekayaan dikalangan orang Melayu tidak pun
disentuh. Adakah to khatib kita buta mengenai perakar ini? Golongan 40%
tervawah tersu berkongsian 14% dari pendapatan negara manakala 20% tertas terus
menguasai 50% kekayaan. Jadi bagaimana kita nak kata, ini bajet yang
mendahulukan kepentngan rakyat?
Kali
ini saya rasa tok khtaib benar2 menggigit lebih dari apa yang mereka boleh
kunyah. Tanpa mengurangkan hormat kita kepada tok khtaib dan imam, ini bukan
bidang mereka untuk diperdengarkan dalam masjid.
Assalamualaykum Datuk
ReplyDeleteBravo! Permit me to cut & paste to my FB with your detail
Salam maal hijrah dato,
ReplyDeleteInilah akibatnya seseorang itu menganut islam melalui warisan bukan nya kerana keindahan ilmu dalam islam itu.
SAYA TIDAK PERNAH TERTINGAL MEMBACA ARTIKEL YG DATO TULIS. MACAM DAH KETAGIH ISU-ISU SEMASA. TERIMA KASIH KERANA MASIH MENERUSKAN USAHA UNTUK 'MENG EDUCATE KAN' RAKYAT JELATA PERIHAL 'BETAPA TENATNYA' EKONOMI NEGARA DAN 'KETUANAN MELAYU'. SAYA SENTIASA 'SHARE' ARTIKEL DATO DGN RAKAN2 FB. NAMPAKNYA MEMBERIKAN KESAN YG POSITIF. PEMBACA YG SEMAKIN MENINGKAT UTK MENGIKUTI AKTIKEL YG DATO TULIS. SAYA AMAT YAKIN TULISAN DATO AKAN TERUS BERKEMBANG UTK MENYEDARKAN RAKYAT.
ReplyDeleteDRP; ZAILAN, BANDAR TASIK PUTERI, RAWANG.
Salam Sahabat (tak payah dato2 lah.Buat malu je krana Dato,T. Sri ke banyak penipu dan murah),
ReplyDeleteMasaalahnya,yang dilantik jadi imam dan khatib adalah burung2 kakatua.Dilatih berkata kata tapi tak tau apa yang di katakan.
Banyak yang menuntut ilmu keagamaan,tapi dipergunakan sijil memperakukan pelajaran yang dituntut untuk mendapat habuan mudah,waima berlaku perbuatan dan perkataan yang bertentang dengan yang dipelajari.
Merekalah jenis yang berpengetahuan tapi tak mempunyai akal dan kebijaksanaan.
Jika kerajaan mau khatib dan imam yang pandai membaca,patut kita cadangkan dilantik je lepasan UPSR.Tak lah kena bayar imbohan berlebihan dan penjimatan adalah untungkan duit cukai rakyat.
Apabila para "Ugamawan" menyokong dan menghebahkan kebobrokan kerajaan sebagai kebaikan, maka bermulalah kejatuhan masyarakat Islam.
ReplyDeleterakyat biasa hanya boleh makan beras serta dua benda yg lain, itu je, depa dlm umno boleh beli sampai penuh troli, makan wahyu steak, berapa kali pun boleh, itulah org kampung termakan sogokan lalu mengundi penyanggak2
ReplyDeleteaskm tok
ReplyDeletetok mintak tolong puak2 serban tinggi jubah labuh terang apa baiknya sistem cukai islam....
jangan nak bantai gst tapi x pernah tunjuk sistem yg lebih adil dan saksama.... spt kata tok tadi kita pilihan sistem cukai islam....
You and me know. Many of them were forced to read the sermon prepared by religious dept controlled by UMNO. These khatibs semua makan gaji dari kerajaan UMNO. They will not have any conscience when it comes to money. These are not real religious people.
ReplyDeleteKalaulah boleh pakai Harley Davidson RM75,000 sehingga RM 120,000 sebuah, kruising ke hulu, ke hilir dlm rombongan dgn mak / pak we, bila nak minta mereka bayar minyak tanpa subsidi, mereka dlm gologan 20 peratus di atas ini pekik tak adil. Itupun kenderaan sampingan utk relaks, dlm garaj mesti ada tiga empat buah kereta impot yg termahal.
ReplyDeleteRamai Khatibs Masjid Negara sibuk mengejar gelaran Dato ini itu lalu mendahulukan tuan2 mereka, mana ada masa nak kutbahkan perintah ekonomi Islam, kesederhanaan serta keadilan, mana nak ingat kutbahkan penentangan terhadap segala korupsi, keangguhan pemimpin2, mana nak takutkan hukuman di akhirat?
Salam Muharram,
ReplyDeleteHakikatnya, negara2 atau pemimpin2 Islam mana yg boleh dijadikan contoh sekarang ini? Kalau tidak diketuai oleh Raja2 yg bermewah2, riak & pembazir, negara2 Islam akan dipimpin pula oleh parti2 serta pemimpin perasuah & penindas selama berdekad2.
Dimanakah puncanya kebencanaan umat Islam kalau tidak ditangan Mufti2 & Ustaz2 yg makan gaji dan ber'tuhan' kpd pemimpin2 korup yg dianggap penentu rezeki, pangkat & gelaran ulamak2 ini, sekaligus meng'shirik'kan Allah.
Jadi, dalam bab2 ugama ini, "Nauzubillah", harap2 kita bukan dlm golongan majoriti (98.7% = 72/73) org2 Islam yg sesat seperti yg diriwayatkan oleh 'Auf ibn Malik r.a. dimana Rasulullah s.a.w. telah bersabda;
"Org2 Yahudi telah terbahagi kpd 71 bahagian dan org2 Nasara terbahagi kpd 72 bahagian. Satu bahagian drp setiap umat itu akan masuk Syurga - 70 bahagian drp Yahudi & 71 bahagian drp Nasara akan masuk neraka. AKU BERSUMPAH DENGAN ZAT YG. MEMEGANG NYAWA MUHAMMAD, bahawa umatku akan terbahagi kpd 73 bahagian & 72 bahagian drpnya akan masuk neraka."
Dengan kemudahan mendapat maklumat yg hakiki, segala kemunafikan berugama akan lupus akhirnya. Yang kekal hanyalah 'Allah' (Bukan namaNya, tetapi adalah kata sifatNya yg. bermaksud 'Dia Yang Esa').
~ 'Ya Rabb, jauhilah kami drp termasuk dalam golongan 98.7% org2 Islam yg sesat. Amin2, Ya Rabb'il Alam'in.
Dato'
ReplyDeleteTak perlu hairan dgn perangai pemimpin akhir zaman ini. Mereka2 ini akan buat byk lagi perkara2 yg nakal & tak masok akal. Hakikat nya mereka2 ini sedang gali kubur2 mereka. Tengok lah sejarah. Firaun sebelum binasa kata "aku ini tuhan"
Salam Tuan Blog,
ReplyDeleteTeknocoli....he3
Tak lari kita jantan dari kesukaan perempuan, hingga ke pada pakaian mereka menjadi igauan kita. Adalah s
ilap komplek oedipus oleh Freud kerana memang kita suka, tanya Bill Cliton, dilakukan atas meja kerja.
salam
Dato Sak,
ReplyDeleteBelanjawan 2014 ini secara kasarnya bolehlah dikategorikan sebagai "Belanjawan Oleh Puak Penipu, Untuk Kepentingan Puak2 Penipu dan bertujuan untuk Menipu rakyat Marhaen Malaysia"! Masaalahnya, orang2 Melayu semuanya kurang menggunakan anugerah yang Allah kurniakan kepada semua Manusia iaitu akal dan ditambah pula dengan tabiat malas untuk belajar (mudah lupa) maka amat senanglah umat melayu Malaysia ini ditipu berulang-ulang kali.
Setakat 2013 sahaja, sudah 13 kali orang2 melayu ditipu hidup2 oleh puak-puak Bangsawan yang berbohong mengatakan bahawa merekalah "pejuang bangsa dan pada merekalah nasib melayu ditakdirkan". Dan tanpa perlu ada bukti dan perlaksanaan janji, umat melayu pun percaya dan menyerahkan nasib mereka kepada para penipu yang kuat menipu itu.
Ingin berharap agar para khatib dan para imam menjadi saluran kepada kebenaran dan realiti? Mustahil! Sebahagian besar dari mereka hanya berkhidmat untuk "dunia" (elaun) dan kurang percaya dengan akhirat, maka dengan upah elaun dan bonus "Umrah dan haji" maka para pemimpin masjid2 orang melayu itu, dengan rela hati menjadi tukang penyampai berita2 palsu dan "separuh benar" yang bertujuan memperbodohkan para pendengar dan lebih utama lagi "menguburkan" benih2 keraguan dan ketidakpuasan hati yang ujud dalam hati orang2 melayu.
Ianya dilakukan dengan cara yang begitu halus dan lembut iaitu dengan membalut kata2 dan janji2 bohong lagi palsu dengan tubuh badan para imam dan khatib yang secara fizikalnya menggambarkan Islam. Kaedah ini amat berkesan untuk membentuk suatu kefahamam yang menyakini "ketaatan membuta tuli" kepada para pemimpin merupakan "syariat islam" dan lebih penting lagi menjadikan balasan dosa dan neraka kepada umat melayu jika mempersoalkan segala kemungkaran dan maksiat yang dilakukan oleh para pemimpin "yang beragama Islam".
Selagi umat melayu gagal menggunakan akal yang dianugerahkan Allah dengan lebih berkesan maka selagi itulah nasib umat Melayu akan terus buruk dan lemah. Nasib umat Melayu terletak di dalam tangan merkeka sendiri dan selagi mereka tidak sedar bahawa puak Bangsawan dan elite Melayu tidak pernah "peduli" dengan nasib mereka, selagi itulah segala kekayaan milik negara akan dapat di"curi dna dirampas" oleh puak2 tersebut.
Umat melayu perlu sedar dari lamunan cerita2 dan hikayat dewa kayangan dan mula hidup di dunia yang nyata. Dizaman ini tiada dewa2 kayangan dan "pahlawan2 kebal" yang akan menyelamatkan keadaan! Yang ada cuma para pemangsa dan si mangsa. Sudah masanya umat melyu berhenti menjadi mangsa dan mengambil tempat sebenar mereka sebagi TUAN kepada negara ini!
Parti2 politik bukanlah Raja bahkan mereka adalah "budak suruhan kepada rakyat". Realiti ini yang sepatutnya umat melayu faham dan yakini dan bukannya "dulu, kini dan selamanya kita bergantung kepada golongan elite bangsawan (yang rela menggunakan 100 juta untuk bermewah2 tapi tak mahu menggunakan wang negara untuk menurunkan harga gula bagi rakyat)!
Nick.
Puak-puak UMNO/BN lah yang akan menjahanamkan kaum Melayu sendiri & negara kita.
ReplyDelete