Kita tidak perlu menanti PRU14 untuk tumbangkan kerajaan Najib. Kita boleh lakukan nya sekarang. Biarkan
UMNO dan BN merasai penangan sokongan majority dan undi popular. Mereka menang
kerana manipulasi persempadanan dan kepadatan pengundi yang tidak adil, masih
tidak sedar diri. Pemimpin UMNO masih angkuh dan membudak budakkan orang lain.
Di
Malaysia Timur, BN ada 47 kerusi parlimen dan jumlah yang agak besar dalam
tangan komponen bukan UMNO. Jika parti2 ini tinggalkan BN, bagaimana? Jeferey Kitingan dan lain2 tokoh Malaysia Timur hanya perlu berkerja keatas parti ini untuk menumbangkan PM Najib. Tidak perlu keluar Malaysia kerana itu akan menjustifikasikan tindakan ketenteraan keatas bangsa Malaysia sendiri.
Bayangkan jika Taib Mahmud hanya perlu neutral manakala semua parti bukan Islam lain keluar BN- BN akan hilang kuasa. Katalah 14 ahli parlimen PBB berkecuali dan 11 parlimen bukan Islam keluar BN. jika keluar hanya akan membawa faedah kepada kaum mereka. di Sabah pula jika 8 kerusi parlimen bukan-UMNO keluar BN sudah ada 19 kerusi berpindah.
Bayangkan jika Taib Mahmud hanya perlu neutral manakala semua parti bukan Islam lain keluar BN- BN akan hilang kuasa. Katalah 14 ahli parlimen PBB berkecuali dan 11 parlimen bukan Islam keluar BN. jika keluar hanya akan membawa faedah kepada kaum mereka. di Sabah pula jika 8 kerusi parlimen bukan-UMNO keluar BN sudah ada 19 kerusi berpindah.
Jika
PBB berkecuali samalah seperti BN hilang
14 parlimen menyebabkan 33 kerusi perpindah. BN akan hanya tingal 100 kerusi
dan bila 33 ahli parlimen bersekutu dengan 89 ahli parlimen PR- sudah ada 122
kerusi. Jika 122 ahli parlimen ini bersatu- BN sudah tidak bertahan lagi. Sebaik
sahaja threshold in dicapai, berduyun ahli parlimen UMNO dan BN menyeberang. Bayangkan
jika 7 ahli parlimen MCA turut sama. Kiamat dunia bagi pencuri dan perasuah BN. Dikalangan 88 ahli parlimen UMNO itu pun kita boleh bincang2. Kita boleh gunakan kaedah insentif atau kaedah ugutan.
Boleh
kita lakukan begini? Mengapa tidak. Sebaik sahaja BN hilang sejumlah kerusi
parlimen, parti lain boleh jadi kerajaan. banyak pembaikan kita boleh lakukan. Orang
Melayu tidak perlu takut jika UMNO ditewaskan. Selagi kerajaan yang ganti BN
mempunyai majority pimpinan Melayu, itu sudah mencukupi.
jika
mereka bertindak keluar dari BN kerana Najib seoarang pemimpin lemah, kerajaan
kemungkinan tidak berkesudahan ini akan tumbang. Orang Islam minority dalam
Sabah dan Sarawak . jika mereka tidak dengar suara hati majority, mereka pun
akan lebur.
Jefrey
kitingan berpendapat bahawa masa nya sudah tiba untuk Sarawak dan Sabah
memulakan perbincangan untuk keluar dari Malaysia. Ini cakap yang amat berani. Ia
bertentangan dengan Point #7 dalam 20-point memorandum dengan kerajaan persekutuan.
Percakapan mengenai secession mungkin seditious. Point #7 dengan jelas menyebut
tidak ada hak keluar dari Malaysia.
Kepada
golongan pelampau di Semenanjung, kita perlu hormat point #1 perjanjian dengan
Borneo Utara yakni: sementara tidak ada tentangan kepada Islam sebagai agama
kebangsaan Malaysia, di Borneo Utara tidak ada agama negeri dan segala
peruntukan dalam perlembagaan Malaysia mengenai Islam tidak terpakai di Borneo
Utara.
Kecualilah
perkara ini tidak difahami oleh pertubuhan right wing, maka Najib akan tunduk
kepada desakan kumpulan seperti Perkasa dan lain2 nya.
Orang
Sabah ada peluang membentuk sejarah baru tapi peluang tersebut dilepaskan
dengan bersetia kepada BN. ternyata keputusan tersebut tidak bijak sekarang. Sekarang
rakyat Sabah kena buli.
Di
Sarawak, saya yakin PBB akan menggunakan segala kekuatan untuk menyekat UMNO
dari memasuki bumi Sarawak dengan perkembangan isiu kalimah Allah ini.
Tapi,
apa jadi jika percakapan Jefrey Kitingan membayangkan pandangan majority
rakyat Sabah dan Sarawak dari segi rohnya? Dari segi roh, cakap Jeferey
Kitingan adalah suara rakyat Sabah yang majority. Mereka mahukan hak keatas memerintah sendiri. Sabah dahulu nya Borneo Utara
dengan 20-point nya, Sarawak dengan 18 point nya. Semua perjanjian ini sepatutnya menjamin beberapa hak orang Malaysia Timur keatas negeri mereka sendiri. BN tidak hormat kepada perjanjian2 ini. ahli parlimen Sarawak jangan
ingat mereka selamat. UMNO sentiasa mengintai untuk menggantikan PBB. PBB tak
cukup Bumiputera jika tidak ada UMNO.
Saya
tidak fikir isiu kalimah Allah ini cukup besar untuk mendorong Jefrey cakap
durhaka. Isiu kalimah Allah hanya kemuncak rasa tidak puas hati yang legitimate
bercampur dengan personal agenda Jefrey. Sebab itu sakit hati Jefery tidak
dihalakan kepada mahkamah tapi kepada kelemahan kepimpinan Najib Tun Razak.
Cakap
ini bukan kerana mahkamah telah mengesahkan desakan puak pelampau UMNO dan
Islamis UMNO mengenai penggunaan kalimah Allah. Adalah menjadi persepsi umum
bahawa mahkamah di Malaysia senentiasa menyebelahi mereka yang berkuasa.
Jika
Jefrey dan MP Sabah dan Sarawak yang lain, berkerjasama dengan kumpulan selain
BN, mereka boleh membantu kita mencapai objektif mencuci dan membersih insitusi
kehakiman kita. Kerajaan baru hanya perlu memencenkan the top 15-20 judges dan
kita mereformasikan judiciary dalam sekelip mata.
Jefrey
menyuarakan apa yang terpendam dalam hati rakyat Sabah. Penggunaan kalimah
Allah ini penyebab rasa tidak puas hati rakyat Sabah megenai kelambatan dan
tipu helah kerajaan BN menghormati 20-point memorandum. Proses memborneokan
perkhidmatan awam diSabah sengaja dilewatkan. Mustahil tidak ramai rakyat Sabah
yang cerdik pandai yang boleh mengendalikan pentadbiran negeri itu.
Masih
ada penyelesaian yang kurang ekstrim yang boleh MP Sabah dan juga Sarawak boleh
gunakan. Tidak perlu keluar dari Malaysia. Mereka hanya perlu mengesahkan
komitment kerajaan Malaysia menghormati 20 point agreement ketika masuk
Maalysia dahulu. Jika kerajaan PM Najib mengheret kaki, ahli parlimen Sabah dan
Sarawak boleh berpakat dengan parti poitik lain. Masa nya sudah tiba untuk
forge new political alliances.
Penyelesian
yang lebih baik ialah keluar dari BN- break ranks with BN. jika MP Sabah dan
Sarawak ada prinsip menghargai diri sendiri, mereka mesti berani break ranks
dengan BN. apa pasal mahu bersama parti yang meminggirkan kamu? Parti2 dalam
Pakatan Rakyat tidak ada masaalah dengan penggunaan kalimah Allah oleh orang
Kristian jika ia dipakai kepada memuja Allah yang satu.
Bahkan
sesalan Kitingan yang saya rasa disetuji oleh ramai MP Sabah dan Sarawak disebabkan
PM Najib membisu seribu bahasa lidah nya kelu tidak terkata. Ini membuktikan
bahawa najib ialah seorang yang hipokrit dan seorang jurujual impian palsu
dalam bentuk 1Malaysia yang sekarang digantikan dengan endess possibilities
atau kemungkinan tidak berkesudahan. Kenapa kamu membiarkan rakyat Sabah
dicandui dengan jualan impian palsu?
Penyelesaian
nya tidak perlu ekstrim seperti ini; Jefrey hanya perlu meyakinkan parti2 Sabah
dan Sarawak keluar BN. ini akan menyebabkan kerajaan Najib tumbang dan dengan
tumbang nya kerajaan Najib segala ketidakadilan dan ketidakpuasan yang berpunca
dari bersama2 dengan BN akan diselesaikan. Reaffirm dan laksana 20 point
memorandum dengan rakan kongsi baru; cari pemimpin yang boleh mengundang hormat
dan keyakinan orang ramai.
Minggu
lalu, M Bakri Musa telah menulis sebuah artikel yang menyebutkan bahawa jika
Najib mempunyai maruah, dia patut menyerahkan kerajaan ini kepada Tengku
Razaleigh Hamzah. Nah- soalan sama ada Najib ada maruah atau tidak bukan
persoalan penting yang kita hendak bahas
disini; keluar dari BN sudah menjadi suatu political imperative. Sesalan dan ketidakpuasan
hati yang bertimbun mesti dikeluarkan dari tersemat dalam dada. Liberate yourselves
from the clutches of an extremist party.
Mengenai
mengapa Tengku Razaliegh dijadkan pilihan, Bakri Musa telah membahaskan nya dengan
panjang lebar. Tidak perlulah saya mengulangi nya. kenapa tidak join forces
dengan Tengku Razaliegh Hamzah to forge a new Malaysia?
Sama
ada tak ramai yang membaca nya atau ramai yang mengiktiraf kejituan
penghujjahan tersebut, maka komen2 tidak ada banyak kelihatan. Sekarang ini
peluang terbaik untuk ahli parlimen Sabah dan Sarawak mengadakan perbincangan
dengan Tengku Razaleigh untuk memimpin suatu permuafakatan antara parti politik
sepemikiran dan demokratik, untuk membentuk sebuah kerajaan yang baru.
Keputusan
mahkamah Rayuan mengenai penggunaan kalimah Allah mesti the last straw that
breaks the camel’s back. Bacul pemimpin Sabah dan Sarawak jika membiarkan
perkara ini berlaku begitu sahaja.
Sebelum
Sabah dan Sarawak masuk Malaysia tahun 1963, pribumi sana yang beragama
Kristian telah menggunakan nama Allah dalam kitab mereka. Orang Islam Sabah dan
Sarawak tidak pun berasa apa2 dengan penggunaan tersebut. Tidak ada pun kita
lihat orang Islam disana dianiayai dan diancam dan tidak dibenar menganut agama
Islam.
Bila
Sabah dan Sarawak masuk persekutuan Malaysia, mereka dijanjikan pengekalan
beberapa keistimewaan. Saya rasa orang Melayu yang berzaman bercakap mengenai
hal keistimewaan tentu boleh identify dan relate dengan tuntutan kepada
kerajaan supaya menghormati 20 point agreement dengan Malaysia Timur. Kenapa kita
tidak boleh hormat tuntutan pribumi Sabah dan Sarawak mengenai keistimewaan?
cara
yang lebih baik untuk pribumi Sabah dan Sarawak menyelesaikan penzaliman yang
dilakukan oleh kerajaan PM Najib keatas mereka ialah dengan keluar BN. parti2
bukan Islam Sabah dan parti2 diSarawak boleh mengambil langkah meninggalkan BN.
dan mereka boleh mencari rakan kongsi yang menghormati hak2 mereka yang terkandung
dalam 20 dan 18 point agreement Persekutan Malaysia. Masa depan rakyat Sabah
dan Sarawak mulai sekarang bukan lagi dengan bersama sama dengan BN bawah
pimpinan Najib.
Masaalah
diSabah jika kita ikhlas mengakui nya, bermula bila UMNO masuk keSabah dan
mengobah political dynamics di Sabah. Orang Islam sepatutnya kekal dibawah USNO
atau mengembalikan USNO. Barulah UMNO dan BN menghormati Sabah.
Orang
Sarawak boleh belajar dari apa yang terjadi diSabah. PBB mesti berkerja keras
jangan membenarkan UMNO memasuki negeri tersebut. Apa yang UMNO boleh lakukan
yang tidak boleh dilakukan oleh PBB?
salam dato,
ReplyDeletecadangan Abdul Rahman Dahlan agar 2 rang undangan satu utk Semenanjung dan satu untuk Sabah dan Sarawak untuk penggunaan kalimah Allah oleh Kristian dan Sikh tidak masuk akal same sekali.
rupa-rupanya penganut agama Islam Semenanjung Malaysia kurang sophisticated berbanding dengan penganut agama Islam di Sabah dan Sarawak kerana hanya di Semenanjung sahaja penganut agama Islam akan keliru dan bukan di Sabah dan Sarawak.
Inilah masalah kerajaan mediocre kita di Malaysia.
passerby
YB Dato,
ReplyDeleteWhen do you think Sabahans (esp Kadazans) will wake up one day to realised that they have been screwed big time in the past, present and foreseeable future?
selepas pilihanraya yg lepas, PR mencadangkan agar undi majoriti diambil kira sekaligus melanggar prinsip Malaysia yg mana sabah sarawak di beri kuota sebanyak 1/3 kerusi.
ReplyDeleteJika ini terjadi, sabah sarawak akan kehilangan lebih byk kerusi. seperti kata dato 'Mereka menang kerana manipulasi persempadanan dan kepadatan pengundi yang tidak adil, masih tidak sedar diri.'
adakah PR benar2 ingin membantu sabah sarawak atau menjadikan sabah sarawak sbg batu loncatan utk mendapat kuasa sebelum meminggirkan mereka?
Kerajaan PR gagal membentuk kerajaan . Inilah masaalahnya.Setakat 89 sahaja tidak cukup.Cubalah lain kali ya.
ReplyDeleteUntil today, I don't know why sabah and sarawak MP's did not form their own coalition. That will split the parliament into three coalition and minority rule for the first time.
ReplyDeleteRules by a minority government isn't a bad thing.
Germany have been ruled by minority government, forced to form a coalition and therefore more responsive to the electorate.
Sickput,
DeleteThe idea is good but we must first graduate to a two party system first before we can talk of three way party system.The current PR must first be a legal coalition like BN.That will be the prerequisite.So far not yet.How?.
SA
Saya rasa lebih baik Sabah / Sarawak buat serangan 2 penjuru terhapdap Sultan UMNO..... kali in Pecat Malaya....biar Saham KLSE semua runtuh hebat.....tengok berapa Puak Terrorist UMNO mulai resah dan tinggalkan Negara dengan duit rakyat.......tengok berapa dapat ditangkap rakyat Macam "Citizen Arrest" .... kita pun nak lihat macam mana Brotherhood UMNO-Sulu Terrorist boleh diarah buat kacau kat Sabah / Sarawak.....Kita hendak lihat niat Sultan UMNO.....kemudian buat rancangan lain.... UMNO ni ingat dah Kontrol situasi sekarang kat Malaysia dengan PCA + Tembak dulu...tak usah Soal!!....Rakyat yang gelisah tak akan maafkan lagi terrorist UMNO-Polis -.... INI KALI LAH!!
ReplyDeletepada zaman jahilliah perkataan ALLAH telah digunapakai....maaf kalau fakta saya salah,rujuk pada alim ulama
ReplyDeletesaya sebagai orang kristian swk sgt kagum dgn kenyataan jeffry.itu bukan keterlaluan dan seditious.yang lebih seditious adalah president isma abdullah zaik.jeffry hanya menyambut dan menyampaikan permintaan mereka.sy amat berharap ada ahli politik swk yang se-vokal jeffry.tahniah jeffry, tak perlu naik turun mahkamah lagi untuk tujuan yg sia-sia.
ReplyDeletesaya sokong 100% atas penulisan blog Dato'. it is time for Najib to step down.. too many drama after PRU13 ni..
ReplyDeleteQSB
PEMIMPIN DAYAK SUDAH LAMA KENA INTIMIDASI DARI MALAYA.....SEMUANYA PONDAN DAN BACUL WALAUPUN ANAK GADIS UNDER AGE SABAH SARAWAK DIROGOL SAMPAI TERKUPAS KULIT OLEH KETUANAN UMNO.SAMA-SAMA KITA TENGOK KALAU ADA DIANTARA YANG BACUL DAN PONDAN (DIKENALPASTI OLEH OLEH RAKYAT SS)INI NBERANI MELAWAN SEPERTI RENTAP DAN MAT SALEH.
ReplyDeleteNEGERI SARAWAK LEBIH BAIK LAGI KALAU DIBANDINGKAN DENGAN NEGERI SARAWAK...INI DIBUKTIKAN OLEH DENGAN PERKEMBANGAN SEMASA DIMANA RUMPUN BANGSA FILIPINA, PAKISTAN DAN INDONESIA SUDAH MENGAKU DIRINYA BANGSA MELAYU SEDANGKAN DULU BANGSA KDM ADALAH BANGSA MAJORITI DI SABAH.SAYA HARAP RCI MEMBAWA KEBAIKAN KEPADA NEGERI DIBAWAH BAYU.JANGAN TANYA PEMIMPIN UMNO TAPI TANYA ORANG KDM SIAPA YANG MAJORITI SEBELUM KEGILAAN PERTAMBAHAN PENDUDUK DALAM SEPULUH TAHUN SEBELUM DAN SELEPAS KEDATANGAN UMNO.
ReplyDeletewakil rakyat sabah serawak janga rasa panik dan buntu, jalan sudah dibentangkan lampu sudah dinyalakan tinghal lagi kamu bagaimana , masih nak duduk diam atau bertindak ,
ReplyDeleteSetuju dengan Dato 100%. Kerajaan & PM yang tak berguna ini patut dijatuhkan segera
ReplyDeletepeace to all !!!
ReplyDeleteSIANG N MALAM TAK SAMA / HITAM N PUTIH TAK SAMA / LANGIT N BUMI TAK SAMA / U N ME TAK SAMA ....
peace TO ALLL !!!
MALAYSIA SATU BUKAN DUA ....
BERSATU KITA TEGUH BERCERAI KITA SEMUA HANCUR !!!
Dato Sak, si Najib sdg membalas & menabur budi kepada pejuang2 umno lebih2 lagi di kalangan 88 member Parlimen umno yg menang mei lalu. Apa saja mintak akan ditunaikan Najib, waimah nak apa pun akan Najib bagi. Ada kalangan yg tamak ikut pintu dapur pasal tak cukup dpat satu board director. Bekas pengarah seranta bukan saja dilantik board felda, tetapi board FGV, FIC & lain2 privilege dlm government. Tak cukup lg, merengek...lalu dilantik Pengerusi PLKN, pasal mengidam tender supply uniform, catering etc.
ReplyDeleteAda sumber beritau tapisan SPRM bagi yg bertanding mei lalu, ambik syarat saja. Fail dah di meja pendakwa pun bole lekat menjadi calun. Rakyat yg mengundi tak tau pun calun terlibat dlm rasuah. Kes Isa Samad bekal vitamin anak dpat komisen ratus ribu senyap & lesap. Entah2 fail dah lupus!
Sebab itu 88 malaun yg menang dlm mei lalu, byak terhutang budi dgn si Najib. Memang payah kalau kalangan 88 ini berpaling tadah kecuali dari kalangan bukan umno... Itu pun mengharap kesedaran luar biasa yg boleh membinasakan Kerajaan BN/ umno...
Apa khabar Dato,
ReplyDeleteArtikel yg agak menarik. menarik perhitungan politik dato ttg Sabah Sarawak, tapi bagi saya agaksukar...YB2 BN di Sabah dan Sarawak tu mungkin marah dgn kenyataan presiden isma, tapi kalau Najib dah hulur duit dan projek kat YB2 ni, alamat kelabu matalah diorg. Jangan kata Bible terpelanting tah ke mana,gereja hari Ahad pun diorg terlupa sekejap kalau disogok.
Tapi, itulah hakikatnya. Susah nak mmberi hujah moral dan kenegaraan kpd YB2 Bn di Sabah Sarawak ni supaya keluar dari Bn, sebab hujung2nya, bila disogok wang oleh UMNO, senyaplah diorg.
Assalam Dato, perincian yg menarik...Suara gaphari bukan suara sabahan, bab ini kajian terperinci perlu dilakukan..
ReplyDeleteSalam dato...
ReplyDeleteCadangan yg bagus.Sebenarnya MP sabah sarawak dah lama memikirkan perkara begitu. Mereka lebih bijak bukan nya tunggul kayu....masanya akan tiba tanpa perlu sesiapa menasihati pun...
MP Sabah Sarawak bijak bila masa akan bertindak. Sudah tentu MP sabah sarawak tak mahu "terlepas dari mulut harimau,masuk mulut naga"....fikirkanlah.
Yb bn sabah dan swk tkut dgn big bos nya bah...nak buat mc mana...diam ja bah lagi selamat....Inilah politik org kita bah...nak cakap lebih pun tkt kena tembak bah...hahaha..
ReplyDeleteBila lihat senarai nama calon2 bakal dipilih menjadi Timbalan pemimpin UMNO
ReplyDelete( apa dari N. Sembilan / Melaka cadangkan guna honorable titles - apa pulak nak flex muscles, mana letaknya demokrasi serta ingat kpdNYA dan implikasi undi yg bakal dibuat ? Yg kekal dlm DNA kepimpinan UMNO ialah kegilaan kuasa, status, kepentingan diri, nepotism dari kerala serta lobbyists, keborosan, dll, ada pulak yg menangis cam siapa ?
Dah terlambat nak dispense with them ? Siapa kita ? atau sebaliknya, siapa mereka ini dah berdekad, dah byk harta benda sampai tujuh generasi ? Apa pulak kita yg working class Malays ?
syabas Dato'. Ini satu cadangan yang amat baik. MP Sarawak & Sabah tunggu apa lagi. Inilah masanya kamu berkorban demi rakyat kamu.
ReplyDelete