Saya
mengalu ngalukan pandangan bernas yang ada penghujjahan dalam blog saya. Sekali
sekala saya membenarkan kenyataan bodoh disiarkan untuk tujuan pencerahan. Sebagai
contoh- komen yang memperli supaya biarkan negara ini diperintah oleh Dato Sak
dan Dato Sak dan parti nya akan menyelesaikan masaalah ekonomi orang Melayu. kenapa
tidak?
Ok agreed with dato sak. Come on Malay wake up. drop
everything with UMNO and let DAP with dato sak manage your politic and economic
for your benefit. Right dato'
Right-
Sukalah saya nasihatkan- jika kita tidak ada sesuatu yang bernas boleh
dikemukakan- pergilah bermain dengan diri kamu sendiri.
Tapi
bukan hanya DAP. Mesti Pakatan Rakyat dan pemimpin utama nya orang Melayu. jika
ini terjadi, BN nak komplen apa? Melayu masih menguasai. Bukan Anwar Ibrahim
sahaja yang Melayu dalam PR. Masa depan negara ini akan berada dalam tangan
inidvidu seperti Rafizi, Nurulizzah, Zairil Khir Johari, orang seperti Dr Zulkifli
Ahmad, Khalid Samad, dan yang belum muncul lagi. Disebelah BN, orang seperti
Nurjazalan, Khairi Jamaludin, Razali dan lain. Adakah orang2 ini akan menggadai
kepentingan orang Melayu yang munasabah? Kepentingan orang Melayu yang sudah
ditetapkan dalam perlembagaan dilindung oleh undang.
Negara
ini bukan hanya memerlukan pemimpin Melayu. pemimpin bukan Melayu seperti
Anthony Loke, Chin Tong, Ong Kian Meng, Surendran, Sivarasa, Tian Chua
diperlukan.
Pakatan
Rakyat jika memerintah akan mengurus ekonomi dengan lebih baik. apa yang susah
sangat menerima bahawa saya pun ada keinginan membaiki keadaan ekonomi orang
Melayu sekurang kurang dalam segi memberi sumbangan pandangan dan pemikiran? Memang
jika kita ada kuasa kerajaan, kita akan melakukan berlainan dengan apa yang BN
buat. Terlalu banyak kesalahan dan kelemahan dalam cara BN mengurus ekonomi
negara ini . apatah lagi dengan dasar2 membangunkan ekonomi orang Melayu. ye,
kalau kita berkuasa, kita akan buat cara lain.
Membangunkan
ekonomi mememerlukan kerajaan yang baik yang dianggotai pemimpin yang baik. Kerajaan
yang baik pula akan (1) mendaulatkan pemerintahan mengikut undang2(rule of
law); (2) mengistiharkan dan melaksanakan dasar2 yang nyata dan terang dan
diketahui umum terlebih dahulu yakni membenarkan ekonomi kita operate atas
rules-based system; (3) mengamalkan system pasaran bebas; (4) mengadakan system
pengimbuhan/reward system yang adil dan (5) campurtangan dan gangguan kerajaan
yang minima.
Ya-
biarkan perjalan ekonomi kita dipacu oleh ketetapan peraturan. It is better if
the economy operates on a rules-based system instead of arbitrary discretion.
Kita
berdepan masaalah kerana terlalu banyak sangat orang memandai mandai mengenakan
budibicara dalam menyelesaikan masaalah. Sebagai contoh: kalau kita ada undang2
yang menetapkan bahawa jika sebuah syarikat membalak, menebang pokok diluar
kawasan yang dilesenkan kepada nya, kita rampas semua jentera dan sita kawasan
dan gantung lesen dan kayu2 yang ditebang dirampas dan dilelong. Kompoun yang
mahal dikenakan.
Maka
bila ada si mamat yang mengenakan budi bicara melonggarkan undang2 yang
ditetapkan- membenarkan jentera dikeluarkan dari kawasan dan tidak menyita
kawasan atau menggantungkan lessen- maka pencuri balak akan bermaharaja lela. Lain
kali, dia tahu dia akan dapat melepaskan diri kerana penguasa tidak ikut rules
tapi guna budibicara. Kita ada rules- tapi tidak mahu ikut. Inilah yang berlaku
dalam kawasan saya diRaub. Ada pihak yang bersekongkol menggunakan kuasa
budibicara mengkompromi kepentingan negeri. Pencerobohan dan pencurian balak
berlaku tanpa sekatan di daerah Raub.
Gandakan
apa yang dilakukan diperingkat sebuah daerah kecil keatas seluruh negara. Setiap
hari, ribuan budibicara mencabul peraturan dan undang2 yang ditetapkan. Pada setiap peringkat Napoleon dan Stalin
kerdil menggunakan kuasa budibicara yang ada untuk menyimpang dari peraturan
dan undang2 yang ditetapkan. Sudah sampai masa nya, semua rakyat kita dididik
untuk menyesuakan diri dengan rules based system. Ini akan mengurangkan
campurtangan orang2 yang berkepentingan.
Kerana
itu, GTP yang diistiharkan oleh PM Najib hanyalah menjadi omongan kosong.
Camprtangan
dalam bentuk budibicara Napoleon dan Stalin kerdil menyumbang kepada
institutional distortions. Sebab itu kita membaca lapuran audit negara yang
mengerikan. Setiap lapisan pentadbiran kerajaan ada rasuah dan penipuan. Ini adalah
kita membenarkan kerajaan beroperasi atas budibicara dan bukan mengikut
peraturan dan undang2.
Janganlah
berlagak sombong menyifatkan hanya UMNO sahaja yang boleh memikirkan bagaimana
mahu menyelematkan orang Melayu. mereka sudah made a mess about it selama puluhan
tahun. Perikatan dan BN telah perintah negara ini lebih 50 tahun, orang Melayu
masih ketinggalan kebelakang. Kita macam tak tahu macam mana mendidik bangsa
kita, merumahkan mereka, membangunkan ekonomi. Jadi, ya, kenapa tidak BN
digantikan supaya Pakatan Rakyat memerintah.
Saya kesian kepada pengundi yang mengundi UMNO/BN kerana mereka ini akan diperbodohkan & ditipu lagi oleh UMNO/BN sampai tak tahu bila masa.
ReplyDeleteDato jng berputus asa...bila org dah buta terlalu susah nak celikkan mata nya..biar pun dia dpt lihat tpi dia tak nampak...begitulah yg berlaku kepada kebanyakan rakyat...bagi sya wlau party mana pun kalau ada amanah dlm pemimpin tersebut dia tetap berbakti kepada rakyat...teruskan perjuangan dato...!
ReplyDeleteOrang Melayu jangan berbangga kerana ramai. Ramai tidak menjamin sebuah kekuatan dan keutuhan. Orang Melayu juga jangan anggap yang sedikit itu lemah. Sedikit yang bijak dan bersatu akan memijak yang banyak tetapi bodoh sombong
ReplyDeleteI don't know what to say. Ex CM of Malacca now blaming Chinese from controlling illegal biz that's why they successful. He also mentioned if Rocket controls the country, my Malay brothers and sisters will not have a place in this country? Is he insane or not? Is he being desperate enough to once again like the rest of his friends, now continue to blame one race? Well the choice is his, the Chinese can always pass on the casinos, punting business and massage services and all those deemed illegal according to him back to him if he wishes.. Does he think we will not survive? Stop being racist and stop blaming the Chinese. I have enough. If he was smart enough, he will not utter such stupid comments. I am tired of reading stupid illogical remarks coming from lowly intelligent politicians. Cmon give everyone a break. I know Rustam running for VP. I would seriously consider and hope that UMNO VP position be elected for Mukhriz and Zahid as I do not have a choice. And what they do in the future, I hope they stop playing racial cards. And if they do, I am sure God knows what to do. Good luck!!!
ReplyDeleteLOVE MY OWN COUNTRY.
Pada pandangan saya komen yang dimaksudkan oleh komentar tersebut memberi faedah kepada DAP dan secara langsung memberi perhargaan kepada usaha Y Bhg Dato' memberi percerahan untuk kepentingan orang Melayu tidak semestinya bergantung berterusan dengan UMNO semata mata.
ReplyDeleteItu pandangan saya yang kerdil. Nampak seperti 'elitist' sedikit apabila Y Bhg Dato tidak menyokong komen tersebut sebaliknya menghentam komen yang bertujuan mengikut tindakan Dato iaitu memasuki DAP dan berkhidmat untuk kepentingan Melayu di atas platform DAP bukan PKR dan bukan PAS.