Bulan
lepas bila PM Najib mengistiharkan Plan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera- PPEB,
semua orang bergembira. Terutama yang hadir disana dan mereka yang tahu
bagaimana mengambil kesempatan atas dasar baru tersebut. Plan ini seperti DEB
dan Plan2 kerajaan yang lain akan gagal. Prinsip asas yakni, perancang2
memikirkan mereka boleh mengalahkan system pasaran bebas tidak betul. Mana2
negara dalam dunia ini telah mencatat kemajuan, mengeluarkan rakyat mereka dari
kemiskinan, menjadi pesaing yang hebat, meningkatkan produktiviti adalah kerana
mereka mengaplikasikan system pasaran bebas.
Sebaliknya,
PPEB, DEB semua ini mewakili apa? Ianya mewakili pembesaran penglibatan
kerajaan dalam ekonomi kita. Penglibatan kerajaan diluar bidang menghasilkan
barangan public, menyebabkan gangguan terhadap perjalan ekonomi. Apatah lagi
jika kerajaan yang ada ini sebuah kerajaan yang membudayakan rasuah dan
ketirisan dan menganggap perkara2 sedemikian sebagai kos biasa dan tidak dapat
dielakkan, penglibatan kerajaan yang demikian akan hanya menghalakan faedah2
ekonomi kepada mereka dan kumpulan mereka.
Maka
lebih baik kita menyekat penglibatan kerajaan, walaubagaimana murni pun niat
ketika bermula daripada campur tangan dalam urusan kehidupan ekonomi. Kembalikan
kuasa dan empowerment menghidupkan ekonomi kedalam tangan penggerak ekonomi
secara lansung.
Saya
sebutkan sekali lagi, jika kita benar2 mahu membantu orang Melayu keluar dari
kemiskinan dan ketergantungan, kepapaan, lemah dan layu berdepan dengan hidup,
baik kita letakkan sumber2 pengkayaan dalam tangan mereka sendiri secara
lansung, tanpa campur tangan orang tengah yang korap.
Lapuran
audit negara yang terbaru( yang akan saya kupas dalam hari2 mendatang)- mengesahkan
dan mengulangi cerita seram. Bahawa korapsi dan rasuah dan meniriskan ekonomi
sudah menjadi suatu budaya. Kita ada undang2 dan peraturan dan deklarasi rasuah
akan jadi sejarah- semua ini tidak akan berjaya jika kita tidak ada budaya
membenci semua bentuk penyalahgunaan/wrongdoings. Selagi kita tidak ada nilai2
ini terutama dalam kalangan pembuat dasar dan pelaksana dasar, maka selagi
itulah ekonomi negara, apatah lagi ekonomi orang Melayu tidak akan dapat
diperbaiki.
Bersambung……
Salam Dato'
ReplyDeleteSejak semalam saya sedih. Sedih membaca Blog outsyed box. (pasal salahguna wang orang miskin) dan beli kereta mewah 12 biji. Baca blog Dato' sedih lagi. Baca akhbar mainstream sedih lagi.baca laporan audit mendidih darah lagi. Saya tertanya2;
1. Apakah langkah lagi yang kita perlu buat. Sejak boleh mengundi (dah 5 kali) tak pernah saya sokong kerajaan. Dengan harapan akan ada pembangkang yang kuat dalam kerajaan.
2. Dah join pembangkang dah lama
3. Dah tolong kempen.
Apa lagi yang boleh kita buat. Saya predict dalam 20 tahun lagi (bila saya dah terlalu tua) dan anak2 saya sekarang berusia dalam 30an, mereka akan suffer akibat hutang negara yang terlalu banyak, sistem pendidikan yang begitu buruk,masyarakat yang kucar-kacir akibat tiada kesimbangan ekonomi, politik dan sosial. Mungkin ada pembaca yang boleh cadangkan satu mekanisma selain menyertai politik untuk membetulkan keadaan yang semakin teruk ini.
Depressed Malay
depressed malay
ReplyDeleteaku belajar drpd seorang menteri mencadangkan keluar daripada malaysia kalo tak suka di malaysia...
betul tuh..
ReplyDeletekalo harga ayam mahal, jgn makan ayam, makan rumput ker
kalo minyak mahal. pakai air jer..
kalo tak setuju dgn pelajaran malaysia, msuk masuk sekolah...
Macam negara Africa...Zimbabwe, Africa selatan, Nigeria...dll...tiada bangsa lain pun Hidup sengsarra dan miskin...begitu juga negara Malaysia.
ReplyDeleteSelagi melayu tak pisahkan ideologi bangsa dan agama...maka Allah tak akan hanya buat hidup Sultan UMNO penuh kemakmuran dan selesa......kerana melayu miskin saja yang senang dimanipukasikan dengan wang Raya dan UNDI....hari raya bagi $5..... hidup melayu...maaf zahir batin......pada masa Pilihanraya bagi $500....Hidup UMNO....5 tahun lagi enjoy pentabiran Sultan UMNO....dah 60 tahun 12 kali begini.....banyak lagi mulut kena di bagi makan didalam dan diluar Sultan UMNO....lagi banyak manusia lagi sikit harapan....unutk Malaysia...
ha..ha...betul betul. Saya setuju. Memang saya bercadang akan tinggalkan Malaysia. mungkin 3-5 tahun lagi.Dulu dah nak pergi tapi ingatkan GE13 ada perubahan kerajaan.Betul2 ingatkan Putrajaya akan ditawan. .
ReplyDeleteKesian melihat saudara mara dan kaum kerabat yang tiada pilihan.
Depressed malay
korupsi didedahkan oleh laman MACC, setakat tak pakai tali pinggang, kes - kes ikan bilis, judgement pun tak ditulis untuk setiap offender ? kes - kes ikan jerung, vip, vvvvvvvvvvip ?? aaahahaha candidates baru umno setakat nak jaga kepentingan diri keluarga serta penyokong2 dlm famili umnooo. Ataupun berkhidmat ? ! melayu elit hidup mewah / super mewah, melayu biasa boleh makan nasi bungkus, tanam jagung dlm pasu bunga.
ReplyDelete"Each time a person stands up for an ideal, or acts to improve the lot of others … they send forth a ripple of hope, and crossing each other from a million different centers of energy and daring, those ripples build a current that can sweep down the mightiest walls of oppression and resistance." – Robert F. Kennedy
ReplyDeleteHence each one of us should be reawakened to make positive changes, do good forward and backward in reciprocation ( too many of Melayu elit or bergaya elit are sucked into the lifeline of self - entitlement and over - indulgence, perhaps, with the exception of PAS / Melayu PK / Melayu DAP serta yg masih bergayut pada umno haha, marah betoii org kaya raya umno ) and do good with integrity and just to all Malaysians with consistency with eternity in view. No ?
dulu BPR <--- konon tak cukup hebat... so setup SPRM... sekarang resuah berleluasa macam pasar kampung...
ReplyDeleteso? mungkin setup agensi baru Anti Kurupsi 1-Malaysia . uniform blues, amboy....so 3 agensi boleh berpakat utk membuat kerja sepatutnya dapat diuruskan oleh satu agensi sajer...
tgk la kes lembu... dah setahun lagi... bukan ada apa apa juga tuh? camner dengan kes port klang? rase nya sampai Tun Ling Liong Sick betul betul Old Sick pun tak ada siapa yg kena hukuman...
yg satu ni apa cerita,, yg si mak nak rebut pemilihan UMNO, tp si anak lupa diri plk..
ReplyDelete-"Sangkakala dengar anak kepada calon ni, mempunyai 2 lagi rakan perniagaan dan salah seorangnya pula merupakan calon EXCO Pemuda UMNO Malaysia dan Sangkakala juga tak mahu nak sebut siapa tapi calon EXCO Pemuda ni dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur."
"Sorang lagi rakan kongsi dalam perniagaan yang dijalankan ialah Presiden kepada sebuah persatuan yang agak berpengaruh di Malaysia dan dari maklumat yang Sangkakala terima, Presiden persatuan ini telah mengeluarkan segala perbelanjaan bagi perniagaan tersebut"..
http://sangkakalajari9.blogspot.com/2013/09/anak-calon-pemilihan-umno-cuba-nak-tipu.html