Kerajaan
kita sedikit demi sedikit menunjukkan bahawa ia nya sebuah kerajaan yang tidak
boleh dipercayai. PM Najib is deceiving the people through his backpedalling. Jika
pemimpin nya sudah demikian, kerajaan yang dipimpin nya akan dilihat oleh
rakyat sebagai kerajaan yang berdusta.
Memang
benar BN menang 133 kerusi parlimen dan oleh kerana system pemilihan kita
seperti yang ada sekarang, maka BN jadilah kerajaan. Tapi dia jangan lupa, dari
segi moral nya, BN kalah kerana mereka hanya dapat 47% dari undi popular. Dalam
bahasa mudah- walaupun puak BN mahu berhujjah sampai muka naik biru dan kerbau
lembu pulang petang- PR lebih popular. Kerajaan yang memekakkan telinga kepada
suara majority akan kecundang akhirnya.
BN
boleh berjanji kerana ada kapasiti. Mereka menguasai kerajaan dan bolehlah berjanji
apa sahaja. Janji PR adalah janji dengan syarat PR menang jadi kerajaan.
Perbezaan ini tentulah mudah untuk fahami tapi oleh kerana ahli dan pemimpin
UMNO terdiri dari orang2 bodoh, tentulah perbezaan yang paling basic ini tidak
boleh difahami. Yang kata pemimpin UMNO bodoh ialah Dr Mahathir.
Rakyat
bertambah marah kalau mengelirukan mereka. Tidak boleh melakukan janji boleh
lagi diterima. Tapi dipermainkan, sukar rakyat terima. Sebagai contoh- memang
benar PM Najib kata dia tidak akan turunkan harga minyak seperti yang
ditawarkan oleh Pakatan Rakyat. Dia tidak akan melakukan perkara ‘sebodoh’ itu.
Tapi dia janji TIDAK akan naikkan harga minyak. Nah- sekarang, ron95 berharga
RM2.20 dan disel RM2.00.
Yang
menyebabkan rakyat bertambah naik darah, ialah cara kerajaan menerangkan
kenaikan harga minyak. Kami bukan naikkan harga, kami kurangkan sabsidi. Sebab
rakyat miskin yang menikmati sabsidi yang diberi keatas minyak disel dan ron95 hanya
33% dari penerima. Yang lebih nya orang kaya, yang pakai banyak kereta. Yang
ambil keempatan sabsdi disel ialah tauke2 bot dan peniaga kaya.
Mari
kita lihat kedangkalan hujjah kerajaan.
Dalam
parlimen, timbalan menteri kewangan bersyarah panjang lebar menerangkan jumlah
sabsidi keats minyak yang diberi. Jika kerajaan tak beri sabsidi, harga ron95 adalah
sekitar RM2.70 sen. Sekarang ron95 hanya RM2.20. mana ada naik?
Ahmad
Maslan kalau cakap kepada penyokong UMNO bolehlah. Yang hairan nya, penyokong
UMNO ini tidak sedar kah- mereka pun kena bayar harga yang lebih tinggi.
Bagaimana ia nya tinggi?
Bila
rakyat pergi membeli minyak distesyen pam-mereka takkan berhenti sejenak dan
melakukan perdebatan dalam minda bahawa sebetulnya, harga minyak tak naik. Yang
dikurangkan ialah sabsidi. Pembeli tidak ada masa berbahas dalam kepala mereka
mengatakan bahawa kalau tidak ada sabsidi, harga ron95 sebenarnya RM2.70sen
atau seumpamany.
Bila
kita sebagai pengguna dan pembeli pergi sestesyen minyak apa kita fikir? Kita
akan fikir: sebelum x haribulan, harga disel RM1.80 dan ron95-RM2.00. selepas x
haribulan, harga disel jadi RM2.00 dan ron92- RM2.20. hraga naik 20 sen. Itu
sahaja. Tak ada perdebatan dalam kepala mengenai sabsisdi atau apa.
Rakyat
bukan ada masa untuk berfalsafah mengenai sabsidi atau bukan-sabsidi. Kepada
mereka, selepas x haribulan, harga disel dan ron95 naik. Dan menyusuli kenaikan
harga minyak ialah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Kerajaan
telah memberi sabsidi. Semasa sabsidi diberi rasional nya ialah membantu rakyat
biasa. Ketika itu pemberian sabsidi diangagap sebagai suatu pengorbanan bersar
oleh sebuah kerajaan yang bertanggung jawab dan menjaga rakyat seperti BN.
sekarang, sabsidi dikurangkan kerana kerajaan kata mengikut kajian, yang
menikmati faedah sabsidi ialah orang2 kaya. Orang tak kaya hanya 33%.
Soalan:
jadi sebab utama sabsidi dikurangkan ialah untuk menghukum orang kaya? Kerajaan
iri hati kepada orang kaya ke? Bukankah kerajaan ini sebuah kerajaan yang pro
bisness? Jadi oleh kerana kita tidak mahu orang kaya menikmati faedah dari
pemberian sabsidi melalui harga minyak yang rendah, kita hukum mereka dengan
mengurangkan sabsidi? Tapi jangan lupa, sementara kita hukum yang kaya tadi,
yang miskin juga yakni yang 33% lebih itu pun turut sama dihukum. Mereka pun kena bayar harga minyak yang sudah
naik.
Kalau
rasional kerajaan ialah menyekat yang kaya atau dalam pengucapan timbalan
menteri kewangan- yang pakai BMW, Audi, Mercdes, Alphard, Vellfire dan kereta
mewah yang lain dari menikmati harga minyak yang rendah, biarkanlah yang 33%
itu membeli nya pada harga yang berbeza. Bukan begitu? Hukumlah yang kaya
sahaja. Yang 33% itu jangan dizalimi. Biarkan rakyat biasa membeli pada harga
lama?
Kalau
nak menipu, tengok dan kaji sama ada pendengar itu sebodoh yang kerajaan
sangkakan.
Rasional
sebenar pengurangan sabsidi ialah sebahagian dari langkah penjimatan kerajaan
untuk mengekang bajet deficit. Tahun 2013 ini, hutang kerajaan saya yakin sudah
mencecah RM546 bilion. Jika di campur dengan tanggungan kontinjensi yang
bernilai lebih dari 100 billion- hutang sector awam yakni kerajaan sudah melebihi
600 billion. Ini sudah melampaui tahap
55% daripada GDP kita. Kerajaan tidak cekap mengurus perbelanjaan dan
pendapatan negara.
Jadi
isiu yang lebih pokok bukanlah pencanangan pengurangan sabsidi sebagai langkah
menyekat orang kaya menikmati sabsidi. Janganlah kerajaan melaga dan mengadu
domba pertelingkahan antara klas miskin dan klas kaya dalam negara in. negara
kita bukan ada perperangan klas( class war) antara kaya dan miskin. Isiu pokok
sekarang ialah incompetence kerajaan mengurus ekonomi.
Tapi
inilah kerja kerajaan kita. Mencari jalan bagaimana menanam rasa curiga dan
syak wasangka untuk menutup incompetence mereka dalam mengurus dan mentadbir
negara.
Isiu
yang lebih pokok ialah bagaimana kerajaan melakukan penjimatan. Kalau
penjimatan itu objektif yang lebih besar, maka sepatutnya langkah yang lebih
berkesan ialah mengekang punca perbelanjaan besar yang lain. Dimana
perbelanjaan yang lebih besar? Antara nya- pampasan kepada syarikat yang menngendali
TOL. Kenapa kita beri mereka pampasan dan pada masa yang sama, kita benarkan
mereka menaikkan bayaran TOL?
Lebih
baik kerajaan ambil alih tol dan segala kutipan TOL di salurkan kepada sebuah
institusi ala trust fund nasional. Hasil tol digunakan untuk meningkatkan
kesejahteraan rakyat. Dalam aturan hari ini, semua hasil pergi kepada syarikat
pengendali bukanya kepada rakyat.
Warga
asing dalam negara kita menghantar RM20 billion setahun kenegeri asal. Mereka
buat duit dalam negara tapi hantar kenegeri mereka. Apa pasal tidak belanja
dalam negara? Itu penghantaran dari perkerja yang sah. Penghantaran dari pendatang
tanpa izin bagaimana? Lebih kurang RM20 billion setahun juga. Ertinya ada RM40
billion mengalir keluar dari negara kita setahun.
Berapa
penjimatan dari penarikan sabsidi keatas ron95 dan disel? Untuk tahun 2013,
RM1.1billion. untuk tahun depan RM3.3 billion. Jika kerajaan membenarkan hanya
50% boleh dihantar pulang, akan ada RM20billion lebihan dalam negara kita.
Itu
belum lagi kita cakap mengenai pembatalan projek2 mega dan ketirisan akibat
rasuah dan pengaliran wang secaar haram keluar negara. Kita cerita itu pada
lain masa. Sekian walla hu ‘alam bissawab.
Salam Dato'
ReplyDeleteTerima kasih kerana mewujudkan blog begini dan nasib baik dato' dah masuk pembangkang. Kalau tidak kami tidak ada tempat nak menyatakan pendapat. Blog pembangkang memang banyak tapi kadangkala banyak sampah. Pemikiran kurang.
Merujuk kepada artikel hari ni, saya tertarik dua isu. Isu harga minyak dan tol.
Aalah tidak adil pengguna kereta buruk seperti saya hanya Kancil 660 dikenakan tol yang sama. Setiap hari kerana kerja terpaksa memanjat Bukit genting highlands. Tolnya 10.00 (naik-turun). Sejak kemalangan nak naik bas pun takut. Naik kereta pun takut. Minyak 12.00 sehari. makan 15.00 sehari. belanja 37.00 sehari atau 814 sebulan kalau bekerja 22 hari. Belum masuk repair tayar dan maintenance kereta. Gaji hanya RM1600 sebln. Sewa di KL RM500 duduk flat kecil saja. Anak sekolah lagi, makan, bil dan segala macam perbelanjaan. Susahnya kehidupan.
Apabila saya bandingkan saudara mara di kampung mereka susah jugak kerana harga barang hampir sama dari utara ke selatan. Dulu tinggal dikampung bolehlah kutip pucuk paku dan kangkung.Sekarang semua kena beli.
Kerajaan kita ni. tahu ke semua masalah rakyat? Mereka tidak ada buat kajian atau kutip data ke? Setahu saya setiap kampung ada JKK UMNO, Penghulu, Ketua kampung. Semua mereka ni boleh digerakkan dan pergi temuramah dan dapatkan maklumat sebenar tentang kehidupan rakyat jelata. Lagi satu konsultan Najib makin bertambah ramai takkan tak ada yang bagi idea bernas bagaimana nak membantu rakyat.
Satu kesimpulan yang saya boleh katakan, sebenarnya kerajaan UMNO ni bukan peduli pun. Kalau ada segala macam pemberian dan polisi yang dibuat tu sebenarnya hanyalah bertujuan politik sahaja.
Itulah sebab kerajaan ini adalah kerajaan yang bodoh. Hanya mementingkan diri sendiri mengutip kekayaan untuk puak kroni dan keluarga mereka.
ReplyDeleteDuit yang diAlirkan ke Negara lain oleh Sultan UMNo + Kroni2 mereka adalah unutk mempertahankan hidup mewah mereka kalau Rakyat Malaysia Gadaffikan atau ASSADkan atau Morsikan.......puak celaka Sultan UMNO tu......
ReplyDeleteJadi Rakyat Malaysia mulai hari ini perlu tahu dimana Kesemua Kroni UMNO Tinggal, alamat, mana keluarga mereka tinggal.....ini Tersangat penting pada hari Rakayat Bangkit Bantah Dan Tangkap.......citizen Arrest secara besar-besaran SEKALI GUS........
jika nak naik minyak...elok dinaikkan untuk penyokong UMNO saja...baru mereka tahu langit tu tinggi atau rendah...kikiki
ReplyDeleteanons 13.09
ReplyDeleteyang bodoh bukan kerajaan, tapi mereka yang memilik parti yang terajui kerajaan sekarang, nak marah siapa pulak ?
Sudah terbuktilah kerajaan UMNO ini tidak menepati janji & memperbodohkan rakyat & penyokong mereka. Oleh itu kenapa nak menyokong kerajaan yang dipimpin oleh menteri-menteri yang otaknya seperti udang & korap. Mereka ini hanya mementingkan diri sendiri & mencuri kekayaan negara untuk ktono-kroni mereka dan keluarga mereka. Buatlah keputusan yang bijak pada PRU 14 yang akan datang demi masa depan anak-anak & generasi terjamin di bawah kerajaan yang cekap dan mementingkan hidup rakyat dahulu.
ReplyDeleteKomen Anon 09:37 amat memilukan. Dengan gaya bahasa yang sederhana berani saya katakan ini bukan rekaan untuk mengumpan sesuatu, bahkan satu jeritan pahit seorang warga biasa yang merasakan semakin hari semakin tertekan dan terapit oleh macam-macam masalah yang semuanya bukan bikinannya. Beliau yang sanggup dan sempat meluahkan buah fikiran di sini. Berapa ramai lagi yang tak mampu berbuat sedemikian atas berbagai sebab?
ReplyDeleteSaya baru membaca dalam Malaysian Chronicle,'Malaysia will sell 30-year bonds for the first time in its longest-maturity offering to set a benchmark for companies raising funds under Prime Minister Najib Razak's US$444 billion (RM1.43 trillion) development programme' di bawah tajuk,'Debt-strapped Malaysia to sell first-ever 30-YEAR bonds'. Apakah ini alamat baik untuk kita semua, hanya Najib dan polymath Ibrahim Ali yang dapat menjawab - dia baru sahaja memohon Rm1.4 trillion khusus untuk kaum bumiputra. We live in interesting times - kita sedang menempuhi zaman yang mengajaibkan.
Berapa kerat antara pemimpin kita sudah merasa cemas akan keadaan ekonomi kita sekarang Tuhan saja yang tahu. Dan janji-janji terus menghujani bumi kita. Pernah disebutkan seorang ahli ekonomi yang tidak senang dengan gelagat sesetengah pemimpin: Kiranya rakyat menghulurkan wang kepada kerajaan, itu rasuah, dan kiranya diperlakukan sebaliknya,itulah demokrasi.
Hidup Melayu, Hidup Malaysia, Hidup Demokrasi.
Kita beraleh ke satu lagi masalah, iaitu angka bilangan pekerja dalam perkhidmatan awam berbanding dengan jumlah penduduk di seluruh negara. Diberitakan baru-baru ini Malaysia merupakan negara yang menduduki tempat teratas di Asia tentang angka ini. Tersebut di bawah angka-angka perbandingan:
1) Malaysia 4.68
2) Thailand 2.06
3) Korea 1.86
4) Philippine 1.81
5) Indonesia 1.79
6) Laos 1.24
7) Cambodia 1.18
"Perbelanjaan emolumen dalam Perkhidmatan Awam pada masa ini berjumlah kira-kira 40% dari keseluruhan perbelanjaan mengurus Kerajaan. Manakala bilangan jawatan di dalam Perkhidmatan Awam pula ialah kira-kira 1.2 juta berbanding dengan jumlah tenaga pekerja sebanyak 5.2 juta orang di dalam negara. Dengan lain-lain perkataan, setiap 4.25 orang tenaga pekerja, seorang adalah kakitangan Kerajaan. Angka ini dirasakan amat besar bagi sebuah negara yang sedang membangun seperti Malaysia. Oleh yang demikian, amatlah penting bagi kita melihat kembali kedudukan dan saiz Perkhidmatan Awam dengan tujuan mengurangkan bilangan jawatan."
"Kerajaan Persekutuan sedang bertindak memansuhkan jawatan-jawatan usang dan tidak diperlukan lagi, membekukan pengisian jawatan-jawatan kosong dan menghadkan perwujudan jawatan baru kepada tugas-tugas yang benar-benar penting sahaja."
Yang disebut di atas dipetik dari Ucapan di Mesyuarat Majlis Kewangan Negara di Bilik Gerakan Khazanah Negara, Kementerian Kewangan, Kuala Lumpur pada 10hb Mac 1984 oleh Tun Musa Hitam; petikan adalah dari 'NASIONALISME - Krisis dan Kematangan' oleh Musa Hitam, Pelanduk Publications (c) Dato' Musa Hitam, 1986: ISBN 967-978-095-3.
Terbuktilah angka yang kita bicarakan di sini tidak menurun, bahkan naik, walaupun tidak dengan mendadak. Angka ini jika dipandang bersendirian tak membawa sebarang erti, angka perbandingan antara negara itulah yang merisaukan sesiapa yang nampak kemajuan yang dicapai oleh negara-negara tersebut di atas.
Jangan kita ditinggalkan di belakang kerana pemimpin kita tamak dan tidak bertanggung-jawab.
Salam semua dan sdr sumpitan emas
ReplyDeleteTerima kasih atas komen terhadap tulisan saya. Apa yang saya tulis itu ialah luahan jiran saya. Banyak lagi luahan yang tidak tertulis disini. Apabila balik kampung (di utara) saya suka berbual2 dgn saudaramara akan masalah kehidupan mereka.
Cerita yang ini lagi menggemparkan. Sdr saya bekerja sbg guru di sebuah sekolah(99% Melayu). Suatu hari beliau masuk ke kelas dan mendpti hanya 2 orang pelajar yg tinggal. Apabila ditanya mana semua kawan-kawan. Mereka semua ada di dewan(cikgu panggil semua yang layak untuk ambil wang sekolah 100 seorang-pemberian kerajaan pada tahun lepas). Habis kenapa kamu tak pergi. Pelajar tersebut beritahu sbb pendapatan bapa lebih dr 3000RM. Oleh kerana hanya tinggal 2 orang, sdr saya ni pun pergi ke dewan untuk melihat pelajar yang akan menerima wang tersebut. katanya terperanjat besar hampir 98% pelajar ada di dewan. Ini bermakna sekolah yang ada hampir 2000 pelajar itu, 98% ibu bapa pendapatan bawah 3000. Sdr saya ini terus menyiasat kebanyakan borang permohonan yang dihantar perlu nyatakan slip gaji.Beliau pun tumpang melihat borang2 yang dihantar. Beliau memberitahu saya, kebanyakan pendapatan 700-1500. jarang2 ada 2000 ke atas.kebanyakan Bekerja kilang , kerja sendiri, kerja majlis bandaran, kebun kelapa sawit, atau kerja kampung. Bilangan anak 4-6 itu ialah biasa. Lalu saya bertanya "bagaimana mereka hidup". Anak enam orang semua bersekolah. Gaji 900.00. Saya tak dapat bayangkan..Sedihnya nasib melayuku. Sedihnya nasib bangsaku. Tak pedulikah pemerintah yang telah mereka pilih untuk berkuasa. Sudah 56 tahun!
Apabila kerajaan bercakap pasal GTP dan bermacam transformasi, saya begitu meluat dan jijik.
Tunggu yah....tunggu bila Sultan UMNO Bantai Orang melayu dan Seluruh Malaysia dengan cukai harian G S T!!
ReplyDeletesetiap pembelian 10% cukai......hidup melayu celaka Sultan UMNO....Mampus Melayu Kampung!!
bumi-non-malay said
ReplyDelete"Tunggu yah....tunggu bila Sultan UMNO Bantai Orang melayu dan Seluruh Malaysia dengan cukai harian G S T!"
What UMNO worry? I am sure UMNO will spin GST in way to implicate the non-Malays - that its due to the non-Malays which is why UMNO has to introduce GST.
And know what? Probably 50% of the Malays will buy the spin. Dr. M's racist policies and sloganeering of Melayu this and that, has made sure that Malays by and large dislike the non-Malays and blame all the ills of the country including the failure of the Malay community on others.
That Dr.M has been extremely successful is indisputable.
There has been a growing percentage of Malays who are clearing the wool from their eyes. They realize that after 56 years of so called NEP, and yet a very large section of the community are poor and getting poorer by the day.
Alas the number is still too small to make a difference.
Tahniah diatas keputusan semuala 'CEC' DAP yang baru berlangsong dan mereka yang terpileh sebelum ini semuanya terpileh semula.
ReplyDeleteUMNO harus mencontohi pemilihan DAP ini ,kerana susunaturnya begitu kemas.
Janji dichapattikan!
ReplyDeletesak mongkol , ko ada interest nak tubuhkan parti baru?
ReplyDeleteparti berjudul Aspan-Monggol Malaysia (AMM). aku rase sepatutnya ko patut memegang jawatan setiausaha agung AMM, dan bagi la chance comrade ko aspan alias sebagai president AMM. so buat la perlembangan supaya sentiasa menjadi CEC / barisan tertinggi pemimpin.
aspan dah tak berapa tahan dah mengkritik parti sendiri DAP, tak berapa suka buat buaper nak masuk DAP? lucu sungguh la... macam la makan taik sendiri sepanjang jalan.
itik
ReplyDeleteAMM- Altantuya Mongolia Malaysia- presiden- Itik
Salam Dato'
ReplyDeleteHarap Dato' cadangkan Menteri Kewangan @ PM untuk mewujudkan semla cukai harta pusaka yang telah dimansuhkan Tun Daim sebelum beliau turun kerana harta pusaka beliau dicukai apabila beliau mati. Pada masa itu semua harta pusaka yang nilainya lebih RM 2 juta dicukai tetapi cukai ini telah dimansuhkan.
Saya moon agar Dato' highlitekan di Parlimen agar cukai ini dikenakan semula tetapi kali ini keatas Harta Pusaka bernilai melebehi RM 10 juta yaitu cukai antara 2% hingga 8% mengikut nilai harta.