Friday, 27 September 2013

Kerajaan yang menepati Janji



Kerajaan kita sedikit demi sedikit menunjukkan bahawa ia nya sebuah kerajaan yang tidak boleh dipercayai. PM Najib is deceiving the people through his backpedalling. Jika pemimpin nya sudah demikian, kerajaan yang dipimpin nya akan dilihat oleh rakyat sebagai kerajaan yang berdusta.
Memang benar BN menang 133 kerusi parlimen dan oleh kerana system pemilihan kita seperti yang ada sekarang, maka BN jadilah kerajaan. Tapi dia jangan lupa, dari segi moral nya, BN kalah kerana mereka hanya dapat 47% dari undi popular. Dalam bahasa mudah- walaupun puak BN mahu berhujjah sampai muka naik biru dan kerbau lembu pulang petang- PR lebih popular. Kerajaan yang memekakkan telinga kepada suara majority akan kecundang akhirnya.
BN boleh berjanji kerana ada kapasiti. Mereka menguasai kerajaan dan bolehlah berjanji apa sahaja. Janji PR adalah janji dengan syarat PR menang jadi kerajaan. Perbezaan ini tentulah mudah untuk fahami tapi oleh kerana ahli dan pemimpin UMNO terdiri dari orang2 bodoh, tentulah perbezaan yang paling basic ini tidak boleh difahami. Yang kata pemimpin UMNO bodoh ialah Dr Mahathir.
Rakyat bertambah marah kalau mengelirukan mereka. Tidak boleh melakukan janji boleh lagi diterima. Tapi dipermainkan, sukar rakyat terima. Sebagai contoh- memang benar PM Najib kata dia tidak akan turunkan harga minyak seperti yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat. Dia tidak akan melakukan perkara ‘sebodoh’ itu. Tapi dia janji TIDAK akan naikkan harga minyak. Nah- sekarang, ron95 berharga RM2.20 dan disel RM2.00.
Yang menyebabkan rakyat bertambah naik darah, ialah cara kerajaan menerangkan kenaikan harga minyak. Kami bukan naikkan harga, kami kurangkan sabsidi. Sebab rakyat miskin yang menikmati sabsidi yang diberi keatas minyak disel dan ron95 hanya 33% dari penerima. Yang lebih nya orang kaya, yang pakai banyak kereta. Yang ambil keempatan sabsdi disel ialah tauke2 bot dan peniaga kaya.
Mari kita lihat kedangkalan hujjah kerajaan.
Dalam parlimen, timbalan menteri kewangan bersyarah panjang lebar menerangkan jumlah sabsidi keats minyak yang diberi. Jika kerajaan tak beri sabsidi, harga ron95 adalah sekitar RM2.70 sen. Sekarang ron95 hanya RM2.20. mana ada naik?
Ahmad Maslan kalau cakap kepada penyokong UMNO bolehlah. Yang hairan nya, penyokong UMNO ini tidak sedar kah- mereka pun kena bayar harga yang lebih tinggi. Bagaimana ia nya tinggi?
Bila rakyat pergi membeli minyak distesyen pam-mereka takkan berhenti sejenak dan melakukan perdebatan dalam minda bahawa sebetulnya, harga minyak tak naik. Yang dikurangkan ialah sabsidi. Pembeli tidak ada masa berbahas dalam kepala mereka mengatakan bahawa kalau tidak ada sabsidi, harga ron95 sebenarnya RM2.70sen atau seumpamany.
Bila kita sebagai pengguna dan pembeli pergi sestesyen minyak apa kita fikir? Kita akan fikir: sebelum x haribulan, harga disel RM1.80 dan ron95-RM2.00. selepas x haribulan, harga disel jadi RM2.00 dan ron92- RM2.20. hraga naik 20 sen. Itu sahaja. Tak ada perdebatan dalam kepala mengenai sabsisdi atau apa.
Rakyat bukan ada masa untuk berfalsafah mengenai sabsidi atau bukan-sabsidi. Kepada mereka, selepas x haribulan, harga disel dan ron95 naik. Dan menyusuli kenaikan harga minyak ialah kenaikan harga barangan dan perkhidmatan.
Kerajaan telah memberi sabsidi. Semasa sabsidi diberi rasional nya ialah membantu rakyat biasa. Ketika itu pemberian sabsidi diangagap sebagai suatu pengorbanan bersar oleh sebuah kerajaan yang bertanggung jawab dan menjaga rakyat seperti BN. sekarang, sabsidi dikurangkan kerana kerajaan kata mengikut kajian, yang menikmati faedah sabsidi ialah orang2 kaya. Orang tak kaya hanya 33%.
Soalan: jadi sebab utama sabsidi dikurangkan ialah untuk menghukum orang kaya? Kerajaan iri hati kepada orang kaya ke? Bukankah kerajaan ini sebuah kerajaan yang pro bisness? Jadi oleh kerana kita tidak mahu orang kaya menikmati faedah dari pemberian sabsidi melalui harga minyak yang rendah, kita hukum mereka dengan mengurangkan sabsidi? Tapi jangan lupa, sementara kita hukum yang kaya tadi, yang miskin juga yakni yang 33% lebih itu pun turut sama dihukum.  Mereka pun kena bayar harga minyak yang sudah naik.
Kalau rasional kerajaan ialah menyekat yang kaya atau dalam pengucapan timbalan menteri kewangan- yang pakai BMW, Audi, Mercdes, Alphard, Vellfire dan kereta mewah yang lain dari menikmati harga minyak yang rendah, biarkanlah yang 33% itu membeli nya pada harga yang berbeza. Bukan begitu? Hukumlah yang kaya sahaja. Yang 33% itu jangan dizalimi. Biarkan rakyat biasa membeli pada harga lama?
Kalau nak menipu, tengok dan kaji sama ada pendengar itu sebodoh yang kerajaan sangkakan.
Rasional sebenar pengurangan sabsidi ialah sebahagian dari langkah penjimatan kerajaan untuk mengekang bajet deficit. Tahun 2013 ini, hutang kerajaan saya yakin sudah mencecah RM546 bilion. Jika di campur dengan tanggungan kontinjensi yang bernilai lebih dari 100 billion- hutang sector awam yakni kerajaan sudah melebihi 600 billion. Ini sudah melampaui  tahap 55% daripada GDP kita. Kerajaan tidak cekap mengurus perbelanjaan dan pendapatan negara.
Jadi isiu yang lebih pokok bukanlah pencanangan pengurangan sabsidi sebagai langkah menyekat orang kaya menikmati sabsidi. Janganlah kerajaan melaga dan mengadu domba pertelingkahan antara klas miskin dan klas kaya dalam negara in. negara kita bukan ada perperangan klas( class war) antara kaya dan miskin. Isiu pokok sekarang ialah incompetence kerajaan mengurus ekonomi.
Tapi inilah kerja kerajaan kita. Mencari jalan bagaimana menanam rasa curiga dan syak wasangka untuk menutup incompetence mereka dalam mengurus dan mentadbir negara.
Isiu yang lebih pokok ialah bagaimana kerajaan melakukan penjimatan. Kalau penjimatan itu objektif yang lebih besar, maka sepatutnya langkah yang lebih berkesan ialah mengekang punca perbelanjaan besar yang lain. Dimana perbelanjaan yang lebih besar? Antara nya- pampasan kepada syarikat yang menngendali TOL. Kenapa kita beri mereka pampasan dan pada masa yang sama, kita benarkan mereka menaikkan bayaran TOL?
Lebih baik kerajaan ambil alih tol dan segala kutipan TOL di salurkan kepada sebuah institusi ala trust fund nasional. Hasil tol digunakan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat. Dalam aturan hari ini, semua hasil pergi kepada syarikat pengendali bukanya kepada rakyat.
Warga asing dalam negara kita menghantar RM20 billion setahun kenegeri asal. Mereka buat duit dalam negara tapi hantar kenegeri mereka. Apa pasal tidak belanja dalam negara? Itu penghantaran dari perkerja yang sah. Penghantaran dari pendatang tanpa izin bagaimana? Lebih kurang RM20 billion setahun juga. Ertinya ada RM40 billion mengalir keluar dari negara kita setahun.
Berapa penjimatan dari penarikan sabsidi keatas ron95 dan disel? Untuk tahun 2013, RM1.1billion. untuk tahun depan RM3.3 billion. Jika kerajaan membenarkan hanya 50% boleh dihantar pulang, akan ada RM20billion lebihan dalam negara kita.
Itu belum lagi kita cakap mengenai pembatalan projek2 mega dan ketirisan akibat rasuah dan pengaliran wang secaar haram keluar negara. Kita cerita itu pada lain masa. Sekian walla hu ‘alam bissawab.

Wednesday, 25 September 2013

Plan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera.




Siapa Bumiputera yang UMNO maksudkan? Bumiputera itu maksudnya Melayu. Melayu didahulukan dari Bumiputera bukan Melayu. Melayu UMNO didahulukan dari Melayu bukan UMNO. Maka nya, bila UMNO bercakap mengenai Bumiputera dan Melayu- tidak semesti yang dimaksudkan itu, Melayu kebiasaan. Seperti yang saya katakan banyak kali, 4 juta lebih Melayu kali ini tidak menyokong UMNO secara keseluruhan nya. 
Apa boleh kita buat- ini standard pemikiran pemimpin UMNO. kenalah kita terima sehingga kelompok berminda seperti ini disingkirkan. 
Beberapa minggu sudah berlalu semenjak Najib berucap mengistiharkan Plan Memperkasakan Ekonomi Bumiputera. Ianya memberi peluang kita meneliti Plan tersebut dengan lebih teliti dan rapi. Ada beberapa unsur yang baik dalam Plan tersebut. Sayang sekali, saya percaya, Plan tersebut akan mengalami nasib yang sama dengan DEB-1. Plan ini suatu rethorik politik. Ia dimunculkan dengan tergesa gesa untuk Najib buat pengistiharan.
Apa punca utama ianya akan gagal? Sebab prinsip asas nya tidak betul. Prinsip nya ialah habuan/hadiah kehidupan tidak akan datang melalui penggubalan undang2 dan peruntukan dibawah undang2. The Reward System cannot be legislated or arranged by setting out laws and regulations. Mengayakan orang Melayu mesti dilakukan dengan meletakkan sumber2 pengkayaan secara lansung dalam tangan mereka yang mahu dikayakan.The Reward System must be based on qualifications- those not academically inclined qualify to get rewards by sheer hard work and diligence; those who are academically and technically competent are rewarded in accordance to their marketed talent.
Siapa yang perlu dikayakan sekarang ini juga? Yang perlu dikayakan ialah 40% rakyat Malaysia yang hidup dengan pendapatan bulanan kurang dari RM1500 sebulan. Yang memerlukan kedai ialah para pewarung yang berniaga dimerata tempat. Mereka hanya mampu bayar mungkin RM500-1000 sebulan. Yang memerlukan latihan dan latihan semula ialah lepasan tingaktan 5 yang tidak ada kelayakan akademik yang tinggi. Mereka akan berada pada kedudukan mengayakan diri 2-4 tahun yang akan datang jika ekonomi ketika itu boleh menyerap mereka kedalam pertumbuhan ekonomi. 2-4 tahun sedangkan 10 juta orang Melayu memerlukan pengkayaan sekarang!
Saya bukan bercakap mengenai mereka yang kurang upaya, warga emas, golongan kekurangan serba serbi yang memerlukan bantuan kebajikan sosial. Mereka ini semua mesti terus dibantu. Itu sebabnya kita ada system jaringan keselamatan sosial.
Kelompok yang saya maksudkan ialah kelompok yang able bodied yang mahu berkerja dan berusaha , mahu melayakkan diri untuk mendapatkan habuan hidup, mahu berdikari tapi tidak ada sumber pengkayaan. Mereka tidak ada perumahan, tanah, alatan kelengkapan dan modal kewangan. Berikan merka perkara2  ini semua secara langsung, maka kerajaan tidak memerlukan suatu Plan yang penceritaan dan pencanangannya  hebat, tapi perlaksanaan nya lemah .
Plan Mengayakan Melayu dan Pemilihan UMNO.
Sekarang ini, apa sahaja kenyataan2 oleh pemimpin UMNO, kita kena lihat dalam konteks pemilihan UMNO. Semua yang mahu bertanding akan menunjukan mereka lebih Melayu dari Melayu lain. Maksud saya sesama Melayu UMNO.
3 orang penyandang bermuafakat dan menyatakan mereka perlu dipilih semula untuk mendukong dan mengembangkan wawasan Najib. Mereka lah yang lebih layak dan ada kerasian meneruskan wawasan Najib.
Apa dia wawasan Najib? Yang terbaru ialah Plan Memperkasakan Ekonomi Bumiputera. Tidak ada plan lain yang meminatkan Melayu UMNO daripada suatu Plan yang mengayakan mereka.
Kita kena faham bahawa dalam UMNO, perjuangan pemimpin nya bukan lah kerana suatu idealisme atau ideoloji. UMNO tidak ada ideoloji. Perjuangan dalam UMNO ialah perlumbaan mendapat kuasa dan kedudukan. Sebab dari kuasa dan kedudukan, yang dipilih akan dapat memberi naungan dan habuan kepada penyokong. Mukhriz Mahathir misalnya- berkata bahawa kerajaan negeri nya tidak akan bantu sekolah Cina sebab Cina menolak MCA. Dia mahu berlaku adil, tapi dia mesti tolong orang yang sokong nya dahulu- kalau ada lebih, baru tolong orang lain. Inilah dia dia quotient kenegarawanan yang ada dalam diri Mukhriz.
Jadi kita tengok, semua orang berlumba2 menunjukkan mereka lebih Melayu dari Melayu lain. Isa Samad, Ali Rustam semua menunjukkan keMelayuan mereka semua.
Kerana itu, bila orang Melayu bila dengar omongan Najib tentu gembira. Sukahati kerana Najib buat banyak langkah untuk memperkasakan ekonomi orang Melayu. Inilah peluang mengayakan diri dan memaksa perlaksanaan, pemberian lesen, monopoli dan keistimewaan lain atas nama mendepankan kepentingan ekonomi bangsa Melayu.

Monday, 23 September 2013

BEEP BEEP Here Comes The Roadrunner!



Najib has launched the Bumiputera economic empowerment Plan. BEEP. It has come to this now. Twittering, face booking, blogging, whats-apping and now beep-ing the country. Naib will be  beep-ing the Malays so that they can take their rightful place in our country. After NEPing the country, Malay equity stands around 23%? Does ownership of this 23% mean anything to the ordinary Malays who have the face the daily grind of life?
Many of us know exactly what the BEEP means. It means a license to pillage and plunder in the name of king, religion and country. The Malay elite salivates at the prospects of carving out wealth earning resources.
23% is owned by GLCs, the Malay elite, the privileged and the Malay monied class. This BEEP is going to turn into another excuse to justify the rape and plunder. After raping the girl repeatedly, the rapist presents her with a bunch of flowers. This is exactly what the BEEP announced by Najib represents- the presentation of a bunch of flowers after the raping the Malay lady over and over again.
 If you can’t dazzle people with your brilliance, confound them with your bullshit.
There are almost 10 million Malays living with a monthly income of RM1500. Why aren’t these people directly aided? Why do we arrogate ourselves the authority and omniscience to even claim we know what is best for the Malays? The ordinary Malay knows he wants to get out of poverty and destitution if only he has the means to. So why don’t we give them the means to? The problems of the present lot of 10 million people must be tackled immediately.
Why must we create an artificial layer of decision makers, central planners to work out things for us? It’s good that we acknowledge education, re-skilling and advanced training to be one of the means. Buts that for future generation and it’s also a deferred realization. What about the now and present? The 10 million destitute- no house, no land, no money, many children , no income generating resources?
I have gone around with a keener awareness about what to do with the people of Raub. To me, if we want to help the Malays, we do the Raub Model. 3 things the government must do. Help the 10 million people directly by (1) building them really affordable and decent homes (2) give them land (3) give them capital. Then they work. They have a home over their heads, they have land on which to cultivate and they have capital in hand, presently to start their enterprise off the land. No need for that elaborate structuring of a blueprint thought about by a central body directing economic enterprise.

This is a fundamental error the government is repeating.  We all know the role of government. A minimalist umpire responsible for a certain number of specific functions. Beyond that, we must have faith in the market system. If we continue placing faith in a handful of men/women who plan our lives, then we are going to regret the decision. If we allow ourselves to believe in the myth of trickle down sharing of wealth, we are also going to get disappointed. Help the poor and destitute directly. Place income renerating resources directly in their hands. Dont assume we can manage their money better.
Instead the government plans to spend through the middleman institutions. Education is deferred wealth creation. You reap the benefits of education years later. In the meantime, the 10 million living on less RM1500 per month will do what? Every essential item has increased in purchase price- rice, sugar, fish, meat, food stuffs,. Transport, utilities, etc.
These 10 million ordinary Malays face the daily grind of life. A pair of Bata shoes has increased by RM3. School bags, transportation, schooling equipment have gone up in price. The cost of living is going up. The self-employed in the kampungs living on a monthly allowance of RM300 per month , with 3-4 children, rented housing will have to make ends meet. These people are destitute. Why are they not aided directly?
Here is something which I cant understand. We know who the destitute and poor are. But we don’t aid and assist them directly. We don’t appoint them to wealth creation resources.

Thursday, 19 September 2013

Lagi Projek Mengayakan Orang Melayu



Lagi satu projek untuk memperdayakan orang Melayu. Lagi satu projek mengayakan kumpulan Melayu istimewa.
Semua rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu mesti waspada dengan pengistiharan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. Jangan kita suka sangat dengan pengistiharan jumlah wang yang akan mendanai projek ini dan berasa terlalu gembira. Tidak mustahil ianya akan menjadi lagi satu skim mencepatkayakan kontraktor dan pembuat keputusan dan penentuan. Kalau kita alpa, ianya akan menjadi DEB1(1970-1990) dan Perancangan2 lain pasca DEB1.
Sedap didengar tapi siapa yang hendak diperkasakan? Tidak cukup kah giat mara, IKBN dan pusat latihan membeli alatan2 untuk melatih budak2 Melayu? Apa yang mereka buat untuk menjustifisaksikan pembinaan dan pembelian alatan yang menelan belanja ratusan juta dan mengayakan kontraktor2 UMNO? IKBN umpamanya, berkos RM100-150juta setiap satu dan kita mahu bina banyak lagi? Berapa ramai graduan yang sudah dilahirkan oleh IKBN dan institiut2 kemahiran lain diseluruh negara dan adakah mereka dibantu mendapat kerja dan perniagaan?
Adakah latihan melalui giat MARA, IKBN dan sekolah serta kolej vokesyenal tidak mencukupi untuk melahirkan jenerasi Melayu yang mempunyai kemahiran yang marketable? Setelah puluhan tahun baru kita sedar kita seperti kilang mengeluarkan barangan yang tidak berkualiti atau barangan yang tidak  menepati citarasa dan permintaan pasaran.
Kita tumpukan perhatian kepada 20% yang teratas untuk masuk IPTA, IPTS, hantar pelajar keluar negara, yang lebih credik dan pandai, kita lupakan 80% yang terbawah.
Kerana kesilapan kita yang lalu, kita sekarang mempunyai suatu alasan untuk membuat projek dan menggembirakan hati orang Melayu? Selagi orang Melayu gembira, kita boleh buat wang atas nama bangsa, agama dan negara. Hebat strateji UMNO.
Namun, kita tidak menentang idea bahawa kemajuan bangsa Melayu memerlukan latihan dan kelayakan dan kemahiran. Ianya penting untuk membentuk system ganjaran atau reward system yang betul. Se2orang mendapat ganjaran mengikut kelayakan yang dia ada dan tawarkan. Dan saya menggunakan istilah kelayakan dalam pengertian yang luas; kita mendapat ganjaran mengikut bagaimana kita melayakkan diri mendapatkan nya iatu berkerja kuat dan melengkapkan diri dengan bakat, kemahiran, latihan yang setimpal.
Tapi kenalah kita melakukan sedikit perubahan. Pertama tamatkan monopoli kerajaan pusat menentukan isian re-skilling dan retraining. Berikan kuasa itu kepada kerajaan negeri pula. Biarkan mereka menentukan kemahiran jenis apa yang mereka perlukan.
Beri kuasa kepada setiap kerajaan negeri mengujudkan pusat re-skilling dan pertanggungjawabkan kerajaan negeri menghasilkan tenaga perkerja yang mahir. Kita nilai setiap kerajaan negeri dari segi kemampuan menghasilkan ramai tenaga mahir yang marketable. Bukankah tenaga perkerja yang berkualiti akan membangunkan ekonomi negeri masing2?
Dengan pemerkasaan datang tanggung jawab. Tenaga pengajar dan pimpinan institusi latihan yang gagal menghasilkan graduan yang marketable mesti diberhentikan. Ini untuk mempertanggunjawabkan mereka keatas kualiti latihan yang diberi kepada pelajar.
Dalam konteks ini saya hairan mengapa pimpinan pengajar yang gagal meningkatkan ranking university kita masih kekal dalam jawatan masing2? Tenure mereka mesti ditamatkan serta merta. Tak habis2 kita diberikan alasan itu dan ini menjustifikasikan penurunan kualiti pengajaran university dan kolej. VC UITM berkata dia tidak khuatir dengan kejatuhan ranking UITM- kenapa orang macam ini masih dikekalkan sebagai VC UITM?
Ingat- pembelian kerajaan adalah satu punca terbesar rasuah dan songlap. Giat MARA di Raub hanya menghasilkan tukang jahit. Kompleks sukan rakan muda di Raub terlalu teruk tidak terdaya melahirkan pemudi dan pemuda Melayu tahan lasak. Sedangkan berjuta sudah dibelanjakan.
Sebab besar kemungkinan yang akan dapat keuntungan dari projek pemerkasaan ekonomi Bumi ini ialah kelompok Melayu istimewa. Melayu istmewa ini orang atasan, bangsawan, putera2 atasan dan bangsawan dan pegawai2 tinggi dalam sector awam dan swasta. Pegawai2 GLC pun sama sebab mereka pemegang banyak keistimewaan dan monopoli.
Ianya sudah terjadi dalam DEB1. Tidak mustahil ianya tidak diulangi. Rasuah dan ambil kesempatan daripada kuasa menjadi jadi.
Tidak ada pun pemimpin UMNO yang bercakap mengenai punca kemajuan yang paling penting- iaitu kepimpinan yang baik. Asas atau foundataion sebuah kerajaan yang baik ialah para pemimpin yang ada kemampuan minda, disiplin, jujur amanah dan dedikasi dan komited sepenuhnya terhadap mencapai matlamat kemasyarakatan. Kalau jenis ini dibayar gaji yang tinggi setanding dengan yang diperolehi oleh sektor swasta, rasuah dapat dikurangkan. urusan kerajaan akan jadi baik hanya dengan pimpinan yang baik. Tidak ada pun pemimpin UMNO berani bercakap untuk memodenkan kepemimpinan masyarakat Melayu.
Cara masyarakat Melayu distrukturkan pun meletakkan Melayu pada disadvantage. Maka tidak menghairankan jika ada bangsa lain menyifatkan masyarakat Melayu sebuah masyarakat yang dysfunctional.
Ketua kampong ramai yang bermutu rendah. Dan saya cakap bukan mahu merendahkan sesiapa tapi memberitahu pengamatan dan pengalaman saya yang datang dari keinginan melihat bangsa saya maju. Soal saya beroperasi atas landasan politik bukan isiu yang terlalu penting selagi saya ada peluang untuk berkhdmat kepada rakyat.
Bagaimana kampung2 mahu disuntik dengan kesegaran dan idea baik jika ketua kampong dari kalangan jaga bank, tukang kebun sekolah, mereka yang memegang dua kerja pada masa yang sama dan sebagainya? Lebih dasyat jika ketua kampong dipilih kerana dia kaki buli dan pengacau kampong. Sebaik sahaja orang Melayu berkompromi keatas ciri2 kepemimpinan yang baik, masyarakat Melayu sudah pun terletak pada trajectory mediocrity.
Semasa dalam UMNO dahulu saya menyarankan jawatan ketua kampong diisi dengan pegawai kerajaan sepenuh masa yang sekurang kurang nya ada diploma. Mereka akan duduk dalam kampong dan mentadbir satu rangakaian atau cluster  3-4 buah kampung. Jawatan penghulu2 pula dipenuhi dengan graduates kerana kita andaikan mereka ada kapasiti untuk berfikir dengan lebih teliti. Semua ketua kampong dan penghulu adalah pegawai kerajaan sepenuh masa bertanggung jawab kepada pegawai daerah. Ini akan mengurang politik ketua kampong dan penghulu dan menyelamatkan masyarakat Melayu dari berpecah belah.
Tapi pemimpin UMNO tdiak mahu ini semua- mereka mahukan ketua kampong mereka pilih supaya menjaga kepentingan politik mereka. Demikaian juga dengan jawatan penghulu.  penghulu sebetulnya saki baki pemerintahan feudal.  Kenapa pentadbiran orang Melayu peringkat kampong dan mukim susah mahu dimodenkan? Kenapa kekalkan Melayu tinggal dalam rejim fiudal dan separuh feudal?
Kerana itu saya beranggapan kuasa UMNO diasaskan pada landasan (1) mengekalkan Melayu dalam kejahilan (2) mengekalkan Melayu dalam kemiskinan dan (3) merasuah dan membeli kesetiaan Melayu (4) menanamkan rasa siege atau terancam dalam minda Melayu.
Janganlah hendak nya memuji dan memuja berlebihan. Rakyat Malaysia bukannya berperang kerana wang dan klas. Belum pun sempat dakwat kering, Perkasa sudah meminta 1400 billion dibelanjakan untuk Bumiputera. Darimana wang tersebut datang? Kepada siapa dan siapa yang belanjakan? Yang 31bilion tu pun entah mana akan dicungkil dan dipokah. Ianya akan mematahkan tulang belakang system perbankan negara ini. Bagaimana pembeli membiayai ASB2? Mungkin 90% akan dibiayai oleh bank dan system bank akan terpaksa mencipta kredit line sebanyak RM1.8 billion lagi?
Mati negara ini ditadbir oleh Najib. Langkah2 populist yang Najib ambil ini akan meningkatkan lagi perbelanjaan bukan mengurangkan perbelanjaan. Untuk mengaburi mata rakyat, kita disuruh berdiskusi mengenai rasionalisasi sabsidi sedangkan punca perbelanjaan yang lebih teruk adalah ditempat2 lain.