Bila
DR Mahathir mengkritik UMNO tapi akhirnya memujuk supaya orang Melayu terus bersama
UMNO kerana masa depan orang Melayu berada dengan UMNO- saya teringat lagi
pesan pendita Zaaba betapa banyak kerja yang kita mesti lakukan untuk
memerdekakan orang Melayu daripada penjajahan dan pemenjaraan minda.
Bila
Mahathir meyebut yang demikian, saya bertambah sedar betapa kita mesti bersegera
menyingkirkan pemimpin bangsa kita sendiri dari jenis yang berfikiran seperti
Mahathir dan Najib dan yang seminda dengan mereka.
Masa
depan bangsa Melayu berada dengan UMNO? Jika begitu lebih baik kita berikrar
solat ku, ibadat ku, hidup dan mati ku kerana UMNO.
Pesan
Zaaba ialah kita orang Melayu jangan
bertaat setia kepada ulil amri yang zalim dan membodohkan orang Melayu. Kerana dalam
masa yang kita bertaan itulah, pemimpin kita menjual asset negara dan merompak
serta melanun kekayaan negara ini atas sebab orang Melayu tersangat percaya dan
bergantung harap kepada mereka. Dalam masa memujuk orang Melayu dengan kata2
nasihat, pimpinan negara ini mahu jual MAS. Dalam masa menasihat orang Melayu
dengan kata2 muluk, Mahathir masukkan jarum nya dan mengulangi kepercayaan
mereka kepada menswastakan punca pengkayaan negara. Tidak kah kita pelik dengan
nasihat Mahatthir supaya MAS diswastakan untuk mendapat keuntungan? Ketika Mahathir menswastakan
MAS kepada Tajudin Ramli, apa yang sudah terjadi? Mahukah orang Melayu ditimpa
malang sekali lagi dengan mengikut nasihat Mahathir yang semakin nyanyuk itu?
Najib
tentulah sangat senang dan akan mengikit setuju dengan pandangan Mahathir sebab
si Najib ini tahu bahawa masa depan politik nya bergantung kepada kepandaian
nya meminimakan kemarahn Mahathir keatas nya. Kalau Mahathir tiba2 mati, tentu
Najib akan meneruskan polisi menjual asset negara kepada sahabat2 yang telah
dia bariskan untuk ganti barsan sahabat yang Mahathir telah bentuk.
Nampaknya
Mahathir sangat faham minda orang Melayu dan bagaimana jiwa hamba orang Melayu terbentuk.
Yakni, walaupun kita membuang penjajahan fisikal, perkara2 keji yang
menyebabkan minda orang Melayu itu tunduk dihamba-abdikan memerlukan usaha yang
tegas dan berani untuk dihapuskan.
Apa
yang terjadi bila British datang mula dari kurun ke19 sehingga kita merdeka
tahun 1957? Yakni bermula dari bila British datang ke Pulau Pinang, masuk ke
Perak dan kemudian kedalam beberapa buah negeri Melayu lain melalui penubuhan
negeri2 Selat, negeri Federrated dan negeri2 bukan federated dan seterusnya
Federation of Malaya?
Zaaba
melihat kedatangan British sebagai suatu yang positif yakni menggantikan zaman
buas yang menindas bangsa Melayu dengan suatu zaman berasaskan undang2 dan
peraturan. Kedatangan British telah membebaskan orang Melayu daripada penjajahan
fisikal kebuasan dan sebagainya.
Tapi
seperti biasa, memahami Mahathir bukanlah dengan mendengar apa yang dia
ucapkan. Untuk faham Mahathir, kita mesti cari apa yang dia tidak ucapkan dan
mencari maksud dari ucapan nya yang tesurat. Apa yang Dr Mahathir tidak
sebutkan?
Dia
tidak akan berkata kesan daripada kegagalan UMNO membebaskan perhamba-abdian
minda orang Melayu. Itu yang UMNO gagal. Mahathir tidak akan beritahu bahawa
kemajuan sejati orang Melayu memerlukan (1) merdeka dari penjajahan fisikal dan
(2) merdeka dari penjajahan minda. Yang kedua itu akan menjadikan orang Melayu
berada dalam barisan depan sebagai peon, tambi dan orang2 suruhan yang tidak
berkehendak mengunakan otak.
Ini
yang UMNO lakukan- menjadikan orang Melayu itu teramai daripada golongan peon
dan tambi dan orang2 suruhan. Kenapa? Kerana UMNO itu gagal mengeluarkan orang
Melalyu daripada penjara minda. Malah, UMNO mengekalkan orang Melayu dalam
penjara minda yakni bergantung harap kepada UMNO. Malang nya nasib orang Melayu
jika tidak dapat membezakan bahawa masa depan dan kemajuan sejati bangsa kita
ini berkehendakkan: (1) Sebuah kerajaan yang baik yang memerintah mengikut undang2
dan peraturan (2) kerajaan yang dipimpin oleh pimpinan yang berkualiti (3)
memerlukan jentera pentadbiran dengan cabang2 nya yang cekap dan dedikasi dan
dipimpin oleh penjawat awam yang bermutu tinggi.(4) memerlukan rakyat yang ada
minda dan bakat yang tinggi yang berani
bedepan dengan cabaran kehidupan berbekal dengan kerja kuat dan kemampuan diri.
UMNO
ialah sebuah parti yang menjadi salah satu pertubuhan yang diilih dan disukai
oleh orang Melayu. Secara sendiri UMNO bahkan parti2 yang dipilih orang Melayu
tidak akan memberi faedah kepada orang Melayu kecuali parti2 tersebut
mendedikasikan diri mereka untuk mencapai perkara2 yang disebutkan diatas.
Jalan
selamat orang Melayu bukanlah dengan menggantikan penjajahan fisikal dari bangsa
mereka sendiri dan bangsa yang menjajah tapi dengan mengubati sakit orang
melayu dengan meningkatkan kualiti minda mereka. Langkah pertama mengangkat mentality
orang Melayu ialah dengan meyakini bahawa kita tidak memerlukan parti seperti
UMNO jika mereka terus mengekang minda Melayu dan menajdikan Melayu itu kekal
tunduk dan tertakluk pemikiran.
Jika
kita ikut nasihat Dr Mahathir yang semakin lemah fikiran nya, maka orang Melayu
akan tetap kekal dalam jiwa hamba abdi mereka. Yakni yang pertama dan utama
sekali ialah orang Melayu akan gagal menyedari bahawa kemajuan memerlukan
membuang tabiat bergantung harap kepada orang lain.
Dalam
zaman pra-Britsh Melayu bergantungharap kepada pemerintah buas bangsa mereka
sendiri. Dalam zaman setelah British, orang Melayu diasuh bergantung pula
kepada tuan yang baru sehinggalah sekarang, Melayu mahu diasuh supaya
bergantung kepada pihak lain untuk memajukan diri mereka.
Bangsa
lain pun pada mula nya bukanlah mempunyai kelebihan. Mereka pun berada dalam
jahil dan tiada pelajaran, tapi mengapa tanya Zaaba, mereka tiada ketinggalan
pada medan kemajuan kehidupan? Sebab nya mengikut pangamatan Zaaba, bangsa lain
dilatih dengan beberapa tabiat dan perangai yang menyokong kemajuan yang
sebenar. Bangsa lain yang terlatih dengan sebab susah dapat makan, susah kerana
terlalu ramai dan disebabkan tekanan dan cabaran2 ini, terlatih supaya berkerja
kuat baru dapat makan.
Apa
prinsip nya? Prinsip nya ialah menyedari bahawa dalam kehidupan ini tidak ada
makanan percuma dan menyedari bahawa system ganjaran atau reward system mesti
bersandar pada prinsip ganjaran mengikut tahap usaha dan tahap kualiti minda. Tidak
ada jalan pintas mendapat ganjaran kehidupan. Selagi kita diajar oleh UMNO dan
pemimpin seperti Mahathir, Najib dan yang sepemikiran seperti mereka, orang Melayu
akan terus terasuh dan terdidik dengan fikiran bahawa ada jalan pintas mendapat
ganjaran kehdupan. Iaitu hanya perlu meletakkan amanah dan kepercayaan kepada
UMNO dalam kapasiti nya sebagai parti poitik.
Tidak
ada maknya nya anjuran dan nasihat seperti yang demikian. Jika UMNIO menguujudkan
sebuah kerajaan yang koman dan sub-standard, dengan ejensi2 pentadbiran yang
dipimpin dan diisi dengan orang2 yang bermutu rendah, kalau tiada kerajaan yang
memerintah mengikut indang2 dan peraturan, orang Melayu tidak ada masa depan.
buruknya umno kerana ia boleh diperbaiki kerana pemimpinnya datang dan pergi. Cantiknya DAP kerana ia kekal sebagai istana dinasti lim.
ReplyDeleteYB, we understand the full magnitude of win win concept, but for political survival or partisan politic really, there is only win lose. And thats why Mahathir has to be villified no matter what by DAP.
ReplyDeleteThere is no other formula especially after the result of GE13. It a long way to GE14 and nowadays its look like we playing lose lose. Anyway the full brunt or repercussion will be felt by the rakyat whilst the political parties keep checking the moves of each other for boyscout badges?
Biasalah simamak kerala munafik nie mmg pakar me"nasi kangkang"kan pemikiran org melayu......tgk sekarang babak kekecohan dgn lee kuan yew mantan PM singapura..telah diadakan supaya pemikiran melayu terus dipasungkan kpd UMNO/BN....itulah slahsatu langkah2 licik yg biasa dilakukan oleh mahathir sejak dulu....cuma melayu nie....tak pernah berusaha dgn gigih utk melarikan diri dari tempurung pemikiran UMNO/BN(mathathir) nie....
ReplyDeleteMelayu perlu satu revolusi mental yang mendidik mereka supaya berhenti menjadi peminta sedekah. Kenapa orang2 dari Bangladesh, Nepal, Indonesia, India, Kampuchea dll yang baru datang ke sini dapat hidup dengan senang lenang, mendirikan kampong,rumah mewah,mengambilalih perniagaan dan urusan2 yang sepatutnya dilakukan anak watan.Dalam banyak hal kita sehingga hilang kemahiran yang sedia ada disebabkan oleh influx pendatang, dan kemalasan kita. UMNO terus mendidik melayu menjadi bangsa subsidi supaya dapat mereka mengaut harta2 Negara, memunah ranah alam semula jadi untuk kekayaan mereka.Tengok warga pemerintah UMNO dan BN, mereka bersara dengan harta yang banyak dan kaya raya. Kalau Selangor tidak tumbang, tentunya toyo penyapu dapat harta yang banyak dari hasil memunggah kekayaan Selangor. Begitulah melayu akan terus menjadi pengemis berlesen selagi umno dijadikan tunggak untuk membela nasib melatu.
ReplyDeleteSalam Dato. Saya cukup menyampah orang tua mamak yang nyanyuk tu. Tahukah dato, kepayahan bangsa keling seperti mamak Mahathir di benua India yang di lalui oleh nenek moyangnya menyebabkan bangsa mamak ni mencari peluang berhijrah ke kepulauan melayu sejak pemerintahan kerajaan kesultanan melaka lagi. Mereka adalah bangsa yang selalu menbuat onar dalam alam melayu.
ReplyDeleteSebagai contoh masa kehadiran penjajah British dan Jepun, bangsa mamak ni memang cemburu kerana tidak dapat meraih kekayaan di tempat mereka merempat. Sebaik sahaja penjajah keluar mereka mengambil peluang atas sikap bangsa melayu yang sangat bertoleransi.
Sekarang adalah masa untuk melayu jangan lagi percaya permainan si mamak tua ni, kerana tujuannya adalah untuk merembat kekayaan negara bagi diri dan keluarganya. Tengok pada anak-anaknya yang tidak secerdik mana membolot semua peluang perniagaan atas pertolongannya. Sesungguhnya Mahathir memang seorang yang tidak bermaruah!
Dato,saya seorang bangsa Cina & ada banyak rakan-rakan Melayu & saya setuju 100% apa yang Dato komen terhadap UMNO, parti yang hipokrit & rasuah ini. Tetapi malangnya kebanyakan rakan-rakan Melayu saya masih mempercayai UMNO/BN boleh mentadbir negara kita dengan baik. Otak mereka tak dapat berkembang & tak suka dengar isu-isu yang memburukkan nama UMNO. Saya rasa sedih terhadap mereka, macam dah kena hypnotise oleh UMNO. Teruskan perjuangan kamu Dato. Saya tetap menyokong kamu & Pakatan Rakyat!
ReplyDeleteUMNO adalah suatu ajaran yang sudah dianuti oleh kebanyakan orang Melayu yang dogmatik. Pun begitu, UMNO masih boleh 'survive' dalam politik Malaysia jika para pemimpinnya berani membuat perubahan seperti apa yang sedang dilakukan oleh KJ. UMNO boleh menjadi gah semula jika pemimpin seperti KJ diberikan peluang mengepalinya.
ReplyDeletepakatan rakyat cuma pandai janji saja..tak pernah ditunaikan pun..walaupun saya bangsa cina tapi saya tetap sokong BN kerana janji sentiasa ditepati..
ReplyDeleteSalah org melayu juga.Kenapa suka sgt berjiwa hamba? sbb dpt beras 5 kilo, 5 thn sekali?
ReplyDeleteDay in day out you have some kind of fixation on Mahathir. The old man seems to be a thorn in DAP and PR side. Why do you give so much attention to his thoughts or non verbal opinions? For an old man to be given such attention he must be such a bogeyman for the opposition, no?
ReplyDeleteBuruknya UMNO kerana ia boleh diperbaiki kerana pemimpinya datang dan pergi. Setahu aku yang datang lebih teruk dari yang pergi....huhuhu!!!
ReplyDelete
ReplyDeletePusing kiri, pusing kanan ,pusing belakang kemudian pandang kehadapan ada ke kepimpinan Melayu yang bolih diharapkan ?.
Moleknya Melayu ni dijajah semula olih bangsa asing ,
You are are free to say you paece.When Mahathir says something most people listen because he has vision and wisdom.Thought blogger adore him.I will go for BN anytime.Sorry folks.
ReplyDeleteAnon 06:09:
ReplyDeleteThis is decent enough, and blog space can continue to post views from opposing sides with some elaborate pieces and others short and brief, but all reflecting a matured society intent on purposeful discourse.
There is no need to apologise for what you believe deep in your heart. Criticise or praise but always to help make this country a better place for all.
You have my full respect.
Mahathir have done so much and yet many here from the opposition curse him because he was an UMNO President and they failed to see his contributions.
ReplyDeleteHis 22 years tenure as PM was praiseworthy where we had peace, harmony, development and Malaysians are united.Look at today folks we have racial polarisation and we are far apart.I am missing this man, Mahathir.That's why.Thank you.
Anon 6.09
non 6.09, What contribution !!! You must be crazy enough to believe that. Ini ada lah satu contoh bagaimana cetek dan malas nya otak Melayu berfungsi. Go beyond and think harder the damage that this Al Kutty telah menjahanamkan negara ini khususnya minda orang2 Melayu. According to Al Kutty, it is OK to steal and plunder the nation's wealth as long as you csn get away with it. It is ok for his son to own the biggest kilang arak di Asia Tenggara walau pun dia mengaku dia tokoh pejuang agama Islam dunia. Salam
ReplyDeleteAnon 8.21,
ReplyDeleteIn all honesty I have no problem with your skewed views of Mahathir and even BN.I too understand that it is not easy to change anyone politically biassed mindset.I look forward to a more healthy discussion here like in some decent blogs that encourages differing views.
The fact that you dare call Mahathir as 'Mamak'abd Al Kutty reflects desperations on your part.I shall remain decent and sensible because I too wish to see and read readers logical mind and enjoy the debates.May be i am not in the right forum. Thank you.
Anin 6.09.