Orang
Melayu harus sedar bahawa UMNO itu parti yang bersifat feudal. Parti itu dipimpin dan dikuasai oleh mereka
yang berminda feudal. Suatu kumpulan kecil memerintah melalui suatu lapisan
pembesar yang menghamba-abdikan golongan pengikut bawahan. Apa yang diperlukan
ialah menyedapkan hati pengikut bawahan supaya percaya bahawa pimpinan atasan menjuarai
kepentingan rakyat bawahan. Untuk tujuan itu- UMNO menciptakan konsep agenda
Melayu.
Apa
yang diperjuangkan oleh UMNO feudal ini? Kepentingan ekonomi segelintir
kelompok yang kecil. Bagaimana menjamin dan memastikan bahawa pengkayaan suatu
kelompok yang terpilih berserta dengan rakan2 diluar, terjamin dan tidak
terganggu. Bisnes2 besar diberi kepada yang terpilih. Sumber kekayaan dipegang
dan dikuasai oleh suatu kelompok kecil. Projek2 besar yang menelan belanja
berbilion ringgit pergi kepada putera bangsawan, putera pemimpin atasan,
cukong2 cina dan brahmin2 India. Memastikan Melayu terpilih mendapat bayaran
gaji RM1.2juta setahun manakala graduan melayu tidak mampu membeli rumah
berharga RM300 ribu.
Mustahil
ini agenda orang kita Melayu. Mustahil kita inginkan sebuah kerajaan yang korap
dimana pemimpin mengayakan diri mereka. Mustahil orang kita Melayu merelakan
khazanah negara dirogol dan dicabul oleh orang yang kita beri amanah. Mustahil
kita inginkan kerajaan yang gagal mengurus kewangan negara. Mustahil kita
inginkan sebuah kerajaan yang menyembunyikan cara mengurus perniagaan milik rakyat
yang menjual minyak dan gas. Mustahil kita orang Melayu merelakan suatu
keluarga mendapat komisyen keatas pembelian dan penjualan minyak dan gas
negara. Musahil kita orang Melayu merestui penjualan minyak sawit dilakukan
melalui commissioned agents. Mustahil
kita orang Melayu rela melihat orang Melayu kita mempunyai pendapatan yang
rendah, susah mendapat tanah, susah memiliki rumah dan sebagainya.
Jadi,
soalan apa dia agenda Melayu hanya suatu rhetoric dan pekikan kosong yang
bising sahaja. Ianya candu dan dadah yang mengkhayalkan orang kita Melayu.
Khayalan tersebut menyebabkan kita orang Melayu secara keseluruhan nya kekal
dalam keadaan ketinggalan dibelakang dalam perlumbaan hidup. Keluarga dan anak2
orang ternama dalam negara ini- Melayu, Cina dan India terus memboloti sumber
kekayaan dan merasuah rakyat untuk kekal berkuasa.
Orang
kita Melayu keliru pemikiran nya. Keliru apabila menyamakan agenda UMNO itu
sama dengan agenda Melayu. Agenda UMNO ialah mengekalkan kuasa politik,
mengekalkan supaya Najib atau presiden UMNO perdana menteri. Agenda nya ialah
mengekalkan cengkaman puak feudal UMNO keatas perniagaan besar dan sumber2
pembikinan wang.
Agenda
orang Melayu? Seperti 100 tahun dulu ialah bagaimana mengeluarkan orang kita
Melayu dari kemiskinan dan mengambil tempat yang wajar dalam kehidupan
masyarakat. Agenda UMNO sangat berlawanan dengan agenda orang kita Melayu.
Orang
kita Melayu mesti bertanya, adakah agenda Melayu itu hegemony UMNO? Adakah
agenda Melayu itu berkehendakkan UMNO itu jadi parti yang disokong secara
mutlak oleh bangsa Melayu? Kita sokong walaupun pemimpin nya korap, kerajaan
nya boros dan membazir, kerajaan memberi sumber kekayaan kepada kroni dan
golongan istimewa?
Penyokong
UMNO masih tidak boleh faham bahawa lebih ramai orang Melayu telah menolak
UMNO. Berhentilah dari mencandui pemikirang bangsa kita dengan pekikan agenda
Melayu!
Daripada
5.2 juta undi yang di perolehi oleh BN, berapa ramai pengundi nya Melayu? 63%?
Itu baru 3.28 juta. Berapa ramai ahli UMNO? Kali terakhir ianya 3.2 juta.
Sekarang mungkin lebih- kerana setiap hari sebelum 5 Mei dahulu, ramai memasuki
UMNO. Media UMNO melapurkan seolah2 tidak ada lagi orang Melayu yang tinggal
dalam parti2 pembangkang- semua nya berbondong bondong masuk UMNO.
Berapa
ramai pula pengundi Melayu dari 11.2 juta pengundi? 65%? Maka jumlah pengundi
Melayu semua nya ialah 7.28 juta. Jika 3.28 juta dari jumlah ini mengundi BN,
maka Melayu yang tidak menyokong BN ialah 4.0 juta. Bukankah 4.0 juta lebih
besar dari 3.28 juta? Hendak putar macam mana lagi?
Agenda
Melayu yang paling atas sepatutnya ialah mengeluarkan mereka dari penjara
kemiskinan. Dalam tahun 1927, Zaaba menulis- orang2 kita Melayu ini pada hitungan am atau jumlahnya ialah suatu kaum
yang tersangat miskin. Oleh kerana miskin, maka orang Melayu kalah atau
ketinggalan dibelakang dalam perlumbaan kemajuan.
Pengamatan
ini masih menghantui bangsa Melayu sehingga hari ini. Dan ini agenda Melayu
yang teratas dan terpenting. Kerana kemiskinan orang Melayu, kata Zaaba ialah kemiskinan yang meliputi serba dan
mengelilingi mereka pada segala pihak nya.
Jadi,
mengapa fikiran kita orang Melayu dipesongkan kepada menyibuk mengenai
kedaulatan bahasa Melayu? Kepada mengistihar menjaga agama Islam? Kepada
mendaulatkan Raja2 Melayu? Mengenai yang akhir ini- siapa yang mengancam raja2
Melayu? Dalam sejarah kita yang mengancam dan menghina raja Melayu ialah puak
neo-fuedal UMNO.
Adakah
UMNO sudah berperang untuk membetulkan segala syarat2 atau kelengkapan yang boleh membawa kepada kejayaan dan
kebesaran bangsa dan kebesaran yang sebenar nya?
No comments:
Post a Comment