Monday, 13 May 2013

Bangkitlah wahai Moral Majority!



BN sudah pun hancur. Yang tinggal hanya UMNO dan PBB di Sarawak. MCA hampir pupus. MIC adalah bayangan dari tubuh zaman silam. Bagaimana Najib tidak ada perasaan malu mengaku masih menang sedangkan , UMNO dan BN sudah hilang sokongan majority? UMNO dan BN adalah kerajaan minority.
Siapa yang kata Najib lebih berjaya dari Pak Lah lupa bahawa tambahan kerusi UMNO dicapai bukan melalui pertambahan undi orang Melayu. Jumlah pengundi Melayu kali ini dianggar seramai 6.58 juta. calun2 UMNO kali ini memperolehi 3.0 juta pengundi Melayu. Ini bermakna seramai 3.58 juta orang Melayu masih menolak UMNO kerana mereka menolak Najib. Jadi, dimana letaknya kejayaan Najib selain dari pampangan pada billboard yang menyemak disepanjang lebuhraya?
Rakyat menolak kamu , tapi masih takde perasaan malu mahu kekal berkuasa. Lihat apa Zamri di Perak lakukan? Kamu tidak mendapat sokongan majority, tapi masih jadi kerajaan. Kamu mampu berbuat demikian, kerana UMNO dan BN menipu.
Ia menipu dalam PRU13 dengan membuat persempadanan mengikut kepentingan politik UMNO. Menipu bilamana kerajaan berkempen sepanjang hari melalui media yang UMNO milik dan kuasai.
UMNO menipu kerana mengkhianati negara dengan memberi ribuan KP kepada Mat Bangla, dan Myanmar. Dan UMNO menipu dengan menukar kertas undi.
UMNO memperkosai semua institusi kerajaan yang sepatutnya menjaga kepentingan rakyat bukan kepentingan pemimpin UMNO. Hishamudin dan isteri menggunakan helicopter milik kerajaan untuk pergi mengundi.  Itu bukan harta persendirian dan bukan keluarga dia punya.

UMNO menggunakan tektik menakutkan rakyat dengan penceritaan seram melibatkan bangsa. UMNO main isiu perkauman sedangkan Najib cakap besar mengenai 1Malaysia. Najib adalah hipokrit yang terulung di Malaysia.
UMNO terus melindungi para perasuah dan pemimpin perkauman. Kerana itu, rakyat berhak menolak mereka.
 UMNO dan Najib menyalahkan kaum lain kerana kelemahan sendiri. Bukan orang Cina sahaja yang menolak UMNO bahkan lebih ramai Melayu menolak UMNO dari menyokong nya. Ternyata Najib tak tahu apa yang mengalahkan UMNO. Bagaimana dia nak kekal jadi PM? Suka saya memberitahu pembaca, Najib ini pemain sepasukan hanya jika sepasukan menyokong nya. Kalau tak sokong, Najib pun akan mendurhaka.
Ini membuktikan bahawa UMNO sebuah parti yang tidak lagi boleh dipercayai dan memperlakukan rakyat sebagai orang2 bodoh. UMNO si pencuri lembu yang menyalahkan tuan punya lembu apabila ia ditangkap. Ini tektik Mahathir Mohamad menyalahkan orang lain keraja jinayah yang ia lakukan.
Apa yang MCA dan parti komponen lain lakukan semasa tidur sama UMNO? Mereka jadi anjing ribaan yang tidak terdaya menegur UMNO yang ternyata, menjadi parti hipokrit terulung dalam negara kita.
Hari ini , yang memperolehi moral majority ialah Pakatan Rakyat tapi UMNO yang memperolehi undian minority menduduki Putrajaya. Musibah akan menimpa negara ketika para perompak, lanun dan peraih komsiyen memegang tampuk kuasa.
Komitmen, Integriti dan Ketelusan tidak ada dalam kamus UMNO. Perkara2 ini tak disebutkan oleh Najib sebaiknya dia seorang kaki boros sama seperti Rosmah Mansor, mengistiharkan satu trillion ringgit yang akan dibelanjakan. Satu trillion lagi setelah membalun berbilion Ringgit untuk mengaburi mata rakyat? Tektik macam ini hanya berjaya dikawasan pengundi kampong dan desa yang dikekalkan dalam perhambaan minda dan jadi hamba abdi kepada naungan dan pesta temasya yang UMNO anjurkan. Artis2 dan penghibur dikudakan untuk mengkhayalkan rakyat dari keadaan sebenar. Tapi dalam bandar dan kota kota, hipokrasi UMNO terburai!
Hari ini yang menjadi benteng hadapan mendedahkan hipokrasi dan tektik jahat UMNO ialah kota dan bandar dimana majority rakyat tinggal dan mencari nafkah. Dalam kawasan ini rakyat berfikir dan berkerja, berfikir dan berkarya, mencapai dan menjayakan diri, membangun dan membesar. Dalam kawasan2 inilah, idealisme dan wawasan mengenai masa hadapan Malaysia dibentuk dan dijana.Rakyat mahu suara yang lebih dalam membentuk masa depan.
Kawasan2 ini menjadi kubu kuat dimana pemikiran dan suara hati budi dibentuk yang akan mensucikan, membersihkan tanah air kita. Kawasan kota akan menjadi banteng pertahanan yang akan menolak najis dan jijik yang dipromosikan oleh orang yang gila kuasa dan ahli politik half past six dari UMNO serta kroni dan pecacai mereka.
Hari ini, kawasan kota dan Bandar telah menghantar mesej kepada Najib dan UMNO bahawa hari2 terakhir mereka kian hampir walaupun mereka telah melakukan penipuan dan pembohongan dalam PRU13. Lama manalah kamu dapat bertahan apabila rakyat mulai sedar.
Najib tidak ada mandate. Tindakan yang mampu dia lakukan ialah mengarahkan pro-chancellor UITM, Rahman Arshad supaya menghapuskan sekolah rakyat. Ianya sudah terlambat. Kamu telah cuba memuaskan segala tuntutan masyarakat Cina dengan lu tolong, gua tolong lu, mana mungkin sekarang kamu mahu mungkir janji? Najib adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu.

16 comments:

  1. KAMU INGIN BERI NEGARA MALAYSIA INI KEPADA LIM KIT SIANG KE? ATAU ANWAR IBRAHIM? ATAU HAJI HADI? KALU PUN MU TAK SUKA NAJIB, ADA KAH TIGA EKOR INI LEBIH BAIK DARI NAJIB UNTUK PIMPIN BANGSA KAMU? SELAMATKAH ANAK CUCU KAMU?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Pertamanya, sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, minta hormat la sikit pada tuan punya blog YB Dato' Ariff. Sekalipun nak jadi pengampu Najib, tatasulia hormati rumah orang tu kena la jaga. Nak kasi komen boleh. Tapi kena betul la cara. Kalau terpekik-terlolong macam orang tak ada agama ni susah la orang nak respect. Kalau bangsa asing tengok malu la kat depa kata kita orang Islam dan Melayu perangai macam samseng masuk rumah (blog) orang terjerit-jerit macam orang gila.

      Keduanya, saya rasa Dato' Ariff dah berjuta kali sebut dalam blog ni. Tak mungkin Saudara Lim Kit Siang boleh jadi PM Malaysia. Kalau sekalipun DAP memenangi semua kerusi yang ditandingi, masih belum dapat membentuk kerajaan di peringkat persekutuan. Jadi minta saudara jangan kasi komen ikut perasaan. Guna akal dan fikiran yang Allah beri pada kita.

      Ketiga, pada pendapat saya bukan Dato' Seri Anwar atau Hj Hadi persoalannya. Soalnya sekarang, Malaysia perlukan pemimpin yang tidak korup dan berintegriti untuk memimpin negara. Bukan yang rasuah. Pemimpin yang adil pada semua bangsa dan agama. Sebab Rasulullah pun tak pernah menzalimi rakyat Baginda walaupun berbeza agama dan kepercayaan.

      FS

      Delete

  2. YB dato arief sabri,
    DAP Played a well disciplined,dedicated and devoted game to sapu bersih the seats it contested.Did not make any mistakes.Most importantly,they fielded quality candidates.
    PAS has managed to eliminate the fear of pas by non muslims . They have to maintain this stance BUT sadly Nash the fl;at tyre is now coming out to cause discontent among muslims about pas working with pkr and dap.I hope sanity will prevail.To further create discontentment ,he is talking about umno and pas get together to 'counter' non muslims gain in the elections.
    Pkr ,the weakest link must keep the azmin ali clique in check or it will be back to square one.
    Everyone is agreeing that this election is based on the expectations of URBAN VS RURUL sentiments and not based on race,creed or colour.
    Bn has spent millions on 'trying' to promote race relations but PR did it for free.
    Look at the multi ethnic crowds at PR and bersih rallies n ceramahs
    AWESOMEEEEEEEEEEEEEEEEEEEEE

    ReplyDelete
  3. It is interesting to note that both Penang and Selangor continue to be the bastion of Pakatan Rakyat since these two states are where most of the big industries and majority of the intellectuals lived.

    PR won most seats in KL as well. The voting trend showed that the divide is between the well educated urban areas, well informed and the less informed rural areas where BN keeps them in the dark, fed by the UMNO controlled mainstream media that instilled fear, lies, and are easily bribed with cash.

    It is also easier to cheat in these areas using phantoms voters as well as the EC help to manipulate the ballot boxes during transportation from the interior especially in Sabah and Sarawak where there are minimal chance of close observation.

    The divide between the urban educated and the rural ignorant are evidently lucid . Not between Chinese and Malays as UMNO tries to spin.

    In understanding how popular culture is spread, it always starts from the intellectuals. It is truly encouraging to know that the emergence's of non-race based politics are firmly entrenched in both Msia leading states.

    The momentum of change is growing firmly. Inevitably, the rural areas will absorb the ideas of the more dominant cities. The "Old Malaysia" will give way to the "New Malaysia"

    The battle is only the beginning...

    GE13 was actually a battle of ideas or mindsets, temporarily skewed by money politics but eventually it will be won as there was not enough time for the idea to spread and rooted in the rural areas before the GE13.

    However, the day is near when it will be entrenched and flourish !

    Therefore…

    GE13 is not a racial issue. The urban-rural divide was clear. Pakatan won votes from all races and religions in the urban areas while BN retained their rural base.

    It is an election result between urban and rural, between the better educated, better informed versus the lesser educated and lesser informed.

    It is a reflection of two societies in one country; one, the ignorant represented by BN, the other, the progressive represented by Pakatan.

    ###

    ReplyDelete
  4. meanwhile... http://is.gd/6Tpnr1

    ReplyDelete
  5. Hello Dato Sak,
    Here is something your friend Aspan Alias has recently written in his blog: "DAP walaupun perlembagaannya adalah ‘multiracial’, penampilannya masih rasis. DAP mempunyai lebih dari 90 ADUN dan 38 ahli parlimen yang menang, muka Melayu tidak sampai pun empat orang."

    I guess one cannot argue with the statistics - I think a reply or comment from one of the "empat orang" will be required, especially of you.

    -Dark Horse

    ReplyDelete
    Replies
    1. To be exact, DAP has 2 Malay MPs and a Malay ADUN.

      Now we compare with MCA and Gerakan or MIC. How many Malays has these parties fielded during the past GE? Zero. Besides DAP also fielded many Indian and candidates from various during the most recent GE13. Many have won various seats at Parliamentary or State levels. Has MCA or Gerakan ever field any Indian or Sikh candidates?

      So, in essence DAP is a multi racial party. There are Malays, Indians, Sikhs, Dayaks, Ibans, etc in the party. So, not racist at all. In comparison, UMNO is a Malay party (everyone is Malay inside), MCA and Gerakan is a Chinese party (everyone is a Chinese inside) and MIC is an Indian party. So in totality, BN is a race based party.

      FS

      Delete
    2. Yes we cannot argue with statistics my friend.

      But DAP is open for all races, its just that for now it is being dominated by Chinese, thanks to UMNO/BN's continous propaganda equating DAP to communist chinese. We have multiracial PKR which is dominated by Malays and PAS which is basically Malays. All in the big family called Pakatan Rakyat.

      So what's the problem Mr. Dark Horse? DAP/PKR Chinese vs MCA/Gerakan Chinese, PKR/PAS Malays vs UMNO Malays. Its all about fighting against the corrupt UMNO/BN.

      Delete

  6. Kesian anon 13 May 2013 22:25 & yg. sewaktu dgnnya.


    Kaum2 mcm kamu sudah muflis nilai moral & tatasusila hingga sanggup martabatkan dari kalangan penipu, pencuri, perasuah, perogol & pembunuh sebagai khalifah mereka..

    Woiii jerongos, nabi pun bukan melayu lah... jauh sekali UMNO.

    Pandangan kamu macam budak tingkatan tiga, dan kalau kamu lebih tua, maka otak kamu terbantut disitu sahaja.


    Cukup sedih produk UMNO/BN..

    ~ Kipas Hikmat

    ReplyDelete
  7. walla... it is a make up news!

    ReplyDelete
  8. anon 22:25;

    Malaysia will soon ink the Trans-Pacific Partnership Agreement in Brunei before end of this year. Slowly but surely we are ceding our economy's sovereignty. I am not sure whether you are worried about the fate of your grandchildren but I am sure whether Najib, Muhyddin or anyone is PM whom signed it will make no difference.

    The Malay Economic Action Council (MTEM) has warned that a new tsunami - an economic one - will hit Malaysia soon if we sign.

    Why are we so caught up about DSAI, TGHH or LKS?

    TPPP is an even bigger worry for Malaysia.

    passerby

    ReplyDelete
  9. Dark Horse, ada pun empat orang buat kali ini. UMNO berapa kerat orang Cina atau India?; MCA dan MIC berapa kerat orang Melayu?

    Apa yang Aspan telah luahkan memang benar. Ya, penampilan 'masih rasis' dalam DAP, 'walaupun perlembagaannya adalah ‘multiracial'. Bukankah perlembagaan DAP ini mencerminkan satu halatuju yang murni bagi masyarakat majmuk kita? Sekarang 'masih rasis', masa akan datang mungkin tak dengan penghapusan pengaruh dan dakyah UMNO, MCA dan MIC.

    Kejayaan beberapa orang calon Melayunya kali ini membuktikan matalamatnya untuk mendirikan sebuah parti benar-benar 'multiracial' semakin dekat.

    'Intent' perlembagaan DAP belum bertemu dengan 'realiti' dengan sepenuhnya buat sekarang. Di dalam perlembagaan UMNO, MCA dan MIC, 'intent' pun tak dikatakan, apalagi dikotakan satu hari nanti.

    ReplyDelete
  10. Anonymous -Dark Horse @14 May 2013 15:08,

    Horse before the cart & NOT cart before the horse. Before discussing the issue of lack of Malay DAP MP & ADUN, we need to first address the issue of lack of Malay DAP members. It is not always possible or proper to keep looking for Malays like Tunku Aziz, Ariff Sabri, Aspan Alias, then getting them to join DAP and almost immediately after that turn them into a Senator, an MP or an ADUN. DAP needs to have ordinary Malays joining as ordinary members 'en masse' so that from such ordinary members will arise leaders who are suitable to be a Senator, MP or ADUN. Otherwise, those few invited or induced to be members with the expectation of being given important posts will be looked upon as parachute members. Ariff Sabri does not appear to be such a member. However Tunku Aziz was indisputably one and he was a disaster.

    Can DAP be blamed if for almost 50 years Malays, including highly educated ones, have been indoctrinated by UMNO into believing that they are traitors to the Malay race and to Islam if they become DAP members? Those who wish to continually harp on the lack of Malay DAP MP and ADUN must first attempt to solve this conundrum which is not of DAP's making.

    ReplyDelete
  11. DAP should consider having a drive to recruit more Malay members Aspan and dato can be at the fore front of it explaining to them why they should join DAP

    ReplyDelete
  12. dato,

    why not just register a new domain name; it seems only your blogspot.com is having access difficulty but not everyone else's blog.

    passerby

    ReplyDelete
  13. Alas! came to your blog after trying for few days.

    ReplyDelete