Monday, 29 April 2013

UMNO seekor Kertas Harimau.

Bila Najib tun Razak kata BN akan menang 2/3 kerusi parlimen, ramai kawan2 berkata; apa yang dia nak kata lagi. Takkan dia kata BN kalah? Jadi, kenyataan nya tidak menghairankan.
Tapi yang kita tahu ialah: Najib can kiss goodbye to impian nya menawan Selangor. Dua sebab. (1) pertama rakyat sudah dapat menilai pentadbiran kerajaan PR di Selangor. (2) kiss of death kepada impian menawan Selangor muncul bila Mohd bin Mohd Taib- bekas ketua penerangan UMNO Malaysia, bekas MB Selangor yang banyak network nya dan bekas naib presiden UMNO keluar dari UMNO. Sekarang ini  Mat Tyson seorang sudah cukup untuk neutralise apa yang Najib tabur di Selangor. Nak kata Mat Taib rasuah dan menyundal, pemimpin UMNO termasuk Najib juga tidak kurang hebat nya.
Perak akan jatuh semula ke tangan PR sebab rakyat mahu menghukum UMNO dan BN kerana merampas hak mereka. Kali ini, PR akan beri pukulan maut ke BN Perak.
Kedah? Walaunpun Che Det Mursyidul am UMNO dan sekarang Daim Zainudin berkempen, mereka tak akan dapat tawan Kedah. PR akan dapat 14 dari 15 kerusi parlimen dan negeri itu akan terus di perintah oleh PAS. Rakyat kedah hanya perlu ingat satu kes sahaja- dalam zaman pemerintahan PAS pendapatan purata dari industry pembalakan untuk negeri ialah RM40juta. Masa zaman UMNO perintah, pendapatan purata hanya RM8 juta. Pemimpin UMNO balun 32 juta setahun masuk poket sendiri.
Perlis pun bergolak. 9 dari kerusi DUN mengikut Daim Zainudin berada dalam bahaya. Semua ketua bahagian UMNO nak jadi MB. Rakyat Perlis boleh selesaikan masaalah ini dengan memilih kerajaan PR. BN akan hilang 2 kerusi parlimen disana,
Pulau Pinang? Ketika Guan Eng mentadbir Pulau Pinang ada kita lihat orang Melayu mati bergelimpangan?  Bahkan kebajikan orang Melayu dan agama Islam di bela dan dijaga dengan penuh hormat. Tahun lepas Guan Eng beri RM62 juta untuk majlis agama Islam Pulau Pinang. Disetengah negeri pimpinan BN . kerajaan hanya mampu beri RM10 juta.
Ertinya, semua kerajaan di sebelah utara akan jatuh.
Negeri Sembilan berada dalam ambang jatuh ketangan PR. MB baru akan tetap orang Melayu. Yang Di Pertuan Besar tetap bertakhta.
Kelantan jangan di mimpi oleh BN. najib masuk ke negeri Kelantan tak beri salam kepada kerajaan Negeri dan mengumumkan 7 dosa besar yang PAS lakukan. Siapa Najib yang nak kata orang lain dosa atau tidak?
Negeri Terengganu akan jatuh ketangan PR. PR akan rampas 5-6 kerusi parlimen. Rakyat Terengganu mesti ingat Najib lah yang hijack Terengganu Investment funds dan gasak duit yang patut pergi kerakyat Terengganu dan mengujudkan 1MDB. Duit royalty minyak Najib balun dan masuk dalam 1MDB sebab dia boleh control penggunaan wang dan dana 1MDB. Ini kerja Najib- balun duit rakyat dan tipu dan menakutkan rakyat terutama orang Melayu.
Di Pahang, BN akan hilang banyak kerusi DUN. Saya lihat BN akan kalah di Teriang, Damak, Ketari, Sabai, Dong, Teras, Tanah Rata, Beserah, Teruntum, Semambu, Inderapura, Tanjung Lumpur, Bilut, Tahan. BN akan kalah antara 5-7 kerusi parlimen. Kita akan mengejutkan BN Pahang.
Di Johor, Ghani Osman sebetulnya menerima hukuman mati oleh puak UMNO yang merancang menyingkirkan nya. BN akan kalah dibanyak kerusi parlimen bermula dari Gelang Patah, Tanjung Piai, Labis, Segamat, Bakri, Pasir Gudang, PUlai, Kulai, Parit Sulong, Batu Pahat, dan banyak lagi. Jika PR menang, sudah pasti Salahudin Ayub jadi MB. Orang Melayu tetap akan melihat orang Melayu jadi MB, agama Islam terus terbela dan institusi Raja Melayu tetap di perlihara.
Bila Najib kata Sabah masih lagi FD BN, itu ertinya Sabah sudah jatuh ketangan PR.
Mana ada negeri yang selamat untuk UMNO dan BN?
Mungkin kerana banyak duit yang ditabur, atau imej UMNO dan BN dibentuk melalui media- billboards yang melata dipasang disepanjang lebuhraya( bayangkan berapa puluh juta UMNO habiskan untuk membayar billboards) , melalui TV yang mereka kuasai, dan akhbar yang UMNO kuasai, maka Najib merasakan bahawa UMNO akan menang 2/3. Memang memang suka tengok cermin berjam jam sehari dan kata aku yang paling hensem di Malaysia.
Kita akan lihat penghukuman rakyat keatas rasuah dan kezaliman yang UMNO lakukan selama 55 tahun. Apa yang UMNO boleh buat dalam masa 5 tahun yang gagal mereka lakukan bila ada 55 tahun?
Yang mereka capai ialah seperti yang di nyatakan oleh Mursyidul am UMNO, Dr Mahathir Mohamad, setelah 55 tahun merdeka, orang Melayu masih mengemis dalam negara mereka!. Jika 54 billion saham melalui DEB di agihkan pada kadar RM1 juta seorang, kita patut ada 54 ribu jutawan Melalyu.
Mana mereka?  Saham tersebut dibalun oleh puak2 UMNO.

31 comments:

  1. Orang melayu adalah King Makers dalam PRU13....Orang melayu ada pilihan untuk maju atau terus mengemis dengan orang Cina, Iban, Kadazan, orang Asli dan India.

    2 Pilihan aje kepada orang Melayu

    Barang Naik (BN-Dacing)

    Price Reduction (PR)(Harga Turun) (PR - pakatan Rakyat).

    Kita Perlu 100% sokongan orang melayu UNDI Pakatan untuk hapuskan 500,000 undi Hantu. Adun dan MP Pakatan yang kurang 5,000 majoriti ada dalam bahaya. UMNO-BN tahu macam mana nak guna undi Hantu dangan bantuan Projek SPR/EC, kita mesti KELUAR undi untuk UBAH 100% pangkah "x" PAS, DAP, PKR!!

    Ini Kali Lah!!



    ReplyDelete
  2. kalau BN menang 2/3, memang nenek aku dara lagi.

    ReplyDelete
  3. Dato

    I can feel the energy that is created and emanating from millions of people having the same agenda.
    I am sure you can feel it too.

    tbang

    ReplyDelete
  4. Dato,first of all Perak will fall back to PR.Negri Sembilan should also join the stables of PR.Selangor Umno will lose more assembly seats,not win the State.Orang putih chakap 'blowing hot air'.And Mat Tyson has landed the 'ko' punch to Najib's Selangor dream.

    Many former state and national leaders have left Umno recenly because they know that after the GE the party will automatically self implode.They know that all the old tired warlords have to go as the party needed young and talented leaders,not these three legged horses.

    Najib's snaring prize trophy Warthemoorthy,fielding Zulkifly Noordin and Katak Ali have all backfired.Causing wide anger among the Indian community.Even the very quiet obedient Mic has started to show their temper.Najib's last two years of hardwork wooing the Indian community have suddenly go up in smoke.Maybe his own advisers and Mahathir have shot him in both feet.

    With Umnoputras trying to out do each other in scoring their own goals,it will be a big surprise if they do not lose big time.Two Sundays from today,around midnight the fat lady will sing the swan song 'Bye Bye Birdie' for them.

    ReplyDelete
  5. Salam datuk

    Tak perlu difikir panjang lagi. Mungkin bukan 55 tahun UMNO gagal melaksanakan kewajipan kepada rakyat, kerana saya percaya PM Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn telah melaksanakan tanggungjawab mereka sepertimana yang dikehendaki oleh rakyat. Tapi 3 PM yang terakhir itu, dari Mahathir hingga ke Najib, terutamanya Najib, apa yang telah mereka lakukan?

    Saya sendiri yang merupakan penyokong BN suatu ketika dahulu, ketika internet masih belum berkembang sepenuhnya di Malaysia, dan dikaburi dengan media UMNO-BN seperti Berita Harian dan TV3, saya sememangnya percaya dengan segala yang disiarkan oleh media2 tersebut. Apabila pada tahun 2008 saya mengetahui yang 5 negeri di Semenanjung telah jatuh ke tangan PR, hati saya rasa gelisah, memikirkan apa yang akan terjadi kepada Malaysia. Tapi sejak beberapa tahun ini, saya sudah mula dapat melihat, yang kegusaran itu hanyalah setakat perasan saya sahaja. Kegusaran yang wujud akibat terlalu percaya kepada kata2 dari media2 UMNO-BN, yakni TV3 dan Berita Harian, yang asyik menjaja kata2 manis untuk UMNO-BN dan kata2 pahit untuk PR.

    Datuk, dengan berkembangnya internet sekarang, rakyat sudah boleh mengakses data dengan mudah dan senang. Tiada lagi perlunya bagi kita untuk membazir rm2 sehari (rm600 sebulan) untuk membeli suratkhabar. Internet kan ada, dan boleh memberi lebih dari apa yang media UMNO-BN boleh berikan. Tidak ada kata manis dan bias dalam internet, cuma ada hempedu yang selama ini saya sangka manis di dalam media UMNO-BN, tapi sepahit2 hempedu, ianya adalah fakta dan hakikat yang semua penduduk Malaysia harus faham, yang UMNO-BN ini hanyalah indah khabar dari rupa.

    Sebagai rakyat Sabah yang cintakan tanah air sendiri, saya ingin nyatakan yang ramai penduduk Sabah tidak akan lagi memberi muka dan ruang kepada UMNO-BN. Tidak ada lagi lambang dacing bagi kami.. semua itu hanya tipu belaka dan dusta. Dan parti2 Sabah yang bersekongkol dengan UMNO-BN demi kepentingan sendiri seperti PBS, PBRS dan UPKO, kami takkan lupa pengkhianatan yang kamu lakukan kepada kami rakyat Sabah bila kami letakkan kepercayaan kami kepada kamu melalui kertas undi. Ini kalilah, kami akan pastikan pengkhianat rakyat hilang serta merta dari muka bumi Sabah, sebab Sabah sama seperti negeri lain di Semenanjung, tak perlu dianaktirikan lagi. Hampas yang diberi kepada kami sedangkan madu sudah habis dikebas oleh pemimpin tak guna dari Semenanjung, ini kalilah, kami akan bagi kamu rasa libasan tapak kaki kami dimuka kamu, wahai pemimpin UMNO-BN.

    Apa lagi yang kami perlu takut terhadap UMNO-BN? Mereka sendiri takut kepada tentera Sulu, hingga menteri mana satu yang berkata mereka yang menceroboh itu bukanlah pengganas. Ini kalilah kami tidak akan bagi muka kepada kamu. Fixed deposit? Kami akan pastikan UMNO-BN menyesal kerana menganggap kami sebagai simpanan tetap yang tak perlu dijaga, hanya diusik bila dekat pilihanraya.

    Saya berharap perjuangan datuk di Raub akan berjaya. Jangan takut datuk, kerana mereka yang berkuasakan duit ditangan, tidak boleh melawan mereka yang berkuasakan rakyat. Bila perjuangan membara di minda dan mata, duit yang disuap pun sudah tiada nilai dimata lagi. Teruskan perjuangan datuk, dan ungkapkan Ini Kalilah! tak kira dimana sahaja datuk berceramah. Rakyat pasti akan bersama datuk di belakang!

    Ini Kalilah!
    Ini Kalilah!
    Ini Kalilah!
    Ini Kalilah!
    Ini Kalilah!
    Ini Kalilah!
    Ini Kalilah!

    Pejuang dari Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku naik rimas bila ada yang kata umno dulu bagus tak seteruk umno sekarang, pm 123 ikhlas tak sama dgn pm 456. Barah bermula dgn sel barah hingga keperingkat teruk stage 4. Dulu tv hanya ada siaran rtm, sekarang dah dunia internet, kerat jari pemimpin dulu pun peribadi bukan elok sgt pun. Boleh bayangkan kalau arwah tun razak sempat dengan kekayaan hasil dari petroleum, kelabu mata atau tidak?

      Delete
    2. My bahasa is pretty bad but from what I can understand you have spoken well and with feeling. You should be a politician and safeguard Sabah.

      Delete

  6. Saya, keluarga dan ramai kenalan saya akan mengundi PR di kawasan DUN Dong & Parlimen Raub.

    Semoga ramalan dato menjadi realiti, dan dato menjadi MP Raub baru kami!

    ReplyDelete
  7. Aku berharap mahathir kutty laknatullah akan melihat srndiri kejatuhan umno haram dan akan d haramkan buat kali kedua slps PRU13 NNT. .....

    ReplyDelete
  8. Memang betul .. Umno punya rasuah lebih handal banding ngan tyson.. Tp kalu opposition asyik dok kutip sampah.. Apa ke hal nya???..

    ReplyDelete
  9. PR kena waspada pada peti peti undi yang dibawah ke pusat pengiraan

    Nanti kena hijack dan ditukar kepada peti undi hantu, semua undi hantu itu pilihan Bee End.

    Bee End apa tak boleh buat. Fikirlah.

    ReplyDelete
  10. sarawak is still bn fixed deposit

    ReplyDelete
  11. Berhati-hati dengan apa yang Najib kata. Kenapa Najib berani kata BN AKAN MENANG 2/3 KALI INI??? Lupa SPR dan UNDI POS???

    ReplyDelete
  12. Dato,
    I have gone through 8 previous general elections and I have never seen what I am seeing now. One has to be a nincompoop not to see the reality. Najib is one of them.
    However, I have only one reservation. The Malays. They seem to be always slow to see the truth. Race seem to predominate other considerations.
    The Chinese have shown the lead. The best option is for the Malays to follow for a New Malaysia under Pakatan.
    If Pakatan can get just 40% of the Malay votes the 2/3 belongs to us.
    Then we will see UMNO leaders fleeing like rates from a sinking ship.

    ReplyDelete
  13. si buncit terjun dengan labu labu nya...biarkan biarkan...

    ReplyDelete
  14. Dear Sir,

    I'm a native from Sarawak, an evangelical Christian and a voter. Because I believe in your cause, I shall be praying for you, for the cause that your are fighting for and ultimately for a better Malaysia. I shall also intercede with my family to cover you and your kin at this time too.

    God bless you, sir. God bless us all.

    Lun Bawang

    ReplyDelete
  15. Saudara-saudara sekelian hanya 6 hari saja lagi kit berada diambang MEMERDEKAAN dari belenggu penjajahan KUKU BESI UMNO


    6 hari lagi kita akan sama-sama bersorak MERDEKA !!! MERDEKAAAA !!!! MERDEKA !!!!!



    wHY maintain a defective administration when it is proven to be corrupt but also continue to be hated by the masses ...

    The ONLY and MAIN reason why UMNO is fighting hard to WIN - is because it needs to keep the many skeletons it has kept hidden remain hidden.

    The 6th of MAY will mean the end of BN and UMNO, it will be the day people the likes of ROSMAH MANSOR, TAIB MAHMUD, NAJIB himself,TENGKU ADNAN,ZAHID HAMIDI, NAZRI AZIZ, ISA SAMAD,MUSA AMAN, CHUA SOI LEK, past BN leaders MAHATHIR MOHAMAD,SAMY VELLU, RAHIM THAMBY CHIK, SHAHRIZAT JALIL will liken to be the DAY the ANGEL of DEATH will be staring in their FACES,

    It will be the day that they had wished that they had never been bORN into this WORLD, and had never entered POLITICS,

    IT will be JUDGEMENT DAY for them causing many to suffer STROKE, HEART ATTACKS, CHRONIC DEMENTIA

    IT will be a DAY of CELEBRATION for the new FOUND FREEDOM and JUSTICE for the MILLIONS of MALAYSIAN

    IT will be the DAY the BATTLE by many will be remembered

    AND many in the CIVIL SERVICE, will begin to wonder what will happen them for their wrong doing in helping their EVIL masters remain in POWER. The likes of the EC Chairman, the likes of the Chief Secretary to the Cabinet, the likes of the FALSE Attorney General .... probably be will be shitting in their PANTS ....

    6 days to GO - MALAYSIA will once again be INDEPENDENT and time for the population to celebrate.

    I personally hope to see the day ROSMAH hauled to KAMUNTING or JEREJAK

    ReplyDelete
  16. Dato
    I have a strong feeling you will win Raub. But I worry most what will you be after you have won.

    Gomer Pyle

    ReplyDelete
  17. Dear Dato Sak,
    I wish you all the best for the coming election. I believe that you with all the odds will finally succeeded. The very reason for this is the seemingly uprising of people power. Strangely this people power will finally reach its pinnacle on the polling day! Opposition is in the good position to get the lift off and once it is break the people power takes on a whole new perspective. But caution is to be made not to break the people power. Opposition cannot afford at any time from now on to make mistakes that will damage the confident of the rakyat. Please ensure that your actions and words are not to be exploited and capitalized. As you know the opposition is already at lost at the time of the battle since you are not at your disposal to have many advantages and resources. Opposition is not in the control of government machineries, abundant of money, mainstream media and manipulation. These so called 4M have been fully utilized ever since by the present government to topple the opposition popularity. I think this is a hard battle to win unless all your candidates win with at least 3,000 majority. If you win less than this it will most likely you lost at the final counts due to manipulation and deceitfulness. So the people power is all you need to offset whatever tricks. You may find that this GE13 will be the most fought battles with winners on both sides have very slim majority. Dirty tactics, techniques and manipulation will be rampant. Voters buying will be the desperate recipes of those in rich but will be hard to prove since new methods are instrumented. Throwing government money in the name of development and projects for people are already been used to win the heart of the people. My final analysis will be either people can be fooled or not. If this does not worked than the only resort by the desperators are to instill fear amongst the people such as possible racial tension, religious conflicts and characters assassination. As you know, all of these have been regularly orchestrated. For what we know, these few days before the polling day will see either the people power can be finally dismantle and let to rest. If this happens opposition is no way to be able to capture putrajaya!

    ReplyDelete
  18. Dato'
    Tengku Fraud akan menang di Putrajaya.

    Dia buat kempen Bantuan Bujang 1Malaysia (BB1M).

    Lepas ni akan di lancarkan pulak Bantuan Dara 1Malaysia (BD1M).

    Pasal tu la Najib boleh gerenti BN menang 2/3.

    ReplyDelete
  19. There's still a lot of hard work. Gerry meandering and emotional voters who are lapping up traditional media propaganda will ensure BN is still in power.

    And still forget Sabah and sarawak natives are still 'sleeping'.

    Barisan will still have simple majority. But I hope dato sak wins Raub.

    ReplyDelete
  20. Ada tak yang nak kena potong telinga?

    ReplyDelete
  21. I have many Malay friends who doesn't seem to care or don't want to admit how corrupted UMNO/BN is. They still refused to see the whole truth of the situation in our country. How sad & simple minded they are. My vote & my dad' s vote will go to Pakatan Rakyat 100%!

    ReplyDelete
  22. the mean machine29 April 2013 at 23:55

    The traits of a paper tiger.

    !)Paper tigers cannot bite unlike barking mongrels that can bark.

    2)Paper tigers are for show only.They look fierce but are actually blushing kittens.

    3)Paper tigers like to have their pictures taken beside the fat lady singing their farewell swan song.

    4)Paper tigers are everywhere at the free makan besars.

    And the list goes on and on....Bye bye Ummeenos.Sayonara and bon voyage.

    ReplyDelete
  23. AK-47,
    My vote is for you!
    Ini kali lah!!

    ReplyDelete
  24. GOOd post!!
    Inikali lah!!

    ReplyDelete
  25. Pejuang dari Sabah

    29 April 2013 12:18

    I love you!

    Inikali-lah.. UBAH!!

    ReplyDelete
  26. Dulu Ng Yen,dan skrg siapa org MCA tu? Tak paham.
    ku Melayu di kaw Sempalit
    my vote untuk U.
    1Malaysia!
    jom UBAH!!

    ReplyDelete
  27. ini kali juga BN akan bermain tipu secara besar-besaran.

    1) undi post - swap
    2) undi negara luar malaysia -swap
    3) Buang nama mengundi secara berperingkat dan senyap
    4) sengaja buat kertas undi kotor dan haram kan semua yg pangkah PR
    5) naik taraf project IC, ini kali bangla pun datang mengundi kat selangor
    6) makanan +arak free semasa ceramah berdekatan dengan ceramah umum PR, habis la duit cukai kita ni.
    7) bendera lebih byk daripada manusia, sampai tutup semua bendara/ poster PR.

    ReplyDelete
  28. Najib's gloating smile/laugh on TV gives me the creeps - so condesending, patronising and arrogantly confident of victory. Makes one wonder what ace he has up his sleeve.

    Tetapi jangan menghina rakyat dengan mula mengungkit-ungkit bakti/bantuan(?) yang telah ditabur terutamanya bila menjelang pilihanraya.

    One ahli JKKK I know, bila hampir pilihanraya :
    i. 2004 -> Resit geran tanah dan tukar bumbung rumah

    ii. 2008 -> ganti lantai dengan tiles baru dan pagarkan rumah - bahagianya

    iii. 2013 -> last week tukar lagi bumbung baru

    Semuanya sebagai hadiah/upah for voting - so obvious. Orang yang diminta dan orang yang meminta pun dua kali lima - inilah yang di katakan 'I scratch your back, you scratch my back'.

    Hidup biar bermaruah baru berkat.

    ReplyDelete
  29. tahun 1986 semasa internet tiada fitnah berlaku kepada pencabar dr m masa tu, ku li yang tidak dapat diperbetulkan serta merta.

    tahun 2013..kiranya fitnah berlaku lagi..tentunya jawapan serta merta akan didapati...

    berkenaan penipuan terancang berkaitan pru 13...kuasa rakyat akan menengggelamkan ghostbusters dan seangkatan dengannnya...percayalah

    inikalilah...

    ReplyDelete