Wednesday, 17 April 2013

Membalun bersama BN





Seorang kawan menalipon saya- dia kata Dato Najib pening kepala. Mustahil saya jawab. Ini PM terbaik sejak Adam hissalam. Dia bentangkan bajet terbaik sejak Adam AS. Dia beri BR1M itu dan ini- produk 1 Malaysia ada pelbagai. Mana boleh pening kepala?
Semalam kita dengar kempen Dato Najib. Ada BN ada Putrajaya. Ada KLIA. Ada itu dan ini. Jadi? Kerajaan- tugas nya memanglah membangunkan negara. Negara komunis pun ada pembangunan. Rusia ada St Petersburg Square. Kerajaan Italy ada St Peter’s Square. Jepun ada Kansai airport. Hong Kong ada Kaitak. Bangkok ada Suvarnabhumi Airport. Singapore- tak perlu cakap lagi lah.
Ertinya- bukan UMNO sahaja yang boleh membangunkan negara. 
KLIA dibina berapa komsiyen yang puak UMNO dapat? Menara kembar dibina, berapa wang Petronas dibalun? Berapa wang Petronas dibalun untuk selamatkan bisnes Mirzan anak Mahathir? RM2 billion. Kenapa dia dapat keistimewaan menggunakan duit Petronas? Sekarang dia muncul dengan Petron. Yang memisahkan Petronas dengan Petron ialah huruf a dan s sahaja.
Tak lama lagi semua hasil penjanaan kekayaan dibalun oleh puak UMNO. Slogan UMNO- Balun, balun tetap Balun!
UMNO ada- kita ada komsiyen kapal selam 500 juta. UMNO ada, berbilion hilang dengan pembelian kapal terbang yang tersadai di padang pasir di Amerika. UMNO ada, kita balun 7 hinga 15 billion dari projek MRT. saya sudah nyatakan banyak kali, kalau Najib boleh jadi PM, orang lain pun boleh. 
Kelantan tidak ada UMNO, tetap membangun. Lapuran Auidt Negara 2011 menunjukkan Kelantan mengurus dengan tata urus yang baik. Negeri Pulau Pinang mencatat hasil pendapatan negeri yang kian meningkat. Pembangunan disana tetap rancak. Di kedah walaupun belanja operasi meningkat, ia berlaku dengan hasil pendapatan yang meningkat. Selangor tetap menarik minat pelabur.Reseb tunai dari RM400 juta jadi RM2500 juta. kenapa? sebab kerajaan yang lebih baik dan lebih jujur dan tidak rasuah.
Kemajuan dan pembangunan berlaku selagi ada kerajaan. Bukan hanya kalau UMNO dan BN memerintah. Kemajuan dan pembangunan yang lebih baik, bergantung kepada ujudnya kerajaan yang lebih baik. Ini dia yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat- kerajaan yang lebih baik. Bayangkan pencapaian PR dicapai dalam masa yang singkat- 5 tahun.
Dan apa yang UMNO capai selama 55 tahun mereka memerintah. BR1M-1 di beri kepada 4 juta orang. BR1M-2 di beri kepada 7 juta orang. Ertinya dari BR1M-1 ke BR1M -2, golongan miskin bertambah? 11 juta orang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari RM3000?
Kenapa ini terjadi ketika UMNO tidak pernah sunyi memperjuangkan agama, bangsa dan tanah air? Bangsa Melayu golongan teresar yang tercicir. 8.7 juta umat Melayu Malaysia mempunyai pendapatan bulanan RM1500 sebulan dan 7.2 juta pendapatan bulanan RM1200 sebulan. Pendapatan ini jauh dari pendapatan kelayakan RM3000 untuk BR1M.
Oh..UMNO menawarkan rasa selamat dan tenteram kepada orang Melayu. UMNO penyelamat bangsa Melayu? Kenapa 11 juta kena di BR1M kan? Keselamatan dan tenteram dberi oleh kerajaan yang mendaulatkan perintah ikut undang atau rule of law. Sebab itu gesaan dalam kitab suci Al Quran kita, ialah menubuhkan kerajaan yang melaksanakan penghukuman keatas sesama manusia mengikut the rule of law. Tapi untuk melaksanakan penghukuman mengikut  pemerintahan ikut undang2 yang hak, memerlukan syarat terdahulu, yakni sebuah kerajaan yang rela diadili mengikut system pemeritahan ikut undang2.
Undang2 yang kerajaan Najib amalkan ialah system perundangan yang memihak kepada kepentingan kumpulan yang terpilih yang kaya dan berkuasa. Itu sebab nya, setiap kali Najib mengeluarkan kenyataan, ia nya omongan kosong yang (1) menakutkan orang Melayu (2) membodohkan orang Melayu.
Kita tidak ada halangan jika melayu UMNO mahu kekal dalam kehidupan acuan UMNO. Lantak mereka. Saya sudah nyatakan, UMNO bukan lagi jurubicara kaum Melayu. Calun UMNO hanya dapat 2 juta undi orang Melayu dalam tahun 2008 ketika jumlah pengundi Melayu ketika itu 5.7 juta. Buat lah kiraan sendiri- ramai Melayu sokong UMNO atau tidak sokong? Yang tak sokong UMNO- ada kita tengok mati bergelimpangan? Fakta nya, orang Melayu tidak memerlukan UMNO tapi UMNO yang memerlukan orang Melayu. Orang Melayu yang sedar tidak mahu menyokong UMNO.
Orang Melayu di kampug dan desa tidak perlu takutkan dengan pertukaran kerajaan. Yang bertukar hanya pimpinan politik yang rasuah, kotor dan pembuli rakyat. Urusan berkerajaan tetap berjalan seperti biasa. Penjawat awam tetap penjawat awam- SO, DO, pegawai di pejabat Tanah dan Daerah tetap dengan urusan mereka. Kita tetap bayar gaji dan elaun. Kita tetap memproses permohonan tanah hak milik dan tanah kependudukan sementara. Yang dah lama pegang tanah TOL dan mengusahakan nya, kita beru hak milik kekal. Kita tak rampas punca rezeki orang. Polis tetap polis, askar tetatp askar.
Yang diubah ialah kerajaan yang korap dan rasuah dan membuli rakyat. UMNO/BN kerajaan yang rasuah dan korap.
Setiap projek yang Najib istiharkan ada cerita rasuah disebaliknya. Banyak  mana anak2 Mahathir dapat bisnes dengan pembinaan menara kembar PETRONAS- dari kain langsir nya sampai kepada kelengkapan pejabat dan batu marmar. Berapa banyak anak Mahathir dan kroni UMNO dapat bisness bula RM6 billion duit Petronas digunakan untuk membina Putrajaya.
Tidak payah lah Najib dan ek dengan menyenaraikan projek2 dibawah UMNO/BN. semua nya dibina dengan mengandungi rasuah dan komisyen yang besar. 15% dari 50 billion projek MRT, 7.5 bilion masuk ke poket pemimpin2 UMNO.
Semua kerajaan melakukan pembangunan. Soalnya adakah perlaksanaan tersebut dilakukan dengan jujur dan bersih. Pembinaan PLUS kos nya hanya bermula dengan RM3billion. Bila di UMNOkan kos nya, jadi RM6billion. Berapa komsyen pemimpin UMNO balun? Sudah kutip RM24 billion pun, Najib masuh mahu sambung konsesi syarikat PLUS. Kenapa? Sebab boleh share duit. RM3 billion di balun oleh matlaon UMNO ketika membina jalan raya PLUS. Dah balun nak terus membalun.
Kos penyenggelaraan boleh sahaja ditampung oleh hasil dari iklan disepanjang PLUS dan hasil sewaan kemudahan PLUS. Jadi apa perlu sambung kutipan tol?
Fakta nya, kerajaan BN gagal mengurus kewangan dan ekonomi negara dengan baik. Hutang kerajaan kepada bank2 dan peminjam dalam negeri mencecah RM504 billion. Semua rakyat Malaysia menanggung beban hutang RM17000 seorang yang akan dibayar dengan cukai yang akan dinaikkan.
Atau hutang tersebut dibayar dengan pembambitan lebih meluas oleh kerajaan dalam perniagaan,  tugas dan kerja kerajaan bukan berniaga. Kerajaan melakukan kerja kerakyatan bukan kerja bukak bisnes. Jika kerajaan meluaskan empayar perniagaan maka ini petanda kerajaan tidak lagi pandai mengurus ekonomi dan kewangan negara.





40 comments:

  1. Asslamualaikum.. Salam perjuangan Dato'.
    Kami anak muda menyokong penuh Dato' sbg ahli parlimen Raub.

    Dato' ada laman sosial spt FB atau twitter? Jika tiada, kami berharap Dato' dpt mewujudkannya skrg kerana kami org2 muda ingin mengenali Dato' secara dekat,dan ingin mengetahui apakah yg Dato' akan lakukan utk masyarakat di Raub khusus utk warga muda.

    Utk pengetahuan Dato', warga PR di Raub telah mewujudkan satu page khas utk perbincangan politik Sila lawati FB page kami Hala Tuju Politik Raub.sila klik https://www.facebook.com/groups/157568160975172/

    Wassalam..
    Ank Muda Raub

    ReplyDelete
  2. Petron makes an "ASs' of Petronas.

    ReplyDelete
  3. Dato,

    Nak lebih tahu wajah pemimpin pemimpin UMNO BN tak susah. Tengoklah saja bagaimana mesra dan hebatnya layanan yang mereka beri kepada bekas penjenayah aka pengedar video lucah bergelar Papa Gomo.

    Tengok juga perangai sebenar " Ustazah " Umi Hafilda yang UMNO BN serta pemimpin pemimpin mereka beri laluan dan layanan kelas pertama. Wanita yang setaraf " Mak Lampir " ini diberi ruang seluas luasnya di dada media massa mereka.

    UMNO BN dan pimpinannya juga tidak ada perasaan segan silu menjadikan " lubang shit " Saiful sebagai pertahanan terakhir mereka. Dan jika masyarakat Malaysia yang prihatin terhadap masa depan diri, keluarga dan Malaysia ini membuat sedikit carian tentang 3 nama yang dinyatakan diatas, maka semua akan faham kenapa parti Melayu tertua ini sanggup bersekongkol dengan manusia manusia begini.

    Saya juga nak ajak pembaca blog ini merenung satu kisah benar yang baru berlaku semalam di tempat saya Pendang, Kedah. Menjelang GE 13 pihak UMNO BN telah membawa sekumpulan penyokong luar UMNO BN ke Pekan Pendang ini dan menyewa tiga buah rumah di satu taman perumahan sebagai markas. AJK yang terdiri dari masyarakat taman berkenaan pada dasarnya ( tidak kira UMNO atau BN ) telah bersetuju untuk tidak membenarkan mana mana pihak mempolitikkan taman perumahan berkenaan. Malangnya bila penyokong UMNO dari luar ini mula menghuni 3 unit rumah tyang disewa disitu, mereka telah engkar dengan perjanjian masyarakat di situ. Akibatnya kawasan berkenaan berkenaan penuh dengan bendera UMNO BN serta wajah PM Najib.

    Melihat kepada perkembangan ini pihak PR khususnya PAS merasa mereka juha berhak berbuat demikian apatah lagi majoriti orang orang PAS ini adalah penduduk asal di situ. Maka anak anak muda PAS ini ikut menaikkan bendera disekitar taman berkenaan. Malangnya penyokong penyokong UMNO BN dari luar Pekan Pendang ini telah menurunkan bendera bendera parti lawan dan melonggoknya ke tepi jalan disusuli dengan membuat laporan polis. Persoalannya dimanakah salahnya pihak penyokong PR ini sedangkan pihak UMNO BN yang telah menodai sepakatan yang dipersetujui oleh pemduduka taman sebelumnya?. Bagaimana mungkin tiba tiba orang luar ini boleh mengaku taman berkenaan kawasan mereka?.

    Pihak polis telah hadir dengan satu trak selepas mendapat panggilan. Bagaimana pun anggota anggota polis berkenaan melahirkan rasa kecewa kepada pihak kami setelah mendapat tahu cerita sebenar. Mereka melahirkan rasa menyampah dan meluat dengan perangai puak puak UMNO BN ini kerena dalam banyak kes dari pengalaman mereka sebelum ini, yang selalu menjadi punca huru hara dimusim pilihanraya adalah pihak UMNO BN. Akhirnya dalam terpaksa penyokong luar UMNO BN ini mengakui kesilapan mereka dan penyokong PAS kembali menaikkan bendera mereka.

    Jadi saya mahu ingatkan orang orang luar dari Pekan Pendang yang mahu berkempen agar lebih berhemah dan megharagai budaya hidup masyarakat di Pekan Pendang. Jangan paksa masyarakat di pekan ini mengambil tindakan sendiri. Buruk padahnya nanti. Kesabaran dan tolak ansur majoriti penduduk Pekan Pendang yang majoritinya adalah penyokong PR jangan cuba dicabar dan diperkotak katikkan.

    Apa pun terima kasih juga kepada pihak polis yang kian memahami trend masa kini dan kehendak majoriti masyarakat Malaysia yang mahukan satu perubahan dan reformasi pemerintahan berskala nasional. Diharap pihak polis Pendang dapat terus berkhidmat dengan cemerlang dan adil tanpa perlu takut oleh tekanan tekanan pihak tertentu yang berkepentingan.

    ReplyDelete
  4. Mari kita ramai2 membalun UMNO sampai mereka tersungkur dan tak boleh bangkit... pukulan TKO disemua kerusi yang mereka bertanding....TKO....TKO...TKO...

    ReplyDelete
  5. Bro...

    Sampai hari ini aku rasa peliklah...

    Putrajaya Kerajaan Malaysia bina...

    Apa fasal rumah PM dan TPM kena bayar sewa?

    ReplyDelete
  6. Time to change. If you don't change BN regime in GE13 then Patakan Rakyat is going to be buried for good.

    GO FOR THE CHANGE. UNDI CALON PAKATAN RAKYAT untuk membina Malaysia baru untuk kemakmuran rakyat.

    TUKAR MESTI TUKAR INI KALI LAH|||||

    ReplyDelete
  7. Salam Dato'

    Saya doakan semoga perjuangan dato' di PRU13 akan membawa kejayaan kepada Rakyat Malaysia dan orang-orang di RAUB. Perjuangan dato' akan sentiasa kami sokong supaya di PRU13 akan membentuk KERAJAAN BARU di bawah kepimpinan PAKATAN RAKYAT dan seterusnya menolak serta menghumban UMNGOK/BN kedalam loji IWK. Insyaallah .......

    ReplyDelete
  8. Rakyat Malaysia hanya akan Bayar cukai setiap hari dia hidup dalam pentabiran UMNO-BN-PBS melalui Barang Naik.

    Hanya Orang Bodoh dan tak erti Barang Naik adalah sejenis cukai kalau pendapatan harian tak Boleh bayar Kos Barang Naik - BN.

    Tak kira bangsa, agama, budaya, ....Barang Naik adalah Sumpah/Curse UMNO-BN kepada rakyat Malaysia.

    Hanya satu hari Untuk Hapuskan Sumpahan UMNO-BN ini. Pada 5 Mei....jangan lupa setitik dakwa hitam kat kawasan Dacing, dengan sekeras SUARA Kata Nak Kertas UNDI BARU!!

    ReplyDelete

  9. Ini Kali lah!!! Ubah!!!

    Rakyat Malaysia mesti bersatu jatuhkan KIRAM (Kumpulan Import Rakyat Asing Masuk Mengundi).

    ReplyDelete
  10. Datok,

    Selamat berjuang semoga berjaya.

    Masa brim satu saya dah tak kerja,kena vss, isteri kerja gaji kurang RM3000.00, tak berjaya.
    Brim 2 saya masih tak kerja, kali ni isi dalam talian, jawapan gagal, ditulis , rujukan JPJ ada kereta di luar kemampuan. Isteri pakai City, loan 9 tahun, saya ada proton , loan 9 tahun juga, sekarang saya bayar pakai duit menabung,epf akaun dua/tabung haji, dok cari pembeli nak jual.

    Dok cari kerja dah 2 tahun tak dapat umur dah separuh abad, mungkin kena kerja pengawal keselamatan lepas ini, nak balik kampung tak ada tanah.

    pengangur tua

    ReplyDelete
  11. Asslamualaikum.. Salam perjuangan Dato'.Malaysia desperately needs more good men like you.We the people need more tru patriots like you.God bless and best of luck.

    ReplyDelete
  12. 1 of 2

    A LESSON TO BE LEARNED: THE LITTLE RED DOT

    The latest Wall Street Journal, reports that Singapore is the wealthiest nation in the world by GDP per capita, beating out Norway, the U.S., Hong Kong and Switzerland, This report is especially painful for Malaysia because we know Singapore started off as an island of fishing villages with no natural resources. It survived and prospered as an entrepot (a trading post where merchandise can be imported and exported without paying import duties), and imported raw materials for its needs, industries and exported processed products to the world. It is still buying nearly everything from other countries, mainly Malaysia, including sand, water, oil, vegetable, fruits, etc.

    A Reuter quarterly poll in July estimated Malaysia’s GDP growth this year at 4.2 per cent. On the other hand, the Wall Street Journal reports was replete with superlatives about Singapore economic performance, among which are as follows:

    “Singapore’s GDP per capita – at US$56,532 in 2010, measured by purchasing power parity – is the highest in the world, topping Norway (US$51, 226), the US (US$45, 511) and Hong Kong (US$45, 301). The report also predicts that Singapore will hold its place as the world’s most affluent country in 2050. Singapore will see a 67% increase in centimillionaires over the next four years – [centimillionaires are those] with over US$100 million in disposable wealth. Singapore has the highest percentage of millionaire households in the world, a title the city-state has held on to for two years running”.

    Some of the factors contributing to Singapore’s forecast performance are its ‘human capital’- talented, skilled and educated labors force (which is likely to lead to better long-term prospects for a country’s economic growth), the dynamic business environment (with legislation to match), openness to trade, capital mobility and foreign direct investment.

    Spore universities ranking also are amongst the top World 20. Now, Hong Kong, Taiwan and Korea are emulating the same Singapore strategy on Human Capital where the brightest and the brilliant are attracted from all over the world. Surely, something must be really right, as these countries do not have Natural Resources.

    ReplyDelete
  13. 2 of 2

    But in our beloved Malaysia, everything is the opposite. Our government legalized nearly2 million foreign unskilled laborers who are non-taxpayer ‘Citizens’ consuming all the benefits funded by us taxpayers; our universities rankings have slipped further from the World Top 100 to unbelievably low levels so much that we have difficulty in competing internationally. Even our brightest and brilliant, choose to migrate to Singapore, Taiwan and overseas. This is very ironic because we have immense natural resources, which were extracted for half a century, but our country seems to be always in debt and short of funds. The vast revenues obtained from tin, rubber, timber and petroleum had not done much to secure our economic stature.

    It is unbelievable that even Petronas, the supposedly super-rich Malaysian corporation, is in danger of going bust. Surely something must be really wrong. A site, tranungkite.net wrote: “Petronas has squandered its tremendous reserves for a number of projects it had no business to be involved in. It owns Putrajaya, the administrative capital that is draining the public purse. It owns Proton, the F-1 motor racing circuit in Sepang, and a slew of companies and products that is far removed from its main product: petroleum. The US$1 billion sponsorship cost for the F-1 championship in Sepang and the Sauber Petronas F-1 racing team appears to matter more than the future of its 70 IT specialists. It also owns the Petronas twin towers, forced on it by the government so the Kuala Lumput City Centre (KLCC) would show the world how developed a country Malaysia is. Its considerable funds too are used to cover government shortfalls and other financial needs. The Petronas management is seeing red ink dominating its balance sheets after its unrestrained financial profligacy.”

    In Singapore, the civil servants have very strict instructions to use all available government means to facilitate the license and permit applications by business people, and to assist them in all technical matters that arise. Most of their civil servants adhered to the stern law of accepting any kind of gift or accepting dinner invitations from businessmen thus has an excellent international reputation of a very minimal bribery business deal and a highly conducive commerce environment. On the contrary, Malaysian civil servants expect bribes in the form of money or other inducements, and there is an entrenched culture of ‘under the table’, and even ‘over the table’, dealings to lubricate businesses with the government.

    The latest glowing report on Singapore should serve as a warning May Day signal to Malaysia to revamp its system so that its public service is more transparent, honest, bribe-free, absolutely professional, and pro-growth with integrity in its approaches when dealing with investors and technocrats, in order not to be left behind economically.

    ###

    ReplyDelete
  14. Anon 09.33,
    Bukan hanya kediaman PM & TPM tapi semua bangunan kerajaan di Putrajaya pun nak bayar sewa.
    Ada rumours jugak yg kata, Petronas Twin Tower di bina atas tanah sewa. Tanah tu kepunyaan Ananda Krishna ( kroni siapa semua orang tahu lah )

    ReplyDelete

  15. Salam
    Saya rasa terpanggil untuk memberikan pendapat saya tentang isi hujah yang diutarakan oleh Sdr mengenai cara BN memanipulasikan situasi dan membalun segala nikmat kurniaan Allah SWT di bumi Malaysia ini. Pembalunan yang berlaku secara halus dan sedikit demi sedikit bak kata pepatah lama-lama jadi bukit sehingga menjadi darah daging budaya BN sebenarnya hanya dibiak dan disuburkan semenjak perlantikan ‘Che Guervara’ tempatan kita yang palsu iatu Che Det, seorang penulis buku otobriografi, politikus, negarawan, penulis surat layang, penjual roti, peniaga pekan rabu, sejarahwan, penaung pelbagai persatuan KKK dan ahli anti hadis. Kalau diperjelaskan dalam iklan kurangkan berat badan (weight loss programme advertisements) kita akan diketengahkan dengan iklan sebelum era Che Det dan semasa era Che Det. Sebelum era Che Det hanya satu kes pembalunan yang berprofil tinggi sejauh pengetahuan umum iatu kes Datuk Harun dan semasa era Che Det pula, isu BMF, Maminco, Perwaja, perampasan tanah, pemberian konsesi tanpa pembidaan yang telus, penebusan hutang Konsortium Perkapalan MISC etc telah berpalit dan beterusan sehingga menjadi duri dalam daging hari ini.
    Saya rasa semua yang akan saya nukilkan sebaik-baiknya disampaikan didalam Bahasa Inggeris untuk memberikan impaknya yang lebih berkesan. Dengan izin.
    Che Det is no Che Guevera as much as BN is no left wing or right wing grand old party. It is colorless and ideologically empty in its head. Its mantra is ‘power to grind more $’.
    BN should be admitting itself into a funny farm or an insane asylum with the announcement of its choice of candidate selection. New brooms sweeps clean but the old one knows where the dirt is. Yes there are many new young candidates but the SOS (same ol’ shit) is still within their mindset. BN has the same statistical evil genius of that of Hannibal Lecter that the BN employs all the underhand tactics to justify its existense. BN now froths like a mongrel in heat but getting none coz we all know BN is going to get screwed!
    Because of the fact the economic and political agenda of the BN is clearly antithetical to the interests of the vast majority of Malaysians, particularly the wage earners, the regular smalltime traders, the struggling poor, the juggling middle and lower middle class and even the consummate high society, it has no other means of wooing these sections of society than by stoking anti-Muslim and anti Malay hatred. Case in point is the selection of candidates with bigotry backgrounds. Really! Replacing corrupt incumbents with candidates with enduring racist views is sagacity on the voter's part or plain desperation at the lack of choice? The increase in competitive intolerance is the consequence of everybody mastering that divisive game. BN of all party should know that – No. 1, the voter is all wise.

    Salam
    Bindi 1/2

    ReplyDelete
  16. Salam
    Those with a macabre sense of humour in these difficult days of skyrocketing prices and collapsing governance presided over by a PM who can think of nothing else than ‘formalising’ that ‘paying yourself through debt’ is the best solution for the nation, would only suggest that the BN has really been ‘dead’ for more than, perhaps, 3-4 years now? Come nomination and polling day, it’s the nail in the coffin for BN? Perhaps. The corpse of crass opportunism formally died on Tuesday when PM announced the nomination list. Nobody is grieving over this well-deserved death. The so called partners (Gerakan MIC MCA etc) among equals in the coalition – sounds like the Bush army coalition – is nothing more than stagnated water in the longkang. Chui Soi Lek is no Wong Fei Hoong, the Chinese doctor martial artist, Palanivel is no MGR of Makkal Thilagam fame, Koh Tsu Koon is definitely no Fong Sai Yoke. They are all fakes amongst frauds in BN.
    Without antagonists, there would be no protagonists. Without sinister Hannibal Lecter evil doers, there would be no Indiana Jones heroes. Without dark there is no light… you get the idea. So without these dirty dozens and broadband we will never see ‘light’. Ignorance may be bliss for some but it is not good for the progress of a country.
    The head of the BN is clueless only in the matters that mattered. He was certainly not creative or original enough to coin any sort of symbolism on his own (1 Malaysia? Come on). However, he compensated these defects with sheer craftiness (remember Perak?). This vile quality helped him create a vast ecosystem (once was his favourite keyword) centered around himself and the wife. He kept weak and subservient men around him and had no qualms abusing the alternate power center both within the party and government.
    Dissent is the lifeblood of a democracy, when you stifle dissent, it gives rise to the extremist movements, time the government realizes it. Simple thought, but creates such paranoia that only 10minutes is the maximum time for airtime coverage!
    It is a politics of fear and the only one to gain from it is the person exploiting the system. This is so profitable, that it is an active strategy with many scamsters, government or media entities who goes unhindered for the pure result of fear and profit. This is after all the open season. Time to hunt and kill.
    Yet, how many of those fears are true?
    The government in power has been systematically exploiting people and has expressed no shame or regret no matter how much dirt gets dug up and no one has been able to so much as say “sorry”. Imagine the destruction they will wreck if they truly fight with their endless resources for their own survival?
    Lets make the fears go away. Che Det and the likes are barely literate ex-statesman with dictatorial habits in his past. BN is this fake person who has local Taipans donating him hideously extravagant gifts. There has been dirt dug up on everyone within the current BN core team that even the FLOM – someone who is the pride of our country was not spared. But we are all told to be silenced as these are all rumor mongers out to create havoc.

    The end result is simple. Paralysis. And the view from the top is that anyone rocking the boat are doing something extremely dangerous that you wouldn’t dream of doing. You don’t approve, you don’t support, and you damn well hope they don’t succeed. Well, duh, that is the paralysis.
    This is going to be a long drawn elections. We can’t afford to be scared and fractured. Whatever our differences, we need to remain on track that we are calling for accountability and we agree on that. Rome wasn’t built in a day, and Malaysia won’t be either. We are a living culture. We will keep evolving for the good.
    Mari kita hentikan pembalunan ini!

    Salam
    Bindi 2/2

    ReplyDelete
  17. Dato, As salam.

    Wow Najib said " Market will fall if he loses Poll".

    He is very important to Malaysia !
    my foot!!!

    ReplyDelete
  18. Sak,
    Just waiting for Najib Tun Razak to reverse decision in Shah Alam BN candidate. Indians all over the peninsular are furious and cannot belive the PM being so insensitive.

    Rais Yatim might have to call for another emergency 'Indian event' in Brikfields for damage control.

    Wrong turn...again. Ooops, another major slap in the face.

    Flip-flop time for a weak Prime Minister.

    BTW, how come the Indians did not say anything after Samy Velu's cabinet seat was taken away....Why so quiet.
    Did UMNO usurp the seat?

    Oh oh...trouble for PM.

    ReplyDelete
  19. I feel sad, Sakmongkol. Sad since I see Uncle Naj looking sad since the dissolution of Parliament.
    Hardly see him smiling these days. Unlike his normal cheery self.
    Why should he look downcast when he put up a winning team. A dream team.
    Dearie Premier, please put on that smile again. You are on your way to create history of giving back 2/3 majority to BN.
    Chin UP. Smile. Lights. Camera. Action.

    ReplyDelete
  20. Anon 17 April 2013 21:50

    Indians are quiet but they are aware of what's happenning. Let's see what happens after 5-5-13....

    ReplyDelete
  21. Dear Datuk Sak

    What have the non-elite Malay citizens of Malaysia gained under this kleptocratic regime?

    Let’s see:

    1. Easier to get into higher education and easier to get a tertiary degree (but often, a sub-standard degree). But graduating with poor English skills and being highly disadvantaged in the private sector job market as a result.
    2. On paper, cheaper houses because of the bumiputra discount. In reality, beyond their reach because of astonishingly high house prices
    3. Deteriorating “sekolah kebangsaan” public schools because of growth of private sector schools (which also suck out the better teachers)
    4. Mismanaged economy with accelerating inflation (suffer similar fate like other Malaysian citizens). Making everyday life harder and harder
    5. Constant brainwashing by the MSM, promoting fear and suspicion of other Malaysians (instead of promoting trust, unity and “social capital”)
    6. Being exposed to hazardous waste and having their opinions ignored
    e.g. the people of Gebeng next to the rare earth plant are mostly
    Malays. Kuantan area is also majority Malay.
    7. One of the worst legacies of UMNO Baru-BN rule: Being exposed to low wage competition, from foreigners given Project IC instant Malaysian status and who are willing to work for lower wages, and to the resulting downward pressure on wages of working class Malay-Malaysian citizens
    8. Living in Malay majority states like Kelantan which have had their oil royalty cut off because the Kelantanese stubbornly continue to vote for the “wrong” political party

    Phua Kai Lit

    ReplyDelete
  22. dato,

    dap is running into a constitutional crisis now due to the booboo in the last party election.

    ros has just dropped the bom yesterday. you guys better have a fallback plan or a lot of voters will be very disappointed with u.

    dap might end up handing back the 2/3 majority to bn.

    kuda

    ReplyDelete
  23. Nowah, the chosen one has spoken. People of Raub, pls give full support to this fella. He has the right set of mind to become one of our leaders. Selamat maju jaya.

    ReplyDelete
  24. Orang Miskin Mersing18 April 2013 at 11:16

    QD,

    Jangan la bersedih..
    PM OK, Kak Mah awak pun OK..
    Saham pun belum jatuh..
    Calon-calon BN pun OK..
    1Malaysia OK..
    Muka PM kelat mungkin tak lawas buang air 2 - 3 hari ni..
    Itu ajer masalahnyer kot..
    So why worry my friend?
    You yourself should cheer up..
    BN gonna win big right?

    ReplyDelete
  25. Najib kata, "i help u, u help me", menunjukkan peribadi Najib sebagai seorang yang memberi pertolongan bersyarat dimana kalau "u don't hep me, i don't help u". Ini nyata Najib seorang kaki balun ori bukan seorang demokrat tulen kerana dia tak peduli nak tolong rakyat kalau rakyat tak tolong dia. Sekarang kita dengar Najib kata "if you luv me, help me" dimana siapa2 yang kata "i luv PM" diminta menolong dia sebagai bukti luv kepada dia tanpa dia perlu beri apa2 pertolongan. Ini nyata Najib seorang casanova sejati yang akan pulun kesempatan siapa2 yang terpedaya pada mainan cinta dia. Patutlah orang macam QD lembik lutut dengan senyuman Najib casanova ni. Apa nak heran QD, kalau setakat beri balik 2/3 majoriti BN itu bukan suatu history, selama ini pun mana ada PM Malaysia yang tak bagi 2/3 majoriti, semua bagi termasuklah Pak Lah. Yang nak jadi history ialah berlakunya apa yang akan terjadi bila Najib tak dapat bagi 2/3 majoriti. Itulah yang dinanti2 oleh semua rakyat nak sangat tengok history yang paling historic di Malaysia. Oh my historical Malaysia!

    ReplyDelete
  26. Kos penyenggelaraan boleh sahaja ditampung oleh hasil dari iklan disepanjang PLUS dan hasil sewaan kemudahan PLUS. Jadi apa perlu sambung kutipan tol?


    Wholesale Jewelry

    ReplyDelete
  27. ABCD Balun Bidai18 April 2013 at 18:29

    Aslmkum Angah Nyak (Uncle). Tahniah, moga Angah Nyak menang di Raub, cuma sedikit yg dpt ku sumbangkan ke akaun Angah Nyak dan Cikgu Bard sebagai pengasah lembing di PRU13.

    Balun Bidai tetap balun. Umno balon hak kita, mari kita balon pula hak (undi) umno dlm PRU13.
    Dah 12 PRU pengundi bagi Umno memerintah. 56 tahun di harapkan pegang amanah. Dia buat apa?
    Balon..? Memberakah (buhong)..!! Semai budaya samseng..!! Basurah Ganal (cakap besar)..!! Ngungkit..!!-Macam bukan tanggung jawab pemerintah pulak utk membangun negara!!

    Akhirnya dihutangkannya pengundi/negara 504b. Kalu sorang 17k aku tak mampu bayar, bini aku 17k anak2 aku lagi?? Najib anak beranak dan konco2nya senapas aje buleh bayar, macam buang tisu paper ke kandang lembu. Cakap hebat, jaga melayu!! Jaga Amanah!! Kahkahkah.

    51 th Umno + Dr Gigi Khir bin Hj Toyo perintah cuma tinggalkan 600 juta utk rakyat Selangor.
    5 tahun TS Khalid Si Gagap yang pakai baju batik harga Rm 50 diamanah pegang Selangor, buleh simpankan 2.6b utk kerajaan yang menang selepas PRU13. Sapa cekap sapa amanah??

    Yang tentunya, pengundi2 yang undi Umno sama naik dengan pemimpin mereka. Asai ada peluang, balon. Asal ada lobang, korek sampai 7 lapis bumi. Cumanya, pemimpin balon 250j, penyokong umno dapat RM500. Itupun megah bukan main.
    Ini Kali Lah

    -ABCD-Asalkan Bukan Calon Dacing.

    ReplyDelete
  28. Zulkifli Noordin hina agama Hindu & Cina.


    http://www.youtube.com/watch?v=aMGeLlNsXOA

    ReplyDelete
  29. Dato,as soon as this guy Warthamoorthy announced his coming back to Malaysia,I already said that this man cannot be trusted.As a deal has been made in London by him and Jibby's guys.And that he has sold his soul to Umno.Now he has confirmed my suspisions of him,after putting on a show of hunger strike.

    Now PR/PKR is trying to sideline the PSM.PSM has good ties with the working class and estate Indians.To push them into a corner will have more Indians running to Umno/BN.Plus that Warthar guy getting his Hindraf supporters whether they may be hundreds or thousands to side with the regime,there might be no Indians left to vote for PR candidates.

    Those Umno clones in PKR deserved to be bufallo cloned this GE as they never learn.They screwed up in Sabah and now they want to contest every seat they can grab,not knowing their limitations.And all they can come up with are frogs.It serves them right if Umno/BN wins the GE because the Indians desert the PR.

    ReplyDelete
  30. Datuk Sak


    My comment on the ROS and its devious “pressure” on DAP:

    “The Rocket will reach the Moon. Meanwhile, back on earth , the UMNO Baru-BN cows (cowards?) in the condo will suffer from black and blue Eyes!”

    You can still win in Raub if your logo is changed to the Moon (or the Eye), Datuk !

    Remember that for most people, all
    politics is local i.e. must emphasise the local issues affecting the Raub people (such as
    UMNO Baru-BN's gross neglect of the
    effects of the Bukit Koman gold mine on the health and welfare of residents)

    Phua Kai Lit

    ReplyDelete

  31. Old soldiers never die .... and they don't just fade away either !

    http://www.youtube.com/watch?v=stDedf8mbrU

    Phua Kai Lit

    ReplyDelete

  32. Air Asia pulak !


    http://www.youtube.com/watch?v=stDedf8mbrU

    Phua Kai Lit

    ReplyDelete
  33. would like to bring your attention to this.

    http://asiancorrespondent.com/105651/ge13-malaysia-ec-warns-singapore-over-foreign-registered-vehicles/

    ReplyDelete
  34. Salam, sleep well and heaps of good luck.. make us damn proud to see you OTW to Parliament! If you go it with the moon 2moro, BUMNO's fate is sealed!
    Bismillah baik2 and dihimpunkan doa berjaya dengan cemerlang!
    MAY ALLAH Rewards Pakatan Rakyat's hard work, sincereity, and integrity with Victory and create History! Ameen.
    From Ngah and family we are 4 U!

    ReplyDelete
  35. Good luck Sak. Moon or Rocket doesn't make a difference to me. The agenda for change remains unchanged. Go forth and tell the aunties and uncles .... ini kalilah.

    ReplyDelete
  36. FROM PAGAR PEEPS ...

    GUA MUSANG - Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah akan terus berjuang dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) bagi memastikan janjinya untuk membela rakyat tercapai.

    Beliau menolak spekulasi yang menuduh beliau akan menyertai pembangkang khususnya Pas menjelang pilihan raya umum Ke-13, pada 5 Mei depan.

    "Saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak pernah menyimpan hasrat untuk menyertai parti pembangkang khususnya Pas dan akan tetap bersama Umno dan BN sepanjang masa kerana parti itu sudah sebati dalam hidup saya.

    "Perjuangan saya dalam parti ini bukan baru, malah sejak saya muda lagi sampai ke tua hari ini masih tetap bersama Umno," katanya ketika berucap pada Majlis Mesra Pemimpin Bersama Rakyat di Taman Wangi di sini hari ini.

    Hadir sama Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), Mohd Arshad Ismail dan penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (Adun) Galas, Ab Aziz Yusof.

    Tengku Razaleigh yang diumumkan calon BN mempertahankan kerusi Parlimen Gua Musang berkata, niatnya berjuang dalam Umno dan BN adalah ikhlas untuk membela nasib hidup rakyat tanpa mengejar jawatan.

    "Saya menerima untuk dicalonkan semula bertanding kerusi BN Parlimen Gua Musang kerana saya masih mampu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat serta keadaan diri saya masih sihat," katanya.

    Katanya rakyat di kawasan itu juga masih memberi sokongan kuat kepadanya untuk terus memenangi kerusi Parlimen Gua Musang pada pilihan raya umum ini dan berjanji akan memberi khidmat lebih terbaik bagi kemajuan rakyat.

    "Terserahlah kepada penduduk sendiri untuk membuat penilaian mengenai segala khidmat yang dicurahkan selama ini dan mungkin selepas ini akan banyak lagi perubahan akan dilakukan untuk mencapai hasrat menjadikan Gua Musang bandar maju," katanya.

    Pada pilihan raya umum 2008, Tengku Razaleigh menang dengan majoriti 4,394 undi mengalahkan calon Pas Zulkefli Mohamed

    ReplyDelete
  37. QD thank you for behaving yourself. This is the way it should be - no need for the primeval hatred for someone who probably didn't even know you exist though you have made it appear you belong to the same branch of a famous pedigree. The fact remains, the grand total of members from that illustrious family remain just ONE, the late Tun, all the rest remain pretenders, and pathetic, if not even criminal ones at that.

    ReplyDelete
  38. Salam,saya berkesempatan dtg kat ceramah dato kat tman melati parlimen wagsamaju tempoh hari sya cukup kagum dgn dato kerana spanjag ceramah tak silap sy dato membaca potongan ayat al quran lbh dr 12 ayat dgn terjemahaan skli berbeza dgn umno bn ceramahnya dgn maki hamun ckup menyampah skli. Sy,mmg ckup kagum skli teruskan perjuangan dato..tkasih

    ReplyDelete