Sunday, 25 November 2012

Mari kita ajarkan UMNO erti Perpaduan.



Najib tak faham konsep perpaduan Melayu.

Macam mana nak faham? Kunci perpaduan dan permuafakatan yang Najib tahu ialah lu tolong gua tolong lu. Maknanya rakyat dibantu jika menyokong Najib. Ini bukan keikhlas. Kita ada pemimpin negara yang tidak ikhlas. Prinsip yang betul ialah kalau kita nak tolong rakyat, kita tolong atas nama memberi bantuan secara jujur- bukan membangkit bangkit atau menuntut pembalasan. 

Najib dan UMNO tak faham faham. Kalau betul2 hendak mengunggulkan orang Melayu- maka perintahkan semua ahli UMNO sokong calun Melayu tidak kira dari parti mana. Jika calun Melayu dari PAS lebih baik dari calun Melayu UMNO, maka pilih calun PAS. Bukankah dia Melayu? Jika calun Melayu DAP lawan calun Cina MCA, sokong calun Melayu. Akhirnya yang menang orang Melayu kan?

Jangan kita sokong Melayu secara babi buta. Kalau Melayu itu rasuah, tidak berkelayakan, apa asas untuk kita sokong dia? Kerana dia Melayu maka kita memaafkan segala kekurangan dan kejahatan? Kalau Melayu itu menyapu RM 250 juta, kita maafkan kerana dia Melayu? Kalau dia sapu komisyen RM 500 juta dan agihkan agihkan pula sesama Melayu lain- maka itu tidak mengapa sebab yang senang orang Melayu? Begitu? Jika begitu, jika orang masuk rumah kita, tidur dengan isteri kita, atau meniduri anak perempuan kita- kita kata tak apa- sebab dia Melayu?  Atau yang lebih dasyat- tak apa sebab dia Melayu dan UMNO!

Yang jadi masaalah pokok ialah, yang merah itu saga, yang Melayu itu UMNO. Bila UMNO dan pemimpin nya angkuh dan sombong, maka timbullah sangkaan bahawa Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu. 

Cuba kita bayangkan keadaan begini. Katalah semua penduduk dalam negara ini Melayu. Ketika itu puak UMNO tidak boleh melaga lagakan Melayu dengan bukan Melayu. Ketika itu, segala kemungkaran dan angkara durjana yang berlaku tentulah dilakukan oleh orang Melayu sendiri. Adakah kita ingat ketika itu, orang Melayu akan duduk berdiam diri dan memekakkan teliga, membutakan mata dan membisu seribu bahasa menerima kezaliman yang dilakukan? 

Kecuali bangsa Melayu itu sedemikian insensitive, tentunya orang Melayu tetap akan bangkit menentang kezaliman yang dilakukan oleh puak feudal dan puak neo-feudal. Ertinya, jika berlaku pertentangan dalam negara kita, punca penentangan tersebut ialah pertembungan kepentingan puak penindas dan puak yang ditindas. Bukan pertembungan kaum.

Demikian juga keadaan nya hari ini. jika ada pertembungan, maka pertembungan nya berlaku disebabkan rakyat bangkit menentang golongan jahat. Hari ini, rakyat melihat yang jahat ialah UMNO. UMNO lebih suka berkawan dengan orang jahat. Sebab itu puak UMNO menerima nasihat lebih baik berkawan dengan syaitan daripada malaikat. 
Maka bila orang enggan bersatu dibawah UMNO, mereka bukan nya tidak suka akan perpaduan- mereka hanya menolak kejahatan dan kemungkaran.  

Hari ini UMNO itu lambang persuah, pemimpin yang bodoh dan tidak cekap dan wadah suatu kumpulan Melayu melakukan kemungkaran. Itu sebab nya kita menolak UMNO. 

Bila UMNO melambangkan segala macam yang jahat- maka majority orang Melayu menolak nya. Dan ianya sudah terbukti dalam tahun 2008. Ketika itu, UMNO yang ahli nya berjumlah 3.2 juta, hanya mendapat 2 juta undi orang Melayu. Apa erti nya kalau orang UMNO reti bahasa? Itu ertinya, majority orang Melayu tolak UMNO. Maka kalau UMNO mahukan perpaduan, ahli UMNO serapkan diri mereka dalam  kehendak majority. Kalau tak tahu, biar saya sebutkan disini. Yang majority tidak mahukan UMNO. 

Apa yang boleh Najib kata selain daripada menyebut bahawa perpaduan Melayu adalah segala gala nya? UMNO Najib  bukan UMNO yang membela orang Melayu dan yang di pimpin oleh orang Melayu yang mengutamakan kepentingan rakyat dan negara. Kita sudah pun memberi peluang kepada UMNO memimpin negara ini selama 55 tahun dan apa yang kita dapat ialah majority orang Melayu masih mengemis dalam negara kita. Siapa yang menjadikan mereka demikian? UMNO lah sebab UMNO yang memerintah. Keadaan orang Melayu mulai jatuh setelah Mahathir ambil alih UMNO. 

Apalah yang hendak dipertikai siapa jadi PM? Najib jadi PM boleh maka sesiapa sahaja boleh jadi PM. Hadi atau Karpal Singh boleh jadi PM kalau rakyat mahukan demikian.  apa yang Mahathir boleh buat?

22 tahun kita diPMkan oleh mamak tongkang, mengapa orang lain tak boleh jadi PM? Isyarat dari muktamar PAS atau maksud Mahathir ialah seperti yang saya selalu sebut- jika orang macam Najib boleh jadi PM, maka sesiapa sahaja jika disokong oleh rakyat boleh jadi PM. Ibrahim Ali pun boleh jadi PM. Zul Nordin pun. Hasan Ali pun. Sesiapa sahaja.

8.5 juta orang Melayu hidup dengan pendapatan RM1500 kebawah. Itu 70% daripada 40% penduduk Malaysia yang berpendapatan RM1500 sebulan. Peduli apa dengan unjuran USD15000 per kapita jika rakyat nak makan susah? Jika USD15000 itu adalah angka yang dipuratakan dari pendapatan perompak dan lanun2 UMNO? 

30 tahun dahulu gaji saya RM3000, sekarang gaji yang keluar university tidak sampai tahap demikian. 30 tahun kemudian gaji masih tidak bergerak sedangkan kos kehidupan semakin hari semakin meroket. Apa yang UMNO telah buat? Sebuah rumah yang berharga RM250,000 di kawasan bandar baru Sungai besi mampukah dimiliki oleh orang Melayu? 
Jadi tidak perlulah Najib bercakap mengenai perpaduan orang Melayu- orang Melayu mahu bersatu dibawah kerajaan yang baik yang di pimpin oleh ketua yang baik. Bukan syaitan yang kita kenali.

Itu nasihat datang dari orang yang kacau fikiran. Menyuruh anak bangsa berbaik dengan orang jahat!. 

Perpaduan Melayu bukan ancaman kepada orang lain. Yang Najib dan pemimpin UMNO enggan faham ialah orang Melayu tidak mahu perpaduan dibawah pimpinan UMNO.

Sehingga hari ini, Najib dan pemimpin UMNO tidak faham2 rahsia dan kunci orang bermuafakat dan berkerjasama. Perpaduan yang UMNO cadang adalah perpaduan yang berasas kepada ketidak jujuran. Kamu tolong saya, saya tolong kamu. Lu tolong gua, gua tolong lu. Beri saya kamu punya nambikei. 

Perpaduan Najib ialah perpaduan berjual beli dan berasas kepada quid pro quo. Kamu beri saya sesuatu dahulu baru saya balas dan beri kamu.

Bukankah ini menunjukkan UMNO dan Najib tidak jujur? Beri kami kamu punya kesetiaan dan jiwa raga barulah kami bantu kamu. Orang yang diberi amanah dan tanggung jawab, dia tidak bertanya berikan kami sesuatu baharulah kamu dapat apa yang kamu mahu.

Asas perpaduan yang Najib dan UMNO faham adalah salah. Ini hubungan raja dengan hamba, tuan dengan hamba, penindas dengan yang ditindas. Ia mencadangkan kedudukan yang tidak sama. Pemberi( najib dan UMNO) adalah semua nya, punca rezeki, punca hidup, penentu hidup dan mati, jawapan kepada masaalah orang Melayu. Ia juga menunjukkan UMNO itu pelindung dan orang Melayu adalah yang dilindung tidak terdaya dan sebagai kanak2. Semua nilai ini bertentangan dengan piagam manusia yang merdeka dan orang Islam.

Yang lebih penting Najib dan UMNO tidak akan faham bahawa prinsip dan kunci serta rahsia yang membolehkan  kumpulan berbeza boleh berkerja sama ialah menyepakati melakukan kebaikan dan meningkatkan takut kepada Tuhan apabila melakukan kesalahan.
UMNO menganjur melakukan kejahatan dan kerosakan. Rekod pemimpin nya penuh dengan rasuah, ketidak cekapan( incompetence), salah guna keududukan bersekongkol dengan lanun dan perompak menyedut kekayaan negara. 

Setelah 55 tahun kita diperintah UMNO, takkanlah fungsi dan peranan orang Melayu berhimpun dalam dewan, dalam stadium, di tengah padang dan bernyanyi, mendengar music k pop dan menunjukkan suatu jari keatas. Hendak cucuk siapa atau apa? 

Mustahil peranan dan fungsi rakyat ialah mendewa dewakan dan memuja Najib. 

Terutama orang yang beragama Islam. Setiap kali sembahyang berikrar bahawa solat ku, ibadat ku, hidup dan matiku adalah untuk Allah, keluar pintu, semu ikrar itu dihalakan  kepada Najib dan UMNO?
dan ini pemimpin yang bercakap, pentadbiran nya menjalankan maqasid shar'iyah? 

13 comments:

  1. macam mana nak ajar amnno re perpaduan dalam hal PENCURIAN,, ammno sudah best lah -- semua CURI dari lembu ke ---- $$$$$$$

    ReplyDelete
  2. Dato Sak dan pembaca budiman, Intipati budaya Melayu ialah "orang berbudi kita berbahasa" - tetapi perlulah dilihat kerana apa budinya itu - "kerana budi, badan binasa" - sebab tidak semua budi itu ikhlas untuk membantu - "telunjuk lurus kelinking berkait" - maknanya ada maksud lain yang tersirat.

    Dimanis gula semut binasa
    Kail berduri bersalut umpan
    Dimanis kata insan binasa
    Kerana budi hamba terkorban

    Jadi, janganlah anggap diamnya Melayu itu kerana tolol, walau disita harta dan tanah. Kelak mengamuk Melayu itu - istana raja menjadi kucar!

    ReplyDelete
  3. Keturunan saya semuanya melayu dari moyang, datuk sampai anak2 saya semua melayu.

    Tapi untuk umno hanya satu ungkapan terbaik iaitu... PEGI MAMPOS

    Saya tidak memandang umno kerana melayunya. Saya memandang umno sebagai persatuan para PENYAMUN. Tak kiralah samada mereka melayu atau sakai.

    ReplyDelete
  4. " Rahsia yang membolehkan kumpulan berbeza boleh berkerja sama ialah menyepakati melakukan kebaikan dan meningkatkan takut kepada Tuhan apabila melakukan kesalahan."

    Sememangnya itu yang seharusnya dijadikan amalan hidup seharian untuk diri serta sekeluarga di rumah, di pejabat serta dalam komuniti berbeza.

    Secara jujur saya dah lama keliru kenapa mereka bukan main pandai lagi kalau cakap pasal agama, mengugut secara mafia, tapi buat yang bukan- bukan secara terang - terangan dan sembunyi ? Menjatuhkan maruah serta mencemarkan agama saja. Anak - anak muda dari sek rendah di bandar2 dah pandai mencarut, memaki hamun, merokok, melawan orang tua... berpeleseran, buat yang bukan - bukan di khalayak ramai dah menjadi kebiasaan mereka. Kenapa pulak ? Kenapa sukar pulak menjadi baik. Mungkinkah dengan sendirinya akan menjadi Melayu terakhir sebab ditelan dosa, keangkuhan, kemewahan hidup yang melangit, pencurian berdekad - dekad ? Diharap jangan, dengan berbalik kepada realiti " tough " amalan hidup :

    " Rahsia yang membolehkan kumpulan berbeza boleh berkerja sama ialah menyepakati melakukan kebaikan dan meningkatkan takut kepada Tuhan apabila melakukan kesalahan."

    ReplyDelete
  5. askm tok
    tolong cerita terang2 org melayu blh hidup tanpa umno kat org sekinchan bila dtg cni...nanti
    x puas2 org sekinchan kena tipu dek toyol samapi habis semua gigi kena cabut d toyol itu yg blh buat rumah besar pasal upah cabut gigi mahal....
    slamt dtg ke sg besar jumpe lagi panjang umur

    ReplyDelete
  6. Bila la melayu nak sedar jadi alat penyamun umno. Negara kaya melayu miskin. Tukang kebas umno.

    ReplyDelete
  7. 55 tahun orang melayu bersatu bawah umno. Semenjak mamak kutty jadi pm, kroni diutamakan, pemimpin umno sibuk memperkayakan diri dan penyokong. Kita bolih lihat mahligai yg mereka bena dan kenderaan yg pandu. Semua itu diambil dari hak rakyat dgn jalan menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
    Di Selangor habis tanah dirembat pemimpin umno/bn - jembalang tanah yg pantang tengok tanah. Suku sakat setan yg dikenali. SAT1M - Sapu tanah 1 Malaysia.
    Orang melayu biasa makin ketinggalan, ditipu atau dibiarkan pemimpin umno. 70% yg pendapatan bawah RM1500 adalah orang melayu. Pemimpin umno dan anak beranak makin kaya. DEB digunakan untuk mengkayakan diri dan anak beranak.
    Melayu disuruh bersatu padu untuk menjaga kepentingan melayu. Pemimpin umno dapat saham juta2 dan tanah, jual kpd tauke bukan melayu meraih keuntungan.

    Haram jaddah! Cukuplah kali ini.

    ReplyDelete
  8. Sudah cakap beribu2 kali..Najib pun tak faham.
    Saya pun tak faham dia punia "People First"
    Tak satu kali Najib kulua jumpar thousands of walkers in protest for so many matters.
    Ini hari...tak kurang 20,000 people di Merdeka Square...keep calling Najib to meet them...dia pun tak berludi dan tengar.
    Sudah lah....chakap Najib..wasting time...wasting breath.
    Hari2 Najib nak bohong Malaysians..harapan..banyat2 bodoh2 perjaya dia.
    Curi Negara wang...kita wang for any reasons is a criminal act.
    Dia tua..kita tua.
    Dia harap bodoh Malaysians tak tau.
    Sumua muka2 terbal sama lumbu kulit.
    Numbor satu tak tau malu...yia lah Najib godfather...Mahathir.
    Satu dunia politicians tak horomat dia.
    Dia nak ambil wang beli false respect.
    Di Malaysia...tak rurang2 75% voters benchi Najib.
    Dia boleh bohong 15% Muslims dan 10% lian2 bangsa.
    Najib nak 3 millions hantu2 sokong dia...harap minang election.
    People Power jaga2 ini hantu besar..siang dan malam...tak kasi Najib chance buat wayang kulit..bohong magic..minang election.
    Dia hinting.. Decembor good moth for election.
    Berapa2 kaii kita dia cakap...bulun dan hai Undi besar...sumua tak laku.
    Najib takok kalar..ditak ada power ...kina lockup...for corrupsi dan Atlantuya...court cases.

    ReplyDelete
  9. Pandangan UMNO yang orang Melayu memandang rendah isu Rasuah itu salah kerana jika mereka memandang rendahnya, apa pasal PAS wujud dari asal lagi, di tekan tubi-tubi sekian lama, Semangat 46 mendapat sambutan seketita, dan sekarang PAS dengan PKR mendapat sambutan makin hari makin lebih.

    Sebenarnya, orang Melayu tidak mengutamakan rasuah dulu kerana mereka dulu pendidikan lebih rendah dan ada sistem kerajaan yang lebih munasabah. Sekarang Orang Melayu mana yang tidak boleh baca? Orang Melayu, yang paling bodoh, dapat di tipu berapa kali? Dan pemimpin Melayu yang telus sekarang lebih banyak..

    Jikapun boleh kata kesedaran belum cukup tinggi, itu bukan alasan untuk UMNO yang tidak berubah secara fundamental.Perubahan realiti hanya akan SELEPAS perubahan sistem. Kalau nak tunggu perubanan realiti baru sistem nak berubah, berkecoh-kecai lah..

    ReplyDelete
  10. Ini jam...itu Spin Doctor kuluar cakap banyat..harapan nya Malaysians bodoh sama dahulu...ayam bulum bertulor.
    Dia cakap dia punya politicians tak tolong Najib tamkap undi2.
    Najib saorang sabok..tiap2 hari campainging.
    Habtu besar kesian Najib. Dia nak tolong campaigning.
    Sumua Umno B Ministers tua...Mamak bukar mulut..lebeh undi2 lari.
    Dia cakap..dia punya..Umno B....gurantee minang Selangor..Kedah.. Perak...Penang.
    U tengah dia cakap...U boleh jadi gila....sebab itu Mamak sudak stingar tiang...sebab muka yang paling tebal ...tak perina malu..tak perina cakap dia salah besar...spinning and spinning to disunite Malaysians for 22 years and steal RM100 billion from ALL Malaysians....rich ..middle class...poor...ALL.
    Anak2 jantan dia..instant billionaire....very smart man.

    ReplyDelete
  11. Dato' SAK,
    Mari kita compare dgn Perdana Menteri Singapore Dan President Of Indoneia macam mereka compare sekiranya hendak manaikkan harga barang-barang.
    President Indon, mungkin tak kenal sangat atau kurang ada masa untuk melawat pemain Badminton dan bola sepaknya dipadang atau tempat latihan, mungkin sebab rakyatnya ramai berjumlah kurang lebih 247 Juta.Begitu juga Perdana Menteri Singapura yang rakyatnya tak ramai akan tetapi dia tak ada masa untuk melawat para pemain boal atau olahragawanya ditempat latihan inilah bezanya dengan Malaysia Rakyat diDahulukan, cuba kita tenong duit tu siapa yang keluarkan?.
    Tentang mamak kutty, dia suka privatise air dan power, siapa yang kaya? dan siapa yang dibebani? mana itu dasar ekonomi nak tulong MELAYU, AP pun melayu jual pada bangsa bukan melayu dan showroom dibuat oleh bukan melayu juga taukeh2 AP goyang telor saja tak percaya pergilah semak dishowroom mereka taukeh atau tuan punya AP hanya ada received bilik saja> MITI tutup mata pasal mungkin masuuuukkkk RM10,000 per AP.semua ahli Pekemal jual AP, saperti MOFAZ, EMASLINK,USAHA ENterPRISE, Zaman Motors, Lice Motor, Sri Changgung, Fadzil Aziz,Gapemal,Wana Motor, Zaidi Motor, Zaibar Motor,Maju Muhibah, TJN,IBM, NAZA Motor banyak lagi tak tertulis kesemua ini bukanya nak tulong org MELAYu tetapi hendak membuncitkan perut mereka saja. Ikut nak cerita 55 tahun pemerentahan BN hanya indah kabar saja, bila ditanya sikit-sikit kita dah buat ini dan itu mereka harus sedar yang wang itu adalah wang dari kita yang bayar INCOME TAX kalau tida ada rasuah dan boros mungkin bamyak lagi project yang boleh diabuat.

    ReplyDelete
  12. Dear Dato Sak,
    Under 55 years BN memerentah ada satu bekas ketua pemuda diKelantan mempunya beberapa biji kereta mewah walaupun project jambatan yang diaugerah kepadanya tidak siap sehingga sekarang.Tak percaya cuba semak no kenderaan tersebut.
    KDB1, KDB5,DAJ20,AY79,ACG3 saya difahamkan bekas ketua pemuda ini mempunyai kenderaan bermula dari KDB1-10 dan Ketua Pemuda Kelantan ada beberapa kenderaan mewah Range Rover Evouge,Velfire,X1, murano dan sebagainya ini adalah sebagai contoh sahaja diharap income selidik dari mana punca kewangannya yang naik begitu mendadak. Inilah dasar ekonomi kroni sekarang.

    ReplyDelete
  13. Ini hari saya mau pigi Pidoubleutici. mau shoping sebab nanti ada worang kasi duit sama saya...mau bili sampin ribu ribu, mau bili souviner kasi sama kawan di kerala.. itu kawan bilang ini malam mau angkat itu baiyah apa itu serupa sumpah macam..jadi saya pon mau join nanti bole dapat aisee biru bole bikin kedai 1malaysia di chowkit..nanti sudah dapat kerna kasi sokong sama bapa saudara ..sebab dia bilang mau pigi palestik..ayo silap palestin beli tanah buat itu rumah ..dia mau pindah tahun depan bikin bisnes petrol pump..ayo bos saya sudah 55 tahun bikin bisnes di malaysia ini jam baru bole aise..banyak seronok ini mcm bole kawin sama worang indonesia kasi settle down di kg.baru..nanti anak mau hantar masuk tadika permata. Bos ini macam kalu after election apa macam saya punya business kain di jalan tar jangan kacau ok..u help me i help u

    ReplyDelete