Saturday, 6 October 2012

Mandat untuk BN = Membalun dan Membaham Kekayaan Negara!




 
 beri saya 5 tahun mandat bawa kamu ke neraka!

 
Baru2 ini, PM Najib merayu supaya rakyat mengundi BN. kerana hanya BN sahaja yang boleh membawa reformasi yang betul. Hanya BN sahaja yang boleh buat itu dan ini.  dalam interview bersama Martin Soong, Najib berkata dia memerlukan mandate yang besar sebab , Malaysia memasuki pusingan terakhir mencapai wawasan 2020. Menjadi negara berindustri dan bependapatan tinggi USD 15,000 seorang. Ye lah- yang di interview ialah Najib; tentulah dia akan kata apa dia suka. 

Siapa yang akan menjadi vanguard atau sokoguru productivity ekonomi Malaysia? Tenaga kerja yang lulus SPM? Dan tenaga kerja yang tidak terlatih? Industry sunset? Tenaga buruh yang low level yang berjumlah 3 juta yang ada di Malaysia?  Ekonomi yang idamkan memerlukan tenaga kerja mahir, pelaburan yang bijak dan pengurusan negara yang cerkap. Najib dan UMNO fumble selama puluhan tahun. Jangan kita beri peluang lagi.
Wawasan 2020 dimulakan oleh Dr Mahathir yang menjadi PM mula tahun 1981 hingga 2003. Diganti dengan Pak Lah dan di ikuti oleh Dato Najib. Pak Lah tidor lebih. Kita ingat Najib bawa perubahan. Tapi pandangan umum, dia lagi lembik dari Pak Lah. 
BN sudah ada 31 tahun peluang untuk mencapai nya. Mana mungkin kita boleh percaya dalam masa 5 tahun Najib boleh mencapai apa yang gagal dilakukan selama 31 tahun? Sudahlah dan berhentilah hendak kelentong rakyat Malaysia. Najib meminta 5 tahun lagi supaya dia dan gerombolan kroni nya dapat membalun khazanah Malaysia. 
Jadi, Najib berkelana sana sini mohon di interview oleh pihak2 yang tidak tahu keadaan dalam Malaysia.. pandangan dari pihak ke3 yang positif akan digunakan oleh pasukan Najib untuk membesar besarkan stature PM. Yang negative akan di tolak. Apabila Majalah Economist membandingkan Najib dengan Gordon Brown, maka melenting Tengku Adnan Mansor menolak dengan keras perbandingan tersebut. Ketua Pemuda MIC pun turut sama menolak perbandingan demikian. Sikap kedua mereka, kita faham lah. Nanti miss soru!
Apalah sangat yang kita boleh cungkil dari pemikiran Tengku Adnan Mansor yang mungkin hanya membaca dua helai muka surat majalah URTV setahun. Kerja nya setiap tahun hantar kad selamat raya dan diari sahaja. Tidak ada pemikiran besar dapat kita harap datang dari tokoh macam Tengku Adnan Mansor. Ramai antara kita bekas orang UMNO mengenali Tengku Adnan Mansor sebelum dia jadi Tengku pun lagi. Apa yang keluar dari mulut nya, is not consequential!
Najib di bandingkan dengan Brown dalam konteks menangguh PRU sehingga kesaat akhir. Mungkin puak2 BN merasa gentar akan penghujung perbandingan tersebut. Brown kalah . Najib pun akan kalah jika perbandingan itu diterima. 
Sukar orang nak percaya PM Najib. Bajet sendiri pun tidak mampu dipertahankan. Negara musnah bila dipimpin oleh pemimpin yang pengecut. 
Rakyat sudah tahu, Najib jual ubat lama. ini cerita lama. Bosan rakyat dengan cakap besar hanya UMNO/BN yang boleh tadbir Malaysia. Bosan rakyat dengan cakap besar hanya UMNO boleh jaga orang Melayu. Jaga Islam. Jaga raja2 Melayu. 
Kebenaran nya ialah: apa yang UMNO boleh buat , orang lain pun boleh buat. Jaga orang Melayu? PAS boleh lakukan. Jaga ekonomi? PKR boleh lakukan. DAP lakukan dengan baik di Pulau Pinang. Jaga raja Melayu? Perlembagaan dan orang Melayu jaga.  Apa masaalah orang Melayu? Jumlah orang Melayu 18 juta dari 28 juta penduduk. Orang Melayu yang menentukan politik Malaysia. Parti politik hanya alatan untuk mencapai matlamat bersama. UMNO banyak belot dan banyak pecah amanah rakyat. 
Rakyat sudah tidak percaya bahawa hanya BN boleh tadbir dan membawa perubahan. Perubahan berlaku bila PAS perintah Kelantan. Walaupun pelaburan asing tidak begitu banyak, tapi Kelantan tak hutang kerajaan pusat. Kerajaan pusat membazir dan berhutang 53% dari KDNK/GDP. Negeri2 dibawah pentabiran UMNO/BN semua berhutang banyak. Perubahan yang dilakukan oleh BN ialah berhutang banyak, rasuah, projek untuk kroni dan ekonomi yang menguncup. 
Rakyat dah jemu dengar hanya BN bleh lakukan itu dan ini. pandai mana sangat pemimpin BN ni? Ilmu yang mereka ada, tidak ada pada orang lain ke? Guan Eng tadbir Pulau Pinang, ekonomi negeri itu bertambah baik. Kontraktor klas F melayu masih dapat projek , malah majority projek pulak tu. Tidak perlu suap exco UMNO, tak perlu sogok dan bayar ketua bahagian.  
Selangor terus membangun walaupun PR yang perintah. Prestasi lagi baik ketika Selangor ditadbir oleh UMNO/BN. Sarawak pun membangun tanpa UMNO. PBB hanya sekutu UMNO, bukan UMNO. Taib Mahmud presiden PBB bukan naib presiden UMNO. Dia boleh bergabung dengan mana2 parti pun. Kalau dia keluar dari BN lagi baik. Takkan Taib Mahmud tak ada harga diri apabila di halau oleh Najib suruh berhenti dari jadi CM.  lebih selesa dan bermaruah jika PBB keluar dari BN. selama ini pun, mereka memerintah Sarawak tanpa UMNO.
Tidak ada yang mati, tanpa UMNO. Tidak yang lapar tanpa UMNO. Tak ada yang miskin tanpa UMNO. 
Kedah membangun tanpa UMNO. Hasil perhutanan sekarang sudah mencecah RM80 juta . semasa bahawa penyamun tarbus UMNO, hasil hutan hanya RM 8-12 juta. 
Memang benar, PR tidak ada pengalaman. Tapi pengalaman yang PR tidak ada ialah mencuri duit rakyat, rasuah, mengadakan proejk untuk kroni, pau sana, pau sini. Itu pengalaman, PR tidak ada. Negara untung bukan rugi, kalau pengalaman jenis itu yang PR tidak ada.
BN? BN banyak pengalaman tersebut. Sebab itu ada salahguna duit RM 250 juta. Sebab itu ada komisyen Scorpene RM 500juta. Sebab itu beri George Kent, projek RM 1 billion. Sebab itu 3000 ekar tanah Sungai Buloh akan dibangunkan oleh syarikat kroni. Sebab itu kawasan Tun Razak Exchange akan dibina oleh syarikat kroni. Demikian juga pemajuan tanah airport sungai besi. BN ada pengalaman rompak dan samun negara. Itu pengalaman orang lain tak boleh tanding. BN terbaik dari segi itu. 
Tak perlu PM Najib menyebut pasal resipi kejayaan negara. Kita semua tahu. Kita tahu, kalau BN boleh buat, PR boleh buat lagi terbaik. Tidak ada orang yang tidak boleh buat yang lagi baik jika dibandingkan dengan BN.
Ini yang pemimpin BN dan UMNO takut sangat. Rakyat akan sedar bahawa ada kehidupan yang lebih baik tanpa UMNO dan BN.Marilah kita mentransformasikan negara kita tanpa UMNO.


19 comments:

  1. Dato' dan bloggers

    Apa yang nak kita banggakan bila ekonomi kita sekian merosot dan hanya boleh dibandingkan dengan negara-negara yang lebih miskin seperti Myanmar, Laos dan Kemboja. Negara-negara jiran seperti Thailand dan Indonesia yang telah menolak kerajaan yang mengamalkan kronisme kan telah menjadi lebih maju.

    Salam.
    Observer

    ReplyDelete
  2. The rakyat have already concluded that Bajet 2013 is yet another treasury-draining exercise to curry votes using rakyat money but the Umno organs are instead trying to say it's not a populist, vote-buying budget but one that is key to achieving Vision 2020. If that's the case, then they won't mind if we weigh the future of the young under the Umno regime.

    Let us first agree that Bajet 2013 will lead to another huge deficit in 2014 on the back of years of accumulated debts. All these debts will have to be carried forward to be loaded onto future generations. This is a fact Umno cannot deny even if it wants to deny. It's all in the treasury records.

    If the Umno government has been prudent and really progressive where it matters, we wouldn't be in such a dire situation today where the debt has ballooned to towering inferno proportions by consistently out-running new revenues that should have come in from all those expenditures every year for the last twenty years if those expenditures had been really income-generating. Since the debts have increased and not decreased, they have not.

    In short, the Umno government has been spending with little multiplier effect to show any remarkable improvements in revenue. That explains the net and growing debts each year. They have mismanaged your money.

    Yet the future of your children the Umno government is envisioning is encapsulated in Mahathir's Vision 2020 for Malaysia to be a developed state with a high-income economy.

    To achieve this vision which is a mere seven years away, Umno's Najib is asking the rakyat to support his government to load more and more debts onto the treasury. Bajet 2013 is one of many examples how he will be doing so.

    Najib is saying Bajet 2013 is his formulaic approach to achieving Vision 2020. He is gungho it is needed to achieve the Vision. This must therefore mean bajet-bajet 2014, 2015, 2016 and so on until 2020 must necessarily replicate his formula used in Bajet 2013. Otherwise why so confident until he can tar the Opposition with it and his bravura has the support from his media which trumpets triumphantly that the budget 'delivers'?

    But if Bajet 2013 is going to create another big debt again as its predecessors had also ended with big debts, how will subsequent budgets in the future not also create big debts since Umno is saying Bajet 2013 is not a populist vote-buying budget which implies it is a structurally transforming one to achieve Vision 2020?

    Therefore if the Umno government is right and all its bajet-bajet from now on will help achieve Vision 2020, come that year we should be a high income developed state BUT with one of the biggest per capita debts in the world.

    You and i will ask how can one have a high income developed state and yet be saddled with a huge country debt. Someone will pluck a straw and say look at the US and Japan.

    But we including that someone know we cannot compare with the US and Japan. They have enormous capabilities for regeneration and even with those talents, they are in a fix today. So what will happen to us who do not have those talents but are also saddled with huge debts?

    By now, you will have concluded the national problem is Umno.

    ReplyDelete
  3. 2/2

    Expect it will next try to implement the GST. This will create a multiplier but in our particular ecosystem it will be a negative one since costs will rise, not just incurred by every business in collecting tax on behalf of Umno but also as an excuse to insert higher prices that can be blamed on the GST.

    Inflation will then spike further so that the poor fisherman with 11 children will wonder how come the finance minister's distribution of pocket money will not be enough, especially when each of his 11 children may also start their own families of eleven each.

    The pain is that while the GST will increase the Umno government's revenue, it will also increase Umno cronyism. And that is the root of the matter. So that because the root of the matter is not solved, the problem it causes will grow instead of reducing. Like the debt.

    How so, you ask? Because Najib himself as Umno Rebranded Inc. is Mr Fantastik Bombastik incarnate. In the same breath he announces proudly his 'Janji DiTepati', he also deflects questions on people like Taib by saying 'Jangan Kita Layan'.

    There you have it. Najib gives funds to the MACC whose chief thanks him profusely but Najib also indirectly hints Taib is untouchable.

    (http://is.gd/YvKpAo ; http://is.gd/7YdLp4 )

    Najib wants Taib's 17 seats, protects him in public, softens the MACC and ignores not just those investigatory documents completely but also the fact the ICAC of HongKong has advised it IS possible to charge an official for abuse of public office even when the person was not physically in the room when awards are made.

    Furthermore, if that someone has absolute power in the state, how can he not know that each time such awards are made to his family members, it would be abuse of public office? In his case, it may not be what he himself had done but it certainly WAS what he himself DID NOT do to correct the decision that is the clincher, given such powers he had that the state limousine has to be a rolls royce. Not bad for a Melanau which is the minority tribe in a state whose majority are the Ibans.




    ReplyDelete
    Replies
    1. walla...
      buka la blog sendiri...

      Delete
  4. What has Najib achieved since becoming the PM in 2008 that he can clearly claim and thus beg the rakyat to vote for BN in GE13 ?
    Zlitch!

    ReplyDelete
  5. Cukuplah.
    In the 55 years that BN has been in power and we have gotten worst.
    What possibily can BN now achieve with 8 years towards 2012. BN is totallu bankcrupt with ideas as clearly visible in Najib's 2013 budget plan.
    Even the current states that BN is governing is in deficit.

    ReplyDelete
  6. Just comparing the 2013 budget by BN and PKR, it can be clearly observed that BN is BAU and nothing to shout about. But PKR's budget is very encouraging with ideas and plans to put more money in the rakyat's hand and spur the economy plus dismantling all the monopoly that Najib is not able to do.

    ReplyDelete
  7. Dato,first of all we have to ask "why five more years for a mandate".Mandate for what?For more cronism,further corruption and gobbling up of the country's already depleted current accounts.

    When Najib had an opportunity to get a mandate after the Hulu Selangor by-elections,when his popularity ratings was flying high he let it slipped by,by not taking a shot at it.But can anyone blamed Najib because he got the wrong advice from his overhyped and overpaid handlers.This is what people in power face when they have a regiment of yesmen under their payrolls.

    Why I said a regiment of yesmen.Yesmen are people of inferior quality who likes to say things their masters want to hear,and do not like to say things that their masters do not want to hear.These yesmen do not have the balls to give their own opinions and accept responsibilities if things go wrong.So the easy way is to cozy up to the master and help carry his heavy balls.

    Najib is actually a nice man more suitable for a CEO's job.Najib is not as agressive,notorious and vindictive as some of his predecessors.Even his deputy Muhyiddin is more cunning,dirty and manipulative than him.At least Muhyiddin knows how to cozy up to Mahathir behind Najib's and Badawi's backs.

    Najib lacks the mettle to handle and clean house of the brutuses,backstabbers and traitors he has in his cabinet.Furthermore what is he going to do with his army of ball carring advisers.Have them all locked up in his closet.

    What Najib should do is to raise the white flag and let it be a walkover this coming GE13th and not let his enemies in Umno enjoying the spoils of war.In return he should be allowed to have a say in the selection of PM,widely accepted by both sides to closed the political wounds of both divides.This is the mandate Najib should ask for.The mandate for a walkover.

    ReplyDelete
  8. Salam Dato',

    Memang betullah. Seperti lazimnya. Bila kita sudah hampir untuk menemui ajal, tentu kita akan minta tangguh. Minta tambahan masa. Extra time. Janjinya kata nak jadi manusia yang lebih baik. Nak buat amal lebih. Buat corrections itu dan ini.

    Seperti yang Dato' kata, BN telah mentadbir Malaysia for the past 55 years. And still they are asking for another 5 years to realize Vision 2020. Untuk Malaysia jadi negara maju. Macamana la gayanya Malaysia nak jadi negara maju dalam masa 5 tahun lagi? Ajaib tu.

    Kalau infrastruktur pun tak berapa nak betul lagi (banyak kampung-kampung yang tak ada bekalan air dan elektrik), sistem urus tadbir yang celaru, ketirisan sana-sini, saya fikir tak perlu la nak mimpi jadi negara maju. Sebab, bila dapat sahaja mandat untuk 5 tahun lagi, for sure Janji Dicapati lagi. Masuk aja tahun 2020, nanti kita akan dengar lah alasan macam-macam sebab apa Malaysia tak boleh maju. Yang Malaysia ada itu jam Maju Junction aja.

    FS

    ReplyDelete
  9. Dato' bagaimana Najib nak pertahankan Bajet 'sendiri' walhal besar kemungkinan dia tak habis telitinya. Kuasa yang dipegang oleh seorang Menteri Kewangan membolehkan segala-galanya di Malaysia buat sekarang. Impian boleh jadi kenyataan. Dulu tak pernah begini. Tamak dan haloba mengilhamkan apa sahaja, putih atau hitam, dan jika diancam oleh sesiapa, kuku besi siap sedia digunakan

    Yang semakin terdedah gaya hidup mewah orang UMNO, dan perangai angkuh dan sombong secara langsung menghambat orang yang dulunya ragu-ragu dengan PAS dan DAP - orang bukan Melayu terhadap PAS dan orang Melayu terhadap DAP - semuanya untuk mengikuti sebanyak-banyak yang boleh pendapat-pendapat daripada PAS, DAP, dan PKR. Rakyat semakin rasa tertipu oleh U-BN apabila satu persatu penyelewengan didedah oleh Pakatan. U-BN terlalu ghairah memperkayakan satu golongan kecil rakyat Malaysia, yakni kroni-kroninya. Tertekan sahaja maka keluar lah wang ringgit kepada golongan ini itu seakan-akan wang ini datang dari simpanan hulubalang UMNO dan BN.

    Kami tunggu PRU13. Sebelum ia diadakan kami akan ke Pusara Negara untuk mencari ketenangan dan kekuatan.

    ReplyDelete
  10. Bajet 2013 merupakan bom jangka kepada Pembangkang.

    Dilepaskan dengan sindiran dan penuh bongkak lalu dibiarkan tanpa dibahas dengan penuh kelakian. Tidak dapat disalahkan kerana beliau kehilangan kelakian semenjak menjadi menteri hal ehwal wanita.

    Bom ini adalah hadiah awal kepada Pembangkang selepas mendapati laporan risikan mengesahkan kerajaan BN akan tumbang dengan teruk sehingga tidak mampu berdiri sehingga 2020. Jadi apapun kritikan terhadap Bajet 2013 sudah menjadi bebal dan kebal di telinga mereka. Yang penting bagi mereka ialah kempen terang terangan untuk jangan menukar kerajaan sediada. Hari hari dalam media dan jentera kerajaan mereka.

    Bahawasanya dengan bom ini kerajaan pemerintah selepas pru13 akan meletup dengan menanggung hutang yang banyak. Strategi mereka ialah menghabiskan duit negara sebanyak mungkin sekarang supaya mereka dapat menyimpan semasa hari hujan. Juga peringatan halus kepada Pembangkang yang kini sudah berangan-angan duduk di kerusi Putrajaya akan buntu kerana tiada lagi peruntukan untuk mencipta projek pembangunan dan bina kedai ikan bakar.

    Sekaligus kerajaan baru akan menderita dan mendapat tentangan rakyat. Bom ini juga ditujukan kepada rakyat yang menyokong pembangkang sebagai pengajaran kerana tidak memilih mereka.

    Harapannya supaya rakyat merayu dan meminta mereka memerintah semula selepas pru14.

    Mereka sudah menjangkan strategi ini tidak berjaya sepenuhnya walaupun rakyat sudah menderita ketika itu. Lalu mereka akan menimbulkan huru hara dan kekecohan. Maka perintah darurat akan dikeluarkan dan tentera akan mengambil alih kuasa pemerintahan seketika. Pada ketika itu rampasan kuasa akan berlaku dan mereka akan kembali memerintah.

    Kepada penasihat BN, teruskan bermimpi di siang hari. Saya sokong Malaysia(tanpa BN).

    ReplyDelete
  11. Najib is nothing more than a big fish in a diminishing pond. TDM and all BN cronies are also in the same boat as they pray 5 times a day that they can live longer enough to avoid Sg Buluh.
    Each day under BN means something federal is at risk of being taken away from the rightful ownership of the rakyat. Otherwise, how on earth can two oil fields off the Malaysian coast can now belong to the sons of TDM, according to the latest expose by Pakatan? Lets turn Sg Buluh into a house for BIG BROTHER Malaysian Style and expose BN pirates for what they really are.

    ReplyDelete
  12. Brother,

    You forgot this about PBB. If PBB leaves UMNO, MACC report on the White Haired Rajah will be released, and we know he's the godfather of 'songlap' alongside Mahathir and Daim Z.

    ReplyDelete
  13. Some points that will make me decide on how I will vote:


    1)If you don't like Tun. Dr. Mahathir for the way he has corrupted and destroyed Malaysia [vote PR]
    Note: He was once such a respected and loved man. Disgraceful now for what he is doing.


    2) If you don't like how Najib is a habitual liar and they way he has managed the country [vote PR]

    3) If you have been wrongly treated in a govt department, police or other BN run agency [vote PR]

    4) If you hate the way UMNO politicians think the rakyat are stupid and subserviant [vote PR]

    5) If you have given up on MIC, Gerakan Rakyat, MCA who are just towing the line for their own personal survival [vote PR]

    6) If you think BN treats the rakyat like beggars...give a few bags of rice and sugar every festival, build a scholl when people are furious, donate some money to a Hindu temple when the Indians are angry...[vote PR]

    7) If you think there are 2 sets of laws and the way the law is administered is biased [vote PR]

    8) If you think the schooling system under Muhydeen Yassin has failed [vote PR]


    9) If you end up spending more for your childrens education or sometime grandparents have to chip in [vote PR]


    Enough said...don't even have to start on the Corruption part.

    ReplyDelete
  14. Absolute power for any single party for long term will bring abuses, corruption and all ills in a government

    Two party system is a must for good health of any government in the world

    Here, we have been screwed enough, ABU

    ReplyDelete
  15. Dato' Arif;

    Pemerintah rancang dan sediakan Bajet tahunan ( anggaran belanjawan) di haterjemahakan dalam RMXXXX.XX. Rancangan apa harus di belanja melalui proses yang teliti oleh Jentera Kerajaan OF dan EPU dan dibantu oleh kerja-kerja konsultasi pihak awam dan swasta, bijak pandai ekonomi termasuk lah ahli akdemik di menara gading berlandaskan apa dasar Kerajaan yang memerintah, prinsip keadilan ekonomi dan pengagihan kekayaan atau hasil negara. Siap Kerajaan bentang di DR dan DR untuk kelulusan menggunakan wang negara. Wang Negara adalah daripada kutipan hasil negara. Tak cukup di biayai daripada pinjaman , keutamaan pinjaman domestik ,itu pun membiayai projek pembangunan untuk mencanai dan meransang pertumbuhan ekonomi. Natijah nya tida pernah Kerajaan menggunakan pinjaman untuk membiayai bajet mengurus. Mana keadaan dan mana negara pun memimjam untuk biaya bajet pembangunan, kerana bajet ekonomi ada kesan berganda dan limpahan ekonomi. Yang di takuti apabila defisit kerana terpaksa meminjam untuk bajet mengurus?.

    Kita tidak boleh banding bajet negeri dengan bajet negara. Walau pun konsep dan cara nya sama, tetapi ruang lingkup dan bebanan tidak sama?. Setiap negara mempunyai 3 pilihan :
    i. Bajet berasaskan - hasil=perbelanjaan
    ii. Bajet - Hasil < belanja, maka pinjam untuk pembangunan, pinjam berhemat utama sumber domestik.

    iii. Bajet - Hasil > belanja - ikat perut, ideal tak lama kerajaan memerintah runtuh.


    Pada hemat saya lah, mana -mana kerajaan yang memeintah negara bukan negeri akan mengikut acuan yang sama kerana pekerja perlu dibayar gaji dan insentif, kekayaan perlu di agih, ekonomi negara perlu di galak berkembang, kemudahan asas perlu MRO ( maintennce, repair dan overhaul), soal nya dimana datang nya duit?, apa jalan nya?.. jawap nya kena pinjam lah. Yang penting jangan pinjam duit daripada luar negara melainkan yang di bawa oleh pelabur. Pinjam pula untuk biaya bajet pembangunan yang punya kesan limpahan ekonomi. Soal nya bila kerajaan nak kenakan GST. di bangkang, pada hal konsepnya sama guna sama tanggung lah, maka sama-sama ada tangungjawab.

    Pertanyaan saya? apakah PR diandaikan memerintah Putrajaya keadaan yang sama dala membajet tidak berlaku?, apa jaminan nya? sedang USA, GB dan EEU pun berhhhutang Bro.

    Menghapuskan ketirisan, rasuah dan salah guna kuasa adalah harapan semua pemerintah, malangnya segelintir buat hal, ibarat nyior setandan ada yang baik, ada yang komen, ada di tebuk tupai. ini sudah lumrah alam. itusebab tuhan turunkan rasul dan kitab ? tak Bro terfikir ke?. Apa pun yang tidak baik itu sedikit.. ini lah tumpuan penghapusan nya.

    Kesimpulan nya apa hasil kerja kerajaan adalah diurus dan dijana oleh Jentera nya, begitu juga diselangor, kelantan, P.Pinang dan Kedah. Atau mereka gunakan jenter lain agaknya BRO? bagi tau lah. nak jugak belajar nya.

    TQ.

    Bajet ku dalam fikiran dan tak bertulis, ada sikit belanja sikit, elakan dari hutang. itu aje.

    AWIEE DICHU.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      Pada hakikatnya berhutang itu lumrah. Baik kerajaan negeri atau kerajaan persekutuan. Dalam konteks yang lebih kecil pun ~ kekeluargaan kita kena berhutang untuk beli rumah, kereta, etc. Soalnya sekarang bukan hutang itu dari mana ~ luar atau dalam negara. Soal yang utama adalah kita (negeri atau negara) berhutang untuk apa. Adakah ianya sesuatu yang produktif untuk jangkamasa panjang? Contohnya untuk membina dan memperbaiki infrastruktur ~ jalan raya, pelabuhan, sekolah, hospital, etc.

      Tetapi kalau kita berhutang untuk beri sedekah pada orang ~ BR1M dan sebagainya, ianya tidak bersifat jangka panjang. Maksudnya, untuk jangkamasa panjang, bantuan sedekah seperti ini tidak akan dapat menjana pendapatan untuk negara. Jadi, bila tidak ada sumber pendapatan yang baru, kerajaan akan terpaksalah cari rakyat jelata untuk tampung defisit budget. Dengan memperkenalkan GST dan cukai berbagai-bagai lagi. Inilah yang di namakan konsep Rakyat Didahulukan.

      Apa yang saudara perkatakan juga ada benarnya. Mungkin cara pendekatan antara negeri dan persekutuan berbeza. Lebih senang nak urus negeri (sebab skala lebih kecil) berbanding mengurus negara. Tetapi kita harus ingat, semua negeri di bawah pemerintahan kerajaan BN mencatat hutang tinggi melangit. Itu buktinya kerajaan BN tak pandai mengurus. Tidak bijak. Berbanding negeri-negeri di bawah pemerintahan kerajaan PR yang menunjukkan peningkatan dari segi hasil dan pengurangan dari segi hutang. Jadi, soal pokoknya sekarang, sudah terang lagi bersuluh.

      Allah beri kita akal untuk berfikir. Pilih yang lebih baik. Contoh sudah terbukti di depan mata. Kalau kerajaan BN di peringkat negeri pun tak boleh nak urus, macamana mereka dapat mengurus di peringkat kerajaan pusat?

      Senang kan...

      Delete
  16. Salam Wok 13:35,

    Pandangan wok itu ada benarnya. Wok BR1M itu dibiayai dari peruntukan mengurus, OPEX. Begitu Bonus 11/2 bulan dan lain-lain pemberian dalam kontek wealth distribution for Rakyat . Yang dihutang untuk peruntuk Pembangunan lah atau CAPEX or OD lah, WOK. Pinjam pun dari sumber domestik. Yang wok kata belanja berhemah dan berjimat serta belanja apa yang patut dan perlu, aku sokong Wok.

    Satu lagi aku nak tanya wok, Kalau tak bajet MRO, Buat rumah seperti PR1MA di bandar, sape nak buat wok. kita tak mampu, tentu lah pemerintah sekarang.Bajetnya dari DE, tentu terlibat dengan elemen pinjam alias hutang.

    Itu lah aku kata, Cukai GST itu adil lagi Keadilan dan terbaik, atas prinsip ringan sama di jinjing berat sama di pikul. Kita pakai kita bayar. tak mahu bayar jangan beli lah ,wok.

    TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.

      GST tu bukannya tak baik. Baik. Di U.S. pun ada GST. Cuma kalau kat Malaya ni ada at least 2 issues. Isu yang pertama adalah harga barang. Kalau di U.S. kelmarin, contohnya kalau harga telur Ayam gred A sepapan baru $1.80. Ada tax (semacam GST la) sebanyak 8% (berbeza ikut State). So, in total baru $1.94. Kalau kat Malaya, harga telur sepapan kalau gred A sudah RM14++. Kalau kita assmue 8% sebagai GST, sudah RM15.12. Agak-agak nampak tak beza? Beza yang pertama, harga barang makanan kat Malaysia ni mahal. Bila kena GST, jadi lagi mahal. Bukannya soal nak beli atau tidak. Soalnya, kalau dah di namakan barang makanan, memang la kena beli. So, kalau orang yang tergolong dalam pendapatan tinggi dan sederhana pun mengeluh, cuba la pulak kita dikir pada golongan berpendapatan rendah. Apa lah akan jadi pada mereka. Kalau ikut orang besar kat ISIS, suruh kita makan Ubi Kayu semula.

      Soal yang kedua adalah ketirisan. Banyak mana pun tax revenue, kalau tak di belanjakan kepada jalan yang betul, membazir tak tentu arah, akibatnya buruk untuk jangkamasa panjang. Ketirisan ini berupa isu-isu seperti NFC (beli kondo untuk lembu duduk), Scorpene (komisyen yang berlipat kali ganda) dan tender-tender yang tidak telus (kerajaan beli kertas A4 satu rim RM30 sedangkan jual di supermarket baru RM12).

      So, in essence, kalau semua duit rakyat (tax payers) ini di belanjakan secara berhemah, dalam ertikata lain kalau lembu tu kena la duduk dalam kandang dan bukan kondo, nak beli kapal selam boleh tapi kenapa ada 2-3 orang saja yang dapat komisyen beratus juta dan bukan rakyat terbanyak, dan beli segala macam barang dengan harga yang berpatutan, duit tu semua boleh la di channel untuk perkara-perkara lain.

      Yang di takutkan adalah, esok nanti bila dapat pulak duit GST, lembu-lembu akan duduk di Burj Al-Dubai, ramai lagi umat akan pegi ke angkasa lepas nak melawat bulan, dan harga satu rim kertas A4 akan jadi RM50.

      Jadi pada pendapat saya, sekiranya duit yang ada sekarang di manage dengan betul (buat la sekolah lebih sikit, hospital canggih sikit, jalan yang kurang lubang sana-sini), tak siapa akan marah. Sebab nikmatnya semua akan rasa. Tak kira bangsa, agama, atau fahaman parti politik.

      Rasa sedih juga bila kenangkan nasib lebih seribu anak-anak yang mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR tahun lepas (5As). Apply nak masuk salah sebuah SBPI. Namun, tempat yang di peruntukkan hanyalah 100. Kemana la lagi 900 anak-anak bijak itu akan pegi? Alangkah baiknya kalau duit-duit rakyat terbanyak (pembayar cukai) ni semua digunakan untuk membina lebih banyak SBPI contohnya. Yang akan memberi manfaat pada ramai anak bangsa, insyaallah.

      P/S: Kalau di U.S., monthly payment untuk Toyota Camry baru hanyalah $330 sebulan untuk selama 36 bulan (3 tahun). Kat Malaysia monthly payment is RM3,300 untuk selama 108 bulan (9 tahun).

      Kalau keje kat supermarket, bayarannya adalah sebanyak $5.50 sejam iaitu bersamaan dengan $44 sehari. So kalau kita bekerja selama 22 hari sebulan, kita akan dapat $968. Pekerja supermarket pun boleh drive Camry baru kat U.S.

      Delete