Sebelum
kita jawab Dato Najib- kita komen sedikit mengenai kenyataan Dr Mahathir. the
man who can walk on water. setelah 55 tahun, dibawah pemerintahan UMNO, Dr
Mahathir kata orang Melayu mengemis ditanah air mereka sendiri. Adakah keadaan
demikian disebabkan oleh PAS, PKR dan DAP? Atau adakah keadaan orang Melayu itu
disebabkan kesemulajadian mereka iu berbangsanya Melayu?
Mahathir
akan mengatakan all of the above. Its in the genes. Melayu bodoh kata Dr
Mahathir.
Keadaan
orang Melayu jadi begini adalah disebabkan kepimpinan mereka. Dan hampir
seluruh tempoh hidup orang Melayu dizaman moden ini, mereka diperintah oleh
UMNO. Inginlah saya mengulangi apa yang
pernah dinyatakan oleh Pendita Zaaba puluhan tahun yang lampau- seolah olah
penulisan Zaaba menggambarkan apa yang akan dilakukan oleh UMNO
Maka keadaan kehidupan anak2 Melayu
sekarang……mereka telah kena perabdikan dan kena picit dan perah dan ramas
ditangan pemerintah2 nya –iaitu pemerintah2 daripada bangsa mereka sendiri.
Tidak syak
lagi yang dimaksudkan oleh Pendita Zaaba ialah UMNO!.
Dr Mahathir
tidak berhenti daripada membodohkan orang Melayu. Yang pegang kuasa ialah UMNO
dan 22 tahun darinya di pegang oleh Dr Mahathir sendiri. Masa nya sudah tiba
kita buangkan rasa sentimentalism terhadap UMNO yang telah merompak kekayaan
negara dan melanun kekayaan negara. Yang kaya ialah Melayu terpilih.
Yang
memegang kuasa ialah UMNO dan gerombolan penyamun BN. suatu hari dirumah Dato
Najib , dia memberitahu saya Dr Mahathir menyamun kekayaan negara melalui
projek lebuhraya, projek pelabuhan, projek IPP. Tun Musa Hitam berpendapat Dr
Mahathir tidak ada perasaan malu bila menyatakan bahawa pemimpin negara ini
korap dari yang paling atas sampai kebawah. Sedangkan yang memulakan budaya
merasuah ialah Dr Mahathir sendiri. Tun Daim beritahu saya- sejarah akan
menghukum Mahathir dari satu sudut sahaja, iaitu rasuah yang berluasa. History
will judge Mahathir in the end on his record of incubating and nurturing rampant
corruption. testimony Mahathir bahawa Ling Liong Sik tidak berupaya menipu
negara adalah bahan ketawa. Tun Daim juga beritahu saya, macam mana kita mahu
benteras rasuah, jika sogokan wang sudah menyampai kepada pemimpin yang
tertinggi.
Segala
masaalah dan malapetaka, rasuah, kegawatan ekonomi disebabkan oleh UMNO. Apa
yang akan buat kita percaya yang gagal dibetulkan oleh UMNO selama 55 tahun,
boleh ia lakukan dalam masa 5 tahun? UMNO tidak ada rekod untuk menyokong
janji2 mereka. Yang mungkir janji ialah UMNO. Yang membuktikan mereka boleh
memenuhi janji ialah semua negeri yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat. Maka
sayugialah rakyat menyokong Pakatan Rakyat dan membenamkan UMNO.
Rakyat
Selangor umpamanya tidak pernah diberitahu bahawa kajian yang dijalankan oleh
UM menunjukkan hanya 29% sahaja responden percaya BN boleh merampas balik
Selangor. kenapa rakyat Selangor mahu mengembalikan negeri ini dalam tangan
lanun dan perompak?
bukan kah
UMNO yang menjalankan dasar ekonomi yang menyebabkan 40% dari penduduk negara
ini mempunyai pendapatan kurang dari RM1500 sebulan? Dan 75% dari kumpulan
tersebut ialah orang Melayu? 8 juta
lebih Melayu mempunyai pendapatan kurang dari RM1500 dan itu adalah hasil dasar
dan kepimpinan UMNO. Marilah kita sama sama menghantar semua lanun dan perompak
ini ke Sungai Buloh dan jadikan mereka B1M!- Banduan 1 Malaysia.
Bukankah
dasar ekonomi Najib yang disebutkan sebagai Model Ekonomi Baru itu sebenarnya
adalah lanjutan dari dasar ekonomi penindasan Dr Mahathir? menindas majority
orang Melayu dan mengayakan segelintir Melayu terpilih? Antara yang terpilih
ialah anak Dr Mahathir sendiri yang kaya raya bahkan seorang dari nya boleh
membina ruang pameran kereta Ferari bernilai RM20 juta. Orang yang buang tebiat
akan meyebut seperti yang dinyatakan oleh Mahathir. dan Mahathir disertai oleh
geng2 lama perompak negara seperti Sanusi Junid dan lain lain.
Nanti lah
kita akan mengupas apa Dr Mahathir kata dalam artikel yang lain. Let us deal
with the political invertebrate Najib Razak for now.
Dato Sri
Najib kata orang Melayu benci dengan DAP. Kita boleh jawab awal dan tidak perlu
tanya Tunku Aziz. Yang benci adalah mereka yang termakan dakyah UMNO. Yang
benci ialah mereka yang berfikiran sempit. Pemimpin UMNO takkanlah menyukai
parti yang akan membenamkan geng perompak nya. Yang membenci ialah mereka yang
tidak faham politik dan lupa bahawa daripada 29 juta rakyat Malaysia, hampir 19
juta orang Melayu. UMNO ingat 16 juta orang Melayu yang lain itu, penakut dan
bacul macam mereka.
Yang benci
ialah mereka yang lupa, kalau 1 orang UMNO kecundang, ada 6 orang lagi Melayu
yang terus hidup. Melayu tidak memerlukan UMNO.
Kenyataan Najib
tidak mengherankan dan bukan nya sesuatu yang baru. Mustahil kita akan dengar
Najib menyatakan perkara yang baik mengenai DAP. Pada pandangan Najib, DAP itu
parti cauvinis cina. DAP mahukan negara repablik. DAP akan menguasai politik
Malaysia. DAP mengkuda semua parti politik yang lain. Pendek kata, Najib
mengulangi penceritaan lapuk dan basi terhadap DAP. Inilah standard pemikiran
dari seorang pemimpin yang penakut dan kurang cerdik.
Apa yang tidak
dikemukakan kepada rakyat Malaysia, ialah alasan2 rasional kenapa orang Melayu
mesti membenci DAP. Najib tidak mampu berbuat demikian selain dari
mengkakaktuakan apa yang dinyatakan oleh pecacai UMNO yang lain.
Bolehkah
kita harapkan apa2 yang besar dan menakjubkan dari pemimpin yang penakut dan
kurang cerdik?
Apabila
saya ceramah, takkanlah saya hendak ceritakan kebaikan UMNO. Tentulah saya
mengambil kesempatan mendedahkan keburukan pemimpin UMNO yang merugikan orang
Melayu. Menyokong UMNO akan membawa bangsa Melayu rebah dan negara kita musnah.
Menyokong UMNO bererti menyokong gerombalan pencuri dan perompak.
Maka, bila
Najib bercakap, sudah barang tentu tidak ada apa2 baik untuk diberitahu
mengenai DAP, PKR dan Anwar Ibrahim, serta PAS. Tapi, marilah kita dedahkan
sebab2 sebenar Najib berkata demikian. Kita tidak perlu tanya apa2 dari Tunku Aziz. Biarkan Tunku Aziz dengan leteran
kebangsawanan nya. Itu pun sebab utama
Tunku Aziz keluar DAP- dia ada sense of over inflated importance. Bila perasaan
demikian tidak dipedulikan atau tidak dilihat begitu penting, tergurislah hati
aristokrat itu. yang lain dalam DAP tidak ada perasaan demikian. Kita tak kira
itu semua.
Ketakutan. Ketakutan
yang amat sangat menyebabkan Najib melatah seperti orang tidak siuman. Saban
hari Najib melihat UMNO kian keseorangan. Gerakan berada diambang maut dengan 2
kerusi parlimen nya. MCA dengan 15 kerusi akan kecundang teruk. MIC dengan 3
kerusi nya hanya kerana ehsan UMNO. PPP ialah Parti Peminta Sedekah. UMNO
dengan 79 kerusi nya pun dalam keadaan cemas. Kerana apa? Kerana undi dan
sokongan cina berpindah kepada DAP. Undi orang Melayu berpindah kepada PAS.
Undi golongan menengah pergi ke PKR.
Dimana
datang sokongan untuk UMNO dan BN? ia datang dari warga negara segera- rakyat
Bangla, Nepal, Myanmar, Cambodia. Inilah dia parti yang berjuang Hidup Melayu
dan Agama, Bangsa dan Tanah Air. Akhirnya UMNO melacur maruah dan mengkhianati
negara dengan menjual kerakyatan kerana mahu mengekalkan kuasa.
Najib
melihat sokongan masyarakat Cina kepada nya merosot dengan teruk. Dan penyebab
utama kemerosotan sokongan tersebut ialah DAP. Hari ini DAP telah menguasai
80-90% sokongan masyarakat Cina. Ini akan menyebabkan BN akan hilang lebih
banyak kerusi dimana dalam kawasan parlimen itu ada sekurang kurangnya 40%
orang Cina.
Najib juga
tahu bahawa MCA sduah tidak terdaya menahan penghijrahan sokongan orang Cina.
Kedua,
Najib tidak faham. Masakan orang kurang cerdik faham bahawa sokongan
orang Cina bukan disebabkan chauvinism dan ekstremism. Orang Cina memperakui bahawa ini negara
majority nya Melayu dan orang Melayu akan terus menguasai politik. Orang Cina
bukan beroperasi atas chauvinism tapi menginginkan kerajaan yang telus,
demokratik, menjalankan dasar2 ekonomi yang adil,mahukan sebuah negara yang
menghormati undang2. UMNO dan BN mempunyai rekod buruk dalam kesemua perkara
ini dan sebab2 ini yang menyebabkan orang Cina tidak mahu lagi menyokong UMNO,
MCA atau parti2 BN yang lain.
Najib ingat orang cina beroperasi atas
perasaan ekstrim dan bersangkaan bahawa orang menyokong DAP dan membenci dan
berniat jahat keatas bangsa lain terutama bangsa Melayu. Sebab itu DAP dituduh mahu menubuhkan
repablik dimana institusi Raja Melayu dihapuskan, apa2 kepentingan bangsa
Melayu dihapuskan dan seumpamanya.
Sebab
sebenarnya orang Cina menyokong DAP ialah kerana parti tersebut tidak bacul dan
tidak perlu menggunakan isiu emosional seperti MCA. DAP is fearless. Sebagai
sebuah parti yang fearless, DAP boleh memahami atas prinsip apa orang PAS
beroperasi. Kerana itu PAS dan DAP saling menghormati. Demikian juga DAP
memahami PKR. DAP boleh memahami parti2 dimana pemimpin nya berani masuk jel,
di ISAkan, ada yang dibunuh, serta dipenjarai. DAP boleh faham ketokohan parti2
yang berani berjuang dan berkorban.
Berani
berjuang dan berkorbanlan yang menyebabkan orang Cina menyokong DAP. Orang Cina
yang menikmati lebih demokrasi dan oleh itu memiliki lebih pilihan melihat MCA
parti yang penakut dan lembik memperjuangkan isiu2 yang melibatkan kepentingan
orang Cina. Dan cubaan MCA menjuarai isiu kepentingan cina disaat akhir sudah
tidak berguna lagi. Orang Cina tidak ada isiu dengan hudud. Orang Cina sedar
itu isiu orang Melayu yang beragma Islam. Orang Cina tahu, walaupun mereka
bukan Islam, tapi hak dan kepentingan mereka akan dihirmati dan dilindungi.
Dear Sakmongkol
ReplyDeleteWhen I read what Mahathir said as reported in English, I was incredulous. Malays are beggars in their own country? And their salvation, according to Mahathir, is for them to vote for UMNO despite its flaws. He said all the Malays want is 30% of the nation’s wealth, not 60%.
Let’s see. In 2008, slightly more than 50% of Malays supported Pakatan Rakyat. Now if UMNO is their salvation, and by Mahathir’s implication, PR (majority Malay) would make Malays into beggars, why did more than 50% of them vote for PR? Obviously, that was because they have had enough of this thieving and lying UMNO.
Even if the Malays have 30% of the nation’s wealth, this will not make the average Malay happy. Why? Because the UMNO warlords and cronies would take 80% of that wealth and the millions of ordinary Malay would have to scrap for the 20%. This is already happening. Who gets all the crony projects? Who gets those 1 million-share FGV allocations when they have nothing to do with Felda? Who is keeping all the corrupt money such as the Sabab UMNO RM40 million cash? Whose wife is buying RM200,000 Berkin handbags and a RM74 million diamond ring?
When one gets old one gets senile, is confused, and talks nonsense. But this senile old man also lies. These are the kind of lies that he told the Malays for 22 years. If the Malays have underachieved their potential, chalk this up to 22 years of misrule by this Indian-turned-Malay chauvinist.
Mahathir does not care what the people are saying about nor his 22 years of governing, what remains is how to secur his children gains. This is the no 1 as far as he is concern, let rub it in and he will tremble and further melatah.
DeleteSaya kira orang cina percaya bn adalah pemerintahan berteraskan melayu dan islam.Adakah yang mereka tak suka?. Tetapi mereka memberi alasan masalah rasuah dan kronisma. Tapi ekonomi masih mereka juga yang pegang.
ReplyDeleteSekarang mungkin mereka fikir kalu pr perintah, mereka akan dapat politik dan ekonomi sekali. Bagi orang melayu dalam dap pula, yang penting mereka boleh protes dan dapat kuasa.
Sebab itu dalam kontek malaysia, definasi keadilan ini mesti diterjemah betul2 demi kesetabilan. Contohnya keadilan bukan dari sudut kuantitatif atau qota sahaja tetapi dari sudut tahap kebolehan mengikut perspektif taraf sosio ekonomi dan wilayah.
Kalau kita benar2 fahami konsep rasuah, dia bukan masalah umno sahaja. Kalaupun terkena menteri umno sekalipun saya nampaknya semuanya kena singkir dan dimalukan.
Maaflah saya katakan,bn masih kelihatan lebih sesuai, bukan sebab umno sahaja, tetapi ia adalah satu front yang masih lagi diperlukan bagi keseimbanghan sebuah bangsa malaysia.
Namun tidak dinafikan mana2 negarapun perlukan pembangkang yang konstruktif dan kuat.
Dato'
ReplyDeleteWhen Dr M says that Malays are beggars in this country, it's just like Hitler saying that Aryans are slaves in Deutschland. Nothing concrete or constructive ever comes out from this old man's mouth.
Kepada Anonymous,
ReplyDelete24 October 2012 22:08
Pemimpin dan hero kamu, Dr. Mahathir pada hari ini kata, semua GLC adalah sebagai ekuity bumiputera; makna nya, ekuity Melayu telah
mengatasi 30% - iatu target NEP. Tapi sekarang mana tu 30%? Dah hilang? Macam mana hilang? David Copperfield buat magic ke? Lebih baik, kamu menyoal siasat ex-PM Dr. Mahathir mana itu ekuity yang dah hilang. Mungkin, dia boleh beringat ada RM100 juta dah bagi untuk membantu syarikat kapal anak dia atau yang sama punya "affirmative action" untuk anak-anak atau "kawan-kawan menteri-menteri".
Bro, tolong lah, buka mata kamu! Kalau orang Cina terkaya, mengapa majoriti customers Mercedes dan BMW adalah orang Melayu?
Lagi pun, tanya datuk-nenek kamu, pada masa mereka muda, ada kah bangsa jadi isu? Macam sekarang? Racial polarisation pada masa tu langsung tak ada. Jadi, sampai masa kini, mana itu harmoni? Tanya lah sendiri, kamu ni gembira tak, pada masa ni? Ada macam macam fikiran yang berpusing, isu bangsa, kronisme, rasuah dll ..... semua tu berbuatan siapa? Orang Melayu? Orang India? Orang Cina? Orang Asli?
Jawapan: orang UMNO dan rakan rakan.
Sebab tu, kami mesti berubah kepimpinan. Kami bukan tukar gomen. Gomen dah tetap. Tapi itu CEO, ianya PM dan menteri menteri, dan MP mesti di tukar. Selepas tu, kami harap kempimpinan baru boleh berstruktur polisi baru yang sesuai dan adil untuk membantu orang Melayu dan rakyat malaysia yang miskin.
Bro, sekarang masa dah 21st Century. Negara komunis pun dah hampir hilang, tinggal Cuba dan N. Korea. Masa sekarang,umat Islam pun dah mengbangkit di seluruh dunia,apakah kamu ni masih duduk di sudut gelap dengan fikiran yang dah lama expired. Bangun lah!
One tenths of one percent of the total population of Malays or bumiputras are the super rich Umnoputras and three tenths of their cronies made up of the very rich among the Malays or bumiputras.Of the remaining 99 6/10of the Malays,around 30-35% are college and university educated with 50 -55% with high school education.The remaining are of primary education or illiterate.Among the illiterate the majority are in Sabah and Sarawak.
ReplyDeleteOf the 30-35% college or university educated,15-20% are middle and upper middle class.The remaining college and university graduates are struggling,like their fellow Malaysian Chinese,Indians,Seranis and others.Nowadays some graduates are taxi drivers,cooks,insurance or car salesmen,and some holding blue collar jobs.
As a developing country trying to copycat developing and developed countries,when we do not have the proper planning in place.Having mega projects and massive infrastructures in place for political cronies to frofit and at the same time to fill politicians pockets do not benefit the rakyat.
Just like the Phillipines,who were the first to have the most universities in our region,there just weren't enough industries to generate good jobs available for graduates.
Instead of having a masterplan for projects to accomodate our future graduates,politicians were busy with their own personal masterplans of enriching themselves, their families,relatives and political cronies.
Corruption and cronism among the leaders and politicians are the reason containers and containers of illegal money is being shipped out of the country.With lack of funds due to the massive illegal outflows of the ringgit,companies are unable to get credit to do or expand their business.So as companies are unable to expand and the cronies have the monopoly of the important industries,no competition causes lack of productivity.
With an unproductive workforce because of cronism,international companies are not willing to invest here.Therefore with less good and high paying jobs,and even low paying jobs led to high unemployment,proverty and dissent spriralling out of control from the rakyat.That is the reason for the country and rakyat to prosper and be happy the corrupted must be chased into the Chinese Seas or banished to the Mongolian mountains.
Melayu yang benci sama DAP ialah Melayu yang takut ditelanjangkan khususnya oleh DAP dan amnya oleh Pakatan atas segala yang sekian lama ditutup belakang tabir hitam UMNO. Aku nak tengok Melayu mana yang akan membenci Melayu yang lain sejurus kita masuk saringan akhir untuk PRU13. Buat sekarang usah Najib sibuk dengan DAP. DAP bukan punca masalah orang Melayu. Yang menyakitkan hati Najib adalah segelintir orang Melayu UMNO yang tidak mahu mengalah. Kalau bukan beliau rasa wujudnya perang dingin di dalam UMNO, kenapa nak katakan,"Siapa yang mahu jadi calon, bila saya sebut calon boleh menang, semua rasa dia calonnya. Namum, hakikatnya semua kena terima, sesetengah daripada kita boleh menang, sesetengahnya tidak." Nyata ada in-fighting yang serius dan nyata Najib mula berasa tertekan oleh Firaun-firaun bertopengkan nasionalis, mengikut musim.
ReplyDeleteApakah tindakan termanis yang boleh diambil tanpa dikutuk oleh orang yang selama ini berjuang untuk Agama, Bangsa dan Negara tetapi namanya digugurkan sebagai calon? Hanya Najib, the next man to be able to walk on water, mampu memberikan jawapan yang seadil-adilnya,"..kalau tercalon Alhamdullillah dan kalau tidak tercalon Alhamdullillah."
Muraqabah.
Siapa benci siapa lepas senarai calon keluar?
Mahathir stole more than RM100 billion in 22 years and billions more stolen by his cronies...given to their sons and relatives.
ReplyDeleteThose are more than the 30% allocated to help Malays.
Umno asked for 20 years to achieve that...extended and extended..and comes to Mahathir's Umno B...it is free for all..each Malay on his own to steal as much as he/she can...encouraged by Mahathir.
Mahathir is the biggest rouge ...stealing with no fear.
He steeped down knowing Muslims will reject his Umno B....choosing 2 yes men to rule behind the curtain.
Under Mahathir....Malaysians..especially the Muslims are more divided than before and he likes that...for divide to rule all as slaves was his game plan....copying British doing that..150 years ago.
Retired Chief Judge Ian said...Mahathir is the devil reincarnated.
"Throughout history...truths always win.
ReplyDeleteThe liars and cheaters may look healthy and well but in the end...they will loose and suffer." So said Mahatma Gandhi.
In SEA ..only Malaysia is still living under a corrupted and dictatorial Govt.
Marcos...Soeharto..gone.
Even Vietnamese have become more free than Malaysians.
WQe are very tolerant people...because our country is rich with few natural resources that are churning billions every month...thus Malaysians are somewhat living comfortably well.
However...the signs of difficult living conditions are clearly seen.
The rich getting richer....the poor getting poorer.
Umno B crooks want us to believe....it is natural ..all over the world...comparing Malaysia to countries that do not export oil ..palm oil and timber.
Malaysians are getting smarter to know the Govt. is lying.
The fact that Najib knows voters want change of Govt.
The longer he delays 13th GE..the worst for him.
You can say...Najib is living his last days as a free man....as long as possible.
He knows...PR will conduct an investigation on him and few big crocodiles...where Judges cannot be bought.
Right now....3 small cases are awarded to Opposition politicians argurs well with the Judicial Dept.
Chuah Soi Lek is very scared and afraid of the hudud law being put into place,if PR comes into power after the GE13th.He should definitely be very scared and afraid as he is screaming hudud this and hudud that.
ReplyDeleteWith CSL been unable to keep that piece of cucumber under control and zipped under his pants,he should be very scared and afraid of the hudud law.His out of control cucumber could be chopped off from his balls,if he strayed away from the missus and is caught on video again.
Mahathir claimed that Malays are beggars in their own country. In a sense he is right but just like Romney, Mahathir did not tell or explained the real situation or condition that created this tragedy! Yes, the Malays and in fact all Malaysian especially those in the EAST are viewed as beggars by Mahathir, najib and UMNO and treated as one too!
ReplyDeleteDidn't mahathir scolded those Sabahan folks who were complaining about the slow development of their state (if poverty can even be called development) and to add further insult, mahathir even told them to wait for development as "it requires some time for the money from sales of oil in Sabah to be channeled back to Sabahan"! That remark from Mahathir is the truest sign of a diehard munafik if you ask me! Lying is second nature to that creature (to categorize him as human is taking to much liberty on what we consider human nature are!).
He told ordinary folks to wait for development but his family didn't have to wait decades to become billionaires. right! I truly understand why some east Malaysian openly declared that they wanted to pee on his grave! Who wouldn't if your families are robbed, rape and the perpetrator told you that you should accept it as a blessing! #$%&###!
The fact that nobody can deny or deflect or even spin is that since independence, Tanah Melayu and later Malaysia were govern by Barisan Nasional with UMNO as the main component or some would say the "Godfather"! It is a fact! And if the malays are beggars in their own land and country, who is to blamed then? Can we blame DAP whose leader weren't even involved in governing a state then, PKR who weren't even created and PAS who were not even considered as suitable Federal ministerial material when it was in the coalition (before being booted out unceremoniously)! Who made the malays, beggars? Who made the malays and malaysian homeless, jobless, future less, education less, property less and above all dignity less? Did Anwar do that by reducing deficit and lessen the economic burden of the people during his stint as Finance minister? Did Lim Kit Siang did that with his election campaign speeches but with no real power to distribute the nation wealth and spent years in kamunting as the government guest? Did Nik Aziz did it by squandering away the Kelantan oil royalty payment on useless things and trinket? Or did mahathir told you part of the truth but hide the other fact that actually implicated him, his family, his cronies, his party as the reason and the causes for the pauperization of the Malays and Malaysian.
Just look at Mahathir and his family and compare his wealth to us, ordinary folk! He and his family are multimillionaires if not multibillionaires and we are what? Multi credit card debtor? Multistorey pigeon hole dweller? Multiple loan appliers? Multiple overdrawn overdraft account holder? Multiple overdue bill juggler? Multiple job and multiple dependence without multiple option to survive? That's what we are and that is Mahathir's doing and of course what are still being done to us by najib and UMNO!
Still think the next GE is a multiple choice question? Then do the right thing! Its no longer who is better or cleverer! It's either us or them and no in between. If UMNO win, we lose and that would mean the death of us, our children and the future! If you're not with the people then you're against us and we will not forget those who jeopardises the fate of Malaysia and its people (this warning is aimed at those instant citizens coming from nepal, Bangladesh, Indo and others)!
Nick.
Dato, I am one of those who used to torment you for still being an UMNO member despite your criticism but finally you nailed the UMNO coffin by joining DAP, a decision praised by all democracy lovers. I macam Dato juga, I know many UMNO personalities and was 'once upon a time their supporter' but I had my reservations here and there on their policies. I never supported 100 percent all said and done by UMNO. I know you from Pulau Manis. Saya sokong penuh kemasukkan Dato dalam DAP.
ReplyDeleteSejak akhir-akhir ini pemimpin tua
UMNO bagitu kuat nak pertahankan UMNO sehingga mereka merapu dan MEMBOHONG. Mereka yang diketuai oleh DR.M tidak henti bercakap bohong dan masih cuba nak fitnah DSAI. NGO2 pro UMNO yang tubuh seperti cendawan sejak Pakatan perintah 5 buah negeri juga tidak henti bercakap bohong dan kerap kali mereka didedahkan dengan penipuan yang mereka lakukan tapi mereka TATAP seperti orang terencat akal memfitnah DSAI, LGE dan TGNA dan semua pemimpin pakatan. Saya rasa rakyat yang berfikiran waras atau mereka yang tidak jadikan TV3 suku, TV RTM dan semua akhbar tempatan seperti UTUSAN, BH, NST, STAR dll sebagai 'like' mereka akan TATAP sokong pakatan kecuali mereka yang bangang, bodoh akan TATP undi BN.
Satu komen dari takde nama yang menyatakan bahawa orang2 Cina tolak BN kununnya pemerintahan BN berteraskan Melayu dan Islam. Ini ler yang saya katakan orang dah bangang nak bangangkan orang lain sama. Dia tak tahu kah fakta ini, ORANG CINA SEKARANG SOKONG PAS. Orang Cina peganng ekonomi sebab mereka rajin dan mereka disokong oleh puak2 mereka, saudara-mara mereka dan dibantu dengan cara beri sab kontrak kalau mereka buat perniagaan kecil-kecilan. Melayu yang kaya tambah mengkayakan diri mereka dengan membolot semua untuk kepentingan sendiri. Melayu kaya yang dok dalam GLC buka syarikat sendiri dan lingkupkan GLC yang mereka terajui. Cara mereka lingkupkan ialah mereka menjadi kontraktor bagi projek GLC berkenaan dan buka lagi syarikat untuk 'deal' dengan syarikat mereka sendiri. Contoh, mereka tubuh 2 - 3 syarikat atas nama sendiri dan buat urusan dengan syarikat induk mereka. Maknyanya, amik wang masuk poket kiri, kanan, atas bawah dan entah apa2 lagi. Mereka tidak sokong syarikat Melayu yang lain. UMNO beri projek, kontrek kepada kroni mereka sebab Menteri2 yang beri kontrak ada kepentingan jadi projek itu projek mereka tappi mereka guna proxi. Pertubuhan dan Dewan2 perniagaan Cina bantu kaum mereka tapip Dewan perniagaan Melayu bahan semua. Banyak lagi lah tahi. Malas dah nak ulas. SOKONG LAH PAKATAN DAN JADIKAN DSAI PERDANA MENTERI MALAYSIA kalau nak selamatkan Malaysia. Saya MAHU PENDIIKAN PERCUMA, JALANRAYA BEBAS TOL, KENDERAAN HARGA MURAH. Kenapa PROTON jual kereta di LONDON dengan harga yang murah pada Kuala Lumpur. Kenapa rakyat ber sabsidi kepada rakyat asing. Ini bisness apa nma ni. Ini ekonomi ala Mahathir iaitu buat buisness walaupun rugi besar janji nama Malaysia terpahat dipeta dunia. BODOH. Negara Jepun, Korea bersaing dipasaran antarabangsa tapi tidak melibatkan wang rakyat. Syarikat nak lingkup, lingkup ler tapi Proton ini wang rakyat. UMNO, please step aside.
' Tetapi mereka memberi alasan masalah rasuah dan kronisma '.
ReplyDeleteEveryone knows there is a strong culture of corruption and bad leadership destroying the country....but that does not mean it is all bad for the corrupted and opportunists, in particular those in position of trust, power and influence.
Anon24Oct22 -mana2 negarapun perlukan pembangkang yang konstruktif dan kuat-
ReplyDeleteSaya setuju 100%. Biarlah BN kali ini, selepas PRU13, jadi pembangkang yang konstruktif dan kuat. Orang BN mesti intip, siasat, semak segala tindak-tanduk Kerajaan baru PR, dan kemudian tanya siapa sebenarnya gila wanita yang bukan isterinya, siapa gila hidup ala Barat, siapa yang lebih cermat menjaga khazanah negara.
Terlalu lama rakyat diperas atas nama melindungi orang Melayu marhaen oleh orang Melayu yang terpukau dengan BMW, Merz, Lexus, Harrier, dan beg-beg Birkin dan Hermes. Sudah terpukau nak memukau yang lain dengan diayah kononnya Melayu pengemis di tanah sendiri. Pengemis tak berupaya membina mahligai-mahligai berharga jutaan ringgit atau pun melangsungkan perkahwinan anak-anak emasnya yang juga menelan ratusan-ribu ringgit, malah ada yang berongkos jutaan ringgit.
Jeritan bahawa BN masih relevan tak boleh pakai lagi sejak negara kerugian berbilion-bilion ringgit, kalau bukan skandal ini di permukaan tanah (pembelian stok perang untuk ATM)ada pula skandal itu di bawah permukaan air; kalau bukan skandal ini melibatkan manusia yang tak pandai jaga syahwat yakni zakar tak ingin ikut syarat, terbongkar pula skandal itu melibatkan binatang yang sama-sama manusia tak berdisiplin tak kenal sempadan, yakni lembu yang tak cam pagar ladang melainkan pagar mengelilingi kawasan kediaman mewah.
Sedih ku negara ku macam ini 55 tahun selepas Merdeka. Oh sorry, bukan Merdeka bab kita tak pernah dijajahi oleh sesiapa pun.
Well said by bruno”. With an unproductive workforce because of cronism,international companies are not willing to invest here.Therefore with less good and high paying jobs,and even low paying jobs led to high unemployment,proverty and dissent spriralling out of control from the rakya........................”
ReplyDelete----------------------------------------------------------------------
Untuk menjadi seorang manusia yang berdikari dan mempunyai saingan di parasan.
NEP atau keistimewaan perlu dibatalkan dan digantikan dengan polisi yang boleh menolong rakyat yang miskin sahaja. (Majority melayu).
Apa faedah yang telah dicapai oleh NEP selama 50 tahun?
1) 2% penduduk di Malaysia menjadi kaya-raya kerana cronies(Cina/melayu/mamak) dan penduduk menjadi lebih miskin disebabkan harta Negara dicuri oleh mereka.
2) Kebanyakan melayu berpecah (Umno, Pas, PKR) sebab semua mahu kaya kerana NEP yang boleh merelisasikan impian mereka dengan merompak.
3) Melahirkan manusia yang tidak dapat bersaing dengan bangsa lain. Tanya sendiri, kalau awak tidak berkerja untuk kerajaan/GLC. Bolehkah awak mendapat kerja di pihak swasta?
4) 5% penduduk Malaysia adalah kakitangan kerajaan adalah angka yang paling tinggi di dunia dengan belanjaan ratus billion setahun akan menbankrapkan negara
5) Pusat pengajian university mengudur sejak 30 puluh tahun yang lalu dengan kemasukan orang yang tidak layak dan menghasilkan graduate yang tidak berguna yang tidak dapat bersiang. Banyak mahasiswa berkerja sebagai receptionist/penjual berger/tidak berkerja.
6) Pelabur(Investor) melarikan diri dari Malaysia dan buka kilang di Thailand/Indo. Ini akan megakibatan pendapatan Negara kurang disebabkan policy 30%.
Dengan
(I) kekayaan Negara dicuri oleh cronies,
(II) beban dipikul untuk menampung kaki tangan yang banyak(bloated civil servant)
(III) Mahasiswa(Graduate) yang tidak boleh bersaing di pasaran(No human capital development)
(IV) Pelabur lari dari Malaysia(less investment)
Ini akan menbangkratkan Negara dan apa terjadi kepada generasi akan datang sekiranya IMF memberi pertolongan seperti Thailand/Indo/Korea dengan mengambil alih semua syarikat GLC (Mas/TNB/IWK/Tel....etc) ?
a) Orang yang lemah/tidak boleh bersaing akan jadi pengemis kerana tak ada kerja. Siapa golongan yang terbanyak? Anak awak?
Kita kena fikir generasi akan datang dan bukan kemewahan sekarang.
Negara bangkrat akan berlaku pada tahun 2020 sekiranya hutan Negara naik ke tahap RM 550 billion.(sekarang dah RM 450 billion)
Pengurusan Negara seperti pengurusan sebuah keluarga. Kalau u ada satu anak yang boros/merompak, ia akan menhancurkan/memiskinkan keluarga awak walaupun terdapat harta yang banyak.
Indonesia adalah contoh yang baik (bankrat kerana cornies) supaya kita tidak mengikuti jejak mereka.
Nasihat untuk majority yang miskin, BN perlu dihapuskan untuk generasi awak.
Jangan blame Chinese/Soros/Amerika for your downfall. Blame your own doing.
Nothing is free from this world.
You work hard to get reward and not who you know to get reward.
UMNo/BN is the current federal government and has been so since Independence. If the Malays are beggers then it is the fault of the sitting federal government which is none other than UMNo/BN. Did Mahathir finally admit to being responsible for the plight of the Malays caused by UMNo policies? He was the PM for donkey years.
ReplyDeleteDemonizing DAP is not going to work anymore, except on those who stand to gain from BNs misrule.I am a bumiputra contractor from Penang, I have got more jobs from this Chinese government than I have ever had from our Malay government.Those days I had to go and beg,now I just open e perolehan and submit my tenders.This Chinese government looks after the Malays, the media however only shows the mamaks creating havoc ,this mamaks think they can get bumiputra status by standing up for UMNO.The majority of contractors here like many other groups cannot show their support openly for fear of retribution but come election day,it is going to be a different story. Give me a Chinese government that looks after the Malays than a Malay government that looks after the selected few Chinese.Best of all give us a government that looks after the rakyat and that will only happen when this evil is thrown out and sent to Sg Buloh. B1M !
ReplyDeleteWhen Pakatan says we will reduce car prices, BN say it will bankrupt the country, when Pakatan say tolls will be abolished BN says it will bankrupt the country,when Pakatan says PTPN will be abolished BN says it will bankrupt the country.
ReplyDeleteSpend money on the rakyat ,it will bankrupt the country.
Not getting back one cent from NFC will not bankrupt the country,not getting back one cent from TR will not bankrupt the country,not getting back one cent from PKFZ will not bankrupt the country. Overpriced govt procurement will not bankrupt the country.This people need a refresher course in economics from Rafizi.