Friday, 28 September 2012

Memilih UMNO bukannya Wajib(2)



Dr Mahathir menulis panjang lebar mengenai bahaya Melayu berpecah. Biasalah tu- ketika dalam UMNO kita dah lali dengan cara dan gaya Dr Mahathir- memarahi sudah, mengancam sudah, memujuk sudah dan menangis pun sudah. Rakyat berubah, tapi UMNO semakin beku.
Ye lah, kita tahu, bersatu itu lawan kepada berpecah. Soal nya, mengapa bersatu dibawah UMNO? Sebab UMNO itu Melayu? Orang akan jawab- Melayu dalam PAS bukan cukup Melayu lagi? Melayu dalam PKR itu, jenis Melayu lain? Melayu dalam DAP itu telah menjadi kafir atau bukan jadi Melayu lagi? Di mana2 pun , Melayu tetap Melayu. Melayu UMNO tidak lebih dari Melayu dalam parti lain.
Bukan nya orang Melayu tidak suka bersatu- tapi mereka enggan bersatu dibawah UMNO. Maka yang perlu ditanya ialah mengapakah UMNO kian hari ditolak oleh orang Melayu?
Tahun 2008, ada 5.7 juta pengundi Melayu. Calun2 UMNO hanya dapat 2.38 juta undian. Tolak 380 ribu pengundi bukan Melayu, maka undi dari orang Melayu untuk calun UMNO hanya 2 juta. Apa makna nya itu? ertinya, 3.7 juta orang Melayu, termasuk juga 1 juta lebih ahli UMNO telah menolak UMNO. Itu soalan yang mesti ditanya oleh DR Mahathir- bukan meratapi penolakan orang Melayu kepada UMNO.
Jadi dia menyeru supaya Melayu bersatu. Diagnosis nya betul, tapi preskripsi nya salah. Melayu berpecah kerana sudah tidak mahu terima agenda UMNO- agama, bangsa dan negara. Rakyat tahu UMNO bukan lagi satu2 nya parti yang boleh berjuang untuk agenda agama, bangsa dan negara. Dalam demokrasi, rakyat boleh membuat pilihan. Rakyat Malaysia boleh memilih antara beberapa buah parti. Orang Melayu contohnya, boleh melihat kepada saingan UMNO yang paling sengit- PAS atau PKR. Tidak mengapalah jika orang Melayu kurang senang dengan DAP- tapi mereka boleh melihat dan membandingkan UMNO dengan PAS dan PKR.
Hari ini asas pilihan rakyat bukan lagi cerita kenangan lama mengenai UMNO. Zaman tersebut sudah berlalu. Zaman pemimpin UMNO dirangsang dan dimotivasi oleh agenda2 tinggi, hari ini dikoprapkan oleh pemimpin UMNO dengan agenda memakan rasuah dan mengayakan diri sendiri. Hal ini menjadi jadi semenjak Dr Mahathir sendiri menubuhkan sebuah parti baru, UMNO 88. Pemimpin yang idealistik dan tidak mementingkan diri diganti oleh pemimpin yang berkepala bisnes dan mementingkan diri sendiri. Bahkan parti yang mewakili aspirasi, kembimbangan dan harapan orang Melayu, di ganti dengan parti yang sudah tidak di kenali orang Melayu.
UMNO dan Dr Mahathir menuai apa yang mereka telah tanam.
Rakyat mengadili parti politik dari sudut pemimpin nya, pimpinan nya, agenda dan dasar2 untuk rakyat. Rakyat juga melihat kepada siapa yang menganggotai parti yakni ahli2 parti dan rakyat juga tengok penyokong2 parti. Rakyat tidak suka kepada pemimpin yang hipokrit dan rasuah dan bermuka2. Rakyat tidak suka kepada kepimpinan yang lemah dan tidak cekap. Rakyat menilai sama ada agenda yang ditawarkan menguntungkan rakyat dan memberi faedah kepada negara. Akhir sekali, rakyat juga menilai kualiti ahli parti- kalau ahli parti tidak ada disiplin dan laku perangai  macam samseng, maka rakyat akan menganggap parti tersebut mencerminkan kesamsengan pemimpin nya. Kalau budak2 UMNO macam samseng, maka orang akan kata, bapak borek , anak rintek.  Cikgu kencing berdiri, murid kencing berlari.
Jadi tidak perlulah Dr Mahathir meratapi mengapa orang Melayu tidak bersatu dibawah UMNO. Lihat pada diri UMNO sendiri. Kalau Dr Mahathir enggan melihat UMNO dengan kaca mata yang sebenarnya, rakyat telah berbuat demikian.
Dan apa yang mereka lihat? Para pemimpin UMNO rasuah dan korap, mencabuli kuasa, membuli dan menghamba abdikan rakyat. Suatu hari saya bertanya Tun Daim Zainudin, apa pasal susah sangat kerajaan memerangi rasuah dalam negara ini? Tun Daim telah menjawab – macam mana kita hendak benteras rasuah, bila wang telah berjalan sehingga ke nombor 1?
Dan Dr Mahathir sendiri, ketika menghadhiri suatu jamuan tengah hari bersama sama bekas menteri cabinet nya, dengan keras sekali mengistiharkan bahawa semua pemimpin kerajaan dari yang tertinggi sampai kebawah, adalah perasuah dan korap.

14 comments:

  1. dengan izin Dato' -

    Merebut kesempatan yang tidak akan datang lagi ...

    .... apakah dengan begitu mudah UMNO menyerah kalah dari pentas politik Malaysia ?

    .... begitu banyak jerangkap samar yang telah dipasang oleh UMNO untuk memastikan kewujudannya kekal buat selama-lamanya, permainan kotor UMNO termasuk
    - membeli wakil rakyat Pakatan yang diketahui, boleh dibeli maruah dan harga diri dengan wang ringgit, mungkin kerana terlalu banyak hutang atau sudah terlior melihat wang yang di janjikan UMNO
    - membeli para pengundi dengan RASUAH yang menghilangkan harga diri para pengundi;
    - memastikan pertumbuhan TIDAK SIHAT pengundi HANTU di semua KOTAK UNDI yang sudah dikenal pasti memberikan kemenangan tipis buat Pakatan;
    - merubah DAFTAR PEMILIH bagi menghilangkan atau merumitkan pengundi disesuatu kotak undi yang dimenangkan pembangkang
    - menambah jumlah undi POS bagi kotak-kotak undi bagi kepentingan pemimpin UMNO
    - menjalankan operasi menganti kotak undi dengan undi-undi yang hanya memenangkan UMNO
    - membeli undi para pengundi, pada hari pembuangan undi;
    - mengunakan KHIDMAT kumpulan samseng dari PERKASA dan PEKIDA untuk mengancam sehingga mengakibatkan pergaduhan sesama Melayu;
    - memutar belit setiap kenyataan pemimpin pembangkang dalam media arus perdana tanpa mengira tata susila pemberitaan yang adil;
    - memastikan POLIS dan PEHAK BERKUASA tempatan tidak menegluarkan permit bagi acara-acara yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat;

    tapi kesemua ini sudah dipakai dan mungkin sudah diketahui oleh mereka-mereka yang dulunya menjadi anggota UMNO tapi sudah bertukar menjadi pembangkang, pelbagai taktik digunakan oleh UMNO diperingkat PUSAT, BAHAGIAN dan PETI UNDI

    tapi yang benar-benar BOLEH mengalahkan UMNO adalah KESEDARAN ORANG MELAYU itu sendiri, yang UMNO tidak boleh diharapkan lagi, dan sekarang ORANG MELAYU mempunyai pilihan yang lebih baik buat ORANG MELAYU ....

    Partai Golongan Karya, GOLKAR, milik Suharto, terkalah bukan sebab GOLKAR itu tidak kuat, tetapi sebab KESEDARAN MASYARAKAT Indonesia untuk mengubah nasib mereka dari terus di tindas oleh golongan KKN, koruptor, kronisme, dan nepotisme yang dekat dengan Suharto,

    Suasana yang sama KKN, sudah sekian lama wujud di Malaysia dibawah UMNO tetapi dimasa dulu tidak ada pilihan lain buat ORANG MELAYU, bahkan buat orang CINA dan begitu juga buat bangsa-bangsa yang lain, tetapi sekarang sudah terbukti ORANG MELAYU dan bangsa-bangsa lain punya pilihan yang lebih baik dari UMNO, seperti yang di BUKTIKAN di KELANTAN, SELANGOR, KEDAH dan PULAU PINANG ...

    Perubahan MINDA dan cetusan INILAH MASA dan KESEMPATAN untuk MERUBAH perlu di rebut oelh ORANG MELAYU sebelum UMNO terus memperkuat kedudukannya untuk terus MEROMPAK KEKAYAAN negara buat kroni mereka sendiri ....

    ReplyDelete
  2. Melalui interaksi saya dengan penduduk di beberapa tempat di lembah Klang saya mendapat maklumat bahawa pada PRU yg lepas ramai penyokong dan ahli UMNO/BN yg tidak keluar mengundi kerana tidak suka kepada pimpinan UMNO/BN pada masa itu dan ramai yg mengundi pembangkang kerana sebab yg sama. Namun, keadaan sekarang tidak sama lagi. Walaupun UMNO/BN bukan yg terbaik dalam menerajui kerajaan sebab beberapa kepincangan individu yg menerajuinya dan bukan menjadi rahsia lagi, namun parti atau individu yg bersungguh-sungguh untuk mencabarnya juga tidaklah yg paling 'suci' dan ini pun bukan menjadi rahsia lagi. Apa yg dapat saya simpulkan adalah pihak mana yg akan berjaya membentuk dan menerajui kerajaan nanti adalah pihak yg benar-benar dapat menyakinkan pengundi bahawa 'niat' serta 'hasrat' mereka untuk mensejahterakan kehidupan semua rakyat dalam pelbagai bidang bukanlah 'omong kosong' dan dibuktikan dgn tindakan yg nampak nyata. Oleh itu kepada DSN dan DSAI dan para penyokong mereka, 'ingatlah' semua rakyat tahu mereka berdua bukanlah 'lembu suci' yg tidak boleh dikorbankan.

    ReplyDelete
  3. Dato dengan izin saya ingin melakarkan gambaran jika UMNO diberikan kuasa untuk terus memerintah,

    1.... sebaik sahaja memenangi pilihanraya, rakyat akan dibebankan dengan beberapa kenaikan yang hingga kini belum dapat dilaksanakan sebagai sebahagian dari cetak biru yang digariskan oleh PEMANDU dalam memastikan Malaysia tid BANGKRAP menjelang 2015,
    .... kenaikan harga bahan bakar, dan pengurangan subsidi petroliam dari PETRONAS,
    .... kenaikan harga bahan bakara akan mengakibatkan multiplier effect kepada kesemua sektor ekonomi yang tersentuh dengan pengunnaan bahan bakar, termasuk pengangkutan, bekalan kuasa letrik semua jenis barangan berkakibat dari pertambahan pengeluaran kos pengeluaran dan penangkutan,
    .... kenaikan cukai yang tertangguh dari cukai perkhidmatan GST, yang juga mempunyai multiplier efffect sementara dan berjangka panjang, sebab cukai harga barangan dan perkhidmatan akan anaik dalam masa terdekat, dan pengguna akan mengurangkan perbelanjaaan dan ini memaksa semua industri menaikkan harga barangan bagi mengekalkan paras keuntungan
    .... kenaikkan harga letrik dan air, yang tertangguh sebab boleh menjadi faktor yang mengalahkan BN, dan secara langsung timbul dari pengurang subsidi bahan bakar dari PETRONAS, yang akan membebankan pembekal kuasa IPP, yang akan "terpaksa" menjual kuasa dengan kadar yang lebih tinggi kerana mengekalkan paras keuntungan
    .... kenaikkan TOL, yang sudah beberapa tahun ditanggung oleh kerajaan untuk menjaga kepentingan pemegang konsession

    2.... dari segi pembaikan sistem politik, TIADA pembaharuan akan berlaku, kerana UMNO bila menang akan bertambah ANGKUH dan tidak ada sebab untuk mereka berubah kepada TIDAK meneruskan agenda RASUAH, SALAH GUNA KUASA, MENYEKAT PERKEMBANGAN MEDIA BEAS, dan AKTIVIS KEMASYARAKATAN, dan adalah dijangkan yang akan bertindak lebi GANAS kepada musuh-musuh politik UMNO,

    .... tiada pemabikan akan berlaku di dalam politik SABAH dan SARAWAK, kerana UMNO tidak berkekuatan menumbangkan TAIB MAHMUD di Sarawak dan UMNO akan membatalkan Suruhanjaya diRAJA mengenai pemberian KERKAYATAN di Sabah kerana ini akan membuka kesalahan MAHATHIR dan UMNO

    3.... dari segi pembaikkan sistem PERUNDANGAN dan KEADILAN buat rakyat, tiada perubahan akan berlaku, dan RAKYAT akan terus ditindas, dan semua kes-kes RASUAH melibatkan UMNO dan BARISAN NASIONAL akan menjadi FILE KIV di Pejabat Peguam Negara.

    4..... evolusi DEMOKRASI Malaysia terbantut, dan SPRM akan meneruskan kerja-kerja mengekalkan penguasaan UMNO-BN dalam politik Malaysia, Malaysia akan berada pada tahap yang lebih rendah berbanding Indonesia, Thailand dan Filipina

    5.... ROSMAH akan berbelanja lebih hebat dari sekarang .....


    macam mana Dato' cukup setakat tu dulu, I think it is best to ditch the DEVIL we know, and chart a different path to what UMNO will continue to do ....

    OrangBaruLahir

    ReplyDelete
  4. Anon 10:41

    Kita pengundi mahu tidak mahu kena membuat keputusan apabila tiba haari mengundi PRU 13 nanti. Kita tentunya telah membuat pilihan dan masih belum terlambat untuk mengkaji semula hingga sesaat akhir kerana suasana politik sekarang begitu fluid sekali.

    Pada saya antara faktor yang menjadi asas pertimbangan saya adalah :

    1. parti manakah yang menawarkan agenda politik yang lebih baik dan munasabah.

    2. Track record. Dalam keadaan sekarang tentunya kita tidak boleh membuat perbandingan terus tentang rekod pencapaian dan kegagalan antara BN dan Pakatan sebagai Kerajaan Persekutuan kerana Pakatan belum pernah membentuk kerajaan persekutuan.Agak rumit.

    Dalam senario hari ini, kita perlu mengkaji pencapaian kerajaan Pakatan melalui pencapaian kerajaan negeri dibawah mereka. kita perlu melihat dimana kekuatan mereka dan kelemahan mereka dalam mengurus kerajaan negeri masing-masing dan membuat keputusan tentang kemampuan mereka untuk memerintah kerajaan persekutuan.

    Antara dokumen penting yang boleh membantu adalah laporan Ketua Audit Negara.

    3. Saya juga ingin melihat kepada ketua parti yang akan bertanding.

    Saya akan membandingkan kredibiliti dan liabiliti yang ada pada kedua mereka. Ini penting kerana faktor ini akan memberi gambaran seupayaannya memimpin negara terutama dalam keadaan krisis. kita tidak mahu pemimpin yang hanya pandai mencipta/menjual impian tetapi tak buat apa-apa atau tidak berupaya memimpin kerana takut kepada warlords partilah, takut itulah, takut inilah.

    menilai antara DSN dan DSAI - kedua-duanya sdra kata tidak suci. Senang je. Senaraikan apa yang tidak bersih itu. Kemudian stike out mana-mana yang dah selesai atau terbukti secara undang-undang tak benar.

    Itulah yang saya akan lakukan dalam PRU 13 nanti

    ReplyDelete
  5. i for one obviously disagree with mahathir's statement that malays are ungrateful if they reject umno in ge13.
    as a true malay myself (unlike mahathir who simply claims to be a malay but obviously doesn't know diddly about the race), i know pretty well that the majority of malays are actually:
    1)rather generous, in that we would allow time for some politicians wanting to address our community (heck, we'd even throw a feast and sacrifice one of our cows or a goat or just some chickens to go with plain rice or pulut kuning, if a yb pays that rare visit to our kampung albeit merely to hand over the single new microphone to replace the broken one in our mosque),
    2)rather shy, in that we couldn't find the heart and words to tell the politician to skip our kampung from his pre-election visitation list although we don't really welcome him in our hearts (and even here we'd still be generous and throw a nice feast to welcome him!),
    3)rather non-confrontational, in that we'd allow the politician to speak his mind without the folks throwing tomatoes nor rotten eggs nor shoes nor red paint midway his speech (a few who cannot bear would simply leave if this is after the feast),
    4)rather accommodating, in that we'd allow him time to finish the full pitch of himself, and we'd even serve kopi O with cheap crackers afterwards (even if we deplore or disagree with his political statements),
    5)and rather grateful, in that when it's finally time for him to say "okay i'm leaving" and time for the already-sleepy old folks to clean up after his crumbs and wash his cup and saucer, we'd still find time to gather round so each folk would shake hands with him saying thanks repeatedly for that one new microphone while cracking one or two microphone-related jokes, maybe asking him to drop by again for a karaoke session using the shiny mike,
    and yes, if he does visit again for whatever reason, or if we stumble upon him elsewhere (whether or not he recognizes us) we'd still mention that microphone and repeat our thanks to him (although we know damn well that the 1 or 2 hundred ringggit used did not come from his own pocket, nor was he the one having had to spend time going to the store browsing for the most suitable mike for our mosque!)
    and yes, even if we actually want somebody else to be our yb, but if he gets re-elected instead, and he'd announce he'd be dropping by our kampung as yet another pre-election visit, we'd still show that we're grateful, we'd still welcome him, and we'd still plan another feast (during which some of the folks would again mention about that mike two elections ago and still thank him again!)

    so, mahathir, the malays are generally very grateful, and the malays have shown that they have been grateful to umno - by giving umno those 55 years. if we have not been grateful, we'd have kicked umno out loooooong ago!

    so it is YOU, mahathir, who are not grateful to us the general malay folks for having had the luxury of, and who are mudah lupa about, our votes the past not 5yrs not 15yrs, but 55years! shame on you who claim to be a malay!
    mahathir, you should charter a bus and visit each kampung throughout malaysia and say that you are grateful to each malay for they had let you become the pm for 22yrs, the longest ever allowed by the folks!

    -average joe-
    klakka-la.blogspot: TANYALAH USTAZ, EH HAKIM

    ReplyDelete
  6. Dato',

    Bagaimana PR boleh dapat kemensngan 112 kerusi saya pun rasa tak yakin.Mana tidak Pro Aspirasi menanf besar di hampir semua IPTA !!.Bukankah ini kayu pengukur PRU 13?.

    Kita boleh shiok sendiri disni tapu diluar sana UMNO sangat yakin berjaya lagi.Saya pun fikir mereka boleh menang mudah.

    ReplyDelete
  7. Salam Sdr Arif Dan Pelayar Blog,

    Jika mengikut analisa pengundi yang diketengahkan, orang Melayu telah bersikap objektif semasa mengundi. Syabas.

    Kalau kita duduk bagi sokongan kpd umno saja, ketua2 umno yang menjual hak Melayu.
    Kuncu2 yang kaya raya melalui umno hidup mewah hingga boleh makan 3,4, keturunan(kalau tak berjudilah)
    Sekarang ini terdapat ramai ketua2 dlm umno separuh Melayu, mereka ini lebih ramai dari Melayu tulin yang memperolehi kesenangan jika dibanding dgn orang Melayu.

    Jadi orang2 Melayu janganlah kusyuk sangat dengan Melayu umno nie.
    Yang buat undang2 baru banyak menyusahkan MElayu orang ini juga. Yang tidak ada tolak-ansur semasa timbangrasa boleh gunapakai, orang Melayu juga.
    Yang mengaut kekayaan yang sepatutnya dibahagi2 orang Melayu juga.
    Saya cadangkan konklusinya, PRU 13 nanti kita bagilah pula peluang parti lain menang, selalunya yang baru ini akan berhati2 sikit. Jika demikian kita rakyat biasa ini bernafaslah sikit.Harap2 mandat yang diberi dapatlah menyekolahkan mereka yang telah menjadi kurang cerdik kerana telah lama makan terlalu kenyang.
    Cadangan Sdr SU PKR untuk mengodit puak2 kenyang ini sangat baik, kerana jika mereka tidak berhak, kekayaan yang mereka kumpul selama ini perlu dikembalikan kepada negara. Tak kira bangsa apa mereka, yang utama adakah kekayaan yang diperolehi selama ini bersih dari unsur rasuah, salahguna kuasa,proksi dan sebagainya. Kita buka sekolah asas untuk mereka ini mengajar tentang amanah.....wasallam.

    ReplyDelete
  8. average joe, as a Chinese, I fully agree with you on all the five traits you have mentioned, but you have missed out one more, which makes the Malays all the more admirable in adversity: Malays, in the worst of time, can make a joke about themselves as if teasing themselves while eliciting merriment in others can instantly numb their pain.

    Mahathir has pained the Malays for too long. Together, we and our other compatriots must rebuild a new Malaysia. We have enough talents from all races to do it. We have enough grateful people to fulfill the wishes of the founding fathers of this nation.

    ReplyDelete
  9. The country must hit rock bottom for real change to happen.

    ReplyDelete
  10. Dato,

    Kini SPR sedang bekerja keras untuk melahirkan 3.7 juta pengundi hantu...

    ReplyDelete
  11. Dato,

    Setuju bukannya wajib untuk rakyat memilih UMNO.

    Adalah wajib untuk SPR melahirkan pengundi hantu sebanyak 3.7 juta sebelum membubarkan parlimen untuk PRU13.

    ReplyDelete
  12. Bajet terbaik sejak zaman nabi adam ha ha. Juga bajet terbaik sejak zaman azazil penghulu segala iblis. Najib pecah tabung terakhir belanja sesuka hati dan sepuas nafsu dia sebelum hari kiamat pada pru13.

    ReplyDelete
  13. " contingent liabilities yang bernilai RM117 billion ".

    Considering the revenue figure is not accurate and overstated.....this is a serious matter.

    ReplyDelete
  14. "...semua pemimpin kerajaan dari yang tertinggi sampai kebawah, adalah perasuah dan korap...."

    Jadi cara dia jadi Pemimpin Utama konon, ialah betul-betul tipu setan! Keji sangatlah Mamak Kutty ni. Bersatu nak jadi apa? Jadi korap?

    Hai ! Keji !

    ReplyDelete