Please be
patient. There will be an essay on this 2013 budget in the English language. Right
now I am tackling the Bahasa Melayu readers.
Hari Jummat lalu, ketua otobot, Optimus Prime Najib telah membentangkan bajet. membawa usul dalam parlimen untuk mengeluarkan suatu jumlah wang dari kumpulan wang yang disatukan untuk pelbagai tujuan.
Erti nya, Najib memohon kelulusan duit rakyat untuk diperlakukan ikut program yang kerajaan dia telah plan. so, please ingat. bajet 2013 is not Najib's gift to Malaysians. its our money that he plans to use. the old rule still stays- our money is best managed by us instead of a deceiving Optimus Prime, chief TRansformer. we manage it, by keeping a close tab on how his government uses OUR money.
Hari Jummat lalu, ketua otobot, Optimus Prime Najib telah membentangkan bajet. membawa usul dalam parlimen untuk mengeluarkan suatu jumlah wang dari kumpulan wang yang disatukan untuk pelbagai tujuan.
Erti nya, Najib memohon kelulusan duit rakyat untuk diperlakukan ikut program yang kerajaan dia telah plan. so, please ingat. bajet 2013 is not Najib's gift to Malaysians. its our money that he plans to use. the old rule still stays- our money is best managed by us instead of a deceiving Optimus Prime, chief TRansformer. we manage it, by keeping a close tab on how his government uses OUR money.
Kita tidak
sedar, kerajaan Najib menyusun kehidupan negara keliling hutang. Kita membangun diatas hutang yang kian menimbun. Ini sudah tahun ke 14, ekonomi kita dalam defisit- kita belanja lebih dari pendapatan. lain negara sudah diistihar muflis. Pemimpin negara kita kata ok.
We structure the life of the country around debt. Even when the economy is good, we still borrow instead if using increased revenues when the economy was good to pay off our obligations. When we do that, it means, debt is structural.
We structure the life of the country around debt. Even when the economy is good, we still borrow instead if using increased revenues when the economy was good to pay off our obligations. When we do that, it means, debt is structural.
Walaupun ekonomi
bagus, Najib tetap juga berhutang dan tidak menggunakan pertambahan pendapatan
ketika ekonomi baik untuk mengurangkan hutang. Ertinya, kerajaan Najib
membudayakan hutang dalam kehidupan negara. Bila ekonomi teruk, kita berhutang.
Bila ekonomi dah baik pun kita berhutang. Ini dinamakan hutang kita dah jadi
hutang structural. Dah jadi darah daging. Ini wasathiyah Najib.
Maka PM
Najib pun tak kira lah. Asyik berhutang dan terus meyakinkan kita , ekonomi
akan pulih dan kita akan bayar. Bayar dengan apa? Hasil kutipan cukai tidak
berkembang. Hasil menyewa harta benda rakyat tidak boleh diperlakukan sewenang
wenang nya. Kalau boleh, Malaysia dikasi sewa kepada Singapura. Hasil dari
keuntungan minyak Petronas pun akan mengurang. Jadi nak bayar dengan apa? Lama kelamaan,
base cukai akan dikembangkan- Najib akan kenakan GST kepada kita semua. Kalau tak,
nak dapat mana duit nak bayar hutang?
Memanglah meminjam
bukan lah perkara yang seburuk yang disangka. Hutang kerajaan Singapura misalnya
pun amat besar. Semua orang berhutang. Tapi ada beza nya. Kemampuan bayar
semula kita lain. Hutang mesti dikaitkan dengan prestasi negara dari sudut pendapatan
hasil atau revenue. Kemampuan membayar tentulah dicerminkan oleh surut atau
naik pendapatan.
Berapa anggaran
revenue negara? Kerajaan Najib anggarkan
revenue naik dari RM 207.2 billion kepada RM 208.6 billion untuk tahun 2013. Ini peningkatan sebanyak 0.7%. punya lah cakap besar. Ekonomi lestari itu
dan ini. transformasi dah berjaya. Dah mendatangkan buah. Najib tidak juga beritahu kita, inilah
peningkatan yang paling perlahan dalam sejarah ekonomi kita sejak tahun 1999.Belanja dicadangkan RM251.6 billion. Makna nya, sekali lagi defisit sebanyak RM43 billion.
Kerajaan wasathiyah
dan Optimus Prime Transformer Najib menanggung hutang yang kian meningkat
kerana hendak membiayai pelbagai macam fikiran mabuk dia. Hutang kerajaan
meningkat dari RM363 billion dalam 2009 dan RM456 billion in 2011. Untuk tahun
2012, hutang kerajaan pusat yang dianggarkan ialah ialah RM502 billion. Ertinya,
sejak 8 tahun yang lalu, hutang kerajaan pusat meningkat ke tahap 107.4%.
Kerajaan Najib
sibuk bila kerajaan Kelantan atau Selangor atau Kedah atau Pulau Pinang berhutang.
Tapi bila kerajaan PM sendiri berhutang dia orang semua buat donno sahaja. Mereka
akan kata kerajaan berhutang sebab nak tolong rakyat dan membangunkan negara. Soalan:
bukan itu juga boleh dijadikan alasan mengapa negeri PR pun turut berhutang?
Kelantan tidak ada hutang dengan kerajaan Federal. Selangor tidak ada. Penang
hanya sedikit sahaja tinggal. Kedah tidak berhutang.
Yang bahaya
nya, ialah hutang kerajaan kita sekarang ialah hutang structural. Hutang structural
berbeza dengan hutang cyclical yang turun naik disebabkan pendapatan ada turun
dan naik. Hutang structural ialah hutang yang ujud walaupun pada masa masa
ekonomi baik.
Dalam keadaan
ekonomi kuat, kerajaan terus berhutang. Bila pendapatan kita lebih dari perbelanjaan,
kita terus juga bergantung kepada hutang. Ertinya, hutang structural berlaku
walaupun ekonomi bagus. Kerajaan terus belanja melebihi pendapatan nya. Ini berbeza dengan hutang cyclical. Hutang cylical
berlaku bila ekonomi lemah kerana kutipan cukai jatuh misalnya. Bila ekonomi
mengembang, kita kutip cukai dan bayar hutang sementara yang kita telah ambil. Ini
cara berhemah dan wasathiyah. Ini tidak- bila hutang sudah menjadi sebahagian
dari budaya berkerajaan, PM Najib pengurus ekonomi KITA, tidak mahu bayar hutang bila ekonomi bertambah
baik. Walupun ada lebihan atau surplus, mereka terus hutang lagi.
kita
menyusun kehidupan negara keliling hutang- dengan cara melengkapi hidup kita
dengan menghias negara kita dengan projek yang menyebabkan kita berhutang. Kita nak river
of life sedangkan rakyat Melayu di kampong dan desa masih memerlukan
kemudahan asas. Kita nak bina MRT yang kos nya sudah pun lebih dari RM50 Billion
untuk keselesaan penduduk bandar. Penduduk kampong yang rata2 nya orang Melayu
bagaimana?
Kita tidak
memerlukan sebuah kerajaan yang berhutang. Kita ada pilihan untuk menyertai
budaya berhutang ini atau tidak. Keputusan untuk mengarah halatuju hidup kita
memerlukan hanya satu cara sahaja- menolak kerajaan PM Najib. Ia boleh di
lakukan.
Bagaimana kita
nak betulkan keadaan? Dengan dasar ekonomi yang betul yang memerlukan dasar
yang nyata dan direct. Hutang structural hanya boleh di tangani dnegan cara
mengurangkan perbelanjaan, menaikkan cukai atau melebarkan base bayaran cukai. Kita
kena buat. Kurangkan belanja keatas kos operasi yang tidak perlu. Menyerapkan
anggota rela, kemas, jasa semua meningkatkan kos operasi. Mengapa kita perlu
ejen2 UMNO ni? Kita boleh potong paling kurang 70% dari kelompok ini dan
mengurangkan perbelanjaan operasi. We don’t need 10 people to look after one
cow.
Potong juga
belanja keatas projek2 mewah. Program dibawah Permata berlian, emas, perak atau
zamrud tu semua tidak berguna. Setelah belanja banyak, apa results nya yang
kita dapat?
Najib tak
beritahu kita. Memang cara dia deceive rakyat. Hutang yang kian meningkat dan
bayaran yang kita kena buat tentulah akan menyekat perbelanjaan mengurus dan
membangun pada masa hadapan. Tambah lagi, kadar pertubuhan dalam revenue atau
hasil yang dah mula perlahan. Kita takde duit dah. Dalam tahun 2003, kita bayar 10.5 billion
hutang kerajaan. Dalam tahun 2008, kita bayar RM 12.8 billion. Dari tahun 2008
sampai ke 2013 nanti, kadar servis hutang kerajaan meningkat 73%.
Hutang kerajaan
kita sudah sampai 53.7%. hanya 1.3% dari had 55% yang dibenarkan. Tapi angka
ini pun tak betul. Najib sembunyi lagi. Sebab dia tak beritahu, angka ini
kurang tepat sebab hutang kerajaan yang tak lansung pun menggunung. Bagaimana? Dia
tidak beritahu kita bahawa kerajaan ada contingent
liabilities yang bernilai RM117 billion setakat December 2011. Dan contigent
liabilities ini akibat beri gerenti hutang kroni2 akan makin menggunung dalam
tahun 2013 kerana perbelanjaan keatas projek MRT yang setakat ini berkos RM53
billion. Kita tak campur lagi jaminan kerajaan kepada projek2 mega yang lain.
Yang bahaya
nya, ialah perbelanjaan2 ini semua belanja off-balance sheet dan tidak dikira sebagai hutang rasmi. Tapi semua
nya di biayai oleh kerajaan dengan hutang.
Kalau kita
tak tolak kerajaan Najib, Najib akan bawak kita kearah negara Eropah yang
bangkrap. Spanyol ada nisbah hutang/GDP sebanyak 68.5%. macam kita lah ada nisbah
hutang-GDP hanya 53%. Tapi Spanyol sebab ada pelbagai contingent liabilities
dan menebus hutang syarikat2 kroni, nisbah sebenar hutang/GDP menyebakan ekonomi
tersebut hancur lebur. Kita mesi tolak program ekonomi Najib sebab dia akan
membawa kehancuran kepada ekonomi kita.