Saya taknak
percaya takdir atau destini orang Melayu ialah mereka kena tipu sepanjang zaman.
Inilah dia akibat bersetia dalam mati. Komrad Kassim Ahmad semasa dia sibuk
bersosialis dahulu ada buat sajak. Bunyi nya: Sekian lama kita mati dalam
setia. Kali ini kita hidup dalam durhaka.
Tidak mengapa
kalau dia sendiri tidak percaya lagi tentang apa yang dia tulis. Rakyat terutama
orang Melayu, kalau mahu kenal erti hidup mesti durhaka.
Kita kian
hampir menyempurnakan ibadat puasa. Kena lah tahu beberapa iktibar dari ibadat
puasa tersebut. Menahan lapar, dahaga dan menjauhi dari menggauli isteri. Ertinya,
melatih diri meninggalkan kebiasaan. Perkara yang biasa dalam hidup manusia
ialah makan, minum dan menggauli isteri. Tuhan suruh tinggalkan kebiasaan2 ini.
demikian juga, kebiasaan orang Melayu ialah mengundi dan menyokong UMNO. Jadi tinggalkan
kebiasaan menyokong UMNO, sokong PR.
Hidup orang
Melayu tidak ada makna jika asyik menerima sesuatu sebagai sudah termaktub. Jangan
sekali kali membiasakan diri menerima penentuan yang dibuat oleh orang lain. Ini
yang UMNO suka buat. Ia menghambakan orang Melayu. Apa istimewa nya mereka? Banyak
mana cerdik nya mereka.
Ada termaktub
dimana mana, PM Malaysia mesti berbinkan Tun Razak, berbinkan Hussein Onn,
berbinkan Mahathir? tidak ada. Ada disebut dalam mana mana kitab, bahawa semua
fkiran yang datang dari Najib mesti ok punya atau terbaik? Janganlah kita
taksub sangat dengan pengunggulan sesuatu tokoh. Meraka tidak ada lebih dari
kita dan kita pun tidak kurang dari
mereka.
Orang Melayu
mesti membebaskan diri mereka dari belengu penjara minda. Kita memilih dan
mendaulatkan sesoarang bukan sebab dia berbinkan sifulan2- tapi kita angkat
pemimpin berdasarkan apa yang dia boleh sumbang dan berdasarkan kelebihan yang
dia ada.
Kalau orang
Melayu hendak majukan diri mereka mesti membiasakan diri dengan nilai2 kejayaan
dan pencapaian dan kesewarjagatan( achievement values and universalism) . Apa makna
nya istilah2 ini?
Makna nya,
seperti dalam masyarakat yang lebih maju, semua orang dinilai mengikut apa yang
dia boleh lakukan dan bukan mengikut siapa mereka. Siapa mereka tidak penting
lagi. Seorang anak petani yang berwibawa dan ada kemahiran lebih berguna dari
seoarang anak bangsawan yang bodoh. Dalam masyarakat moden dan maju, sesiapa
sahaja boleh menawarkan diri untuk apa apa jawatan berbanding hanya di tentukan
boleh melakukan kerja2 yang ditetapkan oleh masyarakat. Contoh: orang dari
kasta bawah hanya boleh berkerja sebagai tukang cuci tandas. Walaupun dia ada
ijazah kolej atau university, disebabkan dia datang dari keturunan yang tak
betul, dia tidak boleh buat keraja yang lebih mulia.
UMNO suka
prinsip ini sebab bolehlah mereka menentukan yang jadi PM mesti datang dari
keluarga bangsawan dan elit . bodoh pun takpe, apa keturunan itu penting. Itu UMNO.
Rakyat menolak nya.
Kalau kita
terima asuhan UMNO, orang Melayu akan feudal. Feudal ertinya, majority rakyat
akan dihamba abdikan. Elit Melayu turun temurun akan memerintah Melayu
kebanyakan walaupun yang memerintah bodoh dan bebal. Yang dibawah tidak akan
dapat naik keatas, kerana ini ketetapan hidup. Selagi kita tidak mempersoalkan
ketetapan sementara ini maka selama itu kaum Melayu akan tertindas.
Cuba orangMelayu
berfikir- apa sebab mereka lebih mundur dari kaum Cina misalnya? Walhal Melayu
dan Cina terdedah kepada cuaca yang sama, kepada persikitaran yang sama. Namun,
kaum Cina lebih maju dalam ekonomi berbanding dengan orang Melayu. Apa pasal?
Persekitaran
yang sama menghasilkan keputusan yang berlainan? Macam mana boleh jadi begini? Jawapan
nya kita dapati dengan membezakan nilai2, motives, serta insitusi social dan
politik. Orang Melayu mundur sebab institusi politik mereka UMNO. Orang melayu
mundur sebab institusi social mereka memihak kepada golongan bangsawan dan
elit. Orang Melayu mundur sebab nilai2 yang mereka pegang menyekat mereka dari
kebebasan. Yang jadi penyekat sebetulnya ialah UMNO. Jadikan orang Melayu
penakut dan sentiasa bergantung kepada UMNO. Itu pasal UMNO mengeksploitasi
orang Melayu.
Orang Melayu
kalau hendak maju mesti ada semangat jebat yakni enggan menerima secara babi
buta. Kita Melayu mesti ada budaya enggan menerima sesuatu sebagai sudah
termaktub. Kebiasaan mencabar sesuatu kedudukan, pandangan akan melahirkan
Melayu yang robust dan rugged. Dengan cara
ini timbul Melayu yang ada jatidiri dan tidak takut untuk bersaing.
Tapi sentiasa
ditipu oleh UMNO, itulah yang terjadi. Pimpinan untuk bangsa Melayu ini bagus
setakat Hussein Onn sahaja. Mulai Dr Mahathir- nasib orang Melayu menjadi lebih
teruk. Memang benar kita ada pembangunan fisikal yang menakjubkan- tapi nikmat
merasai pembangunan tersebut lebih untuk orang Melayu yang terpilih, dipilih
oleh Mahathir. Nikmat kemajuan dan pembangunan dirasai lebih oleh kaum lain
yang mempunyai kuasa ekonomi. Rakyat terbanyak terus bergantung kepada
kerajaan. Bergantung makna nya mereka tidak merdeka dan tidak ada pilihan.
Selama 22
tahun dibawah pemerintahan Mahathir, 6 tahun dibawah Pak Lah dan sekarang di
bawah Najib, demikianlah nasib orang Melayu. Ya- najib pun tipu orang Melayu. Rakan
baik dia semua tauke Cina tapi dia biarkan UMNO menghasut orang Melayu
berkelahi dengan cina dan India.
Asyik kena
tipu. Ingatlah pengajaran berpuasa. Meninggalkan kebiasaan. Tinggalkan kebiasaan
menyokong UMNO.
Dato,not that the Umno has been cheating the Malays over and over again.Umno even tried to make the Malays vulnerable and dependent on them too.Then when come the elections,Umno/BN will hand out the carrots in the form of 2-5 hundred ringgit bills.This is to say that vote for Umno/BN and there will be more coming in the next GE,which will be 4-5 years from now.
ReplyDeleteJust look at NFC and Felda,and the Malays should realised that it is Umno,the party championing the ketuahan Melayu,that is screwing them.And Umno/BN are not only screwing the Malays.They are screwing the indegenious people of Sabah and Sarawak double hard too.And even zakat money meant for poor Malays is not safe from these crooks.If Zakat money is not safe from these people,than what is safe from them.
Dato' Sak,
ReplyDeleteSebenarnya UMNO ingin sangat meneruskan sistem perhambaan Melayu dengan mematikan terus keupayaan orang Melayu untuk bersaing dengan memberi orang Melayu kontrak kerajaan. Dengan itu orang Melayu tidak tahu dan tidak mahu bersaing untuk pasaran luar yang lebih luas. Jika kita lihat menteri2 UMNO dan juak2nya yang mentadbir kerajaan negeri, menghabiskan duit, berhutang keliling pinggang..macam taik judi. Maaf Zahir Batin, Selamat Hari Raya dan Hancur UMNO hiduplah Melayu
sedarkah melayu2 yg menyokong umgok laknatullah ini bahwa taraf pemilikkan harta bagi orang2 melayu di negara ini amat rendah dan dibuat supaya orang2 melayu sukar untuk memiliki harta seperti kereta, rumah, hartanah walaupun mampu... Mana tanggungjawap kera-jaan dan pemimpin2 yg kununnya menjaga melayu.. mereka inilah pengkhianat bansa yg sebenar.. mereka sedar perkara ini tapi mereka biarkan demi tembolok sendiri dan kekangan dari masalah peribadi dan masalah moral. mana dia kuasa politik yg dibangga2kan utk membela melayu... itu semua hanya tipu dan tipu semata... yg kaya hanyalah kaum kerabat mereka dan penjilat2 mereka...
ReplyDeleteaskm tok..
ReplyDeleteperlu selalu di ceritakan bahawa org melayu bleh hidup lebih maju tanpa UMNO...bukyinya org pandai2 spt arwah zaaba mati x jdi ahli umno pun
Assalamualaikum Dato' Sak,
ReplyDeleteKalau dah berbudaya yang berteraskan feudalisma, tuan tuan tanah kedaung ini tentu tak nak lepaskan peluang nak terus menjadi tuan tanah. Walaupun akal fikirannya sejengkal, tapi gaya hidup resam menjadi tuan tanah mesti terus kekal. Walaupun bangsa tergadai, masih terus mau berkuasa.
Selagi mana orang orang Melayu masih membiarkan minda mereka terus tertutup dengan menerima bulat bulat segala macam idea pihak tuan tanah, selagi itulah orang orang Melayu akan berada di takuk lama.
Tuan tuan tanah tentu terus mahu orang orang Melayu kekal jumud, supaya kekuasaan mental mereka terus kekal.
Melayu yang melawan arus mesti ditentang dan diperangi. Walaupun pihak tuan tanah sedar sokongan makin mengecil, tapi yang ada harus terus jangan disedarkan.
Senjata melawan pihak tuan tanah ini adalah pengetahuan, dan keberanian. Pertaman, orang orang Melayu harus tahu bahawa yang menjahanamkan bangsa sendiri ialah pihak tuan tanah. Puak puak ini yang menggadaikan bangsa Melayu dengan cara terang dan halus.
Orang orang Melayu juga harus berani. Tidak kurang Melayu kalau keluar UMNO. Tidak terjejas Melayu kalau tinggalkan UMNO. UMNO adalah wadah yang sudah jadi kelongsong dek dimakan dari dalam oleh puak puak tuan tanah.
Mudah mudahan kita semua akan mendapat semangat baru untuk mencari jatidiri Melayu yang sudah lama dimusnahkan oleh tuan tuan tanah kedaung UMNO.
Melayu Baru.
Dato
ReplyDeleteWaktu Hussein Onn,Kassim Ahmad d tahan ISA d Kamunting Taiping.Hussein Onn X open minded ler
wawa
Dato'
ReplyDeleteOrang Melayu dalam UMNO telah ditawan pemikiran mereka oleh golongan elit dan bangsawan di mana kebanyakan daripada mereka adalah Mamak Kutty.
Orang melayu ramai yang PHD. ini semua didikan siapa? Pemimpin UMNGOK dari dulu hanya mengkayakan kroni... Salah satu sikap melayu PHD la ni...
ReplyDeleteWah, macam ad Eveready battery pulak - lagi dan lagi dan lagi.
ReplyDeleteMana bleh Pak Sak, to forego sex for newly-wed people like me.
Mana boleh Pak Sak, tinggalkan UMNO. Dah jadi macam darah-daging kita. Makanan berkhasiat untuk kesihatan orang Melayu.
My credo is Seks and UMNO lagi dan lagi dan lagi.
I wonder whether you all received this text message which reads:
Survey Reformasi.
Jawapan anda hanya untuk kajian sahaja.Sapakah yang akan menjadi piihan anda pada pilihanraya akan datang. BN atau Pakatan.
Saya jawab: BN, of course. Dulu, kini dan selamanya.
Saya tak rasa kurang atau hina kerana menyokong UMNO. For the poor especially lagilah banyak benefit to vote for UMNO.
Ya, memang anak bangsawan dan elit mengetuai UMNO. So what. nOTHING wrong with that.
They have the advantage being groomed from young to be a leader.
They are well-trained, well brought up just like us their supporters.
Takdelah pulak dia menindas kita yang sama hebat dengannya.
Tun M, the greatest PM, we ever had gave opportunities to the best Malays to be on par with the Chinese.
Hussein Onn is nothing if compared to Mahathir. He pales into insignificance.
Najib is also great. At least he knows SOMETHING compared to Anu-War who knows NOTHING!
There's nobody right now who is better to lead than Najib. If you can name one, please do.
Nak menangis saya baca artikel Dato,org Melayu mmg dah lama jadi hamba di tanahair sendiri. Berkurun nenek moyang kita berjuang,tetapi hasilnya golongan elit yang tamak menguasai kehidupan org melayu. Org melayu paling terbelakang dari semua segi...sedih...
ReplyDeleteDato',
ReplyDeleteSaya rasa dah berbuih dah mulut memberitahu orang Melayu tentang masalah yg melanda mereka dibawah UMNO. Dah kering dah dakwat menulis namun masih terlalu ramai Melayu tanpa mereka sedar mempertuhankan pemimpin UMNO. Terlalu takut dan tidak yakin jika UMNO tidak lagi memerintah. Syukur Alhamdulillah, kita tidak tergolong dalam kumpulan yg begitu.
Saya dah lama nampak ni, orang UNMO bod** belaka sebab pilih pemimpin yang berbinkan orang bangsawan. Najib kenal ke erti susah sebab pak dia tu bangsawan? Umur 29 dah dapat jadi embee Pahang! Esok2 ni, si Hisamuddeen pula PM, lepas tu Mookreez, lepas tu KayJay pula, lepas tu ... lu fikiag la sendiri. Cuba buat statistik tengok, tentu 20-30% pemimpin UNMO tu anak bangswan. Ramai lagi yang lebih layak. Sedih melihat trend ini sekarang.
ReplyDeletePenghulu Him.
Salam Dato,
ReplyDeleteTadi pegi ziarah pengkebumian bapa saudara. Terjumpa ramai saudara mara.
Sempat berbual dengan dua saudara yang merupakan anggota kerajaan. Seorang bidang penguatkuasaan dan seorang lagi polis. Sekenal saya dengan mereka, memang penyokong kuat gomen yang ada.
Yang polis minta bantuan si penguatkuasa untuk bertindak ke atas peniaga disel haram....yang menurutnya berleluasa dan tanpa rasa takut!....Tetapi kedua-dua bercerita dengan penuh keluh kesah....kenapa?...si penguatkuasa kata akta untuk penguatkuasaan lembek!....senang boleh dicabar!....kita kerja buang masa sahaja!....
Mereka menambah yang buat kerja ini adalah tokeh2 pam minyak dan siap kuncu dan tonto!....Tonto bila sudah sedar penguatkuasa perasan boleh tukar kereta!....satu malam tonto sempat tukar 11 biji kereta!
Masing2 saya perasan sudah mula rasa meluat....moga2 mereka terbuka hati untuk berubah!...InsyaAllah!....Amin!!!
gheng lama
Salam Sak. AK 47
ReplyDeleteOrang Melayu mesti mencairkan minda jika ingin mobiliti sosial berlaku
Senang cerita kita TUKAR,TUKAR,TUKAR kerajaan yang ada sekarang....buktikan jangna cakap saja..
ReplyDeleteourleadershere conned all malaysians for the last 25 years-- ha ah hi hi-- cows also get conned n disappeared[[ millions illegals in sabah n KL-- a nation of illegals lahkk semua boleh masuk
ReplyDeleteAdakah orang Melayu sedar tentang derhaka Mahathir Kutty ?. Sekian lama orang Melayu terpedaya dengan Melayu palsu ini.
ReplyDeleteKutty ini memang pandang hina terhadap orang Melayu keturunan Melayu pra Merdeka kerana ia anggap mereka ini dari baka rendah (bacalah tulisan tulisan nya tentang ini)
Kutty ini hendak mencipta Melayu baru dari baka luar seperti Paki, Bengla , Indon khususnya dan lain lain secara amnya. Itulah sebabnya ramain pendatang tanpa izin diberikan mykad.Dikatakan Melayu tetapi tiada kaitan langsung dengan Melayu pra Merdeka.
Melayu celup inilah yang telah membolot peluang peluang dibawah DEB yang sepatutnya adalah untuk membantu keturunan Melayu pra Merdeka.
Pada suatu hari nanti , adakah bilangan Melayu celup ini akan melebihi Melayu tulin dari keturunan Melayu pra Merdeka ?
Sekarang bolih dilihat orang orang yang dikatakan Melayu tetapi macam orang asing rupanya yang menjawat jawatan tinggi dan juga berperniagaan besar. Adakah ini Melayu tulin ?.
QD 15 August 2012 13:39,
ReplyDelete"There's nobody right now who is better to lead than Najib. If you can name one, please do."..
I say, Ibrahim Ali, at least he has a backbone.. and that's a fact! LOL!
@ Loud Despair