Tuesday, 5 June 2012

Rais Yatim naik jobo lagi!


Masyarakat Melayu harus bersatu demi kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya umum akan datang bagi memastikan hak mereka tidak diketepikan pembangkang, kata menteri Kabinet hari ini dan mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim “tidak sayangkan Melayu, sistem beraja atau budaya Melayu.” Dalam menarik undi masyarakat Melayu, Menteri Penerangan, Komunikasi, dan Kebudayaan, Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim (gambar) turut menuduh negeri Pakatan Rakyat (PR) mengabaikan tanggungjawab terhadap masyarakat Melayu.


Penyakit apa yang mengenai Rais Yatim ni? Apa hal mesti bersatu di belakang UMNO? Apa yang special dengan UMNO Mahathir ini? adakah ianya memberi kita kebebasan bertindak mengatasi undang2? Dalam UMNO kita kena bertindak tertakluk kepada undang2- di luar UMNO pun sama, kita semua mesti operate di bawah undang2. Jadi tidak ada special nya berada dalam UMNO. Perkara yang boleh di perjuangkan bersama UMNO, boleh juga di perjuangkan diatas wadah bukan UMNO. Berada dalam UMNO, adakah ianya memberi kita kekuatan luar biasa? Tidak ada. Jadi kenapa mesti kita bernaung di bawah UMNO yang telah membawa kerosakan kepada bangsa Malaysia?

Semenjak 2008, UMNO telah kehilangan standing untuk bercakap bagi pihak bangsa Melayu. Lebih besar jumlah orang Melayu yang tidak menyokong UMNO.  UMNO hanya dapat 2.381 juta undian. Jika kita andaikan 380 ribu pengundi ketika itu adalah bukan Melayu, maka calun2 UMNO hanya dapat 2 juta undi. Baca sekali lagi- 2 juta undi!

Apa sudah jadi dengan dakwaan UMNO ada 3.2 juta ahli? Ini membuktikan bahawa 1.2 juta ahli UMNO sendiri telah menolak UMNO. Adakah 1.2 juta ini di rundung mala petaka kerana UMNO tidak menjaga mereka?

PAS adalah parti orang Melayu yang lebih Melayu dari UMNO. Maka jika kita guna lojik ekau-den Rais ni, maka orang Melayu are better off menyokong PAS dari UMNO. Amacam? Mari kita pakat ramai2 sokong parti PAS.

Adakah mereka jatuh sengsara kerana tidak menyokong UMNO? Melayu di Selangior, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah tidak pun musnah kerana tidak menyokong UMNO. Inilah yang terjadi apabila mulut lagi pantas dari otak dan inilah yang akan terjadi bila apa yang sepatutnya keluar dari lubang bawah, keluar dari lubang atas. Hanya Rais sahaja yang boleh lakukan perkara ini.

Apa yang kita perolehi kalau berada dalam UMNO ialah rasa selamat kerana berada dalam kumpulan. Safety in numbers. Itu sahaja. Perasaan yang sama di perolehi kelau orang Melayu bersatu kerana meyetujui suatu matlamat. Melayu bersatu dibawah perasamaan matlamat. Orang Melayu bersatu sesama sendiri tidak sama dengan MESTI bersatu di bawah hegemony UMNO. Bersatu sesama sendiri tidak semestinya bersatu di bawah telunjuk UMNO. UMNO tidak memberi orang Melayu matlamat. UMNO hanya memberi alasan untuk segelintir Melayu mengambil kesempatan.

Bagaimana orang Melayu memperjuangkan hak mereka? Tentu sekali bukan dengan bergantung kepada UMNO. Orang Melayu mencapai hak mereka dengan bersandar pada undang undang. Orang Melayu mencapai hak mereka dengan melayakkan diri mereka dengan berkerja kuat, dengan menyokong pendaulatan undang undang dan dengan memutuskan tali pergantungan kepada UMNO. UMNO hanya mengeksploitasi dan mengambil kesempatan keatas amanah yang di berikan orang Melayu.

UMNO telah memudaratkan orang Melayu dengan dasar dasar yang meruntuhkan orang Melayu. Kita ambil contoh layanan UMNO keatas warga Felda.

Orang Melayu FELDA suatu hari nanti akan jadi buruh estet yang menjual hasil mereka kepada syarikat FGV yang di miliki dan di kuasai oleh pihak ke3. Dari memiliki harta dan asset yang boleh di kuasai secara lansung, orang Melayu menggadai masa depan anak dan cucu mereka. Orang Felda yang menyokong penyeneraian FGV adalah pengkhianat kepada bangsa Melayu.

Bagaimana peneroka hari ini mahu mempertahan diri mereka dari di tuduh membeloti kepentingan masyarakat Felda?  Tidak kah kita malu terlompat dan terkinja kinja menerima wang RM 15 ribu untuk sogokan menyerahkan jiwa dan raga Felda kepada bank2 dan perunding?  Dan setiap keluarga hanya dapat RM 800 sahaja manakala pihak lain , yang sebermulanya tidak ada kena mengena dengan Felda, dapat lebih besar dari itu? kamu telah menggadai masa depan semua warga Felda apabila bersetuju menyerahkan segala asset dalam Felda Holdings kepada pihak putar alam. Jadi siapa yang mengkhianati bangsa Melayu dan siapa yang tidak sayangkan bangsa Melayu? 

Bangang punya montori.

9 comments:

  1. Pak Sak,

    Kat M'sia ne kena jadi bangang baru boleh kayo-rayo.

    ReplyDelete
  2. datuk
    its open season...many will be emerging from the woodwork, wormholes and maggot infested sewers to impress their supremo as to who would qualify as their winnable candidates in the coming election....expect the same old repeated diatribe ( untuk agama, bangsa dan negara )cos that is as far as their intelligence will take them......

    ReplyDelete
  3. mentori bahaso melayu ni kono suruh umno tukar namo jd namo melayu dulu, baru buleh dio nak cakap pasal sayangkan budayo melayu.
    pas lebih melayu dr umno: you got that right. even pas' acronym is based on the malays' jawi pa-alif-sim

    ReplyDelete
  4. Don't you think this old idiot has past his expired shelf life?

    Come on Rais time to retire, play with your grand-kids or hire a few maids and enjoy life before its too late.

    ReplyDelete
  5. kimak nyer montori 3-in-1. meluat tengok muka dio. side parting konon nak tutup kepala botak dio.

    ReplyDelete
  6. Dato'

    This Rais guy is trying to prove his relevance through sycophancy when his days are clearly numbered.

    ReplyDelete
  7. The Boot licker old man is also fantastic at parroting his bosses screwed up views, is one long surviving minister. more than 20yrs? speak volume of his prowess for jacking at corridor of power.

    Is the country dirt short of young talents?? that so many ministers can stay for decades???

    ReplyDelete
  8. "...PAS adalah parti orang Melayu yang lebih Melayu dari UMNO...."

    Tak ada lebih ler! Mealyu adalah Melayu!

    UMNO bukan parti Melayu, parti mamak pandai cakap orang putih aje. Mana tak? United Malay National Organization ! Parti Melayu tak perlu "national". Melayu yang tak selam wang tu, itu Melayu! Tak lebih tak kurang! Melayu dah mulai mengatasi "nationalisme" tapi dah belayar lautan "universalisme". Bukan cari wang selam aje! ;-)

    "United Malay National Organization"! Macam bunyi NGO goyang buntut aje!

    ReplyDelete
  9. Malu Den Pak Sak jadi orang Nogori......

    ReplyDelete