Wednesday, 27 June 2012

Kita Gantung Pembunuh, bukan Gantung yang Berbeza Pendapat!


Matnya- Kita gantung yang membunuh Altantuya. KIta gantung pengedar dadah. Kita gantung yang menjual Kad Pengenalan. Kita gantung yang menjual rahsia tentera laut. kita gantung yang menjual kerakyatan. Kita tak gantung orang yang berbeza pendapat dan pandangan. Hanya untuk sekali sahaja- pemimpin UMNO gunalah otak kamu.
Pemimpin2 United Munafik National Organization( UMNO) bersikap macam burung ostrich yang menyorokkan kepala dalam lubang tanah. Dia ingat kalau dia tak nampak musuh pemangsa, maka musuh pemangsa atau binatang lain tidak nampak akan dia. Hendak kita ketawakan dan kritik mereka, kita serba salah- maklum sahajalah, mereka berotak burung. Kita jadi pandir jika melayan puak UMNO. Tak setuju- tarik kerakyatan! Tak setuju- kita gantung. Tak setuju kita jel!. Inilah kualiti pemimpin UMNO. Hendakkah kita amanahkah negara kepada orang bermutu rendah dan selekeh otak macam ini? 
Dr Mahathir sendiri yang kata- memang pemimpin UMNO yang sekarang ini orang2 bodoh dan half past six. Yang cerdik sudah masuk PAS, yang bijak sudah masuk PKR dan yang pandai dah masuk DAP. Yang tolol dan bahlul dan mengeluarkan bahan yang patut keluar dari dubur, di keluarkan ikut lubang mulut sahaja yang tinggal dalam UMNO. Sebab itu Dr Mahathir kata, UMNO sudah busuk sampai ke usus. Kalau kita hendak selamat, maka kita amanahkan negara kepada Pakatan Rakyat. Bukan saya cakap, Dr Mahathir yang suruh. 
Mahukah kita amanahkan pentadbiran negara kepada barisan pemimpin yang tolol lagi bahlul, perasuah dan pembuli? Bagaimana negara hendak maju dalam tangan orang UMNO yang tolol wa bahlul? Rosak dan punah negara kita. 
Orang tolol dan kurang akal sahaja yang mengatakan kalau UMNO tidak ada, orang Melayu akan mati, kalau UMNO tidak ada, agama Islam akan hancur dan kalau UMNO tidak ada, Raja Melayu akan lenyap.

Takde orang Melayu mati di Kelantan bila UMNO kalah. Tidak ada orang Melayu yang sengsara bila UMNO tewas di Pulau Pinang- bahkan orang Melayu lebih sengsara di bawah pemerintahan UMNO dan geng jahat nya Gerakan di Pulau Pinang dahulu. Islam tidak hancur ketika PAS memerintah Kelantan dan Kedah. Raja Melayu adalah raja keatas SEMUA rakyat bukan raja untuk UMNO sahaja. Jika Raja Melayu berlagak sebagai Raja untuk UMNO sahaja, maka nanti jika UMNO tiada, raja Melayu lenyaplah. Bersikaplah sebagai raja untuk SEMUA rakyat, baharulah Raja Melayu akan kekal. Bergantung kepada UMNO bererti pendek umur untuk semua orang Melayu. 
Mari kita lihat lagak pemimpin berotak burung ostrich ini. pemimpin gerombolan UMNO rasa memadai dan mencukupi hanya dengan mengeluarkan penafian. Bila di tuduh ada skendal rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene, maka pak menteri yang bertangung jawab merasakan cukup dan padan hanya dengan mengeluarkan kenyataan menafikan nya. Orang kata ya- dia kata tidak. Ini kualiti pemimpin UMNO yang mengatakan ‘come on give him some humanity’. 
Yang terlebih bodoh antara pemimpin UMNO ialah mereka yang enggan menggunakan bahan yang ada antara dua telinga mereka. Dan saya tidak bercakap mengenai hidung mereka. Jadi apabila otak tidak di gunakan( sebab mungkin tidak ada lansung), pemimpin UMNO menganjurkan jalan pintas.

Bila Ambiga menjuarai suatu aliran yang menyusahkan UMNO, maka mereka berteriak tarik balik kerakyatan Ambiga. Habis Ambiga hendak di hantar di mana? Bukankah kerakyatan itu sesuatu yang di jamin dan di lindungi oleh undang undang negara bukan undang2 UMNO? Ambiga itu lahir di mana? 
Yang lebih dasyat, ada wakil rakyat UMNO yang terkurang cerdik di Malaysia menyarakan agar Ambiga di gantung. Bukankah ini suatu ugutan bunuh dan jika ugutan bunuh, polis kita nanti report di buat kah? Satu Malaysia dah baca ugutan bunuh ini, maka polis patut tangkap siapa yang bercakap mengenai perkara itu. Undang2 kita ini mob rule kah?
Apabila isiu demi isiu di timbulkan- pemimpin UMNO merasionalkan ia sebagai cubaan mencermarkan imej pemimpin negara? Hendak cemar apa jika sememang dan sebermula nya imej sudah tercemar? 
Jika isiu yang di timbulkan terhadap semua pemimpin UMNO adalah usaha memburukkan nama orang UMNO menjelang PRU, maka apa pula kita hendak klasifikasikan isiu2 yang di timbulkan terhadap pemimpin pembangkang? Rakyat Malaysia khususnya orang Melayu jangan di perbodohkan oleh UMNO lagi. Jika kita bersedia mengutuk isiu2 yang di timbulkan terhadap UMNO sebagai mainan politik semata2- maka kesediaan serupa mesti di beri keatas segala isiu terhadap pemimpin parti pembangkang. 
Semua isiu terhadap Anwar Ibrahim misalnya adalah gimik politik UMNO yang kian terdesak. Pengkudaan institusi Raja2 Melayu adalah gimik politik UMNO. Hanya kali ini sahaja UMNO menunjukkan merekalah yang menjuarai Raja2 Melayu terhebat dari orang lain. Di masa yang lain, UMNO lah yang hendak gantung raja2 Melayu.
Saya sarankan, kalau kita nak gantung, kita gantung semua pegawai imigresyen, pegawai jabatan pendaftaran yang membiarkan orang asing mendapat kad pengenalan dan kerakyatan segera. Ini terang2 pengkhianatan dan pengkhianatan terhadap Raja dan Negara di hukum gantung. Kita gantung orang yang menjual rahsia tentera laut Malaysia. Komisyen yang dia dan sahabat2 pengkhianat nya terima adalah hasil pengkhianatan dan pengkhianat semua nya mesti di gantung. 
Kita gantung semua yang mencuri perbedaharaan negara. Yang membawa lari duit gelap sebanyak RM 1.3 trillion dalam tempoh 10 tahun, di tangkap semua dan di gantung.

24 comments:

  1. Salam Sdr Arif;

    WOW...WOW... WOW....

    Saya yg tak berpati nie dengar rasa nak londeh seluar.
    Tapi bagi gulungan yg dituju tak rasa gatal pun.

    Kalau saya jadi Najib dah tentu saya dah cabar agar tubuh Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat segala dakwaan dan pertuduhan yang dilempar keatasnya, barulah "gentlemen". Saya akan ambil cuti 3 bulan, minta majlis peguam melantik saorang peguam sebagai pendakwaraya bagi mendakwa jika terdapat membuktikan kes.

    Barulah telus dan adil.....

    Salam perjuangan , Salam perubahan.....

    ReplyDelete
  2. Ini macam lah penubok TKO Mui Thai yang aku tunggu2.!!!
    Raja2 pun kena TKO kerana di hambakan/peralatkan oleh UMNO.
    Orang UMNO yang pandai semua dah join parti2 Pakatan Rakyat. Yang tinggal adalah yang ngok sahaja,Tegku Razaligh.! Kamu ngok juga ke.???.

    Bravo Sakmongkol AK37.
    Gue suka pada mu.

    Ayoh kita revolusi ala pasive resistance/revolusi ala ghandi.!!!

    Untok maalumat lanjut sila ka...

    http://warongpakyeh.blogspot.com/2012/06/bkk-methodology-abu.html

    ReplyDelete
  3. Yaeh matnya keragh benor bunyi Pak Sak kita. Cool Pak. Jangan hot ngat nanti dapat stroke (nauzubillah) dan kena bypass pulak.
    Kome sayangkan aouk Pak. Nak tengok aok jadi MP atau Adun dan kalau parti menang jadi Menteri or MB.
    Tak semua oghang boleh bypass berapa kali macam Tun M dan still strong as Johnny Walker.
    Susah kalau K.O. (God forbid, again). Teramat sedih dan sugullah penyokong Pak, hajat tak sampai nak tawan PutraJaya.
    Yang beriya sangat nak pertahankan Achi se-ekor itu buat apa? Bukannya baik ngat! Ada agenda tersorok dan bangga dianggap hero like Aung San Suu Kyi in the international stage.
    Another Anu-War who bad-mouthed the country abroad.
    Ramai yang hot dengannya kerana pertahankan kes murtad Lina Joy.
    Lagipun tarik-balik kerakyatan atau gantung dia are just empty threats.
    It's a classic case of siapa besar. The Indians are also holding demos for her. This is also batu api to fan the flame of hatred. Orang India buat, kenapa tak orang Melayu, goes the reasoning.
    Sapalah yang nak buang negeri dia yang lahir di sini. Bapanya lahir kat sini tapi ammanya dari India. Macam seseorang yang kita kenal kan? Kakahkah.
    And you know better that all these immature show of might are done by ignoramus who are not even UMNO members. Who may not even be voters.
    If they are UMNO members, Their way-wardness are not sanctioned by the UMNO big-wigs. It's simply impossible to control a membership of more than 3 million.
    UMNO is not like the Indon government. Biarkan orangnya mengamok dan langgar diplomatic immunity kita di Jakarta. Dah kita protest, said will take action and yet cautioned that the whatisname dance are their heritage. Nampak sangat ada udang di sebalik batu.
    Kalau ya Tun M cakap orang Pas, DAP dan Keadilan, bijak, cerdik dan pandai, why is he still in UMNO? Still a high-profile UMNO lord.
    Kenapa setiap hari makin ramai orang Pakatan nak jadi bodoh, pandir dengan menyertai UMNO.
    Saya sokong segala tindakan ke atas penelewengan yang Pak cakap.
    Tapi it must also be for both sides of the political divide.
    Perlu hukum Anwar dengan 3 billion assests, siasat Faekah as the Queen controlling Selangor, siasat Mutiara Bayu di Penang and alleged unfair treatment towards the Malays there. And the water dan dinar scandal in Kelantan.
    Can?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lawak la kamu ni QD. Sama taraf mentaliti dengan Dato' Aziz.

      Delete
  4. Pengedar dadah pun kalau dah kautim tak akan kena gantung semuanya boleh di bolehland ini

    ReplyDelete
  5. depa tak pulak nak gantung Pak Samad Said...

    ReplyDelete
  6. Dato'

    You always mesmerize me with your hard knocking but hilarious writing, either in BM or English. Yes, Dato', you certainly make our day.

    Syabas dan salam.

    Observer

    ReplyDelete
  7. Instead of gantung satu, now there could be more.

    Great courage....now there is hope to save the country!

    ReplyDelete
  8. Salam Dato',
    Hebat Dato' kali ini...yg makan cili kalau tak pedas lagi namanya bibir kura-kura lah...Gantung jangan tak gantung.

    ReplyDelete
  9. Apakah itu tugas wajib buat Menteri Pertahanan bantu mewakili syarikat Razak Baginda bagi menerangkan kecurian dokumen rahsia Tentera Laut serta dosa pembesar2 yang lenyapkan beratusan juta wang rakyat? Lebih lucu lagi YB hanya nafikan dgn kata2 saja! Dimana pihak Perancis ada bukti dokumen dan 'audit trial' aliran wang hitam.....

    YB seharusnya mempertahankan negara dan rakyat bukan mereka yang jualkan rahsia demi menjahanamkan negara. Badan Siasatan DiRaja mengandungi anggota dari NGO, PAS, DAP, PKR dan Peguam Perancis kerana skandal ini memalukan Duli Yang Maha Mulia DiPertuan Agung iaitu Angkatan Tentera DiRaja Malaysia.

    ReplyDelete
  10. Spot on brother....United Munafik Nat org..man that aptly describes the umno guys.

    ReplyDelete
  11. itu, parti samseng, apa lagi dengan kuasa selama 50 tahun. apa yang tak lengkuk? apa yang tak musnah? apa yang tak binasa? apa yang tak dicelup?

    ReplyDelete
  12. This is the kind of thunder I like. Hope it rains on the appropriate people to bring the changes this country deserves.

    yemyusof

    ReplyDelete
  13. Ai dak QD. Ko betul tak sedar diri nak ek macam Melayu tulin. Sedarlah diri ko tak lahir di Malaysiapun. Harapkan bapa ko aja orang Melayu. At least Ambiga lahir di negara ini.
    Tapi ko pandailah cakap loghat Pahang. Nasib baiklah ada datuk Pahang ko nak ajar cakap ko Bahasa Melayu.
    Bila ko nak start semula blog ko. Aku enjoylah baca blog kau. Masa tu ko okay. Tak dirasuk oleh Umno lagi. Sekarang ko macam sasau Ameno.
    Akupun nak ucapkan selamat berbhagialah dengan pelancaran IPO Felda esok. Jangan sedih ya kalo ko hilang seluar dalam. Kahkah. Jangan mare. Kokan ceria selalu.

    Cicit Hang Tuah tulin

    ReplyDelete
  14. Dato,if the Dr was still the PM instead of Najib,he will make minced meat out of this stupid ignorant moron Mohd Aziz.This moron is fit only to tend to cleaning toilets.With morons like him as MP's Umno sure is doomed.

    ReplyDelete
  15. Dato

    Ucapan Dato Aziz ni memang patut kita kutuk selayaknya. Tetapi sebagai ahli parlimen lama dia hanya menjalankan tugasnya untuk menenggelamkan isu yang lebih besar.

    Isu yang cuba di divertkan adalah penafian Zahid Hamidi tentang rasuah pembelian kapal.selam di parlimen. Isu ini lagi explosive dan memudaratkan kepada UMNO Baru/BN dan Najib. Lagi damaging dan huru hara jika isu penjualan rahsia kerajaan kepada pembida kapal selam ni.

    Nampaknya LGE dah masuk perangkap. Perlu dibagi amaran kepada ahli parlimen Pakatan jangan masuk perangkap. Guna kedua-dua isu ini serentak. Isu kapal selam tu lagi besar dan damaging. Jangan jadi bodoh..

    ReplyDelete
  16. Dato,if FGVH is not the final straw that is going to break Umno's camel's back,this stupid moron Md. Aziz will put the final nail long as a ten foot pole shoved into their asses.

    ReplyDelete
  17. As always,Sak,written with wit, humour and plenty of common sense!Sock it to'em!Muay Thai Rules!

    ReplyDelete
  18. Dear Dato'Sak,
    Mereka ini (UMNO) are cunning lot,sebenarnya umno hendak divert fikiran kita dari issue v damaging one, iaitu penjualan naval dokumen. That is why this bizarre accusation on Datuk Ambiga.

    BTW i wonder how high FGV going to fly in 9 hrs time

    ReplyDelete
  19. QD LEAVE Pak Yeh alone !! He belongs to his beloved children and wife, let him live long and healthy, Amin.

    Kononnya affection accorded to Pak Yeh, another sec talking about whatever ! More so he doesn't, the common rakyat in this forum and out there, don't have the privileges that the walker as of a walker has.

    Ya not like your johnny walker who has a battalion of the best, fussing over him at IJN, next from Johns Hopkins and The Prince Court all in !!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  20. Sebuah artikel yg mudah difahami oleh orang atas pagar!!! Ramai yg dh meluat sgt2 dgn pemimpin Umno***(baru) . Kerajaan Malaysia dh jadi syarikat Sdn.Bhd kepada pemimpin2 mereka utk keuntungan peribadi...

    Fadzil (Larut)

    ReplyDelete
  21. Well...this guy mohamed Aziz is drowning in the sea of fear and panic. It is only natural for anyone drowning to scramble on anything they could get their hands on. Similarly with Ambiga's case. Ambiga's leadeship in Bersih 3.0 is analogous to a small piece of styrofoam floating in the sea. It is tempting enough for a drowning man to get hold on to this styrofoam for safety.

    ReplyDelete
  22. QD now becomes QUITE DESPERATE,don't u think?

    ReplyDelete
  23. Ada juga org yg cadangkan Najib tubuh Suruhanjaya Diraja...bangun lah...apa guna Suruhanjaya yg dilantik oleh pemyamun & pengkhianat negara?? Sistem "Check & Balance" kita sudah rosak semanjak Tun M jadi PM. Sampai sekarang Senarai Pengundi belum dibersihkan...guna dakwat kekal pun takut..cuma satu garis nipis di kuku jari...really insult to the intelligence...semua sandiwara..lantik pemantau pun banyak syarat...sudah tak boleh tahan lagi kerajaan ini...bangsat bukan manusia...dan amat keji sekali...Ketua Menteri Pulau Pinang baru2 ni juga boleh diancam oleh Perkasa dgn kehadiran 10 anggota polis...Perkasa ini mewmang binatang...nak guna samseng..guna anak2 cucu sendiri...jgn rosakkan anak2 org lain..barangkali pemuda2 Perkasa ini dari Pusat Latihan Polis..totally fed-up of this bloody govt..penipu & penyamun terbesar di dunia pada masa sekarang, Janti Ditepati kononnya slogan 1Malaysia...perhanjian toll sampai 2038..belum ambil kira lagi subsidi & perjanjian lain yg akan menghambakan Rakyat selama 2 generasi

    ReplyDelete