Friday, 11 May 2012

Politik yang Mengharam-jadahkan lwn politik rakyat-1


Politik fascism UMNO lwn politik demokrasi rakyat. Bahagian 1.
Apa pasal kita menibai UMNO? Jawapan nya sama seperti mengapa UMNO menibai parti lawan nya. Kita membantai UMNO sebab UMNO jadi penghadang kepada pencapaian demokrasi untuk rakyat. UMNO pula menibai parti lawan, kerana meraka menghalang jalan untuk nya mendapat kuasa mutlak atau fascism. 
UMNO mewakili system demokrasi totalitarian. Rakyat mahukan demokrasi penyertaan dimana mereka menjadi equal stakeholders dalam menentukan masa depan negara. Jadi ‘demokrasi’ yang di sokong dan di dukung oleh UMNO bertentangan dengan demokrasi yang rakyat mahukan. UMNO bercakap mengenai demokrasi yang maksud nya, tidak sama dengan demokrasi yang di fahami oleh rakyat. Cara mencapai demokrasi kita berbeza- UMNO menggunakan cara fascis , rakyat mahukan cara penyertaan bersama. 
Kita semua tahu akan bahaya jika kuasa di monopoli oleh satu orang atau oleh kumpulan yang kecil. Hari ini peneroka FELDA di haramjadahkan. Esok semua rakyat akan di perlakukan serupa. Sebutan dan pengucapan itu datang dari orang yang gila- gila kuasa. Hanya orang yang gila kuasa sahaja yang megeluarkan kata2 kesat sedemikian rupa. Kita yang mewakili rakyat bukan gila kuasa, tapi kita mahu ambil kuasa dari orang gila. 
Orang yang tahu Najib yang sebenar tidak akan hairan dengan pengucapan istilah2 dari usus2 busuk perbendaharaan kata nya. Kalau di Pekan, istilah bangsat dan papa kedana sering di ucapkan. Nak jaga diri sendiri tak boleh, nak melawan saya pernah di halakan kepada lawan politik nya. Jadi istilah haramjadah bukan suatu yang luar biasa yang datang dari seorang haramjadah politik. 
Setahun yang lalu saya seringkali bertemu dan bertukar fikiran mengenai isiu2 politik dengan seorang ahli politik veteran. Beliau yang berasal dari Malaysia Timur mempunyai pandangan politik yang telah terbentuk oleh pengalaman pratikal dalam gelanggang  politik. Sebagai veteran politik yang bergerak bersama UMNO , saya merasakan pengalaman nya amat berharga untuk di gunakan supaya kita faham realpolitik negara ini.
Apa yang paling menarik ialah prognosis nya keatas politik Malaysia dan kedudukan UMNO. Konklusi yang dia sampai ialah oleh kerana UMNO itu pendukong kepada nilai2 politik TOTALITARIAN, maka UMNO sebetulnya bertentangan dengan nilai politik rakyat. Rakyat mahukan demokrasi penyertaan atau participative democracy manakala UMNO mahukan hegemonic democracy. Bila UMNO bercakap mengenai perpaduan misalnya, apa yang sebenarnya yang ia maksudkan ialah perpaduan dibawah KETUANAN nya. Sedangkan rakyat mahukan dan lebih memuliakan perpaduan matlamat( unity in purpose). 
Dan bila berlaku pertembungan antara pertubuhan politik seperti UMNO dengan rakyat, rakyat akan menang. Seperti juga mana mana pemerintahan di dunia ini, UMNO juga tertakluk kepada regime change yang di bawa oleh rakyat. Sebab itu, seringkali saya cakap, kuasa pemerintahan bersifat TOL atau LPS- Lesen Pendudukan Sementara. Kamu berada di sana, sementara rakyat haramjadah ini menyokong kamu. Apakala rakyat menolak kamu, maka kamu lah yang jadi haramjadah. 
Saya suka pandangan nya, kerana kami sama sama mempercayai bahawa dasar2 yang di bawa oleh UMNO hari ini, terutama sejak tahun 1988 adalah dasar yang meruntuhkan negara. 
PRU 13 nanti akan menyaksikan pertembungan antara pendukong dan penyokong demokrasi( rakyat) dengan penyokong dan pendukong system politik totalitarian atau fascism. Rakyat bertembung dengan system politik yang di pertahankan oleh UMNO. 
Apa yang di wakili oleh UMNO sebetulnya? Ia mewakili kepentingan golongan elit dan kroni. Ia mewakili konsentrasi kuasa dalam tangan segelintir mereka yang terpilih. Ia mewakili system pemerintahan dari atas ke bawah. Slogan Najib bahawa zaman dimana kerajaan tahu yang terbaik sudah berakhir, adalah omongan kosong seorang kaki kelentongan. Golongan terpilih menentukan apa yang baik atau tidak baik untuk rakyat. UMNO mewakili system yang mendahulukan faedah untuk golongan elit, selebih nya barulah untuk rakyat. 
Siapa yang menyokong UMNO hari ini? yang menyokong UMNO ialah yang suka kepada Totalitarian regime. Ketuanan itu dan ini dan perhambaan itu dan ini. penyokong system totalitarian yang suka autokrasi, mereka yang cenderung kepada kediktatoran, pemerintah kuku besi , komunis. Jadi UMNO yang sukakan konsentrasi atau pemusatan kuasa dalam tangan nya sahaja, hampir sama dengan komunis. 
Kenapa mereka suka jadi kuku besi dan konsentrasi kuasa dalam tangan mereka? Bukan hanya boleh mengharam-jadahkan rakyat tapi kerana kuasa untuk kaut nikmat untuk diri , keluarga dan kroni. Ini yang UMNO telah jadi hari ini.
Itulah sebab nya, UMNO mahu meramaikan ahli dan anggota parti. Sebab ia mahu kekal terus berkuasa sebagai rejim totalitarian. Jika anggota parti ramai, walaupun anggota tidak tahu apa2 dan jahil, mereka akan terus menyokong UMNO. 
UMNO yang ada hari ini bukan lagi UMNO yang di bentuk oleh pemimpin negarawan sebelum UMNO asal di haramkan dalam tahun 1987.  

17 comments:

  1. Saya tidak nampak apa apa fakta di sini kecuali kecaman. Masa depan boleh tolong bagi satu atau dua contoh menyokong kenyataan spt di atas.

    ReplyDelete
  2. Contoh, penjualan kereta mewah meningkat, penjualan kereta proton merudum. Mungkin ada yang kata golongan bawah dan sederhana dh mula mampu membeli kereta mewah. Tapi realiti tak mcm tu, hidup sekadar cukup makan dengan kitaran gaji bulanan bagi golongan bawahan dan sebahagian golongan pertengahan. Dari statistik penjualan kereta mereka, nampak nya yg kaya makin kaya.

    ReplyDelete
  3. BN could not see what they have done wrong....as long as they could continue to exploit and take advantage of the situation.

    Until the country is bankrupt, nothing will change.

    ReplyDelete
  4. Tak dapat melihat fakta atau tidak mampu melihat fakta?

    Diberi satu atau dua contoh rasanya amat berbeza dengan keupayaan melihat satu atau dua contoh yg terlalu banyak di sekeliling kita.

    Dato, pemberian juta sana, juta sini setiap kali Najib pergi ke mana-mana majlis adalah cubaan untuk mengembalikan tahap kemampuan org Melayu ke zaman dulu yg mengharapkan ikan diberi tanpa mahu belajar memancing.

    Padahal, org Melayu sekarang terutama golongan muda dah bijak menggunakan teknologi moden untuk memancing ikan. Ini yg UMNO risau.

    Maka dibuatlah 1001 mcm perkara demi mempertahankan Putrajaya. Rakyat Malaysia dianaktirikan, warga asing dikarpet merahkan.

    Diriwayatkan oleh teman di seberang laut utara sana tu yg memberi contohnya di Langkawi di mana geng Bukit Malut org Burma yg dikenali sebagai MIK )Masyarakat Islam Kedah) mendapat perlindungan dan keistimewaan yang pelbagai demi undi sedangkan org Langkawi sendiri dipinggirkan. Bila rumah mereka terbakar, diberikan rumah taman sebagai ganti sedangkan rumah org Langkawi terbakar nak dapat bantuan $400 pun punyalah sosah.

    Hiisss, byk lagi contoh aih, tak kan tak leh nampak lagieee.....

    ReplyDelete
  5. pengundi P.manis11 May 2012 at 15:32

    siapa-siapa yang masih tak nampak sebarang dua contoh tu mungkin kena masuk sekolah semula. pelbagai masalah dah timbul tapi masih tak sedar. mungkin bak kata orang pahang.. "kawan hugong pale aok ke dinding baru padan muke".

    ReplyDelete
  6. Fitnah tentang rumah Ai di USA,

    http://warkahdaily.blogspot.com/2012/04/papa-gomo-dedah-rumah-mewah-anwar-di.htmlmah AI,

    Dah tak ada kerja lain.

    ReplyDelete
  7. Dato,
    What have you to say about the Malays who performed funeral rites for Penang CM?
    Of course, its sponsored by UMNO. That's why the police just watched and did nothing.
    What has happened to that refined Malay culture??????
    Isn't this an unIslamic action? Maybe UMNO's fatwa allows this.

    ReplyDelete
  8. Anom 15.58, maaf cakap. Yang performed funeral rites for CM Penang itu bukan Malays. Mereka itu semua nya mamak ahli UMNO Baru aka UNITED MAMAK NASIONAL ORGANISATION yang diasakan oleh saorang berketurunan India dari Kerala satelah memusnahkan UMNO yang asal.Mamak mamak inilah lah yang berakhlak ganas dan buruk di Pulau Pinang dan menjejaskan image Melayu.

    ReplyDelete
  9. Saya betul-betul nak lihat lautan manusia memenuhi setiap ruang Bukit Jalil dlm Tv1 sempena 66 tahun UMNO.

    Kasihan gembar gembur TV1, tapi arahan kamera RTM tdk dapat menyembunyian hakikat kepalsuan kononnya roh perjuangan Melayu.

    Bukit Jalil boleh memenuhi kira2 87000 orang. Yang kasihannya lautan merah tak nampak bergelombang, berselerak sana sini, cuma bergelombang ialah rasa marah Najib kepada pihak lawan. Ucapannya tidak ada nilai akademik dan akhir upacara ramai orang balik berjalan sana sini walhal menteri Umno masih atas pentas.

    Kamera RTM tidak akan dapat menipu RAKYAT MALAYSIA, walaupun producer TV berusaha cari scene yang hebat.

    Kasihan Najib.

    ReplyDelete
  10. Saya nak komen atas kejadian di Pulau Pinang dimana segelintir manusia yang bertindak seperti orang yang tidak bertamadun, sayangnya mereka bertindak atas tiket Perkasa yang kununnya adalah pergerakan Melayu tapi bila dilihat wajah2 mereka yang bertindak, tidak mencerminkan budaya kemelayuannya.Setelah teliti, saya mendapati majoriti yang datang adalah mamak2 Penang yang dapat menjadi ahli UMNUuuu selepas tahun 1987.
    Diingatkan, budaya melayu budaya yang sekian lama mendapat sanjungan daripada bukan melayu tapi mamak2 ini sudah mencemarkan budaya ini. Saya satu ketika dulu penyokong kuat UMNO tapi sejak akhir2 ini saya telah menjauhkan diri daripada berkawan dengan UMNuuu. Budaya samseng yang sedang menular dalam UMNUuuu sangat bahaya kepada negara. Budaya ini seolah-olah digalakkan oleh pucuk pimpinan UMNuuu sendiri. Kalau tidak tak akan seorang Perdana Menteri HARAMJADAHKAN RAKYATNYA. Saya terkejut dan sehingga hari ini malu atas ucapan beliau itu. Setelah mendengar ucapan PM di Bukit Jalil makan amat jelas UMNuuu kini parti samseng. Mereka bagitu ketandusan kuasa hingga sanggup buat apa saja untuk mencapai kemenangan. PENGKHIANAT ADALAH MEREKA YANG MEROMPAK WANG NEGARA, HASIL NEGARA, SALAH GUNA KUASA, MEMBERI TARAF WARGANEGARA KEPADA PENDATANG ASING SEMATA-MATA NAK BERKUASA. INI SAH PENGKHIANAT.

    ReplyDelete
  11. dato,

    Tun Mahatir semasa beliau masih PM-1Malaysia ke-4 sebelum bersara diri membanggakan kata berikut bahawa *Malaysia is suited as a GUIDED DEMOCRACY* teleh membuktikan UMNO kian cenderung kepada ideologi fascis. Apa yang patut dibanggakan dengan terma *GUIDED DEMOCRACY* ? UMNO sudah sesat dalam perjuangan untuk merMERDEKAkan pikiran rakyat marhaen sambil mengambil alih penjajah British terdahulu untuk terus mengKULIkan jajahannya.

    passerby

    ReplyDelete
  12. Yang haram bagi kebanyakan pemimpin dan ahli UMNO Baru kononnya memeperjuangkan Islam hanyalah Babi.

    ReplyDelete
  13. Passerby, "demokrasi terpimpin" kate Allahyarham P. Ramlee.

    ReplyDelete
  14. When you accept agressive foreign values and culture into the party with narrow, damaging and divisive politics of race and religion, you lose the main and original purpose of the party.

    How would new Malays from India, Middle East, Pakistan dll know and fully understand the real Malay/bumi's history, culture and values....as with most human being, their aims are status, influence and financial rewards, sometimes personal issues to settle.

    ReplyDelete
  15. Mamak Tongkang12 May 2012 at 11:41

    Dato,

    Dulu UMNO - United Malay National Organisation. Sekarang UMNO - Unwanted Mamak No Otak.

    ReplyDelete
  16. Dato',

    Saya setuju sangat ulasan dan pendapat Dato'. UMNO dan pemimpinnya telah mengaharan-jadahkan rakyat. Ini jelas.

    Tengoklah saja media massa yang dikuasai UMNO. Mereka menganggap rakyat serta siapa lawan mereka adalah haram jadah. Sebab itu dalam media massa mereka boleh mencaci, menghina dan mengata apa saja yang jijik dan kotor terhadap pimpinan parti lawan dan rakyat. Tengoklah bagaimana Anwar ditelanjangkan dengan berbagai fitnah. Tidak kah ini haran jadah sebenranya?

    Bandingkan bila mereka berkata tidak baik dengan pemimpin luar Malaysia, mereka menjadi bacul dan memohon maaf bila pemimpin berkenaan mengugut mahu menyaman. Hormat benar mereka ini kepada orang luar. Tetapi kepada rakyat sendiri, pemimpin PR yang merupakan kaum Melayu sendiri yang dihina dan dicerca semau mereka, tidak pula mereka merasa bersalah sedikit untuk memohon maaf. Terang terang pemimpin UMNO BN yang berkuasa sekarang adalah puak haram jadah yang hanya panda mengharan jadahkan warga negara dan kaum melayu sendiri.

    Pemimpin UMNO sendiri yang telah terbukti haram jadah kerana telah berjaya mengharam jadahkan banyak institusi2 penting negara kita Malaysia. Apa yang kita alami dan lihat sekarang di Malaysia adalah hasil kerja parti dan puak pemimpin haram jadah yang tidak nampak kerja kerja haram jadah yang telah berakar sekian lama dalam parti mereka.

    Kalau tak kerana kerja kerja haram jadah, taklah Altantuya ditemui mati, taklah MAS jadi haru biru, taklah skandal PKFZ, NFC, PERWAJA dan banyak lagi akan timbul. Tanpa kerja kerja haram jadah mereka, tak lah timbul video seks Anwar, tak lah tersebar aktor video seks parti sekutu mereka, tak lah bank bumiputra hilang dan Jalil Ibrahim terbunuh dalam skandal BMF, taklah anak melayu Islam Kutty jadi tokey besar kilang besar, tak lah timbul kes samseng Kg Dusun pukul orang, tak lah timbul kes tuntutan Dato Ramli keatas EG, KPN dan SPRM dan berlambak lagi.

    Semua yang berlaku diatas tidakkah berlaku semasa pemimpin pemimpin haram jadah ini berkuasa???.

    50 tahun lebih berkuasa...makin banyak hasil kerja haram jadah yang timbul dan terbongkar. Fikirlah sendiri...siapa haram jadah sebenar??? Siapa yang berkuasa dan mengizinkan kejadian2 haram jadah tersebut? Siapa ? PAS ? PRK ? DAP ?

    Ewah !!! Duit RM15K yang nak bagi kat peneroka Felda tu duit Kepala bapak Najib ke sampai nak mengharam jadahkan puak puak peneroka tu???. Yang berbilion komisyen Scorpeon masuk poket lu tak haram jadah ker ???

    Berapa nisbah RM15K seorang berbanding ratusan juta yang disebat seorang tu??? Lu fikir la Najib oii !!!

    ReplyDelete
  17. You nailed it Dato! UMNO is using Malays to accumulate power and wealth for themselves. UMNO is not interested in the welfare of the Malays or the other citizens or the future of the country or what sort of country we will be living in. I think the Malays had worken up in 1998. But UMNO was saved by the wily Mahathir who threatened the CHinese with bloodshed ala May 13! The CHinese were terrified. So they continued to suport UMNO. Thus change was not possible. Now the CHinese have cast off that fear and are ready to support the real Malays for a genuine change. It is time Dato!

    ReplyDelete