Thursday, 26 April 2012

The Cheating Basterds-alih bahasa oleh Zaidi


 Sekali lagi saya meminjam idea daripada Walla secara bebas. Dia ini memang bagus. Menjadi satu penghormatan untuk berkongsi pemikirannya. Saya rasa khalayak pembaca terhutang budi kepadanya. Sehingga kini saya berharap ramai yang sedar bahawa beliau merupakan seorang intelektual yang hebat
 Walau apa gaya sekalipun anda menggambarkan khayalan kemenangan BN, gemilang atau sebaliknya, rakyat yang tahu sudahpun membuat kesimpulan bahawa BN akan menipu pada hari mengundi kelak. Anda bebas untuk mengatakan Najib adalah pemimpin agung kita. Kesemua pemimpin Korea Utara daripada keluarga Kim juga dikatakan sedemikian juga. Memetik kata Edmund Blackadder – “Kita akan menang menerusi isu, mengenai personaliti. Tetapi yang paling penting kita akan main tipu”. Perhatikan bagaimana Rang Undang-Undang berkenaan pilihanraya di luluskan dengan begitu pantas. Ini mengingatkan kita tentang kempen Blitzkrieg seperti dilakukan Hitler yang datang dari perut busuk sebuah parti BN yang bangkrap dan hanya bertindak balas diketuai oleh mesin penipuan UMNO. Kesemua ini menghasilkan bau busuk kerana ianya satu pengkhianatan!
Satu kaedah penting untuk menghalang penipuan ialah kebenaran untuk calon meletakkan agen atau wakil pilihanraya atau wakil undi. Mereka ini bertugas untuk memeriksa pengeluaran kertas undi dan memerhatikan pengiraan undi dan penjumlahan undi. Parlimen telah bersidang sehingga ke awal pagi untuk mengeluarkan peruntukan ini daripada undang-undang. Kenapa?
Inilah sebabnya saya mengatakan di dalam ceramah saya bahawa BN mempunyai satu lagi parti komponen iaitu Parti Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (PSPM) untuk memenangi pilihanraya dengan apa cara sekalipun.
Jika wakil calon tidak boleh memerhatikan apa yang berlaku di dalam pusat-pusat mengundi dan pusat penjumlahan, ianya adalah seperti menyala dan memadamkan lampu untuk menukar, membuang, menggantikan atau merosakkan undi.
Di dalam pilihanraya yang lepas, terdapat 35 kerusi marginal yang boleh dimenangi oleh mana-mana pihak. Siapa yang boleh mengatakan hari ini bahawa kerusi-kerusi yang dimenangi BN sebenarnya adalah kawasan dengan undi majoriti untuk Pakatan yang mungkin telah memenangi sejumlah besar kerusi-kerusi tersebut dan boleh bertindak untuk menangguhkan daripada lulusnya rang undang-undang pilihanraya baru-baru ini?
 Ditambah pula dengan muslihat dan tipudaya seperti pensempadanan semula, ugutan kepada pejawat awam dan tentera, bayaran wang suapan untuk pilihanraya, mengugut pengundi tentang pembangunan masa depan, taraf warganegara segera untuk pendatang asing, memindahkan pengundi secara besar-besaran dari satu tempat ke tempat yang lain, menggalakkan pelajar menukar alamat, menghasilkan pengundi-pengundi hantu yang lebih ramai daripada asalnya dan mewujudkan dua pengkalan data pengundi – mungkinkah Google map sudahpun menggantikan Malaysia dengan Zimbabwe?
 UMNO dan anjing-anjing barunya sedang merancang untuk menipu rakyat didalam PRU13 ini. Pengerusi PSPM mengatakan kita mempunyai pengkalan data pengundi yang paling bersih. Pengkalan data yang mana Tan Sri? Parlimen meluluskan peruntukan untuk wakil-wakil calon. Kenapa?
Jawabannya : Ini satu penipuan. Dan penipuan memang tidak adil.
 Itulah sebabnya mengapa pelajar mahukan pendidikan percuma. Kerana mereka nampak dengan mata kepala mereka sendiri bagaimana UMNO melanggar kesemua peraturan dan menghapuskan hutang-hutang kroni, yang dahulu dan sekarang. UMNO yang sama juga mempunyai patong DBKL dan Kementerian Dalam Negeri yang mengatakan mereka hanyalah menurut undang-undang.
 Benar, tetapi undang-undang untuk saya tidak sama dengan undang-undang untuk mereka.
Dunia sudah berubah. Dulu mee goreng dijual pada RM3.60 sepinggan. Sekarang sudah RM4.50 sepinggan. Mereka tetap mengatakan Indeks Harga Pengguna (merujuk kepada inflasi-penterjemah) adalah rendah menyebabkan kita diselimuti dengan perasaan selesa. Sedarlah adik, Indeks Harga Pengguna sudah tidak ada maknanya di Malababwe-land (iaitu gabungan Malaysia dan Zimbabwe – ihsan Ajib Gor).

 Abang – mee goreng dibuat daripada tepung, minyak, sayur dan perencahg. Ini barang-barang tersenarai di dalam Indeks Harga Pengguna. Kenapa inflasi masih rendah? Kenaikan paling tinggi adalah kos buruh. Satu jenis buruh yang ‘khusus’ – yang diimport terlebih dahulu dari polisi gaji minimum. Ianya kos memproses yang telah menambah inflasi kepada harga barang keperluan. Memproses melibatkan sewaan, kejatuhan nilai ringgit dan kos sosial yang diterukkan lagi dengan janji-janji ekonomi berpendapatan tinggi yang dibina di atas rajah-rajah yang meragukan di dalam power point oleh mereka yang memakai barang berjenama dan tidak pernah melihat keadaan kilang yang berterabur dan kosong kerana kehidupan mereka yang senang lenang itu.
Itu hanya puncak yang ternampak oleh kita yang ditawarkan oleh kerajaan kepada kita. Dibina semua ini dengan keuntungan tetap kepada kroni pada kadar yang tinggi – setinggi belon panas di karnival Jom Heboh itu. Apa pula di bawah puncak tersebut? Menteri-menteri yang hampas dan tidak berguna satu senpun. Mereka itu sangat bersifat perkauman dan taksub yang memecahbelahkan masyarakat dan meyebabkan masyarakat terpisah dan terasing di mana kita dan generasi akan datang mesti hidup bersama dengan harmoni dan berkerjasama.
 Rakyat marhaen yang terkebawah sekali di dalam kehidupan ekonomi apabila dihamburkan wang kepada mereka maka akan segera berpusu-pusu melakukan apa sahaja untuk orang yang telahpun menjual Negara.
 Jangan kita lupa orang yang sering menafikan yang akan mengatakan putih sedangkan segalanya adalah hitam seperti hitamnya biji mata mereka. Adakah masa hadapan Malaysia tercinta ini akan bergantung kepada kumpulan enam badut jahaman ini?

3 comments:

  1. Sak, Congrats, this bilingual accessibly is brilliant.

    Many thanks to you and to fellow friends here who stand should-to shoulder with you in making this possible.
    Keep it up.

    Aisay, Tunku's opinion on another site is bashed by some.

    ReplyDelete
  2. Dear Sak,

    Umno dan BN hanya boleh menang dalam pilihanraya menerusi PENIPUAN dan MEMBELI UNDI.

    Bekas MB Perak Nizar tepat sekali apabila dia mengatakan yang Umno akan melakukan kekecohan setelah KALAH dalam pilihanraya.

    Seperti yang saya telah katakan,hanya ANGKATAN TENTERA yang BOLEH MELINDUNGI RAKYAT MALAYSIA dan saya berharap apabila berlaku kekecohan PEGAWAI BAWAHAN dan ASKAR ASKAR akan melindungi RAKYAT MALAYSIA dari UMNO.

    ReplyDelete
  3. Malaysia mungkin agak unik dibandingkan dengan negara lain di Asia Tenggara atau dunia sekalipun.Secara jujurnya saya rasakan ialah kerana sejarah telah menentukan ianya berbilang kaum iaitu Cina dan India yang mencurah datang semasa penjajahan Barat pada abad ke 20 dan setuju diterima oleh pribumi Melayu-Islam yang mendominasi kampong dan luar bandar.Pribumi ini pula mempunyai keunikan tersendiri sebagai satu ras yang begitu toleran menerima kepelbagaian bangsa, ugama, bahasa pertuturan dan persekolahan. Tidak ada negara lain yang mempunyai kemajmukan secara total didunia ini selain Malaysia.Demikian lah sejarah.
    Ciri-ciri dominasi sosio budaya ini mencorakkan demografi yang tersendiri dan mempunyai perkaitan yang signifikan dengan sistem politik dan sosial seawal pembentukan perlembagaan Malaysia lagi sebagai asas kenegaraan bumi bertuah ini. Ini lah saya rasa kenapa sistem BN itu akirnya diterima walaupun ada kelemahannya.
    Lumrahnya terdapat kelompok yang tidak menyenangi hal ini. Oleh kerana sukar untuk merubah faktur demografi yang telah ujud sekian lama , maka sasaran kemarahan ialah SPRM dan persempadanan pilihanraya. Kita kenalah sedar bahawa kalau demografi negara ini unik didunia, demikian jugalah politiknya. Saya katakan faktur dominasi tertentu dalam ciri kemajmukan kita akan terus menentukan sistem politik seberapa lama lagi oleh majoriti rakyat demi keamanan dan kesetabilan negara ini. Betapa pun kita ada agenda sendiri bolehkah kita menyalak dan marah kapada ketentuan demografi yang ada. Janganlah kita sewenang-wenang membuat serkap jarang sehingga sanggup melibatkan Angkatan Tentera.
    Sebagai insan biasa saya yakin Yang Maha Berkuasa adalah amat mengetahui dan sentiasa melindungi apa yang terbaik untuk Malaysia. Jangan lah kita terlampau menuduh semua yang ada tidak betul hingga menjadi sasar demi mengambilalih kuasa. Apa lagi menganggap rakyat boleh dibeli. Undi adalah rahsia dan demokrasi akan membolehkan mereka membuat pilihan seadil-adilnya nanti.

    ReplyDelete